Mysara nak tak nak membuka kotak berwarna biru itu. Macam tak percaya saja.
Kemudian, dia memandang ke arah lelaki yang sedang tersenyum lebar di
hadapannya, silih ganti dengan kotak biru itu.
“Jade, baby, what’s
the meaning of this?”
Mysara ni pun, sudah
terang disuluh kalimantan, masih nak bertanya? Dah trang tang-tang Jade tu nak
ajak kau menikah, sebab tu dia kasi cincin tu. Cincin tunang lah tu.
“Marry me bambam?”
Jade bertanya.
Matanya menikam tajam wajah Mysara aka bambam dia tu. Aiseh! Mysara pula sudah
dapat rasakan rahang dia jatuh mencecah lantai. Come on Mysara, soalan yang dah
lama engkau tunggu dalam hidup ni, Jade dah ajak kahwin tu, nak terima ke
reject ni?
“ Baby, I mean
Mister Mohammad Zahid bin Mohammad Roslan, awak serius ke ni?”
Mysara blurr
sekejap. Jade ajak aku kahwin? Oh Allah, rasa nak terbang ke bulan saja.
Masalahnya sekarang, tak boleh nak terbang sebab tak ada roket.
“Ish bambam ni.
Serius lah. Muka orang buat lawak ke macam ni?”
Mysara mengecilkan
matanya. Muka Jade tu habis serius, sah, realiti ni. So, berbalik kepada
perkara asal, terima ke idak?
“Muka baby serius
habis. Hurm, okaylah. Kita kahwin.”
Jade menumbuk buku
limanya ke udara. Semangat nampak nak kahwin. Mysara sengih. Jade ni, memang
macam tu.
“Ah, sayang you
bambam. Nanti ikut I balik rumah ya? Kita face to face dengan Mommy and Daddy.”
Muka Mysara
berkerut. Jade yang perasan akan perubahan riak wajah bambam dia tu sudah rasa
cuak. Janganlah ada second thoughts cik Mysara oi. Dah dua tahun kita kenal ni,
inilah masanya nak halalkan hubungan kita ni yang oi.
“Ah ah. Itu ha,
jangan kerut muka tu. Jangan cakap nak tarik balik yang bambam terima tadi.”
Badan Jade sudah
tegak. Mysara menjeling matanya ke arah Jade. Apa yang lelaki tu tengah
kalutkan tu? Orang kerut muka pun salah?
“Ish, mana ada
baby. Tak tarik balik punyalah. Bam risaukan satu benda sahaja.”
Mysara bersuara.
Lega sedikit hati Jade yang mendengar. Okaylah tu, ingatkan nak tarik balik
‘yes’ dia tadi tu. Kalau tarik balik memang haru dunia.
Setelah itu, Jade
mengecilkan matanya ke arah Mysarah. Apa dia tadi? Risau? Risaukan apanya?
“Bambam risau pasal
apa? Ala, mom tahu lah you walikan hakim nanti. Macamlah mom tak pernah jumpa
bambam. Kalau nak dikira, mom dah tengok bambam dah lebih sepuluh kali tau. Dah
dah, tak payah risau.”
Mysara mengeluh
perlahan. Bukan risaukan mom si Jade ni, tetapi risaukan seseorang tu. Seseorang yang sangat penting dalam hidupnya.
“Baby, bam tak
risaukan mom lah, ini ha, bam risaukan...risaukan...”
Mysara menelan
liurnya. Gagap pula tiba-tiba. Badan ditegakkan dan dia memandang ke wajah
ingin tahu Jade itu. Kening Jade dah terangkat, nak tahu sangat tu tentang
perkara yang menimbulkan rasa risau dalam jiwa Bambam dia ni.
“Okay, actually
kan, Bam tak story lagi kat Sophia yang Bam dengan Baby ni an item.”
Jade menghembus
nafas lega. Oh, itu saja. Wait, tak tak, bukan itu saja, tapi APA DIA? Dia mengerutkan dahinya. Matanya tajam
menikam wajah Mysara. Budak ni nak kena agaknya dengan dia.
“Bambam, selama ni Bambam
cakap kat Jade yang Sophia tahu tentang kita tu apa? Cakap yang Sophia okay Bam
keluar date dengan Jade, semua tu lah. Bam tipu Jade eh selama ni?”
Suara Jade naik
seoktaf. Mysara sudah memicit pangkal hidungnya, kan dah kantoi. Matanya
memandang Jade, merah dah muka.
“Babyyyy...”
Jade tarik muncung.
Alahai, buruk tahu lelaki buat muka merajuk. Mysara mengeluh. Tarik muncung
bermakna kena buat super duper sweet lah ni baru dia henti merajuk.
“Don’t babyyyy
babyyy me, Bam . Sampai hati Bam tipu Jade. Bam tahukan yang kalau Sophia
serius 24 seven tu tak restu kita ni, jangan harap kita nak kahwin. Hish, baru
saja nak plan kahwin awal-awal. Ish, Bam ni tak best la. Tak aci, main
tipu-tipu pula.”
Cute! Mysara rasa
macam nak tarik-tarik saja pipi Jade tu. Tapi tak boleh, kan batal air
sembahyang dengan bukan muhrim. Haram.
“Ala babyyy, bukan
main tipu, Bam cuma tunggu masa sesuai nak inform kakak kesayangan Bam tu.”
Mysara berdalih,
lembut. Kenalah lembut-lembut, baru Jade ni hilang rajuk. Jade yang mendengar
itu sudah meletakkan tangannya ke dada. Makin tegang je rasa, bukan makin
hilang rajuk ni. Salah teori ni Mysara.
“Bila masa yang
sesuai Bam? Bam tak rasa ke Sophia tu akan mengamuk satu alam bila tahu adik dia
ni nak kahwin, plus, kahwin dengan bestfriend EX-tunang dia pula tu. Haru Bam,
percayalah, Bam bukan makin memudahkan keadaan, but you are inviting a World
War III.”
Wajah Jade yang
tadinya sudah berkerut bertambah kerutannya. Ini sudah parah, ingat Sophia
senang-senang nak let go one and only darah daging dia ni kahwin dengan kawan
baik ex-tunang cum musuh ketat dia? Never, not in her lifetime kut. Ini memang
parah, tapi Jade nak kahwin dengan Bambam payung emas intan karat dia ni.
“Baby, no worries
kay, Bam cuba fikirkan macam mana kita boleh solve this problem. Gimme a
minute, nak fikir.”
Mysara berkata
dalam nada yang tenang. Matanya dilarikan ke pemandangan di belakang Zahid.
Kelihatan para pelayan sedang sibuk mengambil order, macam tak cukup tanah dah
kafe itu. Tiba-tiba, mentol di atas kepala Mysara menyala.
‘Ting!’ Idea sudah
mari.
Mysara menarik
senyumannya, dah macam Chesire cat dah, senyum sampai telinga. Jade mendongkat
dagunya pada telapak tangan dan menjungkitkan kening sebelah kirinya.
“Dah dapat lah tu
kan ideanya?”
Mysara mengangguk
sambil tayang gigi. Zahid senyum. Comel sangat si tembam ni.
“Listen here.
Kita...”
Mysara berkata
sambil pause. Jarinya ditunjukkan kepada dirinya, kemudian pada Jade. Selepas
itu, dia mengangkat peace, dibuka tutup, jari telunjuk dan jari hantu
diletakkan pada meja, lalu dilarikan pada permukaan meja.
“Gosh! Apa itu
semua? Tak faham lah your non-verbal, Bam. Cakap guna mulut lah, tak payah nak
buat sign segala.”
Jade merungut.
Mysara mengecilkan matanya. Men are so stupid at times. Benda senang pun tak
reti ke?
“Kita kahwin lari
lah! Ish! Sengal la baby ni, itu pun tak
faham.”
Mysara berkata
dengan geram. Jade sudah nyaris tersembam ke permukaan meja kerana tangan yang
menongkatkan dagu tadi tergerak ke tepi akibat terkejut dengan pernyataan
berani mati Bambam dia tu.
“No way! No! Kita
kahwin tak lari. Apa kes nak kahwin lari huh? You nak mom I telan I hidup-hidup
ke Bam?”
Jade menegakkan
faktanya. Mysara mengeluh. Ya tak ya kan. Mereka hanya nak lari daripada
Sophia, bukan keluarga Jade.
“Hui, kalau mom you
tak telan you, Sophia yang akan telan kita, Baby.”
Muka kedua-duanya
kembali serius. Hancur dah idea bernas tadi.
“Okay, macam ni
lah...”
Jade baru nak
bersuara, namun Mysara sudah membuat tanda stop dengan telapak tangannya.
“Wait! Apa kata,
kita akad nikah saja dulu, me, you, and family you saja. Lepas dah sah semua,
kita inform la Sophia. Baru dia tak boleh buat apa-apa.”
Mysara berkata
dengan penuh semangat. Jade kembali resah di tempatnya. Bambam dia ni kan, idea
luar galaxy betullah. Tak nak jaga hati kakak dia tu ke?
“Bam, nanti Sophia
kecil hati. Jagalah hati kakak you yang singa tu. I taknak Bambam I ni nanti
murung je sebab kakak dia merajuk dengan dia. Plus, Bam ni, takut nak inform
pada Sophia kita tengah dating, tapi kahwin sembunyi-sembunyi berani pula ya?”
Jade memujuk lembut
sambil bersarkastik sedikit. Mysara sudah tarik muka bosan.
“Biarkan dia nak
kecil hati ke apa. I dah fed up asyik jaga hati dia tu, dia tu pun mana reti
nak jaga hati orang lain. Tengok, dulu dia yang break dengan Abang Jimmi,
padahal Abang Jimmi tu kemain lagi baik dengan dia. Siap tuduh Abang Jimmi ada perempuan lain pulak tu.”
Jade menghembuskan
nafasnya dengan kuat. Kusut!
“Bam, kita tak
payah la campur hal dorang tu, hal kita ni pun tak selesai lagi. Biarkanlah
mereka tu, tak ada jodoh.”
Jade berkata geram.
Terdiam Mysara. Tak pernah lagi Jade nak geram dengan dia. Makin kacak tau
kalau geram.
“Okay, okay.
Berbalik pada hal kita, pokoknya, Bam nak kahwin dengan Baby, akad nikah dulu,
then baru bagitahu Sophia. Kalau Baby nak sangat jaga hati Sophia tu, asta la
vista, babyh! Sayonara, sebab Bam pasti yang kakak Bam tu akan reject Baby
terang-terangan no matter what our reason is.”
Mysara berkata
dengan penuh konfiden. Dia kenal sangat betapa Sophia itu allergik dengan Jade,
dan juga Jimmi tu.
Entah apa yang merasuk fikiran kakak dia,
sehinggakan dia sanggup tuduh Jimmi yang begitu baik tu main kayu tiga, dengan
Jade Jade dia jadikan musuh. Nak tak nak, Mysara terpaksa rahsiakan soal cinta
hatinya supaya kakak dia tak mengamuk.
Namun sekarang, sudah tiba masanya untuk
biarkan kakak dia mengamuk, sebab kakak dia tu tak ada hak nak tentukan siapa
yang patut Mysara cinta dan siapa yang perlu Mysara benci. Mysara bukan
budak-budak lagi.
“If you put it like
that then. Jade akan bincang dengan mom, kita kahwin sebelum Mysara balik dari
outstation. From then on, both of us are in this together. Kita hadapi Taufan
Sophia sama-sama. Happy?”
Nak tak nak, Jade
bersetuju. At least, kalau dah akad, Sophia nak tak nak kena juga akur, bukan?
Kira main aci kotor la ni, by hook or crook, dia nak sah dengan Bambam dia,
tapi jalan yang dia nampak sekarang ni hanyalah pada ‘crooky’ side.
“Happy sangat! Jom
kita khabarkan Mom and Dad you.”
Mysara senyum
segaris pada Jade. Bukan dia sengaja tak nak involve-kan Sophia, tapi perangai
Sophia tu, membuatkan dia menyampah. Dia nak benci Abang Jimmi, suka hati dia
lah, tapi dengan Jade yang tak tahu apa-apa tu pun dia tarik sekali, mana
boleh!
Memang, Sophia tua tiga tahun dari dirinya, Sophia yang jaga dia dari rumah
anak yatim lagi, Sophia juga yang bahagikan wasiat mama papa dia bila dah cukup
usia 21 tahun, banyak Sophia telah lakukan serta korbankan untuk Mysara, namun
satu, Sophia terlampau mengongkong hidupnya.
Kalau hidup zaman Victoria ni, Sophia tu sesuai sangat jadi governess. Siap
boleh tulis buku etika agaknya, jalan tak boleh bongkok, duduk tak boleh silang
kaki, kalau tak bertudung rambut mesti ikat ketat-ketat dalam bun, kalau pakai
tudung pin-kan tudung tu kemas-kemas, jangan nak selekeh-selekeh, jangan pakai
flips flops kalau nak keluar rumah, jangan itu,jangan ini, siapa tak tensyen?
Abang Jimmi dulu
tahan pula 6 bulan dengan Sophia tu, kalau orang lain, seminggu pun tak tahan rasanya.
Tak kahwin sampai ke tua lah kakak dia tu agaknya, she’s a very peculiar
creature. Orang lain pun jadi consultant company juga, tapi tak adalah seteruk
Sophia itu. Governess much!
“Dalam kereta
nanti, bam fikirkan reasoning untuk yakinkan Mom and Dad nanti. Prepare at
least 10 reasons yang munasabah.”
Jade berkata sambil
bangkit dari kerusinya. Mysara mengangguk sambil mencapai handbag dari bawah
kerusi itu. Memang gila tindakan mereka ini, dan memang Sophia akan meletup
macam Vesuvius!
***
Kalau ada cangkerik ketika itu, memang dah bergema suara cangkerik di ruang
tamu rumah Mom dan Dad Jade ni. Mysara menggigit bibirnya, Jade memintal bucu
handkerchiefnya, Mom dan Dad pula merenung mereka bagai hendak telan.
“Okay! Mommy setuju
korang akad nikah dulu.”
Fuh! Jade dan
Mysara sudah berjaya melepaskan nafas lega. Namun, daddy Jade masih dengan muka
serius dia. Yang ni lagi sorang, boleh masuk geng Sophia, serius!
“Daddy?”
Jade bertanya.
Mommy di sebelah Daddy sudah memberi pandangan laser kepada Daddy dia. Hish,
orang tua ni, setuju ke idak?
“Daddy tak setuju.”
Tan Sri Roslan
sudah bersuara dalam not B-flat. Gulp. Bila daddy Jade ni kata no, therefore no
means no.
Jade sudah memberi
pandangan simpati ke arah mommynya. Hanya mommy yang boleh pujuk Daddy.
“Ehe, Jade, Mysara,
excuse us for a while ya. Daddy-nya, ikut mommy. Now.”
Ituha, Queen
Control mom Jade ni. Lepastu, Jade pandang Mysara, Mysara pandang Jade.
“Bam jangan Queen
control bila kita kahwin tau.”
Jade pesan
awal-awal.
“Jade tak buat
perangai, Bam tak queen control lah.”
*** Mommy dan Daddy
Jade***
“Tan Sri Roslan,
kenapa awak cakap ‘NO’ tadi?”
Dah keluar dah aura
singa Mommy Jade ni. Sang suami duduk di sofa sambil mengelap cermin matanya.
Kabur pula.
“Awak, cuba awak letakkan diri awak tempat Sophia tu. Kalau adik awak
sendiri nak kahwin, tak inform awak, tak ke kecil hati?”
Tan Sri Roslan
sudah bermain logik. Perkahwinan adalah untuk menambahkan silaturrahim, bukan
untuk memutuskannya.
“Sophia tu kakak
dia, carik-carik bulu ayam, lama-lama tumbuhlah balik. Awak ni pun, saya ni dah
lama berkenan dengan Mysara tu, biarlah tembam sikit pun, gebu je saya tengok.
Kalau awak setuju, lusa juga kita buat akad nikah. Nak sanding nanti, kita
tunggulah Sophia balik Malaysia dulu. Buat teruk awak ni pun.”
Tan Sri Roslan
mengeluh. Haih, malas dah nak jawab balik. Turutkan sajalah, kalau tidak, lagi
dia berdalih.
“Suka hati awaklah,
saya cakap satu, awak balas seratus.”
Mommy Jade rasa nak
peluk-peluk suami dia ketika itu. Senyuman manis di tarik.
“Sayang awak Tan
Sri Roslan. Kira on lah ni?”
Dia bertanya untuk
kepastian.
“On. Tapi awak,
jangan lupa, ayam sekarang ni kena cucuk macam-macam. Ayam bandar,
maklumlahkan. Kalau tak tumbuh balik bulu dia, awak tanggung sendiri ya.”
Amboi orang tua ni,
bersarkastik pula. Mommy Jade buat tak tahu saja. Dia kembali ke ruang tamu
untuk memberitakan khabar gembira itu.
*** Seminggu
kemudian***
Sophia menarik
begnya keluar dari bonet LIMO itu. Penat, hari ni, balik rumah dia nak membuta
sahaja. Handbag di buka dan dia menggeledah segala isi kandungannya.
“Hish,Mana pulak
kunci rumah ni? Janganlah buat main kunci oi, sekarang ni pukul 3 pagi, orang
lain tengah tidur, aku pun nak rehat.”
Dia menggumam tanda
tidak puas hati. Cari punya cari, ada pun kunci itu. Dah jatuh bawah sekali,
itulah, guna lagi beg tangan besar gedabak Sophia oi.
Kunci dicucuk pada
mangga, selak pagar kecil ditolak dan dia memasuki halaman rumahnya. Mata
mengantuknya itu terpandang sebuah kereta yang tidak dikenali di dalam garaj.
“Sejak bila Mysara
pakai Lexus Hybrid ni? Banyak pula duit engineer tu sorang ek? Petronas bagi
bonus ke?”
Dia bertanya kepada
dirinya sendiri. Mangga kembali dikunci dan dia berlalu ke pintu masuk. Gril
dibuka, sliding door ditolak dan home sweet home!
Sophia meletakkan
kunci di atas almari, dan skarf yang tadinya terlilit di leher sudah selamat
dilipat dan diletakkan pada lengan sofa. Matanya memandang ke segenap penjuru
rumah, macam ada benda tak kena. Nak kata bersepah, tidak, tapi macam ada aroma
lain. Macam bau perfume lelaki pun ada.
Kakinya melangkah
ke tangga. Suis lampu tangga sudah ditekan, dan ruangan itu cerah bermandikan
cahaya oren. Sejurus dia tiba di tangga terakhir, pintu bilik Mysara pun
terbuka. Dia yang baru sahaja ingin menegur adiknya itu terpempan.
Itu.Bukan.Mysara.
Last time dia tinggalkan Mysara, Mysara masih
perempuan. Yang ada di depan dia ni, dengan rambut kusut bagai, dengan boxer
yang dah nak jatuh tu, memang sah bukan Mysara.
“Bam? Bukan you kat
sebelah I ke tadi? Cepatnya you gerak.”
Lelaki itu bersuara
sambil menguap. Tangannya masih menggenyeh matanya.Mamai.
Sophia bercekak
pinggang. Tangannya naik ke muka lelaki itu. Inilah kerja mereka semasa
ketiadaan dia ya? Depan nampak je baik, tapi perangai tu, pergh! Berzina!
Jade yang mamai itu
terus hilang mamai apabila ditampar oleh orang yang disangkakan Bambam dia
tadi. Perit! Matanya dibuka dan dia
dapat rasakan kesemua darahnya turun ke kaki. Oh-Uh! Singa dah balik. Lari!
“MYSARA!! Get over
here! Eh jantan,kau pula pergi pakai benda decent sikit!”
Jade menekup
telinganya, itu ha, singa mengaum, satu taman boleh dengar. Jade lenyap di
sebalik pintu. Mysara pula dengan rambut
berserabut, lingerie pun bertebalik sudah tegak di atas katil. Setelah itu
mereka bertabik hormat di hadapan Sophia.
“ I am so furious
right now.”
Sophia memberi
muqaddimahnya. Jade, nak tak nak mengangkat tangannya.
“Kak Pia...adik,
adik can explain.”
Mysara mencelah. Itu ha, hari tu nak sangat
akad nikah tanpa pengetahuan kakak engkau, hari ni, pepandai lah kau explain.
“Tunggu. Sebelum
kami explain apa-apa, Sophia tak nak sarung tudung dulu ke?”
Jade sempat lagi
membuat gurau senda. Aurat bukan gurauan, harap maklum. Sophia rasa macam nak
bunuh orang ketika itu, lupa pula nak sarung balik tudung dia tadi. Manalah dia
expect ada lelaki dalam rumah anak dara!
Sophia mencapai
skarfnya tadi lalu menutup kepalanya. Muka masih serius. Siapa tak marah!
“Ehem. Korang sedar
tak korang dah buat dosa besar?”
Dia berkata sambil
memandang Mysara. Mysara mengecut ditempatnya. Tangan Jade diraih dan
digenggam, ambil semangat.
“ Tak cukup ke ilmu
agama kakak berikan pada Mysara? Mysara tak sayangkan maruah sendiri? Kalau tak
tahan, cakap, aku carikan jantan untuk kahwin dengan kau!”
Sophia sudah
meninggikan suaranya. Amarah menghantui dirinya. Kalau boleh, rasa nak cepuk
saja Mysara itu. Ada hati lagi nak pegang tangan Jade pulak tu. Mamat tu pun
satu, masih buat muka tak bersalah dia. Macam best friend dia tu, tak tahu malu,
penipu nombor satu.
“Sophia...”
Jade mencelah.
Sophia berdiri. Tangan dicekak ke pinggang. Muka di hadapkan ke Jade.
“Aku nak kau
bertanggungjawab dengan adik aku. Kau jangan nak lari ye mamat! Selama ni,
nyamuk pun aku tak kasi hinggap pada badan adik aku, tapi, kau jantan, kau
memang pandai manis mulut!”
Vesuvius sudah
meletuskan lavanya. Jade meraup wajahnya. Macam ni lah Sophia ni, haritu Jim
nak terangkan pun dia tak nak dengar, terus jump to conclusion, tapi hari ni,
dia kena dengar!
“Sophia, duduk!
Dengar dulu aku nak explain ni!”
Kecut perut Mysara
mendengar suaminya menengking kakaknya itu. Sophia pula terdiam, singa dah jadi
macam kucing. Jade yang selama ini tak pernah menjerit, malah tak pernah
meninggikan suara, telah mengarahkan dia untuk duduk. Dan, secara refleksnya,
Sophia terduduk.
“Bambam, bawakan I
air sejuk. Bagi kakak you ni minum dulu.”
Dan, bagai lipas
kudung, Mysara ke dapur dan mengambil segelas air. Dia menyuakan kepada
kakanya, namun Sophia menolak. Masih marah dengan Mysara.
“I want you to
listen. Aku dan Mysara, kami dah sah dari sisi agama. We. Are.Married. Got
that?”
Jade terpaksa
memecahkan berita dengan cara sebegini. Mysara sudah ingin menangis, Sophia,
terpempan. Dia memandang Jade, kemudiannya Mysara.
“Adik? Kahwin?
Jade, suami adik? Bila?”
Sophia bertanya,
hari ni, dia rasa sangat kecil hati dengan Mysara. Kahwin, dengan Zahid, tapi
kakak dia ni tak tahu apa-apa. Sophia rasa sangat bodoh ketika itu.
“Dua hari lepas.”
Mysara berkata
perlahan. Jade menggenggam tangan Mysara. Sophia mengangguk.
“Dua hari lepas.
Tapi, adik tak inform kakak? Kenapa? Kenapa tak tunggu akak balik?”
Sophia bertanya
dengan suara yang serak. Sekejap lagi, empangan mesti pecah. Tak sangka, adik
yang dia sayang sangat-sangat selama ini sanggup merahsiakan perkahwinan
sendiri. Sophia outstation pun hanya dua minggu, takkan tak boleh tunggu.
“Adik takut akak
kecewa sebab adik kahwin dengan Jade. Adik cintakan Jade, dari masa akak dengan
Abang Jimmy masih together lagi, dan bila akak break dengan Abang Jimmy, akak
pun jadi bencikan Jade. Adik rahsiakan relationship kami sebab adik tak nak
akak kecewa. Adik takut akak rosakkan plan kami nak kahwin, itu saja.”
Mysara menerangkan
situasinya. Sophia kena faham, dia buat semua ini supaya semuanya berjalan
lancar.
“Oh, can you see me smile now? Adik dah kecewakan
kakak, sangat-sangat. Semua orang dah tahu adik kahwin, kecuali akak? I bet,
Jim pun mesti hadir sama kan korang kahwin? Akak saja macam dungu. Sampai hati
ya adik, buat macam ni pada akak?”
Sophia berkata
geram, dan juga sedih.
“Sophia, kau jangan
nak touching sangatlah. Mysara nak kami kahwin dulu, sebab dia kenal perangai
kau tu macam mana. Kau benci aku sebab aku rapat dengan ex engkau. And you know
what, aku relieved sangat kau tak jadi dengan Jim, sebab kau tu terlampau demanding. Never understanding,
selalu merungut dengan Jim tu. Lepastu, kau senang-senang nak tuduh dia main
kayu tigalah, curanglah. Padahal, kau dah tak boleh tahan dengan dia yang tak
up to your taste kan?”
Jade mencelah. Oh
man, that is not a smart move. Jangan, sesekali masuk campur orang perempuan
tengah gaduh. Nanti, kau yang jadi mangsa.
“Baby! Apa you ni,
tak baik tau.”
Mysara sudah
memukul dada Jade. Sophia pula sudah merah matanya. Bull’s eye. Kata-kata Jade
tepat kena pada sasaran. Tapi, memang Jim curang!
“Kau tak tahu
apa-apa, jangan ungkit hal aku dengan dia! Dia curang, aku nampak dengan mata
aku sendiri.”
Sophia bersuara.
Bibirnya diketap, gigi dikancing. Tangan dia rasa nak melayang lagi sekali.
“Aku tak tahu
apa-apa? Kau dengar sini, aku yang teman dia malam-malam, macam orang tak tentu
arah kau tahu mamat tu? Lagi seminggu kau nak kahwin, kau boleh tuduh dia macam
tu? Kau memang heartless lah, Jim tu bukan main baik, kau tu yang buta. Tapikan,aku
pun tak faham kenapa sampai sekarang dia tak boleh lupakan kau?”
Sophia merengus. Jade menyambung ayatnya.
“Kalau aku jadi dia, dah lama aku benci-benci dengan kau, dahlah 24/7 uptight,
tak reti nak manja-manja, selalu marah-marah tak tentu hala, tapi mamat tu
still tahan dengan kau. Kalau kau nak orang sayang kau, you better change your
view about life. Learn to appreciate people!”
Sophia terdiam.
Salahkah dia selama ni? Salahkah dia selalu lookout untuk adiknya? Salahkah
semua itu? Salahkah dia kerana minta putus dengan orang yang telah curang pada
dia? Kenapa semua orang nampak salah dia? Kenapa tak ada seorang pun nampak
kesalahan Jim tu?
“ Aku tahu, kau
yang jadi mangsa keadaan, anak sulung, kena jaga adik, benda tu mungkin yang
menyebabkan kau serius memanjang, tapi beb, sekarang semua sudah berlalu, you
think about yourself, Mysara can think for herself. Kau dah besarkan such a great lady, Sophia.
Tapi kau kena ubah cara engkau, if you also want to be happy like your sister.
Cuba kau tengok, dalam sehari, berapa kali kau senyum? Berapa kali kau gelak?
Selama kau dengan Jim, tak pernah aku tengok korang bergurau, ketawa pun tak
pernah, macam korang bermusuh pun ada. Aku memang tak pelik bila korang break.
Aku pelik sebab kau tuduh Jim tu buat hal.”
Jade menghembuskan
nafasnya. Dia memandang Sophia, Sophia yang bermuka tanpa riak itu. Keras betul
perempuan ni...
“Dah habis dah
Zahid? You know what, thanks for your concern, but I couldn’t be bothered dah
sekarang. Hal Jim dengan aku, hal kau dengan Mysara, biarkan. Malas aku nak
fikir. I feel so stupid right now.”
Sophia berkata
lantang. Mukanya sehabis daya ditahan agar tidak tunjuk betapa hancurnya hati
ketika ini. Dahulu, tunang sendiri yang tinggalkannya, sekarang, adik kandung
pula yang membelakanginya. Keji sangat
ke dia, kalau dia tak tahu nak have fun dengan orang lain? Serius sangatkah dia
sampai semua orang lain tak sukakan dia?
“ Adik, kakak masuk
tidur dulu. Penat. Akak minta maaf sebab marah kamu tadi. Salah akak sebab tak
tahu kamu dah kahwin.”
Kata Sophia sebelum
berlalu ke bilik. Jade memandang Mysara, Mysara memandang Jade.
“Baby, hari tu you
sendiri kata jangan masuk campur hal Jimmy dengan Sophia, tadi tu apa? Dahlah,
you masuk tidur. I pergi pujuk kakak.”
Jade
mengerutkan dahinya. Aik, Mysara pula nak cari gaduh ni? Hish!
“Tak
payah pujuk sekarang, kasi dia cool dulu, pagi karang kita pujuk.”
Kata
Jade sambil menarik tangan Mysara ke dalam bilik. Pujuk sekarang pun, Sophia tu
takkan dengar punya.
***
Badan Jade yang berselimut tebal itu dicucuk-cucuknya. Tidur macam balak, tak
sedar dunia.
“Baby!
Bangunlah oi. Sophia tak ada dalam bilik dia ni. Bam runsing ni.”
Mysara
menjerit di telinga Jade. Jade mengeluh lalu memusingkan badannya menghadap
sang isteri.
“Dah
check bawah katil ke? Cuba bait dengan Frieskies.Ada lah tu.”
Mysara
menggelengkan kepalanya. Laki dia ni, mengigau ke? Sedar ke tak yang mereka ni
berada di rumah Mysara, bukan rumah dia yang ada kucing dua tiga ekor tu.
“Baby,
kita ada kat rumah Bambam ni Baby. Bukan rumah you. Sophia tu my sister, bukan
kucing ya.”
Jade
tegak apabila mendengar penjelasan Mysara. Aduh, lupa pulak scene pepagi buta
tadi.
“Sophia
hilang? Hilang ke lari?”
Sempat
lagi Jade ni. Mysara mengeluh, ada jugak yang kena tarik telinga nanti ni.
“Baby,
why not you go see for yourself? Banyak soal betul.”
Jade
dengan malas bangkit dari katil. Dia ke bilik air untuk mencuci muka, setelah
itu, langkah dipanjangkan ke bilik Sophia. Pintu ditolak dan memang sah benar
apa yang Mysara kata tadi. Sophia tak ada. Cadar katil tegang, langsir terikat
rapi, tuala basah tersidai elok pada penyidai, dan Jade cepat-cepat ke almari
kakak ipar dia itu.
“Fuh!
Bambam! Almari dia penuh lagi ni, releks lah, dia tak lari jauh tu. You jangan
risau, I’ll take care of everything.”
Jade
berkata sambil mengambil tuala dan kembali ke bilik air. Dan, apa yang dia
maksudkan oleh ‘take care of everything’
itu, dia tahu seorang manusia yang masih tahu segala jejak langkah wanita
bernama Sophia itu.
Jamal Aidan bin Dato’ Haji Badrul, kau memang
nak kena sebab tak warn awal-awal yang Sophia dah tiba kat Malaysia. Kawan baik
yang memang nak makan selipar jepun betul. Tak guna punya Jimmy!
***
“ Jim, kau nak kena dengan aku kan?”
Jade
mengeraskan suaranya. Orang di sebelah lagi talian itu hanya tergelak. Kejam
betul Komander hati kering ni.
“Dude,
waktu dia land tu sudah pukul 2 pagi. Aku tak mahu kacau honeymoon korang
saja.”
Jade
mengetuk permukaan sudu pada bibir cawan kopinya. Mata ralit memandang Mysara
yang tengah menggoreng nasi di atas stove.
“Banyak
lah engkau. Kau sengaja nak suruh kami kena tangkap dengan singa tu, kan? Kau
ni kan, ish.”
Jim
tergelak lagi sekali. Suka dapat buat kawan baik sendiri marah. Itulah engkau,
sehati kering Jamal Badrul ni pun, dia takkan kahwin anak dara orang
senyap-senyap. Padan muka, kan dah kena dengan kakak ipar sendiri. Drama drama.
“A
lesson learnt, homie! You deserved that scolding. Ah, mesti ex aku tu berasap
kan? How did it go? Kau ada kena pukul sampai lebam tak?”
Jim
bertanya dalam nada bergurau. Jade mendengus, geram betul mamat ni sorang.
Bukan nak senangkan hati kita,makin sulitkan ada lah.
“Kenalah
thai-slap sebelah. Sampai sekarang aku
rasa pijar ni.”
Jim
makin galak ketawa. Jade memandang ke arah siling. Jim ni, kalau gelak, ada
sampai seminit.
“Really?
Aku yang ajar dia tampar macam tu dulu. Well, I am a great teacher. Okaylah,
so... enough of the chit and chat, aku tahu kenapa kau call ni.”
Jim
kembali ke mode serius. Jade menghela nafas lega, bagus, kalau dia tahu.
“Aku
nak kau pergi follow dia and bawa dia balik.Boleh Jim?”
Jade
meminta. Jim terpaku sendiri di tempatnya. Oh Hell no! Orang baru nak beritahu
kedudukan Sophia, bukan nak offer diri pergi buat rescue mission bagai.
“Dude.
Aku cakap position dia, kau pergi lah ambil sendiri. Aku tak nak jumpa dia.”
Jim
menolak. Komander ni nampak je kasar, tapi hati jambu. Takut ke nak jumpa ex
tunang sendiri?
“Jim,
please. Kau teman aku sehidup semati. Aku ada hal lah, lagi satu, mungkin ini
adalah chance engkau nak face to face, heart to heart dengan dia? To mend
things between both of you?”
Jim
berkira-kira sendiri. Hurm, betul juga tu, setelah hari kena tuduh dengan
Sophia, dia pun tak sempat nak defend diri, tapi hari ni, kalau jumpa si Sophia
tu, dia akan paksa Sophia dengar penjelasan dia. Dia masih sayangkan Sophia.
“Hurm,
okaylah. Tapi, aku tak janji aku bawa dia balik in one piece tau.”
Jim
beralasan. Jade pula rasa macam nak cekik orang. Gila punya Komander.
“Kau
jangan berangan nak bunuh kakak ipar aku tu. Even kau ada license nak bunuh
orang sekalipun, jangan nak beri alasan kau bunuh dia sebab berdendam.”
Suara
Jade naik seoktaf. Tahupun cuak. Jim tertawa lagi. Pantang diusik Jade ni pun.
Hish.
“Gurau
sajalah. Aku tak berdendam pun dengan dia, tapi aku rasa dia yang berdendam
dengan aku. Plus, dia tak tahu aku ni spy, mungkin masa dia nampak aku dengan
perempuan tu, masa aku tengah on duty kut. Itulah aku nak interrogate dia bila
jumpa ni. Aku patut buat apa yang aku tak buat dua tahun lepas tu.”
Jim
menjelaskan niatnya. Jade terhangguk-hangguk. Mysara sudah menghidangkan nasi
goreng di hadapannya. Wah, bau semerbak, enak!
“Okaylah,
kau trace dia, and bawa dia balik. Aku nak breakfast ni.”
Jade
berkata senada sambil senyum ke arah Mysara.
“Amboi.
Okaylah, aku pergi kejar minah tu dulu, kirim salam kat Mysara. You guys owe me
big time!”
Lalu
talian dimatikan. Mysara memandang Jade.
“Siapa?”
Dia bertanya. Jade senyum.
“Bakal
bro in law bambam.”
Jade
berkata selamba. Sudu dicapai, nasi dicedok dan aum! Enak.
“Abang
Jim?”
“Yep.”
“Bakal
bro in-law balik?”
Jade
angguk.
“Sophia
nak terima ke?”
Angguk.
“You
sure?”
Mysara
bertanya geram. Hish, angguk angguk angguk je kerja Jade ni.
“Sure,
Komander kita tu got plenty of tricks up his sleeves. Kita doakan saja mereka
punya relationship tu on balik, okay? Now, kita breakfast in peace. Sedap
Bambam masak. Padanlah Bambam Baby ni
tembam semacam, hari-hari makan best. Lepas ni, baby pun tembam balik.”
Mysara
angguk. Seronoklah kalau Abang Jim tu kahwin dengan Sophia. Eh wait, apa tadi?
Komander?
“Abang
Jim Komander? Since when? Bukan dia kerja dengan daddy dia ke?”
Jade
tersedak. O-uh, rahsia cik abang spy tu sudah terbongkar. Dia memandang Mysara,
macam mana nak kelentong ni? Banyak sangat dah dia reveal.
“Urm,
Bam, pinky promise jangan bagitahu siapa-siapa ya?”
Mysara
angguk. Janji.
“Jim
is a secret agent. Macam James Bond tu, Cuma dia Badrul, Jamal Badrul. Sebab tu
dia tahu Sophia tu pergi mana, sebab masa dia together dengan Sophia, dia ada
bagi gelang tangan pada Sophia, kat gelang tu dia ada letak tracker, and nampak
gayanya, Sophia masih pakai gelang tu because Jim tahu location Sophia sekarang
ni, therefore, I think that Sophia masih sayangkan Jim tu.So, kita harap saja
yang hipotesis kita tu betul.”
Jade
berkata tenang. Mysara tetiba rasa macam
dalam movie. Wah, Abang Jim hot tu secret agent? Wah! Jamal Badrul is James
Bond Malaysia? Fuyoo, cool gila.
“Bam
pun rasa yang Sophia masih in love dengan Abang Jim. Cuma biasalah, dia kan
hati kering, tak tunjuk punya kat orang. Eh, tambah lagi Baby nasi goreng tu.”
***
Sophia mengeluh perlahan. Sampai hati Mysara buat dia macam tu sekali. Dia ni
kakak kandung Mysara, apakah dia ni terlampau bengis, terlampau serius
sehinggakan adik dia sendiri dah kahwin dan dia adalah orang terakhir yang
dapat tahu?
‘Agak kurang ajar,
tetapi Mysara tak fikirkan ke perasaan aku ni sebagai kakak yang jaga dia dari
kecil lagi? Ex tunang aku pun dapat
tahu, siap jadi saksi lagi tu, okay, fine! Kalau Mysara tak nak aku dalam hidup
dia lagi, aku okay saja. Orang tak mahu, kita jangan nak terhegeh. Adik ke, apa
ke, hish!’
Terkesan di hati
Sophia. Memang, pada dasarnya dia buat buta saja, orang tak nak kita jangan
terhegeh, tapi Sophia rasa macam nak menangis saja sekarang ni. Sedih, terkilan
juga dia. Memang, dia benci ex tunang dia, dan memang ada sekali dua dia marah
pada Zahid tu, tapi tak bermakna dia menghalang cinta adik sendiri. This is
just too much.
“Cik, masuk dalam.
This is my seat.”
Sophia yang tadi
mengelamun kembali ke dunia nyata.
‘Hish! Kenapalah
aku tak beli saja dua seat tadi? No privacy dah ni.’
Gumamnya sambil
menginjak ke dalam.
‘Orang depan ni pun
satu, bas tak jalan lagi seat tu sudah di jatuhkan. Ingat ni aeroplane ke? Nak
letak kaki pun tak muat ni.’
Sophia masih
menggerutu di dalam hatinya. Nak tak nak, kenalah ke seat sebelah. Lelaki tadi
dah pun duduk. Sophia menjeling ke sebelah, mak ai, berspek mata bagai, cik
abang silau ya? Silau cahaya bulan ke? Malam-malam buta pun nak tayang Carrera
dia, ingat stylo sangat lah?
Macam on cue,
tiba-tiba lelaki itu pandang ke arah Sophia. Sophia cepat-cepat mengalihkan
pandangannya. Lelaki itu merendahkan badannya dan kepalanya dihampirkan pada
telinga Sophia.
“Awak ada 2 minit
untuk bangun dari bas ni dan ikut saya. Rasa ni tak?”
Lelaki itu masih
bersuara tenang. Dia meletakkan sesuatu pada pinggang Sophia. Jantung Sophia
sudah memecut bagai kereta F1 tu, sat lagi ada gak jantung dia ni lompat keluar
dari pulmonary system ni. Orang tu nak buat apa dengan dia? Pinggangnya rasa
sakit dicucuk dengan benda keras, pistol ke?
“Goodgirl. Awak
struggle sikit pun, or even nak menjerit sekalipun, saya tak akan teragak untuk
tarik picu Walther99 ni. Now, buat muka selamba, act as if we are together, and
follow me.”
Sophia akur sambil
menarik handbagnya. Cuak, mindanya rancak memikirkan consequences yang bakal
dihadapi. Diculik, dirogol, dibunuh, dibakar...organ dijual. Huh, mak ai,
seram! Ya Allah, please help me.
“Sayang, jalanlah.
Jangan merajuk dah. Penat saya trace awak sampai ke Kuantan ni. Kita balik,jom.
Adik awak risaukan awak tu.”
Lelaki bercermin
mata hitam itu berkata sambil meraih lengannya. Hah, nasib berlapik, kalau tak,
dah lama kena tampar mamat sengal ni.
‘Apa tadi? Adik?
Mana dia tahu aku ada adik?Tapi, muka dia ni kalau tak pakai spek, rasa macam
pernah nampak. Suara dia pun familiar.’
Gumam Sophia dalam
hatinya. Lelaki itu menariknya turun dari bas. Makcik Pakcik atas bas tu pun
dah pandang mereka pelik, haila,adalah tu duduk caci mereka dalam hati.
Manusia, manusia.
Lelaki itu menarik
Sophia ke tempat letak kereta. Dia berhenti melangkah setelah tiba di hadapan sebuah
BMW X6. Wah, kaya raya pun nak culik orang lagi ke?
“Hish! Lepaslah! Kau
nak apa hah?”
Sophia menepis
tangan lelaki itu. Lelaki itu melepaskannya sambil tersenyum sinis. Dia
kemudiannya menanggalkan Carerra yang tadi cantik terletak pada batang hidung.
Sophia rasa macam
nak jatuh rahang saja. Oh tidak, nightmare sudah ada depan mata. Makin kacak
pulak tu. Baru dua tahun tak jumpa, badan dah tambah ketul-ketulan muscle.
Hebat.
Sophia pula
melarikan matanya pada benda keras yang tadinya berada pada pinggangnya. Chait!
Ingatkan Walther, rupanya Blackberry. Nyaris-nyaris ingat nak kena bunuh dah
tadi.
“Nice to meet you
again, Pia.”
Jim senyum sambil
meng’unlock’ kan keretanya. Sophia merenungnya geram. Ah, makin cantik.
“This is not a
joke, Jamal Aidan Haji Badrul!”
Sophia berkata
dengan nada marah. Jim tergelak. Dia mampir ke sebelah Sophia lalu membukakan
pintu untuknya.
“This time, I am
not joking, Pia. Get in.”
Jim berkata
sepatah. Sophia menyilangkan tangannya ke dada lalu menegakkan badannya. No
way, dia takkan masuk kereta lelaki itu.
“Kalau I tak masuk,
apa you nak buat huh?”
Sophia mencabar
Jim. Jim tertawa, tangannya mencapai kebelakang lalu dia mengeluarkan
Walther-nya yang asli. Sophia tergamam. Mak ai, pistol tu nampak real. Gila
punya jantan. Dahlah ada pistol, entah ada lesen ke tidak.
“Senang saja, I
tarik je picu ni. Now now, nak masuk kereta I ke tak ni?”
Sinis sekali Abang
Jamal kita ni, macam mafia dah aih. Sophia menelan liurnya. Dia sempat lagi
memijak kaki Jim sebelum melabuhkan punggungnya ke seat penumpang. Dia rasa
ingin tergelak apabila terdengar Jim mengeluarkan beberapa kata kesat apabila
dia memijak kakinya tadi. Serves you right, dumbo!
Setelah itu, Jim ke
bahagian driver dan memboloskan dirinya ke dalam compartment kereta itu. Sophia
membuang pandangannya ke luar. Dia tak kenal dah siapa Jim di sebelahnya itu.
“Pakai seat-belt.”
Kata Jim sepatah
sebelum menghidupkan enjinnya. Sophia mengikut arahan, lalu sambung merenung ke
luar. Malas nak hadap muka lelaki tu, tak dak kheje nak hadap muka jantan tu.
Sepanjang
perjalanan mereka hanya bertemankan CD
entah apa-apa Jim itu. Sophia malas nak bertanya apa-apa, Jim pula hanya
menumpukan perhatian pada pemanduannya. Tiba-tiba, Guns N’ Roses berkumandang
dari CD Player. Kalau lagu ala head banging tu tahan la jugak, ini tak, lagu
This I Love, aiseh, feel habis!
‘So
if she's somewhere near me
I hope to God she hears me
There's no one else could make me feel, I’m so alive!’
I hope to God she hears me
There's no one else could make me feel, I’m so alive!’
Sophia sudah
meletakkan jarinya pada punat off radio itu. Namun, Jim lebih cepat mencengkam
lengannya. Tak jadi nak off radio itu. Entah bila Jim berhenti di tepi jalan,
sekarang Jim tengah pandang wajah Sophia.
“I
hoped she'd never leave me
Please God you must believe me
I've searched the universe
And found myself within her eyes...”
Please God you must believe me
I've searched the universe
And found myself within her eyes...”
Sophia terkaku di
tempatnya. Jim menyanyikan rangkap lagu yang paling sedih pulak tu. Apa maksud
Jim?
“I found myself
within your eyes, Pia. Please don’t leave me.”
Jim bersuara
perlahan. Matanya penuh mengharap. Sophia memalingkan wajahnya ke hadapan.
“I did not leave
you. You yang tinggalkan I, two years ago, untuk perempuan tu. You jangan
ingat I nak benarkan you masuk balik dalam hidup I macam tu saja, Jamal. You
dah kecewakan I. You curang.”
Sophia berkata.
Setitis air matanya menitis. Haila, dalam banyak-banyak orang, kenapa air mata
dia ni nak keluar depan musuh ketat dia ni juga? Musuh ketat yang dia masih
sayang?
“ I tak pernah
tinggalkan you, Pia. And I rasa you masih sayangkan I, sebab you masih pakai
benda ni.”
Sophia memandang
Jim tajam. Matanya kini tertumpu pada gelang pemberian Jim semasa majlis
pertunangannya. Cincin dah bagi balik, gelang pula lupa.
“Bagus. You boleh
ambil balik gelang murah you tu. Urgh, I am sick of all these! Mula-mula you,
then Mysara, then you balik? Apa korang nak hah? Aku pun manusia biasa jugak,
tolong jangan seksa aku boleh tak? Korang tahu apa hah? Korang tahu apa pasal
hidup aku, korang judge aku sebab aku serius, well, aku memang tak reti nak
tergedik sana sini, gelak sana sini, I don’t know all that okay! Just,leave me
alone!”
Sophia membentak.
Jim tersentak. Sophia tak pernah lose control depan orang lain. Sophia nampak
sangat kecewa. Apa dah jadi ni? Takkan effect adik sendiri kahwin tak bagitahu
tinggal kesan yang mendalam terhadap bekas tunang dia ni?
“Shh...I ada sini.
You can talk to me, Pia.”
Jim berkata perlahan.
Alahai, kalau dah kahwin, dah lama dia peluk Sophia ni, sedih sangat tengok.
Muka dah lencun dengan air mata. Dan yang paling dia tak sangka ialah Sophia
yang selalu jaga penampilan tu lap hingus dengan bucu tudungnya. Disgusting but
cute.
“You, you are the
last person on earth yang I nak cakap tau. I hate you Jim.”
Cakap Sophia dalam
sedunya. Jim tarik senyum.
“I know. But I love
you. I sanggup tinggal kerja sebab nak trace you kat Kuantan ni tau. Just give
me a chance, I’ll promise I’ll be a good listener.”
Jim berkata
spontan. Dia sangat prihatin, lagilah Sophia ni menangis. Teringat kata-kata
Jade yang Jim ni baik. Sophia cakap dia hate Jim, pun Jim masih cakap dia
sayangkan Sophia. Betulkah Jim curang dulu?
“I pun tak tahu
kenapa I menangis. Mungkin I terasa yang Jade cakap I ni uptight, tak reti nak
have fun, all that sort of thing. Dia pun ada point out yang you ni baik, and I
ni sangat tak sesuai dengan you, and you deserved someone better. I rasa
bersalah sebab masa I minta putus dulu, I tak dengar penjelasan you.”
Jim hanya
mengangguk. What an emotional wreck si Sophia ni. Jade ni pun satu, kalau
tengah gaduh tu, segala perkataan yang keluar.
“Hey, hey, you
uptight pun, I suka saja spend time masa kita tunang dulu. So, you nak I pergi
pecahkan muka Jade tu tak, sebab kata sayang I macam tu sekali?”
Jim bertanya dalam
nada berbaur gurau. Sophie tarik senyum, walaupun mata masih merah. Alahai,
kenapa dia terburu minta putus dulu. Dia hanya nampak dengan mata, tapi dia tak
tannya penjelasan. Mata pun boleh menipu sekarang ni. Tak semua yang kita
nampak itu betul.
“You sanggup tumbuk
bestfriend sendiri?”
Sophia bertanya.
Jim angguk.
“Asal you boleh
terima I balik, and dengar penjelasan I, I sanggup saja. And mamat tu deserve a
punch, kahwin dengan adik you tapi excluded you masa akad nikah. Amacam, deal?”
Jade berkata dengan
konfiden. Senyuman Sophia makin melebar. Jim, hanya Jim yang boleh buat dia
menangis dan tergelak dalam masa seminit. He has that kind of effect on her.
“Tak payah lah. I
dah tampar dia macam you ajar dulu. Now, you owe me an explanation. You said
you still love me, tapi siapa perempuan dekat cafe hotel dua tahun lepas tu? Yang miang macam kucing
tak cukup bulu.”
Sophia bertanya
terus terang. Perempuan yang meyakinkan bahawa Jim sedang bermain kayu tiga
dibelakangnya. Jim pula mengangkat
keningnya. Perempuan, perempuan...mana satu ya?
“Yang dekat Hilton
tu ke? That one, Rosanna, my collegue. I was on a mission masa tu, nak trap ada
drug dealer ni. So we were pretending, to confuse the man.”
Sophia
menjungkitkan keningnya. The who- the where -the whatttt?
“Sejak bila you
jadi Spy ni? Jangan nak kelentong I boleh? I nak kasi chance you explain, nak
tengok relevan ke tidak kita resume balik relationship kita yang sudah
tertinggal 2 tahun tu. So, be logik la!”
Sophia bersuara
lantang. Mai dah singa dia. Jim mencapai sesuatu dari dompetnya dan
menunjukkannya kepada Sophia. Sophia ternganga. Oh my. Jim tak tipu.
“Jim...you you???”
Jim tersengih
miang. Dah dapat mesej dah Sophia?
“Yes, saya Badrul,
Agent Jamal Badrul. Saya suka minuman saya digoncang, bukan dikacau.”
Jim bersuara sambil
membuat suara ala-ala James Bond dalam Skyfall tu. Sophia tersengih. Boleh
pulak buat lawak mamat sengal ni.
“Eh, selama ni you
cakap you kerja dengan daddy you?”
Sophia bertanya
sambil menjungkitkan kening. Jim memandangnya.
“I do work for him.
Dia pun agent. My upper-class man la tapi. So, I tak tipu, okay. I thought kita
kahwin baru I nak bagitahu you, tapi you lagi terburu putuskan hubungan kita.”
Sophia angguk. Mak ai,
manalah nak tahu dia secret agent, kalau
tak, tak secret dah. Makes sense in a way.
“One more question”
Sophia berkata. Jim
angguk.
“Macam mana you
tracked me?”
Jim senyum. Dia
menunjukkan ke arah gelang di lengan Sophia itu. Sophia mengerutkan dahinya.
“Ada tracker dekat
sana, I lekatkan. I takut apa-apa jadi pada you, so I can help you.And lucky for
me, you tak bagi balik masa you serahkan cincin tunang tu. In a sense, Pia, I
tak pernah tinggalkan you. I selalu tengok pergerakan you, for two years. I
just love you, okay.”
Sophia rasa nak
menangis lagi sekali. Hello beb, kau sedar tak lelaki tu dah stalk pergerakan
kau every moment for two years, dan kau boleh lagi nak feeling dengan dia?
Parah dah ni.
“Sangat creepy,
tapi sangat sweet.”
Sophia berkata
selamba. Jim angguk.
“Pia, kita resume
balik?”
Sophia angguk.
Sekarang dah clear, yang selama ni Sophia memang syok sendiri tuduh Jim curang.
Padanlah Jade pun side dengan Jim, cakap Jim ni baik. Haish, kan dah membazir
dua tahun tu.
“Kita nak tunang
balik ke?”
Sophia bertanya.
Jim menggeleng.
“Tak tunang, kahwin
terus. I dah explain yang I tak bersalah, I tak curang, but kalau you tak nak
terima I, I move on lah. You nak ke tak nak kahwin dengan I?”
Jim meraih simpati.
Sophia menggeleng.
“Nak, I nak kahwin
dengan you. I also sayangkan you lagi. Sebab tu I pakai lagi gelang ni.”
Jim angguk. Dah
agakdah.
“Okay,nak kahwin
boleh. Tapi ada satu rule, you must follow.”
Jim buat muka
ala-ala Einstein. Ingat genius lah tu?
“Rule apa?”
Sophia bertanya.
Amboih, rule bagai, mentang-mentang dia secret agent.
“Rule number 6, you
are not allowed to be too serious, with me, nor with yourself. Boleh?”
Sophia ternganga.
Maksudnya?
“Detail sikit hal
serious tu?”
Sophia request. Oh,
selama ni memang si Jim ni pun setuju lah yang aku ni serius memanjang, uptight
bagai, tak reti nak senyum tu? Sama je macam Jade lelaki ni.
“Dengan I, you kena
belajar nak gurau senda, nak ketawa bila I buat jokes, that sort of things. And
yourself pula, janganlah nak risau sangat kalau you screw up sikit-sikit. I
selalu juga perhatikan you selalu kerut muka kalau you tak behave as you
expected. You tak perlu nak particular sangat, I tak kisah sayang I ni selekeh
ke apa ke, sebab I truly love you.”
Jim berhujah.
Sophia terdiam. O----kay.
“Hurm, I’ll try.”
“Great. Oh ya, pipi
you ada hingus kering.”
Jim berkata selamba
sambil menunjuk ke arah pipi Sophia. Sophia menggelabah mencari tisu. Setelah
itu Jim ketawa berdekah-dekah.
“Jamal Badrul!
Betullah! Ada hingus ke?”
Jim masih gelak.
Sophia sudah menenyeh pipinya sehingga merah.
“Sayang, ingat, Rule
# 6. Jangan terlampau serius dalam hidup ni, by the way, I gurau saja tadi.”
Sophia mengerutkan
dahinya. Terkono eden. Lama-lama, dia juga menarik senyuman. Setelah itu, dia
ikut serta Jim yang ketawa berdekah itu. Haih, kan best boleh ketawa pasal hal
remeh temeh ni. Buat apa nak kerut-kerut dahi bagai over a simple thing. Bukan
hal dunia pun sampai nak serius tahap petala ke lapan.
“Suka I dengar you
gelak. Kerja I dah terlampau serious and life threatening, so bila I dengan
you, I tak nak serious-serious, kerja I dah cukup untuk semua tu. I nak,
perkahwinan kita nanti full of joy and laughter, boleh?”
Jim bersuara
apabila sudah selesai gelak. Sakit perut gelak kuat-kuat. Komander hati kering
pun manusia tau, kena gelak.
“We will see how. I’ll
try not to be to darn serious.”
Sophia senyum.
Pertama kali dalam hidupnya gelak sebegitu kuat.
“Good girl.
Sekarang, kita break the news dekat pasangan dua sejoli tu.”
Kata Jim sebelum
meneruskan pemanduan. Betul kata Jade, hari ni memang dia dapat chance untuk
mend things dengan bidadari dia ni.
***
Sophia yang baru masuk ke dalam rumah itu terkaku dengan serangan tepung yang tiba-tiba melayang ke mukanya. Dua orang kat depan dia itu pun sudah bermandikan tepung. Macam budak-budak, main tepung dalam rumah.
“Akak! Sorry,
sorry, kami tak sengaja.”
Mysara menggelabah
tak tentu hala. Jade punya pasallah ni, dia tengah nak buat kek kat dapur, Jade
datang pastu siram dia dengan tepung gandum. Dari sana mereka berperang tepung,
dan tak sedar pula bila kakak dia ni muncul.
“ Korang gila ke
main tepung pukul 1 pagi?”
Suara di belakang
Sophia bertanya. Sophia masih lagi kaku. Jade sudah memandang ke arah Jim. A’ah
kan, Mysara buang karan nak buat kek malam-malam buta.
“Kami have fun saja
Jim oi. Manalah tahu Sophia nak balik malam ni.”
Sinis ayat Jade
itu. Jim sudah bagi death glare pada Jade. Mulut tu jaga, nanti aku cili jugak
kat sini.
Sophia pula
mencapai plastik tepung yang ada dalam tangan Mysara, dia mengambil segenggam
tepung dan melayangkan pada Jim yang sudah ada di tepinya itu. Muka Jim memang
speechless. Selepas itu, dia menuangkan kesemua tepung itu ke atas badan Jade.
Semua di sana terkaku dengan tindakan Sophia. Ingat dia nak marah sebab rumah
bersepah, tapi sebaliknya berlaku.
Sophia mengeluarkan
handphonenya lalu ‘snap’. Precious betul riak wajah kedua jejaka itu.
“Akak, sihat idak?”
Mysara bertanya
sebab terlampau terkejut dengan
kenakalan kakak nya itu. Sophia tergelak.
“Sihat dik!
Sekarang dik, kita lari!”
Sophia menarik
lengan Mysara lalu berlalu ke tingkat atas. Jade pandang Jim, Jim pandang Jade.
Terkaku mereka.
“Kau buat apa kat
kakak ipar aku tu?”
“Rule number 6 yang
kau ajar masa kita mula-mula kawan dulu.”
Jade mengangguk.
Jim senyum.
“O-kay. So, nak
kejar mereka ke ni?”
Jade bertanya lagi.
Jim tarik senyum nakal.
“Kau kejar bini
kau. Aku punya bakal bini, kahwin nanti kaw-kaw dia kena kejar ngan aku.”
Jim kenyit mata
pada Jade. Alright man.
“Pia, I balik dulu.
Esok kita bincang hal nikah!”
Jim melaung dari
tingkat bawah. Sophia dan Mysara yang berada di dalam bilik itu dapat dengar
dengan clear apa yang dipesankan oleh Komander Jamal Badrul itu.
Mysara memandang
kakaknya. Sophia tersenyum manis.
“Akak, adik minta
maaf sebab adik belakangkan akak.”
Mysara bersuara.
Sophia menarik Mysara ke dalam pelukannya.
“Tak apa, akak
maafkan. Salah akak juga. Memang kalau akak tahu, akak dah halang adik daripada
kahwin dengan Jade. Tapikan adik, adik dah bantu akak jadi bahagia. Kalau akak
tak rasa kecil hati, akak tak akan lari, Jade takkan call Jim, Jim takkan cari
akak and explain pasal salah faham kami dulu tu.And, akak won’t laugh like
this.”
Sophia berkata
sambil tergelak. Mysara juga tergelak.
“Akak kena tengok
muka dalam cermin. Macam Opera Cina dah.”
Mysara berkata
sambil mencuit hidung kakaknya.
“Kata akak, adik
pun sama tau.”
Dan mereka sambung
gelak. Setelah itu, mereka menarik nafas yang panjang.
“Okaylah, adik
masuk bilik dulu. Jade mesti dah tunggu tu.”
Mysara bangkit. Dia
turut menarik tangan Sophia untuk turut bangkit sekali.
“Goodnight. Love
you kakak.”
Mysara berkata.
Sophia senyum.
“Love you too,
adik. Esok kita kemas rumah. Heret Jade sekali. Akak pun nak heret Jim sekali.”
Sophia berkata
selamba. Mysara gelak. Haiyo, dah macam Tsunami dah rumah tu. Bersepah.
“Okay, akak jangan
mimpi pelik-pelik pasal abang Jim tau.Ngee.”
Mysara mengenyitkan
matanya. Sophia blushing.
“Hish budak ni.
Nakal.”
Sophia menolak
pintu biliknya, tutup. Dia tersenyum sendirian. Setelah itu, dia membuka
tudungnya. Kemudian, telefonnya berdering. Baru sahaja dia membuka handbag,
deringan sudah tamat.
Namun, matanya
tertancap pada sesuatu gadjet, macam casette player, siap dilabel ‘wear me’ pun
ada. Oh, very clever mister Jamal!
Sophia menyarungkan
ear piece itu lalu mendekatkan benda macam kaset player itu ke mulutnya.
“Jamal, what is all
these?”
Sophia bersuara.
Sebelah lagi tangannya rancak menyisir rambut yang panjang itu.
“Another trick of
mine. Nak jimatkan bil telefon.”
Sophia mendengar
suara Jim menggunakan earpiece itu.
“Very funny mister.
Dah, I nak tidur.”
Sophia bersuara
sambil meletakkan sikatnya itu. Dia berlalu ke tandas lalu mencuci mukanya yang
bertepung itu. Setelah itu dia membaringkan dirinya ke atas katil.
“Tidurlah, I pun nak
tidur ni.”
Sophia senyum
manis. Tapikan, macam mana alat ni boleh berfungsi? Bukankan radius mereka jauh
antara satu sama lain?
“Jamal, macam mana
I boleh dengar you clear ni?”
Sophia bertanya
dengan suara yang mengantuk. Jim tergelak kuat.
“Dah dua tahun I
duduk selang dua buah rumah dari you. I je tak nampakkan diri I.”
Sophia ternganga.
Dasar mamat spy! Semua benda dia buat, orang lain tak tahu. Chait.
“Tensyen betul.
Nyte!”
“Nyte. Tidur tu
jangan kerut muka sayang.”
Jim mengingatkan
Sophia. Sophia mendengus.
“Shh, diamlah.
Tidur.”
“I nak nyanyi lagu
boleh?”
Jim sakat. Sophia
malas menjawab dah. Mata sangat mengantuk, sebab penat. Semalam pun tak tidur.
Dan, sedar-sedar,
Sophia sudah terlena. Jim pun turut terlena di dalam biliknya sendiri. Out of
universe betul mereka ni. Kahwin lah cepat-cepat, ini tidak, tidur pun nak kena
sumbat telinga sebab nak dengar snoring masing-masing. Euh!.
*The end*
P/s : You who believe! some of your wives and children are an enemy to you, so
be wary of them.But if you pardon and exonerate and
forgive,Allah is Ever-Forgiving, Most Merciful. (Surat
At-Taghabun, 14)
P/s/s :To forgive is the highest, most beautiful form
of love. In return, you will receive untold peace and happiness.
Robert Muller
Robert Muller
[ Kalau tak masuk
akal, mengarut je lebih, flow tak best,,,sorry. This one is a bit of a rush. Hehe.
Cerita tak best pun sorry. Tajuk tak masuk ngan cerita pun sorry tau!!! =P ]
Abang Jim ai sangat sweet walaupun creepy bila dia tayang pistol dia tu :p hahaha! by anyway, I love it! :D
ReplyDeleteYehaa! Sifu apporoves, nak buat moon-walk dance!
ReplyDelete*but -.- typo. hahaha! moon-walk dance? dipersilakan :p
ReplyDeletebest :)
ReplyDeletebest! sempoi! :D
ReplyDeletesweeeeeeeeeeet!
ReplyDeletesweeeeeeeeeeet!
ReplyDeleteBest n sweet sgt......
ReplyDeleteBest n sweet sgt......
ReplyDeletenak request for special entry yg sophia kawin boleh ? ;)
ReplyDeleteazila, hurm, inshaAllah after cerpen cik kiah. tengok dulu k
ReplyDeleteNk... SE leh....best sgt cite nie,...
ReplyDeletesweet sngt...hehehe...kak,smbng la lg kisah pia dgn jim...
ReplyDeleteActually baca cerpen ni kat Penulisan2u but tak boleh komen *lap air mata.
ReplyDeleteHaha , btw...Best cerpen akak ni haa. Idea unik ja. Sweet sangat bambam dengan baby. at the same time geli pun ada gak haha. Apa pun , keep it up !
Fuhyooo...best seh! ;D
ReplyDeleteComelll gileeerrr -arilia-
ReplyDeleteShamien..kat atas tu brandon routh kan?? 😍
ReplyDeletecerpen nie sweet kelakar n pengajaran.. suka..
ReplyDelete