Friday, September 20, 2013

Mr Kerek : Part 2



            “Gee, kau drive ok? Aku silau malam-malam ni.Please...”
Nur Jehan hanya mampu melepaskan keluhan berat. Beemer X6 putih yang terparkir indah di bawah garaj itu dipandang lama. Bibir bawahnya digigit. Kemudian jari mendarat pada kening lalu digaru perlahan keningnya yang tidak gatal itu.  Wajah simpati Jo dipandang sekilas. Kemudian, Beemer itu dijeling lagi sekali. Hish, kereta mahal, kalau jadi apa-apa macam mana? Papa aku punya X6  pun aku tak berani pegang, inikan pula BeemerX6M  abangnya Jo ni.

            “Jo...aku takutlah. Kalau apa-apa terjadi macam mana? Kalau Viva kau ni aku beranilah jugak!”
            Gee masih tetap dengan jawapannya. No! Not gonna drive that expensive European car!  Jo menyandarkan badannya pada pintu kereta Vivanya sambil memandang Gee atas bawah.

            “Kata bestfriend.Kalau aku tahu kau pengecut, aku suruh kau ajak si Rowe tu sama. Dia pun bawak Beemer kan?”
            Jo mengungkit.  Gee mengangguk perlahan. Muncung tudungnya ditiup kuat. Masa inilah tudung nak terkelepek.

            “La, tak pergi-pergi lagi ke? Mak ingat dah pergi dah tadi. Iniha, abang call tadi, cakap suruh kawan Jo yang bawa kereta. Jo silau kan. Suruh Gee bawakan then. Nanti kamu bawa entah pergi langgar apa pulak nanti.”

            Mak Johanna bersuara dari hadapan pintu Villa itu. Jo sudah meninggikan keningnya pada Gee. Gee hanya mampu mengeluh. Aiyoyo, kenapa abang lu beli kereta mahal-mahal Jo oi! Kenapa!!!!

            “Aunty, Gee tak biasa lah drive kereta besar macam ni. Last time masa Gee bawak Beemer papa pun kena cucuk, aunty. Seram sejuk tahu. Apa road drivers ni ingat orang bawak kereta hebat ni semua jenis nak melaram bawak lebih 200 agaknya.”
Gee beralasan dengan Mak Jo pula. Emak Jo hanya menggelengkan kepalanya.

            “Gee, aunty percayakan Gee. Jo boleh saja bawak tapi itulah, dia ni silau tahap teruk. Kalau nak drive dekat tak apalah, ini sampai KLIA tu.”

            Aunty Nah masih memujuk kawan baik anak gadisnya itu. Memang dia percayakan Gee, lagi tinggi dari dia percayakan Jo . Kalau Gee bawa kereta memang berhemah, si Jo ni pula, hesh. Tambah-tambah, Jo tu silau kuat sangat. Takkanlah nak suruh pakai cermin mata hitam malam-malam ni kan, orang kata apa pulak nanti.

            “Tapi aunty...”
            “Sudahlah sayang, kalau ada orang cucuk, kamu buat tak tahu je, dorang pun akan fed up nanti. Dah, start enjin, abah kamu tu Jo dah nak landing agaknya.”

Seraya itu Aunty Nah masuk rumah. Gee tarik muncung sedepa. Memanglah aunty ni pun, Hitler moden!  Tapi Hitler ni baik hati.

            “Udah le kau tarik muncung, dah, unlock cepat.”

Arah Jo geram. Mengada Gee ni, macamlah tak pernah testdrive kereta bapak dia kat rumah tu! Gee menekan butang atas pada smart key kereta itu yang sama panjang dengan ibu jarinya itu. Bunyi tick dua kali menandakan kereta itu sudah dibuka kuncinya. Selepas itu, Gee menggenggam pula handle  pintu kereta itu sekejap dan apabila sekali lagi tick dapat didengari, dia menarik pintu kereta itu. Itu dia, ingat ada smartphone ja, rupanya smartcar pun ada! Nak buka pintu pun dah macam nak masuk makmal radioactive gayanya! Tak faham betul kenapa lelaki suka sangat kereta yang sporty and exotic. Oh lupa, ada duit kan, beli kereta mahal-mahal dapat elak cukai.

Badan dilabuhkan pada seat pemandu. Kaki dijatuhkan ke atas brake dan jari telunjuknya menekan ignition button  di sebelah steering itu. Enjin BMW X6 M itu menderam garang. Pedal minyak di ramp  beberapa kali dan Jo tergelak memandang reaksi Gee itu.

“Itu kau, cakap tak berani tadi. Gaya macam expert  dah aku tengok. Aku kalau bawak ni kan, abang aku mesti bebel ceramah dulu dekat sejam. Entah dia kena rasuk apa sampai yo-yo-oh je bagi kau bawak.”

Puji Jo berpuas hati. Heh, Gee tarik senyuman sinis sebaris. Cuak bawa kereta orang masih ada, Cuma pandai-pandai la nak cover. Jo dipandangnya.

“ Sebab abang kau tahu kau bawak macam hantu. Cilok sana cilok sini, memang ceramah dululah sebelum bagi guna.”

Sinis ayat-ayat Gee. Jo menjelirkan lidahnya ke arah Gee. Gee hanya tergelak. Seatbelt disarungkan dan kedudukan seat diubah mengikut keselesaan dia. Abang Jo ni mesti spesies tinggi lampai, kaki Gee pun boleh melunjur penuh sebelum dapat cecah pedal.

“Abang kau tinggi lah.Kan?”
Tanya Gee selamba sambil mengundur kereta perlahan-lahan. Kalau laju-laju, mahu juga dia langgar pasu bunga aunty Su kat tepi pagar tu. Jo yang tengah menarik tali pinggang keledar itu mengangguk. Bajet Gee nampak le anggukan dia tadi.

“Tinggi la jugak, nearly 6’3’’ I think.”
Kata Jo. Gee ternganga. Bapak tinggi abang dia.

            “Goodness, that’s darn tall. Kau ada darah Bugis ke? Ke darah Arab ke, matsalleh ke? Kenapa abang kau melangit, kau tak melangit?”

            Kereta sudah selamat dikeluarkan dari porch  lalu punat ditepi gear itu ditekan. Dari mode reverse terus berubah kepada mode drive.

            “Amboi mulut. Aku tak melangit pun tapi tinggilah jugak dari engkau tu.”
Sedas terkena balik pada Gee. Gee mendengus geram. Ada-ada je si Jo ni nak sakat dia, walaupun dia yang mula sakat Jo dulu.

            “Tahulah aku pendek. Pendek-pendek pun ,mak kau, abang kau harap aku lagi bawak kereta ni pada engkau tu ha.”

            “Ceh. Sebab aku buta malam. Eh, apa kau ni, cubalah rasa sikit enjin turbo ni. Tukar mode lah wey, buat sport.”

            “Kau gila minah? Kalau kereta aku tak apa lah, ni kereta abang kau. Aku jumpa pun tak pernah, heesh, jangan harap lah aku nak bawak laju-laju. Even papa aku pun tak bagi lebih 120 tau dengan X6 dia tu.”

            Gee rancak menggelengkan kepalanya. Jo gigit bibir. Ni nak kena bagitahu tak apa yang dia cakap sama Rian sampai Rian yakin sangat kawan dia tolong bawa kereta? Melenting lah sekejap lagi si Gee ni. Jo menarik nafas dalam-dalam, yep, kena bagitahu.

            “Urm, Gee...sebenarnya kan, aku tipu abang aku beb. Aku cakap kat dia, kau lelaki Gee as in Jehan.Jehan bin Ahmad. Sebab tu dia bagi kau bawak.”Senafas Jo membuka cerita. Wajah Gee dipandang dengan muka simpati. Gee tetiba rasa berapi. Johanna did what!?!

            “What!?!”
            “Yeah, kalau tak haram dia nak bagi. Takkan mama aku kut nak keluar malam-malam drive? Kereta mama masuk workshop. Jag abah aku lagilah aku tak berani sentuh. Si Rian tu pulak hari ni jugaklah dia nak buat kelas dengan students dia.”

            “Who’s Rian?” Tanya Gee, memotong kata-kata Jo.Jo memandang Gee hairan.
            “Abang aku lah. Eh, aku tak cerita eh? Bukan aku dah cerita ke dulu?”
             Jo musykil, sambil itu dia tukar topik. Tak suka bila Gee marah-marah. Tapikan, rasanya dah cerita pada Gee sebelum ni yang abang dia pun menjadi pensyarah di universiti mereka. Lagi best, mereka same department.

            “Kau cerita kat Rowe lah. Aku tahu abang kau baru masuk jadi lecturer, tapi aku tak pernah jumpa pun.” Jelas Gee. Topik Jo menipu abangnya sudah dilupakan.

Signal diberikan dan dia mengubah lorong ke lorong lain. Kereta kat depan ni kenapa ciput sangat? Gee memotong lalu membunyikan hon, padanlah ciput, cakap telefon!

            “Gila punya mamat, nak cakap phone gunalah handsfree!
Jo yang turut sedar akan situasi itu memberikan komen, namun tangan masih memegang telefon tercinta. Tengah skrol cari benda apa ntah tu.

            “Eh, balik pada topik kita, abang aku tu kalau kau jumpa, yang paling mudalah kat department tu. But yeah, most of our lecturers refer him as Doc. Kalau salah dengar boleh jadi dog. Thehehe!” Jo membuat lawaknya. Gee hanya mengerutkan hidungnya, elok betul perangai budak ni sorang, kalaulah abang Rian dia dapat tahu, mati-mati kena luku kepala ni. Tapikan, bukanke tadi Mr Samy panggil si kerek tu Doc? Jangan-jangan...

            Gee merenung tajam steering kereta, kemudiannya tangannya melepaskan steering kereta itu. Kereta tergelincir ke lorong sebelah, kereta sebelah membunyikan hon kuat. Jo juga menjerit, terkejut dengan pergerakan drastik kereta itu.

            “Choi, kau ok tak wey? Pergi lepas steering masa speeding kenapa?”
Bertubi-tubi soalan dari Jo. Gee hanya melepaskan nafasnya berlahan-lahan. Masih terasa sesak dada ni. Mata ditala ke jalan, tangan memegang kejap steering kereta, sehingga putih buku limanya. Jo menggelengkan kepala, kena rasuk hantu apa dah ni?

            “Kau...kau punya abang...eh tak. Kau ada gambar dia tak?”
Tanya Gee tergagap. Tolonglah cakap Doc Kerek tu bukan abang Jo. Please please please!Jo angguk sambil menggeledah telefonnya. Setelah itu telefon ditayangkan pada Gee yang tengah memandu itu. Gee membulatkan matanya lantas menekan brek.

            “Shoot!! Mr Kerek abang kau?” Kata Gee sambil kaki menekan brek. Reflex action.
            “Gee!” Jo menjerit apabila badannya terkehadapan.
            ‘BUK!’

Gee menggigit bibirnya. Jo memandang Gee geram, dan, Gee rasa ibarat mahu menangis sahaja. Tengok muka Mr Kerek saja, dah mampu buat dia tekan brek. Tak cukup itu, kereta dari belakang tengah laju, makanya, semua benda yang diharap tak berlaku telah berlaku. Kena cium oleh kereta belakang, mesti calar punya ni!

"oh no..."

Jo memandang Gee. Gee turut memandang Jo, kedua-duanya menayangkan muka cuak. Habislah, janganlah kena teruk sangat, pinta Gee dalam hatinya. Apa punya badi lah Mr. Kerek tu? Sebut nama dan tengok gambar je pun dah kemalangan. Gee menggaru dahinya, aiyoyo, matilah lepas ni,dahlah dia bukan lelaki,hakikat itu mesti akan buat si kerek tu marah tahap gila-gila. Ish si Jo ni suk suki je tipu abang dia. Haish.

" Should we just stay here or go talk to the driver?" Suara Jo mengembalikannya ke alam realiti. Gee berpaling ke belakang. Kelihatan pemandu kereta belakang sudahpun keluar. Nak tengok teruk mana impak accident tadi agaknya. Gee melepaskan tali pinggang keledarnya lalu memandang Jo.

"Kau tunggu sini, aku pergi discuss dengan dia." Kata Gee tegas. Dia tengah tahap cuak ni, tengok abang belakang tu boleh tahan berbakul ketul-ketul di badan. Sekali dia tumbuk mahu pecah muka Gee ni gamaknya.

"Kau...kau nak turun sorang ke?" tanya Jo hairan. Gee sekadar mengangguk.
"Kau tunggu dalam kereta, tangan standby nombor polis, apa-apa jadi, kau call polis terus."
Langsung, Gee keluar dari kereta. Jo masih terpinga-pinga. Berani mati punya perempuan! Cuak punya pasal, tangannya menekan bar nama yang tertulis 'Rian' itu. telefon dilekapkan ke telinga, beberapa saat kemudian, abangnya mengangkat.

"Nak apa? Abang dalam kuliah ni?” Suara Rian tegas. Jo menelan liur. Alahai, apa mau cakap ni? Sah mati mati kena leter kejap lagi.

"Kereta kena langgar,ok bai!"  lalu talian diputuskan dan telefon itu dicampak dalam beg. Mode ditukar pada silent. Jari dibawa ke mulut dan kukunya digigit. Refleks kegelisahan, gigit kuku!

'Bodoh kau Jo, kau kecut sangat kenapa? Bukan teruk pun kena langgar! ujar Jo sambil melihat Gee kembali memasuki ruangan kereta dengan senyuman lebar. Kalau dah tersenyum tu, tak teruk manalah kan?Stupid, stupid Jo!

Gee kembali menyarungkan tali pinggang keledarnya. Jo yang sedang menggigit kuku itu dipandangnya.

“Dah dah, tak ada apa-apalah. Calar satu garis je dekat nombor plat tu. Tak ada kemek, tak ada patah apa-apalah. Mamat kerek tu tak akan sedar punyalah.”

Cakap Gee selamba. Jo menaikkan keningnya. Mamat kerek manalah pula ni?Dan apa dia kata tadi? Calar satu baris???Ohooooi! Sah dia mati kena bunuh malam ni dengan Rian tu!

“Beb, satu, mamat kerek mana? Dua, abang Rian tu, kalau lekat cap jari pun dia boleh perasan tau kat kereta dia ni, inikan pula calar. Tiga, aku tercall dia cakap kita accident.

Gee dapat merasakan darahnya turun ke kaki. Jo dipandang dengan matanya yang sudah mengecil.
“Kerek punya abang! Hish, sesuailah aku gelar dia mamat kerek! Kau tu pun satu, cuak sangat sampai call dia kenapa? Mesti dia rush balik rumah lepas ni, mesti dia dapat tahu aku perempuan bukan lelaki. Mesti kita dua-dua kena marah! Thanks a lot, Jo.”

Kata Gee geram. Namun, kereta dipandunya ke KLIA. Nak tak nak, kenalah juga sampai ke destinasi. Kalau tak, kesian ayah Johanna ni tunggu.

Look at the good side, aku ada teman nak kena ceramah percuma. And you get to meet him.
Gee mencebik. Sheesh, first class punya kawan baik. Suka hati pulak dia ya?

“Aku dah jumpa dia dan aku tak suka dia, sorry to say, despite him being a hotstuff, a hunk, and those model-like six-packs, that husky voice, that sarcastic smirk....”

“Amboi, melambung puji.”
“Tak habis lagilah. My point is, walaupun dia punya fizikal tu nearly perfect, aku dah jumpa dia petang tadi dan I got onto his bad side. Dia sangat kerek, itu aku punya konklusi.”

Tegas Gee. Jo hanya menganggukkan kepalanya. Rian lah Mr Kerek sekarang ni? Tapikan, Rian tu kerek pun kerek juga, tapi kalau dah datang mood baik, semua orang boleh cair. Entah-entah, si Gee ni pun boleh cair. Gaya puji Rian tadi macam dah terpaut, Cuma sikap Rian yang kerek lebih itu yang mematahkan hasratnya, barangkali.

“Dia boleh je jadi baik dan caring.
Sepatah Jo membalas sambil menarik senyuman penuh muslihat. Gee yang sedar dengan nada suara Jo  yang sudah berubah itu mencuri pandang ke arah Jo. Ha, mulalah tu dia nak buat muka mischievious dia tu!

“Jo,  I don’t like Mr Kerek.” Kata Gee seolah-olah dapat membaca fikiran Jo. Jo tarik senyum nakal menjadi lebih nakal.

“Hey, aku tak kata apa-apa.”
“Still, aku tak suka dia. Kerek semacam.”
We will see...orang kata apa, kalau jodoh tak ke mana...kau nak nombor Rian tak? Boleh kenal-kenal.” Kata Jo sambil tergelak lantang. Suka acah Gee.

“Johanna! No...” Tegas Gee. Ish Jo ni, boleh pulak dia fikir nak kenenkan aku dengan Rian! Hee, simpang malaikat 44! Tak aman hidup aku nanti! Getus hati Gee.
“Rian single...kau single...aku nak sangat merasa ada kakak ipar...”
“Johanna...kau nak mati kena cekik tak malam ni?”
“Okay, okay, aku tak kacau kau dah. Bawak laju sikit, kesian abah aku tunggu.”

***
“Ah, home sweet home.” Abah Jo tersenyum lebar apabila memijakkan kaki di atas lantai garaj. Jo pula kalut memandang kiri kanan, entah kena rasuk apa. Gee pula menekan controller, kunci kereta Mr Kerek tu.

Thanks Gee sebab ambilkan Abah. Kalau nak harap anak jantan Abah tu, sibuk memanjang. Nasib Jo ada kawan baik macam kamu. Abah dah anggap macam anak Abah dah tau.”

“Tak ada apa-apalah Abah. Tolong Jo sekali–sekala. Lagipun, macamlah Gee tak biasa datang sini. Masa sem satu dulu selalu je Gee datang sini teman Jo.” Seloroh Gee. Bahu Jo dicuitnya. Jo hanya tersengih.
            “Eh, waaa, abang dah balik?”

Aunty Nah yang selesa berbaju kelawar itu sudah memunculkan dirinya dari dalam rumah. Paperbag di tangan suaminya dicapai lalu dia kucup kasih tangan sang suami. Abah Jo tersenyum manis. Rindu kat bini dia.

            “Ya, dah baliklah ni. Eh, jom masuk Gee.Jo, tolong tarik beg abah sekali.”
            “Kamu dua tidur sini ya, malam ni!” Tegas Aunty Nah sebelum menarik tangan suaminya ke dalam rumah.
            “Alaa, tapi mak...”
            “Tak ada alasan. Anak dara tak elok pandu malam-malam.”
            “Kami baru je drive dari KLIA mak, tu boleh pulak.”
            “Eh...anak dara awak ni bang, menjawab 24-jam. Ini ikut perangai abang dia lah ni. Dah, Jo dengan Gee, tidur sini. Muktamad.”

Mereka mengangguk. Setelah kelibat kedua-dua orang tua itu hilang, Jo memandang Gee.Gee memandang Jo. Setelah itu mata serentak terarah kepada bunyi enjin yang menggegarkan satu taman itu. Oh no! Mr Kerek dah balik! Kedua-dua anak dara itu mencicit berlari ke dalam rumah, sambil menarik beg seberat 20 kilo milik Abahnya itu. Sempat ke nak menyorok cik adik sekalian?

***

            Hayabusa diparkir di sebelah Beemernya. Helmet di kepala ditanggalkan lalu dikelek.Bagpack setia dikendong pada belakang badannya. Rambut yang tadinya terpenyek dek helmet sudah kembali diserabutkan. Tangan dilarikan pada bahagian depan keretanya, enjin masih panas, sah, baru sampai ni. Mata helangnya mencari kesan-kesan eksiden yang dilaporkan oleh adiknya tadi.

            “Adik tak guna, telefon lepas tu letak aja macam tu. Orang telefon balik tak angkat. Cuak lah tu, saja nak uji aku agaknya, ingat aku tak meletup kalau Beemer ni cacat sikit?” Gerutu Rian sambil cekap mencari cacat-cela pada kereta itu. Dia pusing sekeliling kereta itu, dan apabila dia tiba pada bahagian belakang, matanya tertancap pada satu garis halus betul-betul pada plat kereta itu. Darahnya terus naik ke muka.

            “Johanna binti Saidin!!” Suaranya bergema, siap memecah keheningan malam.  Kaki dipanjangkan ke dalam rumah. Tanpa salam, dia terus menerpa emaknya yang sedang berbual dengan abahnya di ruang tamu.

            “Oi anak jantan perasan bagus, kamu duduk terpekik melalak malam-malam ni kenapa? Salam mana?”
Sedas Aunty Nah memerli Rian. Rian tayang muka kereknya.

            “Adik mana mak? I want to have a word with her.”
Ditepisnya soalan Aunty Nah begitu sahaja. Aunty Nah menggeleng kepala.

            “Apa nak jadilah kamu ni Rian. Balik je nak cari gaduh dengan adik. Hish, dia ada dalam bilik dia dengan Gee. Kawal sikit perangai tu depan tamu.”

Rian terlopong mendengar kata-kata emaknya itu. Biar betul mak dia ni! Gee tu kan lelaki, Jo tu perempuan, sampai bawak masuk bilik tu kenapa?

            “Astaghfirullah mak! Rian kadang-kadang tak faham mak ni! Abah pun sama. Korang nak adik berzina ke?”

            Lantas dia berlari ke bilik Jo di tingkat atas. Aunty Nah dan Uncle Saidin hanya memandang perangai anak jantan mereka.

            “Tak faham betul Nah dengan Rian tu, bang? Apa yang zinanya?”
            “Nah tak faham, abang lagi tak faham. Budak tu dah mereng agaknya. Permanent Head Damage, kan? PhD. Haha, I miss the chaos  in this house. Dah, kita tengok je diam-diam apa yang bakal terjadi nanti.” Selamba, Abah Jo meletakkan tangan ke atas bahu Aunty Nah. Aunty Nah tesenyum. Suka hati suami dia mengata anak sendiri.  Tapi betul juga, rumah jadi sunyi bila Jo tak ada,  kalau Jo ada, Rian mulalah nak acah adik dia. Boleh gamat rumah ni.

***

            Pintu bilik itu dibuka kasar. Ruangan bilik yang berwarna fushia  itu dipandangnya. Aik! Mana pergi dua  makhluk tu? Tiba-tiba Rian terdengar suara dari walk in wardrobe yang tertutup pintunya itu. Telinga ditekapkan pada permukaan kayu itu.

            “Phewit!” Siulan itu membuat kening Rian ternaik. Makhluk ni tengah buat apa kat dalam tu?
            “Yeah baby! I know I’m sexy!” Sah, itu suara Jo.

            “Mana kau beli ni? Kau belum kahwin pun dah ber-lingerie bagai, marvellous.”Aik, itu suara perempuan. Rian mengalihkan kepalanya dari pintu itu. Dia berkira-kira, nak buka pintu ni ke tak?
            “Dah lupa. Kau nak turun lagi kan lepas ni? Ambik baju lengan panjang tu, and this pajama bottom.”

            Serentak itu Rian terdengar bunyi derap tapak kaki menghampiri pintu itu. Rian menarik senyuman nakal. Dia berdiri tegak di hadapan pintu itu.

Setelah beberapa saat, pintu itu terbuka dan mangsanya terus tercium dada bidangnya. Dada ke? Tak cecah dada pun.  Sejak bila Jo jadi sependek ni? Rian terus memegang bahu perempuan itu, siap bertudung bagai. Memang bukan Jo ni, Jo kalau dalam rumah memang takat berseluar pendek  dengan spaghetti top saja.

“Jo! Sejak bila ada tiang kat depan ni?”  Perempuan itu bersuara hairan. Dahinya yang sengal melanggar ‘tiang’ itu diusap perlahan. Jo dari dalam wardrobe itu terus memandang ke arah Gee. Matanya membulat!

“Abang!!”
Jo terjerit kecil. Gee mendongak! Omo! Mr Kerek! Rian pula memandang ke arah Jo yang masih belum keluar wardrobe. Kemudian matanya memandang pula pada budak di dalam rangkulan dia itu. Cepat-cepat tangannya melepaskan bahu si kenit itu. Cis! Hari ni dah berapa kali jumpa dia!

“Mr Kerek?” Gee bersuara. Gulp, liur ditelan.
            “Kenit!” Garang saja suara Rian tika itu.
            Kemudian, matanya menikam Jo tajam.

            “Kereta aku ada calar, betullah kan accident tadi?”
Jo hanya diam. Gee pula mengeluh. Giliran dia pula ditenung oleh Rian.

            “Dan aku rasa aku dah kena tipu bodoh-bodoh. Jehan bin Ahmad konon. We need to talk this instance. Aku tunggu kat bawah.”

Setelah itu, pintu bilik dihempasnya kuat. Gee menggigit bibirnya. Jo hanya mengeluh lemah. Nampaknya, angin monsoon dah tiba.

            “Aku rasa, macam baru jumpa Darth Vader.” Ulas Gee. Jantungnya masih berdetak laju.

            “ Listen kakak ipar...tolong buat dia jatuh cinta dengan kau. Tame him, will you?”Jo terdesak. Rian ni, belum jumpa dengan ruas ni. Kalaulah  Gee tu boleh buat Rian terpikat, tentu dah tak kerek Rian tu.

            “Hish, merapu. Tak sanggup aku. Abang kau tu kerek sekerek kereknya. Kau bagi saja kat orang lain.”

            ***

Dua gadis itu menekur karpet yang tebal di kaki mereka. Telinga ini sudah berdesing, jam didinding dipandang. Kalau nak kira, sudah hampir sejam kena ceramah percuma Rian ni.

            “Faham tak Abang kata apa?”
            “Ye...adik faham.”
            Rian memandang Gee yang diam terkelu itu. Dari tadi tayang muka toya dia.

            “Kenit! Faham tak?”
            “Rian, sudah-sudahlah tu. Gee kan tetamu kita. Lupakan saja insiden tu.” Aunty Nah cuba masuk campur. Tak sanggup juga dia mendengar dari tadi. Marah betul anak teruna dia kali ini. Suaminya pun turut disisi.

            “Betul kata mak kamu tu Rian. Diorang ni ada kuliah esok. Sudah lah tu.” Uncle Saidin pula mencelah.Namun, mereka hanya diendahkan Rian. Mata masih menikam mata Gee.

            “Kenit! Understood?”
            “Yes, doc. Now can we go to bed?” Selamba Gee membalas. Tudungnya dilipat bulat. Penatlah asyik duduk dengar dia ulang benda yang sama dari tadi. Boh-san!

            “No! You are a jinx, you know that! Asal ada muka kau je, mesti ada je benda buruk jadi kat aku atau barang-barang aku.”

            “Rian! Tak baik!” Aunty Nah mencelah lagi. Namun, sekali sahaja Rian memandangnya, terus terdiam. Takut juga dengan anak teruna dia ni. Aura pembunuh siri!

            “Urgh will you just cut this off!” Jerit Gee geram. Aunty Nah dan Uncle Saidin sudah dilupakan. Mr Kerek made it personal, so he will get what he deserved! “ Dengar sini Mr kerek, I’m sorry kereta awak calar, I’m sorry your sister lied to you that I’m a boy sebab nak fetch Abah, I’m sorry I saw you fell this afternoon, I’m sorry I  stained your shirt dengan ink printer...”

Senafas Gee menghamburkan emosinya. Rian setia mendengar dengan muka toyanya. Tangan dilipat kedada. Mata tajam memerhatikan wajah Gee yang merah itu. ‘Kenit ni comel pula bila muka merah macam tu’ entah dari mana fikiran itu muncul. Rian berdehem, ‘I did not just said that. Rian...kau penat sangat ni sampai puji si kenit tu.’ Katanya pada diri sendiri di dalam hati.

            “Nah!”
Rian kembali ke realiti. Kelihatan Gee sedang menayangkan sekeping kertas. Kertas apa?
            “Apa tu?”
            “ Cek. Ganti rugi. Ini...ambik beli baju. Saya malas nak basuh untuk awak. Lepas tu, claim balik calar kereta kesayangan awak tu. Then, kalau awak nak claim juga ego awak yang tersembam dekat kaki saya tadi hari pun boleh. Just fill in whatever amount in it. It’s a blank cheque!

            Gee pantas meletakkan cek itu ke tangan  Rian. Rian terlopong. Begitu juga Jo. Oh, baru tahu cerita disebalik gelaran Mr Kerek ye, Jo? Nampaknya, buku sudah bertemu ruas!

            “Aunty Nah, Abah, Gee naik dulu. Sorry.”Kata Gee lantas memanjangkan langkahnya.
            “Kenit! Your mom didn’t teach you manners huh?

Rian masih lagi mengasak Gee, Gee terhenti dari melangkah. Tiba-tiba tubir matanya terasa panas. Jo pula sudah memegang dahinya. Ini satu masalah Rian, kalau dah gaduh tu, dia suka besar-besarkan. Selalu macam tu.

            “Shh! Rian! Sudah mak kata!”
            “Taklah mak, dia dengan Jo sama, menjawab lebih.Biadap.”
            “Abang pun biadap!  Mama Gee dah meninggal masa dia kecik!”
 Celah Jo geram. Rian tercengang. Lantas, dia memandang kelibat Gee yang sudah hilang dari tangga itu. Alamak...

            “Jo...Abang, abang tak sengaja...” Suara Rian berubah seratus peratus. Tiada lagi marah-marah. Menyesal lah tu kan?

            “Tengah marah kan? Semua benda keluar...abang minta maaf sama dia.Adik pun minta maaf dengan abang, sebab adik tipu abang. Tapi adik nak, abang selesaikan apa-apa masalah abang dengan kawan baik Jo tu. Dia dah macam kakak bagi Jo, Jo tak nak dia tak nak rapat-rapat dah dengan kita nanti.” Ujar Jo tenang. Rian dipeluknya erat. Adrian marah macam mana pun, dia tetap abang Jo kan? Dan Jo tetap adik dia.

            “Abang tak patut marah lebih-lebih...” Rian berkata lagi.
            “Mr kerek silalah pujuk si kenit tu okay.” Kata Jo sebak. Tak sukalah bila abang dia ni termarah kawan baik dia. Tak suka sangat! Baru je nak kenenkan Gee dengan Rian, tapi, macam mana nak kenenkan kalau baru jumpa je pun dah gaduh macam World War Three!

            “Okay...” Rian menurut perintah adiknya. Nak pujuk si kenit tu, agak-agak macam mana?

***

Gee hanya berteluku di atas katil Jo. Jo yang baru memasuki bilik itu tersenyum lebar. Mata dan hidung Gee yang merah itu menandakan Gee baru sudah menangis.

“Babe.”
Panggil Jo. Gee hanya diam memandang Jo. Jo menghampiri Gee lalu memegang kepala lutut kawan baiknya itu.

You have seen his bad side today, nanti esok, you’ll be smitten with his good side. Dia tak sengaja tadi tu.” Kata Jo. Gee hanya memandang Jo dengan mata yang dikecilkan.

“Berani kau menjawab dia tadi. Aku suka. Tapi, dia sesal sebab ungkit mama kau. So aku suruh dia minta maaf dengan kau. And settle all your problems with him. Baru jumpa sehari, dah macam-macam korang buat. Bajet musuh ketat.” Lancar Jo berkata-kata agi. Gee melarikan jarinya pada rambut.

“Kau tak nak ke jadi kakak ipar aku?”
Tanya Jo berjenaka. Gee tergelak. Sempat lagi Jo ni. Kepala digelengkan.

“Setakat ni, aku nak tengok dia nak minta maaf macam mana. Aku tak suka bila dia selitkan nama mama aku tadi. Sangat kerek. And yes, biadap.”

“Kalau dia lulus bab minta maaf, kau consider eh, jawatan kakak ipar aku tu.”
“Mengada kau ni!”
“Janji eh...”
“Iya iya. Aku nak tengok good side Mr Kerek macam mana. Kalau aku suka, aku baik-baik dengan dia.”
“yes!”

***

            “Gee...”

Ruang kereta yang hening itu bergema dengan suara garau itu. Gee masih membatu di tempat duduk penumpang di hadapan. Tak guna punya Jo, sampai hati dia tinggalkan Gee. Sehinggakan Gee terpaksa mengikut ajakan Rian supaya tak terlewat ke universiti. Gee hanya membuat muka toya sambil memandang ke hadapan. Jantungnya  berdetak rancak apabila namanya dipanggil Rian. Padahal, baru dua hari kenal.

“Gee, kat depan tu ada selekoh tajam. Saya tak pegang stering ni, kalau awak duduk diam macam tu juga, kita dua-dua masuk ICU hari ni.” Serentak itu kelajuan kereta meningkat. Gee sudah gelisah ditempatnya. Ish, si kerek ni.

“Apa dia Doc Kerek? Duduk Gee Gee kenapa? Saya dengarlah.” Jawab Gee geram. Tak suka bila jantung dia macam overdrive pepagi ni! Apa Rian tengah buat pada dia ni?

“Hish, kenit saya ni kena ugut  dulu baru nak buka mulut?” Selamba Rian berkata. Muka Gee sudah merah. Apa tadi? Kenit ‘saya’.

“Perli lagi, perli. Bukan dia nak minta maaf.” Getus Gee, cepat Rian. Apa kau ingat kau sorang boleh hilang sabar? Nur Jehan pun bolehlah!

I’m coming to that. Tapi, sebelum tu, ambil balik ni.”
Katanya seraya menyerahkan kembali cek kosong yang diberi Gee semalam. Gee mengeluh.Kertas itu dicapainya. Nasib baik dia bagi balik, kalau tak mati kena soal dengan papa mana pergi duit simpanan dia.
       
             “Laju je. Tak ikhlas ye semalam.”
            “Awak yang taknak.”

            “Yelah.Yelah. listen, Gee...awak kawan baik adik saya. Dan semalam saya buat sesuatu yang saya sendiri menyesal. Tapi terlajak kata tak boleh undur. Saya harap, awak dapat maafkan saya yang baran, yang kerek ni.” Tenang Rian menuturkan maafnya. Gee hanya diam mendengar. Tangan Rian mengeluarkan sehelai kertas, lalu ditulis sesuatu pada kertas itu. Kemudiannya, dia memberi kertas itu pada Gee.Nasib baik lampu merah.

            “Apa ni?”
Tanya Gee hairan. Di atas kertas itu siap tertulis tarikh semalam.

            “Tiket nak balik ke kelmarin. Ibarat kita baru jumpa ni. Awak koyakkan kertas tu, dan ‘boom’, yesterday never happened.” Yakin, Rian bertutur.

            “Come on!Koyakkan kertas tu.” Desak Rian lembut. Gee menarik senyum segaris, okay, Rian’s goodside is not that bad. Jo, betul kau nak aku jadi kakak ipar kau ni? Nyaris cair ni. Gumam Gee sambil jarinya mengoyakkan kertas kecil itu. Rian memandang dari sebalik kaca mata hitam itu. Bibirnya menarik senyum paling manis. Gee terpegun, sah, cair!

            “Hey, awak pura-pura tak nampak saya jatuh ya?”
Gee menaikkan keningnya. Hah? Oh...Rian re-cap balik ke apa yang berlaku semalam? Ke, re-cap sebab nak betulkan keadaan?

            “Hah? Awak jatuh ke tadi?” Gee bertanya kembali. Rian tergelak.
            “Awak tak nampak eh?” Tanya Rian kembali. Nadanya ingin tergelak.

        “Serius saya tak nampak apa-apa.” Tegas Gee. Tangan dibawa ke mulut, ketawanya nyaris terhambur. Permainan Rian ni agak pelik, tapi kiranya okaylah untuk betulkan apa yang tak betul semalam tu.

            “Okay. Sekarang, scene ink printer pula.”
Cakap Rian. Gee menggelengkan kepalanya.
            “Mr Kerek, it’s okay. I have forgiven you.”Cakap Gee, lega.
            “Okay, Miss Kenit.Thanks.

***

            “Gee...” Suara Jo membuatkan Gee mengalihkan pandangan dari kertas tutorialnya itu. 
            “What?” Sepatah ditanya kembali.
            “Dah okay ke dengan Rian? Peristiwa dua minggu lepas dah setel?” Gee mengecilkan matanya. Ouh, nak korek cerita ya?

            “Think so.” Jo mengangguk. Gee masih memandangnya.
            “Kenapa kau tanya?” Gee bertanya sekilas, sebab muka Jo ni macam ada simpan rahsia pun ada.
            “Semalam masa aku balik rumah, abang cakap, yang hari ni...”

Jo terhenti disitu. Jam dihadapan dewan kuliah itu dikerling.  Gee menaikkan keningnya. Apa kes budak ni nak main cakap tergantung ni?

            “Kerek cakap apa?”
            “Yang dia...urm...”

            “Sorry kids...I’m a bit late. Everyone please calm down and be comfortable in your seats. I’m Adrian, Dr. Adrian Saidin, your new mentor replacing Mr Samy. Are we clear?”

Mahu tak ternganga Gee melihat susuk tubuh si kerek di hadapan kelas. Ganti Mr Samy? Maknanya...selepas ni...makin kerap dia kena berurusan dengan abangnya Jo ni? Aiyoyo Mr Samy, why you don’t want to be our mentor?

            “So, ini hari pertama saya bersemuka dengan korang semua, so...any questions you would like to know?

            Tanya Adrian lagi. Jo di sebelah sudah melurutkan badannya separas dengan meja. Tak nak abang dia nampak agaknya. Eh, idea yang bagus. Gee pun buat benda yang sama.

            “Itu dua orang dekat belakang  dah tak ada tulang belakang ke? Duduk elok-elok.”
Zapp! Gee pandang Jo, Jo pandang Gee. Kantoi dengan mata helang Mr Kerek.

            “Awak Jehan kan? Runner subjek Mr Samy kan? Lepas ni ikut saya naik pejabat. I have a few other modules for you people.

Tepat mata Adrian menikam mata Gee. Gee angguk. Kena pretend play yang Adrian ni bukan abang Jo. Jo pula sudah mencicit ketawa di sebelah.

            “Kakak ipar, masuk-masuk je terus kena aim dengan abang. Walawey, abang dah berkenan lah tu.”
Sempat lagi Jo menyakat. Gee mengerutkan hidungnya, heee, dah okay dengan Rian tak bermakna dah jatuh cinta dengan Rian okay cik Johanna Saidin! Hish, gian nak berkakak ipar sangat! Cekik karang baru tahu. Apa barang skandal dengan pensyarah sendiri? Not cool!


P/S : Sorry sorry sorry to the max. Seems like there's gonna be a part three sometime soon. Hopefully that would be the last part of this story! 









16 comments:

  1. Suka dgn semua tulisan Shamien....x sabar nk tunggu sambungan..karya ni menceriakan hari saya...thanks...
    -nie-

    ReplyDelete
  2. hahaha
    comel
    part 3 please! ;)

    ReplyDelete
  3. dah cair meleleh dah ni
    nasib ade sambungan, fuhh!

    ReplyDelete
  4. Best sgt...
    Part 3 plz...

    ReplyDelete
  5. Tah terlupa sebenarnya cita ni....kena pi cari part 1 dulu baru le boleh recall balik....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sme lah.. Bila bce part 1,dlm hati. Oh dh bce dh.. Bru leh sambung part 2.. Keke

      Delete
  6. Finally keluar jugak Mr Kerek Part 2... ^^

    ReplyDelete
  7. aida says.. awak x sabo nk bca part 3.. :)

    ReplyDelete
  8. alah..citer tengah best kut...baca pun sambil tersengih sensorang...sambung cepat please...

    ReplyDelete
  9. bila nk sambung part 3 lak??
    dah lama dah ni..

    ReplyDelete