“ Nana, kamu ni balik rumah mama ke tak weekend ni?”
Ho! Tu dia, suara mem besar dah bunyi kat telefon. EE
mengeluh. Mama dia ni, berapa kali nak kena maklum ni?
“ Buat keberapa kalinya Cik Puan Zarina saya nak maklum?
Balik la mak oi, kan cuti semester dah start. Ke mama nak EE spend time dengan
Baba?”
EE menyakat mamanya. Walaupun sudah beberapa kali EE melarang mamanya
memanggil dia Nana, masih tak jalan. Mak kan, ikut suka dialah nak panggil anak
dia nama apa, betul tak? Asalkan nama tu elok.
“ Ah takda takda. Tak payah. Daripada kamu duduk sana,
baik duduk dengan mama ni, boleh ha kemas-kemas rumah ni. Boleh la kamu teman
mama, jaga plants mama. Ha, lepastu ni lagi satu. On the way kamu nak balik
nanti, carikan mama daun kari. Kalau boleh dengan pokok dia sekali, tak larat
dah mama nak beli dekat market tu.”
Adoyai. Haritu
suruh cari pokok limau nipis. Padanlah baba mintak cerai, kaki pajam betul mama
aku ni. Celah mana lah nak cari pokok daun kari ni?
“Mama ni takda benda lain nak suruh. Apa salahnya pergi
beli je daun kari tu, berapa sen sangatlah harga dia.”
“ Hey young lady, cuba kamu jadi global citizen sikit.
Apa salahnya kita create our own herbs garden? Sambil-sambil berkebun, we can
make our earth more green.”
Hujah Cik Puan Zarina. EE mengetuk dahinya. Mak siapa lah
ni ye? Padah dapat mak yang kerjanya lecturer subject Social Studies.
“ Global citizen sangatlah kan? Rumah kita tu
air-conditioner kalau boleh nak 24 hours on.”
EE mencapai beg garfieldnya lalu mengunci pintu bilik.
Adelia dah lama balik Nogori. Kos lain-lain, lain pula jadual exam hujung
semester. Adelia punya schedule exam habis sehari awal dari EE punya phonetics
paper. Telefonnya disepit antara bahu dan leher untuk double check pintu tu.
“ Hayp! Itu anak teruna mama punya kerja. Sejak si Izz tu
blah ke Aussie buat twinning medic dia tu, dah turun bil api rumah ni tau.
Okayla, kamu balik kita sambung borak. Sayang anak dara mama ni. Bawak kereta
elok-elok.”
EE tersenyum mendengar celoteh maknya itu. Memang sama
banyak modal macam dia , kalau boleh sehari tu nak cukup 20 000 patah perkataan.
“ Ok, EE pun sayang mak dara EE ni. Mama nak apa-apa lagi
ke?”
EE dah kenal sangat perangai mama dia ni. Selalu je lupa
benda yang dia nak pesan.
“Oh yes, lupa dah. Cari daun pandan pun tau.Ambik
banyak-banyak. Dalam 20 helai.”
Kan dah kata. Konfem ada punya benda Cik Puan Zarina ni
lupa dah habaq. Ingat ye, keyword di sini adalah ‘Cari’ bukannya ‘beli’.
“Fuyoo, banyak nye ma nak daun pandan. Nak buat mandi
bunga ke ma,?Nak kahwin?"EE menyakat mamanya. CikPuan Zarina mendecit geram dengan
telatah anaknya itu.
“Ish kamu ni. Tak ada kahwin-kahwin. Kamu ingat mama ni
macam baba kamu? Dua tahun cerai dah cari baru. Ma dah ada kamu dengan Izz pun
dah cukup.”
EE tergelak. Seronok acah mama dia ni pasal kahwin.
Perceraian mama dan babanya pun tak adalah menjejaskan dia sangat. Mama dia
cool aja bila EE nak jumpa baba dia. Bini baba dia pun in-good-terms dengan
mama. Kenapa baba cerai dengan mama, itu dia tak mahu ambil port, lantak dorang la, tu hal dorang.
Budak-budak tak masuk campur pun tak apa. Yang EE tahu, both of them are the
best parents ever.
“Habis tu, all that pandanous nak buat gulai?”
“Ya Allah! Anak aku! Tak pernah orang letak pandanous in
gulai my dear. Nampaknya Mama still kena buat kamu lulus diploma masakan
CikPuan Zarina ni.”
Sebelah talian, CikPuan Zarina menggaru-garu kepalanya.
Anak sapalah ni? Sah-sah ikut perangai weirdo baba dia ni.
“Then? Mandi bunga tak, gulai pun tak, mama nak masak
apa? Gitau la, makin kuat motivation EE nak sampai rumah cepat. Mama punya
masakan kan best!”
EE, tanpa dia sedari, sudahpun sampai di parking lot.
“ Mama nak buat bengkang, Uncle Wan dengan Aunty Era kamu
buat makan-makan sikit malam ni, macam kesyukuran gitu. Kamu pun ikut tahu, teman
mama jalan kaki malam ni. Kamu pun dah
lama tak jumpa dorang, dah 5 tahun kita move in sini, berapa kali je pun kamu
jumpa dorang.”
EE tersenyum. Uncle Wan and Aunty Era. The most humble
human beings. Jiran dia yang duduk selang 10 rumah. Very rich, tetapi tak
menunjuk. Setahu EE, Uncle Wan tu ada gelaran Dato’, and juga datuk kepada cucu
dia, itu sudah tentu.
Sekarang, EE dah
tahu nak cari mana pokok kari dengan pandan, seingat dia, Aunty Era suka
berkebun. Dan ini bukan kali pertama dia pergi menagih simpati dengan Aunty Era
untuk mintak bahan-bahan fresh-from-garden kiriman mama dia.
“ Baiklah Cik
Puan. Command received. Assalamualaikum!”
Enjin Swiftnya dihidupkan dan dia terus cari jalan dia
sendiri untuk balik rumah mama dia.
***
EE memberi salam di hadapan pintu pagar banglo tersebut.
Dah dia dah nampak Aunty Era tu duduk bersantai tepi kolam ikan dia tu, takkan
nak tekan lagi loceng kan? Logik la sikit.
“Assalamualaikum Aunty.”
Aunty Era yang tengah khusyuk jadi macam bawang putih
dengan ikan emas tu memandang ke arah pagar banglo nya.
“Waalaikum assalam”
Terkedek-kedek dia berjalan menuju ke pagarnya. EE pula
dah tarik senyum 700Watt dia tu. Nak mintak benda dengan orang, kenalah tunjuk
muka manis. Kalau tunjuk muka masam, mintak asam jawa pun tak dapat!
“ La, EE rupanya. Ingat sapalah tadi. Masuklah.”
EE menghulurkan tangan untuk bersalam. Lembut tangan
Aunty Era ni, pakai losyen apa ek?
“Tak apa aunty, EE sekejap je ni. Nak mintak pokok daun
kari aunty and daun pandan. Mama nak tambah koleksi herbs dia tu, daun pandan
pulak nak buat bengkang untuk malam ni.”
Kontrol ayu pulak si EE ni kan? Dengan orang tua kenalah
jaga adab, betul tak? Kalau tak, apa pulak diorang cakap kan.
“Boleh, kamu pergi la belakang tu, aunty masuk ambil
pisau dengan newspaper lama kejap.”
Setelah mendapat hajatnya, EE mengucapkan terima kasih.
Dia berjalan menuju ke keretanya yang diparkir di hadapan pagar itu.
“EE, tunggu kejap. EE dah ada steady dah ke?”
EE terkaku. Aish, Aunty Era ni, apa kes? EE tak tahu nak
cakap apa, Uncle Long tu macam mana? Tak diiktiraf apa-apa. Tapi takkannak tipu
aunty Era pulak? Bingungnya.
“ Erm, macam mana nak cakap ye, tak ada lagi kut?”
EE menjawab sambil
tersenyum manja. Aunty Era bulak mencubit pipi EE. Main cubit-cubit lak.
“ Apa kut-kut nya. Either yes or no?”
EE serba salah. Project Uncle-Long-gain-attention tu
macam mana? Melepas dah lepas ni.
EE mengeluh. Mengaku jelah dara oi.
“Tak ada lagi aunty.”
Aunty Era menjerit halus. Riang bebenor lagaknya. Senyum sampai
ketelinga.Kesemua 36 batang gigi nampak.
Pipi EE pula ditepuk sayang kali ni.
‘Adoi aunty ni, apa kes ni. Nak set-up kan aku dengan
sapa-sapa ke? Matila. Oh my Uncle Long...’
“Baiklah. Dah, pergi balik. Mama kamu mesti dah lama
tunggu, malam ni datang awal tau. Boleh tolong aunty hidang-hidang.”
EE hanya tersenyum. Aunty Era pula juga senyum, tapi
senyuman dia tu lain macam. Macam nak plan sesuatu pun ada.
“Thanks aunty. Masak sedap-sedap, dah lama EE tak rasa
masakan aunty.”
***
“Assalamualaikum,
Mama.”
Ucap EE setelah memasuki rumah. Mamanya yang tengah kalut
didapur menjawab salam.
“Kat dapur ni, Nana oi.”
“Ni ha ma, EE ambik pokok kari ni, dengan pandan ni dekat
rumah Aunty Era tu.”
“Hah. Dah agak dah, mekaseh sayang!”
EE meletakkan barangan itu di atas kaunter dan memeluk
mamanya yang tengah cabut kulit kerang di sinki.
“Cium sikit pipi mama ni. Rindu tau, dah 3 minggu tak
jenguk mama.”
EE mengucup pipi cerah mamanya itu. Anak manja mak kan.
EE tiba-tiba terlihat adiknya Izz kat dining table tu.
Bila masa budak ni balik ? Takdak angin taufan pun, mama
pun tak beri tahu apa-apa.
“ Tudia, anak manja mak dah balik. Kamu sehat EE? Studies
amacam?”
Ni siapa adik siapa kakak? EE lahir pada Januari, Izz
bulan November, tahun sama. Tapi lagak
si Izz macam dia yang abang, mentang-mentang dia tinggi melangit enam kaki dua
inci dari EE yang hanya lima kaki satu setengah
inci tu. Setengah pun kena kira tau, haha, nampak sangat dia pendek.
“ Dengki la tu, dia study Aussie, jauh dari mama, macam
aku ni, kalau tak ada kerja minggu-minggu aku balik. Makan masakan mak, kau apa
ada dik, chinese take-out lah hari-hari.Ye tak?”
Izz hanya tergelak.
“Tak payah nak dik sangat lah E, kita lahir same year
alright. Same privilleges. And pasal masakan mama, no wonder aku tengok kau ni
makin debab!”
EE memang rasa nak uli-uli je si Izz ni buat doh roti. Banyak
cantik punya muka kata orang debab.
“Mama! Tengok dia. Dia kata EE debab! Dia tak sedar dia
tu giant! Melangit!”
Cik Puan Zarina menggeleng kepala memandang kedua-dua
anaknya. Gembira rasanya apabila rumah ni jadi riuh balik. Setelahbercerai
dengan baba EE ni, memang dia curah kasih sayang dia pada anak-anak. Tempat nak
bermanja katakan.
“ Mama, betul apa. Dia ni dah debab. And she’s just
jealous because I am way taller than her.”
“Sudah-sudah. Dua-dua dah jadi grown ups. Behave like one. Anak
mama dua-dua ni comel dan kacak and normal. And now, get out of here. Pergi
gaduh kat lain.”
Dua-dua orang punya telinga kena tarik dek CikPuan Zarina
ni. Kan dah menyeringai tu.
“Yes mem!”
“Okaaay”
Dua-dua bersuara serentak. Macam anjing dengan kucing dah
lagak dua beradik ni. Tapi sebenarnya gaduh-gaduh manja aja tu. EE melabuhkan
diri di atas sofa sambil mencampakkan tudungnya ke arm rest sofa tersebut. Izz
pula duduk di tepi kakaknya itu.
Remote Astro dicapai. Haila. Tak habis- habis master chef
ni. EE melempar alat itu ke tepi dan bersila mengadap Izz yang khusyuk
mengahadap kaca TV tu. Mak oi, tak berkelip EE pandang adik dia tu, tapi si Izz
ni buat tak layan.
Bulu kaki adiknya ditarik. Terjerit Izz tu. EE
menghadiahkan senyuman tak bersalah dia.
“Izz duduk sini berapa lama?”
EE tanya. Izz mengusap tempat yang perit tadi sambil
merungut dengan perangai kakaknya itu.
“ Dah habis dah tempoh twinning tu. Now masuk UM balik.”
Ujar Izz acuh tak acuh. EE mengangguk.
“ Kenapa tak call bila balik?Terkejut aku tengok kau
tadi.Boleh aku fetch kau dari airport.”
Tutur EE. Izz tersengih.
“ Baba ambik aku, then dari sana aku drive datang sini.
Opah ada rumah baba, that’s why. Aku nak jumpa Opah, masa Atuk meninggal dulu
pun aku tak balik.Remember?”
Izz berterus-terang. EE angguk lagi. Atuk meninggal enam
bulan lepas, waktu itu Izz tengah mid term exam. Impossible la nak balik. Oleh
itu, sebagai tanda hormat, dia jenguk Opah dia dulu, kalau tidak,kecik hati
orang tua tu.
“Okay, now give me that I- miss- you- hug I have been
waiting for since kau masuk rumah ni.”
Izz berkata riang. EE mencebik. Namun dia tetap memeluk
adiknya itu. Sayang tau, satu-satunya adik yang dia boleh buli. Dialah kuli dan
juga bodyguard masa sekolah dulu.
“Dah, aku nak tolong mama prepare dish yang dia nak bawak
rumah aunty Ra malam ni. Kau tolong perhi cuci kereta aku tu. Kau dah cerah
sangat, you could use a little tan on your skin lil bro.”
EE mengerah adiknya. Kesian, baru balik Aussie dah kena
buli. Izz hanya menarik muka toya.
“ Kau cuci kereta, aku kasi Snickers sebakul!”
Izz bersorak! Macam budak-budak betul, kena sua cekelat
baru nak buat kerja. Apa nak jadi bakal doktor sorang ni.
***
“Izz, Nana, jom gerak. Tak elok pergi lewat-lewat. Jiran
kita tu.”
Suara mama dah berkumandang di tingkat bawah. EE
cepat-cepat menyarungkan tudung bawalnya yang berwarna pink itu. Kena dengan
baju kurung moden dia yang berkain batik pink muda. Lembut je nampak. Boleh
buat menantu.
“ Jap ma, tak jumpa cari speks!”
Itulah EE, letak mata spare tu merata lagi. Masa ni kalut
la nak cari.
“Hish. Anak dara ni, tu speks kau ada atas tilam tu.”
Izz yang kebetulan lalu di hadapan bilik EE bersuara. EE
pula cepat-cepat mengagau cermin matanya lalu menyarungkannya ke batang hidung.
Lengkap.
“ Wah,kita matching dik.”
EE menyuakan tangan , kunun nak kasi high-5 la sama adik
dia tu. Namun, Izz bo-layan. Izz memang boleh jadi kejam kadang-kadang. Siapa
suruh buli dia lagi basuh kereta tengah matahari tegak atas kepala. Tetapi,
godaan Snickers tu membuatkan Izz sanggup berjemur, yelah, Snickers percuma
rasa lagi sedap dari yang beli sendiri tau!
“Ma, tengok Izz.”
EE menarik muncung itiknya, mintak simpati mak. Tak
abeh-abeh mak, mak, mak. Boleh naik pening Cik Puan Zarina ni.
“ Dah puas dah mama tengok dia, Nana. Dah, Izz, lock the
doors. And the gate too.”
Sesampai aje di rumah Aunty Era itu
dia melihat belum ramai lagi orang yang datang. Anak perempuan Aunty Era
pun ada, dengan suami dia dan anak lelaki dia. EE bersalaman dengan Aunty Era
dan juga anak perempuan Aunty Era itu.
“ Hud, sayang, pergi salam semua.”
Lembut aja si menantu Aunty Era ni arahkan anaknya suruh
salam. Hud tu pulak comel, gebu je kulit, bibir pulak merah. Rasa nak culik je.
“Very goodboy. Hud berapa tahun sayang?”
CikPuan Zarina sudah melutut pergi peluk cium cucu Aunty Era tu. Hamekkau, dia gomol pipi budak comel tu.
“I am thwee!”
Pelat sedikit tutur si Hud. Jarinya pula diangkat tiga
batang, melambangkan angka yang dia baru sebut tadi. EE tersenyum manis. Mama
tu, cucu sendiri tatau bila, cucu orang pun dia tibai sekali.
“Ni ha Kak Era, saya ada buat bengkang sikit, bolehlah
rasa nanti. Dah tak tahu nak bawak apa.”
Cik Puan Zarina berkata sambil tersenyum. Aunty Era pun
sama-sama senyum. Aunty Ra menyambut huluran paper bag yang mengandungi
bengkang itu.
“Buat apa susah-susah. Dah, EE tolong Aunty letakkan
dekat dapur. Kalau rajin, tolong potongkan sekali ye sayang.”
EE pula menurut perintah. Dah biasa Aunty Era tu
bahasakan diri EE sayang. Tak janggal dah.
“Saya berkenan sangat dengan EE tu Zarina. Manis, lembut,
sopan-santun.
EE rasa macam nak tergelak pun ada. Depan orang pelik la kalau
buat perangai macam dia layan Adelia tu. Mahu jadi spinster sampai ke tua kalau
tunjuk perangai tak berapa senonohnya di public area.
EE yang masih dalam range itu dapat mendengar kata-kata Aunty Era tu.
“Tapi, Aunty Era berkenan dengan aku ni, ada dia nak
recommendkan pada siapa-siapa ke? Bukan anak dia Laila je ke? Weird.”
Omel EE pada dirinya, sambil mengatur langkah ke dapur
banglo itu. Dia meletakkan paperbag itu dia atas work table yang tersedia di
tengah-tengah dapur itu dan bergerak mencari pisau pula.
“ Haih, Uncle Long, bila kita nak jumpa balik yeah?
Jangan cakap aku kena bermalam depan construction site dia sudah sebab nak
tarik perhatian dia.Apapun, I think I am unigue and clumsy enough to get him
notice me!”
Ya Allah budak EE ni. Boleh dia cakap sorang diri. Betul
kah dia ni normal, takutlah terlepas dari mana-mana hospital bahagia ke. Heh.
Pisau yang dicari sudah dijumpai. Paperbag disingkirkan, bekas dibuka dah,
walaweyh, semerbak bau pandan tadi. Yummy. EE memotong kuih bengkang tersebut
dengan berhati-hati. Takut tak cantik pula nanti. Namun, sempat lagi dia
berangan di awan biru.
“Uncle Long, awak jadi suami saya nanti, saya ikat awak
kemas-kemas dengan masakan saya. Nanti saya belajo semua resipi dari mama saya,
sumbat awak makan! Ahh, so sweetnya if I kahwin dengan dia tu. I am so in
love...”
Setelah itu, dia
menyusun kuih tadi di atas tempat letak kek yang berlapis tu. Bibirnya lancar
menutur bait lagu dari Ella Fitzgerald tu. This weird girl, is a huge fan of
the classics.
“Pap padada, pappadadapdap,ppap padada,
pappadadapdap.Time, after time... I tell myself that I’m so lucky, to be loving
you...”
Siap! Tangannya dibasuh di singki.
“...I only know; wowwo, I know, The passing years will
show...you kept my love so young so new...”
Tu dia. Budak ni datang majlis kesyukuran ke nak karaoke
ni? Pelik. Sah Aunty Era tarik balik pujian dia tadi kalau dia lihat anak dara
ni waktu ni.
“ Mama, tolong pasangkan kejap butang baju Melayu n...”
Zapp! EE yang tengah syok duk melalak tadi terdiam. Panas
je muka dia tahan malu. Aunty Era ada anak lelaki? Pandangannya cepat-cepat
ditundukkan. Tak dapat tengok pun muka lelaki itu.
‘Agak-agak dia dengar tak aku nanyi tadi? Malunya.’ Desis
EE dalam hati.
“Oh, awak bukan
mama. Adik nampak mama saya?”
Dia bertanya kepada EE.
EE mengeluh. Nak tak nak kenalah angkat muka nak cakap
dengan orang. Angkat muka tapi mata still pandang bawah.
“ Aunty Era ada dekat depan”
“ Okay, thanks.”
EE bernafas lega setelah lelaki itu melangkah keluar dari
dapur. Namun, belum cukup 30 saat, lelaki itu patah balik dan kembali bersuara.
“ Oh iya, adik...”
Lelaki itu memanggi EE. EE secara refleks memandang
lelaki tersebut. Zapp! Terus kaku satu tubuh si EE ni. Tak tahu dah dia nak
buat apa bila tengok lelaki yang ada di depan dia sekarang ni.
“Your voice is horrible. Never ever sing again.”
Dia memandang EE dengan muka sarkastik sebelum secara official
meninggalkan EE dengan keadaan tergamam. Rahang EE dah jatuh ke lantai, mulut
ternganga even lalat boleh buat drift masuk mulut.
“AH!!! Malu, malu.
Dalam banyak-banyak tempat, kenapa dekat dapur ni jugak ya Allah? Dalam
ramai-ramai lelaki, kenapa perlu dia dengar suara sumbang hambaMu ni ya Tuhan!
Malunya!!! Hancur EE hancur! Your hope is go went gone dah! Haila, mana mau
letak muka lepas ni?”
-to be continued-
Cerita yg catchy.. just write it with ur own style.. akk enjoy. akk nk sumbang idea yg best x dak sangt.. huhuhu
ReplyDeletehaha, thanks a bunch sis!
ReplyDeleteawien, bez2,, aq suke part ko apply ss tu..
ReplyDeletecomedic + romance , will be loved by reader !
devi, haha, surely gonna miss LDV and SS classes ( exclude EVERYTHING bout globalisation in edu for sure)
ReplyDeletesuwittttttttttttttt sgt!
ReplyDeletemcm ade gula tumpah. haha..
salam....i really like ur writing style especially geng budak bawah tangga...do visit my blog emptydecorations00.blogspot and can u give comment bout my novel :-)
ReplyDeleteAwesome!!!
ReplyDeletehahahaha.... it's sooooo funny
ReplyDeletei am really like it