Buku
setebal empat inci di hadapannya itu ditutup kasar. Rambut yang menutupi
matanya diselak ke belakang. Pelipis mata ditekan-tekan. Ini kalau dapat air
kopi sedap ni.
“Roomate,
aku give up! Seriously, aku dah tak
sanggup nak hadap calculus ni. Sakit
otak kau tahu! Apa dia ingat aku ni Einstein hah?”
Gee merungut kepada Rowena a.k.a teman
sebiliknya itu. Rowe yang tengah sesedap hati menatap buku resipi datuk nenek
dia itu menarik muka bosan dari sebalik buku bacaannya itu. Mahu tak bertaik
telinga dia mendengar alasan yang sama setiap hari dari Nur Jehan ni. Asyik-asyik ‘Rowe I tak tahan la,Rowe I nak
tukar kos la, Rowe I stress tau!’,
macam tak ada modal lain. Rowe mengeluh.
“Berapa kali nak cakap benda yang sama? Tak
tahan then tukar kos. Be like me, chef wannabe, kerja kau
masak je 24-jam. Kenyang pun kenyang.”
Rowe berkata selamba. Muka surat buku resipi
itu dibelek. Dia kena teliti cara nak membuat soufflé, esok ada skills test!
“Kau ni sama macam Jo lah. Senang je kalau bab
cakap. Huuuh.”
Gee mencapai botol air mineral lalu duduk di
hujung kaki Rowena. Tudung botol dibuka lalu dia meneguk air mineral itu. Ahhh,
sejuk tekak.
“Jo classmate kau, aku roomate kau. Mana sama. Eh, alang-alang kau duduk dekat kaki aku, cuba
kau picit sikit. Lenguh tahu berdiri lama. Bila lagi kau nak buat baik sama
aku?”
Rowe berkata selamba. Kakinya selamba badak diletakkan
pada ribaan Gee. Tangan Gee otomatik memicit kaki teman sebiliknya itu.
“Kau ni... Jo pun suruh je aku tukar kos. Tapi aku tak beranilah nak cakap dekat papa aku.
Lagipun tinggal lagi dua semester, rugi pulak aku rasa. Sabar je lah, Rowe, lagi dua sem aku serabutkan kepala,
lepas tu pandai-pandai la aku buat second
degree dalam apa-apa , literature ke?.”
Gee berkata senada. Memang dia ambil kos akaun
ini pun sebab papa dia, kalau ikutkan hati dia memang nak lari dari segala
benda yang berkaitan nombor. Otak dia otak bahasa, bukan otak numeriks. Tapi
macam mana dia boleh kekal dapat cemerlang selama dia ambil jurusan ini pun
wallahualam. Miracle agaknya.
“Anak bapak. Baguslah, kau jaga hati papa kau.
Accounts pun in demand apa sekarang, keluar je tentu ada kerja. Kau pun boleh
kerja bawah papa kau. Entah-entah Bank Negara nanti pun nak kau kerja dengan
dorang. Rezeki kan, mana-mana ada.”
Gee angguk. Betul tu, selagi jadi tanggungan
papa, kita sejukkan saja hati dia. Nanti kalau papa tak restu, Allah pun marah.
Iyalah, dari kecil sampai sekarang, papa yang besarkan dia, didik dia, beri dia
kasih sayang. Mama? Mama pergi tinggalkan dia semasa dia berusia 14 tahun. Dia
terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama dua bulan. Mama meninggal
ketika tengah koma. Tak sempat Gee nak minta halal semua benda, tak sempat nak
pandang mata mama, mama pergi ketika dia pejam mata. Sedih.
“Hurm...eh, kaki kau ni kasar gila. Kalah kaki
nenek aku ha. Jagalah sikit kaki ni, berus dengan dawai tu masa mandi. Barulah smooth.”
Gee menukar topik. Nasib baik Rowe ni sama
kepala dengan dia, jenis tak kisah kalau dia nak mengadu ke apa ke, kiranya tak
adalah rasa sangat beban belajar tu.
“Suka hati lah kaki aku! Dear, nak dengar cerita tak? Ini coursemate I cerita. Sepupu dia ada kawan baik. Kawan kepada sepupu
dia ni, baru kahwin masa cuti haritu. My
coursemate ni pergilah sponsorkan dia mini
cupcakes you know, for doorgifts.”
Rowe sudah meletakkan buku disebelahnya.
Rambut diikat kuda. Badan ditegakkan, semangat nak cerita ni.
“Eh pause,
pause. Kawan you ada sepupu.
Sepupu dia ada kawan baik, dah kahwin? Okay, baru faham.”
Gee mengulang balik apa yang Rowe ceritakan
tadi. Iyalah, cara Rowe nak kaitkan kawan kepada sepupu kawan dia tu macam
pusing satu Malaysia. Terbelit sana-sini. Guna perkataan ‘acquaintance’ kepada
kawan dia pun dah cukup lah. Hee-yee!
“Ish otak lembab lah you ni Gee.”
“Ah lembab tak lembab, sambung!”
“mana dah tadi? Oh...cerita dia, budak tu
kahwin dengan lecturer sama Uni
dengan dia. Sweet je kan?”
Rowe sudah tarik muka dreamy nya...Ahh so sweet
kan. Tapi geli pun ada. Tapi tetap comel ja, student-teacher relationship. Macam dalam novel pun ada, novel
Suami Aku Ustaz.
“Motif kau Rowe, kalau macam tu lah cara kau
nak cerita, memang epic fail! Baru
nak feel, terus the end? Even Grimm Brothers pun reject lah.”
Perli Gee. Bukan dia tak tahu yang sememangnya
Rowena ni tak pandai nak bercerita. Kalau dia baca novel yang tebalnya 400 muka
surat, si Rowe ni boleh tolong ringkaskan menjadi 2 -3 baris ayat sahaja. Nak
kata betapa kritikalnya kemahiran bercerita Rowena ini.
“Grimm tak Grimm. Eh, kau punya faculty takkan tak ada lecturer yang still single, ready to mingle?”
Rowe memasang idea. Gee tarik muka. Terbayang
satu persatu wajah pensyarah di jabatan perakaunan itu. Semuanya sudah tak ada
rambut di atas kepala, padah menghadap nombor agaknya.
“Semua dah kerepot lah. Anyways, aku tak hingin lah nak cari educator sebagai laki. Tak sama jiwa, beb.”
Rowe hanya mengangguk mendengar alasan Gee.
Baiklah, Gee. Aku saja tanya, manalah tahu kan, tersangkut dengan pensyarah kat
sini ke kan.
“Eh? Bukan fakulti kau ada lecturer
yang baru ke? Abang Jo kalau tak silap aku. Jo tak cerita ke? Aku terserempak
dengan dia dua minggu lepas, lepas tu aku nampak dia tolong angkut kotak-kotak,
aku tanyalah dia kotak apa, dia pun cakap dia tolong abang dia kemas bilik
kerja. Abang dia baru balik overseas dan terus dapat offer mengajar kat sini.”
Rowe semakin rancak bercerita. Gee tayang muka
selamba. Jo, aka rakan yang paling dia ngam di kelas, ada juga cakap haritu,
tapi dia buat tatau pun. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Gee pun tak
ada kehendak untuk menggali dengan lebih dalam tentang abang si Jo itu.
“Hrmm...apa-apa je lah. Wey, aku nak tidur
kejap, nanti nak turun cafe bagitahu.”
Kata Gee sambil berlalu ke katilnya. Hal Jo
dan abangnya ditinggalkan begitu sahaja. Rowe yang sudah memahami perangai Gee
itu terus mematikan cerita. Suis pendingin hawa dicapai lalu dinaikkan.
Brr..sejuk! Nasib lah kelas hari ni batal, kalau tidak...tak ada peluanglah dia
nak membuta siang-siang ni.
“Aku ada discussion
lah lepas ni, kau pergi sorang-sorang eh. Before
aku gerak aku kejut kau.”
Balas Rowe. Dia pun turut menarik selimut.
Pejam mata 15 minit, nak restore
tenagalah katakan.
***
Gee terkocoh-kocoh menyarungkan jeansnya.
T-shirt hitam yang tergantung di belakang pintu disarungnya. Tudung merah yang
dipakainya semalam disarungkan kembali ke kepala. Tak sempat dah nak gosok ke
apa ke, Mr Samy Subramaniam a.k.a pensyarah management
accounting tiba-tiba nak jumpa dia. Dah dia wakil kelas, kenalah pergi.
Terngiang-ngiang lagi tadi ketika dia tengah
syok beradu, Mr Samy telefon dia dua tiga kali baru dia angkat. Kali pertama,
dia masih tak sedar dari lena. Kali kedua, suara dia garau bangun tidur, kali
ketiga baru okay. Sampai panjang lebarlah Mr Samy minta maaf dengan dia sebab
ganggu waktu tiada kuliah.
“Hallo! Hallo!Girl! You asleep ah? I’m very sorry to disturb you. But this is urgent. Can you come and collect some tutorial
questions for day after tomorrow’s session? I won’t be coming in but this tutorial
is worth two hours period. So later on
there’ll be no replacement class. ”
Gee mengiakan sahaja. Sanggup dia tunggu bas
untuk mengelakkan daripada kelas berganti. Sebab itu dia terus kelam kabut. Dia
mengejutkan Rowe supaya bangun, nanti Rowe tercari-cari pula dia.
“Aku nak pergi jumpa lecturer.Bye!”
Omel Gee sambil menyilang beg sandangnya itu.
Sony diklipkan pada poket jeans, dan telinga disumbat earfon. Baik jalan sambil
dengar lagu, boleh perasan macam dalam video
clip.
***
Anak-anak tangga seakan-akan batu Caves itu dipanjat laju. Ambil je soalan dari Mr Samy, dia nak pergi makan. Perut dah macam orang kebuluran, dari tadi ‘grrrr’ ‘grrrr’ saja bunyinya.
“Apa ni mak! Kenapa tak cakap awal-awal Abang
pergi fetch abah? Abang punya kelas
sampai malam hari ni. Lepas tu nak semak thesis budak degree lagi, haiyo!
Suruhlah anak manja mak tu pergi ambil abah.”
Gee yang sumbat telinga volume hampir nak
penuh pun dapat dengar dengan jelas lelaki yang laju mendaki turun anak tangga
itu. Gila kemas cara dia pakai. Selama ni tak pernah nampak pun? Dah dua minggu
dia tak naik bilik pensyarah, ada pensyarah baru yang masuk pun dia tak sedar.
Langkah kaki Gee diperlahankan. Iyalah, yang sebelah sana pun laju, yang nak
naik ni pun laju, kalau terlanggar mahunya patah tulang punggung kalau jatuh.
Gee masih sempat memerhatikan lelaki yang
berada 10 kaki di hadapannya itu. Slacks fitting, baju putih slimcut memang
melekat kat badan, nampaklah jugak ketul-ketul dia yang tak berapa berketak tu
kat tangan. Kasut, mak aih, berkilat.Cermin mata hitam tersangkut pada leher
kemeja yang tidak bertali leher dan terbuka dua butang atas itu. Rambut in place, semula jadi perang ke dia dye? Air rumah dia karat agaknya.
“Ish mak ni. Ke situ pulak. Suruh je adik tu.
Dia free lah mak. Mengada saja lebih
dia tu, kalau tak apa susah, mak bukan tak boleh bawak kereta, mak pergi je lah
airport tu. Suruh bibik teman sama.”
Langkah kaki jejaka itu makin laju. Tangga itu
dahlah agak licin dan curam, karang ada yang tersungkur. Gee berhenti sebentar
di tengah tangga. Penat berlari dari stesen bas ke sini, lepas tu lari lagi
panjat tangga, orang masuk Olympics saja tak rasa penat.
“ Maaaaaaak. Abang malas nak ganti kelas hari
lain. Lepas tu nak redah jem sebab nak
balik tukar kereta, satu! Leceh lah mak. Ish mak, dengar abang nak cakap ni.
Sibuk nak marah abang pulak. Itulah tak cakap awal-awal.”
Lelaki itu sudah meninggikan suaranya. Cakap
orang duduk seribu batu pun boleh dengar, cakap dengan mak kenalah
lembut-lembut, ini tidak, gaya dia macam singa nak telan rusa.
Dan, tanpa ada ribut taufan, si dia tersungkur
dek tersalah footing di hujung anak
tangga itu. Betul-betul di depan Gee. Gee yang tadi khusyuk memandangnya terus
mengelak ke tepi. Kalau tidak dia dah turut sama jatuh dek tertolak oleh lelaki
itu. Lelaki itu sepantas kilat kembali berdiri. Telefon yang tercampak ke
lantai dipungutnya, kembali diletakkan ke telinga. Shades yang tadinya tersangkut pada leher kemeja yang turut
terjatuh juga dipungut kembali.
Gee ingin membuka langkah kembali memanjat
anak tangga ke bilik Mr Samy terhenti apabila ada tangan yang menarik poket beg
sandangnya. Uh-oh.
“Hallo? Ya mak. Abang cakap dekat dia nanti
suruh fetch abah. Hrmmm...yelah
yelah. Nak pergi jumpa dia lah ni. Hrmm...bye! See you.”
Telefon dimasukkan ke dalam poket belakang
seluar. Shades di tangan disapukan
pada dada. Mata memandang wanita itu. Rian menarik muka serius dia. Budak
perempuan depan dia ni dipandang atas bawah. Pendek nak mampus!
“Kau nampak apa tadi?”
Adrian bertanya serius. Budak di hadapannya
itu mengerutkan hidung. Amboi, ingat cantik ke buat macam tu, kenit?
“Nangka jatuh ...” Gee bersuara perlahan. Mana
tak perlahannya, telinga masih tersumbat dengan earphone.
Rian menadah telinganya dengan tangan. Apa dia
cakap?? Tu berbisik ke cakap?
Gee menggigit bibirnya. Lelaki ni tak dengar
ke? Tangan mencapai MP3 Sony dari poket seluar lalu butang off ditekan. Mata kembali memandang lelaki itu.
“Saya cakap saya nampak awak jatuh. Kena tulah
emak eh? Tinggi lagi suara dengan emak, Allah balas cash terus.”
Poyo saja Gee menjawab. Wajah Rian sudah
memerah. Dahlah dia nampak aku jatuh, lepas tu dengar pulak apa yang aku cakap
dengan mak. Penyibuk lah budak kenit ni. Turun saham hero Malaya ni. Dayumm!
“Bagus,kau tak nampak apa-apa.”
Selamba Rian bertutur macam dia tak dengar apa
yang dikomen Gee tadi. Gee mengerutkan keningnya. Pekak ke abang stylo?
“Saya cakap saya dah nampak encik jatuh. Dengar
tak?”
Gee meninggikan suaranya, sebab dia ingatkan
Rian ada masalah pendengaran. Rian pula mengepal buku limanya. Geramnyaaaa
dengan budak ni.
“Hish! Tahulah kau nampak pun, tapi cakap
jelah tak nampak apa-apa. Hiyeee, itupun tak reti. Good for nothing lah kau ni. Dah, shoo! Bawak malang saja. Dahlah kenit.”
Rian memarahi Gee. Gee tarik muka masam. Apa
kes dia ni ha? PMS ke nak menopause? Orang cakap benda yang betul dia marah
pulak. Malulah tu, jatuh lepas tu ada orang nampak. Apa dia panggil aku? Kenit?
“erh helo? Mister Kerek, I am not kenit okay, you
are the one who is too tall. Hish...semak semak!”
Dan Gee pun melangkah pergi. Rian mendengus
kasar. Budak kenit nih, aku cili jugak mulut. Tak pandai jaga adab dengan
pensyarah ke? Memang budak sekarang pandai menjawab agaknya. Shades yang sudah bersih dilap tadi
disauk ke batang hidung. Panas cuaca dan panas hati.
Really Rian? Kau tu yang tak jaga adab, jangan harap orang nak jaga adab
dengan kau. You were first to be rude,
not her.
***
“ Abang tak kira, kau kena juga fetch abah.”
Apa masalah Johanna ni? Mak pun sama, dia yang
sibuk juga yang disuruh ke airport. Johanna,
ataupun Jo, dipandangnya kecil besar. Orang siap belanja Nandos lagi pun dia
masih tak mahu tolong abang dia ni. Haiyo...
“Please la Jo. Serius abang sibuk ni. Abang ada
lecture malam ni, lepas tu nak semak
thesis diorang lagi. Can’t you please
sympathise me a little?”
Johanna tarik muncung. Mata ralit mencari
ruangan kosong untuk turunkan abang dia ni. Jumpa pun ha, nasib Viva comel ni
kecil, sumbat mana-mana pun muat! Jo memalingkan mukanya ke tepi setelah
membuka tali pinggang keledar. Ohoh! Aisehman, abang Rian dia ni dah tarik muka
paling comel lah pulak. Tak padan dah usia nak masuk mid 30’s. Jo mengeluh.
Tengok muka sepuluh sen abang dia tu membuatkan dia rasa tidak sanggup pula
untuk menolak.
“Adik kureng lah bawa kereta malam-malam,
abang. Silau...”
Rian masih dengan muka comelnya. Alahai....aku
sepak-sepak jugak jantan ni. Nasib pangkat dia abang, kalau adik aku,
haaa...dah jadi belacan pipi tu.
“Okay fine!fine! Jo ambil abah. Bak sini duit
minyak 100 ringgit!”
Kata Jo selamba sambil menadah tangan. Dah,
nak muntah hijau tengok muka abang dia tu. Rian pula menghadiahkan adiknya
jelingan tajam, namun poket belakang seluar masih dicapai. Dompet dibuka lalu
dua keping duit berwarna unggu diserahkan kepada adiknya. Jo makin
bersinar-sinar matanya.
“Wah wah, thank
you brother! I minta a hundred, I get
double.”
“Diam sudah. Ini kali je, lain kali jangan
harap. And Jo, kalau boleh kau bawak
kawan sorang, and drive kereta aku. Viva
kau ni sempit. Tahulah abah punya beg tu besar mana kalau pergi outstation. Tak
muat bonet.”
Jo tarik muka sememeh mendengar kata-kata abangnya.
Tahulah tuan badan ada Beemer X6, berbaloilah dengan PhD yang dia ada tu dan
juga segala saham yang dia pegang dalam syarikat abah tu. Kita ni masih
belajar, Viva lagi kurang kos, biarlah mak bapak kaya raya pun, takkanlah asyik
nak mintak sponsor dengan mak bapak, betul tak?
“Kutuk lagi kutuk, ada Beemer tapi sekarang
naik Viva adik! Ish, dah dah, keluar keluar.”
Gesa Jo sambil menolak bahu si abang. Rian senyum
sumbing. Jarak umur hampir sepuluh tahun tidak mengecualikan mereka untuk mengacah satu sama lain.
“Hari ni turn
my darling Hayabusa. Beemer kat rumah.”
Rian berseloroh. Jo buat gaya tangan ke bahu
mata ke atas. Abang siapa yang kerek sangat ni? Mungkin sebab itu kut sampai
sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Adrian
pula suka sangat menyakat adik dia ni, dah anak manja, kenalah sakat. Kalau bukan
abang yang nak sakat, siapa lagi kan?
“Isi minyak penuh-penuh tau. Beemer aku tu dah
‘E’. Tahukan aku letak kat mana kunci tu kat rumah?”
Adrian masih bertanya. Sebelah kakinya sudah
berada di luar pintu kereta, keluar-keluar itu tidak. Jo mengangguk, sambil
mengeluh.
“Dalam laci spender abang tuh! Ish, jijik!
Luar alam punya perangai anak teruna bujang terlajak mak nih.”
Kutuk Jo selamba. Dalam kepalanya dia turut
mencongak jadualnya malam ini. Aiyoyo, mahu balik rumah lagi, lepas tu tukar
kereta, lepas tu balik rumah balik, ambil kereta dan baru boleh balik hostel.
Agak-agak pukul berapa dia boleh tidur malam ni ha?
“Terlajak pun terlajak lah. Men, the older we get, the higher is our nett worth. Unlike you females. Dah, aku naik dulu. Bawak Beemer aku elok-elok.
Ada calar satu cm pun siap kau.”
Pesan Rian sebelum menutup pintu kereta dengan
kuat. Jo mendecit geram. ISH!!! Abang dia ni kan, kalau dengan Viva dia sehabis-habis
abuse dan violence dia pamerkan. Kereta tu tak reti nak tutup perlahan-lahan.
Cuba kita buat dengan X6 dia, dua hari pun tak habis membebel. Kerek punya
abang!
***
“Sir...I think you need to send this this baby to the clinic. Your hard disk is corrupted.”
“Sir...I think you need to send this this baby to the clinic. Your hard disk is corrupted.”
Gee menyuarakan pendapatnya setelah mencuba
sedaya yang boleh untuk memulihkan laptop Mr. Samy itu. Hampir dua jam dia
berada di sini, tujuan asal datang sebab dia nak ambil soalan tutorial dari
pensyarahnya itu, tup tup Mr Samy tersalah fotostat pula. Lagilah orang tua itu
meminta ampun beribu-ribu ampun daripada Gee. Gee tarik senyum yang sangatlah
tidak ikhlas ketika itu. Mr Samy ni, ada
saja yang dia nak tersalah buat. Memang Mr Samy tak boleh lari dari watak kalut
dia itu.
Mr Samy pula suruh Gee tunggu sebentar, untuk
dia printkan tutorial yang betul.
Tetapi, masalah lain pula yang timbul. Laptop dia pula kena hinggap virus, sehinggakan hard
disk semua dah jadi kosong. Naik buntu Gee menekan itu ini, namun masih tiada
apa-apa yang terjadi. Sodakallah dah laptop Mr Samy ni, memang kena hantar ke
kedai. Gee ni, walaupun papa dia tauke besar barangan elektronik ni, dia
bukannya pakar dalam virus-virus ni. Nampak lah yang Mr Samy ni pun sejak beli
komputer riba dia tu, tak pernah hantar ke kedai untuk servis.
“ Aiyoo. Habislah I, semua presentation I,
nota kuliah I, exam questions you people, dalam tu.”
Mr Samy bersuara sedih. Gee menayangkan muka
simpatinya sahaja. Orang tua ni tak buat back
up ke?
“Sir...don’t
you have any backups?”
Gee bertanya. Tangannya menutup suis laptop
itu. Mr Samy pula menggaru kepalanya. Tangannya pula sepantas kilat menggeledah
laci meja kerjanya itu. Kemudian, Gee rasa seakan-akan ingin pengsan apabila
melihat dua external disk berwarna
putih yang baru dikeluarkan oleh Mr Samy itu.
“Haiyo
Sir... you are seriously going senile, truthfully speaking. Kenapa dari
tadi tak cakap ada backup. Dua jam
saya dekat sini, Sir. Kalau ada soalan tutorial tu semua saya dah boleh siap
jawab.”
Perli Gee selamba. Nasib Mr Samy ni jenis
boleh dibawa bergurau. Dari hujung mata Gee dah boleh melihat Mr Samy yang
sudah sengih seperti kerang busuk itu.
“Sorry ah girl, I’m already old. You wait, I
pergi print original dengan lecturer lain sekejap.”
Mr Samy laju mencari pensyarah yang bakal
menjadi mangsanya kekalutannya itu. Hampir semua bilik pensyarah kosong, semua
ada kuliah agaknya. Gee, walaupun disuruh Mr Samy untuk tunggu, namun dia tetap
membontoti pensyarah favouritenya
itu. Suka tengok Mr Samy menggelabah satu ofis.
Kaki Gee berhenti melangkah di hadapan bilik
bernombor 49 itu. Eh? Bilik ni dah ada orang? Dulu kosong saja, lecturer baru
lah kut? Gee tertanya-tanya di dalam hati.
“Doc,
luckily you are in. Can I use your desktop for a while? My laptop kena virus,
I need to print something urgently. May
I?”
Mr Samy bertanya dengan penuh berhemah. Gee
masih menunggu disebalik pintu. Buang karan kalau dia pun nak masuk sekali. Dahlah
pensyarah baru, tak kenal pulak tu. Segan!
“Eh sure sure. Saya pun baru nak penuhkan ink
printer.”
Gee dapat mendengar perbualan mereka berdua
dari dalam. Tapikan, suara ‘Doc’ tu macam pernah dengar saja sebelum ni. Deja
vu kut? Hrmmm...
“Gee! Last lecture was on topic 3 right?? You
need the lecture notes too?”
Mr Samy bertanya dari dalam. Gee nak tak nak
munculkan dirinya dari sebalik pintu itu. Kaki dia melangkah menghampiri meja
itu. ‘Doc’ itu pula membelakanginya, tengah isi dakwat printer. Tapi Gee macam
pernah nampak baju putih slimfit dan seluar slacks hitam itu.
“If you
wanna give them then I’m cool with it, Sir. Yang extra notes last chapter pun seemed
brilliant. If only you were kind
enough to pass it...then we shall appreciate them.”
Gee berkata selamba. Hello, ini sudah ibarat
kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan tahu. Nota pensyarah itu macam harta
karun, semua soalan peperiksaan mesti keluar sama macam nota pensyarah. Dah dia
tawarkan, orang tak waras saja yang tolak.
“Mr Samy, are you spoonfeeding them?”
Si Doc itu bertanya khuatir. Namun, badannya
masih statik di hadapan printer itu. Mr Samy pula membuat muka ke arah Gee,
memerli pensyarah baru itu agaknya.
“No lah Doc, bukan selalu. Ini sekali dengan
soalan tutorial.”
Habis saja ayat Mr Samy itu, telefonnya
berdering.
“Girl, you tolong I printkan satu original copy for tutorial questions. Lecture notes you masukkan softcopy dalam pendrive you. Could save some
trees from being cut. I need to take
this call.”
Gee angguk. Dia berlalu untuk membuat apa yang
diarahkan tadi. Dan, tanpa disengajakan, dia terlanggar belakang badan si ‘Doc’
yang tiba-tiba mengundur itu.
“Shoot! Apa main langgar-langgar ni. Arhhh.”
Lelaki itu mendengus geram lalu pusing ke
belakang.Nak tengok sikit ‘girl’ yang melanggar dia itu. Gee pula terkaku di
tempatnya. La...si kerek ni rupanya.
“Doc. Sumpah, saya tak sengaja. Doc yang
undur, saya tak sempat nak elak.”
Gee menegakkan hujahnya. Muka Rian sudah
merah. Siapa tak marah kalau tiba-tiba kena langgar, bukan setakat itu sahaja,
kena langgar lepas tu habis baju terkena dakwat hitam printer itu? Geramnya!
Asal jumpa budak ni, mesti ada saja bad
omen yang akan berlaku pada dirinya.
“Alasan. Dah, print cepat. Then ikut saya.”
***
Gee nak tak nak terpaksa berulang-alik di hadapan bilik air lelaki itu. Nasib baik ramai pensyarah yang tiada, kalau tak, entah apalah yang dia ingat Gee buat tu. Tup tup kena chop jadi stalker.
Gee nak tak nak terpaksa berulang-alik di hadapan bilik air lelaki itu. Nasib baik ramai pensyarah yang tiada, kalau tak, entah apalah yang dia ingat Gee buat tu. Tup tup kena chop jadi stalker.
“Ish dia ni, tukar baju pun kalah perempuan.”
Kutuk Gee geram. Selepas insiden tadi, dia
diheret ke sini, kerek tak kerek Mister Kerek itu sorang. Haih.
“Siapa suruh kau rosakkan baju aku? Ini ha,
basuh dengan tangan. Sental sampai hilang kesan. Baru pulangkan balik. Faham?”
Gee terkejut dengan Rian yang tiba-tiba
menerjah dari sebalik pintu tandas lelaki itu. Hish kus semangat. Tangan Gee
otomatik mencapai paperbag dari Rian lalu baju itu dibeleknya. Ini rendam
clorox pun belum tentu hilang. Belikan yang baru sajalah! Senang kerja.
“Faham ke tidak, girl?”
Rian bertanya geram. Baju kesayangan rosak dek
dia ni, hish...kecil besar je aku pandang si kenit ni. Tenyeh jugak karang. Tengok
tu, boleh pulak dia buat muka bosan dia kat sini. Kalau student aku lah, dah lama aku brainwash.
Gee pula menayangkan muka tidak puas hatinya kepada Rian. Apa girl-girl?
Favourite lecturer saja boleh panggil aku girl. Ish, geramnya tengok muka bangga
si kerek ni. Grrr...tumbuk karang haaa, ada pulak masuk berita muka aku ni.
“Ye, faham. Saya sental sampai hilang
daki-daki ‘doc’ yang berkurun dah ada dekat sini pun hilang ha. Bye!”
Dan Gee terus berambus dari situ. Hey...panas
weyh jumpa seteru kat sini. Lecturer tak lecturer, musuh tetap musuh. Ya idak?
Rian pula hanya senyum sumbing melihat Gee
melangkah dengan penuh kemarahan itu. Amboi, sentap ye kenit? Cari lagi pasal
dengan aku ha...
P/S : Part One done. Part two, is to be continued. Ramadhan Mubarak people. Hope all of us are blessed with Rahmat and Rezki throughout this Holy month.
cool!
ReplyDeleteramadhan Al-mubarak...may Allah bless us.
salam ramadhan
ReplyDeleteteruskan dgn part2..
X sabar tunggu part 2. Ur writing selalu best. . .thanks sbb sudi jd penghibur... release my stress when i read ur blog. . - hasni
ReplyDeleteI like it..Waiting for part 2
ReplyDeletearghhhhh...i'm an accountng studnt..so, x memasal berangan la jugak nak cari sorg yg mcm mr. kerek kat faculty tu bila baca cite ni..tp mcm x de harapan je sbb mostly lectrr accntg smua dh berumur..so sad..=(..heeeee
ReplyDelete-ainil-
Awinnn.waseehh..gerek...I loikeee... lebiuuu... -kak shahidah-
ReplyDeletelikey very much!!!!!!
ReplyDeleteramadan karem
auuuuu senyum jer sambil bace x boleh nk control.. tq.. i-p
ReplyDelete