Crapple
de Dapple!
Lagi sekali dompetnya digeledah.Not
seratus dolarnya dicari. Segenap poket dan zip di dalam begnya juga
diseluk serta dibuka.
Nile.
Zero.
Tak ada!
Jantung Maria berdetak laju. Panik!
Macam mana dia hendak berjumpa dengan kakaknya di tempat yang dijanjikan kalau
duit untuk tambang pun dia tak ada? Kad bank, buku bank, segala yang berkaitan
dengan bank pun ditinggalkan di rumah.
Yang dia
bawa hanyalah beg sandangnya yang mempunyai dompet serta beberapa peralatan
melukis.
Hari ini hari minggu, dia secara
sukarelanya berkhidmat di sebuah rumah anak-anak yatim. Bakatnya dalam bidang
melukis dan mewarna digunakan untuk mengajar kanak-kanak di rumah anak-anak
yatim tersebut.
Tiba-tiba,
ada sesuatu singgah di ingatan Maria.
Pagi tadi, ketika dia mengambil beg
sandangnya, duit tersebut dikeluarkan dari dompet, dan dompet dimasukkan ke
dalam beg kembali. Tujuan asal, nak kira ada berapa baki.Sedang asyik dia
mengira, kakak kembarnya, Marsha memanggil.
Maria
bergegas ke luar bilik.
“Apa
kak?”
“Diknon! Kakak hantar hari ni. Kakak ada hal kat
ofis,so I can drop you off.”
Maria
tersenyum lebar. Tak perlu dia tunggu bas percuma (CAT) mahupun membazir duit
untuk tambang teksi.
“Dah siap kan? Jom
gerak.” Marsha terus menarik tangannya.
Dalam keterujaan itu, duit yang dikeluarkan
dari dompet tadi dilupakan. Beg sandang dicapai, kasut disarung dan dia
membontoti kakaknya.
Maria mengeluh
hebat apabila mengenangkan kecuaiannya.
Kepala diketuk
berkali-kali.
“That’s for being too excited, Mar! Apa
kau nak buat sekarang ni? Nak berjalan 20 blok ke favourite coffee parlour kak Marsha tu?Dahlah kawasan ni CAT tak
lalu!Hailor...”
Aha! Idea datang
menjengah lagi. Inikan bukan zaman batu, sudah tentu ada telefon bimbit yang
serba pintar itu...apalah kau ni Maria...dungu betul!
Telefon
dikeluarkan, dan lagi sekali Maria mengeluh hebat.
Awesome!
Dead battery!
Bloody stupid smartphone.
“Haila nasib. Tak boleh jadi teruk lagi?
Doraemon mana kau? Kalau ada pintu sesuka hati tu waktu-waktu macam ni...sujud
syukur aku!” Maria melorot turun cermin mata hitamnya dari kepala. Rambutnya
yang jelas berwarna oren kemerah-merahan, berkat pewarna itu disanggulkan
ala-kadar di tengah-tengah kepala.
Kepalanya ditunduk
ke kaki. Kasut tinggi yang dipakai, direnung penuh kesal.
Twenty blocks away to walk...and I happen to choose today
to wear these bloody heels...
KASUT tumit
tingginya dipecat apabila dia sampai di hadapan The Coffee Club.
A
special coffee boutique.
Pintu ditolak dan
segenap ruang dipandang. Seorang wanita bertudung yang membelakanginya dikesan.
Mudah sahaja nak cari Marsha, di negara matsaleh
ini berapa keratlah sangat orang Islam. Itupun tidak dikira yang spesies macam
Maria ni, rambut sama naik perang dengan orang tempatan.
Dengan kaki yang
melecet, Maria menuju ke tempat Marsha. Kerusi ditarik dan tanpa berkata
apa-apa,dia terus duduk.
Penat gila...
Tak pepasal dia
merentas ‘desa’ dengan kasut tumit tinggi tadi.
Marsha naik pelik
melihat perilaku adiknya. Maria dipandang atas bawah. Wajah adiknya yang
bermandikan peluh, rambut yang kusut ditiup angin...
Kening Marsha
terjungkit tinggi apabila melihat Maria yang selamba berkaki ayam. Kasut tumit
tinggi yang tersadai di lantai dipandang.
“What happened to you?” bertanya juga
Marsha akhirnya. Iyalah, sepelik-pelik adik kembarnya ini, dia bukan jenis yang
sesuka hati akan tanggalkan kasut di tempat awam.Mesti ada apa-apa ini.
Keterujaan hendak
berkongsi khabar gembiranya ditolak jauh-jauh. Kebajikan si adik diutamakan
dahulu.
“Adik lupa nak bawa
duit...” Muncung Maria terbit dibibir. Perkataan ‘lupa’ ditarik beberapa
harakat.
Marsha sekadar
tayangkan riak normalnya. Maria ni...selalu careless.
“Adik jalan kakilah
tadi, tak pepasal exercise tengah
panas terik tau.” Sambung Maria lagi.
Kopi ais si kakak
dipandang lama.
Marsha yang sedar
pergerakan mata Maria itu terus menolak cawan kopi ais itu ke hadapan adiknya.
Maria tersenyum
lebar.Cawan plastik itu dicapai dan straw dikeluarkan. Cawan diangkat dan
ditonggengkan ke bibir. Maria terus mengirup dengan rakus.
Da-ha-ga!
Apabila
partikel-partikel kopi yang lemak manis berkrim tersebut melalui kerongkongnya,
dirasakan dunianya penuh dengan nikmat. This
is my closest feeling to heaven! Setiap titik air di cawan tersebut dihirup
sekaligus.Orang sekeliling terus dilupakan.
Apabila api di kerongkongnya berjaya dipadam dengan kopi
ais tadi, Maria kembali menumpukan perhatian kepada Marsha.
Dilihatnya Marsha
sedang memerhatikannya dengan penuh kasih sayang. Marsha lah satu-satunya ahli
keluarga yang dia ada.
Her other half.
Marsha tersenyum
sambil menggelengkan kepalanya. Maria dipandang tanpa sebarang kata. Sayangnya
dia pada si kembar hanya Tuhan yang tahu.
Dari kecil sampai
besar, dia selalu berkepit dengan kembarnya ini.
Mereka saling
bergantung pada satu sama lain setelah kematian ibu bapa mereka. Pada usia 18
tahun, Marsha mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
perakaunan di Perth, Australia.
Setelah dua tahun
di situ, rindunya terhadap Maria di Malaysia tidak dapat dibendung lagi. Kerana
itu dia nekad memujuk Maria untuk turut ke Australia. Sekurang-kurangnya,
adalah juga peneman.
Setelah mendapat
ijazah, Marsha yang sememangnya pelajar cemerlang, menyambung pula Mastersnya. Sekarang, usahanya membuahkan
hasil. Dia diterima bekerja di sebuah syarikat bertaraf antarabangsa sebagai pengurus
eksekutif keewangan.
Pada usia yang
muda, dia sudah mampu menjana pendapatan yang tinggi, berbeza daripada Maria
yang sekadar menumpang usaha si kakak.
Namun Marsha tidak
kisah. Dia tahu Maria bukannya jenis yang minat akan kerja-kerja yang dapat
menjana pendapatan lumayan.
Maria...
25 tahun...
A
laid-back person.
Kerja yang dia
minat semuanya freelance.Sijil ijazah
dalam bidang sastera hanya menjadi hiasan. Kalau ikutkan, Maria layak menjadi
editor ke, jurubahasa ke...tapi dia tidak berminat, Marsha pun tak boleh nak
paksa.
Maria...
Seorang wanita yang
simplistic.Dia tidak banyak songeh, asalkan dia dapat mengekspreskan
ideanya ke dalam bentuk lukisan ataupun tulisan, she’ll live.
Kalau Maria sudah
masuk ke dalam mode ‘I am Picasso wannabe’
nya itu...seluruh umat manusia akan diendahkan.
Berjiwa Bohemian, itulah Maria.
“KAKAK suruh adik datang sini sebab nak
senyum saja ke? Kalau nak senyum saja baik balik rumah.”
Maria selamba
memerli si kakak. Hatinya mengatakan bahawa ada perkara yang Marsha ingin
katakan padanya. Kalau tidak, tak ada maknanya kakak dia telefon ketika dia
sedang mengajar anak-anak yatim tadi melukis.
Tawa Marsha
terlepas apabila diperli. Kepalanya menggeleng.
You are about to be surprised, Diknon!
Keterujaan Marsha
yang tadinya disimpan sudah muncul kembali. Tangannya mencapai tas tangan di atas
kerusi bersebelahan. Sebuah kotak empat segi berwarna biru baldu dikeluarkan.
Perlahan-lahan,
kotak tersebut dikeluarkan dan disuakan ke arah Maria.
Maria memandang
kakaknya tanpa kelip. Matanya kemudian menyorot pula ke arah kotak biru di
hadapannya.
Mulutnya serentak
ternganga.
Kotak cincin.
Cincin!
Maria memandang
kakaknya kembali. Matanya dikerdipkan berkali-kali ke arah Marsha.
Marsha yang mahir
membaca gerak hati si adik terus mengangguk laju.
“Go ahead and touch it, Mar.”
Hati Maria melonjak
gembira setelah mendapat kebenaran. Cincin tersebut dibawa tepat
ditengah-tengah batang hidungnya.
Senang sikit nak
tengok!
Reka bentuk cincin
tersebut ditelitinya.
“Cantik kan,
diknon?”
Jeda.
Maria tidak sedar
akan pertanyaan dari si kakak tadi. Dia terlampau taksub melihat rekaan manusia
yang sangat teliti dan kemas itu.
My precious...
Tiba-tiba hati
Maria mengungkapkan bait-bait kata yang popular di dalam cerita Lord of The Rings.
Matanya tidak jemu
meneliti objek milik Marsha itu.
Princess cut.
White gold.
Diamond-embeded.
“Cantik ke tidak, Maria Hannan?”
Kali ini, Maria dengar dengan jelas
soalan Marsha. Cincin di tangan diperhatikan lagi sekali.
Cincin tersebut menyerupai daun clover yang mempunyai empat kelopak yang
bulat.
Setiap
kelopak mempunyai berlian-berlian kecil di sekelilingnya. Sebiji berlian empat
segi dilengkapkan di tengah-tengah kelopak tersebut.
Sangat-sangat
indah.
“Very very...very the cantik, Kak! Nenek-moyang segala berlian ke apa ni?”
Maria kata dengan bersungguh-sungguh. Bahasa ditolak ke tepi, ‘the’ ditambah di hadapan cantik untuk
membuat penegasan bahawa sesungguhnya, harta karun milik kakaknya itu memang
cantik gegilas!
Cincin itu dikembalikan kepada
Marsha.
Marsha selamba menyarungkan cincin
itu ke jari manis sebelah kiri.
Hati Maria pula bagai dipagut
sesuatu.
Kakak dia ada merahsiakan sesuatukah
darinya? Pelik juga sebab Marsha ni walaupun jenis suka berhias, namun jarinya
tidak pernah disarungkan apa-apa jenis cincin.Tambahan pula yang jenis mahal
macam ni.
Eh
Mar,perasaan kau aja kut...hatinya berdalih.
Mar, baik kau tanya kakak, mana dia
dapat ni. Entah-entah dia rompak orang tak?Akal Maria pula seperti biasa,
seteru dengan kata hatinya.
“Mana kakak rompak ni? Mesti mahal
kan kak?”
Nak tak nak,
Maria bertanya juga. Daripada akal dan
hatinya berperang, baik dia tanya untuk tahu keadaan sebenar.
Pertanyaan
polos Maria membuat Marsha melepaskan
tawa yang tertahan dari tadi. Tangan adiknya dicapai dan diusap-usap. Matanya
menikam mata si adik.
“Rompak? Tak main lah diknon. Kakak
tak rompak.”
“Habis tu?”
“Janji jangan marah...” Jari
kelingking disua ke arah Maria. Dua jari bertemu, dan janji dimeterai.
“Start
talking sister dearest,”desak Maria.
“Cincin ni...” Jeda Marsha.
Maria mengerutkan
keningnya. Ceh! Gatal nak buat
saspens la pulak kakak ni...
“Cincin ni kan diknon...bakal abang
ipar awak yang bagi.”
Tenang, Marsha mengaku. Senyuman di bibirnya
semakin melebar.
Maria
pula sudah ternganga luas. Matanya dikelipkan berkali-kali pada si kakak.
Apa kakak kata tadi?
Abang
ipar?
“Bakal abang ipar? Kakak ada teman
lelaki tapi tak cakap kat adik pun! Sampai hati. Bila nak jadi abang ipar baru
nak cerita ya? Tak nak kawan dengan kakak!” Maria mendengus geram.
Kakak dia ni, dapat Prince Charming ke apa sampai nak
berahsia bagai. Dengan adik sendiri pun nak sorok.
Sumpah, dia sememangnya terkejut
dengan khabar baik ini.
Melihatkan Maria yang sudah
mempamerkan muncung itik itu, Marsha masuk mode
memujuk.
Alahai adik aku ni…cepat sangat nak terkesot hati.
“Diknon,
tadi kan dah janji? Kakak tak cerita sebab kakak tak sangka dia pun serius. Forgive me?” Marsha mula memujuk, lengan Maria dicapainya.
Maria menepis. Kedua-dua tangannya
dipeluk ke dada.
Nan
hado! Pujuk Mar dulu habis-habisan..baru Mar give in…siapa suruh berahsia sangat dengan Mar, ha? Detik Maria di
dalam hati.
“
Kalau malam-malam kakak tak lena tidur, kakak nak peluk siapa? Siapa nak
buatkan kakak rendang bila waktu raya nanti? Siapa nak carikan kakak baju
cantik-cantik bila ada sale?”
Muka
Maria masih tidak beriak. Lagi…lagi…pujuk Mar lagi kakak…tak cukup tu…
“Sunyilah
hidup kakak kalau diknon tak ada.” Marsha menyambung lagi. Dah terbiasa dah
sesi pujuk-memujuk si adik ni, tahap rajuk Maria ni sekejap sahaja, biasanya.
Mendengarkan
ayat wajib Marsha itu, Maria mendecit.
“Ala,
kakak ni, balik-balik ayat cliché tu
yang akak guna. Suka main tipu,” rungut Maria.
Marsha
pula sudah tergelak besar.
“Got you every single time with that line,
diknon. Dahlah merajuk tu ya?”
Maria
mengalah. Fine, dia tak merajuk dah!
Senyuman dikembalikan pada wajah. Dia kemudiannya mencapai tangan Marsha dan
mengucup tangan kakaknya sejenak.
Mana
boleh nak rajuk lama-lama dengan ‘mak’ dia ni. Marsha yang jaga dia, kakak dia
yang teman dia dari kecil.
Memang betul cakap Marsha, sunyi
sangat kalau Marsha tidak ada Maria dan Maria tidak ada Marsha. Kedua-duanya
ibarat cermin dan refleksi. Saling melengkapi.
“Dah
tak merajuk kan?” soal Marsha lagi sekali untuk kepastian.
Maria menggeleng laju.
“Tak.
Tapi kakak kena cerita perihal bakal abang ipar adik tu. Pandai berahsia ya
kakak ni?” acah Maria, kembali ceria.
Marsha
tersengih. Sekali pandang, memang Marsha lebih berseri dari Maria. Walaupun
muka seiras, namun gaya Marsha yang selalu pandai menggayakan tudung serta
baju-bajunya yang kemas membuatkan dirinya tampil lebih menarik dari Maria.
Bakal
abang ipar aku mesti terpikat dengan kakak sebab kakak pandai bergaya, fikir
Maria.
Lelaki matsaleh ke bakal abang ipar aku ni? Persoalan tersebut terlintas
sejenak.
“Bukan
rahsia, surprise.”
Jawapan
dari Marsha membuat Maria menjungkitkan keningnya berkali-kali. Maria tayang
muka hebatnya pada si kakak.
“Surprise konon. Terkejut tau adik.
Ceritalah kakak, how is he?”
“How is he?”
“Iya!
Caucasian ke? Tinggi ke? Macam model
ke? Mata dia warna apa? Dia panggil kakak apa? Dia romantik tak? Dia...”
Marsha
cepat-cepat memotong kata-kata Maria.
“Diknon,
chop! Apa kata you look on your three o’clock?”
Wajah Maria nyaris kembali kelat.
Suruh aku tengok arah jam tiga kenapa? Nak berahsia lagi?
Dia baru hendak membantah, sebelum
dipotong Marsha.
“Table
six,”
Sepantas kilat, Maria mencari meja
bernombor enam.
Matanya terus
membuntang apabila melihat gerangan jejaka yang duduk di meja tersebut, turut
memerhatikan dirinya.
Sepasang
mata bertemu.
Ayat yang mula-mula terlintas
difikirannya terungkap di bibir.
“Muka macam mixblood.Tapi kenapa macam serius aja bakal suami akak ni?”
Seperti biasa,
kepolosan Maria berjaya membuat Marsha ketawa.
“Lawyer,
kenalah serius.”Dalih Marsha. “ Oh, dan mak dia orang Melayu,”tambahnya lagi.Tunangnya
dipandang dan digamit ke arah mejanya. Sesaat kemudian, lelaki tersebut sudah
duduk di sebelahnya.
“Mar...meet your bakal abang ipar. Gabriel Ariff Handerson. Sayang, adik
I...Maria Hannan.”
Marsha memperkenalkannya kepada
encik tunang.
Maria tidak memberi respon. Profil
Gabriel dipandang atas bawah, dan dia yakin Gabriel juga sedang memandangnya
atas bawah. Kacak, tetapi macam egois tahap gaban! Maria meneliti.
Mata Gabriel juga seolah-olah
membuat perbandingan antara penampilannya dengan kakaknya.
“Call
me Mar. You look...really uptight
with that stuffed shirt.” Mar berkata sambil menganalisis three-piece suit yang melekat
pada badan tegap milik Gabriel.
Kening
Gabriel ternaik tinggi mendengarkan komen Maria tentang dirinya. Is that her way of complimenting people?
Gagal terus!
“Thank you,Mar.You too look sweaty and messy.”Seraya komen yang pedas, ianya
turut diselangi senyuman pemangsa yang selalu Gabriel hadiahkan kepada
lawannya.
Entah mengapa, Maria berasa seperti
ingin menyepak kaki Gabriel yang tersarung kasut kulit buatan Itali dan handmade ‘barangkali’ berkali-kali.
Mulut tiada insurans Maria mula
terasa gatal. Tak boleh ni, nak juga dia menjawab balik.
Marsha yang sedar ke mana hala tuju
Maria dan Gabriel sudah tarik nafas dalam-dalam.
Gabriel pantang dicabar.
Maria pula suka mencabar.
Habislah...
“Nice
shoes?Italian handmade, I presume?” Suara Maria tenang. Marsha yang sedang
memberikan pandangan mata yang mengisyaratkannya supaya berhenti,dibuat tak
endah.
Gabriel yang sedang memandangnya
dengan senyuman sinis, diutamakan.
Ini Mar, Mar pantang kena pangkah!
“Why?
You have anything against good shoes?Sebab itu you berkaki ayam di tempat
awam?” Pangkah Gabriel dengan automatik.
Maria ternganga luas. He did
not just talk about me being barefoot!Dia membuka mulut untuk membalas
lagi.
Marsha, yang sukakan kedamaian,
cepat-cepat bangun dan menutup mulut Maria.
Habislah dia...habis.
Baru berjumpa pertama kali pun sudah
macam anjing dan kucing, kalau hari-hari duduk sebumbung bagaimana?
Perang dunia ketigakah nanti? Marsha
mengeluh dalam diam. Harap-harap si adik dan si bakal suami mampu berdamai
nanti.
Kalau tidak....haih...
(to be continued)
Pls sambung geng bawah tangga plss
ReplyDeletesorry dear, i have several manuscripts to finish now :)
DeleteI tunggu ✌
DeleteGeng bwh tangga mmg best...sy pun tunggu gak
DeleteHahaha! Fine. Akan ku tunggu sambungannya.
ReplyDeleteInteresting beginning... kan ku tunggu hingga akhir nanti :-)
ReplyDelete-miEza-
BEST .
ReplyDeleteserius best...ku tunggu smbgannya diknon
ReplyDeletewahhh perang ke3 bkal muncul.. pening lah kpla marsha nk jd pendamai jer stiasa
ReplyDeleteyeayyy...adakah hampir keluar ke rak buku?... ;)
ReplyDeletebest ...
ReplyDeletehmm..I wonder if maria yg nnt dgn gabriel...hehe btw nice beginning kak^^
ReplyDeletebest as usual.take ur time to finish this masterpiece.kita tunggu.hihi
ReplyDeletewonder. tom and jerry yang sentiasa memeriahkan suasana. maria or marsha? nak jadi penunggu jugak.
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteLooking for some different boutique ankle-boots for women.
ReplyDeleteWe stock uncommonly chosen things, intended to be a la mode expansion to your closet. Whatever your style, we have something for everybody.
Like(waterproof ankle boots,female ankle boots, ankle boots with jeans,high heel ankle boots,ladies waterproof ankle boots,waterproof ankle boots womens,girls ankle boots)