“Women are
made to be loved, not understood” - Oscar
Wilde
Dua tahun sudah berlalu, nak kata cepat, tak
cepat...nak kata lambat, tak lambat. Tapi, dah dua tahun iya dia hidup berdua
dengan jembalang tanah tu? Macam mana dia boleh tahan? Sumpah, dia tak faham
macam mana dia boleh tolerate dengan
perangai si isteri itu. Fikirannya menerawang jauh. Peristiwa dua tahun lepas
kembali menconteng layar pemikirannya. Calon isteri yang baik ditolak jauh,
wanita yang perangai macam kaki kikis juga yang dia berkenan untuk dijadikan
isteri.
“Karl...you memang tak nak bagi peluang ke untuk
kita dua?” Cik setiausaha sudah bersuara. Karl mengeluh berat. Wajah Sabrina
dipandang sambil tersenyum tawar.
“Sab...I’ve told you since the beginning. Saya
tak akan sesekali jalinkan hubungan dengan pekerja saya.” katanya sambil
memerhatikan wajah cik setiausaha yang sudah kelihatan muram. Sabrina
mengangguk ringan.
Hatinya
luluh mendengar ayat Encik bos yang ibarat sembilu itu. Salahkah kalau Karl
bagi peluang untuk cambahkan cinta mereka?
“Karl...awak...saya
sanggup letak jawatan. Saya sayangkan awak lebih dari seorang kawan, lebih
daripada seorang setiausaha...” Sabrina cuba memujuk si pujaan hati.
Karl
menggeleng keras. Bibirnya diketap, kejap. Mata menikam mata Sabrina, tajam.
Nafasnya ditarik dalam-dalam. Kalau ikutkan hati, dia pun sukakan Sabrina.
Namun, dia masih berpegang pada prinsipnya, work
before love.
“Sab,
jangan macam tu. Saya tak mahu kehilangan one
great secretary, no one is fit to
replace you here, okay? Jangan letak jawatan.”
“Tapi...I love you, Karl.”
“Love comes and goes, Sabrina. Awak akan
jumpa seseorang lagi hebat pada saya. Saya pun dah propose Zandra...I’m marrying
her.” Karl memaklumkan Sabrina dengan tenang.
Sab
terlopong.What? Zandra? Kenapa lelaki
tak pandang perempuan ayu macam aku ni? Kenapa dorang semua nak stok model,
stok first class bitch? Istilah gadis
melayu terakhir tu dah lupus ke dari bumi Malaysia ni? Oh Karl...sampai hati
kau. Kalau kau kahwin dengan orang lain pun aku rela, tapi bukan si Zandra tu!
“Zandra?
I thought you do not love her?” Sab
bertanya juga akhirnya. Sungguh, hatinya pedih, namun tahap profesional harus
dipertahankan.
Karl
tersenyum hambar. Dia mengenyitkan matanya kepada Sabrina. Kerusi yang didudukinya
itu dipusing-pusing.
“I don’t. Tapi dah tiba masa untuk saya
kahwin, Zandra is the only person that
wants a marriage.”
“Tapi
saya?”
“You? You will stay as my most awesome, creme
de la creme, number one secretary...”
Karl masih dalam nada tenangnya. Kerusi dihentikan
dari berpusing. Dia bersandar sambil menala pula siling pejabatnya. Zandra...
“Okay
bos...apa-apa cari saya di luar,” ujar Sab sebelum berlalu keluar. Sumpah, dia
sudah tidak tahan membendung perasaan cintanya ini. Tetapi, apa yang dia boleh
buat? Cinta tak boleh dipaksa. Karl tidak mahukannya, sudah tiba masanya dia
mengundurkan diri dari kisah cinta tak berbalas ini. Semoga Karl berbahagia
dengan Zandra.
Karl dapat mendengar kesayuan dari
suara Sab itu. Namun, dia tak mampu buat apa-apa. Seorang lelaki yang kuat dan
teguh tidak akan sesekali lepaskan prinsip hidupnya hanya kerana nama cinta.
Karl bukan lalang, dia tidak akan mengikut arah angin bertiup. Cinta datang dan
pergi, jadi, dia tidak patut percaya sangat pada benda yang goyah seperti
cinta.
“Zandra...consider yourself lucky. Kenapa aku
pilih kau over Sabrina pun aku tak
faham...” kata Karl sambil menggelengkan kepalanya sendiri. Dia pun pening
dengan keputusan yang dia ambil ini.
|
|
Menarik...lagi awin.
ReplyDeleteOkay kakak. Tapi nk kna tgkus lumus lesson plan dulu
ReplyDeletebkn jodoh awk.sab.. cr jer yg lain..
ReplyDeleteSab akan keep tat in mind
Deletejalan cerita yang menarik....x sabar nk th cerita ni lagi....good luck writter
ReplyDeleteIlykit! Go awin go!
ReplyDelete^_^
Deletebest...
ReplyDeletesis bila nak sambung menunggu je cerita si zandra
ReplyDelete