“You...lain sangat dari Marsha.”
Komen jejaka yang tidak-diketahui-namanya itu menjengah
telinga Maria. Giliran Maria untuk menyilangkan tangan ke dadanya.
Cotton dress putih paras lutut serta hoodies biru berbunga halus yang
dipakainya tika itu gagal untuk mempamerkan ‘kebengisan’ yang diingini. Tapi
nak buat macam mana. Marsha telefon dia last
minute, cakap yang dia perlukan bantuan untuk membuat persiapan
perkahwinannya.
Kebetulan
pula Maria memang tidak ke mana-mana. Dia berada di stor rumah, sedang
menyiapkan sebuah lukisan impressionis untuk dijadikan hadiah perkahwinan
Marsha. Apabila Marsha cakap yang sepupu Gabriel akan sampai dalam masa 10
minit, dia terus mencapai baju yang mula-mula dia nampak.
“Err...I’m Zehn. Sepupu Gabe.” Zehn terus
mengubah topik apabila wanita di hadapannya itu bertindak seakan-akan ingin
menelannya hidup-hidup.
Pelik
betul kembar Marsha ni. Tadi masa aku buka tingkap, dia seakan terpukau. Bila
aku keluar kereta, dia macam marah. Did I
say something wrongly?Zehn tertanya-tanya.
“I lain
sebab I bukan Marsha. DNA saja yang sama, selebihnya masing-masing punya hal
lah...” Serius, Maria berkata.
Dia
tidak suka bila orang cuba hendak point
out the obvious. Tak dak pekdah!
Zehn
tersenyum mendengar jawapan sinis Maria. Kemudian, entah kenapa dia jadi berani
sangat...telunjuknya dijatuhkan ke pipi Maria yang mempunyai secalit warna
merah.
Pipi
Maria itu dicuit sedikit, namun warna tersebut tidak mahu hilang.
Maria
terkejut dengan tindakan berani Zehn.
Hello!
Main sentuh-sentuh ni kenapa?
“Ada cat
kat pipi you. Itu yang lain. Marsha yang I kenal, make up dia flawless. But you don’t wear make ups, you wore
acrylic instead.”
Zehn
memberi penjelasan, yang diakhiri dengan tawa kecil. Wajah Maria diperhatikan.
Berbanding
dengan Marsha, raut Maria sedikit keanak-anakan, menjadikan Maria tampil lebih
muda daripada Marsha.
Maria
pula, setelah tahu yang pipi dia tercalit cat, terus menggenyeh tempat yang
disentuh Zehn tadi. Dengan selamba, badan Zehn ditolak dan dia menunduk untuk
menilik pipinya pada cermin sisi.
Kebetulan
pula, waktu itulah juga ada angin nak tiup. Sebelum sempat Maria berbuat
apa...kainnya sudah terselak lantas menampakkan apa yang tidak patut dilihat
Zehn.
Wajah
Maria menjadi semakin merah, dengan lehernya sekali.
Dia
menegak dan merenung ke arah Zehn. Lelaki itu sedang berdeham dan tangan
kirinya menggaru belakang tengkuk.
“Did you see...”
“Nope. I saw nothing.”Zehn cepat-cepat memotong pertanyaan Maria.Namun, hujung
telinga serta pipinya sedikit merah berbanding tadi.
Renungan
Maria semakin tajam. Mata dikecilkan ke arah Zehn yang sedaya upaya cuba
mengelak dari memandangnya.
He definitely saw it!
I SAW IT!
Zehn terus mengalihkan pandangannya pada punggung Maria.
Kenapalah Maria pergi tonggeng macam tu? She’s
bloody oblivious!
Sekilas
dia ternampak kain lace merah jambu
yang bukan sebahagian dari dress
putih Maria itu, dia terus mengalihkan pandangnnya ke tempat lain.
Damn...
Zehn...think of something different from that
perfect behind! Think paperworks, think charts...think...pink undergarments...
Pink lacey undergarments...
Tangannya
naik ke belakang kepala. Nafas ditarik dalam-dalam. Mata dipejam sekejap, sebelum
kembali dibuka. Apabila dibuka, terpandang pula renungan maut yang disalurkan
dari Maria.
She saw me looking at her...
Shit!
Riak
wajah Maria tika itu sukar ditafsir. Dari tona warna wajahnya yang sudah
menjadi merah, sudah tentu wanita itu sedang menahan malu.
Zehn
menggigit bibir bawah.Awkward much...
“Did you see...”
Zehn
sudah dapat agak apa yang ingin ditanya Maria. Sebagai seorang lelaki yang
boleh tahan budiman, dia cepat-cepat menggeleng kepala sambil menjawab, “Nope. I saw nothing.”
Lying through your teeth now, Zehn?
Suara hatinya menegur. Zehn menyepak dirinya secara mental.
Diamlah!
Zehn berdeham
lagi.Kaki melangkah ke pintu sebelah penumpang. Pintu dibuka untuk Maria.
“Masuk,
Mar. Diaorang tunggu kita ni.”
Tanpa
kata, Maria membolos ke dalam kereta. Pintu ditutup oleh Zehn. Sebelum Zehn
masuk, sempat Maria menarik nafas panjang-panjang.
Oh boy, this is going to be a looooong
ride...be still, my beating heart...ujarnya di dalam hati.
Zehn
Handerson.
Sepupu
Gabriel si muka ketat.
Seorang gentleman yang sanggup menipu agar
maruah perempuan bernama Maria masih terjaga.
Dan dia
juga seorang yang kacak, kaya dan berkarisma. 3Ks.
Kenapalah
Marsha tak pilih Zehn sahaja sebagai calon suami?
Kenapa mesti si Devil’s Incarnate yang bernama Gabriel
itu juga yang menjadi sasaran untuk kakaknya jatuh cinta?
“Set?”
Zehn yang baru masuk ke dalam kereta menoleh ke arah
Maria yang seakan-akan hanyut memikirkan sesuatu.
Fikirkan
apa tu sampai bermuncung itik bagai?
“Earth to Mar...”
Maria
tersedar dari fikirannya. Zehn yang sedang memerhatikannya, dipandang. Dalam
masa kurang daripada 15 minit dia kenal Zehn ni, sudah tiga kali dia memalukan
diri sendiri.
What is wrong with you, Maria Hannan?
“Cara
you fikir, Einstein pun boleh kalah, Mar. I panggil banyak kali baru nak sedar.
Betul Marsha cakap, you mudah masuk ke dalam dunia sendiri.”
Zehn
mula membuka cerita. Tangannya menekan suis radio. Suara The Monotones dengan
lagu Book of Love mengisi segenap
ruangan di dalam R8 tersebut.
“Marsha
cerita pasal I?” Maria mula mengorek maklumat.
Zehn sekadar mengangguk kemudian dia tergelak kecil.
Apa yang lucu pun
Maria tidak tahu.
“Gosh...don’t you just love this song, Mar?
I boleh tiru sebijik suara korus dia.” Pandai Zehn mengalih topik.
Kening Maria nyaris
bercantum menjadi satu. Zehn ni tengah high
ke apa? Seriau pula aku. Detik Maria di dalam hati.
Zehn mula mengetuk stereng,
mengikut rentak lagu tersebut.
“Here it is...here it is...” suara teruja
Zehn mencuit urat geli Maria. Hujung bibir Maria ternaik sedikit.
Lawak pun ada
tengok Zehn ni. Beberapa saat kemudian, tawa Maria meletus.
Zehn...menyanyi...lagu
yang paling dorky!
“Chapter One says to love heerrrr...you
lov’er with all your hearttt...Chapter Two you tell herrrr...you never ne’er
ne’er ever gonna part...”
Muka sehabis
‘layan’ ditayang oleh Zehn tika itu, lagilah Maria ketawa besar. Segala awkwardness ditolak ke tepi. Yang pasti,
Zehn dan Gabriel adalah dua kutub yang berbeza. Gabriel jenis serius dalam
semua perkaran, manakala Zehn...Zehn knows
to crack a joke! Walaupun dia memalukan dirinya sendiri, tapi Zehn tidak
kisah langsung!
“In Chapter Three
remember, the meaning of romaaaance...In Chapter Four you break up, but you
give her just one more chance!”
Mendengarkan Maria
ketawa, Zehn melepaskan nafas lega. Ice
breaking session, done!
Wajah Maria yang
merah dek banyak gelak itu dipandang dengan perasaan puas.
“Satu nasihat I
pada you, Zehn...” Maria memulakan bicara apabila sudah puas mengetawakan
lelaki yang sungguh spontan itu.
“Kejap-kejap...”
Zehn mengangkat
tangannya suruh Maria berhenti dari bercakap. Lagu belum habis ni...dahlah
bahagian paling best!
“I...wonder whooooo...who wrote the Book of
Loveeeeee!” Setelah selesai sesi menyalak secara spontan di dalam kereta,
Zehn kembali memberikan perhatiannya kepada Maria.
Senyuman tidak
lekang dari bibir Maria. Zehn juga menarik senyuman 700MegaWattnya.
“Was I great, Mar?” Zehn bertanya sambil
tangannya memberi signal untuk membelok.
Padahnya, Maria
menampar bahunya.
“You memang gila ke
hari ni special occasion?That antique
song is damn hilarious lah!”
“Special occasion for a girl named Maria.It’s a good way to break the ice
though...gotta admit that, Mar.”
“You lah
satu-satunya manusia yang berjaya buat I gelak macam orang gila. Kita baru
kenal dalam masa 15 minit kut! I’m
impressed.”
“We have the ‘zing’, Mar. You pasti you
kembar Marsha? Entah-entah you pun kembar I...kita terpisah waktu kecil ke, apa
ke...” Zehn kembali hendak merapu.
Maria sekadar
menggeleng kepala. Masih tersenyum lebar.
“You are a funny guy...”
“Marsha takkan
percaya kalau you cakap macam tu depan dia. Abang bos dia, tanya dia Abang
macam mana.”
Abang?
Maria memandang
tingkap. Bibirnya digigit.
“Abang
tua pada Mar, dan Mar tak kerja dengan Abang, so you are allowed to adress me so.Lagipun, adik abang baya Mar...”
Maria
mengangguk tanda faham. Seronok juga dapat abang. Kalaulah Zehn ni yang menjadi
abang ipar dia, lagi dia seronok.
Tapi
masalahnya, Gabriel tu juga yang berkenan dengan Marsha.
“Jangan
rasa tak selesa dengan Abang tau, Mar. Abang buat perangai gila-gila ni dengan
orang yang abang selesa sahaja. You
happen to be one of them. You make me feel like doing some crazy things...macam
tadi. Mar pun, bila dengan Abang...just
be yourself,okay. We are awesome
being ourselves.”
Apabila
Zehn senyum, kedua-dua belah pipinya mempamerkan lesung pipit. Kecacatan yang
turut menyumbang kepada kekacakannya.
Maria
mengangguk laju. Dia setuju sangat dengan kata-kata Zehn. Dia selesa menjadi
dirinya sendiri, dirinya yang bebas bersuara, bebas untuk mengejar apa sahaja
yang diidamkannya.
Dan dia
rasa bertuah kerana dipertemukan dengan Zehn yang turut mempunyai kefahaman
yang serupa dengannya.
...bersambung
=)
So sweet.
ReplyDeleteI loike... :)
ReplyDeletewow tak sgka ada juga org yg leh buat mar ketawa..good2
ReplyDeletei luv u zehn....ohwwwww.....o..o...kikiki
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteBest nye
ReplyDeleteThumbs up for the writer 👍👍👍👍
ReplyDeleteThumbs up for the writer 👍👍👍👍
ReplyDeleteWhen to update???
ReplyDeleteWhen to update??? Seriously, been waiting for ages... :'(
ReplyDelete