Saturday, May 25, 2013

Cik Kiah Hopeless Romantik! 9








“Okay, dah sampai.”


Benji memaklumkan ketibaan mereka. Kiah pula memandang sekeliling. Lah, Taman Tasik Permaisuri je ke? Ingat nak pergi Hulu Langat ke , mana-mana ada air terjun untuk berkelah. Hampa aku!



“Waaa, Uncle Ben, ada playground! Ada swings, ada ada monkey bars!!”


Luth sudah teruja. Dia meloncat-loncat di atas tempat duduknya. Seronok! Dah lama tak pergi taman dengan Uncle Ben.



“Tentu ada, if you are super nice today boy, nanti uncle bawa pergi Universal Studio. Even better, Disney land.”



Luth memeluk leher Benji dari belakang. Dia mengucup pipi Benji, Benji sudah tergelak. Amboi budak zaman sekarang ni, pandai betul nak bodek.


Kiah juga turut sama tersenyum. Bagus juga bawa mereka ke sini, kalau bawa pergi air terjun, agak bahaya. Takut tiba-tiba ada air pusar ke, apa ke, tak berapa selamat untuk kanak-kanak. Kalau di sini, ada tapak permainan, Luth tentu suka.



“Okay lil man. Behave. Dah, jom kita keluar.”



Kata Benji sambil merungkai pelukan mencekik Luth itu. Kiah pula keluar dan mengambil bakul berkelahnya dari bonet kereta. Luth, sudah selamat  ber’piggy back’ di belakang Benji.



“Alah, sayang  tolong ambilkan cap abang sekali.”


Kiah yang baru ingin menutup bonet Beemer X6 itu terbatuk. Kepala ditalakan ke belakang lalu kening diangkat.



“Apa dia tadi?”

Benji tayang muka cheeky.



“Cap?”

“Before that.”

“Urm...tolong ambilkan.”  Sakat Benji. Nak  usik sikit Kiah ni.

“Sebelum tu.”


“owh...sayang?”


Yes! That one! Gedik nak sayang-abang ni kenapa?” Tanya Kiah dengan geram.



Benji tarik senyum nakal apabila melihat muka Kiah yang berkerut itu. Kiah mencapai topi yang diminta Benji lalu menutup kuat bonet kereta. Bakul dijinjit dan dia berjalan ke arah Benji. Setibanya di sisi Benji, Benji menundukkan kepalanya, cue untuk Kiah memakaikan topi kepadanya.



Kiah mendengus dengan perangai mengada pakcik-tua-tapi-tak-sedar-diri itu namun tetap memakaikan topi putih POLO itu. Muka dialihkan ke sisi apabila tersedar yang Benji merenungnya di sebalik Ray Ban yang tersarung pada wajah lelaki itu. Bibir digigit. Agaknya, lelaki pakai shades dan topi akan secara automatik jadi kacak. Bonus, kalau lelaki tu tinggi dan sasa macam  
Benjamin ni.



“Urmm...Let us play a game. Hari ni kita berlakon jadi daddy/hubby, wifey/mommy dan boy. One sweet happy family. Nak tak?”



Suara Benji memecahkan situasi pelik di antara mereka itu tadi. Kiah mengerutkan hidungnya. Permainan apa macam tu sekali? Tak pernah dibuat orang.



“NAK! Luth nak jadi daddy! Kakak be my wifey! Uncle, boy.”


Luth sudah bersemangat. Hish, kecil-kecil lagi nak gatal nak jadi daddy.



 Luth jadi boy because you are the smallest.”


Benji memusnahkan angan-angan Luth. Luth tarik muka masam di belakang Benji. Selalu macam ni, asyik Luth yang jadi budak kecil.



“Alaaa...”


Benji menurunkan Luth lalu memandang kanak-kanak itu tajam. Luth terpaksa mendongak.



“See, you are too small. Plus, kalau Luth yang jadi boy, Uncle Ben can do this to you, son!”



Kata Benji sambil mengangkat Luth lalu melambungnya ke udara. Luth menjerit sambil tergelak. Suka bergurau kasar dengan pakciknya ini.



“Hih,daddynya...jatuh nanti.”



Kiah bersuara perlahan. Benji menangkap Luth lalu melemparkan sebuah senyuman menggoda ke arah Kiah. Kiah tayang muka toya.



Ai, ai mam! Luth, I’ll chase you to the lake!”


Lalu kedua-dua teruna itu bertempiaran lari macam tak cukup tanah.  Si kecil tu tak apalah, comel saja menjerit sambil berlari. Si tua gajah tu pun sama naik, itu memang tak boleh tahan.



‘Nampaknya, aku kenalah main juga game mengada Pak Cik Benjamin ni. Opps, I meant to say my fake hubby for today.’ Gumam Kiah sambil menjinjit raga itu dan membontoti kedua-dua orang hero itu. Senyuman masih tersungging pada bibir. One sweet happy family.





***



“Kakak, eh, Mommy! Luth nak pie lagi.”

Luth yang sudah comot mulutnya itu meminta sekeping lagi pai ayam dari Kiah. Kiah memandang Benji, Benji angguk.



“Nah sayang.”


Kiah meletakkan kepingan segi tiga itu ke dalam piring kertas Luth. Kemudian, sekeping lagi pada pinggannya sendiri.



“Wifey, Hubby nak satu lagi jugak. Pandai you masak.”


Benjamin yang sudah menelan 3 keping pai juga meminta. Kiah memandang Benji dengan muka pasrah.


“Benji, dalam pinggan I ni yang last slice. Sorry.”

“Tak apalah, tak ada rezeki. Passkan jus.” Kata Benji seolah-olah redha dengan rezeki sendiri. Kiah mengambil botol jus di sebelahnya lalu menuangkan ke dalam cawan kertas. Kemudian, air bertukar tangan.



Kiah menyambung kembali proses menghabiskan pai di dalam pinggan, namun,kakinya tiba-tiba terasa sejuk dan basah.



“Boy, suap daddy sikit.” Benji menganggu Luth yang sedang khusyuk mengunyah itu. Pinggan Luth yang tadinya di atas lantai terus diangkat , menjauhkannya dari capaian Benji. Tak mahu kongsi dengan Uncle Ben.



“Ish, kedekut.” Kata Benji sambil cuba untuk mencapai makanan Luth. Kiah memandang Benji kecil-besar.


“Hubby, cuba mengalah sikit. Sardin ada lagi, nak?” Kiah berkata sambil menyuakan container  sardin ke Benji.



“Tak mahu. I want the pie, not sardine.”


“Pie dah habis, cuba faham.”


“Tak mahu faham.”


“Ih, mengada sangat ni kenapa.” Kiah meninggikan suaranya.


“Kita tengah gaduh ke? Ay, jangan tinggikan suara dengan I.” Benji turut meninggikan suaranya. Kiah berdiri. Tak boleh jadi ni.


“You jangan nak dictator sangat, boleh. Ya, kita tengah gaduh.”
 Kiah berkata sambil memandang dari atas ke arah Benji yang tengah duduk.


Aww, this is cute, we are having our first fake hubby-wifey banter. Kita gaduh pun you jangan tinggikan suara dengan I! You tak hormat I eh? Wifey?”



“Bukan tak hormat...” Kiah kembali duduk, namun tiba-tiba dia terasa basah pada betisnya. Oh tidak, jus tumpah.



“Ahh man! Benji, lain kali gelas tu letak elok-elok la.”


“Haih adik manis, awak duduk tu lain kali pandang dulu.”


Benji memerli sambil mengutip cawan yang tertumpah tadi. Kiah mengambil tisu lalu dilapkan pada jeansnya.



“Dah, pergi basuh dengan air. Tak hilang kalau lap saja.”
Kata Benji prihatin. Kiah angguk.



 “Tengokkan beg kejap.”

Pesan Kiah sebelum berlalu mencari pili paip. Benji angguk lalu matanya kembali memandang pinggan Kiah berisi pai itu. Pinggan di capai lalu pai dimakan rakus. Luth hanya melihat perbuatan Benji itu.



“Uncle...eh Daddy curi Mommy punya! Mommy!!! Daddy habiskan pai mommy!”



Laung Luth apabila melihat kelibat Kiah yang sedang berjalan ke tempat mereka. Dah jumpa pili air lah tu. Kiah pula sudah bercekak pinggang. Senget betul Benji ni.



“Dah Luth, tak payah kawan dengan daddy. Jom kita tinggal dia, kita pergi main.”



Kiah sudah malas berkata apa-apa dengan sikap Benji itu terus menarik Luth ke papan lungsur. Benji di tinggalkan. Padan muka dia. Siapa suruh habiskan pai orang? Gelojoh!




 Benji pula tergelak apabila melihat muka Kiah yang cemberut itu. Alahai, merajuk ya Khairina Ibtisam? Nanti abang pujuk ya, merajuk dulu puas-puas.





***


“Nak main apa lagi?”

Buai sudah, gelongsor sudah, monkey bars sudah, rasanya, kesemuanya sudah.



Luth yang sedang menggenyeh mata itu dipandang penuh sayang. Suka sungguh Luth apabila bermain tadi. Benji pula, sejak tadi kerja dia duduk sandar bawah pokok dan pandang tasik. Tak ada tanda-tanda nak pujuk Kiah, mahupun nak mintak maaf. Tak ada.



“Tak nak main dah.”



Kata Luth sepatah lalu menarik tangan Kiah kembali ke tempat berkelah tadi. Benji sudah mengemas kesemuanya sementara Kiah melayan karenah Luth tadi. Kiah dah masak, Benji tolong kemas, tak salah kan?



“Mommy, duduk.”


Kiah akur lalu bersila di sebelah Benji. Luth duduk di atas riba Kiah lalu memeluk leher Kiah. Dia menguap panjang.



“Kakak, I miss mom and dad. Thanks kakak being mommy.”



Luth berkata sebelum matanya dipejam. Kiah rasakan jantungnya disentap. Kepala Luth diusap lalu dikucup sayang. Benji yang turut mendengar kata-kata Luth itu turut mengucup rambut perang Luth itu.



“Luth betul. Thanks for being mommy today Kiah. He really needs it.”



Kiah angguk. Benji memandang Kiah, lalu kembali memandang tasik.



“Tahu tak, yang sifat-sifat you wifey, sangatlah sama dengan my sister. You both are maternal, sangat keibuan. Sebab tu Luth cepat kamcheng dengan awak. Cara awak layan dia, cara awak approach dia, sekurang-kurangnya rindu dia sama mak dia berkurang sedikit.”



Kiah setia mendengar. Atmosfera sekeliling tetiba berubah menjadi sayu dan mendung. Sama seperti wajah Benji, mendung.



“Dia mesti seorang ibu yang hebat, dapat anak sehebat Luth ni.” Teka Kiah.




“Yeah, the best sister I ever have.”

Kepala di pusing. Kiah kembali dipandangnya. Kiah gigit bibir. Luth yang sudah terlena di baringkan perlahan-lahan ke atas hamparan merah putih itu. Sungguh polos wajah suci itu.



“Khairina Ibtisam, saya minta maaf curi pai awak tadi. Saya kan suka buat gedik dengan awak. So yeah, I am sorry.”



 Kiah senyum. Atmosfera  tetiba kembali terang benderang. Mood Benji ni memang macam cuaca lah. Sekejap mendung macam nak hujan, sekejap cerah.



“Ingat tak nak minta maaf tadi.”


 Kiah berkata perlahan. Agak sinis. Benji tergelak. Bahunya menolak perlahan bahu Kiah.



“Buat salah kena minta maaf.”
Akur Benji dengan mudah. Kiah angguk.



“Okay, maaf boleh, tapi kena nyanyi dulu. Ada bran?”



Benji menayangkan muka paling maco di atas muka bumi ini. Menyanyi saja tuan puteri? No hal!



Be prepared to be dazed, Cindai-lelah! That’s Cinderella in Malay.”


Kiah tergelak juga, seiring dengan Benji. Spontan betul mangkuk ni sorang. Haila, layan jangan tak dilayan.



“Okay Franklin, mulakan nyanyian anda sekarang.”


Kiah mengeluarkan arahan mandatori. Benji berdehem lalu...


“Here’s for you, Itulah Sayang, by P Ramlee.”


Tanya sama hati apa asal sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya,
Punya tanda - tanda hubungan mesra.


Tanya sama hati pernahkah merindu,
Ingat masa lena, apa mimpi mu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.


Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu,


“Kiah! Masuk chorus!”



Tanya sama hati apa asal sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya,
Punya tanda - tanda hubungan mesra.



Kiah menepuk tangannya. Wah, walaupun tak sehebat P Ramlee, namun Benji tetap pandai menyanyi.



“Boleh tahanlah suara you wifey.”



Ditto. You yourself is not that bad.


Thanks.”



Kiah memandang Benji. Benji tarik senyum. 



“Apa pandang-pandang? Muka macam nak tanya benda saja?”




Tekaan Benji tepat sekali. Memang nak tanya soalan ni. Hehe. Kiah bercanang di dalam fikirannya.



“a’ah. Nak tanya benda ni.”

Benji angguk.



“Shoot.”


Kiah membetulkan duduknya. Sekarang dia betul-betul menghadap Benji.

"Kalau pandang langit nampak apa?"


Apa punya soalan tu? Ingatkan nak tanya soalan personal tadi? Desis Benji di dalam hatinya.


"Huh? Jap. Let me see..." Badan di baringkan ke tanah. Kepala dialas lengan. Muka menala langit. Senyuman terukir. Pandang langit nampak apa ya?


"So, nampak apa Ben?"

Kiah bertanya sambil tangan memegang gelas yang berisi kosong itu. Bibir mengukirkan sebuah senyuman penuh makna. Gelas digenggam erat, dan diletakkan ke atas paha.


"You want it to be a concrete answer or an abstract one?"

Benji bertanya lagi. Kalau konkrit, ada awan, burung-burung, ada langit yadayadayada. Kalau abstrak, kena jiwa puitis agaknya.


"Whichever would do..." Balas Kiah endah tak endah. Dia bukan nak tahu jawapan pun sebenarnya. Cuma nak balas dendam air tumpah tadi.


"Okay, langit yang luas serta membiru memberi kesedaran betapa besarnya kuasa Allah SWT. Burung-burung berterbangan kehulu hilir melambangkan kebebasan yang tiada batasan, well, unless ada bird hunter yang tiba-tiba serang mereka dengan peluru..."


"Correct! Nah hadiah dia bagi jawapan yang betul!" Gelas berisi air tadi selamat dikosongkan. Air dituangkan ke atas muka Benji. Benji terbangun lalu mengesat wajahnya yang basah itu. Nasib baik baju tak basah.


"Choi! Ish minah ni.Basahlah weyh!"


Kiah cepat-cepat lari apabila selamat mengosongkan gelas yang tadinya berisi air ke muka Benji. hamek kau, siapa suruh buat jahat sangat tadi? Karma is a bitch, uncle Ben



“Siapa suruh curi pai orang?”


Kata Kiah sambil menayangkan muka bangga. Benji tarik muncung.



“Kan dah minta maaf.” 


Dalihnya. Aci main kotor juga Kiah ni rupanya. Punyalah aku tanya nak jawapan macam mana tadi, rupanya hanyalah sebuah perangkap dendam. Cewah Ben, bila pandai guna ayat bombastik berbunga bagai ni? Perangkap dendamlah bagai. Bangga cikgu BM dengar.




 Benji tersenyum sendiri dengan monolognya. Haih. Kiah ni memberi impak yang besar dalam dirinya.



“Maaf tak boleh kenyang, fake hubby!” Kiah tetap dengan alasannya. Dia kembali ke sisi Benji.



“Tau tau. Okaylah, apa kata kita tengok wayang nak lepas ni? Sincere apology treat.



Kiah senyum sampai telinga. Bahu Benji ditolak dengan bahunya.



“Itu baru betul. Jom gerak.”



“Laju je dia bila hal wayang.” Perli Benji. 


“Laju bila ada orang nak belanja tengok wayang, that’s more like it.”


Kata Kiah sambil mengenyitkan matanya kepada Benji. Benji mendecitkan lidahnya. Macam-macam jawapan Kiah ni.



“Yelah-yelah.” Benji beralah. Susah nak menang main perkataan dengan Kiah ni.


 Kiah = Ratu membelit perkataan. Ada bakat nak jadi peguam.



“Angkat Luth baik-baik.”



Benji mengangkat Luth yang lena itu,dan Kiah melipat hamparan lalu mereka berlalu meninggalkan taman itu.



“Kiah, ni, betulkan kedudukan kepala dia, sandarkan atas bahu I.”



Luth merengek sedikit apabila Kiah menyentuh kepalanya. Apabila tiba di kereta, Kiah menghalang Benji dari meletakkan Luth di tempat duduk belakang. Katanya, dia mahu memegang Luth. Takut apabila Luth diletak di belakang, dia akan mudah tersedar dan menangis.



“ Betul nak riba ni?Nanti lenguh karang.”



Benji bertanya buat sekian kalinya. Kiah angguk. Seat penumpang ditolak ke belakang sedikit, memberi ruang yang besar untuk memuatkan  Luth.



“Iya, boleh je lah setakat pegang dia masa dia tidur. Kesian dia, penat.”



“Okay.”

Benji menyerahkan Luth perlahan-lahan. Kiah menyambut Luth lalu menepuknya apabila dia mula merengek kecil. Tak selesa agaknya apabila bertukar tangan. Dahi Luth dikucup lembut. Benji, yang memerhatikan kesemua itu tersentuh seketika.



“Wifey...”

Benji memanggil Kiah perlahan apabila tiba di persimpangan lampu isyarat.



“Hurm?”


Kiah membalas ringkas. Orang panggil kan,kenalah sahut.

You will make a great mom to your kids.”

Puji benji. Gear diturunkan ke N.

“Terima kasih. Awak pun sama. A great dad.”



“Kan.” Benji terdiam seketika. Suasana hening di dalam Beemer itu. Benji memandang Kiah. Shades di tanggalkan dan disangkutkan pada leher baju. Lengan Kiah yang berlapik baju itu disentuhnya. Kiah memandang Benji hairan. Apa pulak yang merasuk dia ni sampai nak sentuh-sentuh ni?



“Urm...okay. Hee, macam mana eh nak cakap ni?”



Benji tetiba menjadi cuak. Kiah mengerutkan dahinya. Pelukan terhadap Luth dikemaskan.



“Cakap sajalah.” Kiah menggesa Benji. Benji angguk. Matanya menikam mata  Kiah.

“Okay. Be an awesome mommy to my kids?? Our kids?”

Kiah terkelu. Mukanya terus pucat. Benji dipandang tanpa kelip. Dia dengar benda betul ke dia tengah mimpi ni?

"Huh?" Kiah masih blur dan cuak dan tak keruan. Biar betik!

"Khairina Ibtisam, would you be my MRS?"

 Apakah?












-to be continued -


A/N : Salam peeps. Warm up balik lepas sebulan menghilang disebalik timbunan assignments dan juga nota-nota ulang kaji. So, here it is, our KIAH. Hope you enjoyed reading. So, should she accept or wait for Uncle Long si Luth tu? Hurm...susah ni.

21 comments:

  1. Nk uncle long.. bru ade semangat nk bace... xnk Benji..
    Please..

    ReplyDelete
  2. err nak kiah terima benji boley? tapi kene buat istikarah dulu..heheh
    uncle long biar jela dgn tunang tu,,;p

    ReplyDelete
  3. oh nooooooooooo..nak lagi.dup dap dup dap.what will be kiah's answer~~~~~~

    ReplyDelete
  4. Sorry to say.. klau kiah dgn Benji, cm xsesuai dgn tajuk story nie.. just bg pandangan..

    ReplyDelete
  5. haha, anonymous below aya, I like you already.

    ReplyDelete
  6. accept!!! at least x dicop perampas. n xde la klise sangat ceritanya..hehe

    ReplyDelete
  7. Accept!!! Dah cair laaa...... huhuhu kiah fikir 10x .... terima n dekat dekat nak kawin ben buat hal n uncle long penyelamat sebab uncle pun perlu diselamatkan hahaha

    ReplyDelete
  8. tolonglaaa terimaaaaa.....benji is much better than anyone hehe

    ReplyDelete
  9. kak, klau nk kiah dgn benji, cepat sgt abis endingnyew.. hehe.. nk panjang2.. nk tgok situasi cik kiah tu ngurat uncle long.. ceh..ceh.. gatal sungguh mu nie....

    -ana-

    ReplyDelete
  10. accept. benji pun boleh~ but uncle more better kut?

    ReplyDelete
  11. For me accept benji last nnti..
    Now is not the right time...
    After kiah sedat which one thr real soulmate...

    ReplyDelete
  12. noooo, I want Benji please. Uncle Long doesn't feel right :/

    ReplyDelete
  13. accept ! N bagi ben died ke any s'thing wrong so dy leh bersatu ngan tunang uncle long tu ke. Biar x keji sgt. Ehehe..Ngah mood with benji purpose ni. X nak spoil sgt. Hehehe

    ReplyDelete
  14. terima.... i do i do said i do kiah....

    ReplyDelete
  15. wait for uncle long ..... ermmm myb terima je la . muahaha

    ReplyDelete
  16. Nk benji plz...xbaek tau rmpas tunang org..

    ReplyDelete
  17. sabar dulu. kenal tak habis lagi neh.
    kasik silver lining time last2 la.
    baru orang kata happy ending. ehehehe. :)

    ReplyDelete