Monday, February 28, 2011

I'm A Lady 13





“Joanne...kau makan tak sayur tu?”


Isya bertanya kepada Joanna. Keadaan dalam Dewan Selera pada masa itu agak gamat.


Joanna hanya menggelengkan kepalanya. Sayur bukan menjadi pilihan utamanya. 


Trauma dia memakan sayur. Pernah sekali ketika dia berumur 8 tahun dia tercekik kangkung. Memang selepas itu dia sudah serik makan sayur.


“Ameklah, hiii...tak ingin aku nak makan benda hijau ni... ambik,ambik!”

Isya menceduk sayur yang berada dalam tray Joanna. Kayla, Trisy, Aya dan June hanya memandang gelagat Joana dengan sebuah senyuman sinis.


“Kau ni Joan, bilalah hang nak makan sayur ni? Dah bosar bangka pun tak gheti-gheti nak makan sayuq, hang ni, hang tak tau ka dalam sayuq tu ada macam-macam jenih vitamin! Vitamin A, B, C, D, E, F, G, H.... sampai vitamin Z pun ada! Padan lah hang ni pendek! Tak cukup zat ghuponya!”


Tu dia! Bahasa ibunda Kayla dah kuaq! Eh, dah keluar.


Bukan senang nak dengar Kayla ni speaking utara tau. Sekali dalam bulan biru aja dapat dengar. 


Meja Isya dan Joana itu semakin gamat dengan gelak ketawa. Yelah, Kayla buat lawak. Mesti orang gelak punyalah. Si Kayla ni memang ratu lawak kat Aspuri tu.


“Kau ni Kayla, mana ada Vitamin Z. Yang kita belajar Vitamin ABCDE dan K ajelah. Pepandai kau aja kau nak tambah yea?”


Aya mencelah. Namun, nasi di dalam mulutnya masih dikunyah. 


Inilah namanya anak dara pak Uda yang tak senonoh. Orang habiskanlah nasi dalam mulut tu baru bercakap.


“Eyh, kau aja yang tak tahu, wujudlah Vitamin Z tu. Vitamin tu kita kasi kat orang gila aja. Ha, sebagai contoh, tu... sotong yang tak ada tulang belakang yang duk tergedik-gedik dengan geng gedik dia. Weh, weh...dia pandang kat arah kita lah!”


Zapp!


Enam kepala yang tengah syok mengisi perut dan berbual tadi berpaling memandang ke arah meja Melly. 


Paham-paham le, kalau cakap sotong yang tak ada tulang belakang tu mestilah Melly. The hottest gedik girl in the kolej!


“Weyh! Seksi gila bakal sepupu ipar aku tu yea? Damn!”


Isya berkata-kata. Semakin berselera dia makan. Hahaha, minah IS ni dah tak betul stesen ni. Terlebih hormon Testosterone dalam badan agaknya!


“Eyh! Daripada kau terima dia sebagai sepupu ipar kau, baik kau yang jadi bini Risy tu. Tak sanggup aku nak ada bakal sepupu ngan si gedik tu!”


Selamba Joana bertutur. Hubungannya dengan Firhan bukan lagi rahsia. Satu kolej dah heboh. 


Memang ramai juga peminat Firhan frust menonggeng dan terbaring, namun, nak buat macam mana, si Joana ni yang memang comel telah memukau hati Firhan tu. Tambah-tambah lagi bila dia pakai speks berbingkai hitam dia ni. Comel sangat!


“Ewyuuuuuuuhhhhh! Him? No lah! I tak sanggup tau! I tak gediikksss!”


Isya menjuihkan mulutnya dan membuat gaya gedik sedikit. Lagi gamat suasana di meja itu.


Suapan terakhir dihabiskannya. Kenyang perutnya hari ini.


Biarpun masakan Makcik Dewan selera ni tak sesedap masakan mamanya, namun, bagi Is cukuplah sekadar membekalkannya tenaga untuk dirinya berperang dengan rasa mengantuk ketika waktu prep malam nanti.


Isya mengangkat dulang dan gelas minumannya. Airnya masih berbaki separuh. 


Nak habis macam mana, pak cik yang kerja kat DS tu dah terlebih kaya, orang lain tengah catu gula, dia pergi banyakkan gula dalam minuman. 


Tahulah tauke DS ni kaya! Tapi kesihatan kena jaga jugak. Diabetes tu sesiapa sahaja boleh hidap tau! Tak semestinya orang yang tua sahaja, kanak-kanak pun ada yang kena.


“Ok gals, I nak cat walk dulu yea...shiaauuw!!”


Isya berjalan meninggalkan mejanya dengan lengang kangkung.


Para lelaki yang ada kat DS itu dah siap bersiul-siul apabila melihat lenggok Isya yang agak menggoda itu. Ye lah, malam ni Isya agak seksi, pakai baju polo putih saiz S, dan seluar jeans skinny. 


Tapi yang fail nya, kat kakinya tidak tersarung sebarang cheese and wedges, sneakers pun tak, Crocs? Lagilah tak. 


Isya hanya memakai selipar peninggalan Jepun. Sebelah warna putih dan sebelah lagi warna hitam. Ada stail gitu!


“Wawawawaaaaaaa...intan payung yang manis, mau pegi mana? Meh lah join patik-patik kacak berempat ini!”


Q sengaja menegur Isya yang kebetulan melintas meja mereka. Isya berhenti dan tersenyum ke arah Q.


“Oh, tuan hamba yang tak berapa kacak rupanya, patik mahu meletakkan dulang inilah tuan hamba. Di manakah seorang lagi ahli kumpulan tuan hamba ya?”


Isya turut bertanya dalam bahasa baku. Baku ke beku? Entahlah, tetapi, matanya tercari-cari kelibat Kazz, tak jumpa-jumpa. Manalah Kazz ni.


“Owh...Chazz Turee tu ke? La, mak cik DS ni pinjam dia nak buat perah dalam tom yam esok. Limau kasturi dah habis kat pasar, sebab tulah dia kena culik dengan mak cik DS ni.”


Isya sudah tergelak-gelak. Begitu juga dengan Lucky, K, Q, dan Bat. 


Lawak betullah, ada ke mereka mempersendakan nama Chazz macam tu. Kalau Kazz tahu mesti dia kecik hati. Gumam Isya dalam hati.


“Hey, tak baiklah kita main-main dengan nama dia.”


Ujar Isya. Mereka berempat itu berhenti gelak dan memandang Isya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Senyuman penuh makna tersungging pada wajah mereka.


“Aisy, IS, kau ada apa-apa ke dengan Kazz tu?”


Lucky yang selalunya memang straight-forward mangajukan soalan itu. Isya rasa seperti tercekik tulang ikan yang dia tertelan tadi. Soalan maut betul!


“Ah? Tak...Tak lah, aku kawan aje dengan dia”


Jawab Isya dengan tergagap-gagap. Mukanya terasa panas. Waaa...dia gelabah. 


Dia sendiri tak pasti apa yang dirasakannya, tetapi, kehadiran Kazz di sisinya membuatkan dia semakin bersemangat untuk menjadi seorang wanita kembali.


Dah berapa lama dia tak pakai pakaian lelaki. Dah hampir 3 bulan! 


Biarlah pada mulanya dia mahu mengelakkan diri dari ditangkap oleh lens DSLR Farisy, namun sekarang, memang dia sudah biasa untuk berbaju kurung dan memakai pakaian wanita.


“Ok lah korang, aku ciao dulu!”


Cepat-cepat Isya melarikan dirinya sebelum mereka mula untuk menggali hati Isya dengan lebih dalam. Bahaya betul!


Dalam kekalutan itu, Isya tak tersedar yang lantai ada air tumpah di lantai itu. Dan dengan hebatnya, Isya slide di atas lantai itu.


‘Clank! Keletung! Prang!’


Dulang Isya dan cawannya serta sudu dan garfu sudah melayang dan jatuh ke lantai.


Isya hilang keseimbangan badannya. Lagi dua inci dia mahu menghempap lantai, sepasang tangan gagah menariknya dari hadapan.


“Wowoowwo! Hati-hati dear!”


Kazz menarik Isya bangun. Memang dah macam superwoman Isya tadi, dia slide kalah orang ice skating!


“Fuhh, mujur you ada Kazz.”


Ucap Isya kelegaan. Mata-mata yang tadinya memandang ke arahnya sudah kembali menatap meja masing-masing. Sekejap aja dapat publisiti.


“Haha, biasalah, saya suka jadi hero.You are not hurt are you?”


Kazz merenung Isya dengan renungan yang begitu...membuatkan jantung Isya berdetak dua kali ganda laju. 


Muka Isya yang dah merah itu semakin merah apabila dia sedar akan renungan Kazz itu.


“I...I okay!”


Kata Isya dengan gabra.


Dia menunduk untuk memungut traynya yang jatuh tadi. Kazz juga melakukan yang sedemikian, tangan mereka tersentuh. Isya menoleh untuk memandang Kazz yang sedang tersenyum itu.


“WoooooWW!Pheewitt!”


Siapa lagi kalau bukan ahli kumpulan 5 bersaudara itu yang bersorak dan bersiul. 


Kazz dah tersenyum simpul. Isya semakin menggelabah. Budak Isya ni, memang tak immune dengan Kazz. Lelaki lain dia immune pula!


“Kazz oi! Nasi kau dah sejuk ni, meh makan!”


Bat menjerit dari mejanya. Kazz memandang tajam rakannya itu, seakan-akan menyuruhnya senyap.


Memang berhasil! Bat terus tersenyap apabila melihat renungan berbisa Kazz itu tadi.


“Kazz, I boleh handle, you pergi makan.”


Isya akhirnya bersuara. Suaranya dikawal supaya tidak terketar-ketar. Kuat benar penangan Kazz ke atas dirinya.


“Sure?”


Kazz bertanya. Matanya yang biru kehijauan itu menikam tepat mata Isya. Isya menunduk, tidak berani bertentangan mata dengan Kazz.


“Ya, I’m sure. Dah, pergi makan.”


Kata Isya sambil mengutip dulangnya. Kazz mengangguk. 


Bahu Isya detepuk senelum dirinya berlalu. Isya berjalan ke tempat letak dulang.


Dia dapat mendengar sorakan yang riuh, tak habis-habis mereka duk sakat Kazz!



***



“ISYA!”


Isya yang tengah syok duduk mengira forces in equlibrium itu berpaling kepada JJ yang memanggilnya tadi.


“Apa JJ?”


Isya melaung nama JJ.


Risy yang turut berada ditepinya itu menjelingnya seketika.


“Kaki ada, jalanlah kat JJ tu, nak juga dia terpekik kat sini, Loser!”


Isya yang sudah geram kepada JJ yang telah membantutkan jawapan dia tadi menjadi semakin terbakar apabila mendengar ejekan Risy itu.


Kerusinya ditolak dengan kasar ke belakang.


‘GDAEGAANGG’


Kerusi itu jatuh terbalik. Seluruh kelas memandang ke tempat Isya, memang diaorang tahu kalau Isya moody, haila...cermin tingkap pun boleh pecah rasanya.


JJ dah kecut perut memandang Isya yang masam mencuka itu.


“Apa dia?”


Isya bertanya dengan kening yang dikerutkan setelah dia tiba di hadapan meja JJ.


JJ sekadar menyuakan surat yang dia terima tadi.


“Ada junior kasi, dia kata dalam ni ada barang yang kau minta.”


Isya terus tersenyum apabila mendengar kata-kata JJ itu. Bagaimana dia boleh terlupa!


“Sorry JJ, aku moody jap! Thanks yea...”


Isha meminta maaf, dia salah kerana berkasar tadi.


“Aku cool je babe! Dah, pergi la sambung kerja kau!”


Kata JJ. Isha tersengih.


“Halau aku nampak?”


Isya mengusik JJ.


“Taklah...kau tu aje yang ganggu konsentrasi aku, aku nak tengok Juwita pun tak senang!”


Isya tersengih lebar.


Juwita, merupakan pujaan hati JJ ni.


“Pigidah kau ni, Juwita tu pun kau nak? Memang lelaki aim perempuan gedik ek?”


Isya membidas kawannya itu. Juwita merupakan salah seorang kipas susah mati Mellya.


“Bukan gedik beb, seksi! Hahaha...”


Selamba JJ menjawab. Isya dah menggelengkan kepalanya. 


Seksi meksi gak yang diorang nak? Haih, kalau aku pakai macam tu, agak-agak Kazz tergolek tak kat kaki aku? Gumam Isya dalam hati.


IS, apa kau mengarut ni? Gilakau beb! Dah jadi jiwa wanita yea kau ni? Isya ketawa dalam hatinya.


Matanya terjatuh pada raut wajah Kazz yang khusyuk melukis pelan di atas mejanya itu.


Oh my...kacaknya...


Isya memuji kekacakan Kazz. ISYA!!Snap out ! Kau ni dah sewel aku rasa! 

Suara dalam hati Isya membawanya ke alam realiti. Isya berlalu ke tempatnya. Dia terkejut apabila melihat Mellya yang sesuki aja menghuni tempat duduknya.


“Hmmhmm...”

Isya berdehem. 


Mellya memandangnya sekilas sebelum kembali menatap buku soalannya. Buat tak tahu aja minah gedik ni.


“Mana kerusi aku ni? Aku tak nampak lah? owh, padanlah...Mellya, tu tempat aku.”


Isya berkata senada.  Dia sempat menyidir lagi rupanya.


Faham-faham sendirilah, tempat masing-masing dah disediakan dalam kelas ni, janganlah menempel kat tempat orang!


“Eleh, kedekutlah kau ni, sabarlah...aku tanya honey aku ni soalan lah!”


Mellya menjawab dengan nada menengking. Isya dah menahan amarah di hati. 


Dia memandang Mellya seperti semut hitam. Kecik aja rasanya Mellya ketika itu, kalau dipenyet-penyet mesti mati punya.


“Aku dah mintak elok-elok! Tepi, aku nak sambung kerja aku!”


Isya menolak kasar Mellya sehingga dia terjatuh dari kerusi. 


Selamba Isya melabuhkan punggungnya di tempat duduknya dan Farmenyambung balik soalan yang tidak dijawabnya tadi. Farisy sudah mendengus kasar. Melly pula terjerit halus apabila dirinya terjatuh.


“Kau ni kenapa? Tak nampak ke aku tengah terangkan kat Mel soalan tu? Tolak ansurlah sikit!”


Isya yang baru memegang pen kilometrico itu berpaling ke arah Risy. Risy sedang merenungnya.


“Do I care? Macamlah dia tak boleh berdiri nak tanya soalan tu? By the way, ni tempat saya, saya ada hak nak tentukan siapa-siapa yang boleh duduk kat sini.”


Selamba Isya memangkah kata-kata Farisy.


Farisy sudah menghentak pennya ke atas meja. Dia geram dengan Isya.


“Farisy, kenapa hentak pen? Tak puas hati?”


Tanya Isya perlahan namun masih dapat didengari Risy. 


Isya masih lagi menumpukan perhatiannya pada soalan fizik di hadapannya itu.


Tiba-tiba Isya ditarik dari belakang. Kerusinya terjatuh. Kepalanya terhantuk pada simen. 


Seluruh kelas menjadi gamat. Kazz yang tadi khusyuk juga berpaling ke arah tempat Isya.


“Kau ni kenapa huh? Dasar betina! Tak puas hati cakaplah, main tarik-tarik kerusi pulak!”


Isya menjerkah kasar Mellya yang menariknya tadi. Kepalanya terasa berpinar. Sakit tau terhantuk belakang kepala kat simen ni. Mujurlah tak berdarah.


“Memang! Memang aku dah lama tak puas hati dengan kau! Aku geram dengan kau! Kau tu berlagak!”


Serentak itu sebiji tamparan hinggap di sebelah pipi kanan Isya. Isya semakin panas hati. Sebelum ini dia belum pernah berkasar sampai tahap itu.


‘Paang!’
‘paang!’


Isya membalas Mellya dengan dua biji tamparan. Mellya menjerit sekuat hati. Macam dah kena rasuk dah gayanya.


"Aku ke kau yang berlagak? Dasar gedik!"
Isha mmenjawab balik Mellya.


“Tak guna kau Isya!”


‘Bbuukk!’


Serentak itu Mellya yang gedik itu menumbuk bertalu-talu bahagian abdomen Isya. 


Isya tak membalas balik. Nafasnya rasa tersekat. Serangan asmanya datang balik. Dia tak boleh bernyawa.
 

“Mel! Dah! Stop it!”


Kawan-kawan seperjuangan Mellya menenangkannya.


Farisy sudah mendudukkan Mellya ke kerusi. Farisy memandang Mellya dan Isya dengan marah.


Kazz pula menarik Isya supaya duduk kembali. Semua masih tak perasan dengan wajah Isya yang dah membiru itu. 


Masing-masing terkejut dengan pergaduhan tadi.


“Boleh tak kalau korang berdua berfikiran matang sedikit! Perangai macam budak-budak! Kita dah 16 tahun! Korang berdua ni memang mencabar kredibiliti aku!”


Farisy memulakan ceramahnya. Isya sudah antara sedar dan tak sedar. Dia terlupa untuk membawa inhalernya. 


Rasa sesak di dada itu cuba ditahan.


“Dia yang tak bertolak ansur, honey!”


Mellya menuding jari ke arah Isya. Sambil itu, dia menekup mukanya yang sudah membengkak itu. Sebijik macam muka baboon!


“shut up! Dua-dua salah, dua-dua taknak bertolak ansur, kan kelas?”


Farisy menyenyapkan Mellya yang baru hendak memulakan kegediannya itu. Mellya mencebik.


“Betul!”


Seisi kelas menyahut, sebagai respons kepada soalan Farisy tadi. Farisy dah keluarkan aura bakal KPnya itu.


Isya sudah menunduk. Dia memicit dadanya yang sakit sangat itu. Tidak lagi mempedulikan judgement semua orang!


“Tapi! Dia yang tolak Mel dulu!”


Mellya masih lagi menyalahkan Isya sepenuhnya. 


Separuh kelas itu yang merupakan kipas susah mati Mellya turut mengangguk-angguk.


“I don’t want to hear any word, benda ni akan dibicarakan di mahkamah sekolah nanti! Tak kiralah awak tu girlfriend saya ke? Sepupu saya ke? Kita kena ikut peraturan!”


Tersenyap semua orang. Farisy memang serius. 


Mellya juga terkejut, Farisy tidak pernah menunjukkan keseriusan sebegitu sebelum ini. Dia juga kecut melihat muka berang Risy. Tak jadi dia nak menggedik.


‘Klank!’


Kepala Isya terhantuk pada meja. Kazz yang berada di sisinya dari tadi turut terkejut. Kazz berkalih ke arah Isya.


“Dania? Dania? Nia????...”


Kazz menggoyangkan bahu Isya. Tiada respons.


Kazz mengangkat kepala Isya. Isya dah lembik. Wajah Isya membiru. Kazz pucat. Farisy kaku. Seluruh kelas menggigit jari. Drama apakah yang sedang berlaku ini?


“JJ, Epul! Air...bawak air!”


Farisy mengeluarkan arahan. Dia menghampiri Kazz.


“Kazz, kita angkat dia ke bawah!”


Risy selaku ahli PBSM yang aktif sehingga peringkat antarabangsa semestinya tahu apa yang perlu dilakukannya ketika ini.


Kazz mengangkat Isya dengan dibantu oleh Farisy. 


Mellya dan geng dia dah menghilang entah ke mana. Yang itu tak penting, yang penting sekarang ni Isya!


Isya dibaringkan pada lantai simen itu.


“Panggil Firhan kat kelas dia! Call warden pun!”


Kazz mengarahkan ahli kelasnya. Seseorang menawarkan diri untuk memanggil Firhan.


Risy mengambil beg Isya. Segala isinya dicurahkan ke lantai, namun tiada inhaler diketemui.


Matanya tertancap pada satu sampul surat. Tangannya gatal untuk mengambilnya. Surat tersebut diselitkan pada belakang jeansnya.


“Ada tak?”


Kazz bertanya cemas. Farisy hanya menggeleng kepalanya.


“Cuba CPR.”


Kazz berkata-kata pada Farisy. Farisy membulatkan matanya. 


Wajah Isya yang semakin membiru itu dipandangnya. dia tak mempunyai pilihan lain. Tangannya mengepam dada Isya. Setelah itu mulut Isya dibuka sedikit.


“Here goes nothing!”


Bisik Farisy kepada Kazz. Kazz hanya mengangguk.


“Do it like last time, brother.”

Kazz berkata-kata kepada Farisy. Farisy terus menekupkan mulutnya ke atas mulut Isya. Beberapa kali dia melakukan demikian.


Ada antara ahli kelasnya melelehkan air mata melihat kejadian tersebut.


Firhan tiba bersama-sama Joanna, Kayla, Aya, Trisy dan juga June. 


Joana dah menangis melihat keadaan Isya itu. Firhan mendapatkan Isya. Farisy masih lagi melakukan CPR.


Firhan menggenggam tangan Isya yang sejuk membeku itu. Ternyata tiada peraliran darah yang lancar.


“Come on Adik! You can do it!”


Kazz menjerit tiba-tiba. Air matanya mengalir. Dia tak sanggup melihat Isya sebegitu. 


Lantaklah apa orang nak kata lepas ni kerana memanggil Isya dengan gelaran Adik, dia sudah tak heran. Dia mahukan Isya bernafas, itu sahaja.




12 comments:

  1. Oho~ Isya... jgn tkutkan daku... bangunlah~

    dh suka kt Kazz laa~ cair... huhu

    ReplyDelete
  2. nk kazz jadi hero!

    xsuke farisy!
    p suke kat MELYA gedix overdose 2 watpe..

    kazz ag baik dr farisy....

    kazz~~~
    im in love wit u..
    muahahaha

    ReplyDelete
  3. ayoyooo......

    come on adik! huhuhu

    kazz........

    ReplyDelete
  4. kiwi: hahaha...decide leklok, aku dah tntukn dah sape hero ni! aku x tgk pn poll tu!

    Rubisya: hahaha, tu la kan? ngee...well, mel 2 kan seksi.

    Moon: hahaha...releks.

    ReplyDelete
  5. wawaawaa.....
    isya wake up....
    mircle happen......
    mst ps ne isya ngat blek n....
    ske kazz n isya....

    ReplyDelete
  6. OH NOOOO..
    WHAT HAPPEN..
    isya.....sdr la
    MELYA..dush2..nyah ko dr cni


    *sape hero ni awin
    KAZZ or FARISY

    ReplyDelete
  7. korang nih..kn farisy dah wt cpr tu..xkn tetiba plak kazz ngan isya plak..mana adil

    ReplyDelete
  8. let me teka! farish sememangnya hero of the story dari awal lagi pun kan?? :)

    ReplyDelete