I've loved one person unconditionally. He's the most caring, and generous, and charming and flat out the funniest guy I'll ever know...he's my father.
“Arrrrrrrhhhhhhhghhhhhhhhhhhhhhh!!!” Satu rumah itu bergema dengan jeritan teruja
si anak gadis yang comel berbaju tidur dan mengikat tocang dua itu. Jarum jam
sudah menginjak pukul 10 pagi, namun dia masih belum mandi, masih belum turun
makan, masih belum berbuat apa-apa. Kalau anak orang lain matahari tak terbit
lagi sudahpun terpacak di dapur, tapi si Tiara ni jangan haraplah nak pijak
kaki ke dapur selagi Papa dia tak tarik telinga tu.
Serentak itu kedengaran derap tapak
kaki yang berlari cemas ke arah biliknya. Lima belas saat kemudian pintu
biliknya dibuka kasar. Bahu Tiara ternaik apabila pintu tadi terhempas kuat ke
dinding. Kepalanya di toleh ke belakang, memandang orang yang telah menjadi
hero di dalam hidupnya selama 22 tahun yang dahulu.
“Rara, kenapa jerit? You okay baby?” Jelas kerisauan dalam
nada suara papanya tika itu. Tiara menolak cadar ke tepi dan meletakkan
komputer ribanya ke atas lantai. Dia kemudiannya berlari ke arah papanya lalu
memeluk erat lelaki itu.
“Taufiq! Guess what?” Tiara sudah tersengih lebar, dari telinga ke telinga.
Papanya memandang dia hairan, kalau Rara dia ni panggil dia Taufiq, mesti ada
apa-apa yang penting yang dia bakal sampaikan tu.
Taufiq menunduk dan membalas pelukan
anak daranya itu. Tiara mengucup pipi papanya dan memeluk leher Taufiq erat.
“I’ve
got the scolarship!” Rara memberitahu papanya, nada masih teruja.
Kemudiannya dia naik ke atas katilnya dan meloncat-loncat. Sungguh, hari ini
adalah hari yang paling bahagia dalam hidupnya.
Taufiq pula, setelah mendengar
khabar itu, mukanya terus murung. Sebenarnya, kalau nak diikutkan, dia memang
boleh hantar Rara melanjutkan pelajaran mengguna duit dia sendiri yang
berlambak itu, namun dia tidak mahu berbuat demikian kerana dia tidak mahu
berjauhan dengan satu-satunya anak gadis dia ni. Tapi si Rara ni cilik, dia
pergi pula mohon biasiswa. Tup-tup biasiswa tu pun dia dapat, takkanlah Taufiq
ni nak halang lagi?
Rara yang sidah tersedar papanya
menarik muka murung itu terus berhenti meloncat di atas katil. Dia duduk di
birai katilnya dan merenung papanya yang sudah menjadi patung cendana di
hadapan pintu bilik itu. Keluhan yang berat dilepaskan.
“Papa...papa tak suka ke Rara dapat
sambung buat aviation dekat US? Aren’t you proud of your genius, caring,
darling, cool, beautiful daughter ni?”
Tiara bertanya lembut. Taufiq
melangkah ke arah katil Rara dan kemudiannya dia turut duduk di sisi Rara.
Tangan Rara dicapai dan dia mengucup lembut tangan anaknya itu. Senyuman hambar
di tarik.
Rara menyandarkan kepalanya ke atas
bahu papanya lalu dia merenung ke arah dinding yang dihiasi dengan pelbagai
jenis gambar kapal terbang itu. Itu adalah minatnya dari kecil lagi. Ingat, dia
nak jadi pilot macam papa dia ni, tapi papa pula tak bagi. Papa cakap, you wanna be in aviation, papa bagi. But if
you wanna be a pilot, then no. Papa balik rumah, papa nak spend time dengan
anak papa, papa tak nak kalau papa balik, Tiara pula yang fly nanti.
Jadi, Tiara pilih jalan mudah. Dia
nak jadi aviation engineer. Bidang
yang sangat jarang diceburi kaum wanita.
Taufiq mengucup lembut rambut
anaknya itu. Sekali lagi keluhan dilepaskan.
“Tentu papa sayang. You are my best-est girlfriend ever, sayang!
Tapi nanti Rara fly, papa
keseoranganlah dalam rumah ni. Tak ada orang dah nak manja-manja dengan papa,
tak ada dah orang nak tolong pakaikan epaulette
kat bahu papa, tak ada dah orang nak teman papa pergi potong rambut, teman papa
pergi gym, teman papa borak
malam-malam...”
“Now
now Taufiq...don’t be mushy. Rara pergi sana sekejap aja papa, tiga tahun
aja. Lepastu...” Rara berkata sambil mencubit pipi papanya sedikit. Taufiq
sudah menarik muka masamnya, dia cepat-cepat mencelah sebelum Rara sempat
habiskan ayatnya.
“Lepastu Rara balik, dah ada calon
suami, nak kahwin...again, you’ll leave
me here all alone...” Kata Taufiq dengan pasrah. Rara terdiam. Jari
telunjuknya dimasukkan ke dalam mulut. Tiba-tiba ada suatu idea yang hadir di
mindanya.
Dia memandang papanya penuh makna.
Taufiq sudah menjungkitkan keningnya apabila melihat Rara merenungnya
sedemikian. Tangannya naik ke wajah Rara dan hidung anak gadisnya itu dicuit.
“Spill!
You have that mischievious look all over your face. Rara nak papa buat apa
pulak ni?” Rara tersenyum lebar. Kan dah kata, papa dia ni boyfriend paling hebat yang menjadi milik mutlaknya.
“Tak...Rara ada pernah
terfikir...papa tahu kan Rara selalu lepak dengan Aunty Rose kalau papa fly...”
Rara memulakan rencananya. Nak tak nak,kena juga cadangkan ideanya ini kepada
si Encik Taufiq itu.
“Papa tahulah. Rose tu kan partner in crime arwah mama Rara.”
Taufiq membalas selamba. Iya, memang arwah isterinya punya citarasa yang pelik
dalam memilih kawan baiknya. Rose yang berlagak vogue, lagak retis itu
juga yang dianggap kawan baiknya. Muka tersalut mekap 24-jam, padanlah sampai
sekarang tak ada orang nak kahwin dengan dia, high maintenance sangat agaknya.
Pakai mekap pun setebal dua inci,
bulu mata tu tak cukup satu lapis, dapat dekat Rose tiga lapis terus dia
lekatkan, kening pun kekadang tu ada bling-bling
dia lekatkan manik berlian apa entah, rambut pun warna karat, tak cukup dengan
karat, dia pakai mousse banyak-banyak
sampai keras gila nampak rambut dia tu...tak cukup itu lagi, cekak rambut atas
kepala tu sekali pakai tiga terus dia tarok!
Pakaian pula toksah duk cakaplah,
kalah si Tiara. Gelang plastik, emas, berlian sekali pakai satu tangan tu
paling kurang kena ada lima, jangan tanya, memang Taufiq pernah bilang. Cincin
pula tak main cincin-cincin kecil ni, semuanya besar gedabak...kalau boleh
ketuk kepala orang...pergh, kiok terus agaknya. Padanlah tak kahwin-kahwin
sampai sekarang, orang tengok pun tak berani nak datang dekat. Namun, Taufiq
tidak mampu berbuat apa-apa, si Rara dah sayangkan Rose tu macam mama sendiri.
Lagipun,
si Rose tu memang sayang Rara macam anak sendiri, jadi Taufiq pun biarkan anak
gadisnya menumpang kasih seorang ibu pada si Rose tu. Nak kahwin lain, jangan
haraplah. Dia masih cintakan arwah isterinya walaupun sudah lama meninggal
dunia, namun arwah isterinya masih tersemat di dalam hati. Tiada siapa yang
mampu menjadi galang ganti.
“Pa...dengar tak Rara cakap apa
tadi?” Taufiq tersedar apabila Rara menepuk pahanya kuat. Eheh, boleh pula
teringat kat pontianak Rose tu.
Tumpuannya difokuskan kembali ke
arah Rara yang sudah menarik muncung itu. Alahai, sebijik macam arwah mama dia
budak ni.
“Taufiq, awak ni kan...suka buat
Rara macam ni tau. Rara cakap...papa kan duda hot, kacak, uban atas kepala pun semua dah kena dye, apa kata memandangkan Rara nak
tinggalkan papa for a few years, apa
kata Taufiq Rara ni...cari girlfriend
baru. Rara dah tak boleh jadi girlfriend
papa.” Taufiq menarik muka jeliknya apabila mendengar cadangan Rara tu. Ini
bukan kali pertama Rara
membuat cadangan sebegini, sudah beberapa kali
sebenarnya. Namun jawapan Taufiq tetap sama.
“Nope!
Tak ada girlfriend lain sehebat anak
papa ni.” Rara sudah melepaskan keluhannya.Aiyoo,
not again! Papa ni kan...
“Papa...please. Rara ada satu calon yang Rara rasa sesuai sangat untuk jaga
papa bila Rara fly nanti. Papa pun
dah kenal dia tau.” Rara masih mencuba nasibnya. Taufiq mengerutkan hidungnya.
Belakang dibaringkan ke atas katil Tiara. Tiara juga berbuat benda yang sama,
kepalanya diletakkan ke atas dada papanya. Tangan sudah membuat corak pada baju
yang dipakai papanya itu.
“Ini sejak bila pandai jadi matchmaker ni? Awak ni kan...suka buat
papa macam tu. Papa kan dah kata, fokus papa dalam hidup ni adalah Tiara.
Selepas mama, Tiara yang menjadi tanggungjawab papa. Papa tak nak ambil kisah
dengan wanita lain dah, sayang.” Taufiq memejamkan matanya. Rara sudah bangkit
dan memandang papanya tajam.
“Alaa papa. Please...tak nak tahu ke siapa calon dia tu papa?” Taufiq membuka
matanya lalu memandang ke dalam anak mata Tiara. Tiara sudah teruja. Matanya
dikelipkan beberapa kali, dan Taufiq mengeluh kasar. Mana boleh kalah dengan
Rara dia tu kalau Rara dah tayang muka comel macam tu? Ish...payah betul jadi
papa si Rara ni! Banyak helahnya.
“Okay fine! Papa dengar. Siapa?” Taufiq mengalah. Rara sudah bertepuk
tangan. Dia tersenyum nakal ke arah papanya.
“Well,
since papa is damn hot...hanya ada seorang calon yang Rara rasa sangat
sesuai untuk papa. Dia cantik, dia wangi-wangi, badan dia pun macam anak dara
lagi...eh lupa, dia pun anak dara lagi...dia vogue, dia penyayang...” Taufiq rasa rahangnya sudah mencecah
lantai apabila mendengar segala jenis pujian tersebut. Dia rasa dia sudah tahu
siapa yang Tiara maksudkan itu. Homai...ini
aku nak pengsan dengar ni!
“...dia Aunty Rose la papa!” Taufiq cepat-cepat menggelengkan kepalanya.
Tangan sudah naik menekup bibir Rara. Seluruh badannnya terasa seram sejuk,
sehinggakan bulu romanya pun sudah tegak berdiri! Rose? Heh, Nightmare on Elm Street tu jawabnya! Den tak sanggup!Tak
sanggup.
“Hmffhmmssshuuuuffff...” Rara
berkata disebalik tangan Taufiq. Taufiq menjungkitkan keningnya. Kemudian, dia
melepaskan tangannya dari bibir Rara. Rara masih tersenyum.
“Papa kan hot. Mesti aunty Rose nak punya.” Taufiq lantas berdiri. Fobia
dengar nama Rose sebaris dengan namanya. Mintak simpang!
“Masalahnya Rara sayang, papa tak
nakkan Rose tu.” Tegas Taufiq. Rara sudah menarik muncung.
“Tapi kenapa papa?” Rara bertanya,
wajah simpatinya sudah ditayangkan kepada Taufiq. Taufiq melutut di hadapan
Rara lalu menongkatkan dagunya di atas lutut anak gadisnya. Tangan sudah naik
ke pipi Rara.
“Sebab sayang, papa tak ada hati
sama dia. Dah, papa nak turun bawah. Nanti mandi, and we go out for lunch. Let’s celebrate, though papa sedih Rara
nak tinggalkan papa.” Taufiq cepat-cepat
menukar topik. Sesenang itu dia shut off
Tiara. Tiara mendengus, kasar. Pandai papa nak elak ya? Hurm...lunch di luar? Ada potensi nak jemput Aunty Rose lah ni kan? Hehe..papa...I’m dead set wanting you to marry again lah!!!
P/S: Haha, sebab I think JRA tu nanti akan jadi a bit heavy, so I proposed a backup! Nak tengok how far kan Mommy Vogue ni work out nanti. I have no future plan about this, it is just that I think it has issues yang tak muat kalau nak squeeze masuk dalam bentuk cerpen. Peace out! :)
Wah menarik la awin...takpe weather cerpen or cerpan or novel ai terima je...backup tak backup that's the challenge for u and the entertainment for us the readers...ngeeee
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteI like....
ReplyDelete