EE
hanya tercegat di hadapan pintu kereta itu. Dia memandang bangunan di
hadapannya itu tanpa berkelip. Otaknya sudah mula fikirkan macam-macam benda
yang tak senonoh.
Qays
memandang ke belakang apabila dia terasa yang EE tidak mengikutinya.
‘Budak
ni, yang buat muka horrible tu kenapa?”
“Eryna?
You coming?”
Dia
bersuara. EE pula tersedar dari lamunannya. Dia memandang wajah Qays yang
selamba itu. Is he kidding me? Apa kes bawak aku kat hotel ni? Dia nak buat
apa?
“Uncle
Long sedar tak ni hotel? Kita nak buat apa pulak dekat hotel tengah hari buta
ni?”
EE
bertanya se-das. Qays mengangkat dagunya. Dia berfikir sejenak, kalau kenakan
Eryna ni syok jugak.
Qays
menarik senyuman sengetnya itu. Muka habis player la tu.
“Kita
buat macam orang lain buat. Check-in.”
Senada
dia berkata. EE sudah menjerit di dalam kepalanya. Gila Uncle Long ni, kalau
kena tangkap basah?
“Tapi...tapi...”
EE
belum habiskan ayatnya apabila Qays memintas. Qays menghampiri EE dan menarik
lengannya ke arah pintu masuk hotel itu. EE sudah habis memberatkan badannya
namun Qays masih mampu tarik dia. Tak memerlukan banyak effort pun.
“Tak
ada tapi-tapi.”
Qays
bersuara tegas. Dia mendudukkan EE di sofa yang tersedia dalam lobby tersebut
lalu dia ke kaunter check-in. EE hanya duduk menggigit kuku. Bukannya nak lari
budak tu.
“Dah,
jom.”
EE
terkilan. Mak ai, dia serius? Dia ingat akku perempuan jenis tu ke? Lagi
seminggu je pun nak kahwin. Mama, papa...help me.
EE
membasahkan bibirnya, wajahnya sudah pucat. Qays hanya tersenyum di dalam hati.
Cuak jugak si Eryna tu. Jahat kau ni Qays.
EE
memandang Qays dengan muka tagih simpati itu.
“Uncle...Uncle
Long. Jom nak ke mana?!”
Tu
dia, ternganga Qays dibuatnya. EE hentak kaki? Macam budak dua tahun yang tak
dapat gula-gula.
“Ikut
saja. Sekali lagi awak panggil Uncle Long, saya gulai awak cukup-cukup.”
Tegas.
EE menelan liurnya. Nak mama, nak mama. EE menarik nafas yang panjang. Releks
EE, dia cuba ambil kesempatan, tendang je dia dekat family jewels dia tu.
EE
ikut sahaja Qays ke dalam lif. Qays sibuk dengan BB dia tu. EE pula
mengetap-ngetap giginya. Nak hilangkan gabra. Tak mungkinlah Qays nak buat
benda jahat, masih ada iman lelaki tu. EE tu pun bukannya alluring sangat dalam
mata Qays tu.
“Would
you stop making that sound?”
EE
yang semakin laju mengetap giginya itu terhenti. Qays sudah menyimpan Bbnya tadi.
“Sorry
Uncle Long.”
Cepat-cepat
EE menggigit bibir. Aish, terlepas pulak. Qays membuntangkan matanya. EE
semakin ketaq lutut. Mulut ni pun, letak cabai baru tau. EE cepat-cepat menaikkan tanda peace, harap-harap
Qays chill.
“Ingat
Eryna, what I said just now.”
EE
mengangguk.
“Ingat.
Jangan panggil Uncle Long, Uncle Long.”
Terlepas
lagi. Qays hanya menggelengkan kepalanya. Matanya dikecilkan. Nak takutkan EE
la tu. EE cepat-cepat menekup mulutnya dengan tangan. Baik tak cakap apa-apa,
nanti undang nahas saja.
Pintu
lif terbuka dan EE membuntuti Qays. Qays membuka pintu bilik dan menarik EE
masuk sekali dengan dia. Jantung EE semakin laju berdetak.
EE
memandang bilik itu. Wow, macam suite dah ni. Qays pula sudah terbaring di atas
katil itu. Tu dia terlentang. Satu katil dia conquer.
“Awak...kenapa
awak bawa saya ke sini?”
EE
bersuara. Dia masih tercegat di hadapan pintu bilik itu macam pak guard. Qays
yang tadinya terlentang, kembali duduk. Matanya memandang EE.
Senyuman
manis di tarik. Tangannya menepuk ke ruang katil di sebelahnya itu, menyuruh EE
duduk dekat dia. EE cepat-cepat menggeleng. Gila ke? Memang tempah maut la
duduk sekatil. Dia tahu la Qays mungkin tak buat apa-apa, tapi dia tak janji
dia tak akan buat apa-apa. Nakal EE ni.
“Saya
selesa berdiri.”
Qays
hanya mengangguk.
“Suits
you.”
Kata
Qays sambil mencapai remote TV. Dia buat tak tahu la pulak dengan EE tu. EE mengeluh kasar. Cepat-cepat dia duduk atas
sofa tu.
Qays
memandang EE dengan lirik mata dia. Duduk pun, ingat nak berdiri satu hari
dekat situ.
TV
di silentkan dan dia memandang EE direct. Dia bangkir dari katil dan melabuhkan
punggung di sebelah EE.
“
Ni hotel papa I. I buat surprise visit. Nak tengok service mereka macam mana,
up to the standards ke tidak.”
EE
mengangguk. Lega rasanya. Ingat dah nak buat apa la tadi.
“And
darling, saya ni ada iman la. Tak ada maknanya nak buat apa-apa dekat awak tu. Even
hari yang kita kantoi tu pun saya tak buat apa-apa, apatah lagi bila awak
tutup satu badan ni. Jangan nak perasan sangat lah, saya tahu otak awak tu
duduk fikir apa.”
PAP!
Sengal punya jantan. EE dah merah muka, perlu ke ungkit hal kantoi tu? EE
senyap saja. Malas nak cakap apa-apa, nanti lagi kena perli. Yelah, EE tak
cakap pun Qays dah boleh tahu apa yang EE fikirkan tu.
“Tak
nak tanya apa-apa?”
Qays
bertanya. Buka peluang EE ni nak marah dia ke, nak tanya apa ke. Yelah, dari
tadi lagi senyap, mampu pulak si mulut murai ni tahan tak cakap kan.
EE
hanya menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik. EE
cepat-cepat berdiri. Siapa, kena tangkap
basah ke?
“Relaks,
tetamu I je tu.”
Ujar
Qays sambil berlalu untuk membuka pintu. EE juga ikut Qays tu, nak tengok juga
siapa kawan dia tu.
“La, bang long ada teman? Hai, saya Qisya, sepupu si singa ni. Ni my husband, Syed.”
EE
melemparkan senyuman ke arah pasangan di hadapannya itu. Qays menjemput mereka
masuk.
***
Qays mendengar elok-elok apa yang dilaporkan Qisya dan Syed itu. Dia sengaja suruh Qisya duduk dekat hotel tu. Yelah, senang sikit nak dapat info. Kalau bagi orang lain, entah betul ke tidak.
“Selama
dua hari aku duduk sini abang Long, semua tiptop. Kan yang?”
Qisya
mengulas, sambil bertanya kepada suaminya di tepi. Syed turut bersetuju dengan
Qisya. Yelah, kena ada juga spotcheck, barulah kualiti terjamin.
“Yep,
Qis cakap betul. Cuma satu je Qays, LIMO service kau tu. A bit slow la, aku
pergi korek dari a few other guests, also the same. I think you should change
company la.”
Ee
hanya diam dari tadi. Dia memandang saja muka Syed tu, a bit menggerunkan pun
ada, hot pun ada. Parut yang ada dekat kening Syed tu makin buat wajah Syed
itu tampil kacak. EE, EE. Suami orang pun dia usha. Apa nak jadi dara ni.
Sedar
tak sedar, dah habis rupanya discussion mereka. Dan sekarang semua mata
tertancap pada EE yang sibuk duk usha Syed dari tadi.
‘Dorang
tunggu aku respon apa-apa ke?’
EE
cepat-cepat cover malu. Dia berdehem.
“Sorry,
apa dia?”
Syed
dengan Qisya tergelak. Gelak pulak, hehehe jelah.
“Awak
ni boleh pulak khayal ya?”
Qisya
menyepak perlahan kaki Qays. Terdiam Qays yang ingin menyakat EE yang sudah
merah menahan malu itu.
“Tak,
saya cakap, kalau Qays ni buli EE, cakap dekat Qisya, I know his darkest
secret. I can tell you.”
Qisya
mengenyitkan matanya. Qays membuat muka geram. Syed tertawa, Syed pun dah tahu
la tu.
“Kau
jangan Qisya.”
Qisya
menjelirkan lidahnya.
“Qisya
tak takut bang long, Superman Qisya ni ada dekat tepi. Releksla bang long.
Qisya sampai sekarang tahu bang long ada simpan teddy busuk bang long tu.”
Ujar
Qisya sambil memeluk Syed di tepi. Sayang suami tau.
EE
pun turut gelak. Oho, Qays ni ada teddy bear busuk ye. Qays cepat-cepat
mencubit peha EE. EE menampar tangan Qays itu. Mana aci main cubit.
Selepas
selesai kerja pemantauan Qays itu, mereka kembali ke tujuan utama dorang hari
itu. Cari barang apa yang perlu untuk ceremony tu nanti. Bagi EE senang je,
pergi Jalan Masjid India, almost semua benda ada. Bab baju melayu dengan baju
kurung tu, itu semua kerja mama Qays dengan Mama EE. Senang je kan.
Setelah
jumpa apa yang di cari, setelah cincin di pilih, setelah semua benda tu, EE dan
Qays menarik nafas lega. Penat tau, tengok jam, dah nak pukul empat dah pun. EE
makin lega bila dah nak sampai rumah.
“
Qays, handsomelah Syed tu.”
Tiba-tiba
EE bersuara. Qays nyaris nak tertekan brek. Terkejut dengan apa yang EE cakap
itu.
“Suami
orang dah tu. Gatal ye awak ni. Saya tak cukup handsome?”
Qays
tersentak dengan apa yang baru diucapkan tadi. Ada nada cemburu je tu, kau
jealous ye Qays bila Eryna puji lelaki lain?
Qays
bersiul, nak cakap dia tak dengki la tu. EE tersengih nakal.
“Saya
tahu la lelaki orang, Captain obvious! Saya just puji kebesaran Allah itu saja.
Ah, handsomenya. Untung Qisya dapat Superman macam Syed tu. EE apa dapat, dapat
Hulk je. Nak marah je kerja.”
Qays
berhenti bersiul, bibirnya dimuncungkan. EE tersenyum, dah berani nak sakat
Qays. Ingat Qays je boleh duduk sakat dia. EE menjeling ke arah Qays, itu dia,
mucung dah kalah Donald Duck. Tahu juga nak dengki ye.
‘Banyaklah
dia puji kebesaran Allah. Kebesaran Allah yang duduk bawa kereta ni tak nak
pulak cakap handsome, charming, kacak? Aku buat jugak sambal belacan budak
kecik ni. Apa dia panggil aku, hulk? Tak guna betul.’
“Ada
hati panggil kita hulk. Macho macam ni dia samakan dengan benda hijau tu. Tak
kahwin dengan dia baru tau.”
Qays
membalas balik. Ee cepat-cepat memandang Qays. Senyuman di maniskan. Tau takut
tak kahwin dengan Qays ni.
“Eh
tak tak. Ala Uncle Long, orang gurau je la. Uncle Long handsome, Uncle Long
macho, Uncle Long buff, semua adjectives yang positif tu Uncle Long punya la.”
Ee
cepat-cepat puji Qays. Tau takut. Namun Qays membuat riak biasa je. Dah datang
balik dah ego dia tu. Haila.
“Tak
guna semua tu, dah terlewat.”
Eik,
nak mengada merajuk lagi ke Qays oi? Tak sedar besar panjang dah pun nak
menggedik jantan ni. EE memandang tajam orang yang bawa motor dengan kotak
aluminium besar di depannya itu. Hah! Dah lama tak sekat pakcik ni!
“Fine.
Eh, Uncle Long! Bawak laju sikit, kejar itu aney putu mayam! Kejar dia kejar
dia!”
‘Apalah
nasib, kenapakah aku digelar Uncle Long, dah tak larat nak ugut ni.’
Bisik
hati Qays , namun arahan EE diturut juga. Sedap juga petang-petang ni pekena
putu mayam dengan kopi. Aney putu mayam yang naik motor kapcai itu dikejar.
Macam scene James Bond dah gayanya. Ingat senang nak suruh Aney tu berhenti?
Keras kepala punya aney tu, nak jual ke tidak.
Kejar
punya kejar, dapat juga. EE dan Qays kembali ke rumah masing-masing dengan
senyuman puas hati. 20 ringgit punya putu mayam berjaya dibeli, macam mana dia
nak sumbat semua tu dalam perut? Hanya mereka yang tahu. Qays dah tak merajuk
sebab EE belanja dia putu mayam, alahai, comel pulak rasanya.
pendek sgtlah....best ceritanya.
ReplyDeletegelak golek golek baca citer ni.. nak lagi... :)
ReplyDeleteHEHEHE comel je kejar nak putu mayam :)
ReplyDeleteHaha. Rm20 putu mayam nak sumbat mane? Hahaha. Walaupun sikit, still best!
ReplyDeleteshamien... hehehe. funny funnnnnnnyyyyyyy....
ReplyDeletemana si cat ni? takde pun bmonolog kali ne. and congrats bjya buat aku tsngih sorg2 kat starbucks ni. :D gud luck yaaaaa
mmg kelakar la 2 org nie. i like
ReplyDeleteso sweet n funny la mrk ni.
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.