Friday, March 25, 2011

Sorry~~~

Korang, Readers Lalaland n Candyland, Awin just nak say sorry sesangat sebab I don't think I can update, update I.Allah minggu hadapan, sebab Daddy awin admitted, I just need to accompany my mom to hospital and memang x sempat nk taip apa2...sorry sesangat.

Saturday, March 19, 2011

Pengumuman...

Ok...Awin nak story sket ni, memandangkan ramai yg suruh settlekan Im yours dulu baru cerita lain, Awin nak declare kat sini yang CERITA_CERITA LAIN selain Im Yours dan mr. Perfectionist akan digantung tak bertali dulu.

Gantung pun gantung gak, tapi kalau AWIN takde idea sesangat, maybe AWIN akan sambung gak! Tapi kalau terdesak sangat yea!

LAGI SATU, BLOG ni...awin akan gilir2 dengan Candyland, Contohnya hari ni AWIN update Candyland, Esok baru AWIN update LAlaland. Lusa Candyland balik and so-on. OKEH...Barulah adil dan saksama.ngehehee....takpe kan korang?????Bolehlahyea....* tulah AWIN, Gatal sgt nak buat 2 blog, nak buat cecita yang banyak2...padan muka, kan dah tak terkawal!*

TAPI>>>>kalau Mr. Perfectionis dah habes nanti, maybe awin akan un-gantungkan cerita AADW tu...sebab cam best gak nak taip!!hek3....


OKAY!! MARY LOPPINS tu dah UPDATE, meh kite bace sesama yea!! Click on the  link to go to Candyland!

Thursday, March 17, 2011

Mr. Perfectionist 10



 “Ow....owowowowoww!!!OOOOWWWCCHHH!!Abang!! Sakit!!!!”




Daye memandang Jazz yang sudah menjerit bagai histeria itu. Kuat gila berpeluh si Jazz ni. Daye juga turut berpeluh. Panas sangat situasi sekarang ni.



“Sakit!!! Stop!! Jazz tak mahu. Kalau Jazz tahu sakit macam ni, Jazz tak nak abang buat Jazz tau!!”



Jazz menggenggam cadarnya kemas. Daye mengerutkan dahinya. Sakit sangat ke, aku rasa aku dah go-slow dah ni?



“Sayang, sabar sikit. Lama-lama tak sakit dah. Trust me, sayang.”



Daye masih memujuk Jazz. Takkan nak berhenti separuh jalan kot? Tak logik la! Jazz ni pun satu, ni dah tanggungjawab aku sebagai suami!



“Abang senanglah! Abang bukan rasa pun apa yang Jazz rasa! Jangan tekan! SAKIT!”



Jazz masih lagi mengamuk. Ini semua kes Daye yang terlebih romantik! Kan tak pepasal dia dah jatuh macam nangka busuk tadi! Daye ni tak tahu ke dia rabun malam?



“Sayang! Abang just nak urut betis sayang yang terlanggar bucu katil ni. I want to help you! Sayang sakit, Abang pun rasa tau! I’m your hubby. Betis sayang terlanggar katil, betis abang yang luka tahu!”



Daye dah masuk mood memujuk isterinya. Dia ingat keadaan berlilin dalam bilik itu sudah cukup terang buat jazz nak nampak, rupa-rupanya tidak! Kuat benar Rabun malam budak Jazz ni!



“Owh...Abang...you are such a sweet talker! Meh sini...tepi Jazz. Tak yah urut lagi, nanti makin teruk.”



Jazz menepuk katil disisinya, menggamit Daye supaya ke sisinya. Daye menutup botol minyak urut dan berlalu ke tandas untuk mencuci tangannya. Kemudian, dia berbaring disebelah Jazz.


Jazz memeluk erat Daye.




“Sayang, sorry...sepatutnya malam kita ni malam yang romantis, tapi, vice versa yang berlaku. So sorry sayang.”



Daye berkata sambil memeluk Jazz. Jazz bersandar pada dada Daye dan menalakan pandangannya ke wajah Daye dalam kesamaran itu.



Jazz tersenyum.



“Romantik apa ni, candles...You and me, hugging each other...ok la!”



Daye tersenyum manis. Benar kata Jazz. Ini dah cukup romantik.



“So, kiranya...tunda lagilah ni?”



Daye bertanya. Jazz hanya mengangguk. Kesian Daye. Tapi nak buat macam mana? Kaki tu cramp terus lepas jatuh tadi. Kuat sangat pergi tendang katil tu.



“Sorry abang. Nanti qadha’ balik ek? Sabar tu kan separuh daripada iman.”



Jazz berkata-kata. Daye mengeluh. Eh kejap. Ada satu cara lagi nak kasi kaki jazz tak semut-semut.



“Jazz, kejap...ada lagi satu cara!”



Daye menarik Jazz turun dari katil. Kemudian, Daye memijak perlahan kaki Jazz yang kebas tadi. Sambil dia memijak, dia mengurut perlahan betis Jazz. Setelah beberapa minit dia terhenti.



“Eh? Abang! Dah elok la! Pandai Abang urut!”



Daye tersenyum bahagia. Yes!! Tak payah sabar lagi. Hoorey!!!



“Iya? Ok then! Jom, sambung projek!”



Ooopps! Jazz menelan liur! Kenapa kali ni aku lupa aku tengah berlakon?? Habislah, tapikan...kesian pulak kat Daye. Lagipun, sampai bila aku nak lari kan?kan?


 Jazz membatalkan niat jahatnya. Lagipun, dia sendiri mengaku yang dia dah ok.


Jazz membaringkan dirinya ke katil. Daye menindihnya perlahan. Kucupan daye singgah di dahinya, kemudian matanya, hidungnya, pipinya...baru ke bibir.


Kemudian, turun ke leher, tengkuk, bahu jazz...dan...



“Erk!”

Daye terhenti.


“Kenapa?”

Jazz bertanya. Apa kes pulak Daye ni.


“Hick!”


Daye tersedu. Jazz menahan tawanya.


“Hick!Hick!Hick!”


Daye masih lagi tersedu. Jazz menolak perlahan Daye. Daye bangun dan bersila.


“Hick! Ambik...hick! Air! Hick!...Hick!”



Susah benar Daye nak meluahkan permintaannya. Jazz akur dan turun ke tingkat bawah untum mengambil segelas air. Dan, Daye masih lagi di atas katil.



“DAMN! Hick! Mas..hick! Masa.. hick...nilah...nak..hick,hick,hick... ter..hick,sedu!”




Daye memukul katilnya kuat. Geram betul. Hilang habis mood dia. Baru je nak mesra-mesra dengan Jazz. Kalau macam nilah, bila nak adanya firstnight!




***


see u next tyme!!  Auf Wiedersehen!!

Tuesday, March 15, 2011

Mr. Perfectionist 9




“Upin! Kau...kau...kau u’uk ek?”




  Joshua yang ralit mengacau mak ucu dan pak ucunya tadi terhenti apabila terbau sesuatu yang menyesakkan pernafasan. Alec menggelengkan kepalanya berkali-kali. Nak kata dia tak melepas le tu!




“Tipu! Bau Shmelly la! Ucu!! Dia melepas!!!Eeeewww....”



Joshua sudah mengadu dekat Jazz. Jazz hanya tersenyum.



“Ucu!! Check sendiri, Alec good boy! Alec kalau melepas cakap terus!”



Alec sudah menghampiri Jazz. Jazz masih tersenyum.



“Macam mana Ucu nak check, kalau Josh dengan Alec ikat tangan Ucu dengan Ayah Cu?”



Jazz mengumpan budak tu supaya melepaskan mereka.


Alec dan Joshua memandang satu sama lain.


Joshua menghampiri Jazz dan Daye.


Dia melepaskan ikatan tersebut.



“Meh sini Alec, Ucu check pampers!”



Daye yang melihat Alec menghampiri tempatnya dan Jazz ,terus berlari.



“Daye! Sit down! Learn! Nanti anak kita, you can’t avoid!”




Jazz memberi amaran kepada Daye yang ingin melarikan diri itu. Daye menarik muka masamnya dan terus kembali ke posisi duduknya.



“Fine, make sure upahnya berbaloi malam ni!”



Daye berbisik ke telinga Jazz. Jazz tersenyum.


Dia kemudiannya memandang ke arah Daye.



“Ok aje...tapi takleh lebih-lebih, traffic light merah!Ngee...”



Jazz berkata-kata. Daye menggaru-garu kepalanya. Apa kaitan traffic light pulak. Aku nak suruh dia masak spesial je!


Daye hanya berdiam diri. Jazz pula asyik menukar pampers Alec.


“See...Alec shishi je, tak u’uk!”



Alec menarik muka cutenya. Jazz tergelak dengan gelagat Alec itu.



“Alec good boy kan Ucu?”


“La, Joshua pun good boy gak!”



Alec dan Joshua masih lagi menggiat Ucunya. Jazz mengangguk.



“Kalau Alec dan Joshua goodboy, Alec dan joshua tak ikat Ayah Cu dengan Ucu macam ni! Suka sangat ek buat Ayah cu marah? Nak rase Ayah Cu kasi makan penampar? Nak?”



Daye mencelah. Suaranya agak tinggi sedikit. Terkejut Alec dengan Joshua. Daye siap menayangkan penampar lagi kat budak-budak tu.



“Awak! They’re still children. Janganlah marah mereka macam ni.”



Jazz sudah memujuk Daye. Daye ni pun, budak-budak mana tahu apa yang mereka buat!



“Inilah sebab saya tak mau anak lagi! Awak ni terlampau manjakan budak-budak. Sebab tu jadi manja macam ni! Saya tak nak anak kita nanti jadi spoiled brats! Tak ada disiplin!”



Daye pulak termarah Jazz. Jazz tersenyap. Matanya berair.


Sampai hati Daye tegur dia macam tu.



“Tengok! Perangai awak ni pun macam budak-budak! Cengeng! Orang tegur je nangis! Asal tegur, nangis! Asal nangis, orang tegur! Dahlah! Layan aje budak-budak ni, saya tak pentingkan? Im out!”




Daye bangun dan mencapai pampers Alec tadi. Pampers penuh itu dicampak ke dalam bakul sampah dan Daye berlalu ke tingkat atas, bilik mereka.



“Ucu...”



Alec memanggil Jazz yang menunduk itu. Jazz mengangkat kepalanya. Betul kata Daye, dia terlampau manjakan kanak-kanak.



“Ucu jangan nangis. Kami promise,kami tak nakal. Ayah Cu baik. Mula-mula dulu Ayah cu baik, tapi kami nakal.”



Alec memujuk Jazz. Jazz tersenyum tawar.



“Betul Ucu, Ayah Cu baik sangat dulu, tapi kami yang buat dia benci kami. Sampai sekarang dia tak suka kami. Kami gurau je dulu. Ucu...jangan nangis!”




Joshua pula. Josh memeluk Jazz, begitu juga dengan Alec.



“Pujuk Ayah Cu jom?”



Jazz kata sambil mengelap air matanya. Joshua dan Alec terus berlari ke bilik Ayah Cunya.



Pintu bilik dikuak dan dia melihat Ayah Cunya terbaring.



Alec dan Joshua menghampiri Daye.Bahu Daye ditolek perlahan.



“Ayah Cu...”



Josh sudah mengeluarkan sura cutenya. Daye masih lagi statik.



“Cu...Ayah Cu...”



Kali ini Alec pula.


 Daye berkutik sedikit. Dia memandang Joshua dan Alec tanpa perasaan.



“Kami mintak maap. Tsk,tsk...kami bad boys...sebab tu Ayah Cu tak sayang kami...kami nak ayah Cu kami yang dulu. Yang selalu beli toys, selalu blanja eskrem...please???”



Joshua mulakan aktiviti memujuk. Daye tersenyum.



“Nak Ayah Cu yang lama balik?”



Daye bertanya. Mereka berdua hanya mengangguk.



“Sayang dah Ayah Cu?”



Mereka mengangguk.



“Benci lagi Ayah Cu?”



Geleng.



“Kami sayang”



Alec berkata-kata.



“Nak Naughty lagi tak?”



Geleng.



“Nak koyakkan langsir Ayah cu lagi?”



“Taknak!”



“nak calarkan kereta Ayah cu?”



“Tak!”



“Nak conteng baju ayah cu bila ayah cu tidur?”



“Tak nak!”



“Nak peluk Ayah Cu?”



“Tak nak!”



Daye menjegilkan matanya! Budak-budak ni?




“Tak nak???”



Daye bertanya kembali. Joshua bertanya...



“Ayah cu kata apa tadi?”



Daye menggelengkan kepalanya.



“Nak peluk Ayah cu tak?”



“NAKKK!!!”



Mereka berdua memeluk erat Daye. Daye mengucup kepala mereka. Dah tak fobia dah! Budak-budak ni dah dineutralkan!




“Ayah Cu...Ucu pulak?”



Jazz yang baru masuk bilik itu turut menarik muka cute. Matanya dan hidungnya merah, nampak sangat baru lepas nangis.



“Dah, pergi tengok TV kat bawah. Ayah cu datang kejap lagi, kita pergi beli eskrem!”



Daye mengarahkan anak saudaranya itu keluar. Laju aja mereka.



“Come here Jazz....”



Daye mendepakan tangannya. Jazz lantas memeluk Daye erat.
Sekali lagi dia menangis, kali ni di dada Daye. Daye melurut lembut rambut jazz.



“Shhh...Abang sorry hal tadi. Tak patut abang marah Jazz. Im sorry sayang!”



Daye mula memujuk. Jazz menggelengkan kepalanya berkali-kali.



“Memang salah Jazz, Jazz terlampau suka manjakan children. Jazz patut kontrol siket, kan?”



Jazz berkata-kata.



“Jazz, nak manja tak apa, tapi jangan terlebih. Dulupun, Abang manjakan sangat mereka berdua tu, sebab tu sampai jadi macam tu, tak berdisiplin!

Abang tak fobia sebenarnya, tapi abang tahan diri abang dari kanak-kanak. Abang takut mereka pijak kepala abang kalau kita manjakan mereka. Tapi, abang rasa tindakan abang tu salah. Mereka boleh dimanjakan, but not too much!”



Daye masih lagi berceloteh. Jazz tersenyum manis.



“So, selama ni abang tak allergik la dengan kanak-kanak?”



Jazz bertanya. Dia mengangkat wajahnya dan mencari anak mata suaminya itu.


 Daye hanya menggelengkan kepalanya.



“Jazz, bila Jazz nak mandi?”



Jazz mengerutkan dahinya. Jam didinding dikerlingnya.



“Ni baru pukul 5 petang abang, pukul 7 karang Jazz mandilah”



Jazz berkata lurus. Daye mengeluh.



“Bukan mandi tulah, mandi wajib? Lama lagi ke abang nak tunggu ni? Abang rasa kita dah fit nak jadi parents!”




Daye berkata-kata. Jazz terus merasa wajahnya panas. Dia menunduk.Namun, bibirnya tetap dihiasi senyuman.



“Urm...esok?”



Daye kembali tersenyum.



“Janji? Esok?No more red light?”



Jazz hanya mengangguk.



“And...no more mini-monsters! Along kan nak ambil mereka esok!”



Jazz menokok tambah. Daye rasa macam nak meloncat!



“Good! Hahaha...yang, malam ni tak yah masak! Kita keluar makan piza! I want to treat them! Dah lame abang tak manjakan mereka!”



Daye berkata lagi sambil menarik Jazz ke dalam dakapan. Jazz tersenyum.



“Urm...bagus2...baru je nak mogok masak bila kena tegur tadi. Hahaha...”



Jazz tergelak apabila Daye menarik hidungnya.



“Nakal jugak yea? Nak kena denda!”



Daye terus mengucup bibir Jazz. Kali ni, sekejap aje! Jazz terpana. Daye tersenyum bangga.



“Dah-dah, abang dah lama lepaskan bibir dia, boleh pula dia melamun. Terer gak abang ni kan? Siap-siap, kita nak pergi jalan-jalan, makan eskrem!”



Daye menyakat Jazz. Jazz bangun dari katil dan...



“ABANG! Nak kena sekeh ke! Sakat lagi orang! Dahlah kiss sekejap je! Camner orang tak terpana!”



Jazz menekup mulutnya yang tersasul itu.
Daye hanya menarik senyuman sinis.



“So, you like me kissing you, right??? Uuuu...dirty minded gak Jazz ni!”




Lagi kuat Daye menyakat.



“ABANG!!”



“Okay,okay...dahlah, Josh ngan Alec dah lama tunggu tu, nak abang kiss lama-lama, tunggu malam yea!”



Jazz terus melemparkan bantal ke arah Daye. Daye lagi pantas. Daye terus melarikan diri ke tingkat bawah. 

Bantal yang dilempar tadi tersasar. Jazz hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum dengan gelagat Daye tadi.




******


Yeay! Daye dah matang siket kan? kan? kan??? Aku syukerrr!!

P/s: Aku baru perasan yang masa MP 6 aku kata Jazz n Daye ni Ayang Ngah n Mak Ngah! Well, actually mereka ni Ayah Cu n ucu. Sorry yea!hahaha...jgn konfuse!

Friday, March 11, 2011

My New Blog...English Novels!

OK korang!! Haha...dengan ini secara rasminya awin isythihar AWIN DAH ADA 2 blog!

haktuih! Ada 2 blog pun nak heboh! Cett....haha, taklah...kat Blog satu lagi tu, awin letak novel English Awin. Silalah Jenguk tau! Follow pun yea!!

Nak pegi sana sila tekan sini   Candyland!!

Thursday, March 10, 2011

Mr Perfectionist 8



 
‘Keletang...keletung...PPRAAANGG!’


Keadaan di dalam rumah banglo tersebut sudah berubah 360 darjah . Hanya dengan kehadiran sepasang kembar lelaki ini mampu mewujudkan kembali suasana Perang Dunia ke-2. Cuma yang tiadanya, bom, angkatan tentera, kereta kebal, jet pejuang dan senapang.


Daye dari tadi berkurung dalam biliknya, tidak mahu turun menemani Jazz bermesra dengan Alec dan Joshua. Tak sanggup katanya. Jazz pula tidak cukup tangan untuk memasak, serta menjaga kanak-kanak tersebut.


“Alec! Kasi balik frying pan Ucu. Ayah Su dah lapar tu, bila nak siap lunch kita kalau Alec dan Joshua kacau Ucu macam ni!”


Jazz yang selama ini amat berlemah-lembut dengan kanak-kanak memarahi budak berdua itu. Tidak disengajakan sebenarnya. Bayangkanlah, Jazz baru sahaja mengeluarkan kuali, dan dia berpaling sebentar untuk mengambil senduk tadi. Tengok-tengok kuali itu dah kena sambar ke Alec dan Joshua. Pada mulanya dia membiarkan lagi, namun kali ini, apabila Jazz mengeluarkan non-stick pannya, Alec dan Joshua turut mengebasnya. Buat macam harta sendiri. Kecik-kecik dah nak jadi chef!


Habis jahanam kuali tu kalau dibiarkan menjadi barang permainan Alec dan Joshua. Mereka mengetuk kuali itu sekuat mungkin ke lantai marmar itu. Jazz mendengus geram.


“Ucu kata bak sini! Jangan degil boleh tak? Nanti dengan kamu-kamu sekali Ucu telan! Ucu dah lapar ni!”


Jazz berkata sambil bercekak pinggang. Dia mendengus kasar apabila budak berdua itu membuatnya seakan-akan tak wujud. Tanpa disedari, setitis air matanya mengalir. Emo? Ya, memang dia emo sekarang ni. Bendera merah berkibar lol!


Jazz meninggalkan dua orang kanak-kanak itu di dapur. Dia berlalri memanjat tangga. Pintu biliknya dan juga Daye dipulas kasar.


Daye yang tengah syok melayan lagu dari laptopnya itu terkejut dengan kehadiran Jazz secara mengejut di sisinya.


‘WHAT the Fish? Kenapa serang abang ni? Dah siap masak?”


Daye hanya memeluk Jazz yang teresak-esak dalam pelukannya itu. Jazz hanya menggelengkan kepalanya untuk menjawab soalan Daye itu.


“Kenapa ni? Siapa buat?”


Daye bertanya lembut kepada Jazz yang sudah mengelap air matanya itu. Comel pula Jazz hari ini, macam kanak-kanak. Tocang dua diikat pada setiap belah kepala Jazz. Comel betul!


“Budak tu kacau Jazz! Bila Jazz nak masak ni? Abang pula berkurung dalam bilik aja! Bukannya nak tolong!”


Kata Jazz sambil memukul lembut dada Daye. Daye terbatuk kecil akibat menerima penangan isterinya itu.


Daye mengusap wajah isterinya.


“Fine, abang tolong jugak...jom turun!”


Jazz mengukirkan senyuman kecil. Senang aje nak kasi Daye cair, titiskan air mata sedikit sudahpun layu. Hahaha...kalau tak ada air mata, gunalah Eye mo! Pandai kau berlakon Jazz!


Jazz mengikut jejak langkah Daye yang menuruni tangga itu. Aik? Kenapa tak bunyi apa-apa? Jangan kata budak tu dah mati lemas sudah!


Jazz dan Daye melangkah memasuki kawasan dapur. Sunyi benar!


Gumam Jazz dalam hatinya. Tiba-tiba...


“Attack!!!!”


Belum sempat Jazz dan Daye memberi sebarang respons, Daye sudah jatuh menimpa Jazz. Jazz pula mengaduh sekuat mungkin. Semput dibuatnya apabila badan Daye yang tough ini menimpa badan kurus dan ramping miliknya.


Daye hanya memandang Jazz tanpa berkelip. Matanya menyorot pada bibir munggil yang berwarna merah milik Jazz itu. Tanpa sedar Jazz menjilat sedikit bibirnya itu, secara spontan.


Daye pula semakin terpaku. Nafasnya menjadi berat. Jantungnya berlari tidak mengikut detak. Indah betul ciptaan Tuhan.


“Ipin! Ikat tangan mereka!”


Alec mengarah adiknya! Bila lagi mahu mempraktikkan sedutan Upin dan Ipin yang ditontonnya sebelum datang ke sini dahulu. Yang scene Upin dan Ipin jadi lanun tu lah.


“Ai, Ai Ipin!”


Joshua hanya tersengih ke arah abangnya. Tangan Daye dan Jazz di tariklnya kasar dan diikat sekemas mungkin menggunakan tali.


‘Siap kapten! Sekarang apa kita nak buat?”


Joshua bertanya kembali kepada abangnya.


Alec seakan-akan berfikir . Daye hanya menyumpah mereka beberapa kali dalam hatinya. Memang dia tak suka kanak-kanak yang berperangai mentah ini! Tengoklah apa yang budak tu buat


“Sekarang? Kita campak mereka dalam laut, kasi ikan Josh makan!”


Ujar Alec selamba. Daye hanya menahan amarahnya yang tertahan-tahan itu. Nasib malang betul dapat anak saudara macam ni!Imaginasi tinggi sangat!
 
Daye dan Jazz tak mampu berbuat apa-apa. Tangan mereka masih terikat, so, Daye dan Jazz tidak punyai pilihan lain selain terpakse berlakon macam Upin dan Ipin!




***


Sorry lau ayat lintang pukang, ni x smpat nk edit!

Monday, March 7, 2011

Mr. Perfectionist 7




“Ahaha...jangan sembur air kat mak su!!”


Teriak Jazz dari bilik air. Daye terpisat-pisat bangun. Dia meraba katil di tepinya, kosong.


Kemudian pintu bilik mandi terkuak, muncul 3 tubuh yang sedang berkemban. Siapa lagi kalau bukan Jazz, Joshua dan Alec. Daye sudah menjeling tajam kat Jazz.


Jazz yang perasan akan jelingan itu terus berkata kepada anak-anak sedaranya.


“Alec, Josh...pergi pakai baju yea...mak usu nak salin baju ni...”


Kata Jazz sambil menghampiri meja solek. Alec dan Joshua sudah menarik muncung.


“Ala Mak Ucu...nak baby uwek-uwek! Takyah la salin baju dulu...jom buat baby uwek-uwek!”


Daye sudah membulatkan matanya. Dia memandang Jazz yang tengah tersengih tu.


‘Baby? Uwek-Uwek? Budak kecik pun Jazz layan??? Aku tak rasmi lagi!!Tak aci!!’


“Jazz, I pun nak baby uwek-uwek!”


Daye mencelah perbualan isterinya itu.


Jazz berpaling memandang Daye yang sudah bangkit dari katil itu. Cadarnya sudah melurut jatuh ke lantai. Jazz hanya menggelengkan kepalanya.


“Come on mak ucu!! Let’s baby uwek-uwek!!”


Josh berlari ke dalam pelukan Jazz. Jazz hanya mengeluh. Ikatan tualanya diketatkan dan dia mengangkat Josh tadi. Josh didukung ibarat mendukung bayi baru lahir.


“Alalala...baby Ucu ni...comelnye diaaaa...”


Jazz berlakon seperti mengagah-agah bayi yang kecil.


“Uwee...uwee...”


Jazz tersenyum kepada Josh. Josh pula pandai berlakon menangis seperti bayi baru lahir.


“Baby duduk sini yea, Ucu nak angkat baby Alec lak!”


Jazz membaringkan Josh ke atas katil. Daye hanya melihat. La, main ni ke? Aku ingat main apa dah tadi! Gumam Daye dalam hati.


“Uwaaaaaa...naknaknak!!”


Alec mengada-ngada dengan Jazz. Jazz hanya tersenyum sambil menghampiri Alec pula. Alec juga dilakukan seperti Joshua tadi. Memang bahagia mereka bertiga. Daye hanya memandang sepi. Dia masih fobia dengan kanak-kanak.


“Jazz...nak ugak! Baby wek-wek??”


Jazz yang tengah memakaikan pampers kepada dua orang budak itu terhenti. Dia memandang ke arah Daye yang sudah membuat muka comel itu.


“Okay, dah siap...now, pergi tunggu Ucu kat bawah. Kejap lagi Ucu sampai.”


Jazz mengarahkan mereka berdua itu. Tanpa kata, mereka berdua itu berlalu. Jazz kemudiannya memandang Daye yang masih lagi merenungnya.


“Apa baby kata? Nak jugak baby uwek-uwek?”


Jazz bertanya sambil mengusap wajah Daye. Daye hanya mengangguk sambil mengelip-ngelipkan matanya.


Jazz terbelahak.


“Baby, kalau mommy angkat baby, patahlah tulang mommy”


Jazz berkata lembut. Daye menarik senyuman memukaunya. Mommy-baby? Sweet.


“Mommy dear, baby tak kata pun yang baby yang nak jadi baby wek-wek tu!”


Daye masih berkias. Jazz mengerutkan keningnya, tak de ek? Habistu siapa?


“WAAARGGGHHHH!!”


Jazz terjerit apabila Daye mencempungnya. Daye tersengih gatal.


“Alala bucuk-bucuk daddy...my baby wek-wek!Comelnya dia....”


Jazz terdiam apabila Daye membaringkannya ke atas katil. Daye memandang Jazz. Jazz memandang Daye. Dia ni Mr Perfectionist ke Mr Childish ek? Hairan le!


Jazz menggumam dalam hatinya. Layan ajelah perangai budak-budak Daye ni. Dengan kanak-kanak betul dia fobia, nampaknya akulah yang berlakon jadi baby untuk dia ni, nak tunggu anak sendiri? 


Ahaha...I’m still young babe! Tapi, kalau si Daye ni tak buat first move, sampai bila tak beranak aku! Huuuu... Daye, grow up! U r 35!!!


Umpat Jazz dalam hatinya. Sabar je lah bila Mr Perfectionis ni dah jadi Mr Childish dan Mr Immature!

Sunday, March 6, 2011

I'm A lady 16 *final*




“To all passengers, please fasten the seatbelts. We’re going to land shortly.”



Suara pramugari itu menyedarkan Isya yang hanyut dibuai mimpinya.



“Isya, dear...bangun, Ikh nak betulkan seat.”



Farisy mengejutkan Isya yang terlena di atas bahunya itu dengan lembut. Kemudiannya dia teringat balik masa pertama kali mereka jumpa dahulu. 


Juga di atas flight, dan Isya juga lena tidur beralaskan lengannya. Namun, pada waktu itu Isya masih lagi tomboy, bukan seperti sekarang.


Tanpa disedari Farisy mencarikkan senyuman pada wajahnya.



Isya yang tengah terpisat-pisat itu dipandangnya penuh cinta. Risy kemudiannya menegakkan tempat duduknya dan juga tempat duduk Isya.



“Ikh...ngantuk...”



Ujar Isya sambil menarik kembali lengan Farisy untuk menyandarkan kepalanya. Farisy hanya membiarkan Isya. 


Inilah idamannya dari kecil, untuk meluangkan seluruh hidupnya bersama Isya. Dan, semuanya sudah tercapai, dan sekarang mereka tengah dalam perjalanan ke Langkawi, untuk berbulan madu.


Farisy yang mendengar Isya yang sudah berdengkur halus itu turut memejamkan matanya kembali. Bukannya nak landing lagi, selalunya mereka buat pengumuman 10 minit awal.



Farisy teringat kembali kejadian apabila dia dan Isya tiba di KLIA hari itu.




***




“Siapa ambil kita ni? Ikh dah cakap kat Firhan semalam, tapi dia kata tak tahu lagi siapa yang jemput kita.”



Farisy berkata-kata sambil menolak trolinya yang juga memuatkan barangan Isya. Isya hanya tersenyum penuh makna di sisi Farisy.



“Sabarlah sayang, kejap lagi sayang tengok sendiri siapa yang jemput kita.”



Isya berkata-kata sambil melangkah dengan penuh lenggoambut Isya yang panjang mengurai itu diikat dengan getah urat. Serabutlah, boleh jadi pontianak.



Mata Isya tertancap ke bahagian menunggu. Dia tersenyum.



“Sayang, nampaknya mereka semua datang jemput kita!”



Ucap Isya dengan teruja. Isya menundingkan jarinya ke arah satu sudut lapangan terbang itu.



Farisy membulatkan matanya, namun tangannya masih setia menolak troli. Mereka berdua menghampiri keluarga mereka itu. Mama dan papa tiri Farisy turut ada selain mama dan papa Isya. 


Rayyan Najmie, abang long Isya turut ada selain isterinya yang tercinta, Maria. Kazz dan Firhan pula menarik senyum yang paling manis. Opah pun ada, tapi dia dah tak kuat, dia duduk di atas kerusi roda.



“Surprise!!!”



Serentak mereka menjerit. Sememangnya KLIA ini milik diorang!



“Risy....”



Mama Farisy sudah memeluk anak terunanya itu. Farisy membalas pelukan mamanya. Kemudian yang lain pula memeluk Farisy. 


Apabila tiba giliran Kazz dan Firhan, mereka memeluk Risy dengan erat, ibarat ular sawa melilit mangsanya.



“8 tahun dude, 8 tahun! Haha...”



Firhan berkata sambil menepuk-nepuk belakang Risy. Risy hanya merenungnya dengan rasa geram bercampur bahagia.



“Kau Firhan, siap-sedia nak kena panggang dengan aku, memang dasar tak boleh simpan rahsia! Kau pergi kasi tahu Kazz ngan Isya tu buat apa?”



Risy terus attack Firhan on spot. Sebenarnya, dia bersyukur yang Firhan memberitahu di mana alamatnya, dia sudah terlampau merindui Isya dan keluarganya di sini.



“Risy, kau nak panggang ke, salai ke...tunggu sampai rumah dulu yea...lagipun, malam ni majlis kau.”



Kazz mencelah. Dia kemudiannya memandang Firhan dengan Isya dengan kening yang dijungkitkan. Farisy masih lagi keliru. Majlis apa?



“Dah jom-jom...kau dan Isya naik kereta aku, the rest naik Estima papa!”



Ujar Firhan sambil mengambil troli yang ditolak Risy tadi. Dia bergerak ke tempat dia parkir keretanya tadi.



Setelah keempat-empat mereka duduk di dalam kereta, Firhan terus memecut keretanya. Farisy hanya terdiam di sebelah Isya.



“Abang, kita pergi butik dulu. Chek saiz.”



Isya mengarah Firhan. Firhan hanya mengangguk. Keretanya dipecut setelah melihat jam menunjukkan pukul 15:30 di dashboard.



Tiba aja di hadapan butik, Isya menarik tangan Farisy. Farisy yang masih blurr itu hanya mengikut. Sampai saja di dalam butik, dirinya diukur dan diserahkan beberapa pasang baju melayu teluk belanga untuk dicuba.




“Korang? Kenapa ni? Esok Raya ke nak suruh aku test baju ni?”



Akhirnya Farisy bertanya. Memang dia tak faham apa yang tengah berlaku sekarang ni.



Firhan dan Kazz memandang Isya.



Isya menepuk dahinya.



“Sorry...Isya lupa nak kasi tau...”



Isya berkata-kata sambil membetulkan baju pada tubuh Farisy. Farisy sudah mencuba sepasang baju melayu berwarna turqoise dan berkenan dengannya. Pekerja butik itu telah membungkus baju itu.



“Isya lupa? Padanlah Risy ni blurr dari tadi! Apalah adik ni!”



Firhan mengeluh kasar. Isya pula menarik muka bersalah. Kazz pula memegang bahu adik tirinya.



Dia memandang tepat ke dalam anak mata Farisy. Farisy tergamam seketika. Kenapa dengan Kazz ni, macam serius aja? Gumam Risy dalam hati.



“Takpe, biar aku kasi tau! Farisy Ikhwan...malam ni, kau kahwin!”



Zapp!



Bbbuuushhh



Tttiiiingg



Weeewwwwoooooowwwweeeewwwoooo



Liur Farisy ditelan kesat. Gulp!



Wajah Farisy dah pucat. Matanya mencari anak mata Isya. Isya hanya tersenyum manis.




Dia kemudian memandang Kazz yang masih di hadapannya itu.



“Kah....win??”



Kesemua mereka mengangguk dengan persoalan itu. Farisy menggaru kepalanya yang tak gatal itu.



“Malam ni?”



Risy bertanya lagi. Angguk.



“MAAATTIII!! Aku nak berlatih lafaz akad!!!!”

Farisy terjerit lantang.





“Oh mak kau sayang bapak kau! Auh kucing mengembek ayam mengiau!Oit! Asal menjerit kat butik aku ni?”



Tuan punya butik itu melatah akibat terkejut dengan jeritan Farisy tadi. Farisy menekup mulutnya sebagai refleks.



Kemudian dia tersengih kepada pemilik butik itu.



Isya, Kazz dan Firhan dah tergelak kat situ.



“Korang ni, nak tercabut jantung aku! Kalau ye pun janganlah kasi aku surprise yang macam ni. Dahlah, jom balik, Isya, you bayar baju I tu...gelakkan Ikh lagi!”



Farisy mengarah sambil berlalu keluar butik. Isya hanya setuju, alah, bukannya guna duit dia pun, dia guna duit bakal mak mentua dia jugak...hahaha, mama Risy dah kasi in advance duit untuk beli baju Risy ni.




***




“Sahaja aku nikah dengan...”



BBUUKK.



Kali ini dah kali ke-5 Farisy kena baling dengan songkok. Firhan dan Kazz merenungnya geram. 


Sabar ajelah...kalau dulu formula Add math Farisy ni telan macam tu je, kali ni, nak ingat lafaz nikah bukan main susah. Nampak sangat dah lama tak makan kismis.



“Kau ni nak kahwin! Lagi 10 minit tok kadi dengan imam sampai! Kau better buat leklok Ikh! Abang tak mahu malu. Don’t drop my waterface brother!”



Kazz berkata geram. Aura abangnya dah keluar. Dia sudah berdiri tegak di atas katil itu mengahdap Farisy yang setia mengahafal lafaz nikah dari kertas yang sudah hampir lunyai itu.



“Janganlah tekan Risy!! Kazz...kesian kat adik ipar aku ni! Farisy, dengar aku cakap ni...”



Risy memandang Firhan dengan mulutnya yang terkumat-kamit menghafal lafaz nikah. Gemuruh, kilat petir, taufan, gempa bumi...semua ada dalam hatinya sekarang. 


Ingat senang ke nak lafaz nikah ni? Tak sama tau macam belajar dalam kelas Agama dulu!




“ Farisy! Kalau kau cakap sahaja aku blabla karang, aku suruh kau cerai on-spot ngan Isya! Hafal betul-betul!”



Kazz sudah menggeleng kepalanya. Farisy sudah bangun dari duduknya. Kalau duduk dengan dua ekor manusia ni memang sampai bila dia tak akan ingat lafaz nikah! Dari tadi duk kasi dia stress.



“Senyap!”



Risy menjerit. Kazz dan Firhan memandang wajah Farisy yang sudah merah itu.



“Bagi aku pen...”



Selamba Farisy meminta. Kazz dan Firhan memandang satu sama lain. Kecut juga tengok wajah Risy yang serius tatkala itu.



“Nah...kau nak buat apa?”



Tanya Firhan sambil menyerahkan pen biru itu ke tangan Farisy. Farisy hanya diam, dia menulis sesuatu di telapak tangannya. Mata Kazz dan Firhan membulat.



“Weywey...kau gila ke? Tulis lafaz akad kat tangan? Tak gunalah!”



Kazz mencelah sambil tangkas merampas pen itu dari tangan Risy. Risy mendengus geram.



“Habis tu? Korang bukannya nak tolong aku, makin kasi aku tensyen adalah!”




Risy menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu. Kazz dan Firhan dipandangnya geram.



“Aku ada idea...”



Ujar Firhan sambil mengambil telefonnya. Dia mendail nama seseorang.



Setelah itu dia menyuakan telefon itu ke arah Farisy. Farisy hanya mengambil telefon itu dan letakkan ke telinganya.



“Sayang, releks yea...cuba lafaz sekali...kasi Isya dengar. Caiyok sayang!”



Suara Isya itu sedikit sebanyak menenangkan diri Farisy.





***




“Aku terima nikahnya Nuriesya Dania Mizan dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai.”



Sekali lafaz sahaja Isya sudah sah menjadi milik Farisy tadi. Nasib baik lancar, terjaga jugalah air muka dia.



Farisy menghampiri Isya yang tengah merenung ke luar balkoni itu. Pinggang Isya dipeluknya dari belakang.



“Dah berapa lama plan semua ni? Cuba cerita siket kat abang.”



Bisik Farisy di telinga Isya. Isya memusingkan dirinya menghadap Farisy. Isya tersenyum.



Dia menarik Farisy untuk duduk di birai katil.



“Isya akan bagitahu, tapi...abang kena cakap dulu kenapa abang dulunya macam benci dengan Isya, tapi abang kata abang sayang Isya. Tell me? Then I will tell you...”



Ujar Isya. Farisy menarik Isya supaya berbaring. Kepala Isya diletakkan ke atas dadanya.


Rambut Isya diusap-usap.



“Sebab...dulu, sebelum mama abang kahwin dengan papa Kazz, Isya rapat dengan Ikh, bila Kazz hadir, Isya seakan-akan tinggalkan Ikh dan pergi kepada Kazz. I was jealous, and I wanna get your attention. Abang layan Isya dengan baik, Isya tak endahkan, so...abang buat-buat jahat dengan Isya...baru Isya respons dengan abang.”



Isya mengangkat wajahnya dan merenung wajah Risy. Matanya kuyu, dan tangannya mengusap-usap kening Farisy. Farisy hanya membiarkan.



“I’m sorry abang, memang Isya sedar kita jadi macam musuh bila Kazz hadir, tapi...sebenarnya semua itu salah diri Isya sendiri kan?”



Isya berkata sayu. Farisy tersenyum kecil.



“Biasalah sayang, kita budak-budak lagi masa tu...tak lari dari lakukan kesalahan. Tapi...abang tak berniat untuk sakitkan hati Isya, semua perasaan bersalah abang, abang luahkan kepada Kazz dan Firhan. Mereka sentiasa suruh abang cuba balik berlembut dengan Isya, tapi abang takut. Abang takut kalau tiba-tiba abang berlembut balik, Isya takkan layan kenakalan abang dah. I was so afraid of losing you. But now...I won’t lose you anymore...8 tahun yang abang beri tu, untuk betul-betul pastikan Isya boleh pilih siapa yang Isya nakkan sebenarnya, and I was so happy that you chose me!”



Farisy menunduk dan mencari wajah Isya. Isya sekadar menggigit bibirnya. Dirinya malu direnung sedemikian oleh sang suami.



“Tell me, how come you chose me?”



Isya memberanikan diri untuk menatap wajah Risy. Dia kemudiannya tersenyum.



“Because you stole my first kiss...and my second one too...”



Isya berkata perlahan. Farisy sudah tersenyum nakal.



“How about your third one? Nak kasi ke nak suruh I curi jugak?”



Mata Isya membulat. Waarrgghh...dia tak patut cakap macam tu tadi, dia patut cakap yang Risy dah selamatkan nyawanya sebanyak 2 kali, kali pertama ketika dia lemas, Risy yang menyelamatkannya, bukannya Kazz, Kazz juga nyaris-nyaris lemas sebab Kazz tak pandai berenang ketika itu, dan ketika itu jugalah Risy memberinya CPR. 


Kali kedua pula semasa di dalam kelas, Risy memberinya CPR apabila dia sesak nafas. Dah tak guna nak menyesal, bibir Risy sudahpun menakluki bibirnya.



Lama mereka berkeadaan sebegitu.



“I could tell, that that was way awesome than giving CPR!”



Kata Risy sambil menyambung menciumnya, kali ini Risy menjadi nakal. 


Kucupannya hinggap di bibir Isya sebelum meleret ke telinga dan leher jinjang Isya. Isya menjerit kegelian. Farisy menghiraukan sahaja.



“Risy...”



Isya memanggil Farisy yang semakin liar dan nakal itu.



“Janganlah kacau...dah lama I sabar tau!”



Kata Farisy antara dengar dan tak dengar. Isya hanya menggelengkan kepalanya. Farisy ni...memanglah.



“You tak nak tahu ke bila I dapat tahu I cintakan you?”



Persoalan Isya itu menyebabkan Farisy memberhentikan aktivitinya. Dia kembali menatap Isya.



“Isya, you kata masa I tinggalkan you, you dah tahu you cintakan I...now what?”



Risy seakan-akan tak berpuas hati. Isya tersenyum penuh rahsia.



“I tipu...”



Isya berkata sepatah sebelum dia melangkah turun dari katilnya. Isya menghampiri lacinya dan mengambil satu sampul surat.



Dia menyuakan sampul surat itu kepada Farisy. Farisy menjungkitkan keningnya, dia seakan-akan pernah melihat sampul surat itu.



“Cuba buka...dan baca...”



Farisy membaca tulisan di dalam itu.



Kemudiannya dia memandang Isya. Isya tersenyum manis.



“Terkejut ke macam mana surat Melly ni sampai kat I? Haha, I kan tomboy dulu, I menyamar jadi lelaki dan pura-pura cintakan Melly. Tak sangka pula you sengaja berpakat dengan Melly tu untuk kasi I cemburu. Melly pula, dia luahkan segalanya kat I yang dia anggap lelaki ketika itu. Pandai tak I? Bila I baca surat ni masa I sedar kat hospital tu, you dah tinggalkan I. I dah hilang you, dan I paksa Firhan buka mulut. 

 But he said, dia akan cakap 8 tahun lagi. That was two days before, 2 hari lepas genap 8 tahun you tinggal I. I cepat-cepat paksa Firhan buka mulut, dan bila dapat tahu alamat you, I terus pergi cari you. This wedding, I suruh mama dan papa bincang dengan ur mama, papa dan your real papa. I tahu I terlampau ikut emosi kat hospital dulu, tapi Ikh, I sayang you. Sejak hari I buka surat tu I dah sedar I cintakan you, dan I takut kehilangan you lagi.”



Isya menyingkirkan air mata yang mengalir pada pipinya. Farisy turut terkejut dengan pengakuan isterinya itu. How sweet. She did everything for our happiness. Gumam Farisy dalam hatinya.



“Thank you sayang, thank you for finding me. Kalau Isya tak semalam, Risy yang akan datang lamar sayang. Sebab Risy terlampau cintakan sayang. 8 tahun itu teramat lama. But now, kita dah belong to each other, kita mulakan chapter baru, title baru, but with the same old love that we filled our lives with.”



Sebuah kucupan kudus hinggap pada dahi licin Isya.Isya memejamkan matanya. Dia bahagia.



“Tapi...surat Isya ni kan...abang rasa abang pernah lihat la?”



Farisy kembali berkata-kata. Isya tergelak.



“Yes you did, Kazz kata abang ambil dari beg Isya masa abang cari inhaler tu, pastu abang letak kat poket belakang, and just like that, Kazz took it from you. Hahaha...”



Isya berkata-kata sambil tergelak. Mujur ada Kazz yang mengembalikannya surat itu, kalau tidak, entah bila dia akan sedar tentang pakatan Melly-Farish itu.


Kazz dan Firhan juga yang menceritakan segala-galanya, betapa kalutnya Farisy cuba menyelamatkannya ketika itu. Dan juga, bagaimana Farisy tak putus-putus memberi bantuan pernafasan kepadanya.



Melly juga ada datang memohon maaf daripadanya. Itupun setelah dipaksa beberapa kali oleh Firhan dan Kazz. 


Nampaknya, memang Melly tak sukakannya, sebab itulah dia menerima tawaran Farisy untuk membuat Isya cemburu. Apa-apalah kau Melly, harap-harap kau berubah. Tak tenang hidup benci-membenci orang ni. Lagipun, dah 8 tahun berlalu.



“owh...apa-apa jelah sayang, abang nak tidur...letih sangat ni...jetlag petang tadi dah datang balik, goodnight.”



Farisy menguap. Kemudiannya dia menarik Isya ke dalam pelukannya. Dan, malam itu merupakan tidurnya yang paling lena, 


Isya pula terbuai dengan degup jantung suaminya, lama-lama dia juga memejamkan matanya.




***




“Ikh...Ikh...Abang...dah landing ni...bangunlah...”



Isya mengejutkan Farisy perlahan-lahan.Memang mengantuk sangat pak cik ni. Sekali lagi bahu Farisy digoncang. Akhirnya dia mengalah.



‘Chup’



Dan Farisy terus membuka matanya. Dia tersengih manja ke arah Isya yang dah memuncung itu.



“Nice one, tu barulah betul nak kejutkan abang. Dah, jom turun!”



Mereka berdua beriringan turun dari pesawat MAS itu.




***




“Honeymoon suite, name under Mr. Kamarul Adham”



Ujar Risy kepada receptionist itu. Isya hanya memandang Farisy.



“Your real father yang book semua ni?”



Isya bertanya apabila receptionis itu menyerahkan kuci bilik. Risy hanya mengangguk sambil mengucapkan terima kasih kepada lelaki tadi.


Dia memeluk bahu Isya dan membawa Isya ke bilik mereka.


“Semua under papa, ni hadiah dia, and juga tanda minta maaf dia sebab dia tak dapat hadirkan diri semasa perkahwinan kita.”



Ujar Risy sambil mengeluarkan slide card nya untuk membuka pintu bilik.



Apabila bilik dibuka, Isya berlari ke balcony. Cantik, amat cantik. Dari sini dia dapat melihat pemandangan indah pantai.



“Sayang!! Jom mandi pantai!!isya dah tak sabar ni...jom!”



Isya melompat-lompat kecil. Risy hanya menggelengkan kepalanya.



“Kejaplah dear, let me change into my bermuda dulu. You change too. Tapi takleh mandi sekarang, ni dah pukul 9 malam. Esok kita mandi, malam ni kita ambik angin dulu.”



Isya mengangguk. Terus dia mencapai pakaiannya lalu berlalu ke bilik air. Nak salin depan inche Farisy? Tak lagilah kot, mana rasmi lagi semalam! Hahaha...



5 minit kemudian, Isya keluar bilik. Dia memandang sekeliling suite itu, namun tiada kelibat Farisy. Namun dia menangkap sehelai kertas di atas katilnya dan sebuah wokie talkie.



Surat itu di ambil dan dibacanya.



“Catch me if you can...let the game begin? Game apenye laki aku ni?”



Isya kemudiannya menekan walkie talkie itu. Nak kena Farisy ni.



“Sayang! Game apa lak ni? Where are you?”



Isya menjerit ke corong wokie talkie itu. Mahunya tak pekak Farisy kejap lagi.



“Owh...Game for fun, Ok...I bagi you teka-teki, you kena selesaikan and cari barang tu dalam suite kita,awak kena cantumkan last-last kalau you pandai teka, you will find me!”



Farisy bersuara melalui walkie talkie itu. Isya tersenyum Best gak game ni.



“Ok...cepatlah, Im ready!”



Isya berkata.



“Okay...Saya lelaki kacak, apakah yang buat rambut saya terpacak?”



Lawak benar teka teki itu. Of course la Brylcream dia!



“Brylcream?”


Tanya Isya meminta kepastian. Farisy sudah tergelak di sebelah sana.



“Pandai pun...now you cari mana I letak brylcream, kat sana ada I letak kertas yang mengandungi your first letter.”



Isya hanya mengikut arahan Farisy. Dia menghampiri bekas Brylcream dan mengangkatnya. Ada kertas warna pink, dan tercatat huruf P di atasnya.



“Ok, dah jumpa. Next!”



“Dia tajam, tapi saya selalu gunanya setiap pagi, even nama dia ni femes dalam kalangan perempuan. Ada satu cerita melayu guna nama dia jadikan filem.Teka-teka...hahaha”



Isya sudah berkerut keningnya. 

Apa erk? Berus gigi? Tak..tak...mana ade cerita tajuk berus gigi. Hurm...pagi? 

 Lelaki shave pagi hari...Bingo!Pisau cukur! Isya meloncat kegembiraan. Dia menggeledah beg Farisy. Jumpa pun kit Pisau cukur dia.




“Dah jumpa...Huruf O...tapi kenapa kat atas dia ada tanda squared?”




Isya bertanya lagi. Yelah, malu bertanya nanti tak jumpa cari laki dia ni nanti!



“Owh, sebab I malas nak tulis dua kali. Kiranya O tu dua kali.Okay, next...kalau nak masuk rumah, kita kena masuk melalui dia. Apakah dia?”



Cett, senang je ni. Pintulah, takkan tingkap kot!



“Pintu?”



“Betul...tapi bukan pintu bilik, pintu wardrobe. You buka wardrobe dan pakai baju tu...Next word I akan bagitahu jap lagi. Pergi pakai and siap-siap.”



Isya hanya akur. Dia membuka pintu wardrobenya dan walla! Matanya terpaku pada sehelai dress separas betis berwarna putih itu.Cantiknya...





Dia cepat-cepat menukar pakaiannya. Wajahnya di make-up sedikit dan rambutnya dibiarkan lepas. Amat elegan.



“Okay...dah ready...sekarang, Isya pakai kasut yang ada kat dalam kotak di atas kerusi meja solek tu.”



Isya berlalu mendapatkan kasut yang dimaksudkan Farisy itu. Oh-my-Louis Vuiton!!!!!




“Oh my...LV??? I love you even more darling husband!!!”




Sekali lagi Isya menjerit. Farisy terpaksa menjauhkan wokie talkienya. Bahaya betul Isya ni bila dah jadi true woman, hahaha...



“I love you too...sekarang, selesaikan puzzle you...the last letter for your word is the first word from the brand of your shoes. Boleh?”



Isya menggabungkan kesemuanya kembali. Kasutnya LV, maknanya huruf akhir adalah L... 


Gabung-gabung jadilah P-O-O-L...Pool? Kolam?



“Sayang? Are you at the pool?”



Isya bertanya. Dia kemudiannya menyarungkan kasutnya dan berdiri.



“Come and see for your self.”



Ringkas Farisy berkata-kata. Isya melangkah laju ke kolam renang hotel itu.



Sampai aja di kawasan kolam renang, matanya terpahat pada lantai.



Ada beberapa longgokan bunga ros. Dia menghampiri longgokan bunga itu. Dia membaca apa yang ditulis oleh longgokan bunga itu, 


owh...anak panah rupanya...dia hanya mengikut ke mana anak panah longgokan bunga itu berakhir.



Tiba aja di anak panah terakhir, dia membaca tulisan dengan bunga lagi. Kali ini...



‘I-Love-U-Isya...’



Isya tersenyum lebar. Farisy, Farisy...dia memandang ke hadapannya. 


Farisy dengan segaknya turun dari gazebo yang menghadap kolam renang itu dengan langkah bergaya. Farisy mengenakan Tuxedo hitam bersama-sama shirt Dior berwarna putih. 


Dia siap bertali leher berwarna silver lagi. Isya terpana melihat kekacakan suaminya itu.



“At last bella luna, you caught me...”



Isya tersenyum apabila Farisy melutut di hadapannya dan mengucup tangannya lembut.



“So, how do you like these suprises?”



Farisy bertanya sambil membawa Isya ke meja. Isya hanya tersenyum.



“Well, I didn’t expect them really, but I loved them so much! Thanks Ikh!You made me feel special.”



Isya mengucapkan kata-katanya sambil menggenggam tangan Farisy. Farisy tersenyum.



“You are special to me darling, I tak rasa I mampu hidup tanpa you sayang. I love you Isya, I really really love you...”



Isya tersentuh dengan ucapan ikhlas Farisy itu. Farisy mengambil tangan Isya dan mengucupnya syahdu.



“I love you too...”



Isya membalas. Farisy makin lebar tersenyum.



“Satu lagi I lupa...ros merah ros biru, dalam gelas ni ada hati I...dan I berikan hati I kepada you.”



Farisy kembali menarik senyuman nakalnya. Isya sudah terkedu. Matanya memandang gelas yang mengandungi dua batang bunga ros itu.



Farisy mencapai gelas itu dan mengeluarkan ros tadi. Dia kemudiannya menuang gelas tadi dan



‘Cling’



Sesuatu terjatuh dari gelas itu. Mata Isya tertancap pada benda itu. Isya sudah ternganga.



Farisy bangun dari duduknya dan dia mengambil tempat di belakang Isya. 


Rambut Isya diselaknya ke tepi dan dia menyarungkan rantai platinum yang berloketkan bentuk love yang diperbuat dari berlian asli ke leher isterinya tercinta. Dia kemudiannya mengucup lembut leher Isya.



Isya menggenggam erat loket berbentuk love itu. Dia memandang Farisy.



“Jangan kata apa-apa. Kalau you nak mandi baru pecat rantai ni ok...I nak you tahu yang hati I ada seumur hidup bersama you. I thoroughly love you...”



Farisy memeluk erat Isya. Pelukannya itu berbalas.



“Dear...did I tell you that you look outstandingly gorgeous today, Exactly as gorgeous as the moon from far, surrounded by the galaxy of stars...shimmering and glittering, that excites people on dark nights. May I have a dance, my bella luna?”



Isya tak mampu meluahkan apa-apa. Memang Farisy dah terlampau romantik hari ini.


Isya sehingga menjadi speechless dengan layanan yang diterimanya hari ini. Farisy mambuat dirinya berada di awan-awangan.



Mereka menari waltz mengikut lagu yang dimainkan ketika itu. Bella Luna...The beautiful moon, all thanks to jason mraz...



Farisy tak lepas-lepas memandang wajah Isya, Isya juga sama...inilah honeymoon yang pertama dan paling romantic!



“I'm just a singer, you're the world
 All I can bring ya
 Is the language of a lover...
 Bella luna, my beautiful, beautiful moon
 How you swoon me like no other...”



Farisy turut menyanyikan lagu itu di telinga Isya. Isya senyum dengan lebarnya.



Farisy memusingkan Isya beberapa kali. Dia tak begitu pandai menari namun cukuplah sekadar membuatkan honeymoonnya perfect buat isteri tercinta.



Tarian mereka berhenti apabila muzik berakhir. Farisy kemudiannya melayan Isya makan dan berborak seketika. Setelah itu mereka kembali ke bilik mereka.



“Sayang...cantik kan bulan malam ni?”



Isya bertanya kapada Farisy yang tengah memeluknya dari belakang. Farisy hanya mengangguk. Pelukan pada Isya dikemaskannya.



“Cantik...but tak cantik macam bulan yang ada dalam pelukan saya ni, Ikh dedicate poem ni khas untuk Isya...listen...”




Farisy berdehem, untuk memperjelaskan suaranya.



“I never want us to end.
 So I will always love you.

 I never want to see you cry.
So I will always protect you.

I never want you to be lonely.
So I will always be by your side.

I never want to lose you.
So I will hold onto you ForeVeR!

I don't want you to worry.
So I will really truly smile.

I don't want you to doubt us.
So I will love you with all of my heart, and no less.

I never want you to feel neglected.
So I will do everything in my power to make that beautiful face smile.

I never want you to forget.
So I will never leave.

I never want you to be cold.
So I will keep you close and warm.

I always want us to be honest, strong, cute, true, and fly together no matter what kind of weather we face .
So I will start by saying, "I REALLY LOVE YOU"



Isya tersenyum. Tak habis lagi romantik Risy ni.



“Saya juga cintakan awak, hingga ke nafas terakhir...sorry, Isya tak pandai nak buat poem.”



Seraya itu Isya mengucup pipi Risy. Risy memandang lama wajah Isya yang merah itu.


Tidak lama kemudian, dia mencempung Isya. Isya tersenyum.Dia tahu keinginan Farisy. Sudah tiba masanya dia menunaikan tanggungjawabnya yang tertunda semalam.



Farisy melabuhkannya ke atas katil tersebut. Lampu bilik dipadamkan. 


Perlahan-lahan Farisy mengusap kepalanya. Isya asyik dengan usapan tersebut. Sungguh menenangkannya.



“Darling, are you sure? Kalau tak, Ikh boleh tunggu.”



Farisy Ikhwan bertanya kembali. Manalah tahu kalau-kalau Isya berubah fikiran. Namun hatinya kembang apabila Isya tersenyum penuh kasih.



“I am sure...”



Isya menggenggam cadarnya erat dan menjawab salam yang diberikan Farisy di dalam hatinya. 


Ya, dia bahagia, keputusannya memang tepat. Semoga kebahagiaan ini berkekalan. Semoga keluarga mereka dilimpahi nikmat yang bercucuran. Semoga mereka diberkati Sang pencipta.



~The End~




****


tralala...sape yg rase post ni romantik angat tangan!! Awin tak nak angkat sbb bg awin tak rase melayang lagi la...tapi takpe...epy ending kan???hahaha...Im gonna miss u Isya, Kazz, Risy, Firhan...