Saturday, March 5, 2011
I'm A lady 15
Isya dengan selamba duduk di atas meja kerja Farisy. Farisy menolak sedikit kerusi kulitnya ke belakang. Dia menjauhi Isya yang seakan-akan tengah menggodanya.
“Hey abang kacak, please tell me the reasons behind the way you act before.Please...”
Isya merayu. Mukanya ditarik untuk meraih simpati dan juga perhatian daripada Farisy.
Farisy masih lagi dengan wajah toyanya, langsung tidak termakan dengan lagak manja dan menggoda Isya itu. Ya, gadis itu sudah benar-benar menjadi gadis. Tiada lagi tomboynya, memang 8 tahun cukup untuk mengubah Isya menjadi seorang wanita. Tanpa sesiapa sedari, Farisy Ikhwan tersenyum mekar dalam hatinya. Tak sia-sia dia tinggalkan Isya dahulu. Sekarang Isya dah ada di hadapannya, haruskah dia meneruskan lakonannya?
“Tak payahla...I’m not in the mood to tell you. Dah, you keluar...I got a lot of work to be done!”
Farisy cuba mengeraskan suaranya. Dia mahu melihat sehingga mana Isya ingin memujuknya.
Isya menarik mukanya, tak berpuas hati dengan arahan Farisy tadi.
“Isya tak mahu tinggalkan ofis ni selagi Ikh tak jelaskan apa yang
patut.”
Selamba Isya mematahkan kata-kata Risy tadi. Kakinya yang tersarung Jimmy Choo setinggi 4 inci itu disilangkan, lantas menampakkan betisnya yang outih melepak. Mata Farisy menyorot ke arah kawasan yang terdedah itu namun cepat-cepat dialihnya ke wajah Isya.
Sabar Risy, kau uji dia sikit aje lagi, tengok benar ke dia ni bersungguh-sungguh nakkan kau. Risy akur dengan suara hatinya. Dia pelu sabar.
“Fine! It’s either you leave, or me...it doesn’t matter!”
Ujar Risy sebelum bangkit dari kerusi kulitnya itu. Dia menyarungkan kotnya lalu ingin berlalu. Namun, Isya lebih tangkas.
Tangan halus Isya pantas menggenggam tali leher Farisy lantas menghalang Farisy dari berlalu. Isya tersenyum sinis ke arah Risy.
“Ikh sayang...apa yang you nak I buat supaya you cakap kenapa you buat macam tu dulu?”
Tanya Isya dengan lenggok menggoda. Dia merapatkan tubuhnya kepada tubuh sasa Farisy. Farisy tergelak halus. Dia menikam tepat mata Isya.
“You tahu satu perkara aje yang you boleh buat kalau you nak I cakap,kan? Takkan you dah lupa, Isya?”
Farisy menjawab soalan Isya tadi dengan soalan juga. Isya mengerutkan dahinya...dia cuba ingat apa yang dimaksudkan Farisy itu.
“Oklah, you fikir habis-habis, I nak keluar!”
Farisy menolak pintu ofisnya. Dia menapak ke arah lif. Tanda anak panah turun ditekannya. Haih, lambat pula lif ni hari ni! Rungut hati kecil Farisy.
“Adik! Kalau nak Ikh cakap, Adik kena kahwin dengan Ikh dulu, amacam?”
Isya memetik jarinya. Kunci kepada jawapannya adalah pernikahan, haha...ironi betul, memang itulah sebab dia menjejak Risy sehingga US, dia nak ajak Risy kahwin kerana dia menyedari yang dia mencintai Risy. 8 tahun cukup mengajarnya cinta.
“Owh, so...Farisy Ikhwan, kau tak merajuk sebenarnya, kau sengaja beri aku ruang selama ni...hahaha...how cunning!”
Kata Isya sendirian sebelum memaut beg angannya dan mengejar Risy tadi. Apabila dia keluar bilik Risy, dia melihat Risy yang masih tercegat di hadapan pintu lif. Senyuman yang lebar serta manis sudah terukir pada wajahnya. Dengan yakinnya dia menghayunkan langkah ke arah Risy.
Bahu risy ditepuknya. Risy yang tadi leka dengan Blackberrynya berpaling memandang orang yang menepuk bahunya tadi.
“Ikh...satu cara aje yang I ingat yang mampu membuka mulut you...”
Ujar Isya sebelum dia melutut di hadapan Farisy. Farisy nyaris-nyaris ternganga dengan reaksi spontan Isya itu.
Apakes minah ni melutut kat depan aku ni? Hati Farisy tertanya-tanya. Dia hanya menunggu reaksi Isya yang seterusnya dengan seribu kesabaran.
Farisy hampir-hampir pitam apabila Isya mengekuarkan kotak berbentuk segi empat dan berwarna biru bersalut perak dari handbag LV nya.
Isya membuka kotak itu sambil mengenyitkan matanya ke arah Farisy. Farisy menelan air liurnya.
Isya menyuakan kotak tersebut yang sudah terbuka itu ke arah Farisy. Farisy membatu di tempatnya.
“I love you Mr Farisy Ikhwan...be my groom and take me as your wife?”
Isya bertanya kepada Farisy. Lantaklah orang nak gelarkan dia ni perigi mencari timba ke, muka tak malu ke... asalkan hidupnya bahagia dengan kehadiran Farisy dah cukup. Kalau Farisy tak mahu melamarnya, dia yang melamar Farisy, dan itulah yang sedang dilakukannya sekarang.
Hati Isya yang berbunga tadi terus melayu apabila melihat Risy yang menggelengkan kepalanya itu.
Takpe Isya, try and try again. Usaha tangga kejayaan. Caiyok!
Isya memberi semangat kepada dirinya sendiri. Dia mendongak untuk memandang wajah serius Farisy itu.
“Hey Ikh...I dont come this far to hear you say no to me!”
Isya menegaskan sedikit suaranya. Farisy masih lagi bermuka toya. Dia kemudiannya tersengih.
“When did I say no? I hanya gelengkan kepala...Get up, Missy!”
Ujar Farisy setenang mungkin dan dia kemudiannya menarik Isya bangun dari melutut tadi. Kotak di tangan Isya dirampasnya dan sesaat kemudian, dia yang melutut di hadapan Isya.
Kali ini, giliran Isya pula yang terkejut.
“Now this is the right way! Isya, will you marry me? Kahwin dengan saya?”
Isya yang tadi terkejut menarik senyuman pada wajahnya. Dia mengangguk dan menghulurkan jarinya ke arah Farisy. Farisy menyarungkan cincin platinum itu ke jari Isya manakala Isya menyarungkan cincin silver yang turut mempunyai corak sama ke jari Farisy.
Tiba-tiba telefon Farisy berbunyi. Farisy mengangkatnya.
“Amacam brader? Adik aku dah lamar kau?”
Farisy memandang Isya sambill telinganya mendengar soalan Firhan.
“Kau sediakan kereta nak jemput aku dan Isya kat KLIA esok. Bye!”
Kata Risy dengan ringkas. Dia kembali menyimpan telefonnya ke dalam kocek seluarnya.
“Nelly, book two tickets to Malaysia tomorrow. And do inform my father about what you saw just now...I wanna...spend some time with this little brat! Bye...”
Kata Farisy sambil menarik tangan Isya ke dalam lif yang sudah terbuka itu. Nelly hanya mengangguk dengan arahan bosnya itu.
Isya hanya memandang tangannya yang masih digenggam Farisy itu. Hatinya bahagia, sungguh...8 tahun telah mengajarnya betapa dia mencintai Farisy, dan juga terima kasih kepada abangnya dan Kazz yang memberitahu kebenaran yang selama ini dia berasa kabur.
***
“Adik...kenapa adik ni? Opah pesan jangan main kat situ...”
Mike melarang Isya yang tengah enjoy bemain dalam belukar itu. Namun Isya mengendahkannya, semakin galak budak Isya itu bermain di sana. Tiba-tiba Isya menjerit.
“Awak,awak...sinilah...tengok ni, ada apa kat kaki saya ni?”
Isya merengek kepada Kazz. Kazz menghampiri Isya yang menangis itu.
“Owh, ni lintah ajelah. Opah kan dah cakap kat Adik jangan main kat kawasan ni! Adik ni degil tau!”
Kazz meninggikan sedikit suaranya kepada Isya. Isya semakin gerun.
“Janganlah marah Isya, Abang Mike tahukan Isya sayangkan abang! Bencilah macam ni! Tak mahu kawan dengan abang! Kalau dengan Ikh, abang tak pernah marah!”
Isya membentak. Kakinya diangkat sedikit dan dia mencabut lintah tadi. Darah mengalir dari lukanya itu. Isya laju menapak ke puncak air terjun itu. Matanya menangkap kelibat Farisy ikhwan yang turut berada di dalam air terjun itu. Seronok melayan kesejukan air itu.
Isya mendengus. Dia sedar yang Kazz sudah berada di belakangnya itu.
Tiba-tiba mindanya kembali teringat peristiwa pada petang semalam, di mana Ikh kata dia juga sukakan Isya. Namun Isya tak faham kenapa kalau Ikh sukakan dirinya, diri Isya dilayan Ikh seperti tak berperasaan sebelum ini? Dan betulkah aku sukakan Mike? Isya turut keliru dengan perasaannya.
Dia tahu Mike tak sayangkannya seperti dirinya sayangkan Mike, namun sekarang, entah mengapa dia juga turut rasakan yang dia sayangkan sepupunya seorang lagi yang banyak menyakitkan hatinya, siapa lagi kalau bukan Ikh!
“Adik, jangan dekat sangat dengan batu tu, nanti jatuh.”
Kazz memberi amaran kepada Isya. Isya masih menjuntaikan kakinya tanpa mengiraukan teguran Kazz tadi. Memang dia degil.
“Adik sayangkan abang...”
Isya berkata-kata. Dia memandang Kazz yang sudah mencangkung di tepinya. Wajah risau Kazz dipandangnya.
“Abang pun sayangkan adik...”
Kazz berkata-kata kembali. Dia cuba untuk tersenyum ke arah sepupu tirinya itu. Isya mengeluh. Dia kembali menalakan pandangan ke arah air terjun itu. Kelibat Farisy sudah tak kelihatan. Dia kemudiannya menoleh ke arah daratan. Kelihatan Farisy yang basah kuyup itu sedang menyarungkan bajunya yang masih kering itu.
“Abang sayangkan adik, tapi tak sebanyak kasih sayang abang terhadap Ikh, kan?”
Isya bertanya senada. Kazz menelan liurnya. Memang betul apa yang Isya kata itu. Ikh datang dulu barulah Isya.
“Adik, Mike sayang adik, sama macam Mike sayang Ikh. Tak lebih, tak kurang!”
Isya mencebik bibirnya. Nampak sangat Kazz tipu. Kazz selalu lebihkan Ikh.
“Adik nak awak sayang adik lebih dari Ikh!”
Isya menuturkan ayat itu dengan tegas. Kazz rasa amarah menyerbu dirinya.
“Adik ni perempuan! Mana boleh nak sayang lebih-lebih! Nanti kita kena kahwin! Mike tak nak kahwin dengan Adik! Adik hanya sepupu tiri Mike, tak lebih tak kurang! Adik faham tak? Dahlah, Adik nangis kalau nak nangis pun! Mike tak heran, sebab Mike sayangkan Ikh sama banyak dengan Mike sayangkan Adik!”
Kazz juga terkejut dengan dirinya yang telah menengking Isya itu. Isya tersenyum sinis.
“Tengok, betulkan? Dengan Ikh, awak tak rajin tinggikan suara. Perempuan? Adik memang perempuan tapi gaya adik semuanya macam lelaki! Tak boleh ke? Kenapa Mike selalu macam bagi harapan kat adik walhal Mike benci?”
Entah bagaimana Isya boleh terkeluar soalan itu. Mike mengeluh dan meraup wajahnya.
“Adik...dengar sini, sebenarnya, Ikh tu tak sejahat yang adik sangka, dia amat sayangkan adik. Dia sayangkan adik lebih dari Mike. Mike tak mahu nanti Ikh kecewa sebab dia ingat Mike nak rampas adik. Adik kena faham, Ikh tu tak tahu macam mana nak tunjukkan kasih sayang dia, dia dah terbiasa dengan sifat kasar adik ni.”
Ujar Kazz. Isya hanya setia mendengar. Benarkah Ikh sayangkan dia? Takkanlah Mike nak tipu? Selama ni dia tak pernah lagi tipu aku. Isya berteka-teki. Dia kembali menoleh ke sisinya. Kelibat Kazz sudah tiada di tepinya. Isya menoleh ke belakang, dia melihat Kazz yang sudah berlalu itu.
Isya bangun dan menjerit.
“Abang, Isya sayang abang!!”
Dan sebelum dia sempat habiskan ayatnya, dia tergelincir jatuh dari batu besar yang berlumut itu.
‘Isya sayangkan abang sebagai satu lagi abang Isya selain abang Jimmie dan Firhan.’
'splash'
Dan dirinya terhempas ke dalam air. Dia dapat dengar suara Ikh menjerit memberitahu Kazz tentang dirinya yang terjatuh itu.
***
“Eherm...”
Deheman suara Farisy mengembalikannya ke alam realiti. Isya menunduk. Kali ini memang dia malu, tadi sehabis daya dia tebalkan muka melamar anak teruna orang dan sekarang sekali lagi dia termalu apabila mengelamun di dalam lif.
“I hantar you balik hotel, kemas barang-barang and ikut I balik rumah, you need to meet my father. Or...should I say, your father in-law to be?”
Wajah Isya sudah memerah. Farisy pula semakin galak menyakat Isya, memang Isya di hadapannya ini sudah berubah. Tiada lagi Isya yang dikenalinya 8 tahun lalu yang menyamar menjadi wanita kerana takutkan kamera DSLRnya itu. Apabila ingatkan balik, agak berbaloi mereka terpisah selama ini, sesungguhnya, kasih Farisy terhadap Isya sudah menjadi berlipat ganda, cuma dia mahu Isya yang luahkannya dahulu.
Pintu lif terbuka. Isya melangkah dahulu, sesungguhnya dia tak mahu Farisy melihat wajahnya yang ibarat udang kena salai ni.
Namun, Farisy merentap tangan Isya, mengakibatkan Isya terpusing dan tubuh mereka melekat dengan satu sama lain.
Farisy tersenyum ikhlas. Wajah ini yang dirinduinya, muka Isya ditatapnya tanpa kelip.
“I love you too...”
Farisy membisikkan kata-kata itu ke telinga Isya. Isya tersenyum lebar.
Tak sabar dia ingin menjalani hidup sebagai isteri kepada lelaki yang setia kepadanya selama ini.
Mereka berdua keluar dari bangunan itu berpimpinan tangan. Memang mereka bahagia, segalanya selama ini membuahkan hasil, taida yang tersia begitu sahaja.
*****
1 - 2 eps saje lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wow. org first comen.. best sangat! aha. dah terbalik pulak isya yang tackle farish. suwit sangat!
ReplyDeleteohhhhhhh....
ReplyDeleteso sweet..
awin : u make me smile..
trsngih je bace dr awl smpai abiz..
^______^
sweetnya risy....
ReplyDeleteawin..tu br lain dr yg lain..hehe
ReplyDeletealaaa........kan dah cakap awin mesti gmpak laa......cunnnn
ReplyDeletenext kasi power lagi ekkkkk
Suka Risy! ♥
ReplyDeleteNice... Tq for this en3...
ReplyDeletesweet specially part isya lamar risy tu. cam citer industan kat tv. tangkap leleh woo. :')
ReplyDeleteneway nak pronounce Risy tu as 'Risi' or 'Rish'? Hehe.
hahaha...thank god u ollz suka...awin taip ni mase tgh tersengguk-sengguk tau...tobat ngantuk gila semalam!
ReplyDeleteAcik: sebutan dia Rish...hahhaa
yaa~~ daku suka! daku suka! (sambil t'lompat² laksana kera) hehe...
ReplyDeletenice one!