“Kay...kenapa sampai
macam ni sekali Kay? Apa Kay dah buat sampaikan Jaz minta putus ni? Cerita sama
Mama.”
Datin Zu menyoal anak
terunanya itu bertubi-tubi. Khayrel Reza hanya mampu mengeluh. Discovery
Channel itu hanya dipandang tanpa memahami apa yang sedang ditayangkan. Mamanya
di sebelah dibiarkan sahaja. Papanya pula masih setia menilik NST di tangan. Kenapa
mesti mama dia tuduh dia yang membuat silap dalam hubungan dia dengan Jaz.
Memang semua orang tuduh dia ni kenapa?
“Ish anak teruna ni,
Kay, jawab mama tanya ni! Sedar tak lagi few
days korang punya majlis akad, dan hari ni baru Kay ceritakan yang korang
dah putus?”
Suara Datin Zu naik
seoktaf. Mukanya sudah merah, marah. Siapa tak marah kalau anak sendiri buat
hal? Kahwin...bukan benda yang dibawa bermain. Kalau majlis akad itu tidak
berlangsung, mana dia nak letak muka dia ni? Malu dengan kaum kerabat, malu
dengan kawan-kawan. Anak teruna dia ni pun satu, boleh buat muka tak heran.
Ish, anak siapalah Kay ni! Tengok, bapak dia pun sama saja, buat tak hirau.
“Ma...Kay tak kisah.
Mama nak batal ke, nak apa-apa ke, Kay dah tak kisah. Buatlah apa mama suka. I don’t give a care any longer. Do as you
wish. Kay naik dulu. Luth balik nanti inform
Kay. Stress dengan semua jenis wanita
kat atas dunia ni.”
Kay angkat kaki dari
ruang rehat itu. Datin Zu terlongo. Budak bertuah ni, aku tarik jugak telinga
dia ni. Tak kisah lah dah besar panjang pun. Apa dia kata tadi? Tak kisah? Do
as I wish? Aku kahwinkan juga buta-buta dengan mana-mana perempuan baru dia
tahu. Haish, apa nak jadi teruna ni sorang. Ingat jaga anak perempuan susah, rupanya
nak jaga lelaki bernama Kay ni berganda susahnya.
“Abang! Apa kita nak
buat ni? Takkan nak batalkan plan kita
ni?”
Datin Zu beralih
kepada suaminya apabila Kay sudah hilang dari pandangan. Suaminya yang tadi
ralit menela’ah NST sudah meraih isterinya ke dalam dakapan. Wajah Datin Zu
dipandang sayang. Kesian isteri dia ni, pening kepala fikirkan masalah yang
baru timbul ini.
“Awak ni Zu...interrogate Kay macam orang special branch, bertubi-tubi, memanglah
dia tak jawab. Cuba awak releks, tanya satu-satu. Ini tidak, ada jugak awak
punya bloodpressure tinggi, tak
pasal-pasal masuk hospital.”
Tangannya dilarikan
pada dahi datin Zu yang berkerut. Datin Zu menjuihkan bibirnya. Eih orang tua
ni pun satu hal.
“Awak nak saya masuk
hospital lah tu?”
“Ke situ pulak
dia...saya sayang awak la Datin. Ini ha,
kalau ikut jawapan si Kay tu, dia kata apa tadi? Dia tak kisahkan kalau kita
carikan calon.Kita carikanlah bakal menantu kita tu.”
Dato’ menjongketkan
keningnya kepada sang isteri. Datin Zu mengerutkan hidungnya. Yelah...tapi
takkan lah kot buta-buta nak suruh Kay kahwin macam itu saja? Sebijik macam
cerita novel.
“Tapi Dato’, Datin ni
tak nak lah Kay itu merana pulak nanti kalau Datin yang pilih isteri, Dato’nya.
Saya sayang anak lelaki saya tu, tak mahu saya dia hidup merana sebab kahwin bukan
atas dasar cinta.”
Datin Zu membuka
logik. Kali ini giliran suaminya pula yang mengeluh. Pinggang Datin Zu dipeluk.
Datin Zu pula menyandarkan kepalanya pada bahu Dato’. Masing-masing terdiam. Apakah jalan yang
perlu mereka ambil ni? Kalau teruskan majlis, nanti Kay yang tak bahagia. Kalau
batalkan majlis, jatuh aib pada nama mereka?
“Payah kan sayang?
Kita doa lah, InshaAllah Allah tunjukkan jalan.”
Datin Zu angguk.
Sebelum sempat dia berkata apa-apa, loceng rumahnya berbunyi. Datin Zu bingkas bangun
dari sofa itu lalu memandang suaminya. Dato’ pun buat muka terkejut. Takkan
Luth dah balik kut? Benjamin ni selalunya malam-malam baru hantar cucu dia
pulang, awal pula hari ni.
Datin Zu menghampiri
tingkap lalu mengintai siapa yang diluar.
“Khairina?”
“Huh? Khairina mana?”
Sang suami bertanya
balik. Siapa?
“Anak Maimunah..”
“Ouh...yang Luth suka
tu?”
Datin Zu angguk.
Suaminya sudah tarik muka manis. Dia memandang suaminya, dan suaminya memandang
dia. Butang pagar ditekan. Masing-masing tersenyum penuh makna.
***
***
“Assalamualaikum aunty, uncle...”
Datin Zu menjawab
salam dari muka pintu. Kiah dijemput masuk bersama senyuman yang melebar pada wajanya.
Anak dara Maimunah ni sangatlah lawa. Puji Datin Zu di dalam hati.
Kiah menyalami Datin
Zu, dan mencium kedua-dua belah pipi nenek Luth itu. Luth pula dari awal-awal
lagi berlari ke dalam pelukan atuknya. Rindu lah tu setelah beberapa hari tak
jumpa atuk dan neneknya.
“ Kiah datang ni
sebab Benjamin minta tolong hantarkan Luth. Dia tiba-tiba pula ada emergency call dari hospital tadi.
Kebetulan pula kami tengah lunch
sama-sama.”
Kiah berkata sambil
menghirup kopi yang dihidangkan oleh bibik. Datin Zu angguk sahaja. Namun, di
dalam kepalanya tengah tertanya-tanya sejak bila Benjamin dengan Kiah ni mula
kenal, mula rapat? Mereka berdua tu ada apa-apa ke?
“Ouh...Khairina
sihat? Lama aunty tak tengok Khairina. Mama, abang semua sihat?”
Datin Zu memulakan
sesi temu ramahnya. Iyalah, nak tanya perihal anak dara orang, kita tak boleh
terus lompat to the point, nanti dia kata apa pulak, iya ke tidak?
“Semua sihat aunty.
Aunty sihat?”
Datin Zu tarik muka
sedihnya. Tapi dalam hati, sudah bersorak-sorak si datin ni. Yes, the fish has taken the bait! Termakan
juga Khairina ni dengan jeratnya. Sesi lakonan datin Zu bermula! Tangan mulus
Kiah diraihnya dan dielus-elus. Wajahnya dimuramkan sehabis muram.
“Entahlah Khairina.
Dua tiga hari ni aunty stress sangat.
Rasa macam nak pitam pun ada. Hati aunty ni resah dengan anak lelaki aunty tu,
Kay tu.”
Kiah membulatkan
matanya. Apa yang Kay dah buat sehinggakan aunty Zu ni sedih sangat ni? Selama
dia pernah jumpa aunty dia ni, selalu saja mood aunty Zu ceria-ceria, gembira,
dan tak pernah semurung ini. Kiranya, apa sahaja si ayah Long Luth dah buat tu
sangatlah mendukacitakan aunty ni.
“Kenapa aunty? Kenapa
nak risau sampai macam tu sekali? Bukan ke anak aunty tu dah nak kahwin ke?
Tunggu tunang dia balik saja kan?”
Kiah cuba untuk bertanya lanjut. Kenapa dengan Kay?
Namun Datin Zu hanya berdiam diri. Dia memandang Kiah tanpa kelip. Kiah pula
serba-salah. Aiyo, salah tanya ke? Macam mana ni, mesti Datin Zu dah cop aku ni
jenis suka jaga tepi kain orang...
“Eh, hiraukan saja
apa yang aunty cakap tu. Sekarang ni Khairina cerita sama aunty, Kiah dengan
Benjamin itu...ada apa-apa ke?”
Datin Zu melepaskan
nafas lega. Dah, dia sudah tanya benda yang dia nak tanya dari tadi lagi.
Iyalah, siap pergi makan sama-sama Benjamin, lepak dengan Luth, entah-entah
mereka ni tengah hangat bercinta. Kiah pula sudah tergelak perlahan. Datin Zu
angkat kening, apa aku tanya soalan lawak ke?
“Aunty ni ke situ
pula, Kiah dengan Benji tu dah macam kawan rapat saja aunty. Dia kawan dengan
Kashaff dah lama, dia pun selalu lepak dekat rumah akhir-akhir ni sejak jumpa
balik Kashaff tu, lepas tu masa dia tahu Luth tu senang dengan Kiah, dia ajak
la keluar sama-sama. Kiah pun bukan ada buat apa-apa dekat rumah tu.”
Wajah Datin Zu
semakin bercahaya apabila mendengar apa yang Kiah katakan itu? Oh, kawan baik
sahaja...maknanya...
“Khairina, jadi
menantu aunty?”
Kiah yang baru
menghirup air dari cawan itu terus tersedak. Nasib dia tak tersembur ke atas
muka aunty Zu ini. Datin Zu pula cepat-cepat menepuk perlahan belakang Kiah.
Kiah memandang aunty Zu tanpa kelip.
Whoaaaa....aku tak mimpi kan? Ke aunty ni
jenis macam Benjamin jugak? Jadikan proposal sebagai satu jenaka? Oh tidak....
Kiah meletakkan cawan kembali ke atas meja. Wajah
Datin Zu dipandang. Bibirnya digigit perlahan. Sah, memang Kay ada buat masalah
ni dengan Jaz...
“Aunty...apa yang
aunty cakap ni? Bukan Jaz dengan Kay tu dah tunang ke? Nak kahwin dah pun kan?
Aunty jangan bagi harapan palsu sama saya. Saya tahulah saya sukakan Kay tu
tapi aunty janganlah bagi saya harapan. Saya tak mahu orang cakap saya ni
perampas ke perempuan ketiga ke. Saya ada maruah juga aunty.”
Kiah sudah mula
membebel. Mukanya pucat. Jantungnya berdegup pantas. Oh no, Oh
no...satu-satunya perkara yang dia mahukan menjadi nyata di dunia ini, dan
takkan semudah itu dia boleh dapatkan? Macam tak lojik pun ada. Sah Kiah, sah
kau tengah mimpi ni, Kau tengah tidur ni Kiah. Sat lagi kau bangun,
tengok-tengok ada siling, ada kipas dan ada novel Aa+Bb kat tepi bantal kau.
Namun, Kiah sedar
bahawa dia tidak bermimpi apabila aunty Zu memegang wajahnya. Wajah aunty Zu
itu bercahaya macam lampu pada pokok Krismas. Lip lap lip lap.
“Suka? Kiah sukakan
Kay? Serius ni? Sejak bila Kiah sukakan dia, padahal korang jumpa pun baru sekali
dua?”
Dah, dia dah mula
balik soalan latihan tubi dia tu. Inilah dia, Datin Komando wannabe...kekuatan,
boleh menyoal sedas soalan sehinggakan orang pun tak tahu nak jawab yang mana
satu. Kiah pula tercengang. Dalam kekalutan dia dengan proposal aunty ni tadi,habis
terkeluar bahagian yang dia sukakan Kay. Kiah termalu sendiri. Dia hanya
tundukkan kepalanya. Hai anak dara jenis apa ni cakap main lepas saja.
“Entah...kalau dah
suka tu, suka jelah kan, betul tak aunty? Kita tak boleh halang kita nak suka
sama siapa, it sorts of appeared out of
nowhere...”
Kata Kiah perlahan.
Datin Zu hanya angguk. Betul tu, kalau nak suka, on spot boleh suka.
“Khairina...better the devil you know, then you don’t? Setuju
tak?”
Datin Zu bertanya tanpa sebab. Kiah termangu. Devil
pulak? Maksud aunty ni apa? Boleh buntu aku sekejap. Hish, tak mahu lama-lama
lah kat sini. Nanti entah apa pulak dia masukkan dalam otak aku ni. Karang tak
pasal-pasal aku making duduk mengharapkan si Kay itu.
“Urmm...kurang jelas
aunty?”
Kiah berterus terang
dengan sopan. Jam di tangan dikerling, nak blah balik rumah menyorok bawah
katil. Aunty dah tahu dia sukakan Kay, dan sekarang aunty ni agaknya tengah
main matchmaker. Sebab utama, mesti
nak suruh majlis yang dirancang diteruskan. Aiyo aiyo...
“Macam ni lah. Kay
kenal kamu, kamu pun kenal Kay...”
“Kenal gitu-gitu je
aunty...”
“Gitu-gitu ke apa ke,
asal dia kenal kamu. Dah cukup. Cinta boleh datang kemudian. Sekarang ni, apa
yang aunty nak...kamu yang sesuai jadi menantu aunty.”
Kiah menggigit bibir.
Alahai...kalau tanya hari lain, tentu Kiah kata ok. Tapi hari ini entah kenapa
rasa berat pula hati nak kata iya? Muka aunty Zu dipandang lagi sekali. Think Kiah, kau kahwin dengan Kay, ada
benda ke yang kau rugi? Tak ada kan? Mama pun dapat menantu, kau dapat suami
macam Benz Aliff tu yang dari dulu kau suka dia sampai Benjamin yang dah cukup
kacak pun kau anggap picisan saja, dapat
rapat-rapat dengan Luth, hah, kan dah cukup tu?
Tapi hati ini merasa
berat untuk terima. Iyalah, Kay tu baru putus tunang, nanti dia kata aku ni
gelojoh pula?
“Aunty bawa rombongan
esok ya? Setuju ye, Khairina? Dari airport
haritu lagi aunty berkenan sama kamu, tapi masa tu Jaz masi ada dalam kamus hidup
Kay. Sekarang Jaz dah kena delete. Kamu
tak nak ke kahwin dengan orang yang kamu suka? Serius Kiah, lama-lama kalau dah
duduk sebumbung, tidur sekatil, dia akan sayang jugak kamu tu.”
Kiah buntu. Hujah
aunty sangat menarik. ‘lama-lama kalau
dah duduk sebumbung, tidur sekatil, dia akan sayang juga’ . Kalau jawab ya,
dia yang untung tapi Kay tu nak ke dekat dia? Kalau tolak dia rugi tapi peluang
macam ni datang sekali saja. Agak-agak dalam perkahwinan ada tak istilah to give it a shot? Boleh tak kalaulah
dia dah cuba sedaya upaya untuk buat Kay pun sukakan dia, tapi Kay masih tak
mahukan dia, boleh tak dia tarik diri?
Hurmmm? Kalau dia tempat Addin, dan Kay itu
Benz, agak-agak apa yang Addin buat? Tapi si Addin tu musuh Benz, dan dia ni
kipas susah mati Kay. Dua situasi yang berbeza. Haih, memang hidup ni jadi
senang kalau ada plot macam novel tu je.
“Okay
aunty...Kiah...Kiah se...setuju.”
Kiah berkata. Peluang
sudah ditayang di hadapan mata, kita rebut saja. Padahnya, belakang kira. Jaz
hilang, Kiah datang.
Namun, tanpa
kedua-duanya sedari, Kay sudahpun mendengar perbualan mereka. Tadi dia
terdengar bunyi loceng, dan dia tahu mesti Luth yang dah balik. Dia turun ingin
berjumpa anak saudara tersayang tapi dia terdengar pula perbualan mamanya
dengan Khairina.
Kay sandar pada dinding. Buku limanya dikepal-kepal. Apa mereka ingat aku ni boneka? Mama pun satu, macamlah teruk sangat kalau batalkan saja majlis itu. Arghh...Khairina ni pun satu spesies. Merenyam sangat ke nak kahwin dengan aku. Cik Khairina nak Dr Khayrel ya?
“Khairina, saya nak
cakap sekejap...”
Kay memutuskan untuk
menonjolkan dirinya. Sudah tak tahan mamanya merayu dengan Khairina itu. Macam
terdesak sangat.
Kiah dan Datin Zu memandang
serentak ke arah suara itu. Oh-oh! Bala sudah datang. Kiah pandang datin, datin
pandang Kiah. Busted! Kay senyum
senget. Olla ladies, saya dah dengar apa plan awak dua. Dan...
***
“Saya dah dengar apa
korang bincangkan tadi. So , impulsively you
said yes?”
Kay bertanya terus
terang. Kolam ikan mama di pandang tanpa perasaan. Kiah yang sedang bersila di
sebelahnya hanya mengangguk. Setuju.
“Dia tinggalkan saya.
Sebab saya tak romantik macam ex dia dulu. Dia menyesal. Kalau awak kahwin
dengan saya, awak jangan ingat saya ni jenis hero-hero novel yang sweet. I’m practical, sarcastic and a very
difficult man to live with...itu konklusi yang saya dapat buat dari
penilaian Jaz.”
Kay membuka ceritera
lama. Kiah hanya diam mendengar. Botol kacang butir yang sempat dicekau dari meja
tadi dibuka penutupnya. Oh, Jaz yang tinggal dia. Bukan dia yang tinggalkan
Jaz.
“Trust me awak, saya dah banyak kali hancur hati. I know how you feel. My case, abang saya kata I’m too romantic. And too optimistic. So, we
kinda matched you know. You’re realistic, I’m romantic, my say is, we can
survive a marriage together.”
Kiah berkata
konfiden. Kay mengeluh. Nanti kalau dia terhancurkan hati anak dara orang lagi
sekali macam mana? Kalau dia masih tidak up
to her expectations?
“I’m a baggage, awak tak nak kahwin dengan saya, Khairina.
Nanti awak menyesal. Saya tahu awak nak
lelaki macam mana, the one who sweeps you
off your feet! And I am not that person Kiah! Dulu saya nak kahwin dengan
Jaz sebab saya sayangkan dia, dan saya nak bagi Luth rasa kasih sayang seorang
ibu, and I did love Jaz. But not
anymore. Still, saya berpisah dengan dia sebab saya tak berjaya sweeps her off her feet. Dan sekarang awak, awak rapat dengan Luth,
tapi saya tak rasa saya boleh kahwin dengan awak, you are a nice girl. I do not want to destroy your view of a man. It’s
just that, the man is not me.”
Panjang lebar Kay
berdalih. Kiah hanya mampu tersenyum sedikit. Kalau tadi dia rasa nak tolak
saja bila aunty Zu melamar dia, tapi sekarang tidak lagi. Hatinya tekad,
Kay...ini Kiah. Hopeless romantik punya Kiah. One day, you will be glued to me macam Gam cap Gajah. Jaz belakang
kira, I’ll show you what love is!
“Dah habis cakap kan?”
Kiah bertanya malas.
Kay angguk.
“You do have a problem mister.”
Selamba Kiah bertutur.
Kay angguk lagi. Iya, dia ada masalah. Dia dah tak berani nak percayakan
wanita. Tak berani. Sekali Jaz buat alasan haprak nak berpisah, jangan haraplah
dia nak lalui lagi detik macam tu dalam hidup dia ni. Sekali alasan bodoh minta
putus itu sudah cukup.
" Here’s a deal. I can't promise to fix all your problems, but I can promise you won't have to face them all alone... I’m not an ordinary girl. Analisis saya, awak tu kata saja Jaz tinggalkan awak,dan awak dah tak sayangkan dia. Tapi...dekat sini masih ada dia kan? Itu masalah utama awak.”
Kiah berkata sambil
jari telunjuknya menunjuk ke arah dada Kay. Kay terdiam sendiri. Tepat sekali
tekaan Kiah. Dekat mulut saja yang kata Jaz itu dah tak ada dalam hati dia,
tapi kalau duduk dalam bilik sorang-sorang, segala jenis SMS Jaz dia pergi baca
balik. Aiseh, Kay oh Kay. Hopeless
jugak mister realistik ni.
“Sekarang kan
awak...ganti nama Jaz tu dengan Kiah. Nothing
harmful kan? And believe it, you can never hurt me. I know what I’m in for.
Kita kahwin, make your mom happy, and
have some beautiful babies.”
Kiah berkata selamba
sambil mengunyah kacang butir itu. Langit dipandangnya. Awan kepul-kepul, ada
tanda nak hujan malam ni.
" Heh. Cakap
memang mudah, kan?"
Kay bersuara sambil mengeluh berat. Betul
abang Kiah kata, Kiah yang optimistik. Wajahnya diraup sedemikian kali. Buntu,
kacau, serabut, macam-macam perasaan ada. Semuanya sebab wanita bernama
Jezamine itu. Haih, dasar pentingkan diri sendiri betul sehinggakan perasaan
orang lain dibuat seolah-olah mainan sahaja. Memang Jez tu layak diselam dalam
air clorox. Kasi cuci sikit otak karat dia tu.
"Oh memang
mudah, tapi cuba bayangkan, cantik apa, Kiah-Kay, Kay Kiah. Jaz tu, kambus
dalam tanah la... biar dia peningkan kepala lelaki lain pulak." Kiah
berfalsafah. Kesian sama Kay, tapi masa inilah juga kalau dia nak masuk line
yang diberi oleh aunty Zu itu. Opportunity
comes once in a blue moon, one must know
when to grab it!
"I think this is too fast Khairina. Saya masih
tak kenal awak .Please, don't take me as
a charity case, whatsoever, I have no
need for a rebound relationship. Mama pun satu, ambil serius pula bila saya
suruh dia buat apa yang dia suka. "
Kay menolak. Kiah
ni...kahwin dia buat macam kacang butir. Memang dia suka aku sangat-sangat ke
sampai dia boleh terima buta-buta je cadangan mama? Ada jugak manusia macam ni.
"Not a rebound, awak. Saya volunteer ni. Saya dah terima lamaran
mama awak. Esok mama awak bawa rombongan ke rumah saya. That majlis akad nikah is still
on. " Kiah mendesak. Alahai, say yes la Kay oi!!
"Khairina...saya
bagi peluang awak lari dari blackhole
ni, awak faham tak?”
Kay berkata geram.
Dia rasa nak goncang-goncang saja Khairina ni. Karang aku cakap aku tak nak
kahwin dengan dia terang-terang, dia juga yang terasa. Tapi, kenapa perlu dia
jadi seikhlas ni? Sampai aku pun terasa macam nak give a shot saja untuk cuba kenal siapa Khairina aka Kiah ni.
“Ouh awak ni...awak
tak tahu ke blackhole punya tarikan
graviti sangatlah tinggi, saya takkan boleh lari dari awak. Even kalau awak
kahwin dengan Jaz pun, saya rasa saya akan admire
awak dari jauh. Yeah, spooky kan?
Dan...tanpa sebarang warning, ketawa Kay meletus. Wajahnya
memandang Kiah tajam. Bibirnya mengukir senyuman manis. Gadis yang polos,
mampukah dia mengekalkan kepolosan Kiah setelah berkahwin nanti? Mampukan dia
membahagiakan wanita yang sangat penyayang ni? Will her eyes still be that starry when they are married? Will she
still have that bright smile on her face everyday? Now that Kay, adalah
perkara yang kau akan dapat tahu bila kau kahwin dengan dia.
“Ok.”
Kay bersuara sepatah.
Kiah menjungkitkan keningnya.
“Apa yang ok?”
Blur. Kiah pandang
Kay.
“Esok, pakai
cantik-cantik untuk rombongan. Lusa, kita fitting
baju. Minggu depan, kita kahwin.”
Dan dengan itu, Kay
berlalu ke dalam rumah. Kiah menjadi patung di tepi kolam ikan itu. Lama-lama
bibirnya mengukir sebuah senyuman yang manis. Yeah! Kiah nak kahwin! Mama!
Dari dalam rumah,
Datin Zu menitiskan air matanya. Kiah ternyata mampu meleburkan ais. Kay yang
berdiri di hadapannya dipeluk sayang. Kedua-dua belah pipi anak terunanya itu
dikucup sayang.
“Betul keputusan anak
mama buat. Terima kasih, sayang. Mama doakan kamu bahagia sepanjang hayat. Love can come later, Kay. Trust mama.”
Kay hanya memeluk
mamanya erat. Ya, dia pun harap dia membuat keputusan yang betul. Khairina...bear with me for a while. Just, bear with
me...
Kiah masih tersenyum.
Ok? Dia kata okay...okay!!! The best OKAY
ever!
=)
p/s : How was it? drastic right? But I do hope that this story wouldn't be as cliche.
Wheeeeeee nk kawen jugak! Haha
ReplyDeleteboleh x update lg dgn super duper pnjg,,,lepas tu terus buat dia dah kawen siap siap...x saba nak tau ape yg kiah akan buat nanti..hehehe -nana-
ReplyDeleteAwiiiinnnnn... l lebiuuuuuu..muah muah.... cnteekkkk... addicted btl... juz let me know when new n3 ws there hokey...-kak shahidah-..
ReplyDeleteJadi teringat mase kiah awal2 meet kay ni, dy rela kahwin ngan kay even kay not love her. And ofcourse with bygan2 naughty ala kiah tu. N this is it ! Everything will be happen soony. Hahahaaa *dlm otak terbayang d naughty kiah dr td. Ngee ;p
ReplyDeletedonno why prefer more btw kiah-benjy
ReplyDeletebut since kay the hero ..doesn't matter la kan
cant wait the long journey their relationship & how they adapt with each other...caiyok kiah ^.*
Yehhhhh!!!!!!! Kiah nak kawinnnnnnn...... tersangat leeeee sukenyeeeee pucuk di cipta ulam mendatang la kan offer baik punya , sapa nak lepaskan kan kan.... hehehehe
ReplyDeleteKiah yg so ever optimistik! I like her a lot.. Kalau dah suka, must go all the way to make sure that u got it. Bravo kiah! A least u didnt use the jalan kotor for kay...
ReplyDeletenape mcm sdih plak eik..maybe sye lbih suke kan benjy...huhuhu...
ReplyDeletewow...first time baca kisah kahwin paksa perempuan yg rela berani macm ni...Kiah the Daredevil and I like it very very much. Keep up!
ReplyDeleteN3 setrusnye kiah kawen kan...leh x cik writer....??nk lgi cecepat..
ReplyDeletenext entry wat ar kiah kawen dgn kay ea... xsabar dh nie.. hehe.. xcited tlebih plak..
ReplyDeleteHailab..mau kawin sudah..
ReplyDeleteNxt entry ada cite luth pjg skit ek..hehe
ReplyDeleteYeayyy... suke!!!tak sabar nk tunggu next entry..
ReplyDeleteyeayyyy sambung lagi tak sabar nk tnggu
ReplyDeleteyeay!! xsabar next entry..cpt upload cik writer..hehe
ReplyDeletehaha...rasa nsk tolong menangis kegembiraan untuk kiah.
ReplyDeletei like cliche by the way...haha
ReplyDeleteThe best okay ever. In shaa Allah. N i want entry for school gang! Please. Can u make it?
ReplyDeleteYeaaa!!!kiah memang awesome sangat!!!haha..mama kay lagi terbaik!!hee
ReplyDeleteBest en3 kali ni.Like sangat...Tak sabar nak tunggu next en3.
ReplyDeletewuuuu.A+ tuk Kiah..i admired u lah KIAH!!hehehee
ReplyDelete>>k<<
Yes! Dengan Kay...suukkaaa sangat!!
ReplyDeleteNk kawin juga... ♡♡♡♡
ReplyDeleteOh no ! How about Benjamin ? Kiah think about feel Benjamin Franklin !
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete