EE mencapai telefon
bimbitnya. Nombor BFF dia itu didail. Boleh pula dia terlupa nak inform mak cik
tu.
“Yes room-mate
sayang? Miss me?”
Adelia bersuara di
sebelah talian. EE tersenyum.
“Rindu! Weyh Adel,
kau jangan marah aku sebab bagitau
lambat ni.”
EE terus lompat
kepada topik yang dia nak bincangkan itu.
“Pernah ke aku
marah kau? Cecite cepat!”
Adelia sudah tidak
sabar. Dengar nada EE tu macam benda yang amat besar je nak khabarkan.
“Okay, aku nak
kahwin esok!”
Adelia tersedak.
What the heck? Minah ni mengigau ke?
“Very funny, aku
tak percaya.”
Suara Adelia
mendatar. EE mengeluh.
“Iya, betul ni.
Sungguh-sungguh! Aku nak kahwin esok. Dengan Qays hari tu tu.”
EE bersuara serius.
Kena juga buat Adelia ni percaya, dia nak Adel ada di sisi dia masa akad nanti.
“Serius? Kau sumpah
ni?”
“Yes. Iya. Si’.
Na’am. Oui. Bahasa apa lagi kau nak aku cakap untuk yakinkan kau huh?”
“Omaigod! Aku
datang rumah kau sekarang gak! Kau ni tak gitau awal-awal. Aku sampai je kau
kena cerita A-Z!”
Adelia kalut bangkit
dari kerusi di meja makan itu. Baru nak breakfast. Mama papa dia pun pandang
semacam.
“Okay, bawak kereta
elok-elok. Rembau tu jauh la gak kan.”
Talian diputuskan.
Adelia memberitahu mama dan papanya lalu bergegas mengemas overnight bag dia.
Main campak aja, sebab nak cepat. Si EE tu pun haram, bagitahu lewat.
Adelia mencapai
kunci kereta lalu memecut ke KL. Lantak lah kena speedtrap ke apa ke. Nanti dia
claim dengan EE tu balik. Yang dia tak sabar sekarang, nak dengar cerita dari
minah senget tu. Macam mana dia dapat Qays yang macam untouchable tu ya?
***
EE menjenguk dari tingkap biliknya apabila mendengar emergency break. Mesti Adelia dah tu. EE cepat-cepat turun. Laju gila minah tu bawak kereta.
“Izz! Boleh tak
pergi pakai seluar engkau? Nak basuh kereta pun janganlah dalam boxer. Kan
terkejut Adel tengok kau, aurat tau!”
EE yang baru keluar
rumah untuk membuka pagar itu menegur Izz dan Farish yang tengah main buih tu.
Izz menarik
wajahnya. Baru je nak syok main air dengan si Farish pagi ni, kacau la si minah
senget ni. Adel tu siapa, datang pepagi buta ni kenapa?
“EE, look! Faish
got bubbles!”
EE sudah
menggelengkan kepalanya. Si Izz ni pun, tak sejuk ke budak Farish tu dibiarkan
dalam pampers saja?
“Sorry Farish, EE ada benda penting kejap. Pergi main dengan
abang ye.”
EE berkata. Selak
pagar dibuka dan muncul wajah si Adelia itu.Belum sempat EE membuka mulut untuk
menegur Adelia, tangannya sudah ditarik oleh Adel. Adel mengheretnya masuk ke
dalam rumah.
Ni siapa yang tuan
rumah ni? Alah, Adelia tu chill ja, ini bukan kali pertama dia datang sini.
Banyak kali dah, CikPuan Zarina pun dah anggap macam anak sendiri dah pun.
Ee ditolak ke atas
kerusi.
“Spill!”
Dan dengan satu
arahan daripada Adel sahaja, EE membuka cerita. Dia cerita macam mana dia jumpa
balik Qays tu masa majlis rumah Aunty Era, macam mana dia kantoi dengan Qays,
yada yada. Ternganga Adel mendengar cerita sahabat baiknya itu.
“Kau faham dah
ceritanya makcik? Dah detail aku kasi?”
Adelia mengangguk.
“Aww, my BFF is
getting married. Esok pulak tu! Kalut pulak aku rasa. Baju semua dah ada?
Hantaran semua siap dah?Apa yang aku boleh tolong?”
Memang kalut Adelia
dah datang. Ee tersenyum sahaja.
“Aku pun tak kalut
seyh. Kau relaks saja, semua dah siap. Kau Cuma stay by my side, okay? Ni dah
makan belum ni?”
EE bertanya. Adelia
menggeleng. Kebetulan CikPuan Zarina pun baru keluar dari dapur. Dia memeluk
dan bersalaman dengan Adel.
“Adelia. Datang pun
kamu, dah, beg kamu mana?”
CikPuan Zarina
bertanya.
“Dalam kereta,
mama.”
Adel pun
membahasakan CikPuan Zarina sebagai mama. Mak angkat la kan.
“Bak sini kunci,
mama suruh Izz ambilkan.”
Adel hanya
menyerahkan kunci keretanya. Matanya dikecilkan ke arah EE. EE ada cerita pasal
Izz, tapi bukan Izz dekat overseas ke?
“Aku cerita dekat
dapur nanti pasal Izz tu. Dah,makan jum. Aku pun lapar ni.”
Dan dengan itu
sahaja mereka berdua melahap apa yang sudah tersedia di atas meja dapur itu.
Tengah syok makan,
pintu dapur dikuak. Muncullah dua batang tubuh. Adel yang tengah sedap
mengunyah mi goreng itu nyaris tersedak. Bahu EE ditepuk.
“Kenapa Izz half
naked?”
Adelia bertanya
perlahan. Matanya sedaya upaya difokuskan ke mi di dalam pinggan. Ingat senang
ke? Macam magnet dah mata Adelia tu, asyik nak pandang atas je, nak tengok
freeshow.
EE pula cepat-cepat
bangkit dari kerusi.
“Woi, tak selera
aku makan.”
EE menjerit ke arah
Izz. Farish pula buat muka tak bersalah dia, dia bukannya tau apa-apa. Dan,
badan budak kecik tu tak adalah sehebat badan Izz tu. Adel pula, haish. Muka
budak Adel ni pun kalau boleh dah nak masuk dalam pinggan tu, tak boleh angkat
kepala. Kalau angkat mesti mata dia tak henti-henti pandang Izz.
“Yelah, kau selera
dengan Qays je. Dah senget, passkan tuala.”
Izz buat selamba
dia. Dia menahan gelak apabila terlihat Adelia yang tunduk sehabis tunduk itu.
Boleh sakat dah lepasni.
“Kejap! Jangan
masuk lagi, basah lantai.”
EE cepat-cepat mencapai tuala kering dari bilik basuh di sebelah dapur itu. Tuala dicampakkan pada Izz.
Izz selamba
mengelap badannya, selepas itu dia mengikat tuala itu pada pinggang, sambil tu
juga boxer dilepaskan. Adel yang kebetulan mengangkat kepala ketika itu sudah
menjerit. Tak senonoh punya mamat.
“Mama! Izz bukak
seluar depan kami!”
EE mengadu kepada
mamanya yang baru masuk ke dapur itu.
“Izwan Firman,
perangai tu biar macam orang dewasa. Nak mama pulas telinga?”
Yes, suara bos
besar sudah berbunyi. Izz cepat-cepat tarik balik senyuman nak menyakat dia
tadi. Mata dia dikecilkan ke arah EE, EE tayang ibu jari. Padan muka. Kan dah
kena.
“Tak ma, izz gurau
je. Dah Farish, let’s go wash up!”
Izz mendokong
Farish yang turut dibaluti tuala itu. Kalau lepa dia jalan, nanti terjatuh
pulak.
Setelah dua orang
itu berlalu, CikPuan Zarina ikut serta EE dan Adelia itu di meja makan.
‘Izz tu memang
macam tu,kuat sakat. Kamu jangan layan kepala otak dia tu Adelia.”
CikPuan Zarina
bertutur ramah. Adel hanya mengangguk. Pipinya masih merah dari scene tadi.
Izz, Izz, teruk betul perangai.
Pada sebelah
petang, sudah ada beberapa orang saudara EE yang duduk berjauhan tiba. Nasib
baik rumah itu ada 5 bilik, ruang tamu pun luas, bolehlah bentang tilam untuk
tidur malam ni.
“EE, mama lupa yang
baju kahwin kamu tu ada dekat rumah Qays. Tadi Aunty Era kamu baru call, tukang
jahit tu baru hantar, dia masih ada dekat sana, kau pergi cepat, tengok fitting
dia.”
CikPuan Zarina
memberitahu EE yang sibuk melayan kaum kerabatnya itu. Farish pun berseronok.
“Okay ma. Izz,
Adel, Farish, jom ikut.”
Mereka berempat
bergerak. Jalan kaki jelahnya, gedik nak naik kereta kenapa.
“Aku pun ikut ke?”
Izz yang tengah
syok bercerita dengan geng dia itu menarik muncung. EE menjeling tajam. Banyak
tanya budak ni.
“Ikut je lah. Mana
tahu Aunty Era tu nak minta tolong engkau ke apa.Betul tak Adel?”
Ee berceloteh.
Tiba-tiba dia pergi libatkan Adelia. Adel nak jawab apa? Angguk jelah. Dia
masih segan dengan Izz tu.
“Yeah! Nak pergi
rumah Abang Long!”
Yang paling
semangat tentulah si kecik Farish tu. Asal ajak jalan je, semangat dia.
Rumah Qays pun dah
ada ramai orang. Khemah pun sudah naik.
“Abang Long!”
Farish cepat-cepat
memanggil Qays yang baru keluar dari kereta itu. Tajam betul mata budak ni.
“Hey, Farish!”
Farish je dia hey?
Orang lain tak mahu tegur kah? Desis hati EE. Dengan Farish pun nak dengki. Adel
yang berjalan di sebelah kiri EE itu sudah jatuh rahang. Alahai, memang kacak.
Lagi kacak dari yang dia tengok dalam internet itu hari.
Qays pula
menghampiri mereka berempat lalu mengangkat Farish sambil mencium pipi gebu
budak itu. Terkekek-kekek Farish gelak. EE dah makin panjang muncung. Dengki!
“Eryna, dengan
kawan Eryna...masuk lah dalam. Mama ada dekat dalam, dia tunggu kamu dengan
tailor tu, pergi tengok baju.”
Qays berkata.
Farish sudah steady di letak pada pinggangnya. EE mengangguk.
“Qays, ni Adelia.
My best friend forever cum roomate.”
EE memperkenalkan
mereka berdua. Qays senyum manis.
“Next semester, awak dah tak ada roomate lah ye?
Saya dah curi room-mate awak ni.”
Usik Qays. Semua
gelak kecuali EE. Tak lawak okay. Sayang nak berpisah dengan Adel ni. Dari
semester satu lagi bersama dengan Adel tau.
EE menarik Adel
untuk ikut dia. Adel tersengih sahaja.
Jejak je kaki dalam
rumah Qays itu, aunty Era cepat-cepat memperkenalkan EE ni kepada semua yang
ada dalam rumah itu. Selepas itu baru sahaja mereka mencuba baju. EE dibantu
oleh Adelia tentunya.
“Okay aunty, semua
fit.”
Adelia memberitahu
Aunty Era sebagai confirmation. EE mengangguk. Nasib baik muat, padahal
kebelakangan ni nafsu makan dia semakin membuak.
“Apa aunty lagi ni,
boleh mula panggil mama dah EE. Esok dah jadi menantu mama ni.”
EE hanya tarik
sengih. Mama pun mamalah. Asalkan dia dapat Uncle Long dambaan hati dia tu.
***
EE sudah terjaga
dari pukul 6 pagi lagi. Semalam pun tidur lewat sebab tolong mamanya siapkan
last minute preparation untuk akad nikah yang bakal berlangsung pada hari
ini. Rumahnya yang dulu hanya 3 orang
penghuni dipenuhi oleh sanak-saudara dari sebelah mamanya, yelah, anak sulong
CikPuan Zarina nak kahwin katakan.
Saudara sebelah
babanya pula akan tiba tepat jam 8 nanti.
EE, masih belum bersiap. Nasib baik sudah mandi awal-awal tadi, queue
beratur sangat panjang. Macam queue nak pergi mintak autograf artis pun ada.
EE masuk ke dapur,
peti dibuka dan dia mencapai bekas yogurt nestle itu. Tudung di buka dan sudu dicapai. EE membawa sebekas
yogurt itu ke kamarnya, yang turut dihuni oleh Adelia. Farish tidur dengan Izz
semalam. Seronok la tu main game dengan Izz sampai pukul berapa entah. Tidur
pun lewat dua orang tu.
“Dah dapat yogurt?”'
Adelia bertanya.
Dia pun baru sudah mandi. Ee menyuakan bekas yogurt tu kepada Adelia sambil
melabuhkan punggungnya pada kerusi di dressing table itu.
Adelia menceduk
satu sudu besar yogurt dan meletakkannya pada tapak tangan. Setelah itu dia sapukan
wajah EE dengan yogurt.
“Wuh! So sejuk.”
Komen EE apabila
yogurt yang sejuk itu diratakan pada kulit wajahnya. Ha, lepas ni makin tegang
dah kulit muka dia ni. Yogurt is very good for skin, tambah-tambah kalau muka
yang kena sunburn tu. Pakai hari-hari konfirm cerah balik, tak perlu nak Garnier
sangat! Itu semua chemicals, yogurt purely original from milk.
“Okay, dah siap.
Mulut tu kasi tutup ye, jangan pergi jilat pulak yogurt tu.”
Adelia memberi
amaran awal-awal. EE mengelipkan matanya berkali-kali tanda dia faham. Dah,
mana boleh nak cakap sebab superintendan Adelia ni dah kasi warning.
“Good! Let on
setengah jam, dah, pandang cermin. Aku sikatkan rambut engkau.”
EE cepat-cepat
berpusing 180 darjah. Terkejut dia tengok muka dia, itu ha, melepak. Macam
pakai bedak sejuk dah.
Sikat dicapai dan
diserahkan kepada Adelia. Bagus dapat BFF macam Adel ni. Senang kerja, tak
payah nak hire mak andam segala. Jimat jimat.
Ee nyaris-nyaris terlena, pantang orang main kepala, mesti rasa nak
tidur.
Pintu bilik dikuak
dan muncul wajah Mummy Samdari sebalik pintu itu. EE yang baru bangun untuk
cuci muka setelah Adelia siap sanggul rambut tadi terhenti dari melangkah.
“Hye angel! Ni ha,
mummy bawa satu beg ni untuk make-up kan kamu. Oh, Adelia pun ada sekali.”
Adelia tersenyum.
Dia pergi menyalami mak tiri Ee itu. Semua dah kenal Adelia ni, memang EE
selalu je berkepit dengan Adel, tak kira lah nak pergi jumpa baba dia ke, mama
dia ke, ke hulu hilir dia bawak.
“Kejap my, EE nak
cuci muka”
EE berseloroh.
Cepat-cepat dia pergi cuci muka, ambil air sembahyang dan sepantas kilat dia
menyarungkan baju kurung moden yang berwarna putih cream itu.
Adel tolong zipkan
baju tersebut. Mummy Sam pula dah buka beg khazanah yang di bawa tadi.
Adelia sudah tak
berkelip memandang barangan make-up Samihah itu. Fuyoo,, mak andam tengok pun
boleh menangis. Tip top la.
“Wow aunty,
complete set nampak?”
Adelia berkata
sambil membelek shade lipstick yang ada. Branded habis.
“Aunty kumpul dari
mula kerja dulu, then, bila dah kahwin dengan baba EE ni, aunty simpan duit nafkah
sikit-sikit then beli apa yang aunty nak. Ni EE, nanti dah kahwin ni, kena dah
pakai make-up sikit-sikit, baru melekat lelaki kamu tu.”
Mummy Sam pula yang
berseloroh. EE tayang senyum kambing jelah, manalah dia reti nak bersolek bagai
ni.
Mummy Sam pula dah
ibaratkan muka EE tu macam kain kanvas. Habis dicontengnya, conteng
cantik-cantik la. Selepas itu EE melihat hasil kerja mummy Sam dia. Wow!
Amazing.
“Fulamak, you are
so fabulous.”
Komen Adelia pula.
Mummy samdah makin kembang. Suka ada orang puji bakat mengandam dia tu.
“Dah, EE pergi
pakai shawl. Adelia, your turn! Sit.”
Mummy Sam memberi
arahan. Adelia terkaku, aik, aku pun ada? Ni suka ni, orang nak mekup free!
EE yang sedang
memakai shawl itu hanya tersengih melihat gelagat Adelia itu. Macam –macam
budak ni. Mummy Sam pun layanlah dia.
“Oh iya, mummy lupa
E, mummy dah buatkan your wedding cake. Mummy passkan dekat Izz tadi masa
datang. Adel sayang, nanti tolong ingatkan mummy yea nak keluarkan.”
Itu dia, dari auntu
sudah ke mummy. Apa-apa sahaja, asalkan masih sopan, betul idak?
Adel pula
mengangguk. Bibirnya dijuihkan, nak pakai lipstick kan. Kena buat duck lips,
baru boleh tenyeh bibir dia yang nipis tu. Ingat semua orang bibir macam Jolie
ke? Kalau semua orang bibir tebal macam Angie tu, memang setiap bulan kena beli
gincu baru.
Setelah selesai
berdandan, Adel dan mummy Sam kembali memberi fokus kepada EE yang tengah
struggle nak pakai shawl itu. Dengan pertolongan yang dihulurkan, sekejap
sahaja shawl dipakai.
Lepas pakai shawl,
kain lace dengan manik-manik pula dikenakan melapik shawl plain tersebut. Baru
nampak grand sikit. Lace sebagai veil itu labuh sehingga ke kakinya. Naik seri
pengantin Ezza Eryna ni. Comel je tengok.
“Dah, eh, pihak
lelaki dah datang. Mummy turun dulu, panggil mama kamu pulak naik atas okay?”
Mummy Sam berkata
kalut. Langsung dia tak tanya pasal anak jantan dia. Farish tu mesti tengah
seronok, yelah, dia suka dengan situasi ramai orang ni. Ramai yang nak layan
karenah dia.
EE dan Adelia hanya
menjenguk ikut tingkap bilik. Mak oi, siap ada kompang, bunga manggar pun ada. EE memegang
jantungnya, berdebar pulak rasa. Adelia hanya memegang tangan EE, sejuk tangan
pengantin kita ni. Nervous lah tu.
“Siap dah anak
mama? Alahai, cantiknya dua-dua orang ni.”
CikPuan Zarina
terpa masuk. Sebelah belakangnya berdiri si ex-husband. En Shahriman tersenyum
memandang anak gadis dia. Hari ni je last jadi hak dia, lepas ni dah tukar jadi
tanggungan orang dah.
“Ma, Ba...”
EE memeluk mama dan babanya. Nak menangis pun ada, sayu pulak tetiba.
“EE, mama nak pesan
ni. Jadi isteri orang nanti perangai tu
sopan sikit ye. Pandai-pandai la kamu bawa diri ye. Mama sayang kamu.”
CikPuan Zarina
menyampaikan mandatnya. Macam-macam dipesan kepada EE. Kini, giliran babanya
pula.
EE memeluk babanya
erat. Sayang dekat ayahnya itu.
“ Anak baba, jadi
isteri solehah ye. Taat suami, ikut apa dia cakap selagi betul dari sisi agama. Jangan ingat
perkahwinan baba dan mama tak workout
perkahwinan EE pun akan jadi macam tu.
Semuanya atas jodoh ya sayang. Lagi satu, jangan lupakan jasa mama besarkan EE.
Jadi macam mama, bila ada anak nanti okay. Be the best woman to your husband.
Lepas ni dia dah tanggung dosa EE, jangan duduk sakitkan hati dia. Syurga letak
bawah dia.”
Touching dah. EE
menahan airmatanya dari mengalir. Tadi dengan mama dah sebak, dengar pula baba
cakap memang unbearable dah ni.
Encik Shahriman
mengucup kepala EE. Dah besar anak gadis dia ni, dah nak jadi milik orang lain
dah pun.
“Okay, papa nak
pergi torture Qays kamu tu pulak.”
EE tergelak dalam
kesebakan.
“Ba, mama... I love
you both. EE ingat pesan baba and mama.”
EE berkata sebelum
babanya keluar. Mamanya pula menemani EE di dalam bilik, lepas ni nak bawa
turun, nak hadap kadi.
***
Qays sudah berpeluh berjalan dari rumahnya ke rumah EE. Di sebelah kanannya ada papanya, Dato’ Ahmad Ridhwan, dengan mamanya sekali. Tak sah kalau tak berkepit pasangan sejoli itu. Rombongan pihak lelaki diikut serta dengan adik tunggal papa, yakni ayah su nya , Qisya dan Syed, adik Qays iaitu Laila, juga dengan suami dia, dan juga Hud. Yang lain semua sebelah mama si Qays tu, Datin Edzra. Family besar katakan, mamanya itu anak bongsu dari tujuh beradik, even tok wan Qays pun ada. Sihat lagi tu, jalan pun laju je.
Qays sudah berpeluh berjalan dari rumahnya ke rumah EE. Di sebelah kanannya ada papanya, Dato’ Ahmad Ridhwan, dengan mamanya sekali. Tak sah kalau tak berkepit pasangan sejoli itu. Rombongan pihak lelaki diikut serta dengan adik tunggal papa, yakni ayah su nya , Qisya dan Syed, adik Qays iaitu Laila, juga dengan suami dia, dan juga Hud. Yang lain semua sebelah mama si Qays tu, Datin Edzra. Family besar katakan, mamanya itu anak bongsu dari tujuh beradik, even tok wan Qays pun ada. Sihat lagi tu, jalan pun laju je.
Qays tahan panas,
dia rasa belakang baju melayunya ini sudah basah dengan peluh. Songkok dekat
atas kepala ni pun macam nak jatuh dah. Licin dek peluh, ni lepas ni kalau
bukak songkok mesti dah dapat satu line dekat kepala dia ni. Maklumlah, tuan
badan ni putih melepak, kena panas sikit muka tu pun dah merah.
“Assalamualaikum.”
Itu dia, Izz dah
tunggu depan pintu pagar. Suka nak sambut bakal abang ipar. Si Farish tu pun
tak boleh lari, semalam dah jumpa Hud, dah mesra dua sahabat itu.
“Hud! Come! I want
to show you my toys! Kat dalam pun ada kawan kita lagi Hud!”
Cepat je si Farish
tu tarik tangan Hud, nak pergi tunjuk toys dia lah tu. Mentang-mentanglah
adalagi sepupu mereka yang kecil-kecil datang hari itu, seronok mereka bermain.
Izz menyambut
salam. Kameranya sudah siap tergantung pada leher. Sempat dia ambil gambar
candid tadi.
“Masuklah! Sila
sila.”
Izz menjemput
mereka. Baba dengan mummy Sam pun ada dekat pagar tu. Kenalah hormat tetamu
datang, betul tak?
Setelah semua
dijemput masuk, Izz membawakan air sejuk segelas buat Qays tu. Lega Qays rasa,
memang hari ini panas terik. Walaupun baru nak pukul 9 tapi panas tu tak
terhingga. Ni panas dunia je baru.
Nasib baik
air-conditioning rumah EE tu dah full blast. Sejuk lah juga.
“Bang Long, mari
Laila lapkan peluh tu.”
Laila mengofferkan
diri untuk mengelap peluh di dahi abangnya. Sayang seorang adik terhadap abang,
suamikat teoi tu pun dah jeling manja. Nak suruh lap juga la tu peluh dia.
“Qays, baba nak
cakap sekejap. Dato’, saya pinjam sekejap pengantin ni.”
Encik Shahriman
meminta izin. Apa lagi, nak kena brainwash menantu dia ni. Qays pula mengangguk
sahaja. Masa untuk bertemu mata dengan father in law.
Encik Shahriman
menarik Qays ke tempat tersembunyi sedikit. Privacy.
“Qays, baba
serahkan anak perempuan baba elok-elok.
Baba harap Qays jaga dia baik-baik. Baba tak mintak lebih, Cuma baba nak anak
baba bahagia. Kamu dah jadi suami nanti besar tanggungjawab tu. Baba rasa iu
sahajaa, kamu dah besar, dan baba rasa kamu pun dah kena brief dah dari papa
kamu tu. Jaga EE macam nyawa kamu ya?”
Encik Shahriman
turut berasa sayu. Bahu Qays ditepuknya. Qays mengangguk.
“InshaAllah Baba,
saya jaga Eryna elok-elok.”
Qays menghadiahkan
senyuman manis. Encik Shahriman turut senyum. Dia tengok si Qays ni pun jenis
boleh harap. Harap-harap judgement dia tak salah.
***
Kadi sudah sampai. EE pun sudah didudukkan di belakang Qays. EE perasan Qays tengok dia tadi masa mula-mula dia turun tangga. Siap tersenyum mamat pengantin tu, EE pula entah apa yang merasuk dia, tertunduk malu pula. Mai dah gedik nak malu dia tu hari ni.
Dalam hati EE tak
habis-habis duduk puji Qays. Handsome sungguh Qays dalam baju Melayu tu.
“Aku terima
nikahnya Ezza Eryna Shahriman dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit tunai”
Sekali lafaz sahaja
akad berjaya dilafaz secara sempurna. Saksi semua bersetuju bahawa akad tadi
sah diterima. EE menadah tangan untuk mengaminkan doa. Tanpa sedar, air matanya
mengalir. Sedih dan juga gembira. Sedih sebab dah terlepas dari tanggungan ibu
bapanya, gembira sebab dah jadi hak milik Uncle Long tercinta.
Qays, setelah
mengaminkan doa, menghampiri EE untuk membatalkan wudhu’. Dia menyambut huluran
mamanya yang menyuakan seutas gelang berlian bersama dengan sebentuk cincin.
Qays menyarungkan cincin dahulu, diikuti dengan gelang.
Gelang itu macam
nak pedajal Qays pun ada. Bukan main susah nak buka klip dia. Boleh siap
mengundang gelak tawa dari hadirin. Last-last dia passkan gelang itu kepada
mamanya supaya membuka klip degil tu. Dengan mama dia senang pula.
“Sorry, tak pernah
nak pakai gelang.”
Qays berseloroh.
Sekali lagi ruang itu hinggar dengan gelak tawa. EE pun tolong Qays
menyarungkan gelang itu. Hari itu beli cincin sahaja, sekarang ni ada surprise
gelang. Vass gitu Uncle Long kita ni.
EE memandang pula
wajah Qays. Geram dia tengok pipi merah Qays tu. Tanpa apa-apa warning, sebab
dia dah hilang malu, dia cepat-cepat angkat badan dia sedikit dan mengucup
lembut pipi Qays. Semua orang terkejut, termasuk EE.
“Amboi! Tak sabar
ya engkau E?”
Adelia menyakat.
Lagilah hadirin suka. EE tertunduk. Izz pula dari tadi duduk rakam babak manis
itu. Jurukamera professional pun ada sekali.
“Okay, bride dah
kiss groom. Now the other way round pulak!”
Kali ini Laila
pula. Memang kuat sakat betul manusia-manusia ni. Qays menghadiahkan Laila satu
jelingan tajam. Laila buat tak tahu.
Namun, Qays turut
kemahuan Laila. Dia kucup dahi EE tu. Syahdu aja rasa. Kemudian EE menyalami tangan Qays. Ikut
formaliti kebiasaan orang kahwin lah kan. EE je yang pecah tradisi pergi gatal
kiss lelaki dulu.
“Love you Uncle
Long.”
EE berbisik si
telinga Qays ketika mereka menjamu selera. Qays tunduk memandang EE. Lepas
majlis tadi, semua berarak lagi sekali ke rumah Qays, sebab kawasan lagi luas
nak pasang khemah. Kenduri semua dekat rumah Qays. Senang kerja, semua buat
sekali gus.
“I know Eryna. Tapi
sayang, you better stop the Uncle Long name-calling.”
EE cuba menahan
dirinya dari menarik muncung. Buruklah pengantin tarik muncung.
“But, I want to
call you Uncle Long.”
EE mengadu. Qays
buat tak tahu. Udang galah yang sudah dikupas kulit itu disuapkan ke dalam
mulutnya. Sedap.
“Pumpkin, kena ikut
cakap suami. Kita dah kahwin, abang tak suka Uncle Long tu. Eryna nak jadi wife
abang ke anak sedara abang yang nak panggil Uncle Long bagai tu?”
Soalan itu
membuatkan EE berfikir sejenak. Betul juga kan, even Hud pun panggil Qays Uncle
Long. Euh, pelik la jugak. EE tersenyum, tapi tak apa, panggil kadang-kadang
jelah kalau macam tu.
“Okay, fine. Is
abang fine for you then?”
Qays memandang EE.
Dia mengangkat keningnya sejenak.
“For the time
being, but I want something more creative. Eryna fikirkan dulu.”
“Haih! Merpati dua
sejoli, apa bisik-bisik tu? Kami pun nak dengar!”
Datang dah
penyibuk-penyibuk sedunia ni. Si Qisya, Laila dan juga Adelia. Entah bila
Adelia ni join group sakat mereka ni. Havoc sekejap. Alhamdulillah, majlis hari
itu berjalan lancar. Nasib lah tak ada siapa yang bermandi air sirap kali ini.
P/S : next update will be a lil late. I'll be having my hands full at my bro's wedding. Haha, I shall continue whenever I have time to write. =D
hi shamien..! big smile.. :D.
ReplyDeletehye back. Even bigger smile for you =D =D =D
ReplyDeleteBest (y) Setia menunggu next entry :D
ReplyDeleteThumbs up for you shamien! Next entry pleaseee! I can't stop smiling! Hahaha! U d best writer lah! Hahaha! :D
ReplyDeleteperhhhhh best sangat2!!!! funny.. seronok bace.. sempoi.. goodwork!! cepat ye next entry.. excited giler ni.. hehehehe
ReplyDeletebest sangat2
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTq all XD
ReplyDeletecepat la update entry :( xsbar-sbar daaa.
ReplyDelete