Ayahnya di kerusi single
itu dipandangnya. Mama yang berada di tepi Kashaff turut dipandangnya.
Okay, bila dah lama tak duduk bersidang sebagai sebuah keluarga, perasaan yang
timbul tu sangatlah pelik. Tak tahu pula nak mula dari mana. Mama yang out of the blue boleh berbaik kembali
dengan ayah, dan aku yang tiba-tiba nak kahwin dengan orang yang baru kenal dua
tiga kali saja. Tak ke pelik tu? Getus hati Kiah.
"
So...my baby girl is getting married? " Adam bersuara tenang sambil
melihat anaknya. Kiah angguk lelaju. Yes,
yes, surely yes! Phew, nasib baik Ayah mulakan dulu. Kalau tidak, sampai ke
esok agaknya kita main tenung sana tenung sini.
"
Yes ayah. Will you come and be my wali?"
Kiah bertanya
lembut. Nak menangis pun ada ni, tiba- tiba rasa sedih dan sayu. Melihat Kiah
yang nyaris menangis itu, Adam terus bangkit dari duduknya lalu melutut di
hadapan anak gadisnya itu. Tangan Kiah dicapai lalu digenggam erat.
"I 'll be there
sweetheart, like I'm always there for you when you need me.
Tapi dulu, your mama tak tahu, sekarang terang- terangan dia
tahu." Serius Adam berkata namun sempat lagi dia memerli bekas isteri yang
masih dia sayang itu. Puan Maimunah mencebik. Sekejap lagi aku sekolahkan jugak
si matsalleh perasan Melayu ni, getus hati Puan Maimunah. Hujung kusyen diriba
dipintal-pintalnya.
“I tahu je Adam, Cuma pejam sebelah mata.
Takkanlah nak halang diorang nak jumpa ayah sendiri. I aje yang malas nak jumpa you.”
Adam
Hartigoff yang tadinya sedang ingin berbicara dengan anak gadisnya terus
terbantut niat. Ish Maimunah ni, suka sangat mencelah. Selalu macam tu, dari
dulu lagi. Habis terbantut apa orang nak buat sebab dia kena juga utarakan
pendapat dia, tak reti bagi salam kiri kanan, terus dia terjah.
“Moon, sayang, kalau boleh, I nak cakap personally dengan our kids? Why not you be a sweetheart and go make tea or something?”
Adam
bangkit lalu bersuara. Masih tenang suaranya, namun agak tegas. Riak wajahnya
juga serius, sehinggakan Puan Maimunah hanya mampu telan liur dan menurut
perintah yang berhormat itu. Nak tak
nak, si kekasih hati sudah minta air, mama Kiah ni kenalah juga rajin-rajinkan
diri ke dapur.
“Okay,
aman sikit Ayah nak cakap.”
Ayat
selamba Adam itu membuat Kiah tertawa. Kashaff juga menaikkan keningnya dan
menutup mulutnya dengan bantal. Dah tak tahan nak gelak apabila melihat kembali
kemesraan antara mama dan ayahnya itu. Kalaulah dulu ayah tak berpisah dengan
mama, mesti seronok. Tapi, mama dulu
lain dengan mama sekarang. Ayah pun mesti ada sebab tersendiri tinggalkan mama.
“Ayah,
kalau boleh, sebelum kita bincang pasal Kiah, Kiah nak tahu kenapa Ayah dengan
mama berpisah? Rasanya, kami ni dah cukup besar nak tahu. You both are on good terms and it is very weird seeing you being apart.
What really happened during our childhood that made you leave us?”
Soalan
Kiah yang bertubi-tubi itu membuatkan ayahnya mengeluh. Adam menyandarkan
badannya ke sofa lalu memandang ke hadapan. Benar, sudah tiba masanya segalanya
dibongkarkan.
“Well, I was a newly converted Muslim,yes?
Masa itu ayah rasa tak biasa dengan gaya
hidup Islam. Not used to it at all. I
love your mom, yes! I really do. Tapi biasalah, I am never used to praying five times per day, to fasting, and other
Islamic obligations. Ayah masuk Islam sebab cintakan mama, itu bukannya
satu basis yang kuat. I don’t really have
faith in Islam yet at that time. Satu hari, bila your Mama tegur, I felt that
I did something wrong, a huge mistake.Your mom made me choose, leave or stay
and change myself. I have choosen to leave. Dan sekarang, Ayah sedar Ayah
telah buat keputusan yang salah. And I do
regret it at certain level, but at
least, I am a true Muslim now.”
Kiah
memeluk Ayahnya dari sisi. Kashaff menepuk belakang Adam. Puan Maimunah yang
sedang menatang tray yang sarat
dengan cawan itu juga terhenti melangkah apabila Adam menerangkan pemergiannya
sebelum ini. Sungguh dia tersentap. Lelaki yang pernah menjadi suaminya itu
telah teraniaya. Dia tak pernah suruh Adam lawat anak-anak, tak pernah suruh
Adam bagi nafkah, malah dia hanya pinggirkan Adam begitu sahaja setelah membawa
Adam ke dalam Islam. Salah dia, semua itu salah dia. Sepatutnya, dia bimbing
Adam, bukannya suruh Adam belajar sendiri. Dan, sikap Adam yang masih prihatin
dengan hal anak-anak mereka inilah yang membuatkan dia sayang sama Adam. Tak
ada langsung dendam antara mereka, walaupun Adam tahu bukan Adam yang bersalah
sepenuhnya, tapi Adam sabar sahaja.Apabila Adam muncul balik di dalam hidupnya,
memang dia rasakan masih ada getar lama di jiwa.
“Tea...”
Puan
Maimunah berkata setelah meletakkan tray di
atas meja empat segi itu. Namun, matanya memandang Adam sayu. Penerangan Adam
tadi sungguh merentap hatinya. Salah dia, semuanya salah dia. Dia yang halau
Adam dari hidup anak-anaknya. Adakah terlewat kalau dia mahukan Adam kembali?
“Thanks dear.”
Sepatah
jawab Adam sambil tangan mengusap belakang Kiah. Matanya sempat singgah pada
wajah murung bekas isterinya. Dahinya berkerut.
“Are you gonna cry Moon?”
Adam
bertanya ringkas. Kiah dan Kashaff juga memandang mamanya yang sedang berdiri
di hadapan mereka itu. Puan Maimunah angguk laju-laju. Iya, saya nak nangis ni
Adam! Awak punya pasal lah ni!
“Saya,
saya dengar awak tadi. And, and I’m
sorry. Saya tak sepatutnya buat awak pilih dulu. Saya sepatutnya bantu
untuk bimbing awak. I stil love you Adam!
I really do! Saya bukan isteri yang baik.”
Kata-kata
yang keluar dari mulut Puan Maimunah itu bagai air. Laju. Namun, seiring dengan
mulut, matanya juga tidak lagi mampu membendung tangisan. Dalam sedu-sedan,
Puan Maimunah meluahkan perasaannya. Adam hanya mampu tersenyum. Kiah dan
Kashaff pula hanya terdiam. Mana ada
pernah mereka lihat mama mereka menangis sampai tersedu-sedu ini.
“Shh...I love you too. Dah jangan nangis,
buruk orang tua menangis.”
Jenaka
si Adam sudah mampu menghentikan tangis Puan Maimunah. Kiah sudah bangkit dan
memeluk mamanya pula. Kashaff sudah bersiul.
“Pheewit!
Nampaknya, lepas Kiah, mama dengan ayah yang kahwin pula. Lepastu tinggallah
Kashaff yang bujang trang-trang ni sorang-sorang.”
“Eleh
abang tu, Milly kan ada! Abang kahwin kita makan mempelam saja. Free of charge!”
Acah
Kiah. Kashaff sudah tarik muka masam, tak patut betul dia ejek abang dia ni. Apa
punya adik lah.
“Khairina
Ibtisam, now we get down to bussiness. Who is that boy you are gonna marry?”
Kiah
telan liur. Semua mata sudah fokus pada dia. Kalau tadi sudah terangkan pada
mama dan Kashaff, sekarang giliran ayahnya pula.
“Nama
dia Khayrel Reza. Dia anak kawan mama, Kiah suka dekat dia masa mula-mula jumpa
lagi. Love at first sight. Kiah pun
sayang anak saudara dia, Luth tu, dia yatim piatu, yah. I just want to get closer to that family. And,
to that guy in particular.”
Kiah
menerangkan situasinya. Jari jemarinya diketuk di atas paha. Gementar juga
menunggu respons Encik Adam Hartigoff itu. Adam sudah menyilangkan kakinya,
mata serius menikam mata anak gadisnya.
“You love him. I guess the feeling is
reciprocated?”
Kiah menggeleng. Reciprocated? Heh, ayah ayah. Complicated adalah, bukannya reciprocated.
Kiah menggeleng. Reciprocated? Heh, ayah ayah. Complicated adalah, bukannya reciprocated.
“Tak
ayah, dia baru saja tahu Kiah ada perasaan untuk dia. Masa tu dia putus tunang,
then tadi masa Kiah pergi rumah mama
dia, mama dia offer Kiah untuk kahwin
dengan Kay. Tentulah Kiah nak! I want to give
us both a chance.”
Semangat
Kiah kembali berkobar-kobar. Kalau nak cakap nak, kalau tak nak cakap tak nak.
Kiah nakkan Kay, jadi tak salah kalau dia , si perigi, yang mencari timba! Ayahnya
menggaru-garu dagu. Wajah ayahnya sudah menjadi sedikit merah, panas agaknya.
“So he doesn’t love you.”
Konklusi
dari Adam hanya membuat yang lain senyap. Kiah bangun berdiri tegak. Wajah
menikam wajah ayahnya. Tangan kanan dikepal, senyuman konfiden ditarik.
“Love love tak ada hal, ayah. Satu hari
nanti dia akan cintakan Kiah. Just like
how your love towards mom never fades, mine will just bloom throughout the
time. Give me, your blessings, ayah?”
Kiah
menayangkan muka simpati. Adam hanya mampu tersenyum dengan semangat anak
daranya itu. Tangannya menepuk-nepuk kepala Kiah perlahan. Lantas, badan Kiah
ditarik ke dalam dakapan.
“May you be happy, and may your love towards
this man blooms.Dia untung sebab dapat anak ayah ni sebagai isteri. Kan
Kashaff? Your little sister is really
something!”
Pujian
melambung itu semakin membakar semangat Kiah. Puan Maimunah turut tersenyum,
dah bekas suami aka kekasih hati ni puji anak dia, tentulah mak pun suka!
Kashaff pula mengenyitkan matanya pada ayahnya.
“Well, let see how this
hopelessly romantic girl can tie that man in with her love strings.”
Kata-kata
Kashaff itu seakan-akan mencabar Kiah. Kiah mencapai kusyen kecil dari sofa
lalu melayangkannya ke muka si abang. Kashaff sempat menangkap sebelum bantal
itu mencecah hidungnya yang mancung itu.
“Abang
diam-diam sudah. Tahulah Milly tu dah tunggang terbalik cintakan abang.”
Kashaff
hanya tergelak dengan kegeraman si adik. Milly pula yang dikaitkannya.
“Adam,
esok datang ya? Keluarga lelaki datang meminang. They want to ask for her hands officially. But the wedding will be done
shortly after, perhaps next week. Sebab Khayrel dah fixed kan tarikh kahwin dengan ex-fiancee
dia, so, they want the ceremony to be
on the same day. Easier for them.”
Puan
Maimunah berkata setelah keadaan reda. Adam hanya mengangguk.
“Saya
datang. Dah, saya nak balik, nak google
pantun, I want to test that guy just like
how my arwah father in law tested me.”
Adam
bangkit dari kerusinya. Puan Maimunah kerutkan dahinya. Kiah dan Kashaff, dari
tadi duduk gelak. Macam manalah rupa ayah mereka ni berpantun. Betullah, memang
ayah ni Melayu, no longer a matsalleh, cintakan
mama punya akibat!
“Arwah
ex-father in law.” Puan Maimunah
betulkan apa yang dicakapkan Adam. Adam mengenyitkan matanya pada Moon dia.
“Soon
to be arwah father in law, again!” Dan,
ruangan itu lagi sekali gamat dengan tawa anak-beranak itu. Seronok apabila
keluarga yang dahulunya berpecah, kembali bersatu. Seronok apabila hubungan
yang baru ingin dibina, mendapat restu.
Kay menyalakan
lighter lalu membakar sekeping gambar di tangannya
itu. Abu-abu sejuk berterbangan memasuki longkang. Lama-kelamaan, tiada lagi
gambar bahagianya bersama Jezamine. Tiada lagi kenangannya bersama wanita yang
pernah dicintai dahulu. Biarlah, semoga dia dapat balik tawan Benjamin.
“Here you are uncle long!”
Luth
memeluk lehernya dari belakang. Beban Luth membuatnya makin terbongkok di tepi
longkang itu. Kay mencampakkan lighter ke
tepi dan tangan kecil Luth dipegang kejap.
“Hey lil’ monster! Cari uncle kenapa?”
“Opah
panggil mamam.”
“Uncle
tak lapar, boy.” Tawar, Kay menolak ajakan Luth itu. Memang dia tahu, mamanya
sengaja cuba umpan dia dengan meminta Luth. Tapi, memang dia tak ada selera
untuk makan, apatah lagi untuk buat apa-apa. Kalau dia turun berhadapan dengan
mama, mesti mama akan ungkit plan nak
meminang si Khairina. Yang pastinya, Kay sudah tawar hati, serahkan semuanyalah
pada mama.Siap semua nanti panggil je dia akad nikah depan kadi. Habis cerita.
“Uncle,
kenapa Mama Jaz dah tak datang sini?”
Soalan
Luth itu menyentap hati Kay. Kay melepaskan keluhan. Budak sebesar Luth ni mana
faham apa-apa. Kay memandang ke arah Luth dan melihat Luth yang sedang
mendongak ke arahnya itu. Wajah suci itu mengharapkan jawapan yang ikhlas.
“Mama
Jaz doesn’t love me like I do. She wants
another man to be her prince.”
Luth
mengangguk dengan jawapan Kay itu. Jarinya dimasukkan ke dalam mulut, lagak
sedang berfikir.
“Ooh, but, who are you
going to marry?”
“Your kakak cinderella.”
Luth
bangkit lalu memeluk uncle longnya. Siap cium-cium lagi pipi lelaki idolanya
itu. Kay hanya tergelak dengan lagak teruja anak saudaranya itu.
“Suka
ke uncle kahwin Kakak?”
Luth
angguk lelaju.
“I love kakak so much!
She always makes me happy. She will make you happy too, so you won’t be so sad.”
Tulus
kata-kata si naif itu. Haih, Luth. Kalau kau tahu betapa susahnya nak hidup
dengan orang yang kau tak kenal, apatah lagi tak cinta, kau akan tarik balik
apa yang kau cakap tu.
“Uncle,
let’s eat! Opah marah nanti.”
Luth
kembali menjalankan misinya. Tangan kay ditarik-tarik supaya lelaki itu bangun
dan mengikutnya. Kay mengerutkan
hidungnya.
“Kejap.
Sebelum uncle ikut, Luth, pinky promise
me first?”
“Okay, make it fast. I
want you to feed me. Nak main aeroplane dengan spoons and rice tu. Aaaah, cepatlah uncle.”
Rengek
si kenit itu. Luth sudah menayangkan jari kelingkingnya, ready untuk akur dengan segala janji yang bakal termeterai dengan
uncle kesayangan dia ni.
“Janji
dengan uncle, yang Luth tak akan give
your heart entirely to any woman.”
Apabila
saja Kay berkata-kata, Luth cuba untuk
melepaskan jari kelingkingnya yang bertaut erat dengan kay itu. Luth memandang Kay
dengan muka bersalah. Kay naik hairan. Luth bila tayang muka mischievious macam itu , bukanlah suatu
petanda baik.
“No can do. Luth dah cintakan Kakak
Cinderella, and I’m going to marry her
after you.”
Belum
sempat Kay berkata apa-apa, Luth sudah menjelirkan lidahnya pada Kay dan terus
memecut ke dalam rumah. Kay hanya mampu menggelengkan kepalanya. Kiah, Kiah?
Kau jampi apa sama Luth tu? Sampai budak sebesar itu dah berangan nak kahwin
dengan kau ha? Kay menepis fikirannya
yang mengarut itu lalu membontoti Luth ke dalam rumah. Habis, lepas ni, mesti
mama dia pungpangpungpang duduk canang plan meminang esok hari sama dia. Meminang aje kan? Lelaki tak ikut pun tak apa, right?
sweet sgt mak ngn ayh kiah ni!hahah
ReplyDeleteyep..kay xpayah ikut..duk je umah hafal name kiah..haha..
kiah kasi jampi sama itu cupcake!haha
hahaha . that's right ! happy nyee kalau I like Kiah
Deletehaha, lupa pasal cupcake! haha
ReplyDeletebest2!!! hehe.. next entry ble plak? anyway selamat hari raya..
ReplyDeletenext one inshaallah esok
ReplyDeleteSok next 1??? Sgt awesome...akaq suka la winnn..thanx attach pd akk ok.hehe.. -kak shida-
ReplyDeleteBest...sesgt nk lgi....
ReplyDeleteLegaaa.... Muncul jugak di kiah ni.. Ayah Adam n mama Moon sgt sweet...
ReplyDeleteYay ada luth!
ReplyDeleteNak lagi, pls..
Selamat hari raya to u shamien
Hee best..sweet sgt
ReplyDeleteSlamt hri rya shamien ;)
inochi and didie, selamat hari raya too
ReplyDeleteOwwh luth is sooooo cute!! Love u muchoooo...
ReplyDeleteAh, xsabar nk tgk uncle long cair ngn kiah~
Pape pon kan X MAU jaz ngn benjy... Pls let's benjy found someone better.. Hhuhuhu
~ma
Comel je luth xD +lm going to marry her after you xD hihi i like your writing a lot!!!
ReplyDeleteBermadu lah ko nanti kay .Hahahaa
ReplyDelete#Jap, mana ada ppuan kawen dua. Haaha ,nakal sungguh Luth !
redpepperhere
ReplyDeleteadudu. kemain big papa n mama meke. Lol jk.
nice 1 babe,