Saturday, December 28, 2013

Mommy Vogue : Bab 2




            The woman is carrying her clothes, but it is the shoe which carries the woman 
                                                                                                                  -Vogue

            Tiara menggigit bibirnya sambil  memandang skrin telefon. Kemudian, dia membetulkan kedudukannya di atas kerusi itu lalu memandang pula ke arah papanya. Taufiq yang sedar Tiara sedang merenungnya berkalih sekilas. Tangannya diletakkan ke atas kepala Tiara lalu dia menarik sedikit muncung tudung Tiara itu.
            “Pandang papa macam tu kenapa?”
Taufiq bertanya sepatah. Tiara cepat-cepat menarik sengih tidak bersalahnya. Dia mengiringkan badan lalu memandang papanya dengan muka sepuluh sen.
            “Papa nak bawa Tiara makan di mana?” Tiara bertanya polos. Taufiq tersenyum sambil menukarkan gear kepada N. Lampu isyarat sedang merah.
            What would you want? Italian? Western?Ala kampung?You choose.” Taufiq berkata sambil-sambil mengetuk jarinya ke stering kereta. Tiara sudah memuncungkan bibirnya. Siku disandarkan pada dashboard lalu dia merenung papanya.
            “Papa rasa Tiara nak makan apa?” Tiara bertanya balik. Taufiq menyandarkan kepalanya pada belakang kerusi pemandu itu. Bibir diketap dan dia membunyikan ‘mmmm’ panjang-panjang sambil berfikir. Tiara pula sudah membuat muka pelbagai riaknya.
            “Kejap, kena ada telepati ni. Fingers please!” Taufiq berkata selamba seraya jemari tangan kirinya yang runcing itu ditemukan dengan jemari tangan kanan Tiara.
            “Okay. Connection available. Tiara ni nak makan western. Ada daging, ada salad. Uu , wait...is it burger?? Eh tak tak...dia bukan burger biasa. Sekali pandang macam quarter pounder! Tapi bukan dekat Mc Donalds, hurm? Ouh, ini sirloin steak  pun iya.  I think I know just the place. Our normal place at Solaris?
            “Yeay! Papa pandai. Sayang papa. Dah, jalan. Lampu dah hijau tu.”  Tiara berkata sambil kembali duduk elok-elok. Taufiq mencapai telefonnya lalu menyerahkannya kepada Tiara.
            Call for reservations.” Arah Taufiq. Tiara tersengih.
            “Tiga orang eh papa?” Tiara bertanya takut-takut. Taufiq sudah mengerutkan keningnya. Tiga? Kenapa tiga pula?
            Pleaseeee...Tiara dah terajak Aunty Rose pun. Tiara dah tahu papa mesti nak bawa Tiara ke sana.” Tiara memujuk papanya. Lengan Taufiq yang memegang gear itu digoyangnya.
            “Okay, okay...tak lalu papa nak makan nanti. Tapi tak apalah, dah Tiara tak boleh gembira kalau si mawar berduri tu tak ada, papa tak boleh buat apa-apa.” Taufiq membuat muka sedih. Tiara menampar kuat paha papanya.
            “Papa ni, anti sangat dengan aunty Rose tu kenapa? Rara tak faham betul.”
            I have my own reasons sayang. Yang papa tahu, papa tak suka dia.” Senang aja  Taufiq membalas. Tiara mendengus. Haila papa ni...itu satu aja aku tak faham. Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa dengan aunty juga dia tak boleh ngam? Karang aku kenenkan juga dua orang tu baru tau.
            Fikiran Tiara kembali difokuskan ke telefon bimbitnya di tangan. Dia tersenyum apabila membaca mesej yang masuk.
            Taufiq yang sedar Tiara tersenyum keseorangan itu sudah naik hairan.Oho, ni dah pandai senyum sorang-sorang ni jangan kata dia dah ada...homai! Tiara dah ada boyfriend ke?
            “Ehem!” Taufiq berdehem apabila Tiara lama mendiamkan diri, ralit dengan telefon dia.
            “Rara...khusyuk betul papa nampak.” Tegur Taufiq lagi sekali. Tiara meletakkan telefonnya ke riba lalu tersenyum simpul.
            “Ehehe, kawan Rara text pa.” Jawab Tiara sebaris. Taufiq sudah menjungkitkan keningnya ke arah Tiara. Ye ke kawan?
            “Kawan? Lelaki ke perempuan?” Taufiq bertanya lagi. Tiara sudah tidak senang duduk.
            “ Lelaki...” Perlahan aja Tiara menjawab. Di situ, Taufiq sudah tahu maksud tersirat si Tiara tu. Dah ada teman lelaki, tapi tak beritahu papa ya Tiara?
            Special friend Tiara ke dia tu?” Taufiq cuba mengorek lagi. Tiara masih mengangguk. Dah papa tanya, mana boleh tipu.
            “Papa...sorry. Tiara tak nak bagitahu papa takut nanti papa tak suka. Lagipun, aunty Rose dah pernah jumpa dia, aunty Rose approve. Aunty Rose yang kenalkan Tiara dengan dia.” Tersirap darah Taufiq mendengar ayat Tiara itu. Ouh, Aunty Rose punya kerja la ni? Dasar mawar berduri! Siap kau, pepandai je kan kau mengajar anak aku ni. Pandai cari boyfriend untuk Rara, cari suami untuk diri sendiri tak reti pula!
            “Papa, papa marah ke?” Taufiq menggelengkan kepalanya. Tak, dia tak marahkan Rara, dia marahkan si makhluk perasan muda yang sorang lagi tu.
            No. I’m never angry at you.” Balas Taufiq. Tiara menghembus nafas lega. Nasib baik papa tak mengamuk. Fuh!
            

            SETELAH memakir kereta di tempat parking pada bahu jalan, Tiara memegang tangan papanya lalu mereka berdua menyusur masuk ke dalam restoren ala barat itu. Tempat di luar juga ada, tapi memandangkan hari ini agak panas, baik duduk dalam ruangan aircond. Kalau datang malam lainlah, lagi seronok kalau makan kat luar.
            Seorang pelayan datang menjemput mereka ke tempat duduk yang telah disediakan dan mereka memesan siap-siap makanan tengah hari. Tiara turut memesan untuk aunty kesayangannya, dan Taufiq awal-awal lagi mencebik. Si Rose tu suka sangat pow dia. Benda paling mahal yang ada, itulah yang dia order. Nak tak nak, taufiq ikut ajalah, untuk anak tersayang.
            Tiara awal-awal lagi duduk di sebelah papanya. Apabila bakul baked potatoes  tiba, cepat-cepat mereka belasah sampai licin sambil berbual kosong. Rutin seorang anak gadis dan si bapa, tak lari jauh. Dah macam kawan baik dah dua orang ni.
            “Mana aunty ni.” Keluh Tiara sambil melihat jam di tangannya. Taufiq sudah bersiul riang, tak datang lagi bagus!
            “Ha, panjang umur dia!” Muka Taufiq terus menjadi monyok apabila melihat bayang-bayang Rose di pintu masuk restoren itu. Tiara sudah melambai-lambaikan tangannya, mengisyaratkan Rose supaya datang ke tempat mereka. Taufiq memerhati gaya Rose pada hari ini.
            Rambut dia buat macam sarang tebuan, ala-ala zaman P. Ramlee tu, lepastu ada subang gedabak di telinga, bulu mata palsu melentik, baju ala-ala vintage berlatar belakang putih dan mempunyai corak bunga-bungaan halus. Baju tu kalau orang lain pakai mesti nampak cantik, tapi kalau Rose yang pakai, yang cantik pun boleh jadi buruk!
            Selepas itu mata Taufiq jatuh pula kepada skirt yang dipakai oleh Rose tika itu, skirt labuh berwarna krim yang tak cukup kain, sempat tutup lutut aja. Bawa kereta BMW, tapi kesian, kain tak cukup! Lagi, rantai dileher ada dua tiga, rantai pun dah macam tali jerut orang kena hukum gantung tu! Cincin seperti biasa, semua jari ada. Gelang hari ini dia tak pakai banyak la pula, pakai dua utas pandora aja. Kasut pula...hurm, kalah menara berkembar Petronas tu! Tinggi melangit!
"Uu tu tu tengok dia...jalan pun macam nak patah pinggang dah papa tengok, kangkung tengok pun boleh pengsan. Jalan pun dah macam anak zirafah baru belajar nak jalan." Perli Taufiq apabila melihat Rose sedang menuju ke arah mereka itu. Tiara sudah mendecitkan lidahnya. Tak suka apabila papa dia memerli aunty kesayangan dia tu.
            "Taufiq, behave!" Tiara menegur dengan tegas. Muka sudah diseriuskan ke arah papanya. Taufiq sekadar menarik muka toyanya ke arah anak gadisnya itu. Bahu diangkat.
            "Alaa Tiara ni, papa cakap benda betul apa. Papa tak sabar nak tengok dia tersembam dari kasut rumah pangsa dia tu. Tahulah diri dia tu pendek, pakai kasut tumit tinggi sampai kalah orang muda, diri dia tu masih pendek tau, tak tinggi-tinggi pun. Tak boleh lawan papa ni yang dah tersedia tinggi sejak lahir lagi.  Nasib baik dia dah andartu, peranakan dia jatuh pun tak ada orang nak kisah. Tunggu hari nak menopause je tu, tak sedar-sedar diri lagi. Pakaian pun entah macam apa lah perempuan tu." Taufiq membebel panjang. Tiara sudah menggelengkan kepalanya.
            "Papa, shadap. Aunty dengar nanti kecik hati dia. Dia muda lagi apa, baru 40. Mana menopause lagi. Kalau kahwin boleh dapat baby lagi tau!" Tiara semangat mempertahankan aunty nya. Dalam fikiran dia sudah bayangkan, kalau papa kahwin dengan aunty, dan kalau dapat baby, kan seronok. Dah lama gian nak dapat adik ni. Harap-harap ada rezeki nak merasa ada adik kandung. Tak seronok tau jadi anak tunggal ni.
            " Tak menopause pun, bagus sikit bagi dia dengar.” Kata sindiran Taufiq itu mematikan kesemua angan-angan Tiara. Tangannya laju mencari sasaran. Mulut papa ni kan...dasyat sangatlah!
            “Au au au Tiara! Cubit papa kenapa?" Taufiq sudah menepis cubitan Tiara pada lengannya. Berbisa betul! Tiara pula masih dengan muka seriusnya.
            "Papa...stop it! You are rude towards her tau." Pintas Tiara, tegas. Taufiq mencebik.
            "Papa menyampah dengan dia." Balasnya senang. Baginya, kalau sudah menyampah tu, maka dia boleh la keji si Rose tu puas-puas. Tak baik tau...Taufiq oi!
            "Dah dah, diam. Aunty dah sampai tu." Tiara mengingatkan papanya lagi sekali. Taufiq tergelak kecil. Dia? Nak jaga perangai depan Rose tu? Memang idaklah!


            "HAI sayang aunty. Hai makhluk asing tepi kesayangan aunty." Rose  menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Tiara. Nak suruh dia duduk menghadap pak cik muka ketat mulut suka perli orang tu memang bagi dia sejuta ringgit pun dia tak sanggup!
"Hai aunty!" Balas Tiara ceria. Rose pula sudah tersenyum lebar ke arah Tiara.
            "Hai rose layu bau macam bunga tahi ayam. Au au au...Rara stop pinching me!" Rose menjeling sekilas ke arah Taufiq yang dipanggil makhluk asing tadi. Tengok, kan dah kata dia tu mulut longkang!
            "I smell of Christine Dior, thank you very much. You smell like a skunk, wahai Mr makhluk asing!" Senang Rose menepis. Elok dia bau wangi-wangi ada ke patut dia kata Rose ni bau macam bunga tahi ayam! Kan Rose dah balas balik tu.
            “Alaa guys, please can we not fight? Kata nak celebrate  Rara dapat scolarship.” Kedua-duanya tersenyap apabila Tiara sudah menarik muka minta simpati itu.
            “Okay, okay. So... Rara dapat fly? Bagus sangat tu sayang, bijak betul anak aunty ni, sama bijak macam arwah mama dia.”  Kata Rose sambil mengambil pinggannya dari tangan waiter. Yum!
            "Wowowo. Dia anak saya, bukan anak awak." Sempat lagi Taufiq ni, padahal mulut tengah laju mengunyah kepingan daging tu. Inilah manusia yang tak ada adab! Nasib baik Rara tu tak ikut perangai luar alam bapak dia ni.
Rose pula sudah membeliakkan matanya apabila mendengar aja suara sarkastik Taufiq tadi. Suka mencelah bila orang lain bercakap!
            "Whatever. You, talk to my hand. Rara, you talk to me." Rose memberi amaran tegas. Garfu di tangan kirinya dihalakan ke arah Taufiq, kau banyak cakap, aku cucuk-cucuk mata kau tu dengan garfu ni. Bagi buta! Mata tak nampak, mulut otomatik akan senyap! Selesai satu masalah!
            "Saya bayar bil, jadi saya akan decide siapa cakap sama siapa." Taufiq membalas balik. Tiara sudah menggelengkan kepalanya. Tadi kata nak elok-elok, tak sampai lima minit, dorang mula gaduh balik. Hadoila...mama...kenapa dorang dua ni perangai pelik sangat? Macam budak-budak dah Rara tengok!
            "Fine then, Rara...bangun. Kita pergi meja lain. Aunty tak nak cakap dengan makhluk asing ni. " Tiara mengeluh apabila Rose sudah mencampakkan sudu dan garfunya ke dalam pinggan. Siap dah angkat pinggan dah tu semata-mata nak pindah meja. Rara cepat-cepat menarik Rose untuk kembali duduk.
“Tak! Aunty...duduk sini. Papa...sudah-sudah la. Rara tak suka la tengok korang dua ni. Gaduh memanjang.” Tiara merengek. Geram pun ada. Tak kira di mana dan bila, gaduh gaduh gaduh aja kerja dua makhluk ni!
            "Hey darlin', I come in peace okay?" Taufiq masih ingin bertikam lidah. Tiara sudah memberikan papanya renungan maut. Aunty Rose dah diam, papa ni tak habis-habis lagi!
            “Mengaku pun dia makhluk asing.” Perlahan aja Rose membalas. Tak nak Tiara jadi makin tertekan. Selalu Tiara yang menjadi mangsa keadaan. Betul kata orang, gajah bergaduh, semut yang mati.
“Aku sedar diri tak macam kau.” Selar Taufiq, sinis. Tiara terasa darahnya menyirap. Ya Allah, papa siapa ni yang poyo sangat ni? Papa siapa ni yang mulut pedas sangat ni?
            " Sudah! Korang dua ni kan...ini yang Tiara tak suka ni. Selalu tak bersepakat.Bertengkar aja. Cubalah jadi baik-baik sikit. Rara nak fly pun tak tenteram tau." Tiara bersuara. Pinggannya ditolak ke hadapan, dah tak lalu nak makan dah ni!
            "Because we don't like each other." Serentak Taufiq dan Rose menjawab. Masing-masing terkejut dengan respon yang serentak itu. Tiara sudah tarik muka hairan.
            "Eh, tu boleh pula cakap serentak!" Sindir Tiara.
            "Taufik suka tiru apa orang nak cakap." Rose membantah. Tak suka apabila dia cakap serentak dengan Taufiq sewel tu. Nanti dia pun jadi sewel.
            "Kau tu tiru aku." Pintas Taufiq, juga tidak bersetuju dengan Rose. Tiara sudah memicit pelipis matanya, sekejap lagi jangan terkejut kalau dia yang bertukar menjadi Hulk di sini.
            "Sudah! Rara kahwinkan juga baru tahu, asal jumpa gaduh, asal jumpa gaduh. Benci ah." Sentap Tiara geram. Dia bangkit dari kerusinya lalu dia bergegas ke luar. Jelas, mata-mata lain di dalam restoren itu sedang memerhatikan mereka. Buat malu je papa dengan aunty dia tu.


TAUFIQ memandang Rose dan Rose memandang Taufiq. Masing-masing terdiam dengan perlakuan Tiara itu. Selama ini tidak pernah lagi Tiara berperangai sedemikian. Rose menggigit bibirnya, Taufiq pula mengeluh kecil.
I’ll go after her...” Kata Taufiq tapi Rose cepat-cepat memaut lengannya. Rose menggelengkan kepalanya laju-laju. Taufiq mengeluh.
“Biar saya pergi pujuk dia. She needs a woman right now,Fiq” Kata Rose  lembut lalu bangkit membontoti Tiara. Taufiq mengangguk, diam seribu bahasa. Mungkin betul, dia agak keterlaluan tadi. Dan mungkin betul Tiara memerlukan kehadiran aunty dia tika ini.
 Namun mata masih sempat memandang ke arah Rose, apa dia panggil aku tadi? Fiq? Hish...macam sedap la pulak dengar! Eh no no Taufiq no! Uish...kalau dia jatuh tu...memang sedap aku bahan gelak!
“Cik Rose...saya curi ya chips awak ni...” Kata Taufiq sambil mengambil kepingan kentang dari pinggan Rose. Baik dia makan dari di biarkan terbazir. Pujuklah Rose si Tiara tu...memang dia makan pujuk rayu kau pun!
            Tak sampai dua minit pun, Rose kembali masuk ke dalam restore. Taufiq mengerutkan dahinya. Rose kembali duduk di tempatnya lalu memandang ke dalam pinggan. Aik, macam ada benda yang kurang aja...tadi chips penuh lagi.Kemudian, dia mengerling ke arah Taufiq. Sah mangkuk ni yang curi!
            “Mana Tiara?” Taufiq bertanyanya setelah dia pandang. Rose tarik senyum.
            “Dia dah okay, dia tengah jawab call Dan.” Selamba Rose menjawab. Taufiq makin berkerut dahinya? Dan who?
            “Dan mana ni?” Taufiq bertanya lanjut. Rose memandang Taufiq lagi sekali lalu memandang ke dalam pinggannya. Daging dipotong dan dia memasukkan kepingan kecil tadi ke dalam mulutnya. Darah Taufiq semakin menyirap apabila Rose buat tak tahu dengan persoalannya.
            “Rose...” Suara Taufiq turun seoktaf, makin garau dan menggerunkan. Rose masih juga buat tatau.
            “Tanya ajalah dia. Boyfriend dia bukan boyfriend saya.”
Senang aja Rose menjawab. Taufiq sudah mengetap giginya. Ish dia ni kan, aku cekik juga karang! Orang tanya bukan dia nak jawab elok-elok.
            “Dia tak nak beritahu...” Akui Taufiq. Rose tergelak perlahan sambil membuat muka kasihan ke arah  Taufiq.
            “Budak tu baik.” Sepatah Rose berkata, Taufiq mencebik. Dia tak nak tahu budak tu baik ke apa ke, dia nak tahu nama penuh, nombor I/C, nombor lesen, alamat rumah, nombor telefon, mak bapak budak tu siapa, belajar dekat mana...senang nak mandrem nanti!
            “Lagi?” Pandai pula Taufiq ni cakap baik-baik kalau dia nakkan sesuatu. Rose menarik muka toya. Kemudian, dia meletakkan pinggan garfunya ke dalam pinggan dan membuat gaya my-mouth-are-sealed. Taufiq merengus geram.
            Come on Rose! Fill me in! Who is this boy?” Desak Taufiq. Rose menggelengkan kepalanya laju-laju.
            No no no Taufiq. Saya tak akan beritahu awak.” Tegas Rose.
            Fine then!” Bentak Taufiq. Rose tersenyum pulas.
            Fine indeed!”Respon Rose, malas.
            “Ouh, lupa. Tiara cakap dia tunggu kat luar. Dia malas nak masuk.” Kata Rose lagi. Taufiq terus bangkit dari kerusinya lalu menjeling Rose tajam. Dia menyerahkan beberapa kepingan not kepada Rose lalu menyuruh Rose menguruskan pembayaran. Dia nak cakap sikit dengan Tiara, merajuk lagi ke?
            Taufiq berlalu keluar lalu melihat Tiara yang sedang tersenyum kecil sambil memandang skrin telefon. Tiara memandang papanya lalu tersenyum kecil. Taufiq melepaskan nafas lega, kalau dah tersenyum tu kiranya tak merajuk lah kan?
            “Papa...dah nak balik?” Tiara bertanya girang. Taufiq mengangguk kepalanya.Tiara memaut tangannya dan berjalan seiringan dengan Tiara.
            “Papa minta maaf tau. Tiara sure tak lapar?” Taufiq bertanya prihatin. Tiara menggeleng kepalanya.
            “Tak lapar.” Jawabnya sepatah. Kaki melangkah berhati-hati apabila menuruni bendul tangga kayu di restoren itu.
            “Iya? Nanti kita singgah mana-mana, beli aiskrim, nak?” Taufiq memberi cadangan. Tiara sudah memandangnya sambil tersenyum.
            “Nak!”
            "Tiara tunggu!" Tiara berpaling ke belakang apabila mendengar suara Rose memanggilnya lantang. Taufiq di sebelah sudah ternganga melihat Rose yang sedang berlari ke arah mereka itu. habis berkriuk krak kriuk krak papan kayu di deck restoren itu. Kalau tumit tinggi Rose tu tersangkut  di celah papan kayu tu, mesti baik punya!
            "Ya Allah, tolonglah sekali je, sekali aja bagi dia tersembam." Pinta Taufiq.Tiara  sudah menyiku perut papanya yang meminta yang bukan-bukan itu.Tengok! Dia mula balik dah perangai buruk dia tu! Kesian aunty Rose!
 Taufiq pula hanya tergelak kecil.
            "I may not be young Rara but I still got my packs on sweetie." Taufiq membalas. Mata tidak lepas memandang Rose yang berusaha berlari di celah-celah meja di ruangan luar restoren tersebut. Tiara sudahpun memuncungkan bibirnya.
             "Papa ni, tak elok tau minta benda tak baik. Kesian aunty, terkejar kemari sebab apa pun tatau." Tiara merungut kecil.
            "Dia tu meroyan tu, nak tunjuk hebat boleh lari dalam kasut lima inci dia tu." Sinis sekali Taufiq memerli.
            "Rara...kejap-kejap. Aunty lupa nak bagi present Rara tadi." Rose memecut selaju mungkin ketika menuruni tangga kayu tersebut. Tapi, entah mana silapnya, lagi dua langkah dia nak sampai di hadapan Rara dan Taufiq, dia terpeleot.
            "Hahaha, makbul doa aku!" Taufiq tergelak kuat melihat kejadian di hadapan matanya itu.
            "Aunty!" Tiara sudah menerpa ke arah Rose. Dia menarik Rose bangun dan Rose mengusap-usap pinggulnya yang terasa sengal itu.
"Uuuu sakit!" Adu Rose. Kasut di kaki kirinya ditanggalkan dan dia melihat sayu kasut tersebut. Patah tumit dah!
            "Rara, papa nak singgah surau kejap lagi, nak buat sujud syukur." Taufiq masih lagi tidak habis menggelakkan Rose. Rose sudah mencebik bibirnya. Kasut yang patah tadi dibaling ke arah Taufiq, geram.
            "Taufiq awak punya pasal la ni!" Rose berkata geram, pipinya dikembungkan. Matanya menikam tajam mata Taufiq yang masih bersinar-sinar itu. Kalau gelakkan orang  memang nombor satu!
            "Aku pula? Kau yang bodoh pergi lari dalam kasut rumah pangsa kau tu siapa suruh!" Taufiq membalas sedas. Rose terdiam. Dia memandang pula ke arah Tiara yang memegang lengannya itu.
            "Rara sakit...Taufiq jahat! Tak nak kawan dengan kau!" Taufiq sudah menarik  muka bolayannya.
            "Bila masa aku iktiraf kau kawan aku?"  Tiara pula sudah menggelengkan kepalanya. Sudah, dorang mula balik!
            "Rara...tengok dia!" Rose mula untuk menarik perhatian Tiara.
            "Rara dah puas tengok aku lah, hari-hari dia tengok." Balas Taufiq tanpa perasaan.
You guys sort this out! Papa, nak kunci kereta.” Tiara mengeraskan suaranya. Taufiq mengeluh kecil dan menyerahkan kunci kereta kepada Tiara. Tiara merampas kunci dari tangan papanya lalu cepat-cepat bergerak ke arah kereta papanya. Tinggallah Taufiq dan Rose. Taufiq menjeling Rose, dan Rose mencebik ke arah Taufiq.
“Taufiq, ni bagi dekat Tiara. Hadiah dia.” Rose mengeluarkan sebuah kotak kecil dari beg tangannya. Taufiq mengambil kotak tersebut.
“Lagi, ada apa-apa ke? Kalau tak ada aku gerak dulu.” Kata Taufiq senada. Rose sudah tersenyum kecil. Ada lagi satu benda...
            “Angkat...” Kata Rose perlahan. Taufiq sudah membulatkan matanya.
            “Hah? Apa dia?”  Dia bertanya meminta kepastian.
            “Angkat! Kasut aku patah, tak boleh jalan.” Tegas Rose lagi sekali.
            “Aku? Angkat kau? Nak kiamat dah ke?” Taufiq balas sinis.
            “Habis aku nak jalan macam mana??” Geram.
            “Kau kan manusia zaman Paleolitik, kain pun pakai tak cukup, takkanlah tak biasa berkaki ayam. Buat-buat segan pula kau ni Rose.”
            “Angkat sampai situ aja. Dekat kereta je. Depan tu jalan tar la...sakit kaki nanti.”
            “Ohoho...no thank you. Bubbye Rose.” Taufiq berlalu ke arah keretanya. Separuh jalan, Rose menjerit.
            “Aku akan beritahu details boyfriend Tiara!” Taufiq mematikan langkahnya. Dia berkalih ke belakang dan berpatah balik ke arah Rose. Rose dicempungnya dan dia merenung tajam makhluk paling dia anti itu.
            “Kalau kau tipu, nahas kau Rose.” Dia memberi amaran. Rose  menelan liur. Memang dah nahas pun ni.
            “Kau hantar aku masuk kereta dulu, baru aku beritahu...” Rose memeterai janjinya. Taufiq mengangguk. Ini semua sebab nak tahu rahsia terbesar si Tiara tu. Sampai hati, ada teman lelaki pun dia tak nak cerita dengan papa dia ni.
            “Kau ni nampak je kecik, berat nak mampus.” Taufiq merungut sambil berjalan. Rose berdiam sahaja, namun dalam hati sudah ditikam-tikam si Taufiq ni dengan tapak kasut dia yang patah tu.
            “Cepat buka pintu kereta kau!” Taufiq mengarah tegas. Tulang belakang dia ni pun dah rasa nak patah dua. Rose mencapai handle pintu keretanya. Dia tarik namun kereta tidak boleh dibuka.
            “Wei, kau tak unlock lagi la minah! Dah dah turun...berat nak mampus!” Rose terjerit kecil apabila Taufiq menurunkannya. Namun, dia cepat-cepat memijak kakinya yang tidak berkasut ke atas kaki Taufiq. Beg tangannya dibuka dan dia mengeluarkan kunci kereta.
            Taufiq sudah membeliakkan matanya. Selamba badak Rose letak kaki ke atas kakinya. Rose membuka pintu kereta lalu menerobos masuk secepat mungkin. Taufiq tergamam melihat kepantasan Rose itu. Kemudian, Rose mengunci pintu keretanya dari dalam. Semasa dia menghidupkan enjin, sempat lagi dia menjelirkan lidah ke arah Taufiq. Taufiq terkedu. Dia kembali ke keretanya lalu duduk diam di seat pemandu. Macam ada lupa sesuatu aja.
            Dia berfikir sejenak! Ya Allah! Aku angkat dia sampai ke kereta, sebab dia janji nak cerita pasal budak Dan tu, tapi dia tipu aku la ni? Dasar Rose layu! Siap kau nanti bila aku jumpa kau lain kali!
            Tiara pula sudah tersenyum lebar. Apa yang dia saksikan tadi telah menceriakan harinya. Tak pernah-pernah dua orang musuh ni buat scene macam tu tadi. Nak pula papa dia angkat aunty dia tadi ya? Kiranya...tak adalah tak berperikemanusiaan sangat papa dia ni terhadap aunty Rose tu ya? Hurm...aku ada potensi  nak dapat mommy baru lah ni kan? Hehehe.
           
           

13 comments:

  1. Hahahaha...u make my day la awin. Taufiq n rose memang sepadan. Can't wait 4 the next chapt.

    ReplyDelete
  2. This is gooooood! Not the usual 20-30s couple

    ReplyDelete
  3. Seeeenyummmmmmm je...tak perlu kata apa-apa!
    Terbaek!

    ReplyDelete
  4. nice try kak bt cter mcm ni...best jgk!..mommy rose X nk brubah ke?agk2 la klau nk dressing mcm tu lg...by sakit mata je si taufiq tu tgk...hehehe...

    ReplyDelete
  5. bestttttt~!! nak lagiii he he he

    ReplyDelete
  6. Sesuai je taufiq gan rose tpi rose kne tkr gaya die n dressup die dulu laa bru sesuai..

    ReplyDelete
  7. Cepat sikit masuk kan new n3 pleaseeeee.. Tak sabar ni xD

    ReplyDelete
  8. i read this, awin. tapi kenapa la teruk sgt description ttg fashion rose tu? o.O

    ReplyDelete
  9. kak wani: sebab...come to my room and I'll show you the real Rose. haha, some real person inspired me, but of course, without her knowledge la.

    ReplyDelete
  10. i dont know why but i hate rose. seriously dont let them together. sorry awin.

    ReplyDelete
  11. Akak sambung lah lagi, best

    ReplyDelete