Friday, January 25, 2013

Lelaki Idaman 18





Qays memandang EE yang sudah terlentang di atas katil itu. Rasanya, ada masih satu benda yang EE belum ceritakan pada Qays. Kisah dia dengan famili Shah dulu. Apa lagi Qays, koreklah cepat cerita tu. 

  
Qays mendekati EE dan turut serta baring di samping isterinya itu. EE tarik senyum. Qays pun turut senyum.


“Eryna... kenapa tak cakap Shah tu dah kenal sayang dulu?”


Terus berubah riak muka EE. Haila, orang sengaja tak nak kasi dia tahu, dia pula pergi tanya. Kalau baran Qays yang dulu datang balik, gerun tau.


EE pandang kiri kanan, hurm, nak tipu ke nak cover line bagitahu atas angin sahaja? Tipu tu dosa,adoilah.


EE bangkit dan bersandar pada kepala katil. Tangan Qays diraih dan dia meletakkan kepalanya pada dada Qays. Seronok dengar rentak jantung Qays. Irama yang statik, boleh menenangkan hati pun ada.


“Nak kena cerita ke? Itu dah lama, Kovu.”


EE beralasan. Qays tergelak kecil, entah apa yang lucu pun tak tahu. Mungkin cara EE cakap tu yang lucu kut, macam budak kecik pun iya juga.


“Ala, cerita sajalah, kalau sayang tak cerita, Kovu tanya dengan  Mama sayang nanti. Kalau tak pun dengan Izz.”


Itu dia, demand nak tahu sangat pakcik ni sorang. Kalau bagitahu hal sebenar, ada juga jadi World War 3 nanti. Iyalah, macam cerita hindustan pun ada, EE janji dengan Shah nak kahwin, tup-tup EE kahwin dengan Qays. Macam cerita Dhadhkan lakonan Akshay Kumar dengan Shilpa Shetty tu. Qays, Akshay Kumar, Shah, jadi Sunil Shetty, lawak derr.


EE berkira-kira. Bagitahu saja apa yang patut, yang tak patut, kita kambus.


“Okay fine! Listen. Dulu, masa EE masih jalan-jalan kat luar rumah naked;”


Baru buka cerita Qays sudah kerutkan mukanya.


“Wah, naked tu, hebat wifey I ni.”


Sakat Qays. EE mencubit lengan Qays, otak kuning mamat ni.


“ Kovu! I mean jalan tak pakai baju tapi pakai pampersla.Gila ke nak jalan naked?”


EE bertanya geram. Ish, Qays ni. Memang betul apa, dulu memang suka tak pakai baju, tapi pakai pampers saja, nak buat macam mana, Malaysia ni panas.


“Haha, Kovu tahulah, nak gurau pun tak boleh. Sudah, sambung balik cerita tu.”


Qays mengarah. EE cebik bibir. Ish, time orang nak cerita dia sampuk. Ketuk kang!


“Okay, jangan mencelah. Kalau tak no story for you.”


Qays angguk tanya dia patuh. Dah macam belatuk dah gayanya Uncle Long kita ni. Hesh.


“Great. Mana dah tadi?”


Terlupa pulak mana berhenti tadi. Qays tolong jawab.


“Sayang  kecik-kecik pakai pampers.”


“A’ah! Dulu, masa kecik-kecik, selalu EE dengan Izz pergi rumah aunty Zah.  Abang Shah pun anak tunggal, so memang kamilah yang dia layan hari-hari. Dia tu dah macam abang angkat EE dah pun. Even masa dekat sekolah pun, dia yang selalu look out for me and Izz. Tapi, masa EE form three, dia dah dapat further studies abroad. Masa tu EE mana reti nak email segala, Skype pun tak wujud lagi, so aunty Zah la yang selalu sampaikan khabar. Nak harapkan EE tulis surat, malas tau. Then, masa EE form five, after SPM mama dan baba cerai. Mama pindah rumah sini, memang lose contact terus. Kami jumpa balik masa dekat klinik itu hari, terkejut  sampai EE lupa nak cerita dekat Kovu sayang ni.”


Itu ha, sehabis general dia cerita. Janganlah suruh Qays elaborate details. Biarlah Qays hanya tahu dia dengak Shah sekadar abang dan adik, not more, nor less.


Qays  membetulkan baringannya. Dia mengiring menghadap EE, yang entah bila pindahkan kepala ke atas bantal. Dia senyum.


“Itu saja Kovu nak dengar, biar datang sendiri dari mulut sayang, tak best dengar dari mulut Aunty Zah. Ialah, Kovu ingat sayang tu ex Shah tau.”


Zapp! Tersentap sekejap EE. Haih, tekaan yang nyaris tepat, hanya mereka berdua tak declare sahaja dulu. Apa-apapun, let the bygones be bygones. Buat apa nak fikir perihal  dahulu?


“Heh, Kovu ni kuat sangat imagination. Dahlah, tidur.”


*** Sebulan berlalu ***

 
EE memandang muka jamnya. Mana Adel ni, kata suruh tunggu dekat  depan kuliah utama pukul sebelas pagi, tapi sekarang ni sudah pukul 11.20, Adel masih tak nampak batang hidung. Budak ni kalau pergi Jepun memang tak boleh survive, punctuality level failed!


“Weyh! Sorry, sorry,Miss Loy tu kau tau-tau la macam mana, masuk lewat, habis pun lewat. Ciskek betul.”


Adel termengah-mengah di hadapan EE. Merah muka minah tu, dia larilah tu. Nasib baik hari ni kelas sampai pukul sebelas pagi saja. Seronok! Adel tu pun kelas last dah tu untuk hari ni, lepas ni bolehlah pergi lepak ke apa ke, kalau EE balik rumah pun bukannya ada apa pun. Qays mestilah kerja, nak sara bini dia apa.


“Alolo, kesian kau.”


Adel tarik senyum hingga telinga. Tetiba minah ni. EE pula perhatikan saja senyuman Adel tu, hurm, macam ada benda berbeza sahaja.


“ Chup! Minah, apesal aku rasa silau ek?”


EE memerli. Dia dah perasan yang Adel sudah memakai pendakap gigi itu. 

Diam-diam je budak Adel tu pergi buat appointment dengan Shah ya? Nak kena tanya details ni, appoinment sudah buat, dating tak nak ke?


“Hehe, sebabnya, my darling Abang Shah sudah pakaikan braces ni kelmarin. Siap 50% off lagi tau.Eh, jom kita gerak , kau drive kan hari ni? Aku naik kereta kau je. Kita lepak luar, boleh chit-chat lama sikit.”


EE tarik sengih. Adel sudah buat muka nakal dia. Itu ha, Adel ni, ingatkan innocent dan pemalu, rupanya biasa-biasa saja ya. Iyalah, kalau dah nampak calon suami kat depan mata, kalau lelaki tak buat move,  perempuan lah yang kena buat. Tak ada maknanya nak jadi macam timba dengan perigi tu. Term itu hanya untuk perigi, benda bukan hidup, kita ni manusia, benda hidup, organism!


“Nice idea! Jom pergi minum kopi. Aku ngidam nak bau kopi ni.”


Adel yang tadi buat muka nakal terus tersentak. Mengidam?


“What? Are you expecting? Caffeine tak bagus...”


EE cepat-cepat potong ayat Adel. Aduh, lupa pula. Apa, kalau orang kahwin guna perkataan mengidam tu mesti dorang ingat mengandung. Tak best la camni.


“Choi, belum ada la. Laki aku masih pengguna setia Durex tu, baby nanti habis semester ni babe. Aku saja nak pekena kopi.”


***

 
“So, ni tak nak cerita ke macam mana besi kaler pink bagai tu tersangkut kat gigi kau? Aku nak dengar ni progress kau dengan Shah.”


EE bertanya sambil menghirup caramel coffee itu. Hurm, sedapnya. Adelia pula yang tengah syok menikmati cheese kek itu senyum saja. Nampak sangat tengah so in love dengan abang dentist HOT tu. Untungnya tuan badan.


“Masa dia hantar aku haritu kat campus, dia ada kasi kad. Then, aku beranikan diri nak call dia lah a few days lepas tu. Buat appoinment, lepastu minggu lepas pergi jumpa dah dia, tapi aku demand braces warna pink jugak. Dia kata datang a week later, which was kelmarin, dan voila!”


Amboi, cepat je minah ni cerita. EE angguk saja, kau buatlah apa yang patut Adel , asal Abang Shah tu kahwin dengan kau.


“Amboi kau, selama ni kau diam ya, sebulan. Tahan engkau tak cerita dengan aku ek?”


Adel tarik  muka tak bersalah dia. EE buat muka selamba.


“Bukan apa beb, nanti aku cerita takut tak jadi aku gak yang malu.”


EE kecilkan matanya. Sejak bila Adel ni nak malu dengan dia?


“Eleh, kau tak payah gedik nak malu dengan aku.”


EE  sound sikit pada Adel. Adel tarik tanda peace. Hurm, memang pun, EE tu kan BFF dia, buat apa nak sorok perkara ni. Dah terang lagi berkalimantan yang Adel ni sukakan Shah, even EE pun tahu akan hal ini. Lagi best, EE yang suggest Shah ni, dulu. Haish.


“Yela, lepas ni aku takkan sorokkan dah. Semua aku inform kau.Set?”


Adelia sengaja ingin menjaga hati EE. EE senyum.


“Set. Dah, jom ikut aku balik. Kau lepak kat rumah aku kejap, layan movies ke? Rindulah zaman bujang aku dulu. Petang nanti aku hantar kau.”


EE mengadu domba. Iyalah, dulu kalau dalam bilik dengan Adel, mesti sibuk layan movies, Adel ni lah yang teman dia. Sekarang dah kahwin, kesian nak paksa Qays teman dia, Qays pun penat kerja.


“Itulah, miang pergi kahwin awal tu kenapa?”


“Minah, mulut tu jaga. Kalau kau dengan Shah official, aku kasi engkau 2 bulan saja, lepas tu merasa nasi minyak nampak gaya.”


Hamek kau Adel, kan dah tersenyap tu. Termalu sendiri lah tu sebab kena bidas dengan EE. EE pula bukan tahu nak rendahkan suara, satu cafe ni boleh dengar perbualan mereka tu.


“Ish engkau ni. Dah, aku pun nak tengok rumah kau. Tak pernah pergi lagi kut!”


***

 
Qays memicit dahinya yang dari tadi berdenyut itu. Pening kepala, pipi pun rasa macam membengkak. Apa kes ni? Sakit gigi ke? Haila.


Qays memandang kepada beberapa keping fail di hadapannya itu. Nasib baik dah siap, kira boleh halfday hari ni. Sakit gigi ni pun satu, nama sakit gigi tu sakit sajalah pada gigi, ini tak, seluruh badan rasa lemah. Macam nak demam pun ada.


“Saya balik dulu, I’m not well. Nanti tolong kemaskan meja dan susukan fail tu ya?”


Qays memaklumkan setiausahanya sebelum berlalu. Dah tak larat sangat dah ni, nak balik dan baring atas katil tunggu sayang dia balik.


Tiba-tiba telefonnya berdering.  Dengan lemah dia menjawab.


“Hurm? He---llo?”


Aik, suara pun dah hilang. Aish, sah nak demam ni. Aiyoyo. Kovu yang gagah perkasa ni tewas juga dengan demam. Aiyak.


“Qays? Apasal macam tak makan seminggu ja ni aku dengar?”


Qays rasa semangatnya kembali pulih apabila dengar suara Shah. Bagus Shah call.


“Bro! Aku tak sihat la. Weyh, since klinik kau agak dekat dengan office aku, kau tolong hantar aku balik?”


Qays meminta pertolongan Shah. Shah, sebab sayangkan nyawa Qays ni, takkan nak tolak kut?


“Okay, kau tunggu sana, aku hantar kau. Patients aku pun kurang hari ni.”


Shah memberi respon positif. Qays mematikan talian dan menunggu ketibaan Shah. Tak sampai lima minit, Shah sudah tiba. Qays dengan lemah mengatur langkah ke kereta Shah. Macam mayat hidup pun ada keadaan Qays tu, lemah gila.


“Bro, kau demam ek?”


Shah bertanya. Qays yang baru menutup pintu itu dengan muka tak boleh percaya dia. Demam, Qays tak pernah demam okay!


“Mana ada aku demam.”


Ego ek Qays?


“Sini kau! Eh, panas kut. Demam ni, aku bawak pergi klinik okay?”


Qays memberi pandangan maut kepada Shah. Tak payah!


“Aku tak demam lah, sakit gigi je.”


Shah dah buat muka bak-sini-aku-check-gigi-kau. Qays makin rasa nak tenggelamkan dirinya dalam seat itu. Shah ni kan, ketuk gak kang!


“Nganga cepat, kalau tak aku belasah kau. Meh sini aku tengok, aku ni the best dentist in KL tau.”


Itu dia, Shah dah macam psychomaniac dah. Dia paksa juga Qays yang lemah itu nganga. Memang kena kerah habis-habis baru si Qays tu nganga.


“Hurm, kau nak tumbuh gigi bongsu ni. Gila lembab kau punya gigi tu nak tumbuh. 35 tahun baru nak naik, hesh.”


Shah ni siap perli Qays lagi. Qays rasa macam nak tarik muncung pun ada. Shah ni kalau dia datang mode kejam dia, memang Qays pun tak boleh lawan kekejaman dia.


“Kau ni sukakan perli aku. Dah, hantar aku balik cepat. Aku nak lie down atas katil ni. Kepala ni macam dah kena hempap dengan batu.”


Qays mengarah. Shah buat bunyi ‘hrmpph’ saja. Macam lembu dah bunyinya.


“Kau tidur dulu. Sampai aku kejutkan.”


Dan Qays pun tak sedar bila dia terlena.


***

 
“Huu, ni Abang Shah, suami EE ni kenapa keras je? Sure ke dia tak apa-apa ni? Ke dah coma ni?”


EE mencucuk-cucuk dada Qays yang terlena pada seat Shah itu. Shah pula sudah menggaru kepalanya. Ada ek orang koma sebab nak tumbuh gigi bongsu?


“Ish, EE, Qays masih bernafas tu. Hidup lagila.”


Adelia cuba untuk menenangkan EE yang sudah nyaris histeria itu. Iyalah, siapa tak terkejut, dia baru saja masuk rumah, tetiba telefon berdering. Shah call kata Qays tak sihat. Lepas beberapa minit, Shah tiba di hadapan rumahnya dengan Qays yang tidak sedarkan diri itu. Bini mana yang tak risau?


“Eryna, Qays ni nak tumbuh gigi bongsu, and dia demam sikit. Dia tu memang macam ni, masa dekat abroad dulu pun macam ni, dia tu nak sakit susah, tapi sekali sakit, mahunya seminggu baru okay. So, jangan runsing okay.”


Shah ternyata berjaya menenangkan EE. EE rasa relax sedikit apabila si pakar gigi cum BFF lelaki dia ni menerangkan tentang health background suami dia.


“If it’s like that then,”


EE berkata ringkas.  Dia tunduk dan kejutkan Qays perlahan-lahan.


“Kovu...bangun sayang. Jom kita masuk dalam rumah.”


Halus sahaja EE menggerakkan bahu Qays. Qays nak tak nak membuka matanya. Bibir ditarik agar tersenyum, walaupun dia rasa sangat lemah. Sejuk mata pandang isteri depan mata.


“Hai, sayang.”


Serak suaranya. EE senyum.


“Hai abang. Dah, kita masuk ya?You need rest. Nanti EE buat sup.”


Qays angguk. EE membantunya ke dalam rumah. Shah nak tolong pun EE tak kasi, dia masih mampu tampung Qays. Shah pula senyum kelat. Aik, senyum kelat pulak dentist ni sorang? Awat lak mamat ni? Duk dengki lagi ka?


“Haih, sweetnya mereka tu kan?”


Adelia pula berkata. Dia berdiri di tepi Shah sambil memerhatikan EE memapah Qays. Shah ni agak-agak sweet macam tu ke?


“Untung Qays dapat isteri macam Eryna tu.Melepas saya ni. Manalah saya nak cari orang macam Eryna tu. Satu dalam sejuta kut.”


Shah berkata selamba sambil menutup pintu kereta sebelah Qays duduk tadi. Adelia pula terkilan. Shah ni masih belum dapat lupakan EE ke? Adelia cuba membuat riak biasa pada wajahnya. Tak boleh tunjuk yang dia terkilan sebab Shah bukannya tahu yang dia ada hati pada Shah. Bikin malu saja.


“A’ah, melepas abang. Eh, since saya datang dengan EE, boleh tak abang tolong hantarkan saya ke campus? Saya tak nak susahkan EE. Kalau abang tak boleh, tak apa, just send me to the bus station.”


Adelia terus bersuara. Hurm, Shah, sudah tiba masanya kau lupakan EE. Sekarang, this Adelia datang untuk ganti tempat Eryna. EE hak Qays. Itu dia, that’s the spirit Adel! Fighting!


“Eh, Abang hantar awak. Nanti mesti EE marah kalau abang suruh Adelia naik bas. Dah, go and tell Eryna.”


Adelia rasa nak bersorak. Yes! Umpan dah kena pada ikan. Nanti kena story dengan EE bila Qays dah siap. Hurm, rasa nak tulis dalam diari pun ada.


Adelia bergegas ke dalam rumah. Dia tanya pada EE sekiranya EE memerlukan apa-apa bantuan. EE cakap tidak dan EE okay apabila Adel memaklumkan yang Shah nak hantar dia balik. EE siap kata ‘you go girl; lagi. Hurm, Shah, please buka mata awak luas-luas. Adelia ni suka sangat kat awak tau, please consider her. =D



p/s : Byron n cat next episode yeah! Love you all!



9 comments:

  1. hilang tension!!!

    -ummi ria(aussie)-

    ReplyDelete
  2. ahahahha, ria!! kau pergi jaga anak ko tu, kang kena tarik telinga lagi malam ni =P

    ReplyDelete
  3. bagus..bagus..syah x kacau EE.. tapi nak gak tgk Kovu mengamuk.. hehe

    ReplyDelete
  4. Best......nk lgi.....

    ReplyDelete
  5. Best......nk lgi.....

    ReplyDelete
  6. hi!! pembaca baru nih! duk puas google bru jumpe blog nih.. btw suke ngan cite nih... sweet gitu.. wkwkwkwkw

    ReplyDelete
  7. hi betty!thanks for being my new reader. enjoy!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete