Sunday, November 25, 2012

Dia Sederhana (cerpen)





Fountain pen di tangannya di pusing-pusing. Tangan kirinya di letakkan pada dahi.  Kertas di hadapannya itu dipandang dengan hati yang menggelak. 


“ That old man, who the hell does he think he is? Simply because I wanted to buy his land for my project doesn’t mean that he can boss me around. And simply because I got married to his trollop of a daughter, he doesn’t want to let me go even when she is dead?.”


Fikirannya kembali kepada perbualannya dengan bekas bapa mertuanya itu. Bekas, sebab isterinya sudah meninggal 6 bulan lalu.

 Perkahwinan mereka hanya selama 3 bulan, dan masuk bulan ketiga,  dia mendapat tahu bahawa selama ini isterinya telah berjaya mengambil sejumlah wang dari akaun syarikatnya.

 Dia meminta cerai dan belum sempat borang perceraian dikeluarkan, Shila terlibat dengan kemalangan maut. 

‘ Assalamualaikum Seth?’

Datuk Rauf memberi salam kepada lelaki yang masih dianggap menantu itu.

‘Waalaikum assalam Mr Rauf.’

Seth menjawab salam yang diberi. Kerusi di cafe tersebut ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya. Blackberrynya dikeluarkan dan diletakkan di atas meja. 


‘Coffee?’

Seth memandang wajah tua itu. Dia menarik muka selamba, namun tetap menjawab soalan Datuk Rauf.

‘Black, de-caf’


Datuk Rauf memanggil waiter yang berpakaian hita putih itu lalu memberi order. Tumpuannya kembali kepada Seth.


‘So Mr Rauf, what is your answer about the proposal?The land that Shila once told me about was really strategic for my resort. I’ll settle for 7 million.’


Seth Hudson. Nama Islamnya, Muhammad Seth Hudson, seorang businessman yang straight-forward. Dalam usia 37 tahun, dia sudah menjadi seorang developer yang berjaya dan terkenal. 

Dan, tindakannya memeluk Islam setelah berkahwin lagi meningkatkan popularitinya. Malaysian born Englishman, very strict with his decision and convincing at that too. Anak yatim yang berjaya membina empayarnya sendiri dari titik peluh sendiri. 


‘ Sabar Seth. Jangan cepat sangat. Tak akan lari tanah tu. And don’t call me Mister Rauf Seth, panggil papa. Walau Shila dah tak ada, dia pernah jadi isteri Seth, Seth pernah jadi menantu papa.’

Seth membetulkan duduknya.  Dia kemudiannya memandang Datuk Rauf dengan pandangan yang menikam tajam. Tangannya digenggam di atas meja tersebut.


‘Please Mr Rauf, saya datang hari ini sebab hal kerja. So I best prefer formalities between us.’

Pandai rupanya cakap Melayu. Ingatkan tak reti tadi.

‘Seth. Seth. Kalau papa tak setuju dengan meeting ni, bila lagi papa dapat jumpa kamu? Memang, papa malu dengan apa arwah anak papa dah buat pada syarikat kamu but you do not need to cut our ties just because of that and her death!’

Geram. Datuk Rauf memandang Seth tepat pada matanya. Seth juga mengetap-ngetap giginya.

‘Okay then , apa papa nak dari saya? Tak cukup lagi apa yang saya dah lalui dengan Shila tu? Do you understand how bitter you can get, bila orang yang disangka cintakan kita full hearted turned out to be dia hanya nak kikis duit dari saya? It hurts, a lot.’

Seth mengeraskan suaranya. Datuk Rauf mengangguk. Seth menghirup kopi yang baru tiba di hadapannya itu. 


‘Papa tak kata apa yang Shila buat tu betul. But she is dead, son! No more living. Forgive her. Nabi sendiri suka umatnya jadi pengampun. Seth masih Islam kan?’

Seth menundukkan wajahnya.  


‘Saya tak peluk Islam semata-mata sebab Shila, papa. Saya dah lama tertarik, and I thought by marrying Shila, it would be me turning over a new leaf. I assumed I can get better at being a good Ummah with her by my side as a guide. And what I get was nothing! She doesn’t practice what the prophet preached us. She betrayed my trust, eventhough, I had forgiven her, I will never forget. Now, can we please get to bussiness? Saya ada satu lagi meeting selepas ni.’


Datuk Rauf meraup wajahnya. Manalah dia silap dalam mendidik anak gadisnya dahulu. Tak cukup ke duit dia di bank sehinggakan sanggup menggelapkan wang syarikat suami sendiri?


‘ Okay , Papa dah tak akan bother you with past matters, and I am not interested in your 7 million.’

Seth yang sedang menghirup kopinya itu nyaris terbelahak. Not interested?


‘Maksud papa? Are you not selling me this land?”

Datuk Rauf tersenyum. Dia memandang muka Seth yang sudah memerah itu. Tengah tahan marah.

‘ I am selling, but the  currency is different.’


Seth menarik nafas. Hembus. Sedikit lagi dia rasa nak tinggalkan tempat ini dan si datuk tu.

‘Okay fine. You want it in Pounds? Dollars? I am willing.’


Datuk Rauf hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.


‘No, not money son. Papa dah anggap kamu macam anak sendiri. The deal is on, kalau Seth kahwin dengan Siti Khadijah.’


Seth terkelu. Dah tak tahu nak cakap apa-apa. Siti Khadijah, adik kepada arwah isterinya. Baru pernah jumpa tak sampai pun lima kali, itupun waktu pertunangan dengan sewaktu nikah yang dia betul-betul dengar suara Siti Khadijah tu. Itu sahaja. 


‘You have got to be kidding me! Kahwin dengan adik ipar sendiri?’


Datuk Rauf hanya mengangguk. Cawannya diangkat ke bibir. 


‘That, or the deal is off. I give you time to think.’

Seth terasa macam ada sebuah batu menghempap bahunya. 

‘Can I ask, why?’


Seth bersuara kembali. Apa motif disebalik perkahwinan itu?

‘Sebab papa dengan mama tak mahu hilang anak lelaki kami ni. And don’t you worry boy, Khadijah, dia anak yang dengar kata ibu bapa, bukannya rebel macam kakak dia. She will make a fine wife.’

Seth mengeluh buat kesekian kalinya. Kalau tak setuju, tak ada tanah. Kalau setuju, kahwin dengan ipar sendiri. Haila.

‘ Give me some time to think.’


‘Take all the time you want boy. All you want.’

Seth bangkit meninggalkan meja tersebut. Nonsense.

Seth kembali ke alam nyata. Wajahnya kembali diraup. Dia memandang sekeliling biliknya itu. Sunyi. 

“ Apa yang aku rugi kalau aku kahwin dengan Siti Khadijah?”

Ujarnya. Tudung pen kembali dibuka lalu dia menurunkan tandatangannya ke atas kertas tersebut. Done, he has  officially sold his soul to the devil.


***






“Papa jumpa abang ipar kamu tadi, Ija.”

Datuk Rauf yang tengah duduk di atas sofa itu memandang ke arah satu-satunya anak yang dia ada setelah kematian Shila. 

Siti Khadijah yang tengah mengurut kaki tua papanya itu mendongak. 

“Iya pa? Abang Muhammad sihat?Dia still marahkan perbuatan arwah ke?”

Siti Khadijah bertanya perlahan. Datuk Rauf mengusap keningnya. Khadijah berhenti dari mengurut lalu dia melabuhkan punggung di sebelah papanya itu.

“ Entahlah Ija, dia kata dia dah maafkan, tetapi nak lupakan tu susah. Yelah, evenkita tak sangka darah-daging kita buat perangai seteruk tu, Seth yang jadi suami tu lagilah tak sangka.”

Siti Khadijah hanya mengangguk. Siapa yang tak terkejut bila dapat tahu tentang kejadian tu. 

“Dahlah pa, kita doakan je Allah permudahkan Shila di sana nanti. Kita juga doakan biar Abang Muhammad tu kekal dengan agama Islam.”

Siti Khadijah menyandarkan kepalanya ke bahu papanya. Anak manja, anak bapak. 

“ Satu lagi perkara Ija, papa dan mama nak mintak ehsan besar Ija, boleh?”


Siti Khadijah mengangkat kepalanya lalu memandang papanya. Ehsan?


“Papa, Ija ni still milik papa and mama. Even papa yang masih berhak siapa yang Ija kahwin tau.”

Ija mencubit manja pipi Datuk Rauf. Anak bongsu , anak kesayangan.

“Ehem. Jangan marah papa ye, itulah yang papa nak bagitahu ni. Papa suggest dekat Seth yang dia kahwin dengan Ija, sebab papa dah anggap dia macam keluarga dan papa tak mahu dia terpesong mana-mana nanti. Maafkan papa sebab tak tanya Ija dulu?”

Ija ternganga. Haila, masin bebenor mulut kau ni Siti Khadijah oi. Kahwin dengan Abang Muhammad? Erk. Setanding ke dia dengan lelaki itu?


 Yelah, Abang Muhammad tu posh dari atas ke bawah, sesuai dengan si Shila tu yang memang rupawan, yang dapat bezakan Prada dengan Gucci. Yang pakai stilleto 4 inci Louboutin dengan purse Diornya dan juga yang bangga dengan koleksi Donna Karan.

“ Dia pandang ke orang macam Ija ni papa? Nak ke dia dengan Ija yang serebeh selekeh ni?”

Ija bertanya dengan penuh kebingungan. Datuk Rauf tergelak. Tangannya mengusap kepala anak gadis dia itu.

“ Apa kurangnya Ija? Manis je papa tengok. Nanti kamu jadi bini dia, pandai-pandailah kamu nak goda dia, tu, mama kamu dah datang, kamu mintak tips dari dia.”

Datuk Rauf bergurau pula. Ija dah tarik muncung itiknya.


“Hish, Mama, tengok papa ni, usik kita pulak!”

Siti Khadijah bingkas mendapatkan mamanya, Datin Zara yang turut tersenyum. Dia memeluk mamanya.

“Orang tua mama ni memang macam tu. Sakat tak habis-habis.”

Mereka semua bergelak tawa.  Mama Siti Khadijah memandang anak dara nya itu. Senyuman manis terukir pada wajah tua wanita itu.


“ Ija tak bantah kan, keputusan mama dan papa.”

Siti Khadijah hanya tersenyum. Matanya memandang ke karpet.


“ Benda baik ma, tak elok pulak Ija nak bantah. Ija pun dah layak kahwin, kan?”


Mama dan papanya memeluk dia erat. Sejuk perut ibu mengandung dapat anak macam ni.


***





Seth memakirkan keretanya di hadapan garaj rumah mertuanya itu. 

“Seth?”

 Datin Zara menegur apabila menantunya itu keluar dari keretanya. Seth menyalami mertuanya itu.

“Sihat mama?”

Datin Zara mengusap kepala Seth , lembut dan penuh naluri keibuan.

“Mama sihat Seth, lama tak jumpa kamu, selepas...”

Datin Zara terhenti di situ sahaja. Seth sekadar tersenyum, faham akan apa yang ingin disebut oleh ibu mertuanya itu.


“ Banyak kerja mama, maafkan Seth sebab tak sempat jenguk mama.”

Ujar Seth sambil memandang wajah ibu mertuanya itu. Bersinar-sinar mata wanita itu melihatnya.

“Tak apa Seth, mama faham, masuklah, papa ada dekat bilik ofis dia tu. Duduk dulu, mama panggilkan dia."

Seth mengangguk. Dia melabuhkan punggungnya lalu menyilangkan kakinya. Surat khabar di atas meja kopi itu diambil lalu diselak. 

“ Assalamualaikum papa.”

Serentak itu sebuah kucupan hinggap pada rambutnya. Surat khabar yang tadi dibacanya dilipat dua lalu dia memusingkan badannya ke sisi. Siti Khadijah tersentak melihat bukan papanya yang dicium tadi. Serentak dengan itu , wajahnya memerah ibarat buah ceri yang masak ranum.

“Aiyak.”

Sepatah sahaja yang keluar dari bibir Siti Khadijah lalu cepat-cepat dia meluru ke tingkat atas. 

‘Aku pergi cium rambut Abang Muhammad? Mana nak letak muka ni, malu, malu. Buta agaknya aku ni, papa tu uban penuh kepala, haila, contrast dengan rambut Muhammad tu. Hitam dengan putih pun dah confuse aku ni.’

Gumam Siti Khadijah sambil menanggalkan hijab di kepala. Dia merebahkan badan ke katil lalu terpandang akan bungkusan yang turut di bawanya tadi.

“Mak oi, tepung gandum dengan ikan pun aku bawak naik atas. MasyaAllah!”

Dia bergegas mencapai selendang lalu kembali ke bawah untuk meletakkan barangan yang dibeli itu di dapur. Nak ke dapur, kena lalu ruang tamu. Makin merah wajahnya apabila dia terperasan Seth menghadiahkannya sebuah senyuman yang senget, senyuman sinis dialah tu. Haila nasib, nasib.

***


“Alhamdulillah, Seth setuju.”

Ujar Datuk Rauf setelah Seth menyerahkan kontrak yang siap bertandatangan itu. Senyumnya sehingga ke telinga.

“Seth juga fikir, papa, apa salahnya kahwin lagi sekali. Rumah tu pun sunyi aja.”

Ujar Seth sambil tertawa kecil. Kalau Datuk Rauf tu tak letak syarat kahwin tu, memang tak akan dia terlintas nak kahwin lagi. 

“Baguslah. Eh Ija, come and join us.”

Siti Khadijah yang baru hendak senyap-senyap naik ke atas itu terhenti dari melangkah. Dia memandang ke arah papanya dan juga Seth. Zapp! Warna merah kembali mewarnai pipinya apabila Seth mengenyitkan matanya ke arah Siti Khadijah.

“Tak apalah papa. Ija tak mahu ganggu.”

Siti Khadijah cuba mencari helah untuk tidak berhadapan dengan Seth. At least, bukan hari ini.

“Ish budak ni. Malu-malu pulak. Macam tak biasa dengan Seth ni.”

‘Memang tak biasa pun papa oi.’ Desis Siti Khadijah di dalam hatinya. 

Nak tak nak, dia duduk juga bersama papanya. Mamanya juga ikut serta beberapa ketika kemudian.

“Kalau kamu berdua kahwin bulan ni juga okay?”

Datuk Rauf bertanya spontan. Siti Khadijah bagai tercekik tulang ikan. Mak oi, laju nya nak kahwin. 

Dia kemudian memandang ke arah Seth yang juga tengah memerhatikannya. Dia perasan bahawa Seth sedang memberi isyarat kepadanya. Seth menjungkitkan kedua-dua belah keningnya buat beberapa kali.

‘Dia nak suruh aku setuju ke?’

“Urm... Ija...Ija rasa okay kut?”

Seth kemudiannya melemparkannya sebuah senyuman yang manis. Mamanya pula memeluk dirinya erat. 

“Great! Dah mamanya, kita biarkan dorang dua ni bincang apa yang patut. Give them some privacy.”

Datuk Rauf bangkit dan menarik tangan isterinya. Maka, tinggallah si Khadijah dengan Seth ni sahaja. Dua-dua senyap. Siti Khadijah menundukkan wajahnya. 

Beberapa minit sunyi, akhirnya Seth bingkas bangun. T-shirt polo dibetulkan lalu bersuara.

“Jom.”

Siti Khadijah mendongakkan kepalanya sambil menarik selendang yang nyaris-nyaris melurut jatuh itu. Tinggi bebenor jantan ni.

“Jom? Ke mana?”

Seth tergelak kecil melihat muka Khadijah yang kebingungan itu.

“ Jewellers. Nak cari cincin nikah. Saya tak tahu size jari awak.”

Khadijah hanya mengangguk. Masih tidak rasional agaknya pemikiran budak ni. Seth memandang Khadijah penuh kehairanan. Yelah, tak bangkit-bangkit dari duduknya itu.

“Tak nak bangun ke?”

Zap! Terus Siti Khadijah berdiri bagai kedudukan di dalam platun kawad. 

“3 minutes, nak pakai tudung.”

Itu sahaja yang diucapkan. Seth tersenyum sendiri melihat gelagat si Khadijah itu tadi.

‘3 minit sahaja? Shila dulu, 30 minit pun tak cukup, tu pun tak ada tudung. This Siti Khadijah, is really something...’

Serentak itu tangan kanannya ditekup pada dada kirinya. Dia terasa jantungnya berdetak secara abnormal sebentar tadi, ke perasaan dia sahaja?

***

“Pilihlah,whichever  you want.”

Siti Khadijah memandang Seth dengan wajah terkejut. Lidahnya terkelu, dah tak tahu nak cakap apa.

Khadijah mengembalikan pandangannya ke arah kotak kaca yang mengandungi berapa ratus cincin itu.

“Miss, Could you take that one out?”

Seth bertindak setelah dia melihat Siti Khadijah itu sangat clueless. Wanita itu mengeluarkan cincin yang ditunjukkan oleh Seth itu tadi dan dia rasa macam nak pengsan. 

Mak oi, berlian ke batu tu? Buat luku kepala orang memanglah sedap.

Seth dengan selamba menarik tangan Khadijah dan menyarungkan cincin itu. Lagilah nak pengsan Khadijah ni, tak pernah kena sentuh dengan ajnabi, sekali kena, static shock terus.

“Abang Muhammad, belum sah. No pegang-pegang.”

Seth terkelu. Lupa pulak dia, Shila dulu tak ada pantang-pantang, asal tidak overboard. 

“Suka tak cincin tu?”

Seth berkata selepas berdehem, cover malu kena tegur in public.

“Ija tak suka.”

Seth tersenyum di dalam hati. Dia ingat budak ni lain dari kakak dia, sama sahaja rupanya? Nampak je baik, motif sama, nak kikis duit. Hish.

“Okay, Miss, you got another stone? Bigger perhaps?”

Selamba Seth bertutur. Siti Khadijah di tepi itu sudah jatuh rahangnya. 
Mak ai, memang kaya gila Muhammad ni? Bigger? Dia ingat jari aku ni buat dari besi ke, patah boleh beso sangat berlian tu!

“No, no. Not bigger, I want something very simple. Ha, yang macam tu pun elok.”

Siti Khadijah cepat-cepat menghalang wanita itu dari mencari berlian yang lagi besar. Matanya tertarik akan sebentuk cincin yang amat cantik, namun still simple. Cincin belah rotan, namun dikelilingi dengan berlian yang kecil sahaja. 

‘Seth...stop thinking bad. Stop judging her and stop comparing her to Shila.’
 Seth mengingati dirinya sendiri. Kan dah termalu sorang-sorang. Tak baik kata orang tau mamat oi.

“What do you think?”

Siti Khadijah menunjukkan jarinya yang tersarung cincin simple itu. Seth tersenyum. 

“Very simple, but almost perfect on you.”

Seth berbisik pada telinga kiri Khadijah. Alahai, cair on spot budak tu sorang.

“We’ll take it. And this one too.”

Seth memberitahu wanita itu , cincin dia dan juga Siti Khadijah. Cincin kahwin.
Mereka melangkah keluar dari kedai itu lalu menuju ke butik busana pula. 

“Abang Muhammad, sebelum kita masuk sana, boleh Ija cakap sesuatu?”

Seth berhenti melangkah. Dia mengangguk. 

“ Ija tak nak majlis sanding. Doa selamat pun dah cukup. Right away.  To tell you, I am not good in front of people.”

Seth semakin sayang akan Siti Khadijah ini. A very simpleton type of a person. 
“ Up to you, Siti.”

Siti Khadijah dah jadi macam aiskrim di tengah panas. First time Seth panggil nama dia, Siti, ada accent sikit-sikit. Walawei, melting tahap karma dah ni.

“You are cool with it? Yela,your wedding dengan kakak dulu grand habis...”
Seth merenung Siti Khadijah tajam. Dia terhenti dari menutur.
“Itu Shila, sekarang Siti punya wedding. Understand?”
Tegas. Siti Khadijah hanya mengangguk macam belatuk. Takut tengok muka tegas Abang Muhammad ni. Seriau.Makin hot pun ada .
“I guess you nak pakai baju kurung la kan nanti akad?”

Angguk.

“I am just guessing you know, sebab you berhijab. Siti nak dress ke,kebaya ke apa ke, cakap je. Tak bermakna Siti perlu aku sahaja dengan saya.”

Seth bersuara lembut apabila melihat muka cuak budak Khadijah tu. Polos dan comel aja. Macam hamster pun ada.

“Eh tak, tak. Memang baju kurung sesuai.”
“Okay then. If you say so, jom kita pilih kain and hantar to your designer.Hmm?”

Seth berkata sambil menjungkitkan keningnya. Omo, comel!!!

“Beli ready made boleh?”

Halus je suara dia bertanya. Seth memandang Khadijah lagi sekali. Boleh terteleng kepala dia ini hari, patah tengkuk pun boleh jadi, Siti Khadijah ni paras dada dia sahaja, memang kena tunduk habis sebab dorang jalan side by side.

“Hantar je la dekat designer. Betul-betul ikut your measurement. Don’t tell me you don’t have a designer waiting for you to design your wardrobe.”

Siti Khadijah berhenti melangkah. Seth pusing ke belakang dan dia tersedar hakikat sebenar.

“My goodness. No designer? Sorry Siti, I ingat you macam kakak you.”

Siti Khadijah tergelak. Seth rasa dia ni macam Shila yang jadi model tu? Tinggi pun macam budak form 1 ada hati nak jadi model.

“Awak tengok saya atas bawah, I am not wearing any brands on me. This flannnel shirt I jumpa dekat pasar malam, this old jeans, FOS mari.”

Seth makin tersenyum lebar. Comel dia lihat si Khadijah dia ni duduk potpet.

“Yes, madam. Awak sangat sederhana, even anak datuk lain jarang nak behave macam you ni.”

Siti Khadijah menghembus nafas lega. Faham pun apa yang dia nak sampaikan. Tak semestinya dia anak orang berduit, dia perlu joli sana sini.

“Pandai pun. Jom cari baju kita tu.”

Siti Khadijah memuji bakal suami dia tu. 
“Right on.”

***





Seth memandang jam tangannya. Sudah pukul 8 malam. Dah sebulan dia kahwin dengan Siti Khadijah dan setiap waktu berlalu bersama dengan Siti Khadijah, dia semakin dekat dengan Islam. 


Sembahyang pun selalunya berjemaah, malam-malam pun baca Quran, malam Jumaat pulak...tak payah duk cerita hal tu lah.
Seth keluar dari bilik pejabat di rumahnya itu lalu ke dapur. Wah, bau semerbak. 

Bau apa ni? Macam briyani pun ada. Semakin dia menghampiri dapur, semakin kuat dia mendengar suara girang isterinya itu. Alahai Siti Khadijah, galak betul kat dapur mentang-mentang taboo yang siapa menyanyi di dapur itu kahwin orang tua sudah tak boleh diguna pakai buat dirinya.

“Say you love me, Say you love me,
Then put it in a love song,
Say you need me, Say you need me,
Then write it in a letter form, O O Oh!”


Seth senyap-senyap bersandar pada dinding dapur itu. Siti Khadijah itu pula semakin rancak menggoyangkan pinggangnya, Seth nyaris tergelak kuat. Dilihatnya si isteri yang semangat  multitasking memasak, menyanyi dan juga menyapu dapur. Bagaimana Siti Khadijah buat? Hanya diri dia yang tahu. 

Asalkan lauk tak hangit sudah.
“All I'm saying: love is what I'm looking for
If you wanna keep me, baby gotta love me more ...”


Api dapur di matikan. Siti Khadijah mencapai pyrex untuk meletakkan lauk yang panas-panas itu.Mulutnya masih rancak menutur bait-bait lagu itu. Lauk sudah di transfer dari kuali, Siti Khadijah mengangkat bekas itu dan berjalan ke kaunter untuk letak lauk itu. 

Seterusnya, dia ingin mencapai pinggan nasi. Masih lagi menanyi. Seth sudah tak tahan  nak gelak. Dari tadi dia perhatikan lagat Siti Khadijah itu.


“If you really want me, like you say you want me
If you really need me, baby better come and say...”


Tudia, nasib baik tak terlepas pinggan yang dipegang itu. Baru sahaja Siti Khadijah mendapatkan 2 biji pinggan nasi, matanya tertumpu pada susuk tubuh Seth yang sedang memerhatikannya dengan tajam dari  pintu masuk dapur itu. 

“Astaghfirullah, Abang Muhammad ni. What is that childish thing you are doing huh? Terkejut tau Siti ni.”

Siti Khadijah mengurut dadanya. Mulutnya cepat sahaja menegur suaminya yang nakal itu. Nakal ye kawan-kawan. Nama manja pun dah berubah, Seth refuse untuk panggil Khadijah dengan nama Ija, dia cakap terlampau ordinary bagi keluarga si Khadijah itu. Dia nak something berbeza, not common. Dan dia memilih untuk menggelar dirinya Siti ketika bertutur dengan Seth ni. Nama dia juga kan? 

“ Siti terkejut ye? Bukan niat abang nak terkejutkan Siti, I was enjoying the show. I never realised that Alicia Keys is living in this house!”

Seth senyum menyakat Siti Khadijah. Rona wajah Siti Khadijah berubah, merah.
“Abang Muhammad ni. Jangan sakat-sakat, deal?”
Seth menghampiri isterinya lalu dia mengetuk perlahan pipi Siti Khadijah itu.
“Okay, deal...tapi, sebab you nyanyi lagu tu tadi, and I wanna give a response. May I?”

Siti Khadijah bingung. Apakah? Apa barang nak respon-respon ni.

“What response?” 
“ That song, the lyrics, you asked me to say, and now I am telling you.”
Tangan Siti Khadijah diraih dan digenggam erat. Matanya menikam mata Khadijah. Siti Khadijah dah nyaris cair buat kesekian kalinya.

 “I want to keep you, close to  my heart. Therefore, I am saying that I love you Siti. Then, I really want you, and I am saying that I will be wanting you for ever, because you are my other half. Next, I really need you, and I am saying to you honey, that you are like an Angel Allah has sent to me, to ensure that I stayed on His right path. With you here, I feel secure. You are a very good zaujan for me. Love you, my wife. SubhanAllah.”

Dia memeluk Siti Khadijah. Memang, dia tidak menyesal berkahwin dengan wanita ini. Dia juga tidak memerlukan tanah yang ditandatangani sebagai kontrak untuk mengikat perkahwinannya. Sejak hari dia berjumpa Siti Khadijah, hatinya sudah terpaut pada kesederhanaan gadis itu. Gadis yang tidak terlalu cintakan dunia.
Seth kembali ke dunia realiti setelah dirasakan Siti Khadijah mengatakan sesuatu.
“Apa dia Siti, Abang astrayed sekejap tadi.”
Pelukan masih belum dirungkai.
“Siti kata, lauk tu dah nak sejuk. Kita makan? Dah lapar ni. Then kita Isya’.”
Siti Khadijah membuat muka bijaknya apabila Seth menarik muka apabila dia membebaskan diri dari pelukan maut itu.
“Ala, kenapa lepaskan pelukan, Abang tengah sejuk ni. I am shivering, can’t you see?”
Seth cuba membuat helah. Banyaklah ketarnya. Siti Khadijah tidak pernah tahu Seth turut ada side manja yang teramat sangat. 

“The only thing that is getting cold here is the food, mister smartass. Makan dulu jom.”
Seth tergelak. Smartass pun smartass la, asal perut kenyang, bini senang, hati girang, Allah sayang.



***


"Siti?"

"Hrmm?"

"Abang nak tanya?"

"Tanyalah..."

"Kenapa panggil Abang, Abang Muhammad? Bukan Seth?"

Siti Khadijah yang sedang mengemas pinggan itu berhenti memandang suaminya yang sedang mengelap meja itu. Dia menghampiri Seth dan memeluknya dari belakang.

"Sebab, Saya Siti Khadijah, abang pula Muhammad saya? Boleh kira tak explanation tu?"

Siti Khadijah melepaskan pelukannya dan mendongak memandang Seth yang kini menghadapnya itu.

Seth menarik muka nakal.

"Boleh saja. Tapi Siti...kalau Siti lah Khadijah abang, Aisyah kat mana pulak ye?"

Seth membuat lawak. Siti Khadijah memukul dadanya kuat.

"Abang ni, gatal ya? Jangan berani nak cari Aisyah abang tu, over my dead body!"

Menggelegak Siti Khadijah ni. Hello, jangan ingat dia cool sangat ye, even Nabi Muhammad S.A.W nikah dengan Aisyah setelah Khadijah r.a meninggal.Macamlah si Siti Khadijah moden ni nak kasi suaminya bermadu lebah royal jelly segalanya. Never.


-The end-



P/S: Credits picture to  Elya Shafinaz ( my pretty OG, lov you) 
incase she reads this LOL XP



16 comments:

  1. nak lg!!!
    best2..nice story.:)

    ReplyDelete
  2. so sweet....Subhanallah..:D love your story awin..:D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. tq for reading, and I am definitely not regretting a lil change in my writing style. TQTQTQ

    ReplyDelete
  4. short, simple and simply the best thumbs up!!

    ReplyDelete
  5. suka Siti sangat!
    comel, simple, sempoi.
    Thumbs up! Teruskan berkarya. ^^

    ReplyDelete
  6. Bestttt.... x semua adik beradik tu sama cara pemikirannya....

    ReplyDelete
  7. certainly thumbs up sis! Haha. I like. Can't wait for stetoskop Mr. Surgeon! Hehehe!

    ReplyDelete
  8. cutest redpepper here.
    erm. bole. ok la.
    no comment, =)
    try harder. n do much better.

    ReplyDelete
  9. soooo sweeet..bestt.

    ReplyDelete
  10. Allah....rasa nak jadi Khadijah on the spot.

    ReplyDelete