Tuesday, January 25, 2011

Kerana Rayyan 13



“Mama, mama nak Ariel drop kat rumah Uncle Luth ke?”

Tanya Zach apabila sudah memasuki kawasan tempat tinggal mereka.

“A`a…mama shift rumah papa kamu bila nenda ada…tak sanggup mama nak hadap singa tu!”

Zach, Esha dan Rayyan tergelak dengan kata-kata Lea…

“Singa ma? Sejak bila,,,ala…mama goda la siket papa tu…layu punya nanti…kana bang?”

Esha menjawab Mama Leanya…Zach hanya mengangguk…

“Betul tu ma…one day, papa akan terima punyalah kita, adik dah ada komplot ngan nenda!”

Rayyan mengungkapkan kata tersebut di bawah sedar…Zach menjelingnya melalui cermin pandang belakang…

Rayyan cepat-cepat menutup mulutnya….Cess! Tempayan punya mulut!

“Apadia Aza? Boleh ulang tak?”

Lea tanya Rayyan kembali…

‘Aku dengar budak ni cakap komplot tadi…hmm?’

Lea menggugam…

“Eh..tak…tadi, nenda cakap masa nak ambik dia, bawak pulut…dia nak bagi kat Doktor tue..”

Pandai Rayyan ni nak tutup keterlanjuran dia…terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata…pecah rahsia!

“Pulut? Hmm..yelah…”

Zach menurunkan Rayyan dan Lea di hadapan rumah Luth…

“Masuk dulu Ariel?”

Lea menjemput Zach masuk…

“Tak apalah ma…Esha dah ngantuk sangat dah tu…Bye ma, deq!”

Rayyan mengunci pintu pagar setelah Zach berlalu…


***

Pagi-pagi lagi Zach sudah tercegat di rumah Luth…

“Awal Zach? Rindu sangat ke kat mama kamu tu…”

Zach ditegur Luth yang baru nak ke hospital….kerja seyh!

“Nak angkat barang-barang mama dan adik, Uncle…papa suruh…”

Luth tersenyum kea rah anak saudaranya itu…

“Iyalah…ok, Uncle pergi dulu…takut jammed nanti!”

Luth memanggil Reyhan…yelah…kerja tempat sama, pergi pun sekali lah…

“Nial, Nish, Nia…mama dan papa pergi dulu!”

Reyhan menjerit dari atas tangga…budak tiga orang tu pagi hari dah menghadap playstation…mentang-mentang sekolah dan kolej tak bukak lagi…

“Ok Ma!Pa!”

Tiga suara bergabung serentak…

“Zach…naiklah atas…mama kamu tengah duk kemas barang…”

“Okay Aunty…”

Zach terus memanjat anak tangga…

Danial menegurnya…

“Abang Zach? Pagi betul sampai…tak sabar nampak nak kidnap Aunty Lea dan Rayyan…”

Zach menghampiri Danial, Danish dan Dania….

“Memang tak sabar…bertahun tau Abang tunggu…at last…”

Danial menepuk bahu Zach…

“Jaga baik-baik ya Aunty Lea dan Rayyan…they suffered enough!”

Zach mengangguk dengan kata-kata Danial tersebut…

Lea keluar dari bilik dengan membawa luggage….

“Aih Ariel…dah lama dah?”

Zach menggeleng kepalanya…tersenyum dia melihat Lea…

“Yang kamu tersenyum miang dekat mama ni kenapa? Dah angau ke?”

Lea menghampiri anak terunanya…

“Taklah…Zach terfikir aja…papa mesti terpikat punyalah tengok mama ni…macam anak dara…cantik !!”

Zach memeluk mamanya…huhu…rindu!!!!

“Dah-dah…mama nak pakai tudung…kamu pergi kejutkan adik kamu tu…dia tu membuta balik lepas subuh tadi..”

Zach menurut kata mamanya…dia membuka pintu bilik yang terpampang nama ‘RAYYAN` s Territory! BEWARE!!!’

Zach tak kesah pun dengan warning sign kat depan bilik Rayyan tu…haha…

Dia melihat Rayyan yang dah selamat berhibernasi di bawah comforter yang sememangnya tebal…

‘Ya Allah budak ni…sejuk gilerr…patutlah syok tidur’

Rungut Zach dalam hati….

Dia menguis-nguis lengan Rayyan…eik! Tak berkutik pun…tidur mati terus!

“Rayyan…bangun!”

Still takdak effect lagi…

“Rayyan…bangun…kita nak pindah rumah papa ni…”

Rayyan hanya menggeliat kecil sambil berkata;

“hmm…esok-esoklah kita pindah…”

Zach menggeleng kepala…tiba-tiba idea nakal muncul…

“Rayyan sayang, sanalah sikit…Abang Zach pun nak join sekaki tidur…”

Rayyan mengesot sedikit…Ya Allah budak ni!!

Zach terus menyelinap bawah cadar Rayyan…

Rayyan dipeluknya…Rayyan memang tidur mati…

“Adik…ada orang datang meminang!”

Rayyan menyelak sedikit cadarnya…

“Meminang??Okay aja…tapi suruh dia tunggu esok…”

Selamba cicak kobeng Rayyan memeluk Abang dia…Zach dah ketuk kepala…liat betul anak dara ni nak bangkit!

“ADIKKK!!! BANGUNN!!”

Terus Rayyan berdiri 90 darjah di atas katil! Siap buat tabik spring lagi….Zach dah tergelak-gelak atas katil…
lawak-lawak…

Rayyan mengecilkan matanya apabila memandang Zach…

‘Ada hati nak gelakkan adik ye, abang?’

“Ooo…sedap dia gelakkan orang…siap abang!”

Hoho…maka berlakulah satu adegan kejar-mengejar dalam bilik tersebut…kecoh betul…

“Adik…dah…dah…abang dah letih”

Zach dah terduduk di atas karpet…Rayyan pula terduduk di atas katilnya…letih main kejar-kejar ni….

“Adik, lawak gila masa adik kata…suruh diorang tunggu esok!Hahaha….adake patut!”

Rayyan dengan selambanya membaling bantal peluknya ke   arah Zach yang tak reti-reti nak henti gelak tu….

“Abang gelakla puas-puas ya, Adik nak bersiram!!”

Rayyan berlalu ke bilik air…


***

“Ma, mana lagi barang? Ariel nak letak dalam kereta ni…”

Zach menghampiri Lea yang tengah syok melihat sesuatu…

“Mama tengok apa tu?”

Tanya Zach kepada Lea…Lea memandang Zach sambil tersenyum…

“Tak…mama tengah tengok gambar Ariel masa kecik-kecik…dah kena air gambar ni”



Lea menyerahkan gambar ditangannya kepada Zach… memang gambar tersebut separuh rosak, namun dia masih dapat ingat saat tersebut…biarpun dia baru berusia 3 tahun ketika waktu tersebut…

“Ma, masa birthday Ariel ni kan?”

Lea hanya mengangguk…dia tersenyum sambil mengusap kepala anaknya yang sudah dewasa itu…

“Dulu Ariel kecik aja…comel betul!”

Lea memuji anaknya itu…

“Mama…kalau bab comel-comel ni, sekarang ni pun anak mama still comel!”

Lea mencubit manja pipi anaknya itu…

“Mana aci!! Rayyan nak jugak!”

Rayyan menerpa ke arah mama dan abangnya…dia memeluk mereka erat…

“Danial…mari kunci pagar ni, Aunty dah nak pergi ni”

Danial dan adik beradiknya pun bergegas turun…

“Kak Rayyan…petang ni datang sini tau! Nia tunggu…bawak kak Esha pun!”

Nia berpesan kepada Rayyan sebelum Rayyan menutup pintu kereta…



***


Selepas 2 minit, mereka tiba di hadapan Villa Tg. Zafran… hati Lea berdebar-debar…

Myra dan esha menyambut kedatangan mereaka…Zafran masih belum pulang dari jogging…

“Myra…bonda discharge hari ni kan?”

Tanya Lea kepada Myra yang sedang mencuci sayur di singki…

“Ya akak…tapi kak, Myra tak dapat ikut, ada customer Myra yang nak datang tengok baju dia kat butik…Myra tak dapat tunda…”

Lea terkedu…

“So, Akak dengan Abang Zafran ajelah ni?”

Myra mengangguk…Lea dah kecut…

“Myra dah cakap kat abang…dia okay aja…”

Lea hanya mengangguk…okey sangatlah tu…habis aku kena maki hamun kat dia dalam kereta nanti…sabar ajalah…

Tiba-tiba telefon Myra berbunyi…

“Akak, tolong potongkan sayur…Myra nak jawab call ni…thanks kak!”

Lea mengambil alih tempat Myra…tiba-tiba pandangannya kabur…pisau diletakkan di tepi…dia terdengar pintu dapur yang dikuak…

Tiba-tiba dia terasa dipeluk erat dari belakang…Hugo Boss jelas dihidunya…

“Sayang, I love you!”

Terasa seluruh tubuhnya kejang…habislah kali ni…

Zafran mengucup lembut leher wanita yang disangkakan Myra tersebut…Lea tak tahu nak buat apa…ditelan mati mak, diluah mati bapak…

“Hmm...You smell too good, baby…I just can`t hold myself together any longer...”

Zafran memusingkan tubuh wanita itu…Lea hanya memejam mata…

Zafran terkedu melihat Lea di hadapannya itu…

Tiba-tiba dia menjadi speechless…tak tahu nak cakap apa…

“Urm..aa…get me a glass of Orange juice…”

Lea terkejut apabila Zafran tetiba aja boleh bercakap dengan baik dengannya…hatinya berbunga sedikit…

Lea segera mengambil gelas…namun secara tiba-tiba,, pandangannya menjadi kabur sekali lagi…dia tidak dapat melihat dengan jelas…dia tersilap langkah dan nyaris-nyaris terjatuh…Zafran bertindak tangkas…dia menyambut Lea…mereka berpandangan…

Gelas di tangan Lea pecah berderai…Zafran masih lagi belum melepaskan pelukannya…

Myra yang baru sahaja ingin memasuki dapur membatalkan niatnya apabila melihat drama yang sedang berlaku di hadapannya…dia tersenyum…

‘Let them be…aku yang bersalah, aku juga yang harus menyatukan mereka…’

Myra berkata-kata dalam hati…

Myra turut menghalang Rayyan dan Zach yang ingin ke dapur…

“Jangan! Ada scene tak sesuai untuk kamu berdua!”

Myra kasi warning…Rayyan dan Zach saling berpandangan…

“Papa tengah make-out dengan mama kamu…jangan kacau daun…”

Zach dan Rayyan senyum penuh makna…Zach memeluk Rayyan…ada chance ni nak berbaik semula…

“If you realize dik, they`re so attached together but they keep denying themselves!”

Zach berkata kepada Rayyan…

“Trust me, Abang…mama memang cintakan papa…”

Mereka dua beradik tersenyum bahagia…



***


“Urm…I…ouch!”

Baru aja Lea nak lepaskan diri dari pelukan Zafran, kakinya terpijak kaca yang pecah tadi…

Zafran mengheret kerusi dan mendudukkan Lea di atasnya… 

Kaki Lea yang tertusuk kaca tersebut diletakkan di atas lututnya…dia menarik kaca tersebut perlahan-lahan…Zafran bagai dirasuk…dia tidak sedar apa yang sedang dilakukannya …he was like, being HIPNOTISED!

Zafran mengambil plaster dari kotak rawatan cemas, dan menampalnya di luka Lea…

Lea hanya memandang tingkah laku suaminya….siapa yang tak pelik? Semalam bukan main lagi marah-marah…tiba-tiba hari ni jadi baik! Mood swing betul!

Zafran memandang Lea…dia menjatukan pandangan kea rah bibir munggil Lea…dan tanpa mereka sedari, dua bibir bersatu…lama.

‘Kau sedar ke tak ni Zafran! Kau kiss perempuan yang mempermainkan cinta kau!’

Satu suara muncul dari hati Zafran…terus Zafran menolak Lea menjauhi tubuhnya…Lea terping-pinga…

“I should not do that!”

Zafran berkata senada.... dia terus berlalu!

Lea terpaku…dia menyentuh bibirnya…masih terasa hangat…semuanya sama seperti dahulu…


***


“Abang, Myra tak ikut tau! Abang dengan kak Lea aja pergi jemput bonda…”

Myra memberitahu suaminya lagi sekali ketika Zafran tengah bersiap dalam bilik…

“Okay…abang dah tahu…”

Zafran menyapukan sedikit brylcream di rambutnya… terpacak sedikit..

“Okay, abang go first!”

Zafran mengucup dahi Myra…Dia kemudiannya turun ke bawah…

Lea sudah menunggu Zafran di kereta…dia terus memboloskan diri ke tempat duduk penumpang bila Zafran membuka kereta.

Perjalanan mereka hanya sunyi…bertemankan DJ di fly.fm sahaja…

Tiba-tiba Lea tersedar yang tudungnya dipakai terbalik… spontan tangannya membuka balik tudungnya…

Dia melucutkan tudungnya…mujurlah cermin semuanya tinted…tak adalah orang kat luar nak nampak!

Zafran menoleh kea rah Lea…jelas kelihatan tanda merah di leher Lea… ‘lovebite?’…ke lebih kepada ‘hatebite?’….

Lea memakai balik tudungnya…dia melihat cermin…

“Ya Allah, besarnya!”

Sekali lagi zafran memandang kea rah Lea…Zafran tersenyum sinis apabila mendengar rungutan Lea tersebut …memang besar tanda tu! haha…

Lea menyelongkar handbagnya…

‘manalah compact powder ni?’

Dia jumpa Compact powdernya dan terus menekap sedikit bedak ke atas tanda tersebut…

‘Lea…kau pakai tudung, takde sesapa nak nampak!’

Bisik hatinya…betul jugak…haha…terbawa-bawa sikap masa zaman muda-muda dulu…dulu manalah dia pakai tudung …Zafran memang sengaja taknak kasi keluar rumah, sebab tu dia sengaja buat banyak-banyak lovebite!

Lea kembali menyimpan bedak kompaknya…

Zafran menguatkan volume radio apabila mendengar lagu a little too not over you-David Archuletta….


Lea kembali memakai tudungnya…

“Maybe I regret everything I said
No way to take it all back, yeah
Now I'm on my own, how I let you go
I'll never understand....
I'll never understand!”

Zafran turut menyanyikan bait-bait lagu tersebut…Lea hanya memandangnya…

‘You will never understand, Zafran…you didn`t even try to understand!’

Lea mengucapkannya di dalam hati…

Tiba-tiba Zafran menekan emergency brake! Tubuh Lea terkehadapan…Zafran mendepakan tangan kirinya secara refleks…sedikit lagi Lea nak terhantuk ke cermin kereta …namun dihalang oleh tangan Zafran…

“Are you okay?”

Tanya Zafran spontan…

Lea hanya mengangguk…Zafran ni kena sampuk apa hari ni?Pelik betul!!

…oh, tak ingat…maybe dia practice nak berlakon depan bonda…

“Jangan buat janggal sangat depan bonda nanti…I want it to be smooth!

‘Kan dah agak dah! Dia practice…’

Lea hanya mengangguk dengan pernyataan Zafran tu…BMW tersebut terus memecut ke hospital.

8 comments:

  1. so sweet lea ngn zhafran..hmm, buat lovebite bnyk2 yer? hehe..sengih gatai..

    ReplyDelete
  2. Kak Zura!!Taula dah bnyk experience kan..jgn duk sengih gatal!!

    ReplyDelete
  3. awin!!!!!!!!!!! cepat smbung! aku dh feel nih..hahaha..zafran3..

    ReplyDelete
  4. hoho.. tp sis tak pandaila nk buat lovebite ni (penhgakuan jujur lagi ikhlas), tak tipu nih :)

    ReplyDelete
  5. haha...sis ni...ni bukan mahkamah la nak ngaku2 segala...takpe,,,hubby sis aja yg tlg buatkn...abes citer...kalau x suh aja rifqi yg comel 2 gigit ngan gigi susu dia!!wakaka...

    ReplyDelete
  6. sakit lea tu bukan part of lakonan ker? baba kompius tang nie... hopely jodoh diaorang adalah plzz.... jgn pisahkan zafran dgn lea

    ReplyDelete
  7. bukan lakonan...real, la dah lama rasa dia sakit...tapi dia x berani nak jmppa doktor....yg masa KR 12 baru dia suruh doc 2 check dia...

    n don worry, hero belongs 2 the heroin...watak tambahan tu...hmm...kita campak aja 6 kaki bawah tanah.....

    ReplyDelete
  8. Awin~ sorryla lambat baca... huu~~ siyes mereka sweet ble baik... ku mahu mereka bersama selamanya... tp apakan daya, Lea sakit.. huu~~

    ReplyDelete