Almari kabinet
dapur dibukanya. Susu,susu, mana lagi susu Sarah ni? Abang lupa nak topup stock ke? Ha! Itu dia, enfalac, ada pun. Kalau tak ada tadi
agak-agak si Sarah tu mau tak minum Dutch
Lady dalam peti sejuk itu? Haih, abang ni pun.
“Tatatatatatatata!!!
Ta! Taatataa!!Mmmaaa! Taaaaaahhhh!!!!”
Suara halus itu
sudah kedengaran jelas, hah, mesti si Sarah tu sudah tolak walker dia keluar dari bilik. Mentang-mentang dia dah nak boleh
jalan, dibuatnya walker tu macam
kereta, pecut sana pecut sini. Tambat pada kaki meja baru tahu. Nasib baik sliding door balcony sentiasa tertutup,
kalau tidak ada juga budak kecil ni terbang ke luar.
“Iya sayang!! Wait a sec, I’m coming!”
Kiasatina
bersuara dari dapur. Seminit kemudian, kedengaran roda walker merempuh pintu dapur, dan muncul wajah ceria Sarah. Kia yang
sedang membancuh susu buat anak saudara tersayang itu memandang Sarah dengan
senyuman yang lebar. Botol susu yang hangat itu dilalukan di bawah air paip.
“Taaaaa!
Mmaamaam! Aaahhhtatatata.Tiaaa, tutu!!”
Sarah berkata
entah apa. Tangannya ditepuk-tepuk. Kia tergelak meihat gelagat tidak sabar si
mem kecil itu. Tia...itu yang dipanggil Sarah kepada dirinya. Masih pelat,
namun ada sesetengah perkataan dia pandai ikut.Sarah baru berusia tak sampai setahun,
masih kecil. Mama Sarah dah meninggal, ketika melahirkan si kecil comel ini.
Kia hanya menolong abangnya, tengah bosan-bosan habis belajar, baik jaga anak
saudara,, tak gitu? Tambah-tambah abang memang sibuk 24-jam, mak suruh jaga
Sarah, Kia pun ikutkan saja. Abang tak mahu bagi mak jagakan sebab mak pun dah
tua. Kesian pula mak.
“Tia!! Nanak!
Tuh!! Tuh!!” Kecik-kecik pun dah pandai demand.
Botol susu yang hangat itu disuakan pada Sarah namun ditolak mentah-mentah.
Dia siap suruh Kia meletakkan susu itu ke dalam peti, bagi sejuk dulu baru dia
nak minum. Budak ni, nak jalan saja lambat, bab lain semua dah pandai. Haih.
Memang menurun perangai model mama
dia ni agaknya.
“Ini siapa ajar
minum susu sejuk-sejuk ni? Kia tak pernah ajar pun tau.”
Komen Kia selepas meletakkan susu itu ke
dalam freezer. Kia mencangkung di
hadapan walker itu lalu mencuit
hidung Sarah. Sarah tergelak kuat.
“Dadda! Tuhh!! Dadda!”
Kia pula
tergelak, Ish Sarah ni, macam tahu-tahu je apa yang dia tanya tadi. Siap boleh
cakap Dadda dia yang ajar. Dadda, merujuk kepada abangnya.
“Hurm...okay missy. Tia make you some porridge, nak?
Mamam, then only you take your chilled
milk?”
Kia
mencadangkan, bajet macam Sarah itu faham. Lantaklah faham ke tak, asalkan
budak tu makan. Kalau tak makan, mulalah dia nak meragam nanti.
“Mamam! Tia!!!”
Sarah bersorak.
Kakinya dihentak-hentak ke lantai. Amboi, seronok sangatlah tu mem kecil?
“Okay, Tia make you some porridge. But
you...will have to get out of this walker first.”Seraya itu Kia mengangkat
Sarah lalu membawanya ke ruang tamu, TV dipasang dan CD Sesame Street dimainkan. Bigbird
dan Elmo tengah bermain. Sarah
teruja. Kia meletakkannya di atas
toto yang tebal itu lalu mengepungnya dengan beberapa biji kusyen.
“Tia kat dapur
ye. You watch Elmo, okay?”
“Kai!”
Setelah itu Kia
kembali ke dapur, kali ini sebab nak masakkan makan malam si Sarah itu. Ikan
bilis dihancurkan, iyalah, budak tu baru ada tiga puntung gigi. Lobak merah
dihiris halus-halus, beras ditanak di atas dapur.
Baru sahaja dia
ingin memasukkan ikan bilis ke dalam bubur itu, tiba-tiba guruh yang kuat
berdentum. Nyaris berkocak ruangan kondo itu. Kia dapat mendengar suara Sarah
menangis, sah sah budak itu terkejut. Kia mematikan api lalu bergegas
mendapatkan Sarah yang sudah merah muka itu. Alahai, kesiannya budak comel ni.
“Aww It’s okay sayang, Tia is here. Hurm?”
Kiasatina
mendokong Sarah yang teresak-esak itu. Sarah memeluk lehernya erat, kepala
dilabuhkan pada bahu Kia. Belakang Sarah diusap perlahan, bagi menenangkan si
kecil itu.
“Shhh...dah dah.
Teman Tia masak okay?”
Dan Kia
mendokongnya ke dapur. Sarah diletakkan pada pinggangnya sebelah kiri manakala
tangan kanannya kembali mengacau bubur di dalam periuk itu. Sarah diam
memerhati perlakuannya. Angin sejuk bertiup dari grill yang terbuka luas itu. Nyaman sahaja.
Pandangan Sarah
teralih apabila terdengar bunyi kunci. Ouh, mesti dia ingat Dadda dia balik. Padahal, jiran rumah
depan yang baru balik kerja. Kia juga turut mencuri pandang.
“Sarah...usha
siapa tu?”
Kia berbisik
pada Sarah yang khusyuk memandang belakang lelaki berkemeja kelabu dan
berseluar slack hitam itu. Sarah memandang Kia sekilas lalu kembali memandang
lelaki yang tengah sedaya upaya membuka pintu rumahnya itu. Iyalah, duduk kondo
pun pintu kena mangga tiga empat! Kia
asyik merenung belakang lelaki itu. Muka dia macam mana eh? Nampak dari
belakang saja, and what a sexy back he
has! Kia yang sedar dirinya turut
merenung itu terus mengalihkan perhatian ke buburnya di dapur. Sexy gila belakang dia, dahlah baju basah kena hujan, memang
boleh nampak bentuk belakang dia tu.
Gumam Kia di dalam hati.
“ Tia!!!! Bub...Bubbles!”
Jeritan nyaring
Sarah itu membawa Kia kembali ke planet bumi. Buburnya nyaris melimpah dah,
menggelegak. Dan, suara nyaring Sarah itu juga membuat si dia di sebelah sana
memandang Kia dan Sarah. Memang boleh pandang terus, grill dapur ni memang
berlubang besar. Memang jelas Kia dapat melihat wajah si dia. Si dia
melemparkan sebuah senyuman manis. Basah kuyup pun masih tersenyum pada Kia.
Kia juga sengih sekilas.
“Masak?”
Ouh...husky nya suara dia!!! Kia nyaris lembik
lutut. Wey, kena sampuk hantu apa ni cik Kiasatina binti Khairul?
“Huh? Ha’ah.
Masak untuk dia ni ha.”
Lelaki itu mengangguk.
“Comel. Umur
berapa?”
Kia terasa
dirinya diawang-awangan. He said comel!
“Erm... twenty six.”
Selamba Kia
menjawab. Muka sudah merah, gedik betul perempuan ni. Sarah di sebelah hanya
memandang lelaki itu sepi.
“haha. Not you silly, her? Your baby, umur
berapa?”
Dang! Kia
tersedar. Ohmai! Malunya malunya!! Dia tanya pasal Sarah ke? Ceh, perasan comel
kau ni pun Kia!
“Ouh! My niece ke? Sarah is...”
“One!
One! One!”
Belum sempat Kia
menghabiskan ayat, Sarah sudah mencelah. Semangat budak kecil ni, jari telunjuk
diangkat satu, nak cakap dia baru
setahun.
“No
sayang, you are ten months old.”
Sarah memandang
Kia. Mulutnya dimuncungkan, nak ikut balik apa yang Kia ungkapkan tadi. Dan
lelaki itu masih memerhatikan gelagat mereka berdua.
“ten math!ten!ten!”
“Pandai anak dadda ni?”Kia memuji usaha Sarah untuk
bertutur itu. Lelaki tadi tergelak.
“God she’s so cute. Okayla, Uncle masuk dulu. See you Sarah!”
Lelaki itu
berkata dengan muka teruja. Bahagian see
you Sarah itu disebutnya dengan nada budak-budak. Sarah tersengih,
menayangkan giginya yang tiga batang itu. Kia mengerutkan hidungnya, see Sarah je abang sexy back? Makcik Sarah
ni? Haha...
“Tatai kel! Ta tai ta tai tatai!”
Dua-dua belah
tangannya digunakan untuk melambai lelaki basah kuyup itu. Haih Sarah, kau ni
memang peramah kan? Tambah-tambah dengan lelaki kacak yang basah kuyup tu.
Dengan Kris pun kau buat kawan, dengan Mr
sexy back pun kau ramah. Senang jadi engkau kan.
“ Okay, time for mamam.” Sarah diletakkan
kembali ke dalam walker dan Kia
bergegas ke dapur untuk mengambil gelas air dan juga bekas kecil yang terisi
bubur itu. Baru sahaja dia meletakkan perkakas tersebut ke atas meja bulat,
loceng rumahnya berbunyi. Siapa pulak
datang malam-malam ni? Pintu dibuka dan Kia tersenyum. Kris...
“Kia!!Hey...can I come in for a while?”Kia
terlopong. Kris tengah tayang muka sepuluh sen dia. Kia tertanya-tanya, dia nak
buat apa masuk dalam rumah ni? Jangan-jangan dia nak...no! I’m not that cheap okay Kris!
“Sekejap aja...my cat escaped. She’s at your balcony now.” Kris berkata sambil kakinya digerakkan,
nampak sangat risua dengan kucing dia tu.
“Okay, okay.” Kia mencapai kunci dari dinding
bersebelahan dengan pintu itu lalu membukakan gril. Kris sepantas kilat menuju ke pintu balkoni lalu membuka sliding door tersebut. Sarah yang
melihat Kris itu kembali teruja. Kilat pun dihiraukannya.
Kris kembali ke
dalam rumah sambil memegang kucing berwarna ‘beige’ itu. Wajah Kris ternyata menggambarkan kelegaan, manalah tahu,
kut-kut si debab tu mati sebab kena sambar kilat ke.
“Thanks Kia. Bo ni ibarat nyawa saya. My ex was a vet, one day he saw Bo in a
drain, treated him, and he gave it to me. And then, that SOB left me, with this
stupid cat.” Jelas Kris sambil mengusap-usap bulu si Bo itu. Kia yang sudah
meletakkan Sarah ke atas riba memandang Kris tanpa kelip. Dia salah dengar ke
tadi? Atau memang si Kris bahasakan ex
dia ‘he’?
“You mean ‘she’ left you...” Kia
menekankan bahagian ‘she’ tersebut. Kris memandangnya lalu tanpa diundang, dia
melabuhkan punggungnya di sebelah Kia di atas sofa itu. Kia dan Sarah
dipandangnya, lalu tangannya naik mencubit pipi Sarah.
“You heard right, sweetheart. I’m not into girls...kecuali Sarah. She is lucky to have a hot daddy!”
Selamba aja Kris membuka pekung di dada. Kia ternganga. What the hell? Muka Kia terus pucat. Kris memandang Kia sambil
tersenyum senget.
“You are...you are gay?” Omo!
Kia...betullah kan, lelaki yang kacak dan baik-baik semua either dah kahwin, ataupun gay.
“I am.You have a problem with gays?”
Pertanyaan selamba Kris itu membuatkan Kia membuka tutup mulutnya tanpa suara.
Sekali pandang macam ikan je gaya Kia itu. Tangannya diawang-awangkan dan
mukanya jelas memaparkan riak tak tahu macam mana nak jawab soalan Kris itu. Karang kalau aku kata gay tu kaum dilaknat
Allah dia balas dengan dalil Kristian dia pula mahu terlopong aku nak jawab
balik. Aku ni baca Quran pun maksud bukannya faham sangat. Kia melepaskan
nafas yang berat lalu memandang Kris dengan wajah yang sedaya upaya memberikan
senyuman.
“You’ve
helped me a lot though we were strangers the other day, to hell with being gay.
I know you as Kris, not as gay Kris...”
Kris tersenyum lebar apabila mendengar luahan hati Kia. Pandai kau buat ayat
Kia, tak rugi kau dapat A plus masa
SPM dulu.
“Tiaaaa,
mammammam!” Sarah mengadu manja. Terlupa pula Kia nak suap budak manja tu.
Alala, Kia sorry baby Sarah. Kris
distract Kia with the fact that he is GAY! Gay! Gay.
Bubur diceduk ke dalam sudu kecil lalu dia
menyuap Sarah yang sudah kelaparan itu.
Masuk mulut je Sarah telan. Kia menceduk lagi bubur di dalam mangkuk itu.
“Thank
you, sweetheart. Saya balik dulu, need to wash this stupid cat. You too need to
feed this angel.” Kris bangkit dari kerusi. Bo
diangkatnya bersama, kucing tersebut diam saja, terkejut barangkali. Siapa
suruh mengada lari masuk balkoni orang tika tengah hujan lebat.
“Kris...” Kia
memanggil jejaka bermata biru dan berseluar pendek itu. Kris mematikan langkah
dan kembali memandang Kia.
“Yes?” Dia tanya
sambil mengangkat kening. Pipinya yang kemerahan itu diperhatikan Kia, pipi aku pun tak boleh jadi merah macam tu,
macam pakai blusher je.
“Walau awak
kawan saya, tapi kalau awak usha abang saya, you better watch out!” Tegas Kia memberi amaran. Kris tersenyum
sinis.
“I wouldn’t dare mess things up with you
Kia.Plus, Kamal is so not my type. He
is not...feminine enough for a guy.Ciao sweetie.” Kia lega mendengar reply Kris tersebut. Lega sikit hati dia
ni, takut juga tiba-tiba si Kris ni buat apa-apa dekat abang dia nanti. Phewww! Tapi, Kris, kalau kau nak yang feminine, baik kau
tak payah jadi gay! Buat rugi je! Haih, kalaulah Kris tu straight, aku pun nak!
Getus Kia. Dia cepat-cepat menyuap Sarah sampai habis bubur di dalam mangkuk
itu dan cepat-cepat pergi kunci balik pintu rumah.
“Sebelah kanan
dah gay, yang rumah menghadap dapur
tu agak-agaknya gay jugak ke? Gaya
macam bujang je...” Kia berkata kepada diri sendiri sambil tangan lincah
mengunci datuk nenek mangga pada pintu gril.
Baru aja dia ingin mengunci mangga terakhir, si sexy back lalu di hadapan rumahnya ke arah lif. Untung betul
rumah abang dia ni betul-betul depan tempat orang tunggu nak naik lif. Si sexy back memandang ke arah Kia, macam
mana tak pandang, bunyi mangga kletang kletung berlaga dengan jeriji gril cukup kuat sampai seluruh aras sebelas
ni dapat dengar agaknya.
“Kunci pintu
dah?” Sexy back berbahasa basi. Ceh, panjang umur sexy back ni. Kia tersenyum
sambil di dalam hati membalas sinis, dak
aih, duk lap debu ni haaa...of course la tengah kunci pintu.Nak suruh pencuri
masuk ke apa?
“A’ah,” lain
benar jawapan yang keluar dari mulut Kia, sangat berbeza dengan versi sinikal monolog
dalamannya itu. Sexy back mengangguk.
Bibir tersenyum sambil memandang Kia.
“Baby dah tidur?” Dia tanya lagi. Kia
yang masih mencari mana satu anak kunci mangga terakhir itu kembali mendongak.
“Belum. Baru je sudah makan.” Balasnya dengan lembut kali ini. Ha! Jumpa pun
kunci dia...
“Ouh, I see. Ok lah, saya gerak dulu. Hitting the gym tonight.” Si dia berkata. Kia mengangguk, tak tanya pun abang sexy back! Pergi gym, bertambah-tambah sexy nanti
belakang tu. Makin I tergoda nanti. Getus hati kecil Kia. Dia cepat-cepat
mengunci mangga terakhir dan berlalu masuk ke dalam rumah. Sarah dicapai dan
dia melakukan segala jenis rutin harian bersama dengan Sarah sebelum menidurkan
si comel itu.
P/S: Ok, you may scold me for making him gay... XD
hahahahaha... x sangka kris tu gay. mana tau last2 gay berubah hati kembali ke pangkal jalan minat pulak ke kia.. cewahh hahah
ReplyDeletehaha, anything is possible
ReplyDeletegay ??? oh noooo .. haha
ReplyDeletebest......
ReplyDeleteGay!?!!! alaaaaaaaa :-(
ReplyDeleteas usual.. mane buleh ade 2 guy... tak best nanti... sakit hati je... haha
ReplyDeleteGay...??haha..sexy back pon boleh kan kia..
ReplyDeletehahaha! gay. xpe sexy back ada. amboii untung kau kia keliling org ensem.haha
ReplyDeletewahahaha.. ya sedikit sedey lak kris tu gay.. tp xpe.. abg sexy back ade...
ReplyDeleteHahahaha..mula2 baca he pun saya dah terkejut...rupa-rupanya betullah plak...a GAY
ReplyDeleteomo..omg....kris tu gayyyyyyyyy.....aduhhhhh.....bila ler the real hero nak kuar ni....
ReplyDeleteHahaha, love the fact that you're putting a different twist in this one. The good looking guys are always taken or gay. Life is hard, huh? ;p
ReplyDeleteOMG!!! Kris is GAY!!! interesting story
ReplyDeletesis..saya budak baru..haha..baru jek bce story ni..mcm best jewk...huuu
ReplyDeletehappy reading then dear
DeleteSIS...PLEASE HABISKAN CITE NI :)
ReplyDelete