DIA bersiul-siul kecil sambil mengorak
langkah ke kelas. Jam ditangan dibelek sekilas, lima minit sebelum kuliahnya
bermula.
Sedang elok dia berjalan, dia
terlihat seseorang yang sedang terkocoh-kocoh keluar dari kelas yang ingin
ditujunya tadi.
‘Alahai, there goes my darling Christmas tree!’ getusnya perlahan di dalam
hati. Entah mengapa, dia suka tengok wanita yang konfiden aja mengenakan apa
sahaja pakaian yang dia ingin pakai hari itu. Kali ni, kalau tengok dari gaya
rakan kerjanya ni, tudung pun tak bergosok.Tapi dia suka sangat, walaupun
wanita itu tidak mempunyai taste dalam cara berpakaian, tapi perfume yang
digunakan mampu mengocak naluri lelaki bujang terlajak dia ni.
“Morning, Anes.”
Tegurnya ramah. Wanita yang bernama
Anes tadi berhenti melangkah.
“Morning
Dr.” Tegur Anes kembali. Tangan kirinya cepat-cepat memegang bucu tudung
bawalnya. Alahai, masa ini jugalah dia nak sedar yang tudung dia ni dipakai tak
sama panjang. Kalau orang lain nampak memang dia tak kisah, tetapi kalau Dr Allan yang nampak, hatinya menjadi nervous tak
tentu hala.
Tahulah
Dr Allan tu kacak tahap Christiano Ronaldo tu, tapi jika dibandingkan dengan
rakan sekerjanya yang lain, Dr Allan ni ibarat biasa-biasa sahaja. Namun entah
mengapa, hanya si Allan ni saja yang mampu buat dia rasa self conscious!
Allan memerhatikan Anes dari atas ke
bawah. Slacks hitam, blouse bunga-bunga putih, tudung pun sama naik
bunga-bunga, kasut pun ada corak bunga-bunga! Ya tuhan, memang cik bunga!
“Feeling
flowery today?” Allan memberi komen.
Anes
menelan liur. Hish, kalau orang lain tanya, memang dia bagi sedas dah! Tapi Dr
Allan yang tanya, senyum ajalah walaupun baru tadi dia masih berasap dengan
karenah mentee-mentee nya.
“ Indeed I feel so damn crappy today. Ridhwan buat masalah
tengah-tengah malam buta, I kena pergi attend dia, hantar dia ke hospital.”
Anes bercerita, namun yang Allan dengar macam mengadu manja pun ada.
Otaknya mula terbayang wajah
Ridhwan, salah satu pelajarnya. Memang, budak lelaki itu memang suka mengundang
masalah.
“Ridhwan buat apa?” Soal Allan,
serius ingin tahu.
“Patah tangan sebab nak buat prank
dekat roomate dia.”balas Anes
ringkas.
Dr Allan
mengangguk. Jam sekali lagi dikerling. Ketika itu juga telefon bimbit Anes
berdering.
“Eh Dr, I nak kena pergi jumpa
Student Affairs. You tolong pesan juga sama mereka tu, act their age. Umur dah 20 masing-masing, tapi masih nakal.” Pesan
Anes, setelah itu dia bergegas ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Dr Allan memerhatikan si pokok
Krismas menghilang dari bayangan. Setelah itu langkah diorak ke kelas.
Pintu dibuka. Serta merta bilik yang
gamat tadi menjadi makin gamat.
“Sir!! Tahu tak yang kami kena
marah?”
“Sir! Kenapa singa double A tu
menyinga sangat?”
“She scolded us like we were kids!”
“I hate her!”
“Nak menopos agaknya!”
Semua jenis komen tidak berpuas hati
menerpa telinganya. Allan cepat-cepat mengangkat tangannya. Dia duduk sedikit
di bucu meja. Mata tukas memandang 20 orang pelajar di dalam bilik itu.
“Mentang-mentang aku ni ajar subjek
kaunseling kat korang, salam pun tak ada, good morning pun tak ada, terus
terjah aku.” Pedas, Allan memerli.
“Ya lah sir! Hanya sir yang mampu
kaunsellingkan Anes ADT tadi tu.” Balas satu suara garau. Entah mengapa,
kebetulan agaknya, satu kelas ini merupakan pelajar lelaki.
ADT, gelaran pada si Anes. Anak Dara
Terlajak, kata mereka. Walaupun si Anes tu masih belum mencecah 35 tahun, tapi
sebab dirinya sentiasa serius, kan dah dapat gelaran dari budak-budak buas ni!
“ADT tu mentor korang, tahu dak?”Allan
mencantas. Namun, dia dapat mendengar beberapa lagi bisikan tidak puas hati
dari mereka.
“Mentor apa kalau masuk kelas aja
nak marah-marah?” Salah seorang pelajarnya mula bersuara lantang. Amboi, tak
puas hati sampai macam tu budak-budak ni?
Allan
menyinsingkan lengan bajunya ke paras siku. Time
to get things straight with them.
“Cuba korang tengok diri korang tu.
Dia mesti ada sebab nak marah korang. Ridhwan buat hal, logiklah dia nak marah.
Cuba korang buat perangai macam manusia, dia pun tak hingin nak marah.” Allan
memberi logiknya. Ya lah, tak ada orang atas dunia ni hobi dia marah. Kalau dah
marah tu tentu bersebab.
“Amboi Sir, since Sir TTB, apa kata
Sir kahwin aja dengan ADT tu. Hari-hari kena kaunselling dengan Sir, mesti otak
dia tu elok balik.” Suara sumbang di sudut kanan pun mencelah. Allan tiba-tiba
terdiam. Ish budak lani, kita cakap bukan dia nak dengar, makin dia kenakan
balik kita ada!
TTB,
teruna terlajak bujang. Gelaran untuk dirinya pula. Allan tergelak kecil.
Pandailah budak-budak ni. Ingat kahwin tu senang?
“Korang ni, otak dia tu elok aja
tau. She’s just a genius. Cara
pemikiran dia tak sama macam gadis lain. Only a real man can handle a girl
‘that’ brilliant. ” Allan beralasan lagi. Ya, dia akan menangkan Anes kali ini.
Sudah berapa kali dia lihat Anes asyik tertekan bila ada sesi mentor mentee. Brain torture kalau bebudak tu buat
perangai.
“Wohoo! Gadis tu! Someone is in
love...” lagi suara sumbang kedengaran.
Allan bangun dari meja itu. Tangan digawangkan ke udara.
Dah wajib kahwin dah Allan ni.
Allan bangun dari meja itu. Tangan digawangkan ke udara.
Dah wajib kahwin dah Allan ni.
“Ok cukup. Siapa punya turn present
hari ni? Korang nak markah assessment ke tidak? Masuk kelas aku tak ada topik
lain korang ni.” Allan bertukar mode. Aish, masuk kelas, takkan nak borak
sepanjang waktu kan? Makan gaji buta namanya tu.
‘BAM!’
Allan menghentak stering keretanya.
“Awesome!
Really awesome! Masa tengah hujan lebat ni juga kau nak rosak kan?” rungut
Allan apabila keretanya tidak boleh dihidupkan. Dia menggagau di tempat duduk
belakang.
“Mana payung ni?” rungutnya lagi.
Lama-lama, dia mendengus geram.
Lupa,
payung ada dalam bonet. Nampaknya, kena redah dulu hujan, basah lencun dulu
baru boleh tengok apa yang tak kena dengan Beemer dia ni.
Terkocoh-kocoh, Allan membuka pintu
keretanya. Hujan lebat semakin menggila, membasahi tubuhnya. Sejuk dirasakan
sehingga sum-sum. Dia berlari ke belakang kereta, dan lekas membuka bonetnya.
Aik? Tak ada juga? Mana pergi payung
dia ni?
"Dr Allan,
do you need help?"
Anes bertanya apabila terlihat susuk tubuh
tinggi lampai itu sedang terkocoh-kocoh mencari sesuatu di dalam bonet BMW
hitam itu. Baju putih yang dipakai Allan juga basah kuyup ditimpa hujan.
Allan yang tadinya khusyuk menahan
sebelah tangan pada bonet kereta terus terlepas. Natijahnya...
"Mak!! Shhhhit!" tangan
yang tadi menahan bonet terlepas dan
mengepit tangannya. Tangan yang terkepit tadi dipegang erat.
Anes pula terus menarik handbreak
lalu keluar mendapatkan Allan. Ya Allah sumpah dia tak sengaja pun! Niat nak
tegur, bukan nak terperanjatkan Allan ni.
"Shhhit!"
Allan masih belum habis memaki hamun diri sendiri. Iyalah, dengar suara Anes
pun sampai terlepas bonet kereta tu siapa yang suruh!
"You okay? Here, let me look at it? I am so so so sorry Dr! I just
nak tanya you need help ke, tak sangka you nak lepaskan bonet tu." Anes
mula cuak. Tangan Allan diintainya.
Patah ke? Retak ke? Adui! Macam mana
ni?
Mata Anes naik ke wajah Allan yang
seakan kaku tiba-tiba itu. Halkum Allan dilihat tergerak sedikit. Tiba-tiba
Allan mengalihkan pandangan ke sisi.
Anes naik hairan, Allan ni dah
kenapa?
Allan menarik nafas dalam-dalam.
Sejuk-sejuk ni, tengah basah hujan pula tu, bila Anes mula buat suara lunak
macam tu tiba-tiba terfikir pasal benda yang tak patut difikirkan.
Allan,
you are so so so bad.
Namun, tanpa dipinta, matanya memandang
tepat pada susuk tubuh Anes yang turut lencun sepertinya. Malah, lagi teruk
kerana Anes itu perempuan.
"Anes, masuk balik dalam
kereta." tiba-tiba nada Allan tegas semacam. Anes menelan liur. Hah?
"Masuk. I could use a lift from you. Kereta rosak. But first, take this..."
Anes melopong apabila Allan mula membuka
kemejanya. Kemeja yang lencun itu diserahkan kepadanya. Ketak-ketak Allan jelas
ternampak disebalik singlet yang dipakai.
Jantung Anes berdetak lebih laju.
"I can see your...urm...your...your…see through.. " Allan berasa pipinya merah ketika itu.Namun,
tangannya menggambarkan apa yang lidahnya tidak mampu ungkapkan.
Serentak itu, Anes juga menjadi serba
merah.
Okey, sangat janggal tika ini.
Cepat-cepat baju yang dihulur Allan disambarnya. Disarungkannya baju tersebut
pada badan. Kemudian, dia terus masuk ke dalam kereta.
Alamak, aku cakap dia pakai baju
putih, aku pulak lupa yang aku pun pakai baju warna putih! Anes, kan dah buat
tayangan percuma! Anes mula termalu sendiri.
Percuma
saja Allan tengok warna baju comel dia di sebalik kemeja itu. Itulah, lain kali
pakai singlet macam Allan tu Anes oi! Kan dah termalu sendiri ni.
SETELAH
Anes meninggalkan Allan di hadapan rumah, dia terus memecut balik ke
rumahnya sendiri. Kepala sudah mula terasa berat. Dalam hatinya sudah mula
berkira-kira, habislah dia kali ni. Dia
bukannya boleh bermain hujan. Kena hujan mesti akan demam.
Dengan
ibunya pergi ke Makkah, dengan dia sebagai satu-satunya anak tunggal...memang
niaya lah dia kali ni.
Demam, duduk rumah
sorang-sorang...nahas! Itulah, kalau ada suami, ada lah juga orang nak jaga
dia.
Malam
itu, apabila dia terasa suhu badannya naik, dia cepat-cepat ke klinik
berdekatan. Doktor siap bagi MC. Suhu nyaris mencecah 39 Celcius. Nasib tak
kena tahan wad masuk IV drip.
“Ni
datang sini sorang ke, dik?” Doktor yang bertugas itu bertanya. Dengan lemah,
Anes mengangguk.
“Sorang
je.” Jawabnya lemah. Suara pun dah serak, selsema punya pasal.
“La,
bawa kereta elok-elok.” Pesan doktor itu. Anes sekadar tersenyum.
“Jalan
kaki je bang, rumah kat depan ni aje.” Anes berkata. Ya betul, rumah dia lintas
jalan tu saja. Nasib baik! Klinik dekat, kedai dekat...untung sabut.
“Dah,
kau jalan elok-elok dik. Apa-apa datang balik sini, abang ada sampai pagi kat
sini. Makan ubat, tidur. Kalau lusa tak elok lagi, datang balik. Antobiotik tu
makan sampai habis.” Ewah, abang doktor ni rancak pula dia berbual malam ni.
Anes tarik senyum paksa. Heh, layan Dr
Allan cakap lagi seronok pada Dr Abang ni. Teringat pada nama Allan, dia terus
mengeluh.
Alahai,
dua hari takkan jumpa Allan gamaknya. Tapi...duduk kat rumah ni pun ada apa?
Assignment budak-budak tu tinggal kat Uni.
“Takpa,
esok aku masuk kejap, pergi ambil assignment, bagi MC, balik rumah and rehat. Mana tahu, tengok Allan terus
kebah demam.” Anes mula merancang.
Malam
itu, dia lena sambil tersenyum. Tapi tak adalah senyum lebar pun, sikit-sikit
terbersin. Kesian.
ANES meletakkan pennya ke atas meja.
Kepalanya disandarkan di sofa. Ya Allah , penatnya. Pening kepala dia semakin
menjadi-jadi apabila membaca laporan entahapaapa
yang ditulis oleh pelajarnya.
Tiba-tiba
perutnya berbunyi. Alamak, lapar pula! Mengenangkan dia seorang sahaja di dalam
rumah tika ini, mood hendak memasak terus hilang.
“Tapau
aja lah!” ujarnya sambil bangkit dari duduk.
Dia
menarik keluar hoodie bertelinga
kucing dari almari, disarungkan ke atas tanktop yang dipakai, stokin dibiarkan
di kaki, anak tudung diserlumkan ke kepala dan siap! Lantaklah orang nak kata
apa, dia tak larat nak salin baju elok-elok. Asal tutup aurat, sudah.
Zip
hoodie ditarik sehingga menutupi
tekaknya. Beg duit dicapai lalu dia bergegas ke restoren di kawasan rumahnya
itu. Macam biasa, jalan kaki pun boleh!
“Kak
Anes, macam baru lepas pantang ni kenapa?” tegur salah seorang pekerja di situ.
Regular customer ni, wajarlah nak tegur sapa pun.
Anes
menunjukkan tisu di tangan dan juga hidungnya yang merah itu. Budak tadi
mengangguk.
“Demam
ke? Kesian. Dah akak duduk dulu, nanti
Wan bawakan air barli dan sup untuk akak, okey?”
Anes
terus tersenyum lebar. Pandai si Wan ni teka.
“Sup
tak nak ajinomoto tau, Wan.” Anes pesan. Kemudian, dia terjengah-jengah ke
dalam restoren itu. Alahai, fullhouse
pula malam ni.
Anes
bergerak ke dalam restoren itu. Manalah tahu kut-kut ada tempat kosong. Sedang
dia mencari tempat, tiba-tiba ada suara memanggilnya.
“Anes?”
“ABANG, Tas nak tomyam udang.”
Allan angguk.
“Riff?”
“Eh,
aku kan dah makan tadi. Ni Tasneem, kata supper,
tomyam udang tu supper is it? Not so
heavy la dear...” Ariff mula bersuara. Mentang-mentang mengandung, macam
vacuum. Semua benda dia nak makan.
“Mak
Lang, tengok dia ni. Tas nak makan pun
dia tak bagi. Nanti bila Tas nak pantang teringin pula.” Tasneem mula menarik
muncung.
Allan
sudah tergelak mendengar aduan dari mulut adik sepupunya itu. Matanya pula
memandang ke arah Ariff yang sedang membuat muka fed up dengan aduan Tasneem itu tadi.
“Bagilah
dia rasa Ariff, esok lusa bila dah deliver
baby, she can barely eat any of
these.” Mama Allan aka Mak Lang bersuara. Tasneem tayang muka bangga kepada
si suaminya.
“Tomyam
saja ke nak nasi?” Allan tambah. Ariff cepat-cepat memandang ke arah Tasneem.
Nak tengok berani ke tidak dia nak top up
nasi sepinggan.
Tasneem
tayang muka simpatinya.
“Nasi
putih separuh...”
Allan
tergelak besar apabila Ariff mula mencubit lengan Tasneem.
“Cukup?
Side dish?” tokok Allan, sengaja mahu
mengusik.
“Wey!
Kau sengaja ke Allan. Tak tengok dia bedal dinner
tadi banyak mana? Kata nak ‘mengupi’ kat sini, last last me-nasi-lauk-tomyam jadinya.” Rungut Ariff geram.
Menu di tangan Allan dirampas dan
diletakkan ke meja sebelah yang tidak diduduki sesiapa.
“Nanti
anak kau juga keluar leleh air liur sebab mak dia kempunan masa mengandung
dulu.” Balas Allan selamba. Mamanya di sebelah juga tergelak kecil mendengar
komen dari mulut anak terunanya.
“Eh
kau bila nak kahwin? Tunggu wife kau pregnant, baru kau rasa.” Sedas Ariff
bagi. Allan terus mengangkat tangannya, surrender bila lawan dengan ex-lawyer ni.
Dia
kemudiannya menggamit pelayan untuk mengambil order. Setelah pelayan itu
berlalu, dia terlihat kelibat seseorang yang sedang berjalan ke arahnya. Mata
wanita itu seolah-olah melilau-lilau mencari sesuatu.
Allan
tersenyum lebar. Aih, kebetulan ke ni?
“Anes?”
Allen memanggil. Dia bangkit dari kerusinya. Tiga lagi pasang mata di meja itu
turut membontoti perlakuan Allan. Pelik bila Allan tegur wanita di tempat awam.
Tak pernah dibuatnya!
Wanita
itu terus terkaku. Dia memandang ke arah Allan. Wajahnya yang merah itu terus
tersenyum.
Mama
Allan sudah memandang ke arah Tasneem dan Ariff.
“Korang
kenal dia?” tanyanya.
Tasneem dan Ariff menggeleng laju. Tak
kenal.
“Mak
Lang tiba-tiba dapat bau nasi minyak.” Mama Allan sudah tersenyum lebar.
Tasneem pula tergelak. Alahai, kesian Mak Lang dia, kempunan nak bermenantu.
“ALLAN... Eh, jauhnya datang makan?”
Anes berbahasa basi. Matanya memandang Allan dan kemudiannya meja di belakang
Allan.
Keluarga
dia ke? Mama Allan tu nampak lawa sangat, adik si Allan pun lawa. Aik? Yang
perempuan ke yang lelaki tu adik dia? Muka nak sama saja semua orang ni. Getus
hati Anes.
"
Come, join us?" Allan mempelawa.
Dari belakang tengkuknya sudah dapat merasakan tikaman tajam renungan mata
mamanya, Tasneem dan juga Ariff. Iyalah, tiba-tiba ajak random girl join in family
dinner, mesti mama dia dah dengar bunyi kompang dipalu bagai tu.
Anes
pula terus tergamam. Apabila semua mata di meja itu memandangnya, terus dia
menjadi super duper conscious dengan cara pemakaiannya kini. Sekali tengok tak
macam pensyarah langsung! Dengan hidung merah, hoodies berkepala kucing, stokin tebal menutupi kaki...macam budak
lari hospital pun ada.
Pada masa itu juga hidungnya terasa
gatal.
"Aa...aa...Ahcum!
Tak apa Dr, I nak...ahcum! Cepat ni." Anes terbersin. Allan tersenyum
manis. Alahai, comelnya bersin pun!
"You
demam ke dear? I buat you demam , kan? Kesiannya." Selamba Allan
melekapkan tangannya pada dahi Anes. Mata Anes terus membuntang.Perbuatan Allan
jelas membuatnya terkejut. Bukan Anes sahaja, mama Allan pun terkejut.
"Anes ya? Ni, duduk dulu. Makan dengan kami. Demam-demam ni kena
makan. Baru boleh makan ubat." Celah mama Allan. Anes terus menjadi serba salah apabila
potential bakal mak mertua undang dia. Allan terus tarik senyum ke arah Anes.
"You don't wanna dissappoint my mother, do
you?" tanya Allan perlahan.
Anes gigit bibirnya. Apabila Allan mula main reverse psychology, mana sanggup
Anes nak tolak.
Lambat-lambat dia akur. Allan
menarik sebuah kerusi dan bertukar tempat. Dia berikan tempatnya kepada Anes
dan dia duduk di hujung meja. Allan memperkenalkannya dengan mamanya, Tasneem
serta Ariff.
“Rumah area sini ke, Anes?” Mama
Allan bertanya. Anes mengangguk.
“Hujung lot ni aja aunty. Ni pun
Anes jalan kaki. Mak tak ada so Anes tak rasa nak masak.” Anes menceritakan.
Kesemua di meja itu pasang telinga saja.
Tasneem mula menguis kaki Allan.
“Calon ke bang?” bisik Tasneem.
Allan tersenyum lebar sambil melihat mama dan Anes berbual rancak. Mata
redupnya memandang Tasneem.
“Okey tak?”
Tasneem tersenyum lebar. Ibu jarinya
di angkat.
“But
she could do something with her choice of clothes. Nampak muda sangat tu.
Macam budak form three.” Sempat lagi Tasneem berpesan.
“She’s
my budak form three...” Allan mencelah. Tasneem terus mengerutkan
hidungnya.
“Ee, pedo!”
Allan membiarkan sahaja komen
terakhir Tasneem tidak berjawab. Lantaklah, dia suka Anes dia macam tu.
A
little weird,
A little feisty,
A bundle of joy!
“Anes dengan Allan ni dah lama kenal?” Allan kembali menumpukan
perhatiannya kepada perbualan mamanya. Anes mengangguk.
“Kami colleagues, Ma. Dari firstday dia masuk kerja lagi we’ve been friends.” Ujar Allan.
“Jadi...korang tak nak take the
friendship to the next level ke?” Mama Allan memasang jerat. Allan terus
terdiam. Anes pula terus memandang Allan.
Allan menjungkitkan keningnya ke arah Anes, dan Anes tergelak kecil.
Padahal dalam hati Anes, bunga-bunga sudah mekar setaman.
“Apa macam Anes, nak?” Selamba Allan bertanya. Tasneem sudah menyepak kaki
Allan. Dasar lelaki, tak boleh ke romantik sedikit?
Anes pula apa lagi, dah kalau nak cakap nak! Terus dia angguk laju. Allan
yang tanya kan, kira boleh lah tu.
“Nanti bila Mak Anes balik dari Umrah, telefon Mama. Mama bawa rombongan.”
Semua di meja itu tergelak lagi sekali.
Kalau bakal mempelai teruja, mak si pengantin lelaki laaaaagi teruja!
ANES
menarik keluar jam tangan serta cincin tunangnya. Nak pegang baby kan, kenalah
buang segala perkakas yang dia pakai. Kalau tak, kesian pula baby tu tercedera.
Tangan
Anes terus memangku kepala si comel yang dihulur Allan tadi. Alahai, bakal
suami dah pandai pegang baby ni...weehuu!
“
Abang Ariff, berapa hari dah Ayis ni?” tanya Anes sambil mengusik pipi baby
dalam pelukannya itu. Kepala baby yang bernama Ahmad Faris itu dicium. Bau bayi
sangat wangi.
“20
hari, Anes.” Ariff menjawab. Serentak itu dia menarik tangan Tasneem yang
sedang bersandar di kepala sofa dan mengucup halus di belakang tangan isterinya
itu. Tasneem menampar bahu Ariff, manja. Depan orang pun nak tunjuk romantis
dia.
“Wah
bestnya. Abang Ariff dengan Tasneem dah ada baby,” komen Anes.
Allan
tersenyum melihat Anes yang ralit mendokong baby Ayis. Dia kemudiannya
menarik Anes ke sofa dan menyuruhnya
duduk. Karang terlucut si Ayis tu ke lantai mahu meraung mama papa dia.
“Best?
Dapat baby best? Kuat bangun malam
Ayis ni. Diaper change la, feeding la...” Ariff mula menyenaraikan. Tasneem di
sebelah sudah menjeling tajam. Ariff tarik senyuman manisnya.
“...tapi...tapi memang best. Sebab
rumah abang ni dah tak sunyi.” Ariff cepat-cepat menyelamatkan diri sebelum
ketam cik isteri mula merayap.
“Best
sangat dapat babies, they are so cute!”
Anes menambah. Sungguh, dia sayang sangat-sangat pada bayi.
“Suka
baby ya?” Ariff bertanya lagi. Nak juga kenal bakal sepupu ipar si Tasneem ni.
Tengok dari pemakaian, agak err...tapi cara Allan pandang Anes ni, memang macam
over the clouds and the moon!
“They smell like heaven.” Anes menjawab
pertanyaan Ariff. Ariff terus tersenyum lebar. Dah tahu nak sakat si Allan ni
macam mana. Haha, siap kau Allan.
“Anes
pun boleh dapat baby sendiri apa? Lagi comel, lagi cute, sebab mama dia lawa.
Tapi minus pointer pada perangai papa
dia kut, macam langau kekadang tu. Mak Lang suruh kahwin , macam-macam alasan
dia bagi selama ni.” Ariff mula membuka pekung si Allan.
Allan terus mencerlung matanya ke arah Ariff.
Amboi, dah pandai ya sekarang nak pekena orang ex lawyer ni?
“Luckily
you came to that restaurant the other day, Anes. Kalau tak sampai ke
sekarang kut kami tak kenal you.”
Sakat Ariff lagi. Allan sudah mula berasap.
“Ariff,
kau nak kena dengan aku ke?” Allan mengugut. Ariff terus tergelak besar.
Tasneem di sebelah pula sudah mula menggeleng kepalanya.
Kesian bila tengok Anes yang sudah
menjadi merah itu. Ariff ni pun, so insensitive. Nak pekena Allan pun janganlah
sampai buat si Anes tu termalu sendiri.
“Abang!
Tak baik la.” Tasneem bersuara. Serentak itu, baby Ayis mula merengek. Alahai,
dia nak mama dia balik.
Anes
dengan muka merahnya, terus bangkit dan serahkan Ayis kembali ke pangkuan
Tasneem. Muka Ariff dengan Allan langsung dia tak pandang. Tak mampu!
Tak
mampu sebab tiba-tiba dia pun terlintas ada baby dengan Allan, dan juga
beberapa peristiwa yang akan mewujudkan baby tersebut kalau dia kahwin dengan
Allan.
Alahai...bahaya
betul.
DIA
memandang tajam benda yang berada di atas kerusi di sudut bilik Allan itu.
Sumpah dia terkejut.
“Abang?” Anes memanggil Allan yang
sudah selamat mandi dan menyalin pakaian itu. Penat kenduri satu hal, penat
layan tetamu satu hal. Maklumlah, anak teruna terlajak bujang mama dia ni
kahwin, sehabis grand dibuatnya.
Mentee-mentee Anes yang tidak berapa nak berguna itupun hadir ramai-ramai tadi.
Siap cakap, hanya Dr Allan yang mampu ‘kaunselling’kan Madam Anes.
“Yes?” sahut Allan. Sikat diletakkan
kembali ke atas dressing table. Senyuman selebar-lebarnya dihadiahkan kepada
Puan isteri.
“What’s
that huge teddy doing in that corner?” soal Anes. Jarinya menunjuk ke arah
beruang patung yang ada di hujung bilik itu.
"Let me tell you one dark secret Anes."
Allan berkata sambil menghampiri Anes. Bahu Anes dipeluk.
"Apa?"
Anes
kalih memandang Allan yang masih erat memeluknya.
"After gym hours, I come home and hug my
teddy." Kata Allan senada. Mata Anes terus membulat.
Apa dia?
"Why?"Anes
yang terkejut mendengar statement berani mati itu, bertanya.
"Because I tak ada wife nak peluk, so I hug my teddy." Selamba
Allan menjawab. Anes terus mengerutkan hidungnya. Pelik juga Allan ni.
“Tapi sekarang dah ada wife…” belum
sempat Anes habis jawab, Allen mengeratkan pelukannya.
“My wife la jadi my teddy.”
“I nampak macam teddy ke?” Anes soal balik.
Akhirnya, tawa Allan meletus. Hidung Anes dicuit.
“Gotcha! Tu hadiah baby Ayis la. Apa ingat I ni budak-budak ke nak
simpan teddy bear, sayang? Lainlah kalau teddy tu nama dia Anes. Tu, memang I
simpan sampai akhirat!”
Anes terpempan. Ecewah, terkono eden! Allan ni kan…
ALLAN
menyeka peluh di dahi. Muka Anes yang cemberut dipandang. Itulah, minta sangat
siapa yang suruh? Nak compare sangat kan dia dengan Ariff tu. Hambik!
Dia ingat lagi komen Anes itu hari
ketika Ariff dan Tasneem datang ke rumah mereka dengan baby Ayis.
Anis mencuit Tasnem yang sedang elok
meriba Ayis yang sudah pandai merangkak.
“Tas, baby fat you cepat gila
hilang.” Komen Anes. Ariff di sebelah sudah mula tayang senyuman lebar.
“Ni. Blame him. Pagi petang siang
malam personal trainer ni kejan aku. Tiba-tiba terasa macam working out with
Jillian tu tau.” Tasneem berkata. Anes terus memandang Ariff.
“Great
job, Ariff. Hah abang, Ariff personal trainer, abang personal apa?” sengaja
Anes nak sakat Allan yang khusyuk memandang skrin televisyen.
Allan
menarik sengihnya.
“I ada black belt karate, nak I
train you self defence?” Allan membalas
dengan senyuman yang penuh makna.
Anes
tiba-tiba terdiam. Haih, dia tayang muka miang dia tu, mesti ada agenda apa-apa
tu.
Dan, itulah yang menyebabkan Anes berada di dalam situasi ini, pada malam
ini.
"Do it like you mean it this time , sayang."
ucap Allan dalam nada menggoda. Bajunya dibuka dan dicampak ke lantai.
"Tak
nak boleh?" Tanya Anes, sambil mengundur ke belakang.
Allan
semakin mara. Anes semakin ke belakang. Namun, langkahnya terhenti apabila dia
terasa betisnya melanggar sisi katil. Uh-oh...
"Like you really really mean it."
bisik Allan. Badan Anes diraih dan di bawa rapat ke badannya. Tangannya
dilarikan ke atas belakang Anes. Sebelah lagi berkeliaran ditengkuk Anes.
"Hh...how?"Anes
mula tergagap. Jantungnya berdetak laju. Bau wangian dari badan Allan pula mula
menusuk hidungnya.
Aiseh, so masculin.
"The ones that will make my feet jelly-like,
Anes. The ones that will make me double-over, in agony, and pain." Dia
berbisik perlahan di tepi telinga Anes.
Anes tergamam.
Allan
mula mengucup batang leher Anes yang terdedah.
Anes mula menolak dada Allan yang sedang kejap memeluknya.
"Abang...can we not do this tonight?" Dia
merengek.
Namun,
Allan makin rancak mengucup segenap inci leher Anes. Anes mula tidak senang
duduk.
"Abang..."
panggil Anes lagi sekali, cuba untuk buat Allan berhenti.
"I
dah ajar you kan, use the skill, sayang." ujar Allan acuh tak acuh. Habis
leher, bibirnya mula merayap ke telinga Anes. Cuping telinga Anes digigit
perlahan.
Anes
mendengus geram. Dada Allan ditolak sekuat mungkin, menyebabkan Allan
terkebelakang sedikit.
"You want me to kick you in the nuts? Are you
nuts? Kata nak dapat baby! Macamlah perempuan tu weak sangat sampai itu aja
cara yang you nak ajar I? Ajarlah backhand ke apa ke...ini tak..." Luah
Anes geram.
Allan
tergelak kecil. Wajah Anes diraih, sebuah kucupan dilepaskan ke hidung
isterinya.
"Nama
lagi self defence training session kan? I ajar dulu benda paling senang."
Selamba, Allan berkata. Anes menarik muncung. Kesian pula semata-mata nak
belajar self defence, kena sepak terajang suami sendiri.
"Tak
nak. I rela sayang-sayang you pada sepak-sepak you." Ayat penyata dari
Anes itu sudah mampu membuat jantung Allan melayang.
That's my Anes!
“Aish, my teddy Anes being sweet
today. Rela sayang-sayang pada sepak-sepak I ya? Itulah, bandingkan lagi Abang
dengan Ariff tu.”
“Dah, Anes tak bandingkan dah. I love you, you see.” Tanpa segan silu, Anes luah. Allan tergelak
girang. Pipi Anes dikucup sayang.
“I
see it, and I love you too.” Balasnya kembali.
Anes menongkatkan dagunya pada bahu
Allan. Jemarinya mula membuat corak pada belakang Allan.
“Tapikan, baby kita nanti comel
macam Ayis ke tak?” Anes bertanya. Allan melonggarkan pelukannya. Anes ditarik
ke hadapannya. Pipi Anes diusap.
“Bak kata Ariff dulu, laaagi comel,
laaagi cute...sebab mama dia cantik.” Serentak itu Anes memukul perlahan dada
Allan.
“Kata tak nak pukul Abang?” acahnya.
Anes tergelak lagi sekali.
“Pukul manja doesn’t really count, Dr. Allan!”
“Alasan! Malas nak belajar self
defence, cakap ajalah, Anes.”
Anes menjungkitkan keningnya.
“Pandai pun.”
“I got a D.R. tentulah pandai.”
Allan mula nak perasan sendiri. Anes tarik muka meluatnya.
“Perasan.”
“You lagi perasan, ex double A!”
Allan berkata laju.
“Double A?”Anes tanya.
Apakah itu?Sejenis bateri kah?
Allan cepat-cepat mencapai tombol pintu untuk keluar. Baik dia cari ruang
untuk selamatkan diri sebelum dia cakap maksud di sebalik Double A itu.
“ Madam Anes ADT.”
Anes masih blur. Allan menahan
dirinya dari tergelak.
“Madam Anes Anakdaraterlajak. Tu mentee you namakan you dulu.”
Cepat-cepat dia memberitahu. Kemudian, dia terus keluar dari bilik itu.
Anes pula, setelah faham terus menjerit.
“WHATTT? Anak dara terlajak? Siap
budak-budak tu esok. Aku baru 28 tahun dia kata terlajak? Dasar mentee tak
makan saman!”
Allan yang dapat mendengar kata-kata
Anes itu terus terduduk di atas tangga. Habislah budak-budak tu esok,
nampaknya, Anes ni makan saman dengan Allan sahaja. Dengan orang lain, no thanks!
TAMAT
Nota kaki
Ariff
dan Tasneem adalah watak yang dicipta oleh Farah Husain di dalam novel pendek Dear
Cinta, Kompilasi Cerita 4 orang penulis IKP dalam buku Yang Luar Biasa. Nak
tahu lebih pasal Ariff and Tasneem, get
the book or borrow it since it’s a limited edition J
So sweet, best sgt, ada lg arif n tas, thump up Awin
ReplyDeletethanks milla
ReplyDeletesweeeeet!! hehe suka sgt ^^
ReplyDeleteSo sweeettt i loiikkee...terbaeekk
ReplyDeletethanks dear
ReplyDeletewah bestnya. dah lama tak dpt belanja cerpen. sronok baca.
ReplyDeleteidarohaina
Haaa jumpa aremif n tasneem kat sini rupanya
ReplyDeleteahahaha! minat sangat dorang!
Deletememe terbaikkkkk......so cute....sweettt.....yummy.......semua ada....double A.....saya suka ( versi mei lin dlam boboiboy)...miahhaha..
ReplyDeletehahha, thanks bella
Deletenak cerpen lagi...always d best bace cerpen kat sini...hihiii
ReplyDeleteOne coming up in November, Insyaallah
DeleteTerbaik..memang best..sweet sgt..terubat rindu kat blog ni..Thanks cik penulis..always support you..
ReplyDeleteThis is too cute! I only wish it had more details in it, but then it'd have to be cerpan instead. Great job! :D
ReplyDeleteComel sangat
ReplyDeletesweet baca cerpen ni... x payah banyak nak fikir... senyum sendiri..
ReplyDeleteterbaikkk..
Been reading for the aas countless more than 10 kut sbb dr Allan so cheeky!! Nak special edition for this please huhu
ReplyDelete