Thursday, February 14, 2013

Lelaki Idaman 21 *finale*





Suasana di dalam kereta itu sangat tegang. Qays dengan pemanduannya, EE dengan khayalannya. EE membuang pandangan ke luar, pandang lampu lagi bagus pada pandang muka masam Qays tu. Tak pernah Qays meletup macam ni sekali. Tiba-tiba, EE teringat pada perjumpaan pertama dia dengan Qays. Masa tu Qays marah, tapi kemarahan Qays pada hari ni tak boleh dibandingkan dengan kemarahan Qays dahulu. Hari ni, extremely marah, plus kecewa. Double ouch!


EE menarik nafas dalam-dalam, mengharapkan nanti agar Shah constant dengan reason dia untuk berkahwin dengan Adelia, sebab cinta, bukannya sebab nak gantikan Adelia dengan bebayang EE.


“Kita ke klinik Shah, I tak rasa dia ada dekat rumah.”


Qays bersuara tanpa memandang EE. EE mengeluh. Payah sangat ke Qays nak percaya EE? EE memegang peha Qays, namun ditepis perlahan oleh tangan kiri Qays. Sabar EE.


“Kovu nak EE tanya dia ada kat mana?”


Soalan EE tidak dijawab Qays. Qays memandu dengan muka toyanya. O-kaay, ini bukan Qays yang lovey dovey, ini Qays yang major douche-bag! What a jerk, Qays.


Namun, EE tetap mendail nombor Shah. Dia mendekatkan telefon ke telinga dan menunggu Shah menjawab panggilan.


“Yes Eryna?”


Hah! Jawab pun.


“Abang...EE...”


Baru saja EE nak cakap, Qays di sebelah sudah menarik telefonnya dari tangan lalu mendekatkan ke telinganya. EE ternganga, mak ai, tahu pula cemburu lelaki ni. Hish, men are so complicated!


“Shah, kat klinik ke kat rumah?”


Qays bertanya serius. EE dapat merasakan udara di dalam kereta itu turun beberapa celcius. Mak ai, penangan aura Qays sangatlah memberi impak pada persekitaran.


“Ok, see you there.”


Belum sempat apa-apa, Qays sudah melemparkan telefon EE ke riba EE. EE memandang telefonnya, lalu memandang Qays geram.


“What is that huh? Attitude much.”


EE memerli Qays. Qays menjeling EE sekilas lalu kembali menumpukan perhatian pada jalan raya.


“Oh, My God! I think I hate you right now, Kovu.”


EE berkata dengan nada Sharpay dalam High School Musical itu. Sumpah, dia rasa dia boleh cekik-cekik Qays pada waktu sekarang. Orang tua ni!


“Hate me all you want.”


Sepatah Qays membalas. EE mengetap bibirnya. Ish! Tangan di bawa ke dada, badan ditegakkan.


“I tak sangka you langsung tak percayakan I. Just because I hid one tiny little secret, you judged me tak sayang you terus.”


EE menghamburkan amarahnya. Qays memberi signal untuk belok ke kanan. EE di sebelah masih tak layan. Merajuk!


“You sendiri kata you hate me tadi.”


Qays menjawab selamba apabila sudah selamat memasuki lorong kanan. Nak pandu kereta lagi, nak gaduh lagi, karang ada yang nahas dekat sini.


“Do not use my words against me! Dah, turunkan I dekat sini. You kan tak sayang I”


EE memberontak. Tiba-tiba Qays memberhentikan kereta, lalu memandang EE tajam. EE terkesima. Pakcik ni hentikan betul-betul, tahu pun cuak kau EE. Ingat ni drama ke EE? Heroin cakap hentikan kereta, hero tak hentikan kereta. Ini Qays tau, stop means stop.


“Hah, turunlah. I dah hentikan kereta ni.”


Wajah EE pucat. Tiba-tiba air matanya mengalir. Sah, Qays tak sayang dia. Dia memandang Qays dengan bibir yang menggeletar, sat lagi ada yang banjir ni.


“You tak sayang I...”


EE berkata dalam sedu-sedan. Qays menarik muka unbelievable dia. Women, are so complicated!


“Eryna, you decide apa yang you nak okay? Bagi phone you sekejap.”


Qays mengambil telefon EE dari riba isterinya itu. Perempuan ni reti menangis je ekh? Kalau nak kira, Qays yang patut menangis sekarang, sebab dia mati-mati kena permainkan, tapi EE pula yang bertindak seolah-olah Qays yang jahat sekarang ni. Hish!


“Ish, dahlah tak percayakan orang, nak suruh orang turun sini, lepastu nak guna telefon orang pula. Tak malu!”


EE berkata sambil merampas kembali telefonnya. Macam budak-budak betul. Qays mengeluh. Ada jugak aku hantuk kepala dekat steering ni, hish, moodswing ke hapa minah ni? Desis Qays dalam hatinya.


“Hish, bak sini!”


Qays mengambil secara paksa. EE meredhakan sahaja, Qays lagi kuat pada dia.


Qays mendail nombor lalu dia keluar untuk bercakap. EE terpinga-pinga dalam kereta. Windshield diturunkan lalu dia memandang wajahnya, uish, buruk bebenor, hingus meleleh! Lalu dia mencapai tisu dan mengelap air matanya. Takpa, Qays tak nak dia tak apa, dia boleh jaga diri dia sendiri.


EE menolak windshieldnya lalu ternganga apabila memandang Qays dan Shah yang sudah ada di hadapan kereta itu. EE memandang sekeliling, lorh, rupanya mereka ada di belakang klinik Shah, padanlah Qays konfiden suruh EE turun. Mamat tu pun, satu! Bikin cuak saja.


EE tarik senyuman hambar lalu mencapai handle pintu, dia pun nak dengar apa yang Qays nak bertegang urat sangat dengan Shah tu. Namun, belum sempat dia keluar, Qays sudah melayangkan sebuah tumbukan ke perut Shah. Shah tertunduk, EE menjerit lalu cepat-cepat menghampiri kedua-dua mereka itu. Belum sempat EE sampai, Shah sudah memulangkan paku buah keras kepada Qays. Shah tumbuk muka Qays.


“Oih, main muka ye engkau! Nah!”


Qays kata lalu menghadiahkan sebuah tumbukan pada pipi Shah. Shah mengaduh.


“Setan kau mangkuk, aku nak pergi pinang anak dara orang kut esok!”


Shah mengeluarkan beberapa lagi kata-kata kesat. Qays tergelak.EE tak tahu nak buat apa-apa.


“Aha, aku lupa pulak. Nak, balaslah  balik.”


Qays menawarkan pipinya kepada Shah. Shah baru sahaja ingin menghayunkan penumbuk ke wajah Qays tertumbuk kepala EE yang tiba-tiba mencelah itu. Kini, giliran Qays dengan Shah pula untuk tekesima. EE memandang Shah, lalu memandang Qays. Qays sempat menyambut badan EE yang terkehadapan itu. Shah menggigit buku limanya, mak ai, sakit kut, kepala batu betul EE ni.


“Korang gaduh main-main ke betul-betul ni?”


EE bertanya sambil memegang kepalanya yang terasa sengal itu. Rasa macam kena hempuk dengan kayu besbol pun ada.


Qays menghiraukan soalan EE. Sebaliknya, dia membetulkan kedudukan EE lalu memegang bahu EE. Qays tunduk dan memandang mata EE.


“Eryna, you okay?”


Qays bertanya prihatin. EE tiba-tiba tergelak. Shah sudah angkat keningnya, gelak lepas kena tumbuk bukan satu petanda yang baik.


“Me okay? Tentulah. Hehe, Kovu comel sangat bila ada bintang-bintang  kat atas kepala tu. Macam dalam kartun.”


EE berkata dalam nada yang tak berapa siuman. Qays menggoncang badan EE.


“Kepala I ada bintang?”


EE mengangguk sebelum dirinya memberat ke hadapan. Qays memeluk EE, ituha, pengsan budak tu kena tumbuk dek Shah. Shah menahan gelak sambil mengangkat bahu.


“Shah, kau nak tengok saja ke nak tolong aku?”


Qays bertanya dalam nada yang geram. Shah tergelak lagi, kemudian mengaduh apabila pipinya yang tadi menerima penangan Qays terasa perit.


“Angkat dia, aku pun tak expect dia nak pengsan. Sumpah aku tak sengaja bro, dia sendiri datang kacau show kita.”


Qays turut tergelak. Yep, semuanya pergaduhan dirancang, EE yang tiba-tiba kacau daun. Baru saja mereka nak rasa macam Aaron Aziz dengan Adi Putra dalam filem adegan gaduh-gaduh. Haish, bukan selalu dapat gaduh dengan kawan baik, nak bertumbuk, memang jauh!


“Hurm, agak-agak, sayang aku ni dapat pengajaran tak untuk tak rahsiakan apa-apa dari aku?”


Qays bertanya sambil mencempung EE ke dalam klinik Shah. Shah menggelengkan kepalanya, ada juga suami macam ni, sengaja buat scene sebab nak isteri dapat mesej berbaur pengajaran.


“Entah, dapatlah kut. Muka dia macam baru lepas menangis. Kau buat dia menangis bro, kalau bukan kau tu kawan baik aku, dah lama aku ganyang kau, aku sayang kut adik angkat aku ni.”


Shah berkata selamba. Qays meletakkan EE ke atas sofa di ruangan menunggu itu. Shah pula dah suruh awal-awal seorang nurse tu untk mendapatkan sepaket ais.  Qays meriba kepala EE lalu mengusap sayang.


“Adik angkatlah sebab aku dah cekau awal-awal.”


Qays berkata. Shah mendecitkan lidahnya. Say what!


“Hey, dah namanya jodoh. Plus, thanks to you bro, aku nak masuk pinang Adel dengan muka lebam. Ciskek kau ni.”


Shah mengusik kembali. Tadi dah cakap, nak scene pukul jangan pukul muka, aset tau!


“Orang lelaki tak payah hadir waktu meminang, kau tu guna adat mana entah.”


Qays perli balik. Shah tergelak.


“Suka hati aku lah.”


Shah menjawab. Dia kemudian memandang Qays yang sedang mendemah kepala EE itu dengan ais yang baru dibawa nurse. Nasib baik EE pakai shawl tebal, kalau tak, lagilah bergegar otak tu.


***rewind : waktu Shah keluar dari pejabat Qays


“Erh..er...eh, look at the time! Aku ada patients kejap lagi, thanks dude, nanti kau bagitahu lah EE tu, boleh ikut rombongan merisik nanti.”



Kata Shah sebelum meninggalkan Qays terpinga-pinga di tempatnya sendiri. Hurm, rahsia bebenar nampak first love dia tu.


Tiba-tiba meja Qays vibrate. Qays check telefonnya, bukan telefon dia yang vibrate. Dia memandang ke hadapannya lalu tersedar yang Shah tertinggal Blackberrynya. Ish pak cik ni, nyanyuk dah.


Qays bangun dan mencapai telefon itu, dan tanpa disengajakan dia terbuka mesej itu. Oops.


Adelia :-  Abang, Adel tahu I am never going to be like EE, she’s your first love, but pls I hpe I hv the chnce to love you as Adelia. Peace =P

 
Qays terkaku di tempatnya. Kemudian, dia berlari ke pintu lalu mengejar Shah yang mungkin sudah berada di groundfloor. Selama ni, di bawah batang hidungnya sendiri, itu pun dia tak nampak? EE pun tak cerita apa-apa, ya, let bygones be bygones, tapi Shah tu BFF dia kut! Tak boleh jadi ni.



Qays mengambil keputusan untuk menuruni tangga dari menunggu lif itu. Masa itu emas. Dia terus ke escape door lalu melangkah laju menuruni entah berapa ratus anak tangga itu. Setibanya dia di tingkat bawah, dia melihat kelibat Shah yang baru ingin keluar dari main entrance itu.


“SHAH!”


Qays menjerit nama Shah. Shah tak jadi menolak pintu. Shah memandang Qays hairan. Semua yang ada di lobi juga turut memandang ke arah Qays. Qays ibarat di bawah spotlight, di dalam dewan yang gelap gelita. Semua mata tertumpu kepadanya.



“Phone kau.”


Qays berkata tercungap-cungap. Tangannya merungkai tali leher. Dua butang teratas kemeja ditanggalkan. Shah pula menggaru kepalanya lalu berlari anak ke arah Qays.


“Thanks. Aku lupa tadi.”


Shah berterima kasih lalu mengambil Blackberrynya yang dihulur Qays itu. Qays memandang Shah semacam. Shah perasan akan hal itu lalu menjungkitkan keningnya. Dahinya berkerut memerhati riak wajah Qays.


“Qays, kau okay?”


Shah bertanya, serentak itu Qays menggelengkan kepalanya. Dia memandang Shah lalu menarik lengan Shah untuk mengikutnya. Kalau orang lain tengok, mesti dah anggap semacam. Iyalah, pegang tangan bagai, Malaysia ni, lelaki pakai V-neck pun dia kata gay, sahkan lagi yang berpegang tangan. Ish, so not cool. Lelaki pakai V-neck tu hot tau!


Shah hanya membontoti Qays. Setiba di tepi kereta Shah, Qays mengisyaratkan Shah supaya membuka keretanya. Shah akur lalu alarm ditekan. Qays membolosi kereta Shah lalu duduk di tempat penumpang. Shah menghidupkan enjin lalu memandang Qays. Biar betik Qays ni, tadi kemain cakap ada banyak kerja.


Qays bersandar di seat lalu menengadah bumbung kereta. Peluh di dahi diseka. Kemudian dia memandang ke sisi.


“Aku terbaca mesej Adelia tadi.”


Shah yang tengah mengetuk jarinya pada steering terhenti. Telefon dicheck.


“Ada mesej baru masuk ke? Haih, bacalah, bukan ada apa pun. Just some love message.”


Kata Shah sambil ‘wink’ ke arah Qays. Qays senyum dua saat. Kemudian dia duduk tegak.


“You should read it.”


Arah Qays. Shah angguk.


“Nantilah aku baca.”


Dalih Shah. Qays memandang Shah. Dia menjilat bibirnya yang kering itu.


“Read now, dude.”


Tegas Qays. Shah mengangkat tangan tanda surrender lalu mencari mesej itu di inbox.


Dia baca kemudian memandang Qays yang tengah buat muka tak puas hati itu.


“Imagine Shah, aku terkejut gila bila baca tadi. Rasa macam kena tikam dari belakang pun ada. Kenapa kau tak cerita sebelum ni?”


Qays bersuara serak. Shah mengeluh perlahan. Dia memegang bahu Qays.


“Bro, bukan tempat aku nak ceritakan pada engkau. Aku respect EE, dia tak nak cerita, that’s her choice, aku just tak nak campur hal rumah tangga korang. EE, is my past. Adelia, my future. Plus, EE tu dah macam adik aku, aku anggap dia adik dulu, baru aku ada rasa something untuk dia.”


Qays mengangguk.


“Memang kau pernah cintakan wife aku lah sebelum ni?”


Dia bertanya. Shah  dumbfounded. Luah mati emak, telan mati bapak.



“Aku lost contact dengan dia, dulu, sebelum aku fly, kami janji bila besar kami nak kahwin, as time goes by, zaman dah berubah, janji hanya tinggal janji. Aku jumpa dia balik masa kat klinik aku hari tu. Dia, dengan kau. Aku terkejut bro, sumpah aku terkejut. Hancur hati aku masa aku tengok dia bahagia dengan kau. Adalah juga sekali dua aku rasa nak rampas dia balik. Tapi aku fikir, tak ada guna benda tu. Dia bukan jodoh aku.”


Shah berterus terang. Qays memandang ke hadapan. Nak tunggu EE buka mulut, haram!


“Kau betul sayang Adelia ni? Bukan nak gantikan dia dengan EE, kan?”


Qays bertanya serius. Shah angguk.


“She is nothing like EE. I like her for whom she is. No worries.”


Shah berkata yakin. Qays senyum.


“Cool. Thanks sebab kau terus terang dengan aku. Kalau aku tak terbaca mesej Adel tadi, sampai ke sudah aku tak tahu hal ni. EE ni nak kena betul. She should tell me la at least. Bukan nak rahsia bagai.”


Kata Qays dengan tak puas hati. Shah angguk, sepatutnya EE terus terang dengan Qays history dia dengan Shah. Ingat hari tu masa rumah mama Qays yang almost kantoi dengan Aunty Zah tu EE dah cerita semua pada Qays, rupanya tidak.


“Dia takut kita gaduh kut.”


Shah membuat konklusi. Qays mengerutkan kening.


“Dia ingat kita budak-budak ke nak gaduh bagai ni? Plus, she is already mine. Macamlah kau boleh buat apa-apa.”


Rungut Qays. EE ni, fikir macam budak-budak pun ada. Tetiba, mata Shah bersinar nakal.


“Hurm, talking pasal gaduh ni, Qays, apa kata kita teach EE a lesson sebab dia ingat kita ni low sangat sampai nak gaduh pasal hal lalu.”


Qays tersenyum memandang Shah.


“You mean a prank?”


Shah angguk.


“Exactly. Lama dah kita tak kenakan orang. Kau selalu isya’ kat surau kan? Then, kau buat nak pergi surau awal sikit, then aku call dia cakap nak beli cincin bla bla bla, pepandai aku lah, then kau masuk balik rumah, overheard her, alaa macam bini kantoi dalam movies, camtu lah kita buat, nak?”


Shah memberi idea di luar alam. Qays angguk. Tak sangka, sorang dentist, sorang lagi CFO, tapi perangai tu masyaAllah, macam budak-budak nak prank orang! Grr.


“Set! Malam ni, kita buat scene gaduh belakang klinik kau.”



*** Present time

 
EE membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya silau menikam matanya. Kepalanya rasa macam kena hempap bata 10 tan. Kuat betul Shah hayun tadi. Tak guna, besar-besar pun nak gaduh.


“Sayang! You okay?”


Qays membantu EE untuk bangun. EE memandang Qays tak berkelip. Sayang? Tadi kemain lagi gaduh.


“Sayang? Bukan kita gaduh ke?”


EE bertanya hairan. Kemudian dia memandang pula ke arah Shah yang sedang berdiri di belakang Qays itu. Shah senyum ke arah EE, muka bengkak pun nak senyum lagi.


“Sayang...actually...You were being trolled by us.”


Qays cakap sambil tayang peace. EE memicit pelipisnya. Ya Allah, aku kena troll, kalau hari-hari macam ni, memang darah tinggi boleh!


Sebuah tamparan hinggap pada wajah Qays. Laju saja tangan EE bertindak. Mata EE sudah berair. Qays jahat.


“Troll eh? Kiranya Kovu dah tahu yang I had a history with abang Shah, tapi Kovu mempermainkan EE eh? You think that is fun, huh? Abang pun sama, ingat EE suka simpan rahsia tu? I did it for both of you, EE takut EE cerita sama Qays, korang dah takkan jadi rapat macam sekarang. Urgh.”


EE bangun dari tempatnya lalu kembali duduk. Tiba-tiba dia rasa mual dan loya. Sah dah ni, blood pressure naik ni.


Qays memegang tangan EE. Dia mengucup tangan EE, biarlah, memang dia deserve penampo itu pun. Suka-suki main hati perasaan bini dia ni.


“I am sorry okay, sayang. Plus, sayang pun tak trust Kovu, kalau sayang trust Kovu ni bukan jenis melulu bertindak ikut perasaan, mesti sayang dah cerita pasal Shah, kan?”


EE berhenti menangis lalu memandang Qays. Urm, betul juga tu.


Shah berdehem.


“Weyh, guys, memandangkan korang dah cool, aku ada nak present satu poem untuk korang ni. Dengar baik-baik.”


Shah berkata sambil menatap BB dia. Dah agak, bukan pantun sendiri, mesti baru Google tu kan.


“Ni dari Ogden Nash, tajuk dia A Word To Husbands. Tapi bagi kes korang, untuk korang berdua lah ni. Juga untuk friendship, and untuk peringatan aku yang nak jadi tunang orang dalam beberapa hari lagi ni. Here it goes;

 
To keep your marriage brimming
With love in the loving cup,
Whenever you’re wrong, admit it;
Whenever you’re right, shut up.


You get that people?”


Shah berkata dengan muka bangganya. Macamlah dia yang tulis rangkap tu. Hampeh betul.


“O-kaaay then. Aku tinggalkan korang kat sini. Jangan buat apa-apa 18SX okay! Aku masuk bilik aku dulu.”


Ujar Shah lalu berlalu ke bilik kerjanya. Setelah itu Qays memandang EE. EE pula menekur lantai. Haila, putus nafas tadi. Ingat Qays betul-betul nak lepaskan dia.


“Dearest Kovu, EE salah sebab tak ceritakan details selama ni. Sorry?”


EE berkata perlahan. Dia menggenggam tangan Qays. Qays membalas genggaman itu. Kepala EE dikucup.


“Kovu pun salah, sayang. Let us have a clean start from now on okay.”


Qays berkata perlahan. Dia memandang ke hadapan, ada poster pasal cavity entahpape tertampal di dinding itu.


“Okay.”


Kata EE sambil mengucup pipi Qays. Qays tersenyum. Dia memandang muka EE. EE tertunduk, merah rasa mukanya.


“Itu pun nak malu,yang?”


Qays memerli EE. EE menyiku perut Qays. Qays mengaduh.


“Itu pun sakit? Kata tadi berlakon je gaduh tu?”


EE perli balik. Lembik!


“Shah tumbuk betul, sebab tu Kovu you ni tumbuk balik muka dia tu. Tak sangka refleks dia sampai tertumbuk kepala you. Mesti dah benjol kan?”


EE tergelak mendengar aduan Qays itu. Dia mengeluh perlahan. Manja juga Qays dia ni, nanti kalau ada baby macam mana nanti?


“EE kepala batu, tak de benjol-benjol.Kovu Kovu, tadi masa kita belum pretend gaduh, Kovu ada request kan? Balik jom, kita penuhkan request tu?”


Qays tersenyum mendengar. Request hapa? Request baby lah!


“Jom! Come, I pimpin you.”


*** 6 bulan berlalu

 
Ruangan di dewan hotel itu dipenuhi orang ramai. Hampir semua mematuhi tema warna, beige. EE, yang berada di salah satu bilik di hotel itu sedang memerah keringatnya untuk memasang zip di sebelah tepi bajunya itu. Minah ni, Adelia aka raja sehari pakai dress logik la juga, dah reception dia hari ni, tapi EE pun nak jugak.


“Kovu...ketat. Zip ketat. Macam mana ni?”


EE merengek. Dia mengetuk pintu bilik air itu. Rasa nak menangis ni tau, tapi tak boleh, nanti mascara tu hancur. Nanti tak pepasal gothic masa majlis kahwin best friend sendiri. Hish, Qays ni pun, nak shave pun berjam-jam.


“Kejap. 5 mins tops. I shower kejap yang!”


Qays menjerit dari dalam bilik air. Tengok, dia dah masuk setengah jam, tapi baru nak shower. Kalah perempuan betul Uncle Long ni.


Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Seorang budak lelaki comel berbaju melayi bersampin bagai menerpanya. EE yang tadi murung terus tersenyum.


“Farish!! Wah, handsome boy! Ni naik dengan siapa ni?”


Farish memeluk kakaknya itu. Nasib baik EE decent, ada juga dia terdetik nak pakai bathrobe tadi. Kalau tak, tayang free hak Qays dia ni.


“Abang Izz and mama Na. They went to see kakak princess kat suite. Dengan Uncle scary tu. Kenapa kakak princess kahwin Uncle Scary, EE?”


Uncle Scary, adalah Shah. Sejak Farish dapat tahu Shah adalah dentist, terus dia cop scary. Adelia pula, dipanggil princess sebab Farish kata Adelia cantik. Memang cantik pun.


“Hurm, sebab Uncle scary tu, prince charming kakak princess tu.”


EE menerangkan semudah mungkin. Farish membuat muka tak puas hati.


“Yep, just like abang long is kakak EE’s prince charming.”


Kata Qays yang dengan tak malu keluar bertuala itu. Tak decent langsung depan budak kecik dia ni.


Farish bersorak lalu melompat ke dalam dakapan Qays. Qays mengucup kepala Farish. Habisdah lepasni kedut baju melayu Farish.


“Abang, mana Hud? Is he coming?”


Farish bertanya tentang anak saudara Qays itu.


“I think he is already here. You know what, bilik parents Hud kat sebelah ni, Hud pun ada sekali. Cuba Farish check.”


Arah Qays sambil meletakkan Hud ke lantai. Farish menjerit girang, iyalah, Hud tu dah macam bestfriend dia. Sejak mummy tiri EE tahu Hud pergi ada satu tadika yang bagus tu, dia pun enroll Farish di sana.


“Ah, Abang. Satu lagi, nak tengok Cat?”


Farish berkata dengan muka cutenya. Qays pandang EE,EE pandang Qays. Aiyo.


“Urm, Farish, Abang tak bawa Cat. Sebab, Cat dah ada family dia. Nanti, Farish pergi rumah Mama Ina, you can play with them. Now, abang Izz is taking care of Cat, Byron, Nala, Bobo and Luna.”


Farish buat muka tak percaya. Cat dijaga oleh abang Izz, why?


“Why with abang Izz. And why so many Cats? Dulu Farish kenal satu Cat saja.”


Qays telan liur. Macam mana nak explain.


“Urm, Cat had babies, sayang. Like Abang and Kakak. Faham?And Kakak pregnant, not good for her, takut asthma. The furs of the cats.

Qays berkata sambil menunjuk ke arah EE. EE pula sedang mengusap perutnya yang baru kelihatan bulat itu.


“Ouh! Babies! Farish ingat Cat kena clone tadi. Okaylah! I go find Hud!”


Kata Farish sambil berlari keluar. EE memandang Qays.


“Pandai Kovu saya ni.”


EE memuji Qays. Qays tersenyum sambil menyarung seluarnya.  Sete;ah itu dia memakai baju melayunya. Diikuti dengan kain sampin.


“Okay, pakai baju you. I tolong zipkan.”


EE menurut perintah. Dia menyarungkan dressnya lalu Qays tolong zipkan. EE tahan nafas, tolonglah muat dress oi.


“Haa, muat je ni. Perut you mana besar sangat sayang. Baru nak masuk 6 bulan. Dah, ni, tolong pasangkan butang baju Melayu ni.”


EE tersenyum. Butang dicapai lalu dipasangkan satu persatu pada lubang Baju Melayu itu. Apabila siap, dia mengusap bahu suaminya.


“Teringat pula masa kita kahwin dulu.”


Ujar EE. Qays mengucup tepi bibir EE lalu dahi EE pula.


“Cincai je kan. And to think of it, now we are three. Kan anak abah?”


Qays mengusap perut EE. EE tergelak.


“Okay abah, cut it, mom geli.”


Qays tarik muncung sambil mengecilkan matanya. EE ni kan.


“Mom tak best la baby, sejak perut bulat ni, asyik ticklish saja bila abah usap perut.”


Qays merungut. EE makin kuat tergelak.


“Mengada Kovu ni.”


EE menarik pipi Qays.  Manja.


“Sayang lagi mengada.”


Qays nak jugak menang.


“Okaylah Mister mengada, I love you. Now, escort me to the Adel’s.”


EE berkata apabila sudah memakai shawlnya. Qays tersenyum. Dia pencapai Nikon di atas meja.


“Love you too Mrs Mengada, and yes, I pun nak ke sana, sebab itukan bilik Shah juga. Tapi, let us snap this Nikon moment ni! Say, babyyyy.”


‘Click’

 
Punat snap ditekan. Comel saja riak wajah mereka. Qays dengan songkok, EE dengan gigi yang tertayang penuh. Qays pula, menayangkan separuh giginya. Macam-macam.


“ Okay jom, nanti pengapit tak bertauliah ni lewat.”


Ujar Qays sambil mengheret EE bangkit. EE membetulkan bajunya.


“Saya bertauliah okay. Awak tu je, Adelia dah lama janji kalau dia kahwin, I jadi bridesmaid. You je gedik nak jadi best man dengan Shah tu.”


Kata EE sambil menyarungkan kasutnya. Qays buat muka di belakang EE.


“Perut bulat pun ada angan-angan nak mengapit orang.”


Gumam Qays perlahan, namun masih dapat didengari EE. EE mencekak pinggang. Setelah itu dia menarik telinga Qays yang sedang tertunduk menyarung kasut itu. Hamek kau.


“It takes two to make a baby Kovu. A husband and a wife.Faham?”


EE memulas telinga Qays dengan geram. Qays terkial-kial. Itulah bro, cakap jangan sebarang cakap. Kan dah merah telinga tu.


“Faham puan! Lawak sikit pun tak boleh.”


Nak lagi Qays ni.


“Lawak awak tu sensitif. Tak pandai buat lawak, heeh!”


Bentak EE. Pintu suite ditutup.


“If it helps, you look as sexy as hell carrying my junior.”


Qays menayang muka playernya. EE buat muka toya.


“Dah tahu lama dah tang tu. Get a new line mister.”


Qays menggelengkan kepalanya. Mak aih, Ezza Eryna ni, makin mengandung, makin pening dibuatnya Qays.


“Qays! Cepatlah, sampin aku pun tak pakai lagi ni.”


Ujar Shah yang muncul tiba-tiba dari muka pintu honeymoon suite itu. Qays angkat tangan surrender.


“Coming.”


Ujar dia sebaris. Dia kemudian memaut pinggang EE lalu mengucup halus bibir isterinya. EE terkejut. Qays ni, took her by surprise betul! Rosak lipstik!


“If this helps more, tak kisah you bulat ke leper ke, asalkan you kekal jadi my sayang, you are always sexy in my eyes.”


Ujar Qays sebelum berlalu meninggalkan EE terpinga-pinga di depan pintu itu. Kemudian, EE mencarikkan sebuah senyuman.


“Cheesy punya Kovu.”


Senyuman dia makin mekar apabila terasa pergerakan dari dalam rahimnya.


“See sayang, your abah is so darn head over heels. Kalau baby tengok abah dulu, memang tak sangka dia ada cheesy side tau. Untung mom dapat lelaki idaman mom. Kalaulah your Abah tahu yang mom pernah mimpikan abah sebelum mom jumpa abah. Makin haru jadinya.”


EE tak sedar yang Qays berada di hadapannya. Khusyuk bercerita dengan baby di dalam kandungan.


“You mimpikan what before kita jumpa?”


Qays terkuat suaranya. EE mengetap bibir. Aiyooo, kenapa telinga lintah sangat mamat ni? Haish. Kena jugak cerita lepas ni. Memang tak boleh berahsia betul. Buat malu je kalau cakap pernah almost mimpi pelik pasal dia masa study dulu. Uwarghhhhh. Serentak itu muka EE memerah. Qays mengecilkan matanya, memang sah kena korek cerita malam ni. EE oh EE.



*The End*


P/S : Sorry again sebab tak da detail part cat dengan her family tu. Kalau ada Special Entry, I will include her, okay. And peeps, thank you for staying with me throughout Lelaki Idaman ni. Sobs, gonna miss Kovu and EE and the dramas. 

19 comments:

  1. sengal la mamat 2 org tu olh berlakon pulak :)...haha


    i will miss uncle long definitely...uwaaaaa

    ReplyDelete
  2. Loveeee it! Sweet story , Sweet couple.

    Me too gonna miss Kovu & EE :(

    p/s : Asal sweet sangat cerita niii? :)

    ReplyDelete
  3. nice... very nice!!
    terlebih gula ni..
    macam kilang gula meletop. hehe.

    ReplyDelete
  4. nice one.. so sweet... gonna miss them.. uwaaa.. congratz for the nice story...

    ReplyDelete
  5. best cite ni... tahniah kalau ada yg baru jgn
    lupa post pula ye bolehlah baca lagi diblog nio.

    ReplyDelete
  6. Best best best
    bgi special edition blh? hehe

    ReplyDelete
  7. Best n sweet sgt.....

    ReplyDelete
  8. Best n sweet sgt.....

    ReplyDelete
  9. Cutest couple ever! And the poem, spot on!

    ReplyDelete
  10. I very2 like this story,
    nice one.....sooo drop death sweet...
    buat senyuman x lari dari muka,congrats writers,
    ayat dia sangat bergaya, sangat besttt lah,
    thumb up....
    tak mengecewakan...syabas.

    ReplyDelete
  11. Sgt suke Uncle Long! Hehe~
    So sweet..

    ReplyDelete
  12. redpepper
    finally,habes pun baca.
    best ! titew ukew la. haha. #gedik

    ReplyDelete
  13. best....sambung la lg sampai mrk dapat baby..

    ReplyDelete
  14. best...wat SE yg dorg dpt baby,pasal shah n adel

    ReplyDelete
  15. Sweet tahap dibetis nie..... From one chap to another till the end..... Ohsem!! Yeah..... Vote for SE Qays+EE, Shah+Adel n Byron+Cat... Tambah scene utk Dr. Izz pon okey sgt...

    ReplyDelete
  16. Best ! Fantastic debom . Funny and tak boring

    ReplyDelete
  17. i dah baca u punya karya dan semua best2..i paling suka bab2 y menuju kearah seks tu..tapi xsesuai utk bdk2..(i dah kawen ok)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk...ada ek. Dah lupa la, cerita ni dah lama ^_^

      Delete
  18. Tanak buat S.E cerita ni ke? Cerita pasal baby, cat and pasal mimpi tu maybe? Hehe

    ReplyDelete