Baju dari beg
garfieldnya dibawa keluar dan disusun ke atas katil. Malam ni kena tidur rumah
Qays aka rumah mertua dia sebab rumah Qays minggu depan baru boleh masuk.
Maklumlah belum siap decorate.
EE teringat balik
scene petang tadi, selepas semua hadirin balik. Dia pulang ke rumah mamanya
untuk menyalin baju, tak sanggup dah nak duduk dalam baju kurung dia tu. Dah
lencun dengan peluh, make up pun dah nak cair, Mac punya pasal dia tak cair
lagi.
Dia memberitahu
Qays yang dia nak ke rumah mamanya sekejap dan Qays mengizinkan. Qays pun gedik
nak ikut sekali, bukan apa sebab nak kasi lauk lebihan kenduri itu lah.
Sampai saja rumah,
mama dia dah halau. Sedih betul.
“Eh? Kamu buat apa
balik sini? Tidur rumah mama Era kamu tu, bilik kamu tu bersepah, Qays menantu
kesayangan mama ni tengok pun tak lalu nak masuk.”
Baru je nak jejak
kaki masuk dalam rumah, CikPuan Zarina dah halang. EE menarik muka. Qays di
tepi dijeling. Bilik tu bukannya bersepah pun.
“ Bukan ke kalau
ikut adat, pengantin lelaki kena tidur rumah pengantin perempuan ke dulu?”
EE bertanya hairan.
Tak puas hati kata tak puas hati yang oi. Cik Puan Zarina bercekak pinggang.
“ Tak apa langgar
adat EE oi. Lagipun, Kak Era ada bagitahu mama tadi yang dia dah siapkan dah
bilik Qays sebagai bilik pengantin. You
know what I mean.”
CikPuan Zarina tu
siap wink lagi pada EE. EE pula cepat-cepat pandang Qays yang buat tak tahu
itu. Ketam berjalan pada lengan Qays.
“Adoi! Apa
cubit-cubit ni Eryna? Geram nampak.”
Kata Qays sambil
mengusap lengannya itu. Baju Melayu juga masih dipakai, tak sempat lagi nak
salin baju, kena teman cik adik manis ini balik rumah dia dulu.
“Oh, abang tak
cakap apa-apa ye pasal sleeping arrangements. Siap abang.”
EE mengugut lalu
berlalu ke biliknya. Qays tak sempat nak kata apa-apa. CikPuan Zarina sudah
ketawa terkekek-kekek. Lawak dia tengok muka Qays ketika itu.
“Ingat Qays dah
beritahu EE. Oops. Silap mama. Dah sayang, pergi naik tolong EE tu angkut apa
yang patut.”
CikPuan Zarina
berkata selepas selesai ketawakan Qays. Apa punya perangai mak mertua ini
sorang. Happy go lucky la juga.
Qays senyum je dari
tadi, tak ada kes nak marah mak mertua dia tu. Dan setakat ugutan EE tu, apa
yang nak ditakutkannya? Budak tu pendek, sekali tolak dah terbalik agaknya.
Qays berlalu ke
bilik EE.
“Ada apa-apa nak
tolong?”
Qays bertanya sambil
melipat lengan baju melayunya. EE dilihat sedang tertunduk mencari sesuatu di
dalam laci kabinet. EE cepat-cepat pandang ke arah Qays lalu dia terjerit
kecil. Benda yang dipegangnya tadi terlepas ke lantai.
“Alamak! Jangan
pandang sini! Pandang sana pandang sana!”
EE cepat-cepat
menerpa ke arah Qays lalu menolak wajah Qays ke arah kiri. Malu tau nampak
brasier dengan undies dia. Suami engkau jugak cik adik oi, itu pun nak malu ke?
“Eryna, relaks la.
Setakat babies awak size 36-B tu tak hairan lah saya. Come I help put them into
your bag.”
Qays berkata sambil
memegang kedua tangan EE itu. Pendek nak mampus ada hati nak tolak muka orang.
Seronok dapat sakat EE ni sekali sekala.
Muka EE pula sudah
memerah. Pandai dia teka saiz, mana dia belajar ni. Oh my god, Uncle Long pervert!
“Pandai teka, mana
abang tahu?”
EE kembali
menyambung tugasnya. Dah tak malu dah, sekejap je tadi, refleks action katakan.
Qays pula sudah menyelongkar almari buku di tepi katil EE tu.
“A man got his
instincts. I used to be a bad boy type of a guy you know, haha, old times.”
Dia berkata sambil
melarikan telunjuk di atas satu persatu tulang novel yang ada itu. Budak EE ni,
almost 70 percent novel romance, English Genre pulak tu. Satu novel dicapai dan
Qays melihat kulit novel itu. Alahai, siot punya erotic cara posing dorang.
Baca jugak EE ni buku macam ni, padanlah otak pun senteng je nampak.
“Babe, you only
read romance?”
Qays bertanya
sambil membelek muka surat novel itu. Cliche’. Lelaki kaya, perempuan tak
seberapa, mengandung, out of wedlock baby, kahwin later on, happy ever after.
Full of shitty stuffs. And half of it is full of you know what. Baca bulan
puasa sah kena ganti balik puasa tu sebab terbatal.
“I love romance,
they mostly have happy endings.”
Kata EE sambil
meletakkan baju terakhirnya ke dalam beg. Ambil sikit je dulu baju, then kalau
nak lagi datang sini balik. Senang.
“Urgh. Tak thrill
la, tak ada suspens. Cuba baca thriller ke, macam John Grisham tu punya, kan awesome! Or ou could try
mysterious stuff, something full of blood. Now that is worth buying.”
EE ternganga
mendengar hujah Qays. Problemo brother? Kau ada masalah ke kalau aku minat romance?
“Tried once, hated
it. Dia punya plotting gave me nightmares. I read romance because I wanted
sweet dreams, and I basically got one!”
EE berkata spontan.
Qays mengerutkan dahinya. Sweetdreams? Or a beautiful nightmare? Qays mengambil
buku itu dan duduk di hadapan EE. Dia memandang EE tajam.
“I baca thriller I
got a lot of new info. What did you get after reading this crap?”
Qays bertanya. Keningnya
diangkat, mencabar EE lah tu. EE berfikir sejenak. Dapat dream Uncle Long dulu
tu kira tak? Uncle Long pun dah ada depan dia ni. EE menggigit kukunya, nak
cari logik akal.
“Dapat apa ye?
Dapat new adjectives, vocabs, terms, and of course a new hot guy to dream
about.”
Qays nak the truth,
EE bagi kebenaran. Setiap kali baca romance dapat imagine betapa cool-nya that
man, danberapa untungnya that girl yang dapat lelaki itu.
Bukannya nak kata
dia suka scene yang sangat tak appropriate yang ada di dalam novel inggeris,
tapi dia suka cara writer itu describe watak yang membuatkan dia sendiri berasa
di awang-awangan apabila membaca.
Qays menarik buku
yang baru dipegang EE itu. Hot guy to dream about? That is it, lepas ni no more
romance for you Mrs Qays!
“Gatal awak ni.
Kita dah kahwin, jangan mengada nak mimpi jantan mata biru yang lain. Yang mata
hazel ni pun dah cukup untuk awak handle.”
Qays sedar yang dia
berkata seolah-olah dia cemburu. Well, as a man, he is very posessive of his
woman. Cemburu la jugak kalau bini duduk dream pasal imagination dream guy.
“Atetete, I suka
Uncle Long tersayang I ni cemburu. No hal lah, lepas ni guarantee dah tak ada
mimpi orang lain.”
EE berseloroh.
Sebuah kucupan dihadiahkan pada pipi Qays. Qays tak kata apa-apa. Dia hanya
senyum. EE menyerahkan begnya untuk Qays angkat. Qays buat je diam-diam. Dia
kemudian memandang EE semasa ingin turun tangga. Masih tengah senyum.
“Saya okay je, awak
mimpi lelaki lain, I have tonnes of tricks in my hand to plan a murder.”
Qays berkata
serius. EE telan liur. Salah tekan butang dah ni. Qays ni cakap macam tu sambil
senyum, makin seram gayanya. Ampun abang oi. Janji dah tak mimpi lelaki lain.
Sware sik!
Setelah itu, mereka
menyalami CikPuan Zarina dan berlalu. Si Izz tu entah ke mana menghilang,
couldn’t care less. Adalah tu kerja dia.
EE tersedar dari
lamunan. Itu ha, lama gila duk mengelamun minah ni sekoq. Sampaikan si Qays
masuk pun dia tak sedar.
“Ehem, duk mimpi
jantan mana lak tu, sayang?”
EE merapikan baju
terakhir yang diletak itu. Dia memandang Qays. Sukanya Qays panggil dia sayang.
Pelik juga kan tengok mereka berdua ni. Kahwin dahlah kena paksa, at least
bukan paksaan bagi EE tapi bagi Qays. Akan tapi Qays tu cool je, selalunya
kalau dalam novel yang EE baca, mesti lelaki itu akan berdendam gila dengan perempuan
tu.
Itulah EE, kau
ingat Qays ni Syed Azril Andai Itu
Taldirnya ke? Kau nak lelaki macam tu? Handsome tapi perangai macam syaitan
awal-awal. Kau juga baca novel tu sampai menangis dua hari dua malam. Tak semua
lelaki berdendam kan? Ke Qays ni berlakon happy je, padahal makan dalam? Pening
juga kalau difikirkan.Baik tak payah fikir apa-apa, tenang saja.
“See, zoom out
lagi. Dengar tak abang cakap apa?”
EE memandang Qays.
Nak tanya lah. Hopefully dia akan frank dengan jawapan dia. Kalau tak suka and
ada dendam tersimpan, boleh setel sekarang sebelum dendam jadi duri.
EE membiarkan
soalan Qays di angin lalu sahaja. Dia meninggalkan kerjanya dan menarik tangan
Qays untuk duduk di birai katil. Dia menggenggam tangan si suami. Tangannya mengulas
pipi Qays. Qays dah naik hairan. Apa kes ni, malam masih muda, takkan Eeni dah
nak mula proses consummation of marriage ni. Isya’ pun belum lagi ni.
“Eryna nak abang
frank ni tau. Promise?”
EE buat muka
serius. Ingat EE ni tatau nak serius kah? Boleh tau, nak jadi lecturer kenalah
ada serius side, Cuma nak tunjuk ke tak itu sahaja yang bergantung pada
situasi. Dan situasi sekarang kena serius. Marriage depends on this.
Qays masih lagi
hairan. Ikut je lah kehendak EE ni. Dia mengangguk, tanda berjanji.
“Abang ada simpan
dendam ke perihal kita berdua kena kahwin ni? Eryna ada dengar yang orang kata
abang ni memang kureng bab nikah ni. I just want to know the truth.”
Qays berdehem.
Duduknya dibetulkan. Mata EE dipandang tajam, dan dalam-dalam.
“Dendam? Sebab kena
kahwin dengan Eryna? Kenapa nak ada dendam. Abang tak mahu kahwin sebab tak ada
masa nak cari calon, dah kalau calon dah ada depan mata, kahwin free tu lagi,
memang bersyukur la jugak. Tak payah susah-susah. Mama papa suka dengan Eryna,
Abang pun no hal, bonus point Eryna dari family baik-baik. Plus, I do not believe in all those lovey dovey
stuffs. My bussiness is more important than having a girlfriend scraping off
every cents I have. And now, Eryna ada nak tolong abang the rest of my life,
why should I have a vengeance on you?”
EE ternganga
mendengar hujah Qays. Syukur, tak berdendam. Sukanya! Ni makin sayang Qays ni.
Yang minus point, si Qays ni tak suka lovey dovey. Alahai, baru je nak romantik
malam ni. Tapi EE yakin yang Qays ni ada soft spot dia, ada punya bahagian si
lelaki ni yang a little bit romantic, romantic cara Qays la kut.
Tengok dia layan
Cat pun dapat tahu dia ni penyayang. Eh, cakap pasal Cat, mana pergi itu
kucing?
“Okay! Lega abang
tak berdendam. Abang, lagi satu, Cat mana?”
Qays tergelak.
Cepat benar EE alih topik. Tanya pasal Cat pulak. Rindu dia dekat baby dia tu.
“Dia ada dekat vet.
Semalam lepas makan malam dia tercekik tulang ikan. Gelojoh sangat minah tu.
Esok kita boleh ambil dia balik.”
Qays berkata
sempoi. EE mengangguk, ada dekat vet kucing miang comel tu. Bahagia la kut
hidup dia, maklumlah dekat vet tu mesti ada lagi kucing lain kan.
“Okaylah, nak pergi
mandi. Eryna nak ikut?”
EE nyaris pengsan.
Alahai, mandi sama-sama? Nak mampus? Agak la bang oi, baru nikah berapa jam je
pun, ada lagi whole life nak share bathroom.
Qays pula sudah
strip off baju melayu dia. Masam dah oi seharian suntuk dengan baju tu. EE pula
masih belum beri respons. Qays melawak je, tapi kalau EE setuju itu sangatlah
bonus point! Minah tu unpredictable. Bila dia dengan EE, memang rasa macam
childish balik pun ada. Dah tak ada nak pakai dia punya COO punya facade tu.
“Tak jawab pulak.
Apa-apa pun, abang tak kunci pintu, feel free to join.”
Qays berkata,
sambil tertawa kecil. Suka dia tengok muka kaku EE yang sudah termerah sendiri
itu. Tak boleh kena sakat sikit. Kata baca buku romance, nak romance dalam real
life tuan badan tu malu pulak. Qays menggeleng kepalanya sambil berlalu ke
bilik mandi.
EE pula memandang
ke arah pintu bilik mandi yang baru ditutup itu. Bila Uncle Long dia dah datang mood nak sakat, memang habis merah
muka EE. Ingatkan dia bengis macam mula-mula jumpa dulu, hampeh!
***
Sudah pukul 11
malam. EE sudah selesai berborak dengan keluarga Qays. Dia memanjat anak tangga
yang membawanya ke bilik suaminya itu. Qays dah awal-awal lari masuk bilik.
Kalah dir dia,macamlah si Qays tu anak dara pula. EE pula duduk la
sorang-sorang dekat bawah tu, habis kena sakat dengan sanak-saudara. Nasib
kaulah labu jadi pengantin. Memang hal first night tu jadi issue, tambah lagi
bila dalam keluarga yang besar.
Pintu bilik di buka
dan dia lihat Qays yang sedang mengadap Samsung dia tu. Mesti tengah cek FB dia tu, bini dia ditinggalkan kat bawah.
Untung tuan badan tak dipermalukan.
“Haih, naik pun.
Apa yang duduk borak tadi?”
Qays bertanya.
Samsungnya ditutup dan diletakkan ke tepi. EE membuka almari sambil mengambil
pajamasnya. Ye kawan-kawan, pajamas warna pink, ada hello kitty. Tak ada makna
nak pakai negligee seksi meksi bagai. Lupa nak beli hari tu.
“Kena sakat lagi
la. Orang tu bukan nak teman.”
EE berkata spontan.
Tudung di kepala ditanggalkan. Tuala diikat pada pinggang dan jeans
ditanggalkan.
“Buat apa nak teman
Eryna kena sakat. Buang masa, lagipun Eryna mesti lagi malu kalau abang ada
dekat tepi.”
Qays berkata. Ada
benarnya. EE hanya buat muka tak tahu dia tu. Kalau tak nak seribu dalih yang
keluar. Tapi kalau Uncle Long ada kat tepi tadi, memang double malu seyh!
“Bla bla bla, nak
wash up kejap.”
Ujar EE sambil berlalu ke dalam bathroom. Cepat-cepat
dia laksanakan before bed necessities dia. Sarung pajamas pun dah sepantas
kilat, Superman tengok pun boleh terharu.
Bila dia nak jejak
balik masuk bilik, dia ragu-ragu. Habislah dia malam ni, first night dengan
lelaki yang diidamkan dia sebelum ni. Alahai, boleh escape idak?
Dia pulas tombol
lalu senyap-senyap keluar. Qays pula hanya memandang EE. Satu perkataan yang
terlintas apabila melihat EE.
“Comel!”
EE menjeling ke
arah Qays. Dia tahu dia tak patut pakai hello kitty punya baju tidur. Sangat
childish.
Dia pergi ke
dressing table di dalam wardrobe dan menyikat rambutnya. Qays yang hanya di
dalam boxer itu muncul. EE telan liur, alamak ada six packs pulak. Mana dia
dapat badan sehebat itu? Kaki gym ni.
“Like what you see,
love?”
Qays menyakat lagi.
Dia mengenyitkan matanya ke arah EE yang merenungnya dari cermin itu. Sengaja
je dia tarik turun sedikit lagi boxer dia. EE dah tak keruan. Cepat-cepat dia
sambung balik aktiviti menyikat rambut tu. Namun tidak lama, sebab sikat sudah
berpindah tangan.
“Come, abang
sikatkan.”
Qays menyisir
lembut rambut EE yang basah itu. Alahai, macam mana tak cair?
Mulut EE bagai
terkunci, lepas ni nak buat apa? Mama, EE buntu? Takkan nak terkam terus? Then?
EE buat move dulu ke Qays? Kalau Qays tak bagi respon macam mana? Ah stressnya!
EE punya fikiran
sudah bercelaru. Sehinggakan dia tak sedar yang Qays sudah selesai menyikat
rambut panjang dia tu.
Tangan sejuk Qays
diletakkan pada bahu EE. Terkejut minah tu seketika. EE pula mula dah terkena
urat geli dia, dia pergi gelak habis-habis. Sehingga sakit perut.
“EE...fuh...geli
dekat leher dan bahu. Jangan sentuh situ.”
EE memberitahu Qays
sambil mengambil balik nafasnya. Qays tersenyum lebar. Dia sengaja meniup leher
EE. Lagilah budak tu gelak sampai semput.
“Penggeli Eryna ni.
Dah tahu mana nak tekan nanti kalau dia merajuk.”
EE menarik muka.
Sengaje je dia ni. Babab karang.
“EE punya tickle
spot abang dah tahu, abang punya pulak?”
EE bertanya sambil
bangkit. Wah, rambutnya dah bebas dari simpulan, pandai Qays ni sikat rambut.
Buat hari-hari lah macam ni.
“Abang tak geli.
Dah nak pukul 12, jom naik katil.”
Qays berkata
senada. EE telan liur. Dah ketaq kepala lutut ni. Naik katil? Alamak.
Lambat-lambat je
dia melangkah. Qays sabar je tengok isteri dia yang gabra itu. Teddy bear busuk
dia dah lama-lama dia letak dalam kabinet, yelah malam ni ada teman nak tidur
sekatil, mr bear busuk tu dah tamat perkhidmatan dia.
EE mahu tak mahu
masuk bawah selimut. Qays pula memalapkan lampu katil. Jantung EE semakin
berdegup kencang. Makin kencang apabila Qays menghampirinya. Qays menyelak
rambutnya dan berbisik perlahan.
“Love, passkan
remote TV kat table tepi awak tu.”
EE menumbuk dada
Qays. Suka sakat orang.
“Eih! Suka sangat
buat orang macam tu. Tengah nervous ni tau, jangan duduk uji macam tu. Nah
remote!”
EE berkata sedas.
Qays sudah gelak. Memang cuak gila lah tu EE. Malam ni let go jelah.
“Haila, scootch
over.”
Qays menarik EE ke
dalam dakapannya. Kepalanya disandarkan ke kepala katil manakala EE sudah
membuat bahu Qays sebagai bantal. TV dipasang.
“ Malam ni kita
tidur je, chillax, we had a long tiring day. Abang tak desak EE. Abang pun
penat nak perform you know what. Kita lay back je dulu, okay?”
Qays berkata.
Kepala EE dikucup. EE dah sengih panjang. Lega mendengar hujah Qays. Tapi malam
ni jelah, esok lusa belum tahu. EE membetulkan duduknya. Dia beralih ke celah
kangkang Qays, badan di sandar bada dada Qays. Baru kena macam ni, lagi best
nak cuddle.
Mata mereka
tertancap pada skrin TV. EE tersenyum, disney! Lion King 2, Simba’s Pride sedang bermain.
“Great choice you
have here, EE suka disney!”
Qays mengiyakan EE. Dia dah tanya Izz sebelum ni,
nasib la minat movie yang sama, boleh enjoy movie time together.
“ I got the whole collection.
Dari kecil lagi minat, tapi chick flicks disney dengan fairy tales tu kurang la
minat dia, yang lain right on ja!”
Qays berhujah
lanjut. EE mengangguk. Dia menumpukan perhatiannya pada Kiara yang tengah
diselamatkan oleh Kovu itu. Oh so sweet, tambah si Kovu tu very the handsome
type, even for a lion. The exact lion replica of a male human, the tall, dark
and handsome type! Macam resembles Qays pun ada. Nampak luar garang, tapi hati
baik.
Tiba-tiba dia
teringat yang dia janji Qays nak panggil satu nama yang unik. Hell yeah, dah
dapat!
“Kovu!”
EE tetiba bersuara.
Qays tekan butang pause. Dia memandang EE yang sudah menghalakan kepala
kearahnya itu. Kening Qays diangkat.
“Yeah, Abang pun
suka Kovu. The demon but a saint at heart. Glad you like him.”
Qays berkata, dia
menekan butang play balik. EE merampas remote dan tekan balik pause. Kali ini
dia bersila di hadapan Qays. Wajah Qays dipegang.
“Bukan itu, EE nak
panggil abang, Kovu. That is my special nickname for you. Boleh? Kalau tak you
have to go with Uncle Long.”
EE membuat muka
hebat dia. Unik nama Kovu tu, Qays pula buat muka tak boleh belah dia. Itu lah
kau, suruh cari gelaran yang unik sangat, kan dah habis unik tu. But yeah, Kovu
is interesting. Singa yang kacak.Roar!
“Hrmph. Bolehlah kut.
Tapi panggil bila kita berdua je, jangan depan orang lain.”
EE sudah bertepuk
tangan. Yes, Uncle Long setuju!
“Ai, Ai, Captain
Kovu! Dah, play balik. Nak tengok Kovu original in action.”
Buk! Semedang je EE
ni bersandar. Nyaris terbatuk Qays dibuatnya. Qays hanya menggeleng kepala,
dapat bini baru nak matang, macam ni lah gayanya.
Tengok punya
tengok, Qays bersabar sahaja dengan EE tu. Mulut tak henti duduk diam, ada je
dia nak komen. Kenapa Simba buat macam tu, kenapa itu kenapa ini. Yang tak
tahannya, dia siap ingat dialog cerita itu. Miss potpet betul EE ni. Paling tak
boleh blah, masa Kovu kena exile tu pun EE menangis bagai nak rak. Lencun habis
cadar dengan air mata dia. Qays diam saja, sabar je lah. Baru nak kenal EE ni
macam mana, yang benda kecil-kecil pun kena ambil tahu betul tak? Baru kekal
indah hubungan mereka.
Namun, cukup ke
benda kecil dalam hubungan? Devotion pun penting tau. Kepercayaan pun juga
penting. Itu mesej yang terkandung di dalam Lion King itu. Kalau devotion hilang,
kepercayaan disaluti was-was, hubungan itu akan runtuh. Adakah hubungan mereka
ini akan kekal sugary sweet forever and
ever? Happily ever after itu bukankah hanya terdapat di dalam fairytale? Dan yang
pasti, EE dan Qays bukan berada di dalam fairytale. Seakrang bolehlah bahagia,
entah esok lusa, perkara yang kecil-kecil itulah yang akan membuatkan mereka
meluat antara satu sama lain, who knows right?
The End. Skrin TV
sudah dipadamkan. EE sudah kembali ke sebelah katilnya. Cadar ditarik.
“Goodnight, my dear
Kovu.”
EE berkata sambil
mengambil tangan Qays dan mencium lembut. Tangan itu digenggam erat.
“Night love. Dah
baca doa tidur? Tiga qul jangan lupa.”
“Sudah la, dalam
hati.”
“Good.”
Eryna ditarik rapat
dan cadar dibetulkan. Si isteri dipeluk erat, dapat bantal golek baru, kenapa
tak nak peluk kan? Qays memejam matanya dan terus lena dibuai mimpi.
P/S : cat akan ada
dalam next episode.
Best sweet sgt.....
ReplyDeleteNak lgi...plz....
awesome ! Nak lagiii :)
ReplyDeletealahai, inshaAllah lagi 2-3 mre days fr the new one
ReplyDeletekovu???mmang special pnya nama..
ReplyDeletesweet la.. nak lagi dear
ReplyDeleteTerbaikkkkk!!
ReplyDeletebest sangat2..
ReplyDeleteuat sweet2 mcm ni lagi tau.. baru best
kalau ada konflik x best
haha, konflik bakal muncul, bila? tunggu saja, sweet saja macam tak real pun ada
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletewohoo.. awesome story.thanks, ya.
ReplyDeletea unique kind of writing :)