Lea sudah sedar. Begitu juga Zafran. Zafran sudah dibenarkan pulang setelah tiga hari berada di hospital.
Namun Lea masih lagi ditahan selama 2 minggu, semua ini adalah untuk memastikan hati barunya itu berfungsi selancar-lancarnya.
Hari ini, sudah genap 2 minggu Lea berada di hospital.
Zafran datang untuk menjemputnya pulang.
Namun, Dr. Fakhir sempat lagi meninggalkan nasihat buat Lea dan Zafran.
“To keep your body from rejecting the new liver,Lea... you will take anti-rejection medicines.”
Fakhri menunjukkan ubat tersebut kepada Lea dan Zafran.
“ Alright, this is also called immunosuppressive medicines. You will need to take anti-rejection medicines for the rest of your life. No excuses...benda ni wajib kena makan, takut nanti your body reject balik hati Zafran tu!”
Lea hanya mengangguk faham.
Zafran mengambil botol ubat tu dari tangan Fakhir.
“Tak ada side-effects ke?”
Zafran tanya Fakhir...
“Ada, Kalau tak makan mengikut sukatan, kemungkinan untuk weight gain, high blood pressure, high blood cholesterol, diabetes, brittle bones, kidney damage, skin cancer tu ada. So, makan elok-elok ya, plan your diet nicely, Lea. But, no worries, as your doctor, I will always keep an eye on you!”
Kata-kata Fakhir membuatkan Lea tersenyum.
“ OK, untuk jaga your liver pulak, first thing, jangan pergi dekat dengan orang yang tak sihat! Lagi satu, if you want to go out on a sunny day...do put on sunblock!”
Ada lagi pesanan Dr. Fakhir ni...haila...
“Anything else, Fakhir?”
Tanya Zafran kepada adik tirinya itu, manala tau kan kalau ada important points yang tercicir.
“Itu sahaja, ingat untuk datang check-up ya nanti... lebih senang you datang check-up baby, you inform me...tak adalah you nak ulang-alik kan?”
Lea tersenyum lagi... dah masuk dua bulan dah kandungan dia ni... dan, dah nampak shape... cepat gila!
“OK Fakhir... thanks for everything, we take a move now!”
Zafran memaut pinggang Lea. Mereka beredar dari hospital tersebut... Alhamdulillah, everything went fine!
***
“Abang, Myra balik esok,kan?”
Zafran memandang Lea yang sedang baring dipangkuannya itu.
Mereka tengah layan Rapunzel... haha, download kat internet, and then tengok kat TV... apa susah.... bayar RM 100 sebulan and just suruh Zach tolong downloadkan.
“Hari tu dia kata 30 haribulan, esok lah kan?”
Lea kasi dia soalan, Dia pergi jawab balik dengan soalan.
“Ya, esok 30th... bestnya dia dapat buat umrah...”
Zafran mengesan ada rasa keterujaan dalam nada suara Lea.
Dia bermain dengan rambut Lea. Sebelah lagi tangannya tengah mengusap-usap perut Lea yang dah ada bukit tu...
“Sayang, masa sayang mengandungkan Zach dulu, takdelah besar macam ni perut, lima bulan baru nampak buncit.”
Lea turut memegang perutnya.
“Tu lah abang, masa Rayyan dulu pun, lima bulan baru nampak...”
Lea dengan selamba memegang tangan Zafran.
“Maybe, masa dulu tu... Lea muda lagi... sekarang, dah tak berapa nak muda... alahai, susahlah nak dapat balik shape lepas ni...”
Lea mengeluh. Zafran tersenyum. Tangannya masih lagi mengelus perut Lea.
“Yang, Abang rasa kita dapat kembar la...firasat abang kuat tau!”
Lea menjegilkan matanya. Kembar?
“Banyaklah abang punya firasat tu...”
Lea bangkit dari pembaringannya apabila melihat Rayyan, Esha , Zach dan Reyl masuk ke ruang rehat itu.
Reyl ni memang duduk sini selama 2 bulan. Mama dengan Papa dia pergi holidays... a.k.a honeymoon... haha...redha ajalah Reyl tu.
“La, kenapa sayang bangun... baringlah, abang baru aja nak cakap dengan babies kita ni!”
Zafran dah tarik muncung. Empat pasang mata yang baru menjejakkan kaki ke dalam bilik itu hanya tersenyum.
“Kenapa babies?”
As usual... Esha yang sememangnya quick picker bertanya dengan Zafran.
“Papa dapat rasakan yang mama tengah carry twins..., hebatkan papa?”
Zafran tengah membangga diri... Esha dan Rayyan buat muka tak percaya...
“Twins...bestnya, mama...cepatlah beranak...”
Lea bo-layan anak-anaknya itu. Boleh ke nak cepatkan due date? Tak leh kan?
“Banyaklah kamu, dah... mama nak masuk tidur, penat...”
Lea bangun dan berlalu... Zafran mengikut Lea.
“Haih papa...penat jugak ke?”
Zach menegur papanya... Zafran tersenyum nakal.
“Tak adalah, nanti mama kamu bosan duk sorang-sorang dalam bilik.”
Zafran terus berlalu...
“Dahla, jom layan movie... aku dah download TRON tadi... jom tengok!”
Keempat-empat mereka memadamkan lampu living room tersebut dan terus berkubang di lantai sambil melayan TRON. Twisties....mesti mau pun ada!
***
“Sayang, dah tidur ke?”
Zafran bertanya kepada Lea yang memang tenyata belum tidur tu... Lea tengah layan novel, mana mungkin tidur...
“Abang, saya tengah layan jiwang ni...janganlah kacau!”
Lea geram bila Zafran merampas novel di tangan Lea. Zafran menutup novel tu... Aku Bukan Mistress...huh! Kau buat aku dengki, novel! MRS aku layan kau, si Mistress!!
“Sayang, sayang layan novel tu, buat abang pulak rasa abang ni lelaki simpanan!”
Lea dah bantai gelak. Comel la Zafran tarik muncung ni... nak gigit boleh tak?
“Abang, comel la muncung itik abang ni, Lea gigit, nak?”
Lea dah melingkarkan tangannya kat leher Zafran.
“Gigitlah...”
Zafran menyuakan muncung itiknya kat Lea. Lea ketawa.
“Dah,dah... manja lah Abang ni, pembawakan budak ea?”
Zafran tersengih. Dia mengambil bantal kecilnya dan memasukkan bawah Sphagetti topnya... buncit jadi badannya.. dahlah spaghetti topnya tu shaping ikut body, nampak habis segala biseps dengan tricepsnya. Kalah Mr. Muscle kat TV tu... hiperbola betul!
Zafran mengusap-usap perut palsunya itu...
“Sayang...babies kita nak keluar dah ni...cepat!! Call ambulance...OWH! MY WATER JUST BROKE! Sayang, Lea.... cepat Lea... nanti Lea pulak jadi bidan terjun kat sini... Babies papa ni dah tak sabar nak tengok dunia... Zahryn Zachquan.... Zahra Azalea... tunggu dulu, papa tak nak bersalin atas katil ni...”
Terbahak-bahak Lea ketawa. Dia mengeuk-ngetuk dada suaminya. Pandai jugak Zafran buat suara perempuan... haha, pondan betul!
“Bodoh giler lawak abang ni! Adui! Sakit perut Lea... Abang! Adake patut buat macam tu... haha... fuuh...”
Lea menyelak baju Zafran dan mengeluarkan bantal tadi.
“So? Zahryn and Zahra ek?”
Lea bertanya kepada Zafran sambil mengusap perutnya.
Zafran mengangguk-angguk.
“Meh dekat Lea...”
Zafran mendekatkan mukanya kepada Lea. Lea mengucup pipi suaminya.
Kedua-dua belah...
‘Chup!’
“Yang ni untuk baby Ayie, ...”
Lea mengalihkan bibirnya ke pipi kanan Zafran. ‘Chup!’
“Yang ni pulak untuk baby Aya...”
Comel gila Lea semasa dia buat macam tu...
Lea menolak Zafran sehingga tersandar ke kepala katil...
Dia memandang Zafran dengan pandangan menggoda, matanya memandang bibir Zafran...
“Yang ni pulak, untuk mama kepada babies...”
Lama Lea melekapkan bibirnya ke atas bibir Zafran.
Huhu... memang hormon terlebih... tak pernah-pernah dibuatnya sebelum ni... perigi cari timba betul Lea...
Zafran pulak...tersengih lebar gila...bahagia beb! Heaven!! Lea,Lea...
Lea kembali mengambil posisinya di sebelah Zafran. Merah dah pipi dia. Rasa macam kena sapu sebotol Vick’s kat pipi.
Berani gila...
“La, kasilah lama siket, sekejap aja... mana cukup.... nak jugak sambung baca Mistress tu, dah-dah...top- up lagi...tak cukup tadi...”
Zafran merampas novel itu dan meletakannya di bawah katil.
Lampu bacaan di padamkannya. Lea dipeluknya erat...
“Oit! Hidung abang la tu! Bawah sikit!”
Macam-macam diorang ni...
***
Lea dan Zafran turun lewat sedikit hari tu, Zafran tak bekerja hari ni kerana perlu menjemput Myra dari airport.
“Morning Ma, Pa... awal bangun... dah pukul sepuluh dah ni...”
Zach dah mula nak menyakat.
“Diamlah kamu Zach, menyakat kami aja kerjanya...”
Zafran dah bengang dengan teruna seorang tu...
“At least uncle dengan aunty bangun awal lagi, kalau mama dengan papa, selagi tak pukul 12, jangan harap nak keluar bilik, sebab tu weekends aja, Reyl selalu lepak kat sini. Mereka tu duk berkubang aja dalam bilik... kalau Reyl duduk kat rumah pun sunyi...”
Panjang lebar Reyl mengomen hal papa dan mamanya.
Zafran dan Lea hanyalah mengangguk.
“Pa, hidung papa tu kenapa?”
Esha pulak yang bertanya... sambil menyapu Nutella ke atas rotinya. Budak ni pun baru bangun.
Zafran menyentuh hidungnya yang merah itu. Dia memandang Lea geram.
“Ada dracula salah gigit semalam...”
Lea mencubit lengan Zafran. Mengada aja Zafran ni.
“Tapi pa, kat leher mama tu apa? Penuh tanda merah-merah...”
Rayyan pun nak menyakat jugak nampaknya.
“La...Ni lah namanya Lovebi...”
Lea pantas menekup mulut Zafran..
“Mama tak ingat nak pasang ubat nyamuk semalam...sebab tu kena gigit!”
Lea menjeling kat Zafran... semuanya dia nak cerita kat budak-budak ni... hancur habis nanti moral anak-anak aku ni.
“Owh, konfirm nyamuk jantan tu Aunty... besar sangat gigitannya...”
Reyl pun tak ketinggalan.
Semuanya menarik senyuman nakal... papa dan mama ni memang romantik!
“Sayang, pass me the juice please...”
Lea mengambil juice oren untuk Zafran. Tiba-tiba telefon berdering.
“Papa jawab...”
Zafran terus bangkit dari kerusinya. Sebelum dia pergi menjawab telefon, dia sempat lagi mencium kepala Lea.
Sayang seyh!
“Hello, ya, saya Zafran... ada apa ya?”
“Kami dari KLIA, kami ingin memaklumkan Encik bahawa pesawat Saudi Arabia yang membawa isteri Encik, Pn. Humayra Abdullah telah meletup setelah beberapa minit berlepas. Takziah dari pihak kami.”
Zafran terus melepaskan gagang...
‘Innalillahiwainnailaihirajiu`un, Myra... pergilah kamu dengan tenang...’
Zafran terduduk di hadapan meja teefon tersebut. Semua yang lain bergegas mendapatkan Zafran.
“Abang...kenapa bang?”
Lea dah rasa tak sedap hati...
Dia menggenggam tangan suaminya. Zafran memeluk Lea erat.
“Myra...”
Sepatah sahaja yang berjaya keluar dari mulut Zafran.
“Kenapa dengan Myra abang?”
Lea pun dah mula menangis.
Rayyan dah genggam erat tangan Esha...
“Flight dia...explode...zero survival..”
Lea memeluk erat Zafran...
“Innalillah....sabar bang, sabar...”
Esha dah menangis di bahu Rayyan... Zach memeluk Rayyan dan Esha... Reyl dah mengusap-usap bahu Zach...
“Padanlah abang rasa tak sedap hati masa dia nak pergi hari tu... rasa berat saja nak lepakan dia... rupa-rupanya..”
Zafran tidak meneruskan kata-katanya... dia memandang Lea...
“Thanks sayang for being by my side... especially during these hard hours...”
Lea membantu Zafran untuk bangun.
“Abang nak kena maklumkan kat semua... kita buat tahlil malam ni...”
Semua yang ada di sana mengelap air mata, termasuklah Esha... siapakah kita nak lawan takdir Yang Maha Perancang?
We have to live with it...keep looking forward...never ever give up with our life!
There`s always a hope... kita hanya perlu menadah tangan dan mendoakan yang terbaik.
When there’s a will, there’a always a hope;
When there’s a hope...there definitely will be a way...
***
Seven monts later...
“Lea... janganlah banyak bergerak... nanti tak pepasal baby Aya dengan baby Ayie meletup kat sini, siapa yang susah? Abang jugak!”
Zafran dah rimas melihat Lea yang bergerak ke hulu-hilir tu...
“Tak boleh abang, macam mana saya nak diam kalau Dr. Adryan yang sikit punya cun tu masuk meminang Rayyan! Cuba abang cakap? Anak kita baru nak masuk 20, dah ada yang nak! Saya tak leh duk diam!”
Zafran hanya menggeleng dengan telatah Lea itu. Majalah kereta di tangan diletakkan di tepi.
Dia bangkit dari katil dan menghampiri Lea.
“Sayang... jangan stress, lagi dua hari due date ...abang taknak jadi bidan terjun tau!”
Zafran mengurut lembut bahu Lea. Perut Lea yang memang nak jadi Everest tu disentuhnya.
Selepas itu, Zafran tunduk dan melutut di hadapan Lea.
Dia mengucup lembut perut Lea. Lea mengelus-elus rambut Zafran.
“Ouch!”
Zafran menjerit!
“Zahryn! Kamu tendang papa? Nanti kamu ye...siaplah kamu nanti!!”
Zafran dah pura-pura memarahi Baby Ayie yang masih belum keluar tu.
Lea dah buat muka.
“Hei Abang, abang tu indirect contact! Saya ni, pagi petang siang malam duk layan dua orang ni duk wrestling dalam ni...laaaagggiii sakit! Abang tak payah nak mengada komplen! Tu baru aja kena sekali!”
Lea dah kembali berasap. Zafran buat muka... dia siap miming lagi apa yang Lea cakap... hari-hari ungkit benda sama...
“Sayang ni, ikhlaslah siket mengandung tu... takde modal lain, balik-balik benda yang sama... dah, dekat sikit... tak puas lagi ni...”
Zafran meletakkan tangannya di belakang Lea dan menarik Lea.
Dia kembali meletakkan telinganya di perut Lea.
‘dush..dush...pap...dush..’
Empat kali babies kat dalam tu tendang. Lea dah pegang perutnya. Kepala Zafran ditolak jauh-jauh.
“Hoho, abang jauhkan kepala aja... diorang stop... nampak sangatlah mereka ni sayang mama diorang lagi... padan muka abang!”
Lea buat thumbs up kat Zafran.
Zafran buat derk aja... tayang muka blurr.
“Ha...abang!! Betul ke Rayyan nak tunang ni???”
Tak habis lagi rupanya...nak kena distract lah perhatian Lea ni, kang tak pepasal high bP.
“Biarkanlah dia...Adryan tu pun baik aja... I like his style... hmm... seksi jugak ye sayang abang ni, biarpun dah sarat...”
Zafran nak alih perhatian Lea.
“Sorry, tak ada gula-gula nak kasi. So, apa yang kita nak jawab kat Kak Dahlia dan Abang Am?”
Mereka tu parents Adryan...
“Lea tak payah jawab apa-apa, abang dah jawab... Rayyan pun dah setuju.”
Zafran cakap senada. Dia dah mengucup lembut bibir Lea.
Tak tahan... seksi sangat. Hihihi....
Lea yang terlalai sekejap akibat perbuatan Zafran tu, kembali ingin bersuara.
“Abang dah terima? Kenapa tak tunggu Lea??... Lea yang nak cakap kat mereka... spoil mood betul abang ni! Dahla... ketepi...”
Lea menolak Zafran ketepi... Lea dah tarik muncung...
“Sayang, abang baru aja cakap kat abah, tak cakap lagi kat parents Adryan tu...”
Lea kembali tersenyum...
“Sayang Abang...”
Lea memeluk Zafran...mood nak manja dah datang...
“Sini...sekali lagi....upah!”
Dasar Zafran yang overdose miang dan gatal... mujur menggatal dengan isteri dia aje kan...
“AUUCCHHH!!”
Zafran menjerit...
Kuat gila Lea gigit bibir dia tadi ...dia cepat-cepat menilik di cermin kat dressing table... berdarah bibir dia yang nipis tu!
Lea memanggilnya...
“Abaaanggg...”
Meleret-leret pulak tu...
Tak nak layan... nak merajuk! Lea noti! Sapa suruh gigit, sangat?
“ABANG!!”
Kali ni Zafran berpaling ke arah Lea. Astaghfirullahalazim....
“Sayang...kenapa tumpahkan air mineral kat sini?”
Selamba badak Zafran pergi tanya soalan bodoh tu.
Lea dah rasa nak nangis... anak dah nak masuk lima, dia masih tak tau ke? Bendul punya laki!
“Tu bukan air mineral! My water just BROKE! Babies nak keluar!! Huhuuuu....”
Lea dah menangis... Zafran segera mencempungnya...
“Zach!! Esha!! Ray.... Reyl!!”
Keempat-empat tuan nama muncul serentak...
“JOM!”
Mereka yang sememangnya dah diberikan tugas-tugas tertentu, segera melakukan tugas tersebut...
Zach-drive kereta
Reyl-tutup semua suis dalam rumah
Esha-mengambil barangan Lea dan baju untuk kembar baru ni
Rayyan-memastikan semua pintu rumah terkunci
Setelah itu, kesemua mereka bergegas ke hospital...
Senang betul ada anak ramai ni... tak la kalut sangat kalau isteri nak beranak... betul tak?
Betul la tu...huhu
***
Zafran mengazankan dan mengiqamatkan anak kembarnya.
“Thanks Sayang for our twins... I love you...”
Zafran menyerahkan Tengku Zahryn Zachquan kepada Lea.
Dia mendukung Zahra Azalea.
“Love you too abang,... Ayie...cak! Comel anak mama ni...”
Lea mengucup pipi Zahryn.
Pintu bilik dikuak...
“Oh...adik-adikku... cepat besar... kita jamming ye nanti... Abang Zach dengan Abang Reyl ajar Zahryn teknik-teknik nak tackle perempuan ye...alolo...”
Zafran dah mencalit tangan kecil Zahryn dengan tangan Zach dan Reyl yang besar gedabak tu... fufu, terlampau jauh perbezaannya...
Lea dah pandang tajam kat keempat –empat kaum Adam tu...
“Beranilah abang nak ajar pelik-pelik kat anak saya!”
Zafran ketawa.
“Sayang, kami melawak aja... jangan serious sangat...”
Zafran kembali memandang Zach. Lama ja dia tenung baby Ayie ni...
“Nah, papa tau sangat kamu nak pegang... ameklah..”
Zafran dah meletakkan baby Ayie dalam pangkuan Zach.
Pandai Zach pegang baby. Abang mithali betul!
Reyl pulak duk acah-acah baby Aya yang Lea pegang... nampak sangatlah budak ni memang nak adik, kesian... sapa suruh jadi anak tunggal!
“Dah-Dah... meh sini, kak Rayyan pulak nak pegang... Come to sister, Baby Aya... alolo... Kiss siket!”
Rayyan merampas Zahra dari Lea...Esha pulak dah tenung baby tu dengan mata bersinar-sinar...turn aku pulak lepas ni!
Pintu bilik terkuak lagi... muncul Puan Seri Dahlia, merangkap gynaecologyst Lea, and besan to-be Lea dan Zafran.
“ Kak Dahlia...masuklah...”
Lea mengundang Puan Seri Dahlia masuk.
“La. Ryan pun ada! How are you, my SON?”
Zafran bersalam dengan Ryan...kacak sungguh bakal menantu dia ni.
“Ryan ok aja Pa...”
Hambar Ryan menjawab...letih dowh, dari semalam tak tidur-tidur, on-call punya pasal.
Zafran mengangguk... dia kembali mendokong Baby Ayie. Hero dia ni...
Adryan mendekati Rayyan yang sedang mendokong Baby Aya... comel betul kakak kepada baby ni.
“Hi comel... what’s your name?”
Sengaja Adryan ingin menarik perhatian Rayyan...
“Zahra Azalea...nama Uncle apa??”
Sengaja Rayyan ingin mengusik Adryan.
“Uncle ye? Tak apa sayang, next year, kita main baby kita pulak ye... by the way, cantik cincin tu kat tangan awak...”
Terus Rayyan blushing. Pak cik Doktor ni... memanglah sweet talker.
“Memanglah cantik... mama Dr,Adryan yang pilihkan...”
Rayyan kenakan balik Adryan.
“Iyalah... ingatkan nak sarungkan nanti majlis tunang, tapi nampaknya ada orang tu tak sabar-sabar... awal-awal dah sarung cincin...”
Dush! Kena sekali atas muka Rayyan.
Hehe...cantik sangat cincin ni... papa cakap Dr. Dahlia yang bagi sebagai tanda haritue, kita pakai ajalah...
“Apa-apalah... nah, pegang adik saya ni... saya nak bermanja dengan mama in law-to-be saya ...”
Zahra diserahkan kepada Adryan. Baik betul kembar ni, sikit pun tak menangis.
Lea memanjatkan kesyukuran dalam hati... akhirnya, keluarga dia bersatu juga...
‘Myra, akak sentiasa doakan kesejahteraan kamu di sana...’
Tiba-tiba baby Ayie menangis...
“Alala... dia lapar dah ni... nah sayang... feed him! Boys.... out-out!”
Zafran menghambat teruna-teruna kat dalam tu. Dr. Dahlia juga meminta diri.
“Aish papa, papa tak nak keluar ke?”
Rayyan dengan Esha pun dikerahnya keluar dari bilik persendirian itu.
Zafran hanya mengenyitkan mata ke arah anak-anaknya ...macamlah diorang tak kenal lagi papa mereka ni... haila...
Pintu bilik ditutup...dia berjalan ke arah Lea.
“Love you, babe!”
Zafran mengucup pipi Lea yang sedang menyusu Baby Ayie.
Lea tersenyum manis...
“Agak-agaknya lah kan... tahun depan sorang lagi... boleh tak?”
Lea dah merenung tajam Zafran.
“Tak Boleh... yang ni pun dah cukup!”
Tegas Lea berkata-kata... Zafran tersenyum.
Semoga bahagia milik mereka...till the end!
suke2..im yours nnt sape hero heroin dia..rayyan n adryan ke??
ReplyDeletehuhu yg xbest mira mati..
maybe siri 2 tu nnt leh idupkn blk watak dia..
mana boleh...hantu dah tu!!haha...ryan n rayyan la nanti hero heroine nya...haha...
ReplyDeletebest sgt.
ReplyDeletetapi kn ble bce blk entries awal tu,rse mnyampah dgn zafran xhabes2..
sng nyer lea maafkn dyer!..
*xpuas hati.
hu3
tak payah jual mahal...nanti zafran merajuk, lagi susah, haha...lagipun...dah bnyk citer bt yg prmpuan jual mahal, lagipun...Lea fikirkan jugak pasal Rayyan...so, dia x leh pntgkn diri...hehe
ReplyDeleteat last, bhgia gak diorg.
ReplyDeleteckup la lea dah lama idup derita
dgn pa yg zafran tu bt.
x sbr nak tnggu season 2.
hope citer tu lagi best.
akak pun x puashati zafran mcm x mnderita pun ...patutnyer kena ajar zafran tu kow2 punyer.....ni.. senang2 jer lea terima dia n zafran la untung bini 2 dan dia senang2 maafkan myra ..... patutnyer sbelum matikan myra biarla diapun dapat balasan ngan zafran sekali....x puashati tul la ....
ReplyDeletehehe, sorry la klu x puas ht ek! I`ll try my best utk puaskn ht korang nexttime!!
ReplyDeleteeh..xpatut tau wt alki yg derita..lelaki skit..pompuan byk..
ReplyDeletekang dia cr lain kang..hahah
tak cr len punya....haha, dah tutup citer lea n zafran...kita bukak citer Rayyan n Ryan pulak ea!! I'm yours...keep on reading nanti!!
ReplyDeleteyes..da habis n happy ending...tggu ray n ryan lak...
ReplyDeleteAwin~! hee~ hari tu kte ckp nk bce mlm sket. Aleh2 4 hari kemudian bru bce... sorry~ blk kg lorh.. xde line. =.='
ReplyDeleteKomen: superb ending! they live happily ever after... sungguhlah, Zafran n Lea sgt² sweet. kn bgus klu dr awl gtu.. tp xjd cter la klu cmtu, ye tak? haha. ok, nk smbung I'm yours lak. hee~~
heh..heh..heh..
ReplyDeleteaq hepi!!!
npe??
hahahahaa...aq heeeeeeeeeeeeeeeeeepi!!
ending..besh!
wah romantik jgak er si zafran nie..heheheh
ReplyDeletebru prasan ade cter nie...best2...
ReplyDeletebest best best..
ReplyDeletethat's the real happiness :)
good job!
wahhhh...akhrnye hbs bc...marathon tau bc cte nih...ble nk start KR2? hehehe
ReplyDeleteconfuse jap.....kalau umur lea 39, umur zafran 40...umur rayyan 19...umur zach mesti dalam 21-24 sbb masa liya tinggalkan dia dah pandai bercakap and jalan semua....umur brp diorang ni kahwin 16/17????
ReplyDeleteSaya pun dah tak ingat, this story dah a few years back my dear, but what i can remembr zafran tu rasanya tua dua tahun kut, zach patut umur 21 or sth, lea 19 masa kahwin, i think la. fore go je this story,it wasnt even that good la, ni zaman mula-mula tulis dulu, mengarut saja =D
ReplyDeletesweet sangat..ending yg menarik
ReplyDeletejahat x kalo nak cakap.. nasib baik myra ni mati? wlpon geram kt dia xhbs g wlpon dia dh mati.. eiii
ReplyDelete#astaghfirullahalazim..
bukan apa.. sian 1st wife menderita 19 taunnn
ReplyDeletehuhuhuhuhu
mana smbungan kerana rayyan
ReplyDeleteso sweeet... hi..me silent reader
ReplyDeletetp kelolaan cite mmg besh..sempoi jer
best sgt cerita Kerana Rayyan ni.. tahniah!!!.. buat sya bergenang airmata.. terbahak2 kelakar juga ada... apa2 pun suasana kasih sayang berkeluarga itu yg sgt bermakna.. tahniah!!..
ReplyDeleteNilah cerita yg best.Kelakar sampai nak gelak guling2 ada.Sedih takat leleh ada and last happy for ever after.Huhuhu giler best citer ni,
ReplyDeletebest ceritanya... menarik sangat.. suke ada sedih pun ada..
ReplyDeletewalaupun cerita nie dah lama, tp baru baca. ckap pasal airplane meletup. terus teringat #MH370. Mendoakan yang terbaik.
ameen, we pray for the best
DeleteAssalamualaikum awinnn.... amie nak baca balik im yours tapi xde... :(
ReplyDeleteIm yours tak keluaq lagi ka?
ReplyDeleteSis im yours dh klr blm? Xsbr ni nak bce cte rayyan and dr adryan..
ReplyDeleteI'm urs tak jadi novel pun dear
DeleteYeke, but ada lg dlm blog ker?. Me want to read it badly. 😁
DeleteTak ada dah...cuma nanti I akan submit cerpen dia *tajuk : Epal* tapi dia pasal Ad n Ray jugak. Dia akan jadi cerpen kompilasi dengan penulis2 lain untuk bantu mangsa banjir nanti.
Deleteu can catch up di group FB saya : https://www.facebook.com/groups/lalalandreaders/
best best ! mmg diriku ini mengharap si myra tu mati ~~~~
ReplyDeletehosh hosh kejam sungguh !
d mana nak tgk i'm urs sis
ReplyDeletebest.....
ReplyDeletebest.............sangt...
ReplyDeleteBest.
ReplyDelete