Friday, June 3, 2011

Lelaki Idaman 2



“Huish...penatnya kuliah hari ni...”



Ezza Eryna mengeluh perlahan sambil meletakkan beg galasnya di tepi katil. Setelah itu, dia berlalu ke arah lokernya untuk memecat segala pin-pin serta kerongsang yang tersemat pada shawlnya itu.


EE, EE. Orang pakai shawl guna dua aja kerongsang, itupun kat dagu dan kat atas kepala, tapi nak cakap yang EE ni memang tak pandai menjaga kekemasan diri apabila memakai shawl, terpaksalah dia menambah bilangan-bilangan kerongsang dan juga pin.


“Adoi...laparlah pulak...”


EE berkata-kata apabila perutnya berkeroncong. Dah kalah kumpulan metallica dah gayanya itu.

Macam mana tak lapar, hari ini dia terlupa untuk membawa makanan ringan ke kelas. Selalunya dalam beg galas berwarna merah jambu itu paling kurang, wajib ada Chipsmore ataupun apa-apa jenis biskut.Julie's, Munchy's...semua itu menjadi kegemaran EE.



“Nak tunggu ke tak Adelia ni? Kalau aku tunggu dia, sah-sah lah aku syahid kelaparan di sini.”


EE menggigit jari telunjuknya. Dah memang menjadi tabiatnya apabila berfikir tentang logik, telunjuk kanannya itu akan terus parking di dalam mulutnya. 

Memang tabiat yang buruk. Malang betul siapa-siapa yang dapat EE ni sebagai isteri, tak pepasal bila tok kadi tanya setuju ke tak nak kahwin, dia gigit jari dia. Buruk bebenor anak dara nih!



“Argh...baik aku mandi dulu...”


Tanpa membuat apa-apa keputusan tentang makan tengahari, dia terus berlalu ke tandas. Dijinjitnya baldi berwarna merah jambu itu sambil terkedek-kedek berjalan ke tandas.

Selipar jepunnya yang juga berwarna pink itu mengeluarkan bunyi ‘kletuk kletak’ apabila EE melangkah. Dah nasib badan tinggal di asrama, memang adatlah bilik mandi kena kongsi. Sharing is caring...kan?



Lagi satu perkara, memanglah EE ni...gadis merah jambu. Hampir kesemua barangnya berwarna pink, termasuklah alatan mandinya, dari baldi, sehinggalah shampoo, termasuk juga berus giginya, semuanya pink! Nasib baiklah bajunya tak kesemua berwarna pink, kalau tidak...


Dahulu, ketika EE masih di zaman persekolahan, dia juga memakai pendakap gigi kaler pink. Pening doktor gigi tu dengan karenah EE ni.




***


Setelah mengenakan bedak alas johnson’s baby ke wajahnya yang mempunyai ciri-ciri Arabia sedikit, dia mengambil beg sandangnya.


Nokia Express music dikeluarkan dan nombor Adelia didail.


“Hello...Assalamualikum”


Suara di sebelah sana memberi salam.


“Waalaikumussalam...Babe, cheq dah kebuluq dah neh, cheq proceed dulu na...kang tak pepasal cheq syahid dalam bilik ni tunggu hang sampai...”


EE terus memberitahu hajatnya kepada Adelia.


Adelia menepuk dahinya. Wajah Nazrul di hadapannya dipandang bersama sebuah senyuman manis. Orang dah dilamun cinta, macam inilah lagatnya.


“Maaflah E, aku lupa nak bagitau yang aku makan dengan Abang Naz hari ni. Sorry bangat yang!”


Suara Adelia dibuat semanja mungkin. Supaya EE tu adalah simpati sedikit atas kesilapan yang dilakukan tanpa disengajakan oleh Adelia.


“Hissh! Kalau aku tau tadi, lepas kelas aku pergi serbu dah warung Mak CT tu! Kebuluq tau dak!”


EE merengus geram. Dia menutup pintu biliknya dan berlalu ke tingkat bawah.


“Sorry babe...Abang Nazrul ni yang ajak aku tadi...takpe takpe, malam ni dinner, aku janji aku belanja...”


Adelia nak memujuk. EE sudah tersenyum, haha...syok makan free!


“Bagus! Ok la...aku nak pergi makan ni, lepastu aku nak pergi ATM pulak. Ok babe, Assalamualaikum.”


Butang merah ditekan dan telefon tersebut sudah selamat dicampak ke dalam beg sandangnya tadi.


Dia mengorak langkah ke warung Mak CT. Memang warung ni laris! Makanan sedap-sedap, murah pulak tu. Memang berbaloi la, rezeki Mak CT pun murah. 

Sebab, dia selalu buat baik dengan pelanggannya kut, memang tak pernah nak berkira, nasi tambah pun dia tak kenakan bayaran. Cuma bayaran atas lauk aja.



“ Kak Peah, I want...some ayam masak merah, urm...some vegetable broth, and...sambal belacan...and that siput sedut...”


EE memberi ordernya kepada Kak Peah, salah seorang pekerja di warung Mak CT itu. Kak Peah hanya menggelengkan kepalanya mendengar slang British tak menjadi si EE tu.


“Acu mu ghoyak gak mu nok makae gapo Slamoh weyh!? Aku dok pehhe la omputeh-omputeh ni! Kecek tu bia strek, no kona-kona!”


Ha, ambik kau EE. Kak Peah cakap Kelantan terus...


EE menggaru kepalanya.


‘Pe benda Kak Peah cakap tu, aku tak faham Kelantanese language la!!Tak sempat khatam...kalau bahasa utara tu boleh la sikit-sikit’


“Kak Peah...cuba translate sikit...”


EE menayangkan muka tak bersalahnya. Kak Peah mencekak pinggangnya. Hish, garang bebenor ibu anak dua ni. Macam singa nak makan pelanduk aja gayanya.


“Acu is cuba, makae is makan, kona tu corner! Kau nak makan apa hari ini EE?”


Tu dia...setakat is are was were boleh lah! Hebat juga Kak Peah ni.


“ooo...EE nak sup sayur, ayam masak merah tu, sambal belacan, dan siput sedut tu.”


EE memberitahu sekali lagi dengan jelas. Kak Peah mengambil sebuah pinggan dan menyedokkan nasi buat EE. Dia meletakkan lauk-pauk yang dipinta EE tadi.


Mulutnya pula tak habis-habis lagi membebel.


“Pandai pun mu kecek(cakap) Melayu betul, tak dok slang, mu tok tahu ko, kerajaan loni(sekarang) tengah duk menjalankan kempen MBM dan MBI tu. Mu nih sebagai rakyat Malaysia, patut kecek bahasa Malaysia dengan betul. Ini tidak, gatal sangat nok tambah slang penjajah tu.”


Haha, dapat lagi ceramah free si EE ni. Itulah, pergi lagi cari pasal dengan Kak Peah ni yang mulutnya ibarat murai tercabut ekor!!


Siap dengan MBM MBI lagi tu. Manalah Kak Peah gali semua istilah ni. EE sendiri pun tak tahu apa itu MBM MBI.


“Kak Peah...MBM MBI tu apa?”


Kak Peah menjelingnya sambil menyerahkan pinggan yang sudah penuh dengan lauk.
EE menyerahkan bayarannya.


“Aku hok sekoloh setakat PMR pun pandai google, sahkan mu hok tengah mengaji kat U tuh! Balik google la! Kalu basso mmalah tuh, meme mmalah pah cceroh lah! Tok deggih manno lah mung EE...(kalau dah malas tu, memang malas sampai ke sudah la...tak pergi ke mana-mana lah kamu EE)...”


EE menarik senyumannya dan terus beredar ke meja. Sepatah haram dia tak faham apa Kak Peah cakap tadi. Deggih? Apakah itu?


Ceramah percuma Kak Peah dilupakan terus apabila deria baunya menangkap aroma yang sungguh menyelerakan dari nasinya itu. Lantas, dia mencubit sedikit isi ayam dan terus mengunyah makanan tengaharinya itu.


‘Kesian kau perut, dahlah letih berdangdut, nak dapat nasi pun, kena kuliah free oleh Dr Sapeah Maimood itu dulu. Dr PhD yang tidak diiktiraf.


“Meoow...mmmeoow”


Tiba-tiba kaki EE terasa sepeti digesel-gesel aja. EE yang sudah selesai makan itu menunduk ke bawah meja.


“Meow”


Alolo...comelnya kucing itu. Badannya warna koko dan bertompok putih pada telinganya di sebelah kanan. Matanya pula berwarna hijau muda. Comel betul!


“Nah cat! Maaflah, kau datang masa aku dah selesai makan.”


Ujar EE sambil meletakkan saki baki tulang ayam di hadapan kucing itu. Kucing itu memandangnya dengan harapan yang memuncak. Mata kucing itu seakan-akan berair, menangiskah kucing itu?


“Mmmmeeeeooww”


Sayu benar kedengaran ngiauan kucing tersebut. EE mengusap-usap kepala kucing itu. Kucing itu masih kecil, badannya bersih, dan tiada kurap. 

Kucing siapakah ini? Bukan calang-calang kucing ni...macam kucing parsi aja nampak gayanya. Kalaulah asrama itu benarkan memelihara kucing, dah lama dia angkut kucing itu bawa balik!



Tapi malangnya, dia tidak dibenarkan membuat sedemikian.


“Bye Cat...kalau panjang jodoh, kita jumpa lagi.”


EE melangkah laju ke arah sinki. Sayu dan sedih hatinya melihat Cat masih memandangnya. Berat hatinya untuk meninggalkan kucing itu.


Lantas, dia membasuh tangannya dan beredar dari warung Mak CT.




***


RM 200 dikeluarkan dari mesin ATM tersebut. Sudah cukup buat belanjanya selama 2 minggu. Itupun kalau tidak pergi ke MPH atau popular la...kalau tidak, jangan harap nak sampai seminggu. Sekali lalu dalam kedai buku, RM 100 mesti melayang, EE ni kan pembaca novel yang tegar!


Nasib baiklah dia berkawan rapat dengan Adelia, Adelia yang juga merupakan penulis novel, mendapat 30 persen potongan harga, oleh itu, apabila EE mahu membeli novel, dia akan mengheret si Adelia sekali.


EE menyimpan duitnya tadi ke dalam dompet. Dia membetulkan letak cermin matanya di atas batang hidungnya itu. Memang comel aja nampak mukanya bercermin mata.


“Meeoow”


EE menghentikan langkahnya dan berpaling kebelakang. Kucing tadi mengekorinya dalam diam rupanya.


Kucing itu menghampirinya. EE duduk mencangkung dan mengusap-usap kepala kucing itu. Kucing itu pula bagaikan tergoda dengan usapan EE, terus berguling di atas lantai itu. Bagai menikmati usapan kasih sayang dari gadis bernama Ezza Eryna.


“Cat...kenapa Cat ikut mommy? Hurm poochie boo?”


EE bertanya lembut kepada kucing yang sudah dipanggil Cat itu. Kucing itu mengiau seolah-olah memahami ucapan EE.


Mata EE terbuntang luas apabila melihat kolar yang dipakaikan pada leher kucing tersebut. Cantik, warna merah jambu, mestilah kucing perempuan ni.


“Cat...Cat nak pergi mana? Mari sini balik Cat, mommy nak tengok kolar tu, nanti boleh cari tuan Cat!”


Abislah, Cat sudah lari! EE mengejar kucing itu.


‘Hisy, tadi tengah manja-manja, pegang aja kolar dia, terus lari Cat tu! Cat! Jangan lari laju, mommy semput nak kejar!’


Gumam EE dalam hatinya. Langkahnya dibuka seluas mungkin supaya dia dapat menyelamatkan kucing yang ternyata telah sesat itu. Mesti tuan dia tengah cari.


“Cat! Stop right there!”


EE ternyata tidak berjaya memberhentikan larian kucing tersebut. Tercungap-cungap EE mengambil balik nafasnya. 

Seperti yang dipelajari dalam BIOLOGY, keadaan EE diklasifikasikan sebagai Oxygen Debt. Sebab itu dia tercungap-cungap, EE sedang menggantikan balik kadar oxygen yang telah hilang semasa berlari tadi.



Cat telah menghilang ke kawasan tapak pembinaan hotel. EE berfikir dua kali, wajarkah dia masuk ke kawasan larangan ini semata-mata ingin menyelamatkan kucing yang comel tetapi degil itu?


“Meeeeoooowww!Meeeoooww!Meeoow!”


Apabila mendengar ngiauan Cat yang agak nyaring itu, EE bertindak untuk masuk, lantaklah orang nak kata dia menceroboh ke apa, yang penting, Cat mesti selamat!


“Cat...”


Dia memanggil perlahan.

Baru sahaja kaki dia melangkah masuk, ada satu suara menegurnya.



“Awak buat apa dalam kawasan ini?”


Gulp! EE menelan liurnya. Meremang bulu romanya mendengar ketegasan dalam ayat tersebut. EE mengangkat mukanya dan matanya terpana apabila melihat wajah tersebut.


Oh, tidak mungkin!


Tinggi, kacak, bibir nipis yang berwarna merah jambu, alis mata yang kemas, badan yang sasa...dan, suara itu...aura itu...mengingatkan dia kepada...


“Holy....Quran....he is him...right?”


EE berbisik kepada dirinya sendiri, namun matanya masih menikam tajam susuk tubuh di hadapannya itu, yang sedang cantik mendukung....CAT!


“Awak tahu tak awak sudah menceroboh ni? Tak tahu ke kawasan ni merbahaya? Ke...awak nak mencuri besi sebenarnya?”


Sinis betul ayat lelaki itu. Garang pulak tu. Hati EE mendongkol geram, namun, ada sesuatu membuatkannya tidak jadi untuk mematahkan tuduhan lelaki tersebut.

Aura lelaki itu, aura lelaki itu membuatkan EE terkelu. Gemersik suaranya, semuanya mengingatkan EE kepada jejaka di dalam mimpinya itu.



“Huh, macam ni lah adik, apa kata, adik balik rumah, belajar elok-elok untuk SPM...daripada adik mencuri dan menceroboh ni, dah, pergi balik! 

  Menyemak aje! Bahaya tahu tak! Saya pulak tak pasal-pasal kena bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi pada awak nanti. Musnahlah imej saya sebagai Chief Operating Officer EDZRA & Co.”



Tegas kata-kata jejaka misteri itu. EE masih memandang jejaka itu. Mindanya sudah berada diawangan.Sepatah haram yang dikatakan dia tadi tidak sampai ke otak EE.


“Hish budak neh, kan aku lempang jugak baru tau, wahai budak, you understand malay or not?”


Tamparan pada lengan EE berjaya menyedarkannya dari terus diulit bayangan Uncle Long. EE tersenyum kepada jejaka tersebut.


“Apa dia Uncle Long? Sorry, I tak dengar...”


Spontan ayat itu terkeluar dari mulutnya. EE terus menekup mulutnya.


‘Ish, mulut tak berinsurans macam nilah!’ Kutuknya dalam hati.


“Excuse me? Uncle apa?”


EE berubah pucat. Haish, garangnya lelaki ni. Sebijik macam Uncle Long dalam mimpi. Garang, tegas, tetapi dalam hatinya penuh kasih sayang.


“Tak ada apa-apa...”


EE pantas mencelah. Lelaki tadi sudah memasamkan wajahnya yang kemerah-merahan dibakar matahari petang itu. Topi putih di kepalanya ditanggalkan dan lengan kemeja slimfit itu dilipat sehingga ke siku.


EE mengundur ke belakang apabila lelaki itu menghampirinya.


“Cat, masuk kereta, NOW!”


Tengkingnya kepada kucing tadi.GRRR..garangnya, macam bapak singa!


‘ Cat? Owh...memang nama dalam surat beranak kucing tu CAT lah? Ish, apa aku nih,kucing mana ada surat lahir!’


“Baik awak terus terang dengan saya apa awak cakap tadi sebelum...”


EE dah kecut.Setelah Cat cepat-cepat lari, Aura lelaki itu semakin kuat. Susah benar nak cerita bagaminana rasa Aura tersebut, tetapi, kehadiran lelaki itu membuat jantung si EE ni berdegup lebih abnormal dari biasa. Aura yang sama dirasai EE ketika dalam mimpi tersebut.


'Hurm..suka sangat meggertak la Uncle long ni...'


Gumam EE sebelum menjawab persoalan maut lelaki itu.


“Saya panggil awak...Uncle...Uncle Long...”


Lelaki itu merenungnya tajam. Dia mendengus kasar. Tangannya dicekak ke pinggang. Sah-sah dia ni spesies singa!


“Sesuka hati aja awak yea nak panggil saya Uncle Long? Pelik betul awak ni. Memang berjaya menaikkan darah saya...”


Selamba lelaki itu memperli EE. EE terus menikus. Lelaki asing di hadapannya ini benar-benar mirip Uncle Longnya. Haish...kalaulah dia nampak muka Uncle long, sudah tentu dah boleh cam dah ni.


“Saya tak pelik Uncle Long, saya unik...lagipun, Uncle Long naik darah sebab Uncle Long dah tua, bukan sebab saya...”


Perlahan aja suara EE apabila menjampuk! Lelaki itu merenungnya tajam. Fuh, memang bukan membuatkan si EE ni takut, tetapi semakin tergoda adalah! Salah perkiraan lelaki tu sebenarnya.


“Menjawab! Hey budak SPM! Tak padan dengan kecik nak menjawab! Pergi balik baca buku...ada hati kata aku tua, umur baru 30 belum tua lagi tau!”


Kena tengking lagi. Tak reti ke dia ni nak cakap elok-elok?


“At least tua pada saya...lagipun saya...bukan budak SPM...saya dah 22 tahun, tengah buat degree TESL kat...”


Belum habis ayat EE, lelaki itu sudah menarik lengannya. Memang lawak lah kalau cakap tak sakit. Dahlah tangan lelaki tu besar gedabak, dia cengkam pula lengan EE yang kurus itu.


“Aku tak kisah la kau SPM ke, degree ke, I want you out of my construction site now!”


Fuuh, nasib EE dah sama dengan CAT la...kena tengking je dari tadi.


“Hurm...okay, okay...tapi Cat...”


EE menghalakan matanya ke arah BMW X5 four wheel drive itu. Amboi Cat, senang lenang duduk posing di hadapan pintu kereta itu. EE memandang kembali wajah jejaka idamannya itu.


“Cat is kucing saya. Owh, jadi awak sebenarnya ni nak curi kucing saya yea?”


Lelaki ni kan, tak habis-habis duduk menuduh EE. Si EE pulak, tenang aja reaksinya.


“Tak, bukan macam tu Uncle long! Saya jumpa Cat kat warung tadi, lepastu dia ikut saya...kat ATM, then sebab dia cute sangat, saya pun kejar la dia, last-last sampai sini... saya bukan culik dia...”


Terang EE secara ringkas. Wajah lelaki itu masih lagi masam. Cubalah senyum sedikit, tentu si EE ni pengsan! Senyuman 800 Megawatt!


“Apa-apa la awak ni, malas saya nak layan budak kecik macam awak...”


Kata lelaki itu sambil memakai cermin mata hitamnya. Memang berkarisma...EE sudah memegang dadanya yang berdetak laju. Sedikit aja lagi, sah-sah dia melayang ke awangan balik!


“Satu lagi...jangan...panggil...saya...UNCLE...LONG...”


Fuh, bagi amaran macam bapak mafia. EE sedikit pun tak terkejut. Baginya, lelaki itulah yang selalu dia mimpikan selama ini. Personalitinya sebijik seperti jejaka itu. 

Walaupun wajah lelaki di dalam mimpi itu kabur, namun dia yakin dengan perasaannya, nalurinya. Itulah Uncle Longnya...Uncle Long yang penuh ego, yang garang, namun hatinya penuh cinta dan kasih sayang.



EE hanya melihat aksi lelaki itu mendokong Cat dan meletakkan ia ke dalam keretanya. Siap ada bakul lagi. Memang macam ayah budak melayan karenah aja. Comelnyaaaa...


“See you again, Uncle Long!”


EE menjerit apabila lelaki itu ingin menutup pintu keretanya. Lelaki itu sempat lagi menjeling ke arah EE.


“Perempuan Gila!”


Gumamnya sambil menghidupkan enjin kereta.


Cat disebelahnya mengiau sahaja.




***

Sebelum Cat melarikan diri (monolog dalaman CAT)



“Cat duduk senyap-senyap, Ayah pergi turun site kejap aja... ada benda nak Ayah uruskan.”


Cat hanya mengiau. Lelaki yang membahasakan dirinya Ayah  sudah berlalu keluar. Cermin tingkap dibiarkan terbuka separuh bagi pengaliran udara.


‘Comelnya perempuan tu’


Gumam Cat apabila melihat seorang wanita bertudung sambil membawa beg sandang. Cat terpaku.


‘Ayah mesti suka dia ni, comel sangat!’


Cat terus memanjat keluar dari bakulnya. Pedih dari vaksin tadi sudah terubat apabila melihat wajah gadis itu. Dia melompat keluar melalui cermin tersebut dan mengekori wanita tadi.


Setelah beberapa ketika, wanita itu hilang dari pandangannya.


‘Mana dia? Haa...tu dia...’


Cat memejut lariannya. Wanita itu kelihatan sudah memasuki sebuah warung.


Dia melihat wanita tadi sedang enak menjamu selera.


Perlahan-lahan, dia menghampiri wanita itu...


“Meeoww....meeooww”


Cat menggesel-geselkan dirinya pada kaki wanita itu.


Dia berjaya menarik perhatian wanita itu.


“Meoow”


Hehe...berjaya menarik perhatian si gadis manis ni!


“Nah cat! Maaflah, kau datang masa aku dah selesai makan.”


‘pandai dia teka nama aku! Euh...sorry la, I tak makan tu semua, Ayah bagi I makan Frieskies hari-hari...’


Cat masih lagi membuat muka simpatinya. Memang kucing yang pandai berlakon. Perempuan itu pula sudah bergerak menjauhinya.


Senyap-senyap, dia mengekori EE. Setelah itu, dia kembali mengiau untuk menarik perhatian EE yang sudah selesai urusannya dengan mesin ATM itu.


‘Yes...huhu...memang aku kucing yang bijak!’


Ujar Cat apabila sedang bergurau dengan EE. Setelah itu dia bertindak untuk kembali kepada daddy, dan dia pastikan wanita tadi mengekorinya.


Kesian perempuan tu, tercungap-cungap...


Ia sudah tiba di tempat Ayahnya tadi, dan bertindak untuk terus ke pangkuan Ayahnya.


“Cat! Kenapa keluar?”


Kata Ayahnya sambil mendukungnya. Enak betul bila Ayah bermain dengan bulunya yang lebat itu.


“Okay, ayah dah siap, jom kita balik.”


‘Jangan! Ayah kena jumpa perempuan tu dulu!’


Cat terus mengiau dengan nyaring.


Ayahnya hanya tersengih.


Tiba-tiba...


“Cat...”

Suara lembut itu memanggilnya. Ayah pula dah merenung wanita itu tajam.



‘Huh...Ayah ni, wanita secomel tu pun dia tak berkenan? Asyik kerja, kerja, kerja...boringlah!’


“Awak buat apa dalam kawasan ini?”


Huhu..dah keluar dah aura singa Ayah ni...bencinyaaa...


Cat hanya memandang bisu perdebatan yang berlaku di hadapannya itu. Dia masih lagi berada dalam pangkuan Ayah.


“Cat! Masuk kereta, NOW!”


Cepat-cepat Cat lari.


‘Ayah, bila datang Hitler dia, memang tak ingat dah siapa ada kat depannya. Kesian perempuan tu, dah tak ada chance la nak jadikan dia mommy nanti.’


Gumam Cat apabila sudah berada di hadapan pintu kereta tersebut.


‘Apa nak jadi, jadilah...maafkan aku wahai gadis comel. Cat tak sengaja...buat awak jumpa Ayah!’




-To be Continued-





























24 comments:

  1. pandai kucing tu.. menemukan jodoh tuk tuan die..hehehehe

    ReplyDelete
  2. haha....en en en! Comel pulak tu..geram aje...napalah kucing I x sekiut n sebijak tuh!

    ReplyDelete
  3. nape la cita ni best sgt???hehehe

    ReplyDelete
  4. okeyh. i love that cat! waaha~ comel².X)

    ReplyDelete
  5. CAT ... meow2.. ske2.. hahha.. i pn nk la cat cm tu.. pndai cri jodoh.. haha.. awin next.. hehehe

    ReplyDelete
  6. farah manaf: huhu,mintak ajuh la kalau best tiba2 idea cramp! sian U olls menunggu...

    Kiwi: hehehe...

    Nina: mne leh! u duk ostel dah tu! I nk HAB i pulak nina!

    ReplyDelete
  7. HuwaA cuTenya kucing t0e..
    Ema mau jugak punya kucing sPrti tU;)

    next;)

    ReplyDelete
  8. besttttttt..nk cat 1 :(

    so adorableee!

    ReplyDelete
  9. Hehe. Best cite ni wien! Cat sgt cumel n pandai. :)

    ReplyDelete
  10. wahh.. best bace n3 ni..

    lebih2 lagi kat part ada cat tu..
    klakar.. hehe

    ReplyDelete
  11. awinnn!!!
    cat sgt cumel..
    hahahaha..
    bijok bena dio nok cari jodoh utk tuan dio..
    hahaha..

    ReplyDelete
  12. kucing yang pandai..hhahaha
    bijak2

    ReplyDelete
  13. one word to describe it: Best!!!
    pandai kucing nak carikan jodoh untuk tuannya. Bijak2!

    ReplyDelete
  14. different style of writing with lots of excitement..waiting eagerly for d chap!!

    ReplyDelete
  15. pendek sgt shamien...tak puas i nak baca....cute sungguh dialog CAT tu..very d'cute bangat...i like

    ReplyDelete
  16. hahaha...siyus terover tomeeiiii monolog cat...cik penulis upload r gambo cat...mst comeny n gebu...

    ReplyDelete
  17. rasa mcm pena baca part ni in manga comic
    tp da tlupa pa tjuk dia... huhuhuhu

    ReplyDelete