Ruang tamu itu sarat dengan para tetamu. Aunty Zu kata ini
rombongan meminang, bukannya rombongan kahwin, tapi yang datangnya ada dalam
empat buah kereta. Besar betul famili sebelah Kay ni rupanya. Kiah
yang berseorangan di dalam bilik hanya mampu mengintai dari tingkap bilik.
Belum masa untuk dia turun lagi. Sedang Kiah mengintai sama ada si pujaan hati
datang ke tidak, pintu biliknya diketuk.
“Ye?”
Sahut Kiah dari dalam. Tombol dipulas
dan Kiah ternganga.
“Benji Dandy!!” Jerit Kiah
perlahan. Tangan di bawa ke dada.
“Kiah Joyah!!” Benji
mengenyitkan matanya. Iya, dia datang hari ni. Kashaff kata kalau tak ada
apa-apa silalah datang tolong apa yang patut. Lagipun, Cik Kiah ni memang rapat
dengan dia, rasanya, wajar dia datang.
Masing-masing tersenyum lebar. Gelaran
yang diberi, usah ditanya. BFF kan? Otak sama pelik. Benji
pula mengerutkan dahinya, Kiah ni apesal tenung dia semacam?
Mak ai mak you, segaknya lelaki
ni! Eh Kiah, jangan jangan. Ingat Kay, ingat Kay. Benji menarik senyuman
menawannya apabila melihat Kiah yang sedang memandangnya dari atas ke bawah.
“Hoi bestfriend! Tak
ingat dunia nampak usha anak teruna orang. Betul kata Kashaff, kamu ni pantang
tengok lelaki segak, semua nak usha.”
Sedas Benji memerli. Kiah tarik
muncung. Anak teruna siapa yang perasan sangat-sangat ni?
“Eh, pleaselah. Dengki
lah tu dah ada orang masuk minang kita.”
Kiah memerli balik. Benjamin hanya
tergelak di muka pintu bilik Kiah. Takkan nak masuk dalam bilik anak dara ni
kut? Kejap lagi dia dah jadi tunangan orang lain, tak manis.
“Hurm, tak payah lah. Itu ha, si ex
bakal laki kau dua puluh empat jam kejar aku sana sini. Pening pening.”
Pening ya Benji? Kalau dulu Jaz dengan
Kay, bukan main lagi kau cemburu. Sekarang bila Jaz terkejarkan kau sampai dia
tinggalkan Kay, bukan main lagi kau jual mahal.
“Mulut kata pening, hati kata suka. Iye
idak?”
“Kenalah jual mahal. Kalau jual
murah-murah, dia tinggal aku lagi sekali pulak. Kay pun dia sanggup tinggal, so
aku kena hati-hati.”
Entah sejak bila mereka berdua ni membahasakan
diri kau-aku. Mungkin, kedengaran lagi ‘bestfriend’ kalau guna istilah itu.
Kiah masih ingat pinangan olok-olok Benji itu hari, dan dia bersyukur sangat
dia pun tak teruja untuk terima. Kalaulah dia terima, walaupun ianya hanyalah
olok-olok, nanti entah konflik apa lagi yang akan timbul.
“Kau tak bawa dia ke?”
Soalan maut dari Kiah mengundang
jelingan tajam dari Benji. Gila ke perempuan ni sorang? Sedar tak dia kahwin
dengan siapa?
“Eh Kiah sayang. Aku datang sini nak
tolong apa yang patut. Plus, kalau aku bawa Jaz tu, mahu menangis
40 hari 40 malam Kay. Lagipun, aku masih pada tahap bolayan Jaz
tu. Apa dia ingat senang-senang dia buang aku dulu, macam dia buang Kay, aku
nak senang-senang terima dia balik? Puh lease! No way. Aku
kena uji dia cukup-cukup, baru aku terima dia. Kalau dia betul-betul nak balik
pada aku, she will have to prove it.”
Bersemangat Benji memberitahu Kiah
rencananya. Kiah hanya mampu mengangguk. Apa-apalah Benji, asal kau bahagia
cukup,getus hati Kiah.
“Nanti karang, bila kau free, kau cerita
macam mana dia trackdown kau sampai dapat ni? Rasanya, dia
baru je putus dengan Kay, takkan cepat gila dia track kau?”
Pesan Kiah awal-awal. Memang dia nak
tahu macam mana Jaz boleh hadap Benji ni. Memang muka sama tak tahu malu macam
Kiah agaknya.
“Lah, sekarang pun aku boleh cerita.
Kau tak perlu turun lagi kan?”
Balas Benji teruja. Kiah angguk, kena
tunggu mama punya isyarat baru dia boleh turun tunjuk muka. Kiah mengajak Benji
ke sofa yang ada di tingkat itu lalu mereka duduk berbicara.
“Spill”
Arah Kiah, senyuman tercarik
lebar, Benji pula sudah menyilangkan kakinya. Tangan kiri ditongkat ke lengan
sofa. Mata memandang kipas yang berpusing laju.
“Dia cari aku kat hospital. Tak cukup
dengan tu, dia siap transfer ke hospital aku. Nak tak nak,
hari-hari kena hadap muka dia. Ada-ada saja trick yang dia
buat. Hish, geram pun ada dengan dia. Tak tenang aku nak buat kerja. Aku masih
geram tahu, dia macam buat tak tahu je yang aku pernah terluka sebab dia dulu.”
“Dulu? Oh, dulu memang dia yang
tinggalkan kau eh? For Kay right?”
Soalan Kiah itu membuatkan Benji
menjelingnya. Ini perempuan, saja mau bikin dia paneh hati agaknya.
“Kau tease lagi aku,
aku tak cerita.”
Bentak Benji. Kiah nyaris tergelak
namun sempat menutup mulutnya. Gosh, cute Benji!
“Ololo, aku acah sikit je, pun nak
sentap. Mr Hot-sentap much!”
Acah lagi. Benji hanya mendecitkan
lidahnya. Nasiblah Kay jadi laki kau Kiah, hari-hari kau acah dia, nahas engkau
kena dengan dia agaknya.
“I know I’m hot”
“Oh my, okay, okay. Seriously. Kau
masih nak try couple balik dengan dia?”
Benji merenung Kiah. Kalau ketika Jaz
dengan Kay dulu, memang kalau boleh dia nak balik Jaz tu, tapi sekarang bila
Jaz pun dah campak Kay macam tu, tiba-tiba hatinya pula yang tak pasti sama ada
mahu menerima balik Jaz ataupun...
“Kau cuba tanya aku soalan tu setahun
dari sekarang. Now, I still don’t have the answers. Mungkin
ya, mungkin tidak. Aku nak tengok macam mana Jaz tu nak pujuk balik aku.” Kiah
hanya mengangguk dengan respons Benji itu. Betul tu, hati yang dah luka, ibarat
kertas yang ronyok. Buat macam mana sekali pun, kalau dah terluka tu parut dia
dalam, walaupun tidak nampak.
“Kahwin aku nanti kau bawa dia tak?”
Benji mengerutkan hidungnya sambil jari
telunjuknya naik tegak. Kiah membulatkan matanya, oopsie, terlepas
tanya pulak. Itu sepatutnya menjadi majlis perkahwinan Kay-Jaz, tapi sudah
digantikan menjadi Kiah-Kay. Kalau Jaz datang mau tak haru satu pekan.
“Beb, kau ni pun agak-agak lah. Karang
laki kau lari kidnap Jaz aku macam mana?”
Rungut Benji. Jual mahal pun sayang
tetap sayang. Cinta itu buta, pekak dan bisu...
“Dude, kalau dorang lari,
kau pulak lah ganti Kay. Senang!” Kiah mengenyitkan matanya. Benji membuat muka
meluat.
“Cheh, Jaz marah nanti.” Jawab Benji.
“Eleh, kau pulak berbeza benor dari
Kay.” Tokok si Kiah.
“Dan dan je dia, padahal hari tu dalam
kereta masa aku lamar olok-olok, nak nak je dia kata ya, nasib aku sempat
potong line.” Sakat Benji lagi. Muka Kiah sudah merah.
Teringat yang dia nyaris memperbodohkan diri di hadapan Benji. Dasar prankster!
“Eh, kau ni kan. Nasib bestfriend, kalau
tak dah sental mulut kau dengan berus dawai.”
Ugut Kiah. Benji angkat bahu, keningnya
juga terangkat. Haih, mentang-mentang Kiah dah jadi tunangan orang, dia
layannya Kiah macam sampah. Kalau sebelum ni siap boleh menyanyilah,
bersayang-sayang lah, sekarang seakan-akan ‘aku-kau’itu lebih sesuai. Lebih
mengeratkan tapi tidak sampai terlampau erat.
“Woy woy, korang ni, rombongan dah
sampai, teruna, dara, buat apa berdua-duaan ni? Sebab korang rapat macam ni lah
sampai kita-kita semua ingat korang ni ada apa-apa. Hampeh!” Kashaff yang segak
bersongkok dan bersampin itu menegur adiknya dan juga rakan baiknya itu. Kiah
dan Benji memandang ke arah Kashaff sambil menayang peace.
“Adik dah boleh turun ke bang?”
Kiah bertanya, sebab dia nampak Kashaff
dari tingkat bawah. Sah-sahlah mama dah suruh panggil dia tu kan? Ehhe, tak
sabar nya nak tunang, lepas tu kahwin!
“Hurmmm, dah, shoo, tapi
kawal sikit keterujaan tu, your Benz Aliff Sulaiman pun ada
sekali.”
Rahang Kiah jatuh. My!
Abang dia ni kan, sempat lagi sakat tu. Tak perlu nak sebut nama Benz siang-siang
ni. Dan iya, nampaknya, orang yang dia mimpikan sebagai Benz itu dulu sudah
hampir menjadi kenyataan. Kiah tersenyum lebar lalu melangkah ke arah tangga.
Tangan Kashaff dipegang erat lalu dia menuruni anak-anak tangga itu dengan
hati-hati. Benji yang melihat bekas potpouri di atas meja kopi itu
membaling segenggam-dua potpouri ke arah Kiah. Wajahnya tersenyum lebar.
“All the best BFF!”
Kiah berpaling dari separuh anak tangga lalu tersenyum manis ke arah Benji. Matanya dikerdipkan, noted BFF! Noted! I shall do my best for Khayrel Reza’s heart.
Kiah berpaling dari separuh anak tangga lalu tersenyum manis ke arah Benji. Matanya dikerdipkan, noted BFF! Noted! I shall do my best for Khayrel Reza’s heart.
Kiah didudukkan ke atas sofa two-seater dan dikerumuni
oleh sanak saudara dan juga teman rapat mamanya. Mamanya datang dari entah
mana-mana, turut menyertainya di atas sofa itu. Tangannya yang sejuk beku itu
menggenggam tangan mamanya. Ayahnya pula sudah segak bersila di hadapannya, di
sebelah Kashaff. Benji pun ada, tapi Benji berdiri di belakang, tengah syok
tangkap gambar. Meja kopi yang dahulunya berada di tengah-tengah ruangan itu
sudah awal-awal lagi dipunggah ke tempat lain. Nak bagi luas ruangan itu.
“Ini, si tunangan ni memang nak join ke? If
you want to wait outside that’s fine, boy.”
Kay yang sedang meriba Luth itu
tersentak. Adam memandangnya tepat, Kay tersenyum. Wajah mamanya dipandang,
lalu dia bangkit dari silanya. Kiah turut memandang Kay, baru dia
perasan Kay. Ingatkan dia dah tunggu kat luar, rupa-rupanya ada juga
kat sini. Tak tersedar tadi, sebab Kay diam saja dengan Luth yang tertidur di
ribanya.
“Okay uncle, can I borrow a
room. He has fallen asleep.”
Kata Kay tenang sambil mendokong Luth
di atas bahunya. Kashaff ingin bangun untuk menunjukkan bilik kosong
bagi Luth tapi Benji sudah mencelah.
“Takpa Kashaff, guestroom kan?
Aku tunjukkan.”
Selamba sahaja Benji menepis hajat
Kashaff. Kashaff hanya mampu mengangguk. Sedar yang mungkin Benji
inginkan personal talk dengan Kay. Kay hanya menurut langkah
kaki Benji yang sudah ariff dengan selok belok rumah kawan-kawan baik dia itu.
“Comel cucu Dato’.”
Adam memuji sepatah. Dari mula
rombongan tadi sampai, dia diperkenalkan kepada Kay, dan Kay nampak serba-salah
saja pada hari ini. Namun, Kay tidak kata apa-apa malah sibuk melayan karenah
Luth yang lincah itu. Comel si Luth itu, nanti, cucu dia pun mungkin akan
secomel itu.
“Satu-satunya cucu saya buat waktu ini,
Adam. Lagi satu, tak usah berdato’ bagai. Kita kan bakal besan.”
Dato’ Reza berkata
ikhlas. Seganlah kalau besan pun panggil kita Dato’. Adam hanya
tergelak mesra. Kiah bakal kahwin ke dalam keluarga yang elok, sangat tepat
pilihan anaknya.
“Bismillah, kita mulakan dahulu
ya majlis ni? Saya rasa, elok kita berpantun, abang Reza. Kekalkan tradisi
Melayu kita.”
Adam Hartigoff bertanya secara sopan.
Seluruh ruangan itu gamat dengan gelak tawa. Lawak juga ayah Kiah ni, ‘Melayu
kita’ sedangkan trang tang-tang rambut dia coklat dan matanya biru. Dia sempat
lagi berpaling ke belakang dan mengenyitkan mata pada anak dan juga jantung
hatinya, Puan Maimunah. Kiah mengenyitkan matanya kembali kepada ayahnya.
“Amboi. Nak pantun-pantun abang? Kalau
dulu kena bantai habis dengan arwah ayah saya, awak nak balas dendam ke apa
ni?”
Celah Puan Maimunah. Makin riuh ruangan
itu dengan jenaka dari pihak perempuan. Adam lagi sekali memandang bekas
isterinya dengan muka bangganya itu.
“Itu kisah lama. Now this
Eurasian is more than prepared.”
Ulasnya bangga. Pandangan dialihkan ke
arah Dato’ Reza di hadapan. “Saya sebenarnya bang Reza, suka sangat dengan adat
Melayu ni. Sebab tu terpaut sama mamanya Kiah dulu. Nama dia pun unik,
Maimunah. Siap dapat anak kami adjust juga biar dapat initial macam
nama Melayu.”
Terhangguk-hangguk Dato’ Reza
mendengarnya. Baru dia tahu, ayah Kiah ni orang Malaysia juga rupanya. Padanlah
lancar berbahasa Melayu. Eurasian, European but born here, in Malaysia.
“ Kalau kita bukak cerita, Adam, sampai ke esok tak habis. Kita
mulakan ya?”
“Betul tu bang. Kalau ikut adat, pihak
lelaki lah ya, mula dahulu?”
Dato’ Reza mengangguk kepalanya. Dia
berdehem beberapa kali sebelum memandang ke kiri dan kanannya. Sehelai kertas
dari poket baju Melayunya dikeluarkan. Datin Zu kekal di sisi memberi semangat
membalas pantun.
“Akar memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman;
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga ditaman.”
Nampaknya cantik berseri laman;
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga ditaman.”
Adam tersengih panjang.
“Eh abang, curi dari blog orang ya? Saya ingat saya je.”
Sempat lagi ayah Kiah ni. Puan
Munirah sudah awal-awal menapar bahu Adam, apalah punya perangai bekas laki dia
ni. Sempat nak sakat orang lain.
“Iyalah Adam, apa fungsi google kalau
tak boleh tolong kita. Itu ha, sambung! Biarlah pantun tak original pun,
betul tak Zu?”
Datin Zu pun sudah turut tergelak.
Namun, kepalanya tetap diangguk. Adam dan suaminya bagai dah ngam, sesuai
sangat mereka berbesan. Wajah Puan Maimunah turut dipandang Datin Zu sekilas,
bahagia betul sahabat dia itu. Tak lama lagi selepas selesai perkahwinan Kiah,
rumah ni buat lagi sekali agaknya majlis kahwin.
“Saya balas ya?” Adam tanya.
“Iya sila sila.”
“Pohon cempedak ditepi titi,
Pohon nangka buah sebiji;
Kalau sudah berkenan dihati,
Marilah kita mengikat janji.”
Pohon nangka buah sebiji;
Kalau sudah berkenan dihati,
Marilah kita mengikat janji.”
Lagi sekali ruang itu menjadi
hingar. Straight to the point betul Adam Hartigoff ini. Tak
pandang kiri kanan terus dia suruh pihak lelaki sarung cincin tanda.
“Laju nampak Adam?” Perli Datin Zu pula kali ini. Adam sekadar
tersenyum.
“Anak saya dah tak sabar tu, abang
Reza, Kak Zu. Lagipun, panjang sangat kalau berpantun ni. Kita dah pun faham
tujuan sebenar rombongan ini, jadi perkara elok kita cepat-cepatkan.”
Dia bangkit untuk memberi laluan
kepada pihak lelaki untuk menyarungkan cincin pada jari Kiah. Kiah tersenyum
lebar apabila Aunty Zu nya menyarungkan cincin pada jari
manisnya. Pipi Kiah dikucup sayang.
“Mama suka kamu jadi menantu mama.
Dan mama doakan Kay pun bahagia dengan kamu, ya sayang?”
Panggilan pun terus berubah. Kiah
angguk. Air matanya menitis laju. Terharu dapat bakal mertua sebegini. Aunty Zu
faham situasinya sekarang, dan dia bersyukur dikurniakan seorang lagi ibu yang
sangat memahami.
“Kiah janji, Kiah cuba tawan hati anak mama. Kiah janji ma.”Ucap Kiah
perlahan, Datin Zu sekadar mengangguk. You can do it Kiah!
“Jaz is being a pain in
the ass lately.”
Luah Benji seraya duduk di atas katil.
Tangannya mengusap-usap dahi Luth. Kay yang sedang berdiri merenung ke luar
tingkap itu tidak memberikan sebarang respons.
“ Kau kahwin ni sebab kena paksa kan? I know you still love
Jaz.”
Benji masih lagi ingin mengungkit
perihal Jaz. Kay berpaling dari tingkap dan memandang Benji tajam. Badan
disandarkan pada tingkap, tangan diseluk ke dalam poket baju Melayunya.
“Hati mak, kenalah jaga. Kita ikut saja apa dia nak, asal dia bahagia.”
Selamba dan tanpa riak, Kay
berkata-kata. Benji bangkit dan menghampiri Kay. Dia berdiri tegak di hadapan
Kay lalu menyilangkan tangannya ke dada.
“If
you must know, Khayrel. I am not glad that she hurt you like that. I know how
it feels. It breaks my heart to see the person
whom I truly loved, just leave me alone without a warning. That was what she
did to me, and again to you. Sebab tu, aku
tak akan mudah-mudah terima dia balik. That woman, needs a lesson.
Kalau tak, dia tak akan sedar yang hati kita ni bukan senang-senang boleh
dipermainkan.”
“To
me now, women are all the same. They are sleazy, wicked creation of God.
Kau buatlah apa kau nak dengan Jaz tu. Apa aku kesah? Dia bukan lagi tunang
aku.”
Kay masih menayangkan muka toyanya. Benji meletakkan tangannya ke atas
bahu Kay. Matanya menikam mata Kay. Senang mulut berbicara, namun bukan senang
hati melupakan. Kay, tak usah pura-pura. Benji pernah rasa apa yang kau rasa.
“Tapi ingat Kay, Jaz dan Kiah, dua wanita berbeza. Kiah has never done
you wrong. Kau jangan pula lampiaskan kemarahan kau pada Kiah. Dia
budak baik.”
“Baik, Jaz pun dulu baik. Sudahlah Ben, kau kisahkan hal kau, aku dengan
hal aku. Thanks for the chat though. Satu nasihat, just
ditch that sleazy witch kalau dia mengada sangat. And, kirim salam
sama dia, cakap terima kasih buat semua ni. Terima kasih sebab buat aku
terlibat dengan segala huru-hara ni.”
Dengan itu, Kay keluar dari bilik
tetamu itu. Geram, Kay berasa geram dengan dirinya. Geram kerana tak mampu
untuk menghalang perkahwinan ini, geram dengan Jaz yang memilih Benji pada
saat-saat akhir, geram pada Kiah yang tampak bahagia dengan segala perihal
ini. Owh Khairina Ibtisam Adam Hartigoff, what have you done to
me? Kenapa kau setuju nak kahwin dengan aku?
Kay melepaskan sebuah keluhan yang
berat. Matanya memerhatikan mamanya yang sedang menyarung cincin kepada Kiah
itu.Sekarang, dia menjadi tunangan Kiah. Lagi dua tiga hari, suami Kiah. Pintu
bilik itu ditarik rapat. Kakinya melangkah untuk menghampiri mamanya.
“Kay, tunggu.” Benji tangkas memaut
pintu yang ingin tertutup itu. Kay berhenti dari melangkah.
“
Remember to take all the time you need to heal emotionally. Moving on doesn't
take a day. It takes a lot of little steps to be able to break free of your
broken self. Do whatever you have to move on. Kiah, is just your starting
point, dear friend. She is just your turning point. Masih jauh perjalanan kau, Kay. Nasihat aku, singkirkan nama Jaz,
gantikan dengan Kiah.”
Nasihat ikhlas dari Benji bagai
tidak mampu membuat Kay meninggalkan rasa geram dihatinya. Makin geram lagi
adalah.
“Ben,cukuplah. Keep
your life quotes to yourself. Aku boleh jaga diri aku sendiri, aku tak
perlukan apa-apa dari siapa-siapa. Mind your own bussiness, dear
friend.”
Kay mengetap bibirnya. Benjamin
menggelengkan kepalanya. Sinikal. Khayrel bin Reza ini sudah menjadi sangat
sinikal. God, Kiah, brace yourself. This is one angry man you are
involved with. Aku harap kau sabar banyak-banyak Kiah. Aku harap kau
kembalikan balik Khayrel yang lama. Doa Benji dalam hatinya. Pintu
bilik itu ditutup, baik jaga Luth lagi bagus.
“Uncle Ben lagi cool dari Uncle
Long, kan Luth?”
Tanya Benji sambil menyentuh pipi
mulus Luth yang masih lena itu. Kemudiannya, dia tersenyum sendiri. Apalah dia
ni pun, tak elok nak suruh anak saudara dia ni bandingkan dia dengan Kay.
Biarlah kasih yang diberi sama rata, tak perlu nak tanya siapa yang disayangi
lebih.
tetibe rase benci ngan ngan kay... huh..
ReplyDeletebut why? Dia geram je dengan nasib dia. hahaha
ReplyDeleteKay... kay.. Normal ar tu.. bru break kn.. putus tunang plak tu..
ReplyDeleteDia belum tahu penangan cik kiah tu.
Nk lg, cik writer.. nk entry terus pd majlis nikah..hehe..
cant wait what will kiah do to attract kay
ReplyDeletehahaha c'mon kiah
Suka. ;)
ReplyDeleteArghhh... mind ur own bisnes..chett..adooiii kiahhh... akaq cian ko nnt.huhu... winnn.. bla dorg nk kwin? Akk jd pgapit blh? Ahaha.. -kak shida-
ReplyDeletehaha, printah mu den turutkan wahai kakak. haha, inshaAllah masih ada kosong pengapit punya spot, eherm, boleh kut. laalaalaa
ReplyDeleteSape maimunah?sape munirah?org sama?mama kiah?
ReplyDeleteI still don't want benjy wif jaz..puhlisssssssss
ReplyDelete~ma
nak lagi bolehhh...cepatlaa update the buat trus kawen jee .. nak tau tindakan kiah selanjutnya hehehe
ReplyDeleteAnonymous , maimunah actually. typo teruk tu. gosh, sorry ye.
ReplyDeletehrp2 kay dpt trima kiah...and...hrp jgk benji X trima blk si jaz tu...moga2 benji dpt pompuan yg lg bgs dr jaz...hahaha...bru pdn mke si jaz tu,suka sngt mainkan hati kay and benji...huhu...
ReplyDeleteSambung2.. geram pulak dgn jaz ni. Kay pun sama. Adoyy
ReplyDeletehailaa..nak salah kan sape pon xtahu tapi kan kay kalau dah tengok jaz ni asik2 nak elak je dari kawen xkan la xperasan kot? kiah da jatuh kat kay so peluang yg ad mstila dia grab je even die thu die akan sakit sbb kawen dgn org yg xad hati pon dkt die..benji tlg la bg jaz tu kejar ko kaw-kaw pny dan kay tlg tngk kiah dr sudut yg len..dan writer time kaseh sbb bg sye tls komen pepanjg ni..haha
ReplyDeleteredpepper
ReplyDeleteerk,wat hpp to kay, ohgod -,-' seram...
so, thts the benz alif sulaiman kiah, kay fine,
my benz alif sulaiman wnt b lke tht. mintak simpang yoooo. Ekeke XD .but I like his style. wahaha. Pulak dah...
Best novel ever
ReplyDeleteTq dear :)
Delete