Sunday, December 1, 2013

Jiran Rumah Abang : Bab 3




         

            Telefon bimbitnya yang sedang berdering itu dicapai.Nama si pemanggil diperhatikan. Senyuman terukir pada raut wajahnya lalu dia slide butang hijau di atas skrin itu ke kanan. Tanpa berkata apa-apa, dia terus melekapkan telefon itu ke telinga Sarah yang sedang bermain dengan soft toy yang dibeli oleh daddanya, habis satu kawasan itu bertimbun dengan alat permainannya.Budak-budak umur Sarah ni, elok sangat didedahkan dengan alat-alat permainan yang pelbagai jenis bentuk dan warna, sesuai untuk perkembangan soft motor skills mereka. 

            “Dadda!!!hikhik! Dadda...isyuuuu”  Kia sudah boleh faham sikit-sikit apa yang diperkatakan Sarah sekarang. Suka dapat dengar suara dadda dia, itu, dia kata  I miss you kepada Kamal. Kia tersenyum melihat Sarah yang khusyuk mendengar apa yang sedang dadda dia borakkan itu.

            “Mamammmamm tish!hikhikhik...dadda , daddaaa isyuuu. Wan dadda.” Makan fish.Dadda, dadda I miss you. I want dadda. Alahai, Kia yang mendengar tetiba rasa sebak. Dia mengucup kepala Sarah dengan penuh kasih sayang. Kalau suami dia pun pilot, kesian anak-anak dia nanti. Asyik kena tinggal je dengan ayah dorang. 

            Kai! Tiaa talk.” Sarah menyerahkan kembali telefon kepada Kia. Kia mengambilnya lalu bercakap dengan abangnya.

            “Ye abang? Balik malam ni kan?”  Kia terus bertanya. Kamal mengeluh disebelah talian. Kalau boleh, sekarang juga dia nak balik, rindu sangat dengan Sarah.

            Delay dik. Tak boleh take-off. Blizzard dekat sini. Sarah okay kan?” Ada nada sesal pada suara Kamal. Kia tahu abangnya memang rindukan anak dia ni. Ayah mana tak rindu dekat anak sendiri kalau dah terpaksa tinggal beberapa hari sebab kerja. Kia mengangguk sambil mata tidak lepas dari memerhatikan Sarah.

            “Sarah okay aja. Itulah, kekadang dia ada cari abang juga, tapi adik pandai-pandai la distract dia balik.” Kia memberi laporan harian kepada abangnya, apa yang dibuat Sarah pun diceritakan. Abang dia tergelak mendengar keletah si Sarah sepanjang dia di bawah seliaan Kia.

            “Dah kenal jiran abang, Kris? Sarah rapat dengan dia, selalu abang lepak dengan dia dengan Sarah kat pool.Sarah likes him.” Kamal membuka bab Kris, menyebabkan Kia menggigit bibir sahaja. Sejak dia tahu Kris gay, dia belum sempat  lagi nak tegur Kris. Memang, mungkin dia memang sengaja cari space nak elak dari Kris. Bayangkan saja, sudah dua hari dia tak keluar-keluar dari rumah ini. Nasib baik barang-barang dapur masih ada, kalau tidak, terpaksalah dia turun membeli barang. Kalau dah turun tu, mesti punya akan terserempak dengan Kris. Kiah melepaskan nafas yang berat. 

            “Bang...adik, adik tak tahu macam mana nak response to him after he dropped the gay bomb on me the other day. Maksud adik, dia gay! Gay! Dan adik rasa...” Luahan hati Kia dipotong oleh Kamal. Kia bersila di hadapan Sarah lalu menghulurkan patung berbentuk gajah itu kepada Sarah. Mulut si kecik itu berkicau laju, mereka cerita entah apa-apa dengan patung tersebut.

            Awkward, right? Kiasatina...dia gay pun, dia discreet. Tak pernah pun abang nampak dia bawa jantan balik rumah dia tu. Kalau adik dah kenal dia, be friends.Abang pun tak sokong gay lesbian all that stuffs, tapi allienating them bukan caranya. Get to know him, manalah tahu, kut-kut dia tersangkut dengan adik abang ni. Ialah, perangai pun dah macam jantan kekadang tu kan?”  Sesedap oren sahaja Kamal memerli Kia. Kia tergelak manja.

            “Abang ni kan, sempat lagi tu nak perli orang. Elok-elok perangai kita duduk ayu-ayu, dia kata kita macam jantan? Siap abang nanti.” Kia tersenyum apabila mendengar gelak tawa dari hujung talian. 

            “Abang gurau sikit pun tak boleh. Ya , ya, dia adik abang yang paling ayu dalam dunia ni ha. Gumbira kah hati anda wahai Kiasatina?”  Puji Kamal. Kia mengerutkan hidungnya, abang sapa ni yang pandai sangat ni? Haha...

            “Lagi gumbira bila abang bawa balik ceklat bebanyak. Nak yang mahal-mahal je tau, yang murah-murah tak main ye.” Demand Kia. Iyalah, kalau dah nama Kapten, pakai epaulette pun yang ada 4 baris warna emas, gaji pun mesti 20 ribu lebih kan??? Sedap sikit nak pow, suruh belanja itu ini. Jahat punya adik!

            Ai Ai mak nenek. Selori abang bawa balik. Dah, pergi layan Sarah tu, abang pun ada hal ni.” Setelah itu telefon diletakkan ke tepi. Dia perlu mendengar cakap Kamal, dia tak boleh mengelakkan diri dari Kris lagi. Kemudian, mata melihat ke arah jam di dinding. Pukul lima petang, cuaca kat luar pun tak adalah panas sangat. Sebuah idea yang bernas muncul di kepala Kia. Sarah dipandangnya.

            “Sarah, jom kita swimming.Kita pergi pool nak tak sayang?” Sarah terus mencampakkan permainannya ke tepi dan memandang Kia dengan mata bundarnya itu.

            “Nak!Nak!! Twim!!” Teruja betul Sarah ni, tangann didepakan meminta Kia mengangkatnya. Kia terus mengangkat tubuh kecil itu lalu menyelongkar bilik tidur abangnya. Mana pulak dia letak swimming suit Sarah ni. Setelah menyiapkan Sarah, Kia pula cepat-cepat menyarungkan baju renang one piece  yang labuhnya separas betis dan berlengan panjang, namun baju tersebut ternyata tidak mampu menyembunyikan apa yang patut disembunyikan. Zip di bahagian hadapan baju renang itu ditarik dan  Kia mencapai dua helai tuala dan disibaikan di atas bahu. Sarah dicapai dan didokong .Sarah tersenyum lebar sambil menayangkan giginya yang baru beberapa batang itu.  Seronok nak main air!
            

            Nampak saja kolam renang di situ, Sarah terus tak senang duduk. Kia yang hendak meletakkan kunci ke dalam loker yang disediakan pun payah apabila Sarah mula menjerit-jerit.Semua mata di sana memandang ke arahnya, jeritan Sarah itu mampu menggegarkan satu kawasan itu.

            “Sarah! Tia kata sekejap kan, stop screaming!” Kia berkata keras. Sarah terdiam, mata bundarnya berair. Kia mengeluh, budak ni kan, tak boleh orang tinggikan suara sedikit, mulalah nak buat muka sedih dia. 

            I’m not buying that face. You better behave if not no swimming!” Ugut Kia lagi, kali ini bibir Sarah pula sudah mula bergetar. Hati Kia mahu memujuk tapi kalau asyik-asyik kena pujuk sampai bila Sarah nak terlampau dimanjakan. Sebagai orang dewasa, Kia kena tahu batas untuk manjakan anak saudaranya itu. Kalau terlampau dimanjakan sampai disiplin pun out, bila Sarah dah besar nanti, habis hancur! Dipijaknya kepala nanti.

            “Uhuk.Tiaaaa...Tiaaa” Mula dah. Sarah dah mula menangis. Kia mengeluh. Sarah ni kan...

            “Sarah...”  Sarah dan Kia terus berpaling ke arah suara garau itu. Sarah terus tak jadi menangis. Senyuman 800 megawatt ditayang ke arah lelaki caucasian yang selesa memperagakan seluar mandi pendek separas paha itu. Bahagian atas...gulp...Kia telan liur. Six packs...six packs...nasib baik kau gay Kris, kalau tak memang tak senang hidup aku hari-hari.
 
            “Kis!!Kis!!” Sarah berusaha untuk berpindah tangan. Kris yang tahu Sarah ingin pergi kepadanya terus mengambil Sarah dari Kia. Kia sekadar tersenyum biasa-biasa kepada Kris. 

            I’ll keep her busy, you go keep your stuffs in the locker.” Kata Kris sambil mengenyitkan matanya kepada Kia. Kia mengangguk lalu berlalu ke ruangan loker. Setelah itu, dia mencari-cari kelibat Kris dan sarah di dalam kolam renang namun hampa. 

            “Tia!!!!Tiaaa!!” Panggil Sarah sambil sedaya upaya cuba mengelak dari digeletek oleh Kris. Kia memandang ke arah lounge chair yang disediakan di tepi kolam renang tersebut, la, kat situ rupanya, ingat dah masuk kolam tadi. Kakinya melangkah ke arah Kris dan Sarah tersebut. Tuala di letakkan di atas lounge chair bersebelahan dengan yang diduduki Kris lalu dia merungkaikan getah rambutnya. Rambut kembali disisir dengan jarinya dan diangkat setinggi mungkin lalu diikat bun

            “Kia...” Kris memanggilnya. Kia memandang Kris lalu memandang pula Sarah yang sesedap badan bersandar pada dada Kris itu. Amboi amboi si kecik ni, siap tayang muka bangga lagi. 

            Let’s swim!” Kris bangkit sambil menarik tangan Kia. Kia tergelak. Ya Allah, macam budak-budak pun ada Kris ni. Kris memasuki adult pool sambil memegang Sarah elok-elok. Kia membontoti Kris. Sarah pula, apabila terkena saja air, mulalah dia nak menjerit kegembiraan. Habis air terpercik ke wajah Kris,namun Kris bagaikan tidak kisah pun. Makin seronok dia melayan Sarah. Kia nak pegang pun dia tak bagi.

            “Saya nak ajar dia renang, don’t you dare disturb me Kia.” Kata Kris tegas apabila Kia ingin mengambil Sarah darinya. Kris membawa Sarah ke tempat yang makin dalam dan Kia sudah berdebar-debar. Kalau Kris terlepas Sarah, mahu tak lemas budak tu! 

            “Kris...dalam sangat ni.It’s too deep for her.” Kata Kia dalam nada yang runsing. Kris  menggelengkan kepalanya. Matanya dikecilkan dan dia mencapai tangan Kia.

            “Kia, I know what I’m doing. Trust me. Oh, by the way, check out at that guy. Nine o-clock!” Kia mengangkat keningnya, namun kepalanya dikalihkan ke belakang, nak tengok juga lelaki yang disebut oleh Kris tu. Kia memandang ke arah lelaki yang baru memasuki kolam itu dan mulutnya ternganga sedikit. 

            “Gosh Mr sexy back!” Jerit Kia kecil. Kris di tepinya sudah menguis sedikit bahu Kia beberapa kali. 

            I don’t know about his back honey, but that abs is definitely yummy.” Kata-kata Kris membuatkan Kia membulatkan matanya. Oopsie, dia tercakap kuat-kuat ke tadi?Malunya... Kris pula memandang sekeliling kolam itu. Tak ada orang dah. 

            I’ll move away, and you will drown!” Bisikan Kris di tepi telinganya itu membuatkan dia memandang Kris pelik. Ha? Kenapa nak kena lemas-lemas pula ni?

            “Kia, just do it! Drown!” Kerah Kris. Sengaja dia menolak kepala Kia ke dalam air ketika Kia belum bersedia. Kia menelan air, hidung dan matanya pedih, dan belum sempat dia menggapai tangan Kris, lelaki itu telah meninggalnya terkapai-kapai seorang diri di dalam kolam tersebut. Hatinya memaki hamun si gay tersebut, siap kau Kris lepas ni! Sambil-sambil Kia cuba menolak dirinya ke atas permukaan air, kakinya pula tiba-tiba rasa dicucuk.Aiyak! cramp! Huwaaa, taknak mati lagi...

            Kia semakin panik. Dia cuba untuk menjerit namun hanya air yang berjaya ditelan. Tiba-tiba, ada sepasang tangan  yang  gagah memeluk pinggangnya dan menariknya keluar dari permukaan air tersebut. Kia serta merta memaut leher lelaki tersebut. Otaknya tidak mampu berfungsi lagi, otak masuk air barangkali. Macam telefon masuk air, rosak. Otak bila masuk air, tak mampu fikir dengan waras. 

            You are safe, don’t panic. I’ve got you...I’ve got you...” Suara tersebut berjaya meyakinkannya.Namun, pautan pada leher lelaki itu diperkemaskan, takut kalau dia lepaskan, dia akan lemas balik. Jadah punya Kris! Lelaki itu mencempungnya naik ke darat dan meletakkannya di atas sebuah lounge chair berhadapan dengan baby pool. Kia terasa seluruh badannya lembik. Tekaknya perit dan hidungnya pedih. Matanya usah dikatakan, mesti dah merah. 

            Thank you...you just saved my...” Ayat Kia termati di situ apabila dia sudah cam siapa gerangan penyelamatnya tadi. Talk about knight in shining armour! Si sexy back yang sedang mencangkung di hadapannya itu memandangnya sambil tersenyum manis. Kia terasa seluruh mukanya menjadi merah. Dia terbatuk kuat. 

            Si sexy back bangkit dan duduk di sebelahnya. Belakang Kia diusap dan ditepuk-tepuk perlahan. Kia memegang lehernya, mak ai, peritnya!!!
 
            “Okay?”  Dia bertanya. Kia mengangguk apabila batuknya sudah terhenti. Mata ditekur ke bawah, kaki yang tadinya kebas diurut perlahan. Dia yang perasan perbuatan Kia itu kembali bersila di lantai. Kaki kiri Kia dicapai perlahan dan dia menarik perlahan-lahan jari-jari kaki Kia. 

            Cramped ke tadi?” Kia mengangguk laju-laju. Hatinya sudah terbuai mendengar suara caring si sexy back itu. Ya, dia cramped,  tapi dia lemas bukan sebab itu, tapi sebab malaun mata biru bernama Krisstoffer grasshopper tu! 

            “Lain kali, stretch dulu sebelum berenang.hmm?” Kia angguk lagi. Tak mampu nak keluarkan suara. Hanya mampu tersenyum mendengar apa yang dipesan si jejaka idaman Malaya ni.Dahlah belakang seksi, depan pun kejap, nak kira sikit...satu dua tiga empat lima enam...fuhh! Six packs jugak!  Kia, kau ni nama aja mangsa lemas, tapi perangai tu tak macam orang lemas air kolam, tapi orang lemas sebab usha jantan!

            Si sexy back mendongakkan kepala dan meneliti muka Kia. Kia menggigit bibirnya, aiseh, why are you looking at me like that Mr Sexy back?
 
            “You ni jiran I kan?” Dia bertanya juga akhirnya. Kia angguk. Dia dah bisu buat sementara waktu.

            Great! Saya Ian, Ian Ibrahim.” Kia senyum. Nama dia Ian!  Wah, nama pun seseksi belakang dia laaa...

            “Saya...Ki..”

            “Tia!!! Huuuu, Tiaaa tiaaa!” Baru sahaja Kia ingin memberitahu namanya, Kris muncul bersama dengan Sarah. Sarah juga sudah merah wajahnya, nampak sangat nak menangis tu. Kris mengenyitkan matanya kepada Kia. 

            She was shocked seeing you drowned. Are you okay? Come I’ll help you up, sweetie.” Kris tanpa perasaan terus menarik Kia bangun dan menjatuhkan tuala Kia ke atas kepalanya. Seperti seorang abang, Kris membalut tubuh Kia dengan tuala merah itu dan membawa Kia ke sisinya. Matanya memandang Ian dan dia tersenyum manis.

            Thank goodness you there Ian. I was playing with this lil’ one and the next thing I noticed she was already drowning. I can’t just leave Sarah on her own, could I?” Kris berkata laju, sambil mengucup pipi Sarah.Kia memandang Kris kecil besar kecil besar sahaja. Mangkuk! Kau yang buat aku lemas, idiot!

            “Just helping our neighbour Kris. Don’t mention it.” Ian berkata sambil tersenyum manis, matanya masih memandang ke arah Kia. Dia menunduk sedikit supaya separas dengan wajah Kia yang masih pucat itu.

            I’ll give you swimming lessons if you feel like it...” Jantung Kia berhenti berdetak. Omo! Too near, too near...hurm, sedapnya nafas bau nafas dia, bau macam strawberry pun ada. Separuh jiwa Kia melayang. 

            “Okay Ian. See you next time.”Kata Kris selamba sambil menarik menjauhi Ian. Kia bagaikan patung. Sarah pula diam sahaja memerhatikan keadaan sekeliling. Steady aja dia duduk di dalam kendongan Kris itu. Kris pula memandangnya sambil tersenyum penuh makna apabila lif dimasuki. Sarah diambilnya kasar dari tangan Kris lalu lututnya diangkat untuk menendang celah kangkang Kris. Kris tertunduk sambil menekup tutt dia dengan tangannya. Beberapa jenis profaniti terkeluar dari mulut Kris.

            Don’t swear in front of my niece you jerk!” Sedas Kia memaki Kris. Kris menarik nafas yang panjang lalu memandang Kia dengan kening yang berkerut. Kia dipandangnya dengan mata yang sengaja dikecilkan. Kia turut mengecilkan matanya.  

            Get drowned? Aku nyaris mati betul-betul tadi tau!You stupid jerk!” Kia menghamburkan amarahnya. Kris mengangkat tangannya dalam bentuk surrender. Tangan melekap pada bahu Kia. Kia menepis tetapi Kris berjaya menahan tepisan tersebut. Gay tak gay, kalau dah lelaki tu, ternyata lagi kuat dari dia. 

            I’m sorry sweetie, but...you got his name and a free swimming lesson! Bernas kan idea saya?”  Kris tersenyum bangga, keningnya dijungkitkan beberapa kali. Mata birunya itu bersinar-sinar apabila memandang Kia. Kia masih memasamkan mukanya walaupun dalam hati dia sudah tersenyum. Tak sangka idea bodoh Kris itu membuahkan hasil rupanya.

            “Awak kenal dia, awak pun boleh beritahu saya nama dia. Tak perlu saya lemaskan diri macam orang bodoh je.” Balas Kia, nak tengok reaksi Kris. Kris mengerutkan hidungnya sambil tangan laju mengusap-usap kepala Sarah yang sudah menguap panjang itu. 

            It wouldn’t be exclusive if I tell you his name. Besides, now, he can never forget you. You’ve given him a ‘bamm!’...a..a..a very very impressive first impression I dare say.”  Jawab Kris dengan realistik, dan Kia hanya mampu mengangguk. Tadi, Ian sendiri yang memberitahu namanya kepada Kia, dan dia cara dia menawarkan diri untuk mengajar Kia berenang, ternyata dia dah termakan umpan Kris itu. Namun, Kia mengeluh perlahan.

            “Kris...dia tak tahu nama saya lagi...plus, I already know how to swim!” Rungut Kia sambil memuncungkan bibirnya. Kepala disandarkan pada dada Kris, Kris menepuk-nepuk bahu Kia. 

            He will learn your name soon sweetie, and about swimming, you can tell him the truth next time he sees you. Simple!” Amboi amboi, senang aja mangkuk mata biru ni nak lepas tangan ya? Kia menggelengkan kepalanya.

            “Awak dah masukkan saya dalam jerat ni, awak kena bantu saya dapatkan dia, all the way through!” kata Kia sambil melangkah keluar apabila lif sudah tiba di tingkat mereka. Kris mengangkat tangannya. Kia dipandang dengan muka yang nakal.

            What if I fell for him then? What will you do?”Pertanyaan Kris itu membuatkan Kia menghadiahkannya jelingan yang paling tajam.

            I’ll will make you beg on your knees to be straight again. Or..you can stop being my friend,” Kia berkata serius. Memang nak minta pangg sebijik lah kan kalau tiba-tiba dia nak tukar Ian Ibrahim tu jadi gay macam dia jugak! Hish mamat ni! 

            “Aha, saya janji saya jadi baik-baik. Saya tak akan kacau ‘your guy’. Lagipun, dia bukan type saya.”  Kia tarik senyum sesaat dua apabila mendengar proklamasi Kris itu. Harap-harap dia pegang janji dia. Aku pun dah mula selesa berkawan dengan dia yang gila-gila ni. Getus Kia dalam hati. Kris tersenyum senget sambil membuka mangga pada gril rumahnya, Kia juga membuat benda yang sama. 

            See you babe!” Kata Kris, pintu gril ditarik. 

            See ya!” Balas Kia. Dia terhenti seketika apabila Kris menghampirinya lalu tunduk untuk mengucup Sarah, tepat-tepat di atas mulut kecil Sarah itu. Dua-dua siap membuat bunyi ‘Mmuahh!’ pulak tu.  Sarah menarik senyuman ke ‘Kis!’ dia  sebelum menyumbatkan ibu jari ke dalam mulutnya.Suka ye bila Kris mata biru ni cium kau! Ikut perangai mak cik dia ni, gatai!

            Would you like a kiss from prince charming too, Kia? Bisik Kris ke dalam telinga Kia. Kia membulatkan matanya sambil kaki secara refleks menyepak kaki Kris yang tersarung selipar jepun itu. Kris tergelak kecil. Salah suis bro!

            “Dah gay tu buat cara gay, Kris!” Kata Kia sambil cepat-cepat mengunci balik pintu gril sebelum berlalu ke dalam rumah. Kris masih tergelak besar melihat Kia yang sudah merah mukanya itu. Kekadang aku tak ingat yang dia tu gay! Perangai tak boleh blah betul! Sheesh!Tahulah adat barat mereka pun main cium-cium ni, tapi aku ni masih Asian dan Islam!. Tapi Kia, kau tu nama je Islam, cuba kau tengok cara kau pakai ni. Tak Islam langsung. Hati Kia membalas. Betul jugak kan? Oh well...
 
            “Tiaaa....milk...”Suara Sarah yang meminta susu itu menyedarkan Kia dari berbual dengan diri sendiri. Dia memandikan Sarah dan kemudiannya, meluangkan masa yang berbaki dengan anak buahnya itu. Tak sabar bila Sarah dah boleh jalan nanti, mesti lagi seronok. Boleh main-main di taman permainan di bawah kondo itu pula. Kan best!


P/S: There are reasons why I made Kia  like that, the way she couldn't be bothered to cover up and etc. Will come to that part later on as the plot develops.  

13 comments:

  1. Dear ai senyum je tau baca entry ni....jatuh suka kat kris as a friend...

    ReplyDelete
  2. Grasshopper vs sexy back...
    Knp terasa yg grasshopper lg sesuai dgn kia ya...mmmmm

    ReplyDelete
  3. nak sexy back xD heheh .. fall in love with both of them .. but .. sexy back got more love .. haha

    ReplyDelete
  4. Instead of the two guys, sarah lagi comeiiiiiiii hihi

    ReplyDelete
  5. Setuju... Kriss lg sesuai dgn kia...
    MiEza

    ReplyDelete
  6. kris definitely had fall in love with kia. but he never realize it.

    ReplyDelete
  7. Yayyy, love love it. :) I think Kris was a little jealous back at the pool, that's why dia menyelit waktu Ian mula mengorat Kia.

    ReplyDelete
  8. dear writer, please continue this entry plis plis plis.. hehehe

    ReplyDelete
  9. cik writer, x leh stop smiling baca citer ni...superb! :D

    ReplyDelete