Friday, January 21, 2011

Im A LAdy...8




“ OK!! Isya setuju mama! But just give me space to change okay?”

Jawab IS dengan penuh tipu muslihat….keh..keh…keh!

Mama pila macam terkejut aja aku bahasakan diri aku ISYA…wakakaka..lawak betul!

“ OK sayang…deal ek?”

Aku mengangguk dengan pertanyaan mama tu…walawei…hohoho…mujur aku masuk boarding school…tak yah berlakon 24/7 depan mama…just masa balik cuti aja berlakon…kan baek punya idea tu…

“OK mama…Isya nak kemas barang…”

Segera aku berlalu dari bilik mama…bluwekk! Isya?? EEWWww!! So not me!


***

Papa memakirkan kereta di parking lot.. Tak berkelip aku melihat kawasan sekolah baru aku tu…5-star weh!! Cantik gila…bestnya….

“Pa, Fir bawak adik pergi hostel dulu ye…papa settlekan dulu hal pendaftaran…”

Firhan mengangkat satu luggage aku…baik punya abang!

Dia bawa aku ke kawasan hostel….la…Aspura dengan Aspuri sebelah-menyebelah aja…tu pun ada gate satu aja yang memisahkan kedua-duanya….

Abang aku selamba badak aja masuk ke kawasan Aspuri…Ada aku kesah??

Dia yang kena hukum nanti kalau tertangkap…bukannya aku!! HUa…Hua!

Bangga gila aku jadi ahli Kolej Shah ntahpaper ni…hoho…

“Ni bilik Adeq! Adik share dengan Joana…”

Kata Firhan sambil membuka pintu bilik aku…nombor yang tertulis kat pintu adalah A-7, nice number! Dahlah kat first floor…

Meh aku citer siket pasal blok ni….blok ni ada tiga tingkat…ada 8 bilik setiap floor…Common room semua ada kat floor first…memang best la…

Every room boleh muat dua orang…tapikan…first floor ni untuk Form 4…Form 5 pulak dah decide nak conquer 2nd floor…ye la…mereka takut asyik sangat duk guna common room tu!

Firhan kata…blok untuk lower form pulak ada kat hujung tu…memang diasingkan la…takut mengganggu form 5 nak study nanti! Biasalah…mereka kan tak matured lagi.

Bila aku masuk aja bilik…first thing aku spot adalah katil! Satu lagi katil dah siap terpasang cadar…satu lagi tak…

IS melonggokkan segala harta pusaka dia atas katil…Firhan hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku adiknya…sebijik macam perangai lelaki…

“Adik, abang nak tanya sikit ni..”

Firhan bersuara…..nak tanya ke tak ea?

“Adik, betul ke adik sahut cabaran mama?”

Yelah…macam tak percaya aja si IS ni nak jadi perempuan…pelik benor den!

“Memang bang…Adikkan pantang dicabar…lagipun memang best apa ganjaran mama tu…”

Mama ni…memang kalah Hitler la…ada ke patut masa aku duk packing semalam dia sumbat semua baju girlish dalam luggage aku…aku pulak…tengok aja dia angkut semua Paul Smith aku and letak dalam closet abang…hancur semua plan aku yang nak menyamar aja…susah beb! 2 tahun aku kena berlakon…lama tu! Seksa den!

Dahla semua Hugo aku, bukan setakat BOSS…secretary-secretary pun dia angkut kasi letak dalam bilik Firhan…dia ganti dengan DKNY, ESCADA, Prada…Prego…semua jenis pre lagi lah….prego tu untuk sos spegeti  kan?haha...

Aku nak nangis dah time tu…nasib baik aku sempat sorok Armani Code aku…sayang weyh…still lagi dalam kotak! Jangan harap aku nak kasi pree kat abe aku! No way man!

Aku mula bukak luggage aku…Firhan tengah syok baring atas katil Joana…hesy…kesian si Joana tu…semua peluh abang aku melekat kat katil dye…

Firhan mengambil remote aircond…jangan terkejut, bilik aku ni pun 5 star! Siap letak aircond lagi…mini fridge pun ada, bathroom ada…lengkap la! Berbaloi la dengan yuran tahunan dia….

“Abang… pinjam baju abang nanti…kus semangat adik nak pakai baju yang mama beli ni…”

Aku mengangkat satu baju short sleeve yang tertulis ‘GIRLS ARE BETTER THAN BOYS’ dan menunjukkannya kepada Firhan…
Firhan tahan gelak… ‘Girls better ek?’ hahaha…

“ Tengokla nanti…lagipun…abang tak usik pun lagi baju Adeq yang mama pergi sumbat dalam closet abang hari tu…tapi…HUGO BOSS tu…maaflah ye…abang tergoda sangat…hahaha!!”

Firhan tergelak….IS dah panas ni…show off betul! IS menerpa ke arah Firhan…

Abangnya itu habis dipukulnya dengan bantal…

“ hoho…adik, dah-dah…nanti mama tak caya lak dengan lakonan adik ni…tapi kan dek, satu aja abang nak nasihat…depan Farisy…adik kena berlakon jugak…mama dah amanahkan dia supaya jadi spy mama…”

Firhan dah warning awal-awal... mamanya memang tak suruh Firhan awasi adiknya…sebab dia tahu yang Firhan mesti back up IS…sebab tu dia mintak tolong Farisy…Farisy kat sekolah strict sikit…calon KP tahun depan tu!

“ Spoiler betul la sepupu kita tu! Tensyen adik cenggini!!...”

IS menarik rambutnya….stress…stress!! lawak la aku jadi girl…cam pondan pun ada jugak…

“Memang adik…tapi, lagi satu adik jangan pelik dengan Risy tu…dia punya perangai kat sini memang pelik…macam ada double personality…”

Aku buat double jerk kat abang…hmm…double personality…nice!

“Eh…papa and mama dah message ni…diorang dah settle…jom!”

Aku just tinggal barang-barang aku kat situ…Firhan bangun dari katil Joana dan tegangkan balik cadar…

Dia keluar dan aku hanya ikut di belakang…

“Dek! Semangat sikit jalan tu…nanti abang kasi baju abang!” Kata Firhan…

Yess!! Akhirnya…keluar jugak kata-kata keramat dari mulut abang aku…

“ Lepas papa and mama balik, adik ikut abang balik bilik…ambil baju!”

Firhan mengarah lagi….HOOREY!


***


Bila sampai aja kat kereta…ingatkan dah nak ciao dah parents aku…rupa-rupanya sempat lagi nak kasi tazkirah…nasib kau lah LABU!

“Isya…ingat ye deal kita tu!!”

Mama mengingatkan aku untuk kali yang ke tiga puluh….

“ Iya Ma…IS ingat!”

Aku dah naik muak ni…tak kuasa dah nak gelar diri ISYA!

“ Kalau mama nampak aja Isya pakai baju jantan, Mama tarik balik deal tu…Ingat ye…Risy ada DSLR dengan dia…bila-bila masa aja boleh snap!”

PAAP! Aku berpaling ke arah Risy…mati katak aku macam ni…baru aja ingat nak pakai baju abang!!

Aku tarik muka sayu ke arah Risy…pity me dearest cousin…kau jangan la kejam sangat!

Risy bo-layan aku…dasar salad basi! Apa punya sepupu kau ni Risy!!

“ OK, papa and mama pergi dulu…bye sayang!”

Mama mengucup pipi aku…papa pun sama…Risy dengan Abang salam tangan mereka…

“ Take care…study elok-elok…”

Mama dan papa masuk kereta…dan Estima itu terus menderum meninggalkan kawasan Kolej.

Aku pandang sayu kea rah abang…abang memberikan senyuman hambar…mata kami tertancap pada Risy….

“ Fir, aku nak jumpa Melly…beg kau aku dah letak kat katil”

Kata Farisy selamba…sedikit pun dia tak pandang arah aku…dah datang ke dia punya double personality tu?

Farisy terus berlalu…

“Abang…dia…”

Baru aja aku nak tanya abang, Abang dah mencelah.


“ He is like that dear, dari kecik lagi dia tak suka adik…yang kat rumah haritu…just lakonan dia aja…dia tak nak mama dan papa kecil hati!”

Aku terkejut dengan kata-kata abang itu…dia ada masalah apa dengan aku? Kenapa dia tak suka aku? Aku ada buat apa-apa ke kat dia?

Lagipun, memang aku tak ingat apa yang terjadi kat aku sebelum aku berumur 5 tahun…kenapa ek? Hairan betul!

“ Dah-dah la Adik! Kata nak pinjam baju abang…meh abang bagi!”

Kata Firhan sambil menarik tangan aku memasuki kawasan Aspura…ada la sorang dua lelaki pandang ke arah aku…mana taknya…memang baju aku ni center of attention…



Jelas terpampang gambar donut! Memang happy gilerr mama tadi bila aku pakai baju shocking purple ni! Hilang macho aku!

“ Come on in!”

Abang ajak aku masuk bilik dia…wow!! So cool!! Gitar ada kat sudut kiri bilik…lappy kat atas meja…poster langsung tak ada kat bilik ni…hairan betul…yang ada adalah nota LK dia, nota BIO…kat sudut satu lagi…Physics sebelah sana…Chemy sebelah sini…memang superb la! Nak kena study kuat ni…aku kena lawan Farisy dengan abang nampak gayanya ni!!

Abang menggeledah almarinya…nampak la dia tinggal baju dia masa cuti hari tu…malas la tu nak angkut banyak-banyak…

Aku nampak dia masukkan beberapa baju kat dalam paper bag Paul Smith…aku tersenyum sampai telinga…sporting habis la abang ni!

“ Nah…jangan tengok lagi…balik bilik baru tengok!”

Apakes ni…takpe…balik bilik pun boleh tengok…yeay!! Sayang Firhan!!

Tiba-tiba pintu bilik terkuak…muncullah wajah lipas kudung tu…dia pandang aku macam nak bunuh aja… ek eleh…tak takut pun…

“Apa dia ni buat kat sini?? Menyemak aja..”

Tanya Risy dengan muka tak beriak…suka hati aku la nak buat apa…ni bukan bilik kau sorang!

“ Chill la dude! Dia adik aku jugak kan…aku bagi dia something…dah-dah…adik boleh pergi sekarang…kami nak mandi…malam ni…ada gathering kat dewan…adik datang dengan Joana yea…abang dah sms dia tadi!”

Aku hanya mengangguk…masih tak puas hati dengan Farisy tu….

“ Ok Abang…Bye…!”

Aku menghempas kuat pintu bilik mereka….


Firhan memandang Farisy…

“ Kau masih marah kat dia ke Risy?…realistic la woi…perkara tu dah lama…dia pun dah tak ingat la!”

Kata Firhan sambil mengetuk lembut bahu Farisy…Farisy memandang muka Firhan tanpa perasaan.

" Senang la kau kata, ye lah…kau bukannya ada kat tempat aku kan? Apa kau rasa…kau tak rasa macam mana aku rasa…sorry lah ye…memang aku tak leh lupa apa yang pernah dia buat kat aku!”

Kata Farisy senada…dia mencapai tuala dan menerjah bilik mandi…

Firhan meraup muka…how should I put back things together as before?


***


IS buka aja pintu bilik A-7 tu…

“ ISYA!!!”

Perempuan tu memeluk aku erat…Uh? Sapa lak ni…jap-jap…let me guess?

“ JO-A-NA?”

Teka aku…perempuan tu melepaskan pelukannya…tersengih aja dia pandang aku…damn! She`s pretty…

“Yes! I`m Joana, Joana Khalisya Datuk Khalish. Call me Joan!”

Fush!! Excited betul dia ni…syoknya…

“ Call me IS…not ISYA…its very irritating you know!”

Aku pulak beramah mesra…Joan ni aku tak de lah nampak macam perempuan gedik…besh-besh…

“ Oh yeah! A`an ada cakap hari tu….sorry…I lupa.”

What did he call my brother? A`an?? Hoho…ada apa-apa ke?

“ A`an ek? Hmm…takde lagi orang panggil dia macam tu…you ada apa-apa ke dengan my bro?”

IS dah jadi FBI….
Joan tersedar dia terlepas cakap…

‘macam mana aku terlepas kata ni…Firhan bukannya tau aku panggil dia A`an dalam diam…huhu’

“ Eh. Tak da la IS…manalah dia nak notice saya ni…saja je nak usya dia,,,haha…ok lah ye…I nak shower jap!”

‘Baik aku lari sebelum IS nak korek hati aku…’

Tubuh Joana hilang di sebalik pintu bilik mandi…..

Paper bag Paul Smith tu di buka…isinya aku geledah satu persatu….WHAT THE HACK!! Firhan pakai baju warna ni…tak guna aku mintak dengan dia!!

Padanlah dia suruh aku bukak kat bilik!!





 


Haha...Firhan suka pink? Oh yeah!!

Ala...pakai aje lah...at least takde la nampak sangat aku pakai baju lelaki kan?

Kalau Risy snap aku pun...mama tak de la syak sangat
...pandai betul abang aku!! 


IS kembali melipat baju nya itu...dia kembali mengemas barangannya...

Setelah itu...dia menunggu Joan untuk keluar dari bathroom...

" IS...dah, mari I tolong you pasang cadar...you pergi mandi...I dah siap ni...pukul 8 ada gathering...Firhan suruh I bawak you!"

Aku mengangguk aja...menyusahkan Joan betul...Joan mesti nampak aku kekok masa nak pasang cadar tu...sebab tu dia offer diri dia...such a good friend!

" Thanks Joan..."

Aku terus berlalu ke bathroom sambil membawa baju shocking pink yang ada tapak tangan tu...hoho...sabar jelah! Akulah si gadis jambu!!!



****

Korang!! Sorry ye banyak sangat gambar baju dalam entry ni... tak tahan la...semua cantik-cantik...sorry yea...
KOMEN YE...

MAG 9 maybe malam karang kot...as usual la ye!







5 comments:

  1. my lil sis : komen anda amat dihargai..siap tolong wat skrip lagi..kikiki...takpe2 leh tlg tmbh pages utk smbung doughnut-7 :))

    ~ tp kn nape risy tu ade double personality? dia tak suke Is ke? Is dh wat ape ek kt dia? Haishh, curious ni..hehe
    ~ owh mag 9 mlm ni ek? daki sbr menunggu :)

    ReplyDelete
  2. haha...SIS...tengok betul2 baju shocking purple 2...I LIKE DONUTS...hahaha

    ReplyDelete
  3. oppsiee, lupe plak pasal tu..nk amikla gmbr tu.. i like donuts too :))

    ReplyDelete
  4. mak eih... scary lak Risy ni... Ap lah yang si Is dah buat smpai Risy mrh bebenor kt dia.. hoho... menanti nxt entry...

    ReplyDelete