Saturday, January 12, 2013

Lelaki Idaman 17





Qays masih lagi merenung EE. EE pula tak tahu ke mana harus dia talakan pandangan matanya. Pandang bawah, nampak obvious sangat bersalah. Pandang mata Qays mesti cepat cair, lepas tu mudah sangat Qays nak korek cerita. Pandang tempat lain nanti suami kata biadap. Ouh, nasib malang betul. 


“Mama ada. Dia tengah tengok kolam ikan aunty tu.”


EE terus pandang Shah. Hah, boleh pun lari dari pandangan maut Qays. Tapikan, kalau mama Shah datang sekali, mesti punya Qays tahu pasal dia dengan Shah. Aiyo, apa mau bikin sekarang ni? 



“Boleh pula, EE, Adel, tolong pindahkan lagi mana-mana lauk yang tak dipindahkan ke meja tadi. Mama pergi ajak Mama Shah ni masuk. Shah, duduk dulu. Borak dulu.”


EE pula setiba sahaja mendapat arahan dari mama mertua dia itu berlalu ke dapur macam belangkas. Cepat sahaja dia pergi, siap tarik tangan Adel lagi. Adel pula,  diam semacam. Sejak Shah masuk lagi dia diam.


“Nah, babe. Kau tolong bawakan gulai ni ke depan.”


EE menyuruh Adel. Adel tidak memberi respon, malah dia siap termenung jauh. Aik, budak Adel ni, sihat ke tidak ni? Macam patung dah jadinya. EE mencuit pinggang Adel.


“Oi Mak kau tergolek! Hesh, EE. Kau pesal duk cucuk-cucuk aku? Sensitive tau. Nasib baik tak ada orang lain dengar, turun saham nanti tau.”


Omel Adel perlahan. Mukanya sudah merah, tahan malu. EE pula tergelak. Turun saham ya?


“Ehem. Adel and Shah, sitting on a tree, K-I-S-S-I-N-G.”


Lagi merah muka Adel tu. EE ni kan, memang boleh baca Adel macam baca buku.


“Engkau ni kan, jangan sakat boleh. Malu aku.”


Adelia sudah memprotes. EE pula sudah tergelak. Adelia is very easy, senang 
saja nak usik dia.


“Okay, tapikan babe, Shah  tu pun still single, kau cucuklah jarum.”


EE tayangkan muka bijak dia. Adelia sudah pandang EE macam nak cekik orang.


“Kau gila? Dia nak ke kat aku ni? Aku ni study pun tak habis lagi kut, and he is a what?”


Adelia bertanya. Tapi dalam otak dia duk pikiq, kan syok dapat suami macam Shah tu. Dahlah handsome, perangai pun macam baik, kerja pun tetap, body berketak-ketak. Untungnya.


“Dentist. He is a dentist. Amacam?”


Adelia memandang EE yang sudah menggerakkan kening atas bawah itu. Hrm, dentist ek? Not bad.


“Ouch! Aku rasakan, aku kena pergi pakai braces la. Tralala.”


Adelia tersenyum manja sambil mengangkat bekas yang disuakan oleh EE tadi. Dia mengenyitkan matanya kepada EE. EE tersengih. Pandai punya Adel, pakai braces, dengan Dr Shahzad kita ni, memang kau nak makan pun terbayang Shah la lepas ni Adel oi. Ya Allah, tolonglah satukan mereka berdua tu, kurang sikit rasa bersalah aku ni.



***

 

“Ha, inilah dia menantu saya. Tak sabar saya nak timang cucu, Zah. Tapi si Qays ni kata tunggu EE habis study dulu.”


EE yang muncul di dining table itu terdengar mama yang berada di living room. Memang dining table tu opposite living room sahaja. Makin rancak debaran di dadanya itu. Apa yang Aunty Zah akan cakap apabila dia lihat EE nanti. Mana boleh nak avoid kali ni.



“Ala mama ni, lagi one semester je pun. Lepas tu Qays bagi mama cucu setahun dua orang. Nak?”


Qays bergurau dengan mamanya. EE yang tengah menyusun pinggan di atas meja itu terbatuk. Gila kau, setahun dua orang anak? Adelia yang turut ada di meja itu pandang EE dengan muka sinis dia.


“Habis kau babe. Lepas study, memang tak keluar rumah lah kau. Mengandung memanjang.”


EE rasa macam nak bidas Adelia ni dengan catapult pun ada. Okay, kita tunggu turn engkau Adel, kalau kau jadi dengan Shah, kau pun agaknya terima nasib yang sama. Aunty Zah tu pun gilakan baby tau. Tambah-tambah Shah tu anak tunggal. Satu team bola sepak agaknya kau kena provide nanti.


“Mulut tu jaga, kau punya nasib kita belum tahu. Shah tu pun suka baby tau. Kau bersedia awal-awal sebelum kau pergi pasang braces dekat klinik dia. Then baru kau pasang umpan, jerat dia.”


Terdiam Adel mendengar kata-kata EE. Aiyo, ingat perempuan ni kilang baby ke?


“Tak mahulah aku kalau macam  tu. Aku carilah dentist lain.”


Adelia berkata dengan nada yang sedih.


“I dengar ada orang sebut dentist?”


Adelia tersentak. EE pun rasa macam nak gelak kuat-kuat. Sengaja dia tak beritahu Adelia yang mama dia sudah ajak tetamu ke dining table. Kan dah terdengar si Shah tu.


 “Shah. Aunty.”


EE berkata sambil bersalaman dengan mama Shah. Aunty Zah tersenyum manis. Dah lama dia tak tengok EE, tadi baru Shah kata Qays kahwin dengan EE. Kecil dunia ni. Kalau tak terpisah dulu, mesti Shah dah selamat kahwin dengan EE, tapi nak buat macam mana, jodoh EE bukan dengan Shah.


“Hurm. Kecil dunia ni, Aunty pun terkejut bila Shah cakap EE yang kahwin dengan Qays.”


Semua di sana tersentak. EE dah kelu. Kan, dah terjadi apa yang dia paling gerunkan itu.


“Eheh. Jodoh aunty. Eh, jemputlah duduk.”


EE sudah gelisah. Aunty Zah, jangan cakap lebih dari itu. Nanti suami tercinta mengamuk. Tahu-tahu bestfriend sendiri pernah declare dengan wifey dia.


“La, Zah dah kenal dengan EE ke sebelum ni?”


Mama Era bertanya. EE pula sambung tugas mencedukkan nasi ke dalam pinggan. Adel tolong ceduk  untung tetamu, EE layan suami dia dulu. Qays pun 
tadi buat muka pelik dia. Memang sesi soal-jawab lah malam ni nampaknya.


“Kenal la Era. Dulu EE ni jiran kami. Dari kecil sampai SPM. Lepas tu mama dia bercerai, and then pindah, dah lose contact. Rezeki, dapat jumpa balik budak comel ni. Dapat lepas rindu. Dulu-dulu, EE ni selalu datang rumah Zah, kait buah rambutan dengan adik dia tu. Jadi playmate si Shah ni pun. La, Qays tak cerita ke?”


Aunty Zah dah buka cerita lama. EE dah makin tak senang hati. Jangan cakap lebih daripada tu Aunty, please. Dia dah dapat rasa aura Qays ni berubah. Makin gloomy.


Qays pun nyaris tersedak. Dia pun baru tahu cerita ni hari ni, nak beritahu apa? EE ni pun tak ada cerita dekat dia yang Shah dengan dia saling kenal. Ke, ada apa-apa antara mereka berdua ni?


“Qays tu sibuk Zah, tak sempat nak cerita kut.”


Papa dia mencelah. Setelah selesai, EE dan Adel duduk di meja. EE di sebelah Qays, Adel di sebelah Mama.


“A’ah. Qays, dah ada keluarga, jangan workaholic sangat. Kesian EE tu, mama pun tak sabar nak tunggu Shah ni settle-down. Baru melekat dekat rumah, kalau tak, bermalam dekat klinik pun dia tak kisah.”


Aunty Zah komen lebih lanjut. Shah dah tarik muka, Qays pula tersenyum.


“Tak dah aunty, sejak kahwin ni pukul lima saja Qays balik rumah. Shah tu, kahwin nanti sama jugak tu. No worries la aunty, we are bestfriends, I know him well.”


Qays mengujar. Aunty Zah tersenyum. Shah pula jeling pada Qays. Makin Qays rasa nak tergelak. Marah lah tu Shah, mentang-mentang dia sorang saja yang bujang lagi.


“Oi dah dah. Korang ni cakap macamlah Shah tak ada dekat sini. Ma, bagilah Shah kerja dulu puas-puas. Lagipun, Shah tak jumpa lagi calon menantu. Kalau jumpa yang sesuai ma, Shah kahwinlah.”


Shah berkata malas. Nasi dipinggan dijamahnya. Sedap aunty Era dia ni masak. First class.


“Tengok tu Era, Abang, dia nak tunggu bulan jatuh ke riba agaknya.”


Mama Shah sudah rasa geram. Ish anak jantan dia sorang ni, buat arranged marriage baru tahu. Dah tua tapi tak sedar diri lagi.


“Tak payah tunggu bulan, Adelia pun masih single. Kan sayang?”


Adel yang tengah khusyuk menguyah itu tersedak. Merah mukanya. Tekaknya perit. Eden pulak? Apo ke he. Mama Era ni tahu-tahu saja yang dia syok dekat Shah, tapi tak perlulah obvious sangat. Adel pun tak pasang pancing lagi, sabar dulu.


“Alahai, tersedak pula best-friend EE ni. Abang Shah, tolong pass-kan air tu pada Adel.”


Lagi merah muka Adel. Hatinya menggerutu, EE ni kan. Sengaja betul tau. Mentang-mentang Dia duduk di sebelah Mama Era, Shah pula di sebelah kirinya, kenapa tak suruh mama Era sahaja yang passkan air tu? Nak kena Shah pula. Malu tau.


“Nah Adelia.”


Shah menyuakan gelas air itu kepada Adel yang masih terbatuk itu. Mama Era pula duk usap belakang Adel. Kesian. Lepas tu mama pandang EE dan kenyitkan matanya, EE pun kenyit balik. Qays kat tepi turut perasan akan hal itu.


“Amboi yang, kenyit mata dengan mama pula? You are planning something huh.”


Qays berbisik di telinga EE. EE tersentak. Dia tarik muka innocent dia.


“Shh. By the way, we both are doing a favour for them. Tengok mereka tu, sesuai tau.”


EE berbisik kembali. Qays angkat keningnya. Bini dia ni, dah kena badi matchmaker mama dia ni nampaknya. Kena warn Shah lepas ni. Tapikan, perlu ke warn? Shah tu pun dah layak kahwin. Best apa kahwin, Qays tak menyesal kawin dengan EE. Even philosphy dia pun sudah berubah setelah berkahwin. Kena encourage Shah supaya kahwin ni.


“Awak ni pun Era, kesian Adelia tu. Kan dah tersedak.”


Papa Qays bersuara. Adelia pula jadi mangsa keadaan, bini dia ni ada lah tu . Gatal nak rancang satu lagi perkahwinan lah tu.


“Ala abang ni, saya tak sengaja. Saya tanya saja, Adelia ni single ke tak. Okay dah sayang?”


Dia kemudian bertanya kepada Adel. Adel mengangguk sahaja. Perit lagi nak bercakap, perit dan malu. Mukanya sudah memerah.


“Okay dah aunty. Thanks.”


Adelia sambung kembali makan.


“Oh iya. Tadi abang ada dengar pasal braces? Siapa yang nak pakai?”


Shah bertanya out of the blue. EE sudah tarik senyum sampai telinga. Dengar rupanya, ingat tak dengar tadi.


“Adelia lah Abang Shah. EE cakap yang abang tu dentist, and dia terus teringat kat braces. Adel, kau buat la appoinment, Abang Shah kan BFF Qays, sure dapat discount. Kan?”


EE berkata lantang. Nak kena cucuk jarum buat Adelia dengan Shah ni. Kena usaha, betul tak.


Shah tersenyum.


“Discount eh? Boleh saja. Nanti buat appoinment ya, Adelia. Saya kasi special price. EE ni dah macam adik saya, awak pun macam adik la juga.”


Muka EE dan mama Era yang tadi berseri sudah pudar. Shah anggap Adelia macam adik eh? Ayoyo. Macam mana sekarang ni.


“Uih, muka you obvious sangat terkilan. Ingat tak dulu sayang, Kovu pun panggil sayang adik, tapi sekarang kita kahwin je. Chill, chill. Kovu pun join sekaki, kita kenenkan Shah ni.”


Qays berbisik lagi sekali. EE pula rasa nak melompat pun ada. Kovu dia ni memang unexpected, ingat dia nak halang plan mama dengan dia ni, tapi sebaliknya yang berlaku. Entah apa yang sedang bermain di fikiran suami dia tu.


“Seriously you nak join?”


Qays angguk. Ah, makin sayang EE dekat Kovu dia ni.


“Ahaha. Boleh, boleh. Nanti EE sendiri bawa dia pergi klinik abang.”


EE ambil balik port dia. Shah angguk. Adel pula tayang muka geram dekat EE. Adik, dia kata aku ni macam adik dia je? Haih, no chance la macam ni Adelia oi. Belum apa-apa dah kena reject. Kalau kau tu jenis berani and tak tahu malu macam EE tu boleh lah kau proceed, tapi masalahnya kau tu pemalu tahap cipan. Memang no chance at all, I tell you.



***

 
“Aunty Era, Uncle, Qays, EE...thanks for the dinner. Nanti next time, Shah nak bawa mama pergi lawat Mama EE pula.”


Shah berkata sambil bergerak ke pintu rumah. Dah makan, sekarang nak balik dah, esok kena masuk klinik.


Aunty Zah pula angguk. Rindu nak jumpa Cik Puan Zarina tu, dah lima tahun lose contact.


“Itulah Era tak tahu, kalau tidak boleh sangat jemput Zarina tu. Dia pun duduk dalam taman ni je pun. Tak apalah, next time ya.”


Mama Era mengujar lanjut. Iyalah, kalau dia tahu family Shah ni kenal dengan family EE, dah lama dia ajak tahu. Boleh reunite balik.


“Oh, iya ke? Lagi senang macam tu. Lain kali lah ya. Era, thanks for the lovely dinner. Nanti kita saling berhubung lah ya.”


Aunty Zah punya turn pula. Mama angguk.


“Ok ma? Jom gerak.”


Shah mengajak mamanya.


“A’ah. Yang, jom. Kita pun nak hantar Adel balik, kan?”


Qays bersuara. EE mengangguk. Sengaja je Qays cakap pasal nak hantar Adel balik kuat-kuat. So that Shah dengar and offer nak hantar. Hebat tak otak mereka ni. Pandai juga Qays ni memainkan peranan dia.


“La, Adelia nak balik ke? Qays, kau tak payah susah-susah. Aku hantarkan saja.”


Shah berkata. EE pandang Qays, Qays pandang EE, pancing dah kena. Boohsya!


“Eh, tak menyusahkan ke?”


Qays buat-buat bertanya. Kesian dekat Adelia, jadi mangsa Qays, EE, dan mama Era.


“A’ah. Abang Shah okay ke? Kesian pula dekat aunty lambat pulang.”


Adel mencelah entah dari mana. EE dan Qays ni kan, sengaja nak set up kan dia.


“Mana ada menyusahkan. You budak UiTM kan? On the way saja tu.”


Shah tarik senyum. Nak tak nak, Adelia akur sahaja. Ada orang nak hantar, syukur sahaja. Dia bersalaman dengan Mama Era dan menggalas begnya. Dia kemudiannya membontoti Shah dan Aunty Zah ke dalam Harrier.



***

 

“Adelia ni orang mana?”


Aunty Zah bertanya di dalam kereta. Aunty Zah pun duduk ditepinya. Shah tu dah diibaratkan macam driver, duduk sorang-sorang dekat depan. Saja Aunty Zah ni.


“Orang Nogori aunty.”


Adelia membalas sambil tergelak kecil. Aunty Zah pun tersenyum.


“Wow. Mesti expert bab masak lomak cili api, kan?”


Aunty Zah bertanya. Adelia senyum manis.


“Tak mahir sangat. Asam pedas saya boleh la, tapi tak adalah sesedap mak saya masak.”


Aunty Zah mengangguk.


“Memang, setiap anak mesti kata masakan mak dia yang paling sedap. Tapikan, aunty tengok tangan kamu ni, hrmm, pandai masak ni. Suami sayang ni nanti.”


Alahai, Aunty Zah ni sudah duk usap-usap pula tangan Adel ni. Adel pula rasa awkward sangat. Macam tahu-tahu saja dia nak dekat anak teruna Aunty Zah ni.


“Ke situ pula Aunty. Study pun tak habis lagi.”


Adelia berdalih. Aunty Zah tarik muka serious dia.


“Tak salah kahwin masa study, tengok Eryna tu, bahagia saja Aunty tengok. Shah juga duduk tunggu dia, tup-tup dah kahwin.”


Adelia membulatkan matanya. Say What???? Shah tunggu EE? Oh, my God! Ee tak cakap pun dekat dia hal ni, nak kena korek ni.


“Ma, dia dah kahwin lah. Forget about it, nantilah Shah carikan menantu untuk mama tu.”


Shah mencelah. Ish , mama dia ni. Kan dah ada orang lain tahu, bestfriend EE pulak tu.


“Tak payah cari jauh-jauh, sebelah mama ni dah ada sorang.”


Selamba Aunt Zah berkata. Shah pula mendecitkan lidahnya. Adelia? Kalau tak dapat EE, bestfriend dia pun dah memadai? Macam tu?


“Ish mama ni, malu anak dara orang. Sorry Adel, my mom ni memang straight forward.”


Shah meminta maaf. Adelia hanya tergelak halus. Hrm, merdu juga dia gelak. Aih Shah, dah minat kat so called ‘adik’ ni?


“Okay, dah sampai.”


Adel berhenti gelak. Lawak juga dua beranak ni kan. Stress free. Adelia bersalaman dan mencium pipi Aunty Zah . Selepas itu dia mengucapkan terima kasih kepada Shah.


“Hrmm... apa lagi Shah? Pergilah teman Adelia ke pintu hostel dia. Gelap ni.”


Mama Shah memberi command. Nak tak nak Shah ikut, sebab memang kawasan itu agak gelap. Adelia juga yang termalu sendiri. Selama ni dia keluar pun tak ada apa-apa lah berlaku.


“Okay.”


Shah berkata sepatah lalu berjalan beriringan dengan Adel. Sampai sahaja di muka pintu hostel, Shah memandang Adelia. Cantik juga budak ni kan?


“Urm...thanks abang Shah. Sorry menyusahkan abang.”


Adelia berkata perlahan. Malu dia dah mai dah. Rasa merah saja muka.


“Tak menyusahkan pun. And yeah, this is my card. Call me, and buat appointment.”


Shah  terlupa pula nak kasi kad dia tadi. Baik dia bagi, customer tu.


Adel mencapai kad nama tersebut dan melihat sekilas lalu.


“Thanks! Goodnight!”


Cepat-cepat Adelia berlalu sesudah mengambil kad itu. Malu tau. Hurm, number Shah dah ada, bolehlah calling-calling lepas ni, dak gitu? Minah pemalu ni nak ke buat macam tu? Haram!


*** Cat & Byron


Malam ni, Ayah dan Mommy tak ada dekat rumah. Pergi rumah datin sengkek tu katanya. Sebab Byron dah ada, Ayah tak bawa Cat bersama. Plus, Ayah pergi office dulu, lepas tu straight pergi rumah si Datin tu. Memang Cat pun tak mahu jumpa Datin tu. Sakit mata sahaja tau.


‘Cara, you ni kenapa sejak dua menjak ni asyik jauhkan diri pada I?’


Dah mai dah Byron ni. Orang nak ada personal space sekejap pun tak boleh. Menyampah tahu, dahlah tengah moodswing ni. Aku telan jugak baru tahu.


‘Ish. By, you pergi main jauh-jauh. I nak my own space kejap.’


Cat berkata lantang. Byron tarik muka dia. Cat ni, garang sangat sejak pregnant ni. Tak sesuai tau dengan muka dia yang comel tu. Perut pun dah bulat sebab ada kittens dia dalam tu.


‘Sayang, you seksi sangat tau. And the though that you are carrying my kittens makes you even sexier.’


Byron mencuba nasibnya. Cat buat muka. Jangan harap Byron, you are so not getting some.


‘Boleh blah. Dah, tepilah. Cat nak rehat.’


Cat berlari ke dalam raganya. Byron terasa hampa, sampai hati Cat layan aku macam tu. Orang nak  bermanja, dia buat hati batu dia. Cari kucing lain baru tau.


‘Cara, I join you?’


Byron tarik muka simpati dia. Cat pun sedih tengok muka kesian tu.


‘Join saja, jangan lebih-lebih.’


Cat berkata tegas. Byron rasa nak bersorak pun ada. Dah seminggu tak tidur dekat dengan Cat ni. Ada je tempat Cat ni nak menyorok dari dia.


‘Yes! Tak lebih-lebih.’


Byron berkata sambil melompat masuk ke dalam raga itu. Dia meletakkan kepalanya ke atas badan Cat. Dapat rasa kittens dia bergerak di dalam perut Cat itu. Makin kembang rasa hatinya, anak-anak dia sedang membesar.


‘Cara, jangalah grumpy sangat ya?’


Byron bekata perlahan. Cat yang baru hendak lelap itu kembali tersedar. Eih, aku gigit jugak mangkuk ni baru tahu. Dahlah kebelakangan ini tak cukup tidur, tak biasa dengan kondisi ni.


‘Jangan banyak cakap boleh? Diam saja. Nak bising-bising pergi tempat lain. Saya nak tidur.’


Cat berkata tegas. Byron, kau sabar sajalah, lepas keluar kittens tu, okaylah Cat ni.


‘Sorry. Go to sleep, sayang. I’ll be here to protect you.’


Byron berbisik perlahan. Romantic tau kucing Italy ni.


‘Protect la sangat, kita dalam rumah la, dah protect dari apa? Cicak?’


Sinis Cat menjawab. Byron diam saja, malas hendak mengulas lanjut. Nanti dia juga yang kena halau dari raga itu. Dia menjilat kepala Cat lembut. Tak lama kemudian, dia dapat merasakan Cat sudah lena. Hurm, Cat sangat comel dalam tidur.


Haih, Byron, kalau dah cinta tu, buruk mana pun masih nampak cantik tau. Kalaulah kau jadi manusia Byron, memang jadi the most wanted male tau. Penyabar betul engkau ni dengan karenah Cat tu.









8 comments:

  1. jadi matchmaker pulak dua org tu :)

    ReplyDelete
  2. ok, comel gila kot jd mtchmaker... hahaha

    ReplyDelete
  3. best sgt!!!!.....mest nanti si qays soal siasat EE......hehe...

    ReplyDelete
  4. Cumelllnye Byron n Cat nie......
    Best sgt....nk lgi.....

    ReplyDelete
  5. Cumelllnye Byron n Cat nie......
    Best sgt....nk lgi.....

    ReplyDelete
  6. yeye... !!!!! ada new episode..

    -sarah raffar -

    ReplyDelete
  7. luv u cik writer...best sangat2 citer ni....

    ReplyDelete