Thursday, February 28, 2013

Cik Kiah Hopeless Romantik! : Bab 1



Pintu peti ais dibukanya. Mata mencari-cari plastik coklat yang kiut-miut itu. Hairan ajaib, tadi semalam dia letak depan ni saja, hari ni dah hilang? Dalam peti ni ada tikus ke?


“Woot, cari apa tu?”


Kashaff bertanya kepada Kiah yang separuh badannya sudah masuk ke dalam peti ais itu.  Pintu fridge ditutup lalu sebuah keluhan dilepaskan. Hairan kut! Semalam je aku letak betul-betul depan mata.  Kemudian, matanya ditalakan pada si abang yang tengah seronok mengunyah sesuatu. Mata dikecilkan. Ouh, tikus ni rupanya, tikus kepala hitam!


Mister Kashaff! Where. Did. You. Get. That?


Gigi diketap. Tangan dicekak ke pinggang. Geram ni ,geram. Bukan main pulun dia cari dalam peti, rupanya mamat ni dah grab dulu plastik M&Ms tersebut.


Kashaff pula tayang muka tidak bersalah. Plastik coklat M&M itu diangkat lalu tangan ditunjuk pada peti sejuk. La, kenapa adik aku ni? Gaya nak melenting dah ni, tak boleh makan ke M&Ms ni? Oops-si-doo-di!


“Siapa suruh ambil?”


Kiah mendengus. Kaki dihentak. Macam mana cupcake dia yang masih di dalam oven itu nak jadi M&Ms choc cupcake with cream cheese kalau tak ada M&Ms? Kashaff ni kan,pantang nampak coklat! Mesti dia nak ngap!


“Tak ada siapa pun suruh ambil. Even better,  tak ada orang pun cakap tak boleh ambil.”


Kashaff memasang helah. Tempted sangat tengok pebbles warna warni M&Ms tu. Kecoh la adik ni, makan sikit je pun. Macam budak-budak.


“Abang... dah, dah. Give it back, adik nak buat cupcake ni. Esok nak pergi rumah Datin Zu tu, birthday Luth. Adik plan nak hadiahkan kek cawan untuk budak kecik comel tu. Children and chocolate cakes, are inseperable.”


Nak tak nak Kashaff dengan berat hati menyerahkan plastik M&Ms yang masih berbaki separuh itu. Kiah cepat-cepat rembat dari tangan abangnya. Dia tayang senyum puas hati.


“Sorry. Tak tahu adik nak buat cupcake.


Kashaff buat muka sedih. Harap-harap lepas ni Kiah kasi dia rasa kek cawan tu, oleh itu dia tayang puas-puas muka sepuluh sen dia tu.


Kiah pula senyum herot ke arah abangnya. Dah tahu taktik si abang, dah hafal sangat. Nak minta simpati lah tu kan, buat muka sememeh macam tapai basi tu. Mengada betul.


“Bila kek siap, Kiah letak dalam fridge. Jangan mengada nak curi ke apa okay! Ada lebih baru Kiah bagi abang. Now shoo, get out of my kitchen.”


Kali ini Kiah berpesan awal-awal. Kalau tidak, nanti adalah tikus kepala hitam tu buka peti malam-malam curi cupcake tu. Kashaff sudah tarik muka cemberut. Ciskek betul adik ni, dia hafal ke buku taktik minta simpati 101 tu? Ingat ada la chance dia nak rasmikan cupcake tu malam ni. Hampeh.


“Ish, yelah, yelah. Kalau untuk that little boy yang curi first kiss dia tu sanggup saja, dekat abang kembar sendiri M&Ms pun nak berkira.”


Kiah angkat bahu. Siapa yang budak-budak sekarang ni? Haih abang ni, dengan Luth pun nak dengki. Kurang kasih sayang betullah.
Dia menghadap abangnya lalu menepuk perlahan pipi Kashaff. Mata Kashaff dipandang.


Hurm,I’ll let you handle the ganache. Bolehlah nak lick clean senduk dengan periuk tu nanti. Mahu idak?”


Mata Kashaff sudah bersinar. Siapa tak suka jilat periuk yang penuh dengan coklat cair? Siapa yang tak suka tu, memang pelik. Sayang adik dia ni.


Nice. Nanti dah siap, call me. Abang ada kat luar. Nak borak dengan girlfriend.”


Setelah Kashaff berlalu, Kiah meletakkan tangan di bahu,mata ke atas. Me-nyam-pah! Girlfriend lah sangat. Setakat Mili rumah depan tu bukan namanya teman wanita. Itu dah namanya Mili-pede, ulat gonggok! Gedik melebih, macam tak ada tulang belakang. Hish, abang ni pun satu. Perlukah sentiasa minat pada gadis-gadis yang tergedik sana sini?  Jalan pun macam tak cukup tanah, ada hati si Mili tu nak beripar dengan aku. Bakor karang!


Setelah habis mengutuk, Kiah kembali ke microwave. Diintainya kek cawan itu dari luar. Tangan ditekup pada sisi pipi lalu dia melihat. Wah, cantik betul, naik dengan elok, kembang semangkuk kek cawan tu. Alhamdulillah. Tak adalah malu nanti bila nak presentkan pada Lyth nanti.


Coklat masakan yang cantik terletak di atas meja itu dibuka balutannya. Dia kemudiannya mencapai periuk dan menyediakan tempat untuk melakukan proses double boiling. Coklat kena guna double boiler, kalau tak, habislah jadi kering, melekat pada periuk. Tak jadi cair dah. Papan cooking chocolate itu tadi dipatah-patahkan lalu dimasukkan ke dalam periuk. Senduk kayu dicapai lalu coklat dikacau-kacau. Dapur itu sudah berbau harum dengan aroma kek cawan di dalam microwave dan juga coklat yang tengah dicairkan di atas dapur.


Kiah memadamkan api di bawah periuk apabila coklat sudah cair sepenuhnya. Sedang elok juga kek cawannya turut siap dibakar lima minit sebelum itu. Sekarang, hanya nak letakkan satu lapisan coklat ganache, selepas itu baru letak topping cream cheese dengan M&Ms. Lastly, baru sumbat dalam fridge.Yummy!


Ketika Kiah tengah sibuk membasuh peralatan yang digunakan tadi, tiba-tiba ada seorang makhluk itu datang menyendeng di tepi Kiah. Kiah menyiku perlahan perut Kashaff. Kashaff tergelak. Ada-ada saja modal abang dia ni.


“Dik dik, Mili bagi buah pelam. Ada lagi tak ganache lebih? Boleh buat cicah.”


“Buka mata luas-luas. Atas counter top, dalam periuk tu apa? Pergi settle-kan cepat, orang nak wash up semua dah ni.” Kiah , tanpa memandang si abang terus berkata. Loyang yang digunakan tadi sudah diletakkan di atas tempat pengering. Kashaff memandang ke kaunter dan senyum sungging. Sodapnya cekelat cair!


“Potongkan buah? Thank you dik, sayaaang adik abang ni.” Laju saja tangan Kashaff meletak seplastik buah pelam muda itu di hadapan Kiah. Kiah bercekak pinggang.


Amboi! Banyak cantik punya muka, suka suki suruh aku potong buah. Tangan tu dah kudung ke? Tak boleh dah nak potong sendiri buah tu? Pandai makan je tahu. Inilah ha, nasib jadi sang adik, asyik dibuli dan di ambil kesempatan, tambah-tambah dia seorang wanita, lagilah macam-macam kena suruh buat. Hish! Men and their views regarding women.


Nak tak nak Kiah potongkan juga buah pelam itu. Kalau Kashaff yang potong, jadi jus pelam nanti. Dia pegang scalpel saja tahu, pegang pisau potong buah tak tahu.


Buah mempelam disusun cantik di dalam pinggan, lalu di serahkan pada si abang.


“Terima kasih adinda sayang.”


Dah mula dah Kashaff dengan nonsense  dia. Tangan laju mencapai sehiris pelam muda lalu dicicah ke periuk bersisa ganache itu. Masam, bertemu manis, sah-sah meletup di dalam mulut. Kashaff mengeluarkan bunyi untuk menyatakan betapa nikmatnya buah pelam tersebut. Kiah sudah tarik muka, tak senonoh betul mamat ni.


“Abang, please. Makan tu jangan nak keluarkan bunyi macam tu boleh tak? Geli tau. Makan buat cara makan, tak payah nak buat bunyi.”


Kiah menegur. Mata masih memandang Kashaff. Kashaff pula membuka matanya yang tertutup tadi. Potong stim la adik dia ni.


“Orang nak enjoy the food  pun tak boleh.”


Kashaff membalas perlahan. Kiah dijelingnya. Baik pandang pelam ni, pada pandang muka adik dia tu.



***


“Eh, masuklah! Masuk. Jemput, jemput.”


Semangat Datin Zu menyuruh Puan Maimunah sekeluarga untuk masuk ke dalam Villanya. Villa yang cantik, memang layak ditunjuk kepada orang. Kiah yang tadinya sudah terpegun dengan keindahan halaman luar Villa tersebut, kini sudah terpaku apabila melihat suasana di dalam Villa itu. Cantik sangat. Tak terlampau mewah, masih ada aura cozy di situ, tapi sangat indah mata memandang. Sejuk saja.


“Kak Zu? Kami ni datang awal sangat ke?”


Puan Maimunah bersuara. Kiah masih lagi ralit memandang dinding-dinding yang dicat kelabu muda itu. Banyak betul frame gambar. Ayat-ayat Quran pun ada. Kaki Kiah sudah tenggelam di dalam permaidani tebal itu. Dia menekur ke bawah. Karpet pun cantik, mesti beli kat Turki ni.


Kiah pernah teringat yang dulu ada kawannya ceritakan bagaimana karpet-karpet yang dibeli oleh golongan kaya raya dihasilkan. Semuanya ditenun dengan tangan. 


Jahitan yang halus, memerlukan tangan yang juga halus. Ramai kanak-kanak terutamanya di Nepal terlibat dengan child labour kerana tangan mereka halus untuk menenun karpet. Di Kathmandu, Nepal, kanak-kanak yang sebaya Luth berkerja dari sebelum terbit suria hingga terbenamnya matahari, tujuh hari seminggu. Kejam betul manusia ni kan? Kanak-kanak sepatutnya diberikan ruang, peluang dan juga pendidikan formal, bukannya menjadi hamba sang mata duitan.


“Khairina, jangan risau, karpet aunty ni free from child labour.


Datin Zu yang perasan akan Kiah yang dari tadi menekur karpetnya bersuara. Dia dah agak apa yang bermain di fikiran anak muda tersebut. Kiah pula tayang senyum sebaris. Pandai pula aunty ni teka. Telepathy ek?


“Eheh. Takde lah, Kiah tengah tengok design dia saja. Urm, aunty, Luth mana? Kiah ada buat cupcake untuk dia ni.”


Suara Kiah sudah sehabis manis. Kashaff sudah membeliakkan matanya. Pandai betul minah ni kontrol ayu depan Aunty Zu. Kalau dekat rumah, itu ha, cakap sepuluh batu pun boleh dengar. Kiah, Kiah.


“Khairina letakkan dekat dapur ya sayang? Mun, akak pergi panggil Luth turun kejap. Kawan-kawan dia pun kejap lagi datanglah tu. Make yourself at home! Dapur kat sebelah sana, Khairina.”


Datin Zu dengan lemah lembut mengundur diri. Walaupun dia Datin, tetapi sikap masih down to earth. Buat apa nak menunjuk, tambah riak adalah. Riak itu dosa besar,  buat apa nak tempah neraka sedangkan orang lain berlumba kejar syurga. Bersederhana dalam setiap benda yang kita buat,  yang penting bukan wang atau darjat, tetapi redha Allah S.W.T.

Kiah mengatur langkah ke dapur.  Dia mendengar suara datang dari arah dapur. Ada orang lah tu, biarkan saja. Tiba-tiba, suara lelaki itu meninggi. Marah.


You know what? Pergi mampus lah you! Suka sangat buat keputusan tak tanya I. You ingat I ni tunggul ke apa? I am not an invalid, okay?”


Kiah sudah kecut perut mendengar jerkahan tiba-tiba itu. Kaki dijinjit, nak tengok siapa tengah marah siapa tu. Sibuk je aku ni nak jaga tepi kain orang. Mata Kiah membulat. Haiyo...


I am sorry, bie.”


Perempuan itu pula meminta maaf. Kiah mengetap bibirnya, macam tengah layan drama pun ada ni. Eh, apa dah nama tunang si Kay tu? Jaz? Kesian dia, sampai menangis kena marah dengan Kay. Ish, baran jugak anak teruna Aunty Zu ni. Seriau aku dibuatnya.


“Tak hadap la sorry you tu. Hish! Selalu saja buat masalah. Otak letak kat lutut agaknya.”


Tangan dihentak pada kaunter lalu dia bergerak menuju ke arah Kiah. Nak keluar dari dapur, bukan nak serang Kiah pula. Kiah pula cepat-cepat beralih tempat. Dia bersandar pada dinding. Tahu pun takut, tadi masa eavesdrop orang tak takut.


Khayrel Reza menolak kuat cafe door itu. Hatinya tengah geram. Geram dengan sikap acuh tak acuh si tunang.

Ada ke patut, dua minggu sebelum majlis perkahwinan mereka, Jaz nak ikut serta misi ke Syria. Tahulah dia pun doktor, tapi agak-agaklah sikit. Orang lain pun join humanitarian mission juga, tapi tak adalah sehinggakan mengabaikan perkahwinan sendiri. Kahwin hanya sekali, walaupun digalakkan kahwin empat, tetapi aku  ni jenis percaya pada monogami. Cinta hati aku hanyalah satu, Jezamine Abdul Rafar. Jaz. Kalau apa-apa terjadi macam mana? Aku nak kahwin dengan siapa?

Aku bukan sengaja nak marah Jaz, tapi dia memang geram. Lagi dua minggu nak berangkat baru nak buka cerita . Bayangkan, sebagai tunang sendiri, aku adalah orang terakhir yang tahu tentang hal ni. Siapa yang tak marah? Mama pula bersengkongkol dengan Jaz tu. Hish, serabut!


Dan, apabila insan itu tengah marah, faham-faham sendirilah. Semua perkataan keluar macam air. Kesat ke, tak kesat ke, semua keluar. Dan, kata-kata tidak boleh ditarik balik. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...ada hati yang terguris.


Kay tanpa disengajakan memandang ke arah kirinya. Ni manusia mana pulak ni yang melekat kat dinding macam cicak kobeng? Dah dengar aku marah lah tu. Hey, suka sangat jaga kain pelikat orang, sah dah lepas ni mama digemparkan dengan berita anak teruna dia ni mengamuk dekat dapur. 


Cicak kobeng yang dimaksudkan tadi adalah Kiah.Lalu dia meninggalkan Kiah yang tengah khusyuk mencium dinding itu.


Seberlalunya Kay, Kiah menarik nafas lega. Nasib baik dia tak nampak. Ye lah sangat Kiah, Kay tu nampak saja engkau tu, dia buat tak tahu saja.


Kiah perlahan-lahan menolak cafe door  yang menghubungkan ruang tamu dengan dapur Villa itu dengan sebelah badannya. Tangan tengah tampung kotak kek cawan, memang tempah mautlah kalau nak guna tangan juga untuk tolak pintu tu. Tak pasal-pasal kek jatuh nanti.


Matanya tertancap pada perempuan yang tengah tertunduk di atas kerusi berhadapan dengan kaunter breakfast table itu. Merah dah muka dia duduk menangis. Kesian.


Siapa tak sedih kalau gaduh dengan tunang sendiri, dahlah super duper kacak pula tu, makin berganda sedihnya. Kalau aku lah ada di tempat Jaz tu, aku cepat-cepat pergi cuci muka dan pergi pujuk elok-elok my darling Benz to be tu

Tapi yang sedihnya,  Benz milik Addin di dalam novel, Kay milik Jaz di alam realiti. Apa orang kata, jauh panggang dari api? Memang tak akan dapat punya si Kay tu. Udah lah Kiah, kau lupakan saja. Jangan nak jadi perampas handalan tunang orang. Tak baik.


Kiah tarik muka selamba. Kaki melangkah ke kaunter. Kiah, jangan pandang. Obviously pasangan kekasih itu baru lepas bergaduh. Buat tak tahu, letak kotak, dan terus blah! Jangan sesekali masuk campur, tolak, bahagi, darab. Jangan.


Kotak diletak lalu Kiah cepat-cepat pusing untuk beredar dari situ. Belum sempat dia melangkah, tangannya sudah dicapai. Adoi,doi,doi!!! Dah terlewat! Tengok! Mesti Jaz ni nak gunakan kepakaran ayat motivasi aku ni. Nampaknya, dalam hidup aku ni, tugas utama aku adalah untuk memotivasikan orang agaknya. Nasib kaulah Kiah.


Jaz mengelap matanya. Tangan wanita yang hadir di dapur itu dipegang erat. Dia memandang wajah yang berseri itu.


Kiah pula nak tak nak tarik senyum yang nyata dibuat-buat. Sangatlah kekok. Di sini, dia berhadapan dengan tunang kepada lelaki yang pernah memasuki mimpinya, yang sekarang sering menjadi muka baru bagi hero watak novel cinta yang dibacanya. Parah.


“Awak dengar ya tadi? Sorry...saya tak patut rosakkan majlis.”

Jaz bersuara lemah. Masih ada sendu berbaki. Kiah  cepat-cepat menggelengkan kepalanya, sumpah tak dengar kesemuanya. Dua ayat terakhir saja.


“Eh, tak adalah awak. Saya tak dengar apa-apa. Majlis pun belum mula lagi.”

Kiah terus terang. Jaz angguk. Kiah mengeluh perlahan. Tak boleh jadi ni. Aku kena juga chat dengan Jaz ni. Nampak gaya macam sedih benar. Kerusi di sebelah Jaz ditarik keluar. Punggung dilabuhkan. Bahu Jaz dipegang lalu disuruh menghadapnya.


“Okay...speak. Saya ada belajar sikit-sikit psikologi ni.But just the basics. You can talk to me, and I will see what I can do with you.”


“Really?”


Jaz bertanya dengan mata yang berair. Kiah angguk. Hurm, kalau nak tengok Jaz ni, memang sangat padan dengan Kay tu. Aku tengok pun dah rasa semacam, kalau lelaki tengok, haih, tergoda terus. Muka macam anak patung.


Kiah angguk lagi. Really...semua past boyfriend saya tinggalkan saya sebab saya berjaya memotivasikan mereka untuk see a better view about life. Tapi sedih sebab saya hanyalah dijadikan stepping stone untuk mereka. Kata-kata itu hanya terukir di hati Kiah, tak mahu membebankan Jaz yang sudah ada di dalam dilema.


“Saya belum sedia nak kahwin. Sebab tu saya buat perangai, pergi volunteer untuk misi kemanusiaan. Saya tak berani tolak pinangan Kay, sebab saya tahu saya sayang dia. The thing is, I am not ready to build my life together with him. I haven’t seen enough of this world yet, tak puas lagi jadi single. And most importantly, I am not ready to be a mother. Knowing Kay, benda pertama dia nak adalah anak. Saya belum sedia.”


Kiah mengambil nafas dalam-dalam. Oh boy! Sumpah aku rasa macam baca novel bila dengar cerita si Jaz ni. Masalah bukannya besar pun, Cuma perlu berterus terang.


You ada pernah heart to heart dengan dia?” Kiah bertanya. Jaz mengerutkan muka.


“Tadi tu la, I baru saja cakap pasal kemanusiaan tu,dia dah melenting. Kalau I cakap I belum sedia nak kahwin, you rasa apa dia nak buat?”


Dah kau tu bodoh sangat nak lepas lelaki macam Kay tu kenapa? Haven’t seen enough of this world yet konon. Itu ha, Astro ada. Buka je siaran 707 ke, NatGeo ke, apa ke, tengok puas-puas dunia tu. Tak nak sangat si dia, meh sini, bagi kat aku, aku nak aje dekat dia tu.

Nak anak berapa orang, cakap je, setahun satu pun aku sanggup bagi. Perempuan mana yang tak nak anak? Rungut Kiah di dalam hati, namun muka tetap maintain. Kiah tayang muka concern.

Selepas menyedari apa yang telah dia lakukan,Kiah beristighfar panjang. Oops, terkutuk pula si cantik di depan ni. Ikhlaskan hati cik adik manis. Ikhlas.


“Okayla, saya rasa dalam setiap hubungan itu, communication skills memainkan peranan penting. Kalau tak nak, cakap tak nak. Nak cakap nak. And you reason why you say what you say, nicely. Cakap elok-elok. Terangkan pada dia kenapa you nak join misi tu. Pujuk dia baik-baik, terangkan elok-elok, and make him listen to what you have to say. Robert Powell pernah cakap, ‘If you make listening and observing your occupation, you will gain much more than you can by talking.’ Your tunang, perlu bagi you peluang untuk you terus terang dengan dia. So, apa yang you tunggu lagi? Pergi cuci muka, cari dia, and ask him to hear you out.


Kiah mengeluarkan nasihat keramatnya. Jaz pula bagai tersedar. Betul apa perempuan ni cakap. Suruh juga Kay tu dengar apa aku nak cakapkan. Make him listen


“Thanks. Oh ya, saya tak tahu nama awak lagi. Sorry, tengah emotional sangat tadi, sampai terlupa. Saya Jezamine. Panggil saja Jaz.”


Tangan dihulur. Kiah sambut.


“Khairina Ibtisam. Nick’s is Kiah. Nice meeting you.”

Kiah tayang senyum penuh. Comel sangat lah tu. Shawl yang dipakai pun sudah herot-berot sebab pergi cium dinding tadi.

“Kiah? Sangat...unik.”

Amboi, ada hati pulak si Jezamine ni nak komen nama aku. Unik eh?

“Thanks. Dah, pergi kejar that prince charming tu.”

Omel Kiah. Kau kejar dia Jaz, kalau tak aku yang pecut pergi tangkap dia dengan jala  ikan. Cepat Jaz. Kesabaran aku ni sangat nipis dah ni, aku dah jumpa Benz aku, tapi sebab dia tunang engkau, aku hormat. Aku tak kacau barang orang. 

Alangkah indah sekiranya Kay tu ada kembar juga, tak adalah nak makan hati ulam jantung sangat si Kiah ni. Nak buat macam mana Kiah, jodoh maut itu semua ketentuan Yang Maha Mengetahui. Bak kata Kashaff, kau doa sajalah dapat lelaki yang perangai elok untuk jadi suami nanti.


“Kiah, doakan I tau. Hopefully kali ni prince charming tak melenting sama I. See you around!”


Kiah gelak perlahan. Setelah bayang-bayang Jaz lesap dari dapur, dia membuka kotak cupcake itu lalu dimakannya sebiji. Haih, lapar pula bila tengok bakal isteri kepada Benz dia ni. Benz oh Benz, kenapalah versi engkau dalam realiti ni susah sangat nak jumpa. Dah jumpa, dah nak jadi hak milik orang lain pula. Sadis betul!
 


P/S : What do you think about this one? Tiba-tiba je rasa nak buat jahat, nak buat Kiah jadi perampas. Thehee =D

21 comments:

  1. best2.. sempoi aje si kiah ni..
    tunggu bab 2 pulak ^^

    ReplyDelete
  2. whatever it is, i want u to make cik kiah tu hopelessly romantic. dear, i floow ni, so u mesti janji kasi habis tulis citer ni sampai jadi novel. i geram sangat bbrp citer yg best, i folo folo, pastu mati tgh jln cenggitu tu, seksa org namanya tuh. u kasi abis ok. better still kasi habis cepat2 :)

    ReplyDelete
  3. osso i share yr link kat my fb ye?

    ReplyDelete
  4. wakakaka cik nina kite dah ggrrrrrerrraaaammmm, folo, jgn tak folo...cik shamien buat cik kiah daring & hopelessly romantic yerrrr

    ReplyDelete
  5. best2 ...sambung lagi hihihi <3 <3

    ReplyDelete
  6. Best you! Jgn łah buat kiah jd camtu..notty je cukuplah.

    ReplyDelete
  7. niceee...thanks Nina for sharing.

    ReplyDelete
  8. heheheheheeh bestlah cerita ini. buat sha tergelak gan telatah cicak kobeng @ Kiah. Adoiiii sakit perut gelak.

    ReplyDelete
  9. Nina bebel macam u bebel dekat ZZ..... jadi kan buku ye tq

    ReplyDelete
  10. TQ all sudi baca n support me =D Like I said earlier, I shall give my best shot at this onwards

    ReplyDelete
  11. Xnk kiah jdi perampas...
    Cik raiter nk lgi plz...best sgt....

    ReplyDelete
  12. bt lah apa2pon cik writer...tp,yg pastinya kiah jgn jadi perampas...klau nk kay jgk biarla cara yg baik...maybe kay dh putus tunang ke ataupun sebaliknya...hehe...apa2 pon good job kak!

    ReplyDelete
  13. Kiah tak se-extreme tu. haha, no rampas merampas

    ReplyDelete
  14. amboi bahas akak haaa.. bombastik gitu. Haha~ Sambung lagi. I nak follow. I ni susah nak follow e-novel ni. so you are so lucky. Hahaha~ gila nak speaking.


    Yourrr what ha ? sista ? aaa..i dont know.

    so jadi , your reader ,

    Pa'ah :)

    ReplyDelete
  15. haha,ye la adik sayang.
    bahasa akak tak perfect pun dik, biasa-biasa saja. Thank you ya *terharu*

    ReplyDelete
  16. yuhuuu~ redpepper here.
    btw, i jus realized tht the first chpt of this story had been published.hee.

    first : it is 200 percent ok.
    second: kiah really makes sense. lol. kiah oh kiah, if benz was born to be addin's husbnd, but do trust me kiah. u're not tht addin. ngeh3. (u know y? because kiah is totally diff)

    a good confiscater ever after? HUH? lol.

    third : nice flow. (setakat nih) this confiscater would make the story sparkles like sunshine. HUH? wakaka. ayt ngekngok.

    red said : i enjoy the story. terus maju jaya!

    ReplyDelete
  17. best best best... nak lagi plessss :)

    ReplyDelete
  18. jangan la buat kiah jd perampas...

    ReplyDelete
  19. best !! lawak p0n ade :)

    ReplyDelete