“ Perfect.” Tangannya menarik keluar sepasang baju kurung berwarna turqoise bersulam perak itu. Kalau ikutkan,
memang sepadan dengan bajunya yang tadi. Kia di sebelah dipandangnya.
“Harga pun cantik, Kris.” Jawab Kia
malas. Baju di tangan Kris dipandangnya namun tanda harga gedabak itu jelas
menunjukkan bahawa dia tidak layak untuk memakai baju itu.
Kris meletakkan baju kurung moden
itu di hadapan Kia lalu dia tersenyum sungging.
“Saya belikan awak baju ni ya?” Kata
Kris lagi, sambil tangannya cuba mencabut hanger
pada baju tersebut.
Kia pula sudah membeliakkan matanya.
‘Apa dia? Nak belanja aku lagi? Kenapa dengan Kris ni? Banyak sangat ke duit
dia tu? Duit tu satu, halal haram duit tu pun satu! Dia ni kerja apa sampai
keluarkan duit macam air paip aja.’
“Ouh...” Kris menunduk mengambil
sesuatu yang terjatuh ke lantai.
Mata Kia pula turut memandang ke
arah sesuatu itu tadi. Selendang rupanya.
Kris bangkit lalu menghulurkan Kia
selendang itu. Kemudian, diikuti pula dengan baju kurung tadi.
“Cuba la fitting. Colour theme wedding
Ahmed tu turqoise juga. Kalau awak
hadir, pakailah baju ni.” Kris berkata sambil menayangkan muka mengharapnya.
Kia mengelus lembut material kain
itu. Patutkah dia cuba baju ni? Patutkah dia terima pemberian Kris ni? Mahal
ni!
“If
not, I won’t be there for you and Ian anymore. Saya akan tarik diri dari
bantu awak. Jadi, kalau awak degil tak mahu cuba...”
“Okay okay...saya cuba.” Putus Kia.
Ish, Kris ni, pandai dah main ugut-ugut orang. Selendang tadi dikembalikan
kepada Kris.
Kris sudah menggelengkan kepalanya.
“Every
piece of this must be worn by you, Kiasatina. Termasuk dengan ni sekali.”
Sengaja Kris menunjukkan ke arah selendang tadi.
Kia sudah membuat mukanya. ‘Ek eleh
dia ni...nak suruh aku pakai selendang pula!Yang sarung terus pun aku tak
pernah pakai, sahkan lagi yang nak lilit-lilit bagai ni...’ gumam Kia di dalam
hatinya. Ya, memang dia tak puas hati, belum sampai seru dia lagi tau nak
pakai-pakai tudung ni.
Namun, segala komennya tadi kekal di
dalam hati sahaja. Tidak mahu menyulitkan lagi keadaan dengan Kris itu. Kia
memasuki fitting room dan dia
menyarungkan baju tadi ke badannya. Ukuran baju tersebut sangat kena dengan
dirinya. Zip di belakang ditarik dan rambutnya dikusutkan sedikit, bagi
kembang. Rasa peliklah pula bila rambut dah pendek ni.
Dia
membutangkan pula kancing baju besi di hadapan supaya tidak mendedahkan apa
yang tak patut kepada Kris itu nanti. Selendang yang sepatutnya diletakkan pada
kepala sekadar dilipat dan diletakkan ke atas bahu. Degil betul hatinya, susah
sangat ke nak sarung selendang itu ke atas kepala?
Kemudian, dia memandang lagi sekali
bayangannya dari dalam cermin. Keluhan dilepaskan. Selendang tadi diambil kembali dan dia cuba
apa yang dia tahu.
KRIS pula, seberlalunya Kia ke dalam
bilik persalinan itu sudah menggaru dahinya yang tidak gatal. Kenapa dia rasa
semacam ni dengan Kia? Kenapa jantung dia berdetak laju sangat ni? Sepuluh
tahun, sepuluh tahun jantung dia normal, namun kenapa hari ni dia lari rentak?
Dia dah habis serik ke? Patut atau tidak dia beritahu perihal sebenar kepada
Kia?
‘Kia...I’m straight!’
‘Kia...I’m not gay!’
‘Gay as in ‘happy’, yes! Gay as in homo...no! Saya
berlakon saja selama ni, sebab saya...’
Tiba-tiba pintu bilik persalinan Kia
terbuka perlahan-lahan.
Mata Kris memandang ke arah pintu
bilik persalinan yang terbuka itu dan dia terpegun sendiri. Sedikit lagi rahang
Kris ingin mencecah lantai. Matanya tidak lepas pandang susuk tubuh Kia yang
baru muncul dari dalam bilik kecil itu.
Dari hujung kaki, sehinggalah ke
hujung kepala...segalanya diperhatikan Kris tanpa lepas.
“Kan dah kata, saya tak pandai pakai
selendang ni...I look terrible!” Kia
sudah menaikkan kening kirinya tinggi-tinggi. Tangan sudah naik ke kepala untuk
mencabut selendang itu.
Kris cepat-cepat menghampiri Kia
lalu tangannya menahan tangan Kia dari menarik turun selendangnya itu. Memang
betul, Kia lilit entah macam apa, namun Kris sudah tersenyum kecil melihat
wajah polos Kia itu. Pelik bukan, orang yang sama, tapi bila tutup kepala,
nampak lain sangat. Tadi dia ingatkan siapa dah yang muncul dari bilik
persalinan itu. Adakah ini yang dikatakan Ahmed? The reasons why Muslim ladies cover up is because they protect what
should not be seen by other men, except for their husbands. Tapi kenapa Kia
tak tutup apa yang dia patut tutup. Kia, sangatlah berbeza dengan bakal isteri
Ahmed. Kenapa agaknya ya?
“You
look splendid.” Kata Kris senada. Tangannya sudah naik ke kepala Kia dan
menarik ke hadapan sedikit selendang Kia itu, menutup rambutnya yang tekeluar.
Giliran Kia pula untuk pelik dengan
perilaku Kris. Nak tipu aku lah tu mamat ni!
“Tak, saya nampak teruk,” ujar Kia.
Tangan Kris ditepis dari kepalanya.
“Tak, awak nampak cantik bila pakai
benda ni. Lagi cantik. Why don’t you
cover up, Kia, kalau awak tak marah saya tanya awak ni.”
Kia terasa darahnya menyirap ke
wajahnya. Tak marah? Dah nak berapi pun ni tau!
“Saya akan jawab, kalau awak cakap
kenapa awak tu gay?”
Balas
Kia sambil mengetap bibirnya. Kris terdiam.
‘Tahupun nak diam.’ Getus Kia di
dalam hatinya. Kia berpaling ke belakang, untuk kembali ke bilik persalinan
tadi. Kenapa hari ni dia boleh panas sejuk dengan Kris ni? Kris la, pelik
sangat!
Kia mencapai pintu bilik persalinan
itu, namun belum sempat dia menutup pintu itu, sempat dia mendengar jawapan
Kris.
“ What if I tell you that I am not as what I claimed! What if I am not
gay? I’m as straight as any other guy?”
Soalan Kris itu seakan-akan
menggelikan hati Kia. Kia menghempas kuat pintu bilik persalinan itu.
“ Tapi semua tu tak benar kan Kris?
Awak tak minat perempuan.” Senang aja balasan dari Kia dari dalam.
Kris pula dapat rasakan jantungnya
direntap. Bibir bawahnya digigit. Keluhan berat dilepaskan.
“Kia...”
“Keluarga awak tahu tak awak ni ‘gay’?”
Tanya Kia lagi.
Kris
pula menelan kasar liurnya.
“Mak saya tahu saya tak minat
perempuan.” Jawab Kris sepatah.
Kia
sudah mencebikkan bibirnya dari dalam bilik itu.Jawapan lari terus dari skema
pemarkahan!
Terma tak minat wanita dan ‘gay’ itu
sangat-sangat-sangatlah berbeza!
“She
knows that you are gay?” Tanya Kia, juga tegas.
Mata Kris sudah terbeliak ke atas.
Entah mengapa, dia rasa geram sahaja mendengar ayat Kia itu. Apa yang dia dah
buat ni, dia yang lurus, kenapa dia wujudkan persona lelaki songsang itu di
dalam personalitinya?
Kris
terus mendiamkan diri. Dia betul-betul tidak suka apabila perkataan ‘gay’ itu
keluar dari mulut Kia.
“She
does know that I have no interest in women.” Akur Kris, walaupun dia teramatlah
sakit hati ketika itu. Mata ditala pada pintu bilik persalinan yang masih
tertutup itu.
Bull’s
eye! Kia pula tersenyum sinis sambil menyarungkan kembali
bajunya. ‘Jadi, mama si Kris ni tak tahulah anak dia ni...homo?’
“No
interest tak membawa maksud yang awak tu minat lelaki, tahu tak?” Sakay Kia
lagi sambil menyarungkan kembali seluarnya. Kepala memandang ke arah pintu yang
tertutup itu. Pintu yang memisahkan dia dan juga Kris.
“Kia, you are going overboard. That’s none of your business okay!" Sentap Kris tiba-tiba. Kris sudah terasa semua darahnya naik ke
kepala. Sumpah, dia rasa nak cekik-cekik aja diri sendiri. Tak pernah dia menyesal
seumur hidup macam ni, kalaulah dia boleh tarik masa, dia tak akan cakap yang
dia ‘gay’. Kalaulah dia boleh undur ke sepuluh tahun yang lalu...
Kia
pula menjungkitkan keningnya tinggi-tinggi. ‘Apa dia? None of my business? Oh, jadi dia suruh aku tutup litup tu boleh
pula? I’m just getting even,Kris.
Tahupun kan , hal sensitif jangan disentuh! Kan dah padan muka tu, bengang tak
pepasal!’
Pintu
bilik persalinan dibuka dari dalam. Dia berjalan ke arah Kris yang sudah merah
mukanya itu.
“Awak nak belanja saya lagi ke tak
ni Kris?” Tanya Kia selamba sambil keluar. Wajah Kris dilihatnya. Itulah, cari
lagi pasal dengan Kia. Kan dah kena se-das.
“It’s
made for you...” Jawab Kris hambar sambil mengambil baju dari tangan Kia
lalu membawanya ke cashier. Kia
mengangkat bahunya. Dah orang nak belanja, kita bagilah peluang!Gaduh tak
gaduh, semua tu belakang kira.
“For
the record Kia, saya tak ‘gay’.” Kata Kris sebelum menghilang ke tempat cashier.
Kia menggelengkan kepalanya.
“Buang tebiat dah matsaleh tu. Hari
tu kata lain, hari ni kata lain. Lantaklah kau kata apa pun Kris, I do know that your orientation is towards
the XY species! Jangan sebab aku tanya kenapa kau jadi gay, sebab nak mengelat dari jawab soalan, kau terus cakap yang kau
tu lurus. Kau ingat aku nak percaya? Aku tak bodohlah.” Gumam Kia sambil
memacukan langkah ke arah Kris.
Sebenarnya Kia, kau memang bodoh
pun. Dah orang tu mengaku lurus, kau masih tak percaya tu kenapa? Tak ada
persoalan pula tu yang muncul di benak fikiran kau , Kia. Kalau orang lain dah
minta penjelasan, tapi kau tu macam telan saja sebijik-bijik. Otak kau ni
memang tak cukup asas pemikiran kritis agaknya! Kesian Kris...bila cakap dia tu
lurus, si Kia pula tak nak percaya. Nasib badan kaulah Kris, siapa suruh tipu
lagi mula-mula dulu. Kan dah termakan diri sendiri. Marahlah diri kau tu,
jangan marah diri orang lain pula!
snippet of chap 7 :-
'"Hai Ian.." Kata Kia sambil
memuncungkan bibirnya...
"ceh, gedik sangat tu..." Dia
menggelengkan kepalanya.
"Hai...Ian?" Kali ini dia membuat muka
menggoda pula.
"macam gersang sangat dah!"
"Owh...Hai Ian!!"
'Terlebih teruja pulak dah!"
"Hai..." Kia berpusing ke belakangnya
sebelum menyambung..."I...I....eeeep!!" Kia menelan liurnya apabila
Ian sudah tersengih senget di muka pintu yang sudah terbuka luas itu. Terus
muka Kia menjadi merah apabila sedar Ian telah memerhatikan dirinya tadi.
"Hai...nak saya balas tiga kali juga ke?"
Jawab Ian bersahaja. Kia rasa macam nak kambus kepala dalam tanah sekarang ni.
'Mak!! Malu cheq!! Dia nampak cheq buat gila depan ni mak! Turun saham cheq!'
P/S: next update onwards, there'll be more of Ian. I pomis! Otak tengah blank-o ni.
Ouch....macam sakit hati bila kia takmo percaya kris. Tapi salah kris jugak kan....hehehe
ReplyDeleteyep kak ida
ReplyDeleteOh my kris!! Kcian nyer dye..:'(
ReplyDeleteApa sebenar jd kat kris ha?? ciss geram betul aku dgn kia ni, dok tanya tanpa henti,org dah kasi cues jgn tanya dah, dok tanya jugak. kang dah libang libu hati mamat saleh tu!
ReplyDeleteohh. malunya!! tu la kia. nak buat gila pndang kiri kanan dulu.hahaha
ReplyDeleteahh kesian nya dekat kris..dapat rasa kesakitan hati kris tu..
ReplyDeletesangat pedih..
Kia pliss jgn sakitkan hati kris..dia baikkkkk sgt..so,plisss...
harap kris dapat ubah kia..
BEST.
ReplyDeleteOmo encik ian janganlah buat macam ni?jatuh tersungkur saya dekat kaki encik ian nanti susah pulak..
ReplyDeleteap ceter kisam silam kriss..knpe msty tipu jadi gay??
ReplyDeleteAdala....hihi
Delete