Saturday, January 22, 2011

Kerana Rayyan 8



Budak-budak itu telah memaklumi keluarga mereka tentang undangan Tengku nahariah petang tadi. Mereka bersetuju untuk ke sana dengan berjalan kaki…ala, selang beberapa rumah aja…

Rayyan menuruni tangga dengan berhati-hati, dia kelihatan amat anggun dalam sepasang kebarung moden berwarna putih suci…rambutnya yang berwarna coklat semula jadi itu dibiarkan bebas…sedikit hujung rambut dikerintingkan…cantik sekali.

“Lea, panggilkan Rayyan…budak-budak tu nak pergi dulu..”

Rayyan hanya memandang Aunty Long nya tak berkelip-kelip…

‘Aku Aunty Reyhan panggil Lea…haha..’

“Aunty…ni Rayyan la…bukan mama, aunty ni…mama kann bertudung!’

Reyhan memandang Rayyan tak berkelip….

‘Ya Allah…sebijik budak ni macam Lea…dahlah pakai colour favourite Lea, haih…macam mana la aku nak cam…’

Gumam Reyhan dalam hati…sebelum ni tak nampak sangat Rayyan ni mirip Lea….tapi bila Rayyan pakai baju kurung…Memang nampak macam kembar…dahla si Lea tu awet muda!

“Haha…my bad dear…Aunty ingat kan mama kamu tadi…muka tu memang sebijik!”

Reyhan mencium pipi Rayyan yang gebu tu…

“Mana ada sama Aunty…Rayyan nampak lain aja…”

Main tarik tali pulak Rayyan ni….

“ Ray, kita gerak dulu…”

Aku hanya memandang Danish yang sedang berdiri di hadapan pintu…

“Betul tu Rayyan…aunty tunggu Uncle Long kamu balik dulu…dia keluar pergi beli kotak…nak letak puding yang mama kamu buat ni”

Kata Reyhan tenang…sebenarnya, ada rahsia yang besar yang masih tidak diketahui generasi-generasi muda tersebut…Reyhan, Luth dan Lea sudah lama mengetahui siapa gerangan yang menjemput mereka hari ni…bonda Nahariah…


Mindanya terbang mengingati kejadian beberapa hari lepas…dia terdengar Lea bercakap dengan seseorang di laman…

“Bonda dapat tahu Lea dah balik sini…bonda harap kamu dapat menyedarkan si Zafran tu…”

‘Lea tengah cakap dengan sapa tu…’

Reyhan curiga…perasaan ingin tahunya membuak-buak…dia mengintai Lea melalui pintu dapur…

‘Tengku Nahariah?’

“Bonda…Lea dah tak ada dendam denagn mereka, bonda…Lea tak nak mengganggu rumah tangga mereka…”

Lea memegang tangan Tg. Nahariah.

“Aku tahu Lea…tapi, sekurang-kurangnya, berilah peluang Rayyan nak kenal dengan papa dia…aku kesiankan cucu aku tu…dia berhak Lea…kamu jangan jadi penghalang! Kamu masih lagi menantu aku…Rayyan itu cucu aku…”

Bonda Nahariah bertegas….

“Bonda, bonda tahukan kenapa keadaan jadi macam ni…saya yang curang bondaRayyan tu bukan cucu bonda!”

Lea berbohong…Zafran mesti sudah mereka cerita dan memberitahu bonda pasal perpisahan mereka…

“ Haha…Lea,Lea…aku kenal dengan kamu Lea…kamu sangat mencintai Zafran…aku tak buta lagi Lea…aku dapat baca perasaan kamu…dan…aku juga tahu siapa si duri dalam hubungan kamu dulu…”

Lea terkejut…masakan bonda boleh tahu?

“Bonda tahu? Apa yang bonda tahu?”

Lea masih lagi berdegil…

“Aku tahu Lea yang Myra yang porak-perandakan hubungan kamu suami-isteri…
Sungguh Lea…budak tu memang dari dulu lagi akan dapatkan apa sahaja yang dia nak! Tanpa mengira perasaan orang lain…tapi, mujur dia dah insaf!”

Lea terasa ingin menangis…ibu mertuanya begitu baik hati…masih mempercayai dirinya sedangkan suaminya sendiri sudah tidak memberi kepercayaan kepada dirinya…

“Bonda…Lea…Lea…Lea sayangkan bonda!”

Lea memeluk erat tubuh tua Tg.Nahariah…mereka berdua tenggelam dalam esakan.

“Lea datangya malam lusa…ajak satu family…bonda nak sangat tengok cucu-cucu arwah adik tiri bonda”

Lea hanya mengangguk…Bonda merupakan kakak tiri ayah Lea…selalu jugak masa kecil-kecil dahulu kala Lea dijaga oleh bonda…sebab tu lah bonda mengenal Lea dengan mendalam…dia mengaku dia lebih menyayangi Lea berbanding Zafran Aidi… dia terlampau menginginkan anak perempuan, namun apa nak buat…Zafran Aidi lah stu-satunya zuriat yang dia punyai…dia juga tidak menghalang suaminya apabila ingin mengambil Myra sebagai anak angkat…

“ lea kan datang bonda…Lea datang…”

Tengku nahariah memeluk Lea sekali lagi sebelum berlalu…

“Mama!! We go first!! Meet you there!!”

Suara anak-anaknya yang sedang melambai dari pintu pagar telah mengembalikannya ke dunia nyata… Reyhan turut melambai kea rah mereka…

“Akak…abang ni lambat lagi ke?”

Lea keluar dari dapur dengan membawa bekas yang berisi puding itu…

Lea juga turut mengenakan busana berwarna putih pada hari ini…anak dengan mak …sama aja…macam adik-beradik pulak tengok…

“Abang kamu tu…entah pergi beli kotak ke…pergi buat kotak ke…wallahualam…”

Lea hanya tersenyum mendengar sungutan kakak iparnya itu…


***

“Nial, Nia, Nish…masuk ikut belakang ajalah…”

Cadang Lea setelah melihat betapa sesaknya kawasan hadapan rumah banglo tiga tingkat tersebut…

“Beul tu…tak nak bersesak-sesak dengan orang lain…”

Dania memberi respons positif….mereka berempat berjalan kea rah pintu dapur…

Salam diberi…Mak Som menyahut dari dalam…

“ Ya Allah…kamu semua ni…kenapa masuk ikut belakang?”

Tanya Mak Som kehairanan. Namun, dia tetap menjemput tetamu rumah tersebut masuk.

“Kami tak nak bersesak dengan tetamu lain Mak Som…”

Danial menjawab dengan tenang dan penuh hormat.

“Ha…kejap ya…Mak Som panggil anak Uncle kamu…”

Mak Som kelihatan sedang memanggil sorang budak lelaki, dan sorang budak perempuan…

Muka Rayyan pucat…Oh tidak! Kecilnya dunia!! Mereka ni…bukanke…

“Zach, Esha…ni…mereka nilah yang nenda kamu ceritakan tadi…jiran baru kita…”

Esha kelihatan sudah tersenyum penuh makna kea rah Rayyan…

“Rayyan!!”

Tak bagi warning or sebarang signal, Esha terus memeluk Rayyan erat…sabar ajelah Rayyan…

‘Adik aku? Adik aku tengah peluk aku sekarang?’

Rayyan turut membalas pelukan hangat Esha…dia memandang Zach yang memandangnya dengan muka yang sukar ditafsirkan…

‘Rayyan…kenapa muka dia sebijik macam mama? Ke memang Rayyan ni adik aku?”

Esha melepaskan pelukan Rayyan dan berkenalan dengan sepupu Rayyan…

Zach pulak ketika hendak bersalam dengan Rayyan, dia menggenggam erat tangan Rayyan…Rayyan merenungnya…

‘Abang’

‘Abang Ayiel kat depan mata aku…mak Som kata dia anak Uncle…Uncle tu adalah papa aku…so inilah abang aku…’

Rayyan berteka-teki dalam hati…

‘I miss you abang’

“Eh…korang ni…come, I bring you to my mummy…Abang Zach…asyik nampak dengan Rayyan…Kak Jue nak campak mana?”

Esha menyakat abangnya…Zach buat derk!

Esha mencari kelibat mummynya…Myra yang sedang sibuk berbicara dengan teman-teman suaminya di tarik Esha spontan…

“ My…Pa…I want you to meet someone…”

Tangan papa dan mummynya diraih dan di tarik ke tempat Rayyan and the gang.

“Papa, Mummy…she`s Rayyan…the girl I told you before”

Myra tersenyum manis…

Zafran pula…kelat….

‘Dia memang persis Ana…ISH!! Setiap kali aku nampak dia…kenapa mesti aku teringatkan betina tu! You are just stressed Zafran…chill out dude! Kawan anak kau ni!’

Zafran Aidi bermonolog sendirian….Zafran melihat cara Rayyan memandangnya…

Begitu inginkan sesuatu…pandangan yang terlampau sedih dan…mengharap.

“La…inilah Rayyan yang Esha langgar tu ek?Memang betul apa yang Esha cakap!”

Rayyan dan sepupunya mengerutkan dahi…Esha cakap apa?

“Kamu semua ni, janganlah buat muka macam tu…Esha cakap yang Rayyan ni persis Bidadari…memang betul! Kamu sangat cantik!

‘Cantik macam Kak Ana…akak, maafkan Myra…Myra telah menyebabkan semua ni…’

Myra menggumam dalam hati…dia ingin memberitahu Zafran kebenaran, namun…dia masih tidak mempunyai keberanian…dia bersumpah…dia akan memberitahunya apabila dia yakin dia sudah kuat….

“Mana keluarga kamu? Tak datang ke?”

Tiba-tiba Tg. Nahariah mencelah…terkejut semua orang…



“Nenda…mama tunggu daddy…daddy keluar cari benda kejap…they`ll be here any moment now!”

Dania tolong jawab…dia suka sangat nenda ni…cool…

“ Oh…kalau macam tu…kamu makanlah dulu…kejap lagi Aunty nak poton kek dah!”

Myra menjemput mereka…Budak-budak tu angguk ajelah…memang dah lapar pun…

Dari jauh Zach memerhatikan Rayyan…mindanya ligat menyelesaikan satu puzzle…

“ Dia ni ke Rayyan yang nenda maksudkan hari tu? Rayyan adik aku?”

Mindanya turut menerawang ke kejadian pagi tadi…

“Som…aku jumpa Lea semalam, Lea mama Zach…Ya Allah Som…Lea masih macam dulu…”

Zach yang ketika itu baru ingin memasuki dapur mematikan langkah…

‘mama dah balik?’

“Som, aku nampak kelibat Rayyan kat beranda Som…cantik betul cucu aku tu! Sebijik macam mama dia…”

‘Adik aku? Jangan-jangan…dia Rayyan yang sama kat airport? Adik…Abang rindu adik dan mama…Abang nak ikut mama!’

Hati Zach membentak…walaupun dia dapat menerima kehadiran Myra sebagai ibunya…namun tempat Lea masih teratas…dia hanya berpura-pura di hadapan papanya…pernah papa dia menamparnya kerana menanyakan khabar tentang Lea Dayana. Papa sebelum pemergian mama sudah berbeza dengan papa selepas kehilangan mama…Papa dah berubah!

“Hey Zach! Anak siapa yang kau tenung tu?”

Tengku Fazreyl Arfan menegur Zariel Zachquan…

‘sempat lagi mamat ni nak melamun kat atas tangga ni’

“Samdol kau! Terkejut mak tau!!”
Zach memukul belakang kawan baiknya itu…


Reyl ni anak best friend Zafran…dari kecik lagi rapat dengan Zach…dia memang player nombor satu…tapi, dalam diam dia menginginkan Esha…dia pernah cakap kat Zach Zach kata…
‘kau nak kat adik aku…kau kahwin dengan dia…kalau tak…hihibyebye! Aku tak restu!’

Memang perangai abang macam ni ek? Overprotective!

Tapi…dia memang nak serius dengan Esha…namun Esha tak pernah pun nak pandang dia…Esha hanya anggap dia sebagai abang…huhu…

‘Celebrity macam aku pun esha tolak, kalau anak raja masuk meminang…entah-entah dia sepak sampai kat PLUTO!’

“WoI!! Kata kat aku, kau pun twotimesfive equalstoten jugak!”

Zach pulak kenakan Reyl…haha

“Eh…kau nak air tak…aku nak air la…aku gi amek ea?”

Nampak sangat Reyl ni nak tukar topik!

Zach hanya menggeleng kepala…bertuah punya kawan!

Tiba-tiba Rayyan datang menghampiri Zach…Zach terkedu…

“Urm…aa…bathroom mana?”

Tanya Rayyan kepada Zach…Zach tersenyum memandangnya…

“ Atas…tingkat dua…sebelah kanan…awak masuk bilik tu…toilet direct aja dengan pintu..”

Rayyan tersenyum kembali ke arahnya…minda Zach tengah rancak merencanakan sesuatu…

“ Urm…awak…boleh tolong jaga handy cam ni tak?”

Belum sempat Zach beri persetujuan, Rayyan dah pass handy cam tu…dan dia terus memanjat tangga ke tingkat atas…

Zach membelek gadjet itu…

‘bertuah punya budak…dia boleh tak off…’

Baru aja Zach nak tutup…dia melihat video yang sedang dimainkan itu…

Gambar Rayyan yang sedang bercakap face-to-face dengan dia…

“ Abang Ayiel?? I`m your sister…anak Lea Dayana…we got plans to do!”

Zach menarik senyuman yang paling manis dalam hidupnya…

‘At last…’

Zach terus memanjat anak tangga ke tempat Rayyan…


Pintu bilik itu dikuak…Zach dapat melihat sebatang tubuh sedang membelakanginya dan ayik merenung ke luar tingkap…

Zach tidak membuka sebarang lampu…tubuh itu di hampirinya dan dipeluknya erat…

“ I miss you, Adik…Rayyan,Abang miss you so much!”

Zach mengucup kepala Rayyan…

“ Abang Ayiel…tu bukan Rayyan...Rayyan ada kat sini”

Zach terkejut…dia segera melepaskan pelukannya…OMG!!

Rayyan yang baru memasuki bilik itu segera membuka lampu…

Dia juga turut pucat!!

“ I got you!”

Wanita tersebut siap buat tanda peace lagi…


“NENDA??!”

Rayyan danj Zariel berteriak serentak…hancur plan!


6 comments:

  1. awinnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!
    giler r..mntap siot!
    pastikn nenda, zach n rayyan wat plan yg gler best, ok!

    ReplyDelete
  2. sorry la ye... agak lmbt membaca sket hari ni. macam mengeja pun ade gak... hehe

    Myra... 17 years already... ko nk tggu 70 thun ke bru nk gtau bnda sbnr? pergh... hangin tol!

    Nenda... bestlah nenda ni...nenda nak tak jadi nenda saya...

    hoho... best... Shamien, next!

    ReplyDelete
  3. ala sis lg lewat bace..huhu..internet k.o la mlm ni..tp kan dia peluk nenda diorg ke tu? konpius plak...hmm

    ReplyDelete
  4. c`s Zura: zach g plok nenda...dia ingat Rayyan...huhu...

    Kiwi: nenda sudi aja cu...haha...I lap u cu!

    Alia: Ko ni memang dem! Aku dah siap kata kat kelas hari 2 sapa nak bace rayyan mintak kat aku...ko tak mintak pun...hanna lak yg mintak...budak kelas len 2!ko jgn duk suh aku cpt2...nanti aku BUNUH ko...hahaha

    ReplyDelete
  5. best...best...nenda jd komander pda zach & rayyan...biar plannya mantap agar zafran terbuka mata hatinya yg selama ini tertutup dgn dendam....nak lg.....cept2 smbg...!!!

    ReplyDelete
  6. cian ayiel..trslh terpeluk nenda dia..hahhaha

    ReplyDelete