6 BULAN BERLALU...
DEAR DIARIE,
Hari ni dah genap 9 bulan aku mengusung baby ni dalam rahim...hmm...tak sabar rasanya...Abang Luth scan hari tue, dia kata kemungkinan besar aku dapat baby girl...syukur...
Abang Luth pun bahagia sekarang...ya lah...Kak Reyhan dah pregnant pun...akhirnya...dapat jugak aku anak saudara...
Sepanjang aku duduk dengan Abang Luth, memang mereka berdua melayan aku sebaik mungkin...segan pula aku rasakan...
Hmmph...baby aku ni pulak...memang nakal! Sebijik macam Zariel dulu...asyik-asyik nak tendang...semput aku! Talking about Zariel, Ya Allah...rindunya aku kat dia...aku dah belajar terima kenyataan...biarlah Myra sahaja yang menjadi mamanya...tapi Zariel, mama tetap sayang anak mama! I miss you so much...
Ana dah lama hilang diari, sekarang aku adalah LEA, aku nekad untuk melangkah ke hadapan...meninggalkan segala kepahitan...
Diari,
Aku mendoakan biarlah Zafran bahagia di samping Myra...aku cuba memaafkan kekhilafan dirinya...tapi...parut luka semalam masih dalam...aku redha dengan ujian ini!
Aku harap, Myra dapat membimbing dan mendidik Zariel supaya menjadi anak berguna
To Zafran, I will keep loving you until God says so!
Lea Dayana...
Diari hitam itu aku tutup. Kak Reyhan muncul di sebalik pintu.Aku tersenyum ke arahnya.
"Hai adik kakak! Macam mana hari nie? Jadi ke tak nak cari barang baby?"
Aku memandangnya.
"Jadi la kak...kan dah janji dengan Abang tadi..."
Reyhan hanya mengangguk. Telefon Reyhan berbunyi, menandakan ada mesej masuk. Reyhan membaca mesej itu. Dia mencebik.
"Siapa kak?" tanyaku...
"hmmph...orang tua tu la...dia cakap, kita pergi dulu, jumpa kat IOI nanti...okeylah...jom bersiap, at least boleh layan B&R kat sana sambil tunggu dia..."
Aku tersenyum melihat gelagat orang-baru-mengandung kat depan aku ni.
"Apa senyum-senyum Lea? Bukan akak yang nak, baby Abang awak ni yang mintak!"
Reyhan membuat mimik muka garang. Lagila gelak sakan aku ni...
'Lea,Lea...kau memang tabah deq! Baru umur 21, dah macam-macam kau lalui...kalaulah akak yang ada di tempat kau...boleh gila agaknya...one day, you will own your happiness, deq! Tuhan itu Adil...'
Reyhan memuji Lea dalam hati.
"Jom akak,"...
*************
"Alaa kak, Lea tertinggal handphone dalam kereta la, mintak kunci...Lea nak pergi ambil kejap..."
Aku meminta kunci CR-V kak Reyhan.
"Nak akak teman tak? Awak tu dah sarat tau, Lea."
Kak Reyhan bertanya.Mungkin khuatir dengan keadaan aku ni.
"No worries akak! I will be fine...Keys please!!"
Aku mendesaknya...
"Akak kat B&R tau..."
Aku mengangguk, sebagai tanda faham!
Sampai aja kat parking lot, aku membuka kereta dan mengambil handphone aku. Semasa aku berpaling, aku telah dilanggar seseorang...nasib baik aku tidak jatuh...la...budak kecik rupanya...
"Mama?Mama!!!"
Budak itu memeluk aku erat. Aku turut memeluknya.
"Zariel...how are you? Rindu mama tak?...Mama rindu sesangat kat anak mama ni!"
Aku mengucup wajah yang polos itu...
"Mestilah Ayiel rindu kat...mama...Mummy kata mama dah tak sayang Ayiel sebab tulah mama tinggalkan papa dan Ayiel,"
Ya Allah...sampai hati Myra menghasut budak ni sebegitu rupa.
"Tak sayang, mama sayang sangat-sangat kat Zariel..."
Aku memperbetul prasangka tersebut...
"Laa...mama ni, kalau mama tak cakap pun Ayiel tau, yang mama sayangkan Zariel...I love you too mama!"
Petah betul Zariel berkata-kata. Sebijik ikut perangai Zafran...Zafran, di manakah dia? Begitu tegar dia membiarkan Zariel keseorangan di sini!...
"Zariel...get into the car now!"
Zariel yang sedang memeluk aku tersentak. Pelukan dilepaskan. Aku dapat lihat muka Zariel seakan mahu nangis.
"Ala papa ni, biar ajela Ayiel dengan mama! Papa ni kacaula."
Zariel merungut...
" I said NOW means NOW! Jangan degil!"
Aku cepat-cepat memberi no. telefon aku kepada Zariel...
Aku memeluknya lagi sekali...
"Jaga elok-elok no. fon mama, jangan sampai papa tahu, nanti Zariel telefon mama senyap-senyap yea...dah...pergi kat papa...dia dah marah tue!"
Aku melambai tangan ke arah Zariel...lega siket hati aku...
"Hei perempuan, kau jangan berani ye nak tunjuk muka kau depan aku!"
Selepas itu, dia menutup pintu keretanya...dan berlalu pergi...
'Aku pun tak ingin nak tengok muka kau Zafran, aku just nak jumpa anak aku! So, kau tak payah perasan lah!'
Aku memaksa hati aku untuk berkata-kata sedemikian...Aku perlu bergegas...dah janji dengan kak Reyhan ni!
Tiba-tiba, aku terasa basah...Oh tidak!
"Hello, Kak Rey? I think I`m having the baby now!"
Alahai comellah Zariel.
ReplyDeleteKesian dia...
Good Shamien, keep it up! ^_^
kiwi!!
ReplyDeletethx yea...
Good..
ReplyDelete