Saturday, March 2, 2013

Cik Kiah Hopeless Romantik! : Bab 2



Kaki baju berwarna merah jambu itu ditarik ke bawah. Hati sudah rasa tak tenteram. Padan muka kau, tadi mama dah kata, pakai baju ada liplap-liplap sikit, dress labuh ke, baru tak rasa out of place nanti. Siapa suruh tak dengar kata mama? Mama selalu attend  majlis mak-mak datin ni, dia tahu sangat dress code  macam mana.


Kiah memandang kiri dan kanan. Semua yang datang majlis Luth ni pakai baju hebat-hebat, semuanya ada personal label dari mana-mana designer. Kiah mengeluh. Aku juga yang pakai baju harga RM30 for 3 , FOS mari! Think possitive pretty lady, tak semua orang boleh carry baju murah, aku pakai baju murah pun nampak mahal. Yezza!


Kashaff menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya. Nak suruh aku duduk di sebelah dia lah tu. Dari tadi aku perasan semua anak dato’ datin tu duduk tengok Kashaff macam nak telan. Hish, macam tak pernah tengok lelaki kacak. 

Kiah, kau ni kata orang memang sedap, diri sendiri duduk usha tunang orang dari tadi tu dua kali lima saja tau. Betul kata orang, satu jari menuding ke arah orang, empat lagi menunding ke arah diri sendiri. Kata dulang paku serpih, kata orang, aku yang lebih.


Punggung dilabuhkan di sebelah Inche Abang. Baru saja landing,  Kashaff sudah berbisik di telinga Kiah.


“Dik, kenapa dorang tengok abang macam tu. Macam abang ni bangkai, and they as vultures. Seram sejuk tau.”


Kiah tarik senyum. Muka ditalakan di hadapan. Dia mengecilkan matanya ke arah ada anak Datin mana entah tu, dari tadi duduk buat kissy face  pada Kashaff, dia halakan sebuah renungan yang tajam ke arah wanita macam ulat tak cukup bulu itu. Taktik berkesan apabila wanita itu cepat-cepat angkat punggung pergi ke tempat lain.


“Siapa suruh abang jadi kacak sangat? Dorang nak masuk line lah tu.”


Selamba Kiah berkata apabila Kashaff sudah bebas dari renungan gatal para wanita tak cukup kain yang tadinya berkelompok di hadapan sofa Kashaff duduk itu.


Kashaff menongkatkan kepalanya pada bahu Kiah. Masuk line? Nak tackle aku? Sorry bebanyak, hati ini milik cik Mili-pede tepi rumah tu. Hari-hari bagi aku makan buah mempelam. Haih, makin sayang. Fikiran Kashaff melayang ke wajah manis si Mili.


Kiah hairan apabila abangnya tetiba diam. Dah, sah sah duduk mimpi di siang hari mamat ni. Sebuah cubitan maut dihadiahkan pada perut Kashaff. Lantas membuatkan dia tersedar dari lamunan. Potong betul adik dia ni, baru je nak ingat Mili.


“Mama mana?”


Kiah bertanya. Nak cari mama sebab tadi dia letak telefon bimbit dia dalam tas tangan mama yang besar gedabak tu. Mama dah bawak beg besar, buat apa aku nak kecoh bawak handbag sendiri kan? Tumpang sumbat dalam beg mama jelah. Leceh nak pegang handbag ni, merimaskan.


Garden mungkin. Abang duduk dalam sebab luar tu hangat. Plus, dekat luar tu dah macam Carlifornia. Mak-mak semua pakai tutup litup, tapi para anak, kalau boleh semuanya nak buka. Tergugat iman Kashaff Iman ni tau dik.”


Adu Kashaff.Kiah angguk. Itu lagi satu masalah akhir zaman ni. Manusia semakin hari semakin berpakaian tetapi telanjang.

Tiba-tiba bahu Kashaff ditepuk dari belakang. Choi, sikit lagi nak melatah. Kepala ditala ke belakang dan...


“Amboi amboi, kau sombong ya sekarang? Tak cam aku dah?”


Kashaff cepat-cepat angkat kepala dari bahu si adik lalu berdiri. Muka dah bercahaya habis selepas ditegur lelaki itu. Kiah pula angkat kening sebelah. Ini mamat poyo mana pulak ni? Rambut pun ala-ala Bront Palarae, paras bahu. Muka, boleh tahan lah. Tapi kacak lagi Mister tunang orang tu.


“Gila kau tak cam? Apa khabar bro? Kau pun ada kat sini?”


Sapa kashaff sambil bersalam dengan lelaki poyo itu. Kashaff, kalau dah jumpa kawan dia, memang orang kat sebelah ni pun dia lupakan. Kiah berdiri lalu menempek di sebelah Kashaff. Dia tarik senyum sungging.


“ Ni rumah parents arwah abang ipar aku. Luth tu anak saudara aku. Anak arwah kakak aku.”


Dia berkata perlahan. Sedih. Rindu kepada yang sudah pergi.Setelah itu mata si poyo tertancap pada wajah Kiah. Dia mengerutkan dahi. 

Cantiknya. Simple appearance but still eye catching. Selendang warna warni terlilit kemas di kepala. Ceria warnanya menggambarkan tuan yang juga ceria. Mesti budak perempuan ni happy go lucky kan? Girlfriend Kashaff ke? Dia berdehem.


“Ehm, ni siapa? Baru balik dah  jumpa jantung hati ya? Aku juga yang masih single ready to mingle ni. Untungla. Semua junior aku yang kahwin dulu, aku juga yang bujang terlajak.”


Orang tu tiba-tiba saja nak emosi sendiri. Kiah tahan gelak. Haih, mamat poyo ni. 


“Saya Kiah. Adik kembar dia.”


Kiah mencelah. Terus lelaki tadi terdiam. Termalu sendiri lah tu kan? Tidak lama kemudian, mamat poyo tu tayang senyum manis.


“Mohammad Benjamin Aliff. Call me Benji. Senior Kashaff at Uni. Cantik adik kau, Kashaff. Kiah dah ada yang punya?”


Kiah ternganga. Otak dia sudah tidak boleh berfungsi selepas mendengar nickname mamat poyo itu. 

Oh-la-di-da-di-da, come what may, remember the smile , and say : here we go! We’re makin’ the sun shine.


Tiba-tiba lagu Nikki Jean itu berkumandang di dalam fikiran Kiah. Apa tadi? Benji? Kalau aku pengsan sekarang ni boleh tak? Hari tu mimpi Benz nampak muka Kay, hari ni dalam rumah Kay, wujud pula manusia yang boleh tahan kacak bernama Benji. Siapa yang Benz aku ni sebenarnya?? Kay ke Benji? Kalaulah perempuan boleh kahwin dua...esh! Mengarut saja.


Kiah,  balik ni kau kena istikharah panjang-panjang. Biar dapat petunjuk ke jalan yang benar.

Tapi, kalaulah lepas istikharah tu nampak muka Kay, takkan nak rampas tunangan orang pula. So, second choice dah ada dekat depan ni, fikir cepat kau nak buat first move ke tidak. Kau kan muka tak tahu malu sikit Ke kau nak tunggu je bulan jatuh ke riba?.  

Think! Think!Think genius think! Mama bagi tempoh setahun, kalau tak sah-sah kau kena set up dengan entah siapa.


Earth to Khairina Ibtisam!”


Kiah menekup telinga, spontan. Terkejut dengan pekikan Kashaff di tepi telinganya tadi. Itulah kau Kiah, tadi kata abang, sekarang kau sendiri mengelamun. 


“Apa?”


Kiah bertanya, hairan. Benji ni ada tanya dia soalan ya tadi?

 
“Benji tanya, adik dah ada siapa-siapa ke?”


Kashaff jadi orang tengah. Kiah pula buntu. Aiyak! Saya Benz yang punya, agak-agak boleh tak jawab macam tu? Sumpah kau ni perasan Kiah, entah-entah, Benz tu tak wujud pun dalam dunia ni. Mercedes Benz adalah, bas sekolah warna kuning tu pun nama Benz juga. Bibir bawah digigit. Macam mana ya?


Mata ditumpukan kepada lelaki yang sedang tahan gelak di hadapannya itu. Mama, turun saham dah ni. Tapikan, aku tak rasa Benji ni yang aku nak, oh hati, mengapakah begini? Si mamat poyo yang trang tang tang tak berpunya ada di hadapan, tetapi kau masih memberat ke arah yang sudah berpunya.


“Err...eh, Kiah nak cari mama!”


Cepat-cepat Kiah melarikan diri. Baik blah daripada tayang muka keliru di hadapan jejaka yang straight forward itu. Baru sahaja dia ingin berlalu, suatu suara halus memanggilnya.


“Kakak Cinderella! Uncle Long! Faster, faster!”


Kiah menoleh ke arah tangga. Luth! Tak jadi dia nak cari Puan Maimunah. Mata memandang Luth, dan juga pakcik Luth yang serba kacak, gagah perkasa, yang tengah mendokong Luth di atas bahunya itu. Cair!


Luth selamba memegang rambut Kay, Kay pula kemas memegang kaki Luth agar budak itu tidak terjatuh ke belakang. Alahai, dua insan kacak tengah turun tangga, dan menuju ke arah aku. Hati ni rasa nak terbang melayang saja.


“Yeay!Dah sampai! Kakak!! Nak dokong! Nak cium! Nak salam.Nak hadiah! Uncle...turunkanlah. Luth nak kakak, tak nak Uncle Long!”


Semangat betul Luth apabila berjumpa Kiah. Uncle Long Luth pun ditolak apabila dia dah nampak kakak cinderella dia tu. Kiah tergelak melihat gelagak Luth yang hyper. Banyak celoteh betul.


Langkah kaki Kay berhenti betul-betul di hadapan Kiah. Kiah hanya menelan liur memandang dada sasa itu. Nampak sangat betapa pendeknya Kiah ni. Kiah pendek ke lelaki ni terlampau tinggi? 156 sm tu pendek eh? Si dia ni macam lebih dari enam kaki pun iya juga. Lagi tinggi daripada Kashaff yang enam kaki satu inci tu.


Kiah masih leka memandang dada jejaka di hadapannya tika itu. Kalau sandar kat dada dia mesti syok kan? Haih, untung betul si Jaz tu nanti. Boleh tak kalau nak lupakan sekejap kenyataan bahawa dia ni sudah ada tunang? Sekarang, hanya Kay, Luth dan juga Kiah. Main focus : Kiah-Kay, Kay-Kiah.


Detak jantung Kiah semakin laju. Muka dah rasa merah sebab semua darah ditolak naik ke muka, fast heartbeat equals to more blood pumped into the system. Pernah tak orang dapat darah tinggi ke sakit jantung ke apabila dilanda cinta?

Kalau tak pernah, Kiah rasa dia yang akan jadi yang pertama. Alahai. Kiah bagaikan menjadi patung. Rasa bersalah minat dengan tunang orang ditolak ke tepi dahulu. Minat, tak semestinya merampas.


“Luth...jangan goyang. Nanti jatuh.”
Suara Kay tegas menasihati Luth. Luth diam dari bergerak.
 

“Nak kakak. Kakak, dokong...”

Manja betul suara itu di telinga Kiah. Kiah berhenti dari memandang dada si dia.Mata memandang Luth yang tengah mendesak untuk datang kepadanya. Senyuman manis automatic tersungging di bibir. Comel sangat bila tengok Luth dengan pakcik dia ni. Kalau orang tak tahu, boleh cakap father and son.


“Okay sayang,come. Kakak dokong birthday boy ni.Tak sabar betul ya?”
Kiah menyuakan tangannya ke arah Luth. Luth mendepakan tangannya. Tak sabar nak kakak cantik dokong.


Kay pula memperketat pegangan tangan pada kaki Luth apabila Luth tak sabar untuk berpindah tangan.Sipi lagi nak tergolek ke belakang Luth ni.


“Luth! Sit properly. I’ll lift you up. Jangan nak gopoh sangat. Nanti jatuh, patah gigi. Padan muka.”


Tangan Kay mencapai badan Luth lalu diangkat. Cara dokongan sudah berubah, kini Luth didokong di sisi kiri pula. Luth ni pun boleh tahan tinggi untuk baya dia. Memang keturunan tinggi-tinggi agaknya.


Okay,  here you go to your Cinderella. Jangan nakal ya, boy? Be nice.Kalau tak, no birthday present for you.”


Kay menyuakan sebelah badannya yang memegang Luth itu kepada Kiah. Bukannya dia nak turunkan si budak Luth tu. Saja je Kay ni, menduga hati wanita bernama Kiah betul.


Kiah menerima isyarat bahawa Kay ingin dia ambil Luth dari dokongannya, lalu mendekatkan sedikit dirinya yang pendek itu dengan sisi  kiri Kay. Wah, memang Kay sangat tinggi dari aku. Paras bahu Kay pun kepala aku tak dapat cecah. Macam beruang pun ada.Big and strong! Rawr. Syoknya kalau dapat buat personal teddy bear ni.Mesti dia ni protective kan? Sempat lagi Kiah ni nak mengada.


Luth dicapai lalu dipegang kemas. Mak ai, haritu kat airport tak berat, hari ni dah berat sikit. Kiah membetulkan cara mendokong. Takut terjatuh nanti.


“Okay, I got you.”

Kiah bersuara perlahan.Pipi gebu Luth dikucup halus. Terkekek-kekek Luth ketawa, bahagia bersama kakak Cinderella. Luth pula masih di hadapan Kiah, suka melihat gelagak anak saudaranya itu dengan kakak yang dipanggil Cinderella.


Eh,ini budak airport haritu kan? Comel je tengok bila dia layan Luth. Wanita yang suka kanak-kanak sangat cute, kan? Eh, Kay, apa pulak kau ni. Ada hati nak puji budak depan ni cute, tunang sendiri tak cute? Budak depan ni cute, tunang sendiri cantik...


Kiah yang perasan dirinya direnung perlahan-lahan mengalihkan pandangan dari Luth ke arah Kay. Malu-malu gitu.


Kay pula cepat-cepat mengalihkan pandangannya kepada Luth. Kepala digaru. Nak cover diri terkantoi lah tu kan?


‘Is it me, or was he staring at me?’ desis hati Kiah. Dia masih memandang Kay.Nak cakap apa eh?


“Dah boleh bawa Luth ke luar? Dah masa nak potong kek kan?”
 Kekok. Si dia hanya mengangguk. Kiah mula mengorak langkah.


“Kejap-kejap.”

Kiah berhenti. Kay datang depan Kiah dan membongkok sedikit. Muka Luth diangkat. Ibu jari disapu pada mata Luth yang kelihatan sedikit hitam itu. Wait, Luth pakai celak? He is wearing kohl? Oh my...padanlah mata cantik.


“Okay, set.”

Kiah memandang Kay hairan. Satu, kenapa Luth pakai celak? Second, siapa yang pakaikan? Takkan si Jaz tu make-upkan budak lelaki dengan Mac kut. Agak-agakla, budak perempuan tahan lagi nak make-up, Luth tu lelaki.


“Luth pakai celak?”

Kiah bertanya terus terang.Mata menikam wajah kay. Eh? Kay pun macam pakai celak je. Tapi nipis la, tak comot macam Luth tadi. Kay membetulkan postur lalu mengangguk. Iya, pelik sangat ke? Pakai celak kan hukumnya harus.


“Yes. I pakaikan dia celak.Kenapa, tak boleh?”

Selamba soalan dibalas soalan. Rambut disisir sedikit ke belakang.
Kiah mengangkat  bahu. No wonder muka dua orang lelaki ni makin naik seri, pakai celak rupanya.  Pandai pakai pula tu, kalau tengok jauh, tak ada orang perasan. Dahlah bulu mata lebat, lagilah orang tak perasan kehadiran celak tu.


“Tak pernah tengok lelaki pakai celak.”
Jawapan Kiah itu membuat Kay tergelak sedikit. Kena terangkan ni.


“Haih. You kenal mama I kan? Mama I ada keturunan Pakistan, so, memang dari kecil dia pakaikan anak dengan celak Mekah. Adat dan juga sunnah Nabi. Benda baik kita kenalah buat dengan konsisten. Betul tak? Lagipun, celak ni bagus untuk mata, bagi cerah penglihatan, bagi lebat bulu mata, naikkan seri muka, elak penyakit mata dan menyejukkan mata. You should try wearing too, makin comel nanti muka you.”


Panjang lebar Kay menerangkan tentang kebaikan celak. Setelah itu dia meninggalkan Kiah dan juga Luth.Kiah terpinga-pinga. Did he just call me comel? He did doesn’t he? Alahai, Kiah, jangan Kiah. Jangan ke sana. Tarik nafas Kiah, dia bukan milik kau. No!


“Kakak, pandang apa? Jom, Luth nak sing happy birthday.”


Luth merengek manja. Kiah tarik nafas. Astaghfirullah-al azim.Get a grip Kiah.Don't swoon over someone else's fiancee. Kiah memandang Luth lalu mengerutkan hidungnya. Buat muka comel. Luth tergelak.


“Okay, jom.”


Kiah mengorak langkah ke arah taman. 


Di atas sofa tadi, dua orang lagi jejaka ralit menjadi pemerhati.


“Oh boy, she is in a deep end.”

Benji mengeluh. Dari riak muka Kiah tadi, memang dia dah rasa wanita itu memang dah terjatuh. Terjatuh cinta dengan Khayrel Reza.


“Yupp! Melepas engkau ya.”

Kashaff berkata sambil menepuk pahanya. Setelah itu dia bangkit dari sofa. Majlis dah nak mula. Semua orang pun dah keluar ke taman di luar rumah.


“Heh.Aku kenal Kay tu, dia setia pada Jaz. Kita biarkan saja adik kau tu pasang angan-angan, a girl can dream , so let her be.”


Benji tayang muka konfiden. Kay tu sayang gila pada Jaz. Jaz yang pernah bagi harapan pada dia dulu, kini sudah hampir menjadi milik Kay. Kecil dunia kan, pusing ikut mana pun jumpa balik dengan kekasih lama. Jaz je yang tak perasan kewujudan dia dalam keluarga Kay tu. Hati terpaksa merelakan orang yang disayang separuh mati berbahagia dengan orang lain yang lebih layak.


“Gila kentang, sejak bila kau buka kitab Seuss tu?”


Kashaff senyum mengejek. Pandai pula mamat ni berfalsafah tentang angan-angan. Benji angkat bahu. Dia tahu, sebab dia pun macam Kiah. Hanya pandang dari jauh. Harapan menggunung tapi gunung itu tak mampu didaki, tak mampu ditawan.


“Kau rasa Kiah nak jadi kawan aku tak?”


Entah soalan apa yang ditanya Benji itu. Kashaff angkat bahu. Aku kembar dia, bukan roh dia. Mana aku nak tahu.


“Mana aku tahu, kau pergi tanya dia sendiri. Kawan ke, bini ke, semua tu kau tanya dia, jangan tanya aku.”


Kashaff kata dengan malas. Benji turut bangkit.


“Aku nak kawan je, dia tu macam an interesting species. Bini, nanti bila aku sudah sure dia jodoh aku, baru aku tanya. Set? Dah, jom. Anak sedara aku tu dah tak sabar nak tiup 5 batang lilin tu.”


Lalu mereka juga turut berlalu ke taman. Birthday party si comel Luth sudah bermula. Benji melihat Luth yang didokong Kiah, dikelilingi oleh ramai kanak-kanak. Matanya pula jatuh pada satu wajah yang tengah tersenyum mesra di samping Kiah. Wajah yang masih menghantui mimpinya. Wajah yang kini sedang berbahagia dengan lelaki lain. 


Kalau boleh, dia nak saja halang Kiah dari terjatuh cinta dengan hak orang, sebab dia faham sangat betapa sakitnya apabila kita cintakan sesuatu yang belum pasti. Tapikan, dia siapa nak halang angan-angan orang? Kenal pun baru hari ni, nak kata kawan, bukannya kawan kepada Kiah, tetapi kepada abang Kiah. Cinta dan sayang itu datang secara tiba-tiba, tanpa dipaksa. 


Tiba-tiba wajah itu memandang ke arah Benji. Jaz senyum ke arahnya. Senyuman berbalas. Bukan jodoh aku, nak buat macam mana. Admire dari jauh sudahlah. Dia bahagia, aku bahagia. Inilah agaknya apa yang dimaksudkan dengan hopeless romantic agaknya. No hope.Sekadar usha dari jauh pun dah cukup bermakna. Wahai encik hati , kenapa susah sangat aku nak dapatkan pengganti?




***

P/S : Pelik kan hidup ni? Sangat berputar belit. Si A setia pada si D. Si B cintakan si A. Si C cintakan si D. Si D pula tak puas lagi nak tengok dunia walaupun dia sayangkan si D, tapi masih belum sedia untuk memberi komitmen. Macam-macam manusia ni.


Introducing Mr  Benjamin. Benji. Ben-jee.
Traits  : Very reliable male counterpart
             Possibly charming at times, 
            and... nanti korang tahu sendiri punya. ;)


 


11 comments:

  1. Ohhho, Kiah has to choose now between Benji and Kay. Should be interesting!. Keep up the good work yeah? :)

    ReplyDelete
  2. TQ jane. haha, choose jangan tak choose

    ReplyDelete
  3. redpepper disini.

    i've had enough. =_= *penat jerit part mncul new hot guy ever after,*
    y must call him *mmt poyo* HUH? lol.
    this story seems so so so close to me.*big-grin*

    interesting.
    excited.
    gile.
    hee. smbg jgn x smbg. ^_____^ terus maju jaya.

    ReplyDelete
  4. Best...cinta x semestinye dimiliki...huhu*sentap gitu*

    ReplyDelete
  5. eee..xnk jadi prmpas k.kiah ptut cri org lain=benji

    ReplyDelete
  6. baru bab 2 tapi byk conjur nostalgia...hehehe down memory lane...pilih cik kiah, jgn tak pilih...smbng cik shamien, jgn tak smbng....

    ReplyDelete
  7. Malu malu kucing la Cik kiah ni..... syok kan kalau keliling kita penuh dgn org kacak kacak .....waaa misi Cik kiah hampir tercapai , yg nak jadi bidan terjun dah tunjuk muka

    ReplyDelete
  8. Bidan terjun tak terjun, nanti jangan terkejut. =P

    ReplyDelete
  9. sambung cpt2 pls ^_^

    ReplyDelete
  10. Dah terase yg satu hr nnt kiah n Kay..benji n jaz..best la citer ni..can't wait for new entry ...

    ReplyDelete
  11. hidup ni mmg pelik & ada graf turun naik..

    ReplyDelete