‘Gulp...’
Is menelan keras air liurnya...
‘Setahu aku tadi, aku suruh dia panggil aku Is, budak ni... nak kena betul dengan aku ni!’
Is merungut dalam hati.
“Be careful ya, darling... kalau you jatuh tadi, mau tak menangis Firhan.”
Jejaka kacak tu bersuara dengan penuh kelembutan.
Is merasakan dirinya terbuai-buai dek alunan suara tersebut. Rasa macam kena pukau.
Jantungnya masih lagi berdegup kencang.
“Hey, Dania... are you here?”
Jejaka tu memetik jarinya di hadapan muka Is. Is seakan baru tersedar dari mimpi.
“Urm, ah...yes...yes...I’m still here.. hehe, thanks Kazz!”
Is berpaut pada bahu Kazz untuk membetulkan balik postur tubuhnya. Nanti tak pepasal ada yang jatuh kat sini! Jatuh terus saham kemachoan nanti!
“Saya tak terima ucapan terima kasih dari orang yang saya rapat. Ingat ya lain kali,no need thanks.”
Kazz melemparkan senyumannya yang paling manis ke arah IS. Tangan Kazz membetulkan sedikit hujung rambut IS.
“I get that! Kalau awak tak sambut saya tadi, dah terbongkang saya kat lantai ni...”
Is tersenyum manis ke arah Kazz. Apakah yang telah merasuk diri Is nie? Dah sampai seru ke?
“Okay darling, I nak balik kat gang I, oh ya, ni Firhan bagi, dia suruh tolong pass kat you, dia ada hal sedikit.”
Kazz menghulurkan ang pow tersebut.
‘Yes, duit yang mama kasi tadi! Sayang you Kazz! Eik!! Salah-salah, sayang Abang!’
Ang pow tersebut diambil Is. Dia melihat ke arah wajah Kazz. Perfect!
“Thanks...”
Is dah tak ingat apa yang dia janji tadi. Kazz meletakkan jari telujuknya dibibir Is. Tergamam Is sekejap.
Mata Kazz tajam menikam matanya.
“What honey? You dah lupa apa yang you janji tadi? hmmm?”
Is menarik senyum, biarpun dia rasa memang gelisah tahap gaban!
“Okay Kazz darling! Dah, pergi balik kat geng you!”
‘Did I just call Kazz Darling? Pandemic apa yang dah serang kau ni Is? Pandemik Cinta ke?’
Is mengetuk sendiri kepalanya, sambil memerhatikan Kazz yang sudah berlalu itu. Tiba-tiba, Kazz berpaling dan mengenyit matanya ke arah Is.
Is, haha...boleh ganti statue of liberty agaknya.
Is tersenyum lebar....hahaha...Kazz, you are something!
Is berpaling ke belakang. Matanya bertemu dengan mata Farish yang sedang memandangnya tajam.
‘Nak telan orang ke apa Risy ni? Pelik benor perangai tu!’
Is cepat-cepat menapak ke tempat gengnya yang berkumpul itu. Boleh nampak la mereka terlopong melihat adegan sebentar tadi.
“IS!! Wow! Kalah iklan head n shoulders tau! Hoho, dahlah prince kolej pulak tu...damn! You are such a lucky girl!”
Kayla terus menembak Is dengan kata-katanya.
Is memandang Kayla pelik.
“weyh! Berapa banyak puteranya kolej ni ada? Tak paham aku!”
Is membentak.
“Seven of them.”
Dengan selamba, June tolong jawab persoalan Is tadi.
“Wow! Ramainya...”
Is mempamerkan riak teruja.
Agak-agakla, kalau Is jadi tomboy balik, boleh tak nak jadi yang kelapan? Konfirm boleh punya!
“Memang, tu baru batch kita, seniors kita pun ada 7 jugak, tapi... mereka semua tak layan juniors, yang batch kita ni... abang kau, Risy dengan Geng 5 Bersaudara. But, yang most wanted tu Farisy la...hehe.”
Trisy pula yang memberi penerangan lanjut.
“Babe! Aku hairan la, mereka ke sini nak belajar ke nak usha budak kacak?”
Is menyuarakan kegusaran hatinya.
“Entahla...two in one kot!”
Aya menjawab selamba. Matanya terarah kepada geng Melly the Jelly tu...
“Weh, cuba tengok sana, kenapa diorang tu?”
Semua mata memandang ke arah penjuru yang Melly and the geng berhimpun.
“Eeeww...gediknya, cuba kau tengok Allysya tu, kenapa duk hentak-hentak kaki macam tu? Nak jadi king-kong ke hapa?”
Aya bersuara. King kong? Cantik!haha...sesuai betul dengan Allysya tu...
“Babe! Jom...kita ambik port! Dah lama tak sakat mereka ni... rindu pulak nak sakat geng inverterbrates ni!”
Kesemua mereka menarik senyuman yang benar-benar misteri, termasuklah Is.
‘Line clear... boleh berlagak macho, geng-geng pengawas dah blah keluar, mesyuarat dengan warden kot, abang dengan Risy tak ada...hehe,’
Is mengumam dalam hati.
“Girls, I nak ke tandas sekejap... korang jangan kacau mereka dulu. Aku ada plan yang lagi mantap!”
Mereka hanya mengangguk.
Is menatap wajahnya pada cermin di dalam tandas tersebut.
Dia membersihkan mukanya dari segala bahan kimia yang ditenyeh oleh Joan tadi.
Dia menyikat sedikit rambutnya yang paras bahu tersebut. Guna jari pun memang boleh!
Dia menyarungkan topi Nike nya. Lengan baju disising sedikit. Sweaternya di pakai. Cermin matanya yang berbingkai putih itu disarung ke batang hidung. Rantainya yang berloket seperti sekeping puzzle dibetulkan di tengkuknya. Memang macho habis.
“Welcome back, handsome!”
Is menegur dirinya sendiri di dalam cermin.
Dengan penuh gaya, Is melangkah segak ke arah geng-geng Mellysa.
“Hey ladies...”
Selamba Is menegur mereka yang nampaknya sedang memujuk Allysha tersebut.
Keempat-empat pasang mata memandang ke arah Is, dengan senyuman yang amat menawan.
“Hey, hai...”
Allysya dengan selamba memeluk tangan Is. Is dah tersenyum dalam hati.Terus si Allysya berhenti menghentak kaki tadi.
“Awak Allysya kan?”
Is menikam lembut mata Allysya yang dah terjatuh dalam perangkapnya itu.
“Yeah, just call me Sya, and you darling?”
Allysya mendekatkan badannya yang miskin dengan kain itu rapat ke dada Is.
‘Fuh, mujur aku pakai bengkung!’
Ucap Is kelegaan dalam hati.
‘Pendek jugak minah ni..hehe, Macho Is...macho!’
Is mengutuk Allysya di samping memuji dirinya sendiri...
“Tak payah la tau siapa I sayang, cukuplah sekadar I yang kenal you...”
Tersengih panjang Allysya dengan kata-kata Is tu.
Is tiba-tiba berpaling apabila ada tangan menepuk bahunya dari belakang. Dia tersenyum manis apabila melihat tubuh Aya di belakangnya.
“Baby...you buat apa usha perempuan plastik ni, I thought you sayangkan I... you ni kan... bencilah I”
Aya berpura-pura menjadi gedik.
Is memeluk bahu Aya dari belakang.
“Sayang, I test dia aja tadi, memanglah plastik, just ike you said before...lagipun, she’s not my taste la sayang. You are!”
Allysya, Mellysa, Qallysha dan Dallysha dah ternganga melihat lelaki yang memang kacak tersebut memeluk gadis seperti Aya.
“Promise me, I’m the only girl?”
Aya buat muka cute. Is dah tersenyum manis. Memang pandai betul Aya berlakon.
“I promis baby, lagipun darling, I all boys school...of course you are my only girl...ah ya, I lupa nak bagi present ni kat you, you kan dapat excellent results masa form 3...”
Is menyuakan satu kotak hadiah kecil kepada Aya, kotak perfume yang mama kasi tu, entah macam mana boleh ada dalam beg dia tadi!
“Thanks ya baby... Mmuaah!!”
Aya kasi kiss flying kiss kepada Is. Lagilah lebar Is senyum. Melly and the gang dah ternganga.
That so-handsome guy sambut flying kiss Aya! Mana aci ni!
“Okay honey... I go first ya... bye-bye darling girls...Oh ya, I nak nasihatkan you all lah ye, kalau setakat pakai nak buka sana sini, boleh setakat jadi pass time kami aja! Tak pass kalau nak jadi girlfriend, Mistress tu...sesuai la!Bye...”
Mereka berempat dah menghentak kaki. Nak kawad ke apa?
Ala, tak puas hati lah tu kena sembur... haha. Kalau perempuan tegur mereka, manalah mereka nak berubah!
Cuba kita tengok mereka nanti ya, berkurang tak kegedikan tu...kita tunggu dan lihat!
Ketika Is nak keluar dari dewan dan ke tandas semula, tanpa disengajakan, dia terserempak dengan geng-geng pengawas yang baru habis mesyuarat.
Langkah kaki Is semakin panjang. Tak nak terserempak dengan Risy dan DSLR nya itu.
Tiba-tiba, dia terasa tangannya ditarik kasar.
Is melihat gerangan yang berada di hadapannya itu...
‘uh-oh, trouble is a friend dah datang... mati aku kali ni!’
Is menelan air liurnya. Lelaki tersebut tersenyum sinis. Evil grin pun ada jugak. Lari Is...Lari!!!
owh no..that's farisy kan? omg habis la IS..
ReplyDeletewah..syok..smbung cepat x sbar nak tau cite.. hehe
ReplyDeletealamak! abis lah is kali ni. adoyai.
ReplyDeletesyok nye! tak sabar tggu next!
best 2x cepat sambung..
ReplyDeletehabislh is....
awin,best r part nyh.
ReplyDeletehehe ..spe r agknyer owg tuh kn?
xsbr2 nyh nk thu .huuu..suspens je.
haha ..:D
Risy kan? Rish kan? O uh...
ReplyDeletettbe... jurus langkah seribu... lari!!! haha... dh gler dh aku nih.
-____-'
kiwi...tarik nafas, releks...pilih 2, nak Risy ke Kazz..hehe
ReplyDeleteRisy! buat scene gado² sket n Is tpksa buat deal... hee~ sukasuki aje.. haha
ReplyDeleteKantoi kantoi
ReplyDelete