*** Monolog si comel CAT
“Wah wah wah. Meowww. Hello si tampan
di sana...”
Ish! Tak guna punya kucing, tak
pandang pulak aku yang cun melecun ni.
Ekor aku yang kembang ni pun dia tak jeling pun, setan punya kucing jantan tak
guna.
Mentang-mentang la girlpren baru kau
tu keding tinggal tulang, makan dari tong sampah hari-hari, aku yang voluptuos
ni kau tak layan na? Nak yang skinny jugak kau ni ye Samad? Huh!
Si garik keding tu pulak kemain layan
kau ye? Nampak sangat dia nak naik tarafkan diri dia tu, nak ikut status engkau
la tu. Dari kucing jalanan, nak jadi kucing peliharaan. My foot!
Euh, dia duk jilat-jilat pulak muka
Samad tu. Yucks, baik aku belah dari tengok scene 18sx ni. Euh! Ta guna punya
Samad, madu aku kau ambil, sepah tinggal kau buang ye. Kau tunggu Samad, aku
suruh Ayah import suami dari Itali satu untuk aku.
Lagipun, kalau aku dengan engkau Samad, baby
aku mesti tak comel, lainlah kalau ada genetik Itali, ohmaigawd!! Tentu
gebu-gebu, dia mengiau pun nanti mesti ada accent, kan kan kan?
Tapikan Cat, macam mana kau nak
request dengan Ayah untuk cari suami sekor? Macamlah Ayah boleh faham kau
mengiau tu? Alahai, nampaknya, kena tunggulah sampai Ayah aku ni faham. Seksa
jiwa raga seyh, dahlah musim mengawan ni.
Aku tengok kucing lain, mesti duk
berkepit dengan boyfriend dorang, aku ni, semua tak layan, yelah, dulu Ayah
pernah pergi buang kucing yang nak ehem-ehem dengan aku dekat tong sampah. Kalau
tong sampah perumahan ni tak apalah juga,tu , dia pergi buang sampai dekat
Selayang tuh. Kesian kat kucing tu.
Alah, panaslah rumah Datin ni, aku nak
masuk biliklah, sejuk sikit. Ada air-cond.
Chait! Tak guna, ni mesti kerja Datin
tak guna tu yang pergi tutup pintu bilik ni. Mencik!
Apa kata aku tunggu dekat tangga luar
rumah ni saja, kut-kut lah Ayah lalu, mesti dia bawak aku masuk bilik.
Ah, tudia my darling Ayah! Handsomenya
Ayah pakai baju Melayu pink ni, au au au.
“Meooow”
Alahai, comel la Ayah ni ketuk dahi
dia.
Suka sangat bila Ayah angkat aku. Rasa
selamat and warm and comfortable sangat-sangat dalam dakapan dia. Muscular
jugak Ayah ni. Kakak comel tu mesti syiok kan kalau dapat lelaki macam ni jadi
suami dia.
“Alahai sayang, jom masuk dalam bilik.
Kamu ni pantang aja Ayah lepas, mahu aja pergi merenyih dengan kucing jantan
dekat neighbourhood ni.”
Chait! Ayah ni, longkang betul mulut
tu. Come on la Ayah, taste Cat lagi hebat la. Tak layan la kucing local yang
selalu tukar-tukar partner ni Ayah oi, Cat nak Itali mari. Please, please. Kan indahnya
dunia ni bila Ayah dapat faham kehendak dan juga keperluan aku sebagai seekor
kucing yang gebu dan comel ni. Mimpi jelah Cat oi.
Ayah buka pintu bilik. Dia pasang
lampu dan dia tunduk letak aku kat bawah. Aku pula loncat atas katil Ayah tu,
namun, aku tegangkan badan setelah mengesan bau yang pernah ku kenal itu. Ni
bukan smell akak comel tu ke? Dia masuk bilik Ayah? Homaigod!
Ayah melutut depan aku nak kasi main
soft toy tu. Aku jelingkan mata aku, main soft toy buat apa? Kasilah Cat sorang
teman buat manja-manja Ayah oi! Nak kucing jantan Itali mari!!!
Tetiba aku perasan Ayah yang duk syok
pandang ke arah pintu bilik air dia. Aku pun turut pandanglah, padanlah tak
berkelip Ayah tu, siap macam tugu negara
lagi tau, kaku terus. Rupa-rupanya kakak comel tu yang baru keluar dari bilik
air dia tu. Siap nak lucutkan tuala dia lagi tu.
APA?? Lucutkan tuala ? Depan Ayah?
“MEOOW!!
Aiseh. Tak terkeluar pulak suara ni.
Cantik akak tu, Akak tu pandang aku dan terus terpandang Ayah. Dia menjerit,
macam pontianak pun ada. Bingit bangat.
“AAAAAAAAAAAARGHHHHH!”
Aku pulak
rasa macam nak gelak aja. Muka akak comel tu macam tomato dah. Merah. Ayah
pulak come to the rescue, dia jadi macam hero tau, memang Canon moments la masa
dia tebarkan cadar dia tadi tu untuk tutup badan akak comel tu.
Okay,
Cat masuk bawah katil dulu Ayah, kasi
privacy untuk korang berdua. Alahai, cepatlah akak comel jadi mommy buat Cat.
Cat yakin, dengan adanya mommy, misi Cat untuk memiliki suami dari Itali itu
akan tercapai. Tralalala.
***
Qays memandang
nombor telefon yang diberikan mamanya pagi tadi. Kerja semuanya dah siap,
sekarang pun dah habis office hour.Tinggal dia seorang sahaja di dalam bangunan
megah itu.
Nak telefon
ke tidak? Desis hati Qays. Porsche ditangan dipusing-pusing. Akhirnya, kekunci
keypad itu ditekan.
Calling- My
Worst Nightmare.
“Yello?
Chiapa nyeh?”
Orang
sebelah sana bertanya, dan dari pendengaran Qays, bunyi macam tengah duk
kunyah.
‘Woy Izz,
kau pegi lahap nasi dalam periuk tuh sampai abes? Kureng asam, simpan aku sikit
senget!’
Qays
menjarakkan telefonnya sedepa. Mak oih, kuat pontianak ni menjerit. Dorang
gaduh pasal apa tu? Pasal nasi? Just exactly how old is this EE huh? Perangai macam budak lima tahun. Nasib lah
dapat bini macam ni.
“Hello,
sorry. I tengah makan ni. Nak cakap dengan saya ke.”
EE kembali
bersuara normal. Qays mengeluh sambil membuka necktienya.
“Kalau awak
maksudkan ‘saya’ tu Ezza Eryna, then yes. Saya nak cakap dengan awak.”
EE menggigit
bibir. Minah oi, berapa kali kau nak malukan diri sendiri dengan suami to be
engkau ni agaknya? Tak ada adab langsung.
Kan dah termalu sendiri bila kau terjerit-jerit dalam telefon tu.
“Uncle Long,
cakaplah. I am listening.”
Tu, dia dah
kontrol ayu dah suara dia. Nak muntah si Qays ni rasa.
“Esok I tak
kerja. Kita keluar, cari barang kahwin untuk hantaran.”
Qays
menyampaikan hasrat di hatinya. Walaupun tak ada besar-besar, takkanlah tak nak
ada hantaran pun kan? Nanti memang orang kata kena kahwin paksa. Walau Qays
memang terpaksa,, tapi kenalah jaga hati mama papa dia jugak kan.
“ Date
pertama kita la ni?”
EE bertanya
soalan paling bodoh atas dunia ni. Qays mengetuk dahinya, kalau si EE ada depan
mata, dah lama dia cekik-cekik buat sambal belacan.
“It is not a
date, more like shopping. Buat apa aku nak date dengan engkau.”
Kasar. Qays
berkata-kata sambil menghela nafas panjang. Nak berhadapan dengan worse
nightmare memang kena ada bekalan oksigen yang cukup di otak, kalau tidak,
boleh jadi sama terencat dengan si EE tu.
“ It is a
date then! Esok, pick me up pukul 10 dekat rumah. Bye Uncle Long!”
Qays
mengetap bibirnya. Payah bahasa punya anak dara. Buku limanya ditumbuk ke meja.
Lepas tu dia kibas-kibas, hah, geram sangat sampai diri sendiri sakit. Padan muka.
“It is not a
date. Heck, suka hati kau lah nak fikir apa, aku debat pun bukan kau nak
dengar. And lastly EE...”
Qays berkata
dengan nada yang sudah naik satu oktaf. My o my, marah betui na.
“ Yes, Uncle
Long?”
EE bertanya
dengan nada yang innocent itu.
“ Dont.Call.
Me. Uncle.Long.”
Pap! Telefon
diputuskan Qays. Semakin lama borak, makin menggelegak darahnya. Macam mana
agaknya esok ya?
***
Izz yang ada ditepi di jeling sekilas. Dah berhenti pun makan nasi dia tu, busybody nak dengar orang cakap tepon.
Izz yang ada ditepi di jeling sekilas. Dah berhenti pun makan nasi dia tu, busybody nak dengar orang cakap tepon.
“Apa
pandang-pandang?”
Tanya EE
sambil kembali menyuap nasinya ke dalam mulut. Sedapnya mama masak, masak lomak
cili api, podah nyo.
“ E, who the
hell is Uncle Long?”
Tanya Izz.
Ish tak guna punya kakak, dia curi ayam dari pinggan aku. Lesing baru tau, nak
jadi bini orang pun perangai entah pape.
“Uncle Long
you say? Qays la, kenapa?”
Tersedak si
Izz tu dengar penjelasan kakak dia si sewel tu.
“Hey ho Mrs
Burton, you fricking crazy calling your husband to be Uncle Long? What are you,
psycho?”
Izz memerli
kakaknya. EE menjeling tajam. Pantang dipersenda nama gelaran bagi bakal suami
dia tu.
“You jelly
mister? Suka hati I la nak panggil apa. Diam la budak kecik.”
Kata EE
sambil bangkit ke sinki. Dimanakah mamanya? Mamanya pergi surau la, rajin kan?
“Aku budak
kecik pun, I am much more brilliant then you.”
EE
menjuihkan mulutnya. PAP! Satu tamparan hebat hinggap pada kepala si Izz.
“ Apa
main-main kepala ni?”
Izz marah.
Pantang tau sentuh kepala orang ni. EE pula tersenyum puas.
“Padan muka.
Sekarang dah kurang bijak kau tu. Dah, I’m off to bed.”
Kata EE
selepas selesai membasuh pinggan mangkuk. Tangannya yang kotor di basuh dan di
lap pada hand towel di tepi sink itu.
“ Padanlah
makin debab, makan tidur je kerja engkau tu.”
EE
mendengus, macam lembu dekat Spain dah gayanya. Heehooh. Getah urat dicapai,
dan dibidasnya dahi Izz yang cakap banyak tu. Izz mengaduh sambil mengusap-usap
dahinya. Dah merah dah, hish.
“ Night,
sucka!”
“G’nite fatty.”
Ee dah
bolayan adiknya itu. Makin di layan makin menjadik perangainya.
***
Sunyi. Keadaan di dalam kereta itu cukup sunyi.
Sunyi. Keadaan di dalam kereta itu cukup sunyi.
EE memandang
ke arah Qays di sebelah. Tangannya kemas memegang steering wheel. Kacak bersama
dengan RayBan dia tu. EE turut mengeluarkan RayBan dia dari sling bag dia itu.
Hah, kan dah matching tu, macam Men In Black dah dua-dua orang tu.
Lampu merah,
kereta berhenti. Hanya orang yang tak paham bahasa dengan buta warna sahaja
yang jalan masa lampu merah. Dan Qays, memanglah bukan kedua-duanya.
Qays
merapatkan mukanya dengan muka EE. Gulp, dah tak bernyawa si EE tu. Cologne
Qays itu sangatlah menusuk kalbu.
“ Ambilkan baby
lotion dalam compartment tu?”
Bisik Qays
perlahan. Memang kalau tak kerana RayBan
tu, memang pengsan terus si EE ni. Yelah, mana taknya, jejaka pujaan, dengan
pandangan menusuk, dengan suara menggoda dia tu mintak baby lotion. Haila, EE,
bring yourself together!
“Huh?”
Ee bertanya.
Yelah, suara Qays tadi macam dengar tak dengar je.Qays tersenyum menggoda. Apa
ingat perempuan ja ka boleh senyum menggoda?
“Baby
lotion?Compartment?”
Ee
mengangguk laju-laju macam belatuk lalu jarinya bergegas membuka compartment di
hadapannya itu. Baby lotion SebaMed itu dicapai lalu diserahkan kepada Qays. Pipinya
sudah blushing, macam udang kena salai.
“Bukakkan
cap dia.”
EE menurut
perintah. Tangan dia dah automatik membuka tudung losyen tersebut. Semerbak
kereta itu dengan haruman bayi.
Qays
mengambil losyen tersebut dari tangan EE, dan dia menanggalkan RayBan nya.
Nasib baik traffic light itu panjang, jenuh menunggu lampu nak tukar hijau.
EE hanya
memerhati dengan teliti ketika Qays menyapu losyen tersebut pada tangannya yang
besar itu dan juga ke lengan. Cair on spt EE tu. Air liur dia pun dah nak
terkeluar tu. Euh!.
“ Nah, you
also wear, nanti kulit kering.”
Kata Qays
sambil memulangkan losyen itu kepada EE. EE cepat-cepat perah sebanyak mungkin
losyen itu ke tangan dan mukanya. Tu ha, dengan kaki-kaki sekali dia pakai.
Over betul minah ni. Qays hanya tersenyum kecil. Menggeleng kepala melihat
gelagat comel EE tu.
‘Wah!! Bau
Uncle Long, padanlah best, bau baby rupanya. Lepas ni nak belilah losyen ni.’
EE duk cakap
dalam hatinya. Tanpa disedari, lampu sudah hijau dan Qays memecut.
‘Buk!’
EE terhantuk
kepalanya ke dinding.
“Astaghfirullah!
You okay? Sini saya tengok.”
Qays cepat-cepat
memegang muka EE. Ibu jarinya mengusap-usap tanda merah di dahi EE itu. Setelah
itu, dia menghembus pula tempat sakit itu.
Kemudian,
dia memandang EE yang mengerutkan mukanya itu.
"Still
sakit?”
EE
mengangguk.
“Want me to
kiss it better?”
Qays
bertanya prihatin. EE angguk lagi, miang!
Matanya
tertutup. Baru sahaja bibir Uncle Long tercinta ingin mendarat di dahinya, dia
terdengar bunyi sesuatu.
“Karma karma
karma karma karma chameleon.”
Macam pernah
dengar je bunyi tu? Di mana ya?
“you come
and go, you come and go...”
Bising je.
Nak concentrate dekat Uncle Long dekat depan ni pun susah. EE membuka matanya
dan...
“EHHH? Mana Uncle
Long pergi?”
EE bertanya
kehairanan.Kepalanya digaru.
“...Red gold
and green, red gold and green.”
Telefon
bimbit disebelah bantalnya dipandang dengan perasaan geram.
Dah agak
dah, mimpi lagi rupanya. Macam lah Uncle Long dia sweet macamtu dalam real life!
Haiseh!
“It was such
a good dream, oh my Uncle Long...”
Masih lagi
duduk dalam kayangan dia si EE ni. Bukan nak angkat fon yang dari tadi duk
nyanyi lagu Culture Club tu. Very insensitive.
Pintu
biliknya terkuak. Dan muncul wajah geram mamanya. EE membuat tanda peace, leks
la ma, awal lagi ni.
“Nana, bakal
suami engkau tu dah tunggu dekat setengah jam dah dekat depan rumah tu, kamu
masih terbongkang? MasyaAllah! Dia call kamu pun gedik tak pergi angkat tu
kenapa? Kesian Qays. Mama pulas telinga tu baru tau."
EE terbangun
dari tidurnya. Alamak! Lupa nak kunci jam semalam. Telefon dicapai dan, memang
dia nak pengsan tengok waktu ketika itu.
“Dah pukul
sebelas? Mama la ni, tak kejut orang!”
Dia
persalahkan pula mamanya, lalu bergegas ke bilik air untuk mandi.
Agak-agak,
Uncle Long tu menggelegak tak bila dia
dapat tahu dari CikPuan Zarina ni yang EE baru bangun dan baru nak mandi?
haha...
ReplyDeletecpat2 la crikn jdoh tuk CAT.. cian dye.. hehe
ReplyDeletewriter mmg best la cite ni. lain dari yg lain. buat cite mcm ni lagi.
ReplyDeletehaha, kita habiskan yang ni dulu, bau boleh buat yang lain. okay!
ReplyDeletekuat berangan dia ni. habis semua masuk mimpi..
ReplyDeletehahahahaha...so funny si EE ni....
ReplyDelete