“Apa??”
Jeritannya memecahkan keheningan pada pagi itu. Wajah si genit di hadapannya itu dipandang kecil besar sahaja. ‘Ish minah ni, kalau bukan bini aku, dah lama aku lipat-lipat jadikan bola, lepastu campak dalam sungai.’
Jeritannya memecahkan keheningan pada pagi itu. Wajah si genit di hadapannya itu dipandang kecil besar sahaja. ‘Ish minah ni, kalau bukan bini aku, dah lama aku lipat-lipat jadikan bola, lepastu campak dalam sungai.’
“Ish.
Awak ni pekak ke? Qi kata Qi nak awak panjat pokok nyiuq hari ni! Nak anyam ketupat.”
Si
singa sudah mengaum. El menggaru-garu pinggangnnya yang terdedah itu. Well hello! This crazy pyromaniac dragged
him off his bed, sah-sahlah tak
sempat lagi nak pakai baju ke, sarung seluar ke? Boxer pink itu sahaja yang
menutupi tubuhnya yang sedang menggigil itu.
Kejam punya bini, dahlah tarik dia dari katil
masa dia tengah syok-syok mimpi bercuti di Hawaaii, pendingin hawa pula masih
pada tahap paling minima, memanglah menggigil gamaknya.
“Awak,
sedar tak ni baru pukul berapa? Ni baru 3 pagi.Hish, apalah yang dia ni
mimpikan tadi ek sampai jadi gian ketupat pagi-pagi buta ni? Dah dah, come here singa, sambung tidur.”
Selamba
El bangkit dan mendapatkan isterinya
yang sedang menarik muncung itu. Bukan setakat tarik muncung, tangan dia tu pun
dah mencekak pinggang. Depa tangan El dibiarkan sepi, jangan harap nak peluk
dia selagi dia tak janji! Apa sahaja yang dia mintak, bukannya El nak bagi. Stress! Macam manalah dia boleh terpikat dengan mamat
ni eh dulu?
“Tak
nak! Janji dulu awak panjat pokok nyiuq bila kita balik kampung Tok Wan awak karang.
Kalau awak tak janji, saya tidur dengan Baby
Boo saya ni dekat luar. Cepat janji!”
El
mengeluh. Sikit-sikit itu je modal si Syauqina ni. Nak tidur dengan bapak
beruang besar gedabak dia tu dekat luar. Hish! Sakitnya hati, kau siap Boo, satu hari nanti aku campak kau dekat tapak
pelupusan sampah tu. Start counting your
days now, you ugly looking teddy bear!
“Janji
cepat Encik Elman Kassim!”
El
masih diam. Sang isteri dipandang dengan mata yang kian mengecil. Qi
memuncungkan lagi bibirnya. Elman masih begitu. Nak tengok siapa nak tewas
dulu. Qi, apa kau ingat suami kau ni monyet Mahu panjat pokok rambutan pun tak
lepas, sahkan pokok kelapa yang tinggi melangit tu.
“Tak
nak janji eh? Fine!”
Qi
terus mencapai Baby Boo lalu bergegas ingin ke luar bilik. Namun,
belum sempat dia membuka tombol pintu, bajunya ditarik dari belakang.
“Alaa...singa
El ni nak ke mana? Okay, El janji. Sampai je rumah Tok Wan, El panjat pokok nyiuq.”
Nak
tak nak El juga yang kena mengalah. Iyalah, mana nak lena kalau si singa ni tak
teman dia tidur sama? Tambah-tambah kebelakangan ni singa ni makin menyinga.
Huih, silap hari bulan, runtuh satu
rumah ni.
Qi
tarik senyum kemenangan. Baby Boo dilepaskan
dan dia mendongak melihat wajah murung El. Tangan ditekapkan pada pipi El lalu
dicubit manja.
“That’s more like it. Jom tidur. Lepas
subuh nanti dah nak drive, kesian
suami Qi ni nanti. Tak cukup rehat.”
Itu
dia. Perubahan secara drastik Puan Syauqina ni. Dapat saja apa yang dia
inginkan, terus berubah 36o darjah. Queen
control ke apa ni? Elman pula mengerutkan dahinya. Dalam hati
entah tengah menyumpah apa-apa dah tu. Ish , bini siapalah ni.
“El
akan cukup rehat kalau Qi dari tadi tak kejutkan El secara mengejut tu tau.”
Elman
mengadu manja. Comforter ditarik dan
kepala dibaringkan kembali ke atas bantal. Qi tergelak manja. Dada suami
dijadikan alas kepalanya. Tangan El sudah selamat membelai rambutnya.
“Bukan
selalu pun nak kacau dia tidur. Itulah, snoring
kuat-kuat lagi. Bini nak tidur pun tak senang.”
Elman
mampu tersenyum sahaja. Haih, matilah aku kalau snoring sikit pun dia nak pajam
pagi-pagi buta ni. Alamak...nasib gua kahwin dengan hitler ni.
***
“ Qi...”
***
“ Qi...”
Isteri
disebelah dipanggil. Syauqina yang masih syok mengunyah asam itu memandang
Elman yang sedang khusyuk memandu. Dia panggil suara manja tu, adalah dia nak
apa-apa tu.
“Yes?”
Qi
menyahut selamba, tangan menyuap lagi sekeping asamboi. Ingat nak balik Kota Bharu tu dekat eh? Think again. Jauh tahu, merentasi Banjaran Titiwangsa tuh. Jalan
pula liku-liku. Sangat-sangat hectic. Dah
suruh si El book MAS tapi El tu juga
yang miang nak drive. Cakap nanti
boleh angkut banyak-banyak semperit yang Nek Wan buat. Kalau dah hantu biskut
raya tu, memang hantu juga lah kan?
“Tahulah
tak puasa pun , janganlah duduk chupchapchupchap
tak henti . Orang sebelah awak ni puasa tahu, terliur.”
Elman
menyuarakan bantahannya. Kalau tak puasa tak apa, boleh dia minta sikit. Ini
tidak, Qi ni memang inconsiderate.
Selamba badak dia makan. Iyalah, kalau bulan puasa ni, masa tengah berpuasa air
mineral sejuk pun dah nampak macam iceblended
coffee! Asam pun silap-silap boleh nampak macam Dominos.
“Awak...saya
pening lah jalan jauh ni. Awak nak saya throw
up dalam kereta ke awak nak bagi saya makan asam?”
Selamba
Qi memulangkan paku buah keras. El terdiam serta merta. Euh! Makanlah banyak
mana pun, jangan muntah dalam darling KIA
ni sudah!
“Fine. Awak, tolong picit sikit bahu
saya, lenguh pula...”
Kali
ini Qi menurut. Urut bahu suami dapat topup
pahala, siapa tak mahu pahala free. Jemarinya
singgah pada bahu tegap Elman lalu memicit perlahan.
“Awak
penat ke? Nak tukar shift? Kesian
awak ni, lepas ni nak panjat pokok kelapa pulak, kan?”
Sempat
lagi Qi mengingatkan Elman sambil menunjukkan keprihatinannya. Elman mencebik,
perlukah si Qi ingat janji palsu dia nak panjat pokok nyiuq tu?
“Suruh
je beruk Tok Wan tolong panjat...”
Elman
bersuara perlahan. Jalan dah nak mula jammed.
Kereta pun gerak macam siput. Siput kalau tengok pun sempat dia pintas.
“Saya
cubit karang...saya nak awak yang
panjat.”
Qi
masih dengan keputusannya. Elman mengeluh. Tangan Qi dibahu dipegangnya dengan
tangan kiri lalu dibawa ke pahanya. Tangan isterinya itu dielus lembut. Wajah
Syauqina di tepi dicuri pandang.
“Awak... I’m not a Superman. I can’t climb a coconut
tree. Even Superman doesn’t climb any coconut tree, babe.”
Elman
masih mencuba nasibnya. Namun, memang kalau Qi kata hitam, maka hitamlah. Qi
pula mengambil tangan suaminya lalu dikucup perlahan.
“Sayaaaang.
Memanglah awak bukan Superman, but you
are my man, right? And I thought my man would do anything for his beloved wife ni?”
Qi
membodek. Elman mencubit pipi Qi. Pandai minah ni berkata-kata.
“Perasannya
dia, my beloved wife eh?”
Qi
angguk. Tentulah kan? Jangan kata dia ada pasang cawangan lain sudah. Memang
runtuh rumah tu nanti.
“Tapikan
Qi, you are not my beloved wife. You
are...my beloved singa!”
Dan,
dengan itu, selamat sebuah cubitan maut singgah pada paha si suami yang mencari
padah. Mulut celopar sangat, padan muka kau Elman.
“Singa
ni lah yang dia cari malam-malam buat bantal peluk.”
Dengan
yakin Qi membalas. Elman mengangguk. Siapa tak sayang isteri secomel Qi ni?
Orang gila agaknya. Masa nak kahwin dulu bukan main dia jual mahal, ingat
senang nak dapatkan dia? Susah tahu! Pangkat dia yang tinggi pun si Qi ni
pandang sebelah mata. Orang kacak tahap Mister Universe, pun si Qi ni jeling
saja. Tapi tindakan drastik Elman masuk melamar dia turut mendapat tindakan
drastik Qi menerima lamaran spontan itu. Kiranya, cinta lepas kahwin lah ni.
“Ye
ke? Kita cari dia buat bantal peluk, tuptup kita yang jadi bantal peluk dia.”
Sinis
sekali, namun Qi hanya tersenyum. Kepala
disandarkan pada bahu Elman. Sebuah kucupan dihadiahkan pada bahu tegap lelaki
itu.
“Kalau
dah dapat yang Mr Muscle, Mr Universe dan Mr Genius macam kat tepi ni, memang
sahlah jadi bantal peluk saya. Baby Boo pun
tak boleh lawan suami Qi ni.”
“Pandainya
dia main kata...masa sebelum kahwin dulu, haram nak pandang El. Sekarang bila
kahwin, haram tak buli El.”
Elman
mengadu manja. Kereta di depan dipintasnya. Tak sanggup duduk ikut punggung
kereta itu dari tadi lagi. Lembab semacam, pandu pun sekejap ke kiri, sekejap
ke kanan.
“
Dahnye, awak bagi saya peluang nak buli, saya gunalah peluang itu seadanya. Plus, you seems to enjoy it very much.”
Elman
tergelak. Qi senyum manis. Alahai sayang, bukannya buli teruk pun. Setakat
minta tolong start washing machine, basuh
pinggan, vacuum lantai, tukar cadar,
bukannya buli namanya. Itu namanya menolong si isteri yang sudah penat bekerja,
tolong sama-sama kemas rumah.
“I’m always on cloud nine whenever you are around,
sweetheart.”
“Ya ya, I know. I’m your personal brand of
narcotic. And you are one addicted masochist!”
“Ada-ada
je dia nak jawab balik. Dulu sebelum kahwin, pandai je ikut cakap saya,
sikit-sikit yes sir, no sir...now, saya
cakap sepatah, sedas awak balas balik. Dah tak malu eh dengan saya,
sayang?”
Qi menggigit
bibirnya. Elman di tepi dipandang tak puas hati. Apa ni main ungkit-ungkit?
“Ish
awak ni, itu tiga tahun lepas...dah kahwin kan? Tak ada maknanya nak malu
dengan awak ni. Awak nak ke saya layan awak yes
and no saja. Where’s the fun, then?
Dulu tu depan boss saya cover sikit-sikit, nanti menjawab bos
tak suka, Kan bigboss?”
Qi
mencuit dagu Elman. Elman membuat muka menyampahnya. See...menjawab je kerja.
“Cheeky much. Bila bigboss dah jadi suami dia, memang dia pun tunjuk taring, kan?”
“
Ya betul! Satu markah untuk Elman.”
“Hish,
tengok tu. Ada-ada je dia nak tambah. Duck
tape mulut tu baru tahu.”
“Kalau
awak duck tape mulut saya, siapa nak teman awak drive ni? Nanti ada juga dia terlelap
masa memandu.”
Elman
tergelak. Betul tu, si murai kat tepi inilah yang duduk cotcetcotcet untuk elakkan
dia dari mengantuk. Air pun dah sebotol dia teguk, dahaga bercakap lah tu. Qi
oh Qi, nasib baik laki kau ni good
listener. Kalau tidak, dah lama dia pasang radio kuat-kuat dan humban kau
keluar kereta sebab cakap banyak.
“Qi...buka topik baru.”
“Qi...buka topik baru.”
Pinta
Elman. Qi pula menggaru batang hidungnya. Hurm? Nak cakap pasal apa lagi ni eh?
“Urm...nak topik apa?”
Qi
bertanya setelah dia pun buntu.
“I
don’t know, how about something that could rekindle old times?”
Elman
mencadangkan. Qi tersenyum. Seat dijatuhkan lalu dia mengangkat kakinya untuk
bersila di atas seat penumpang itu.
Pahanya dijentik Elman lalu Qi memandang Elman dengan muka tidak besalah.
“Kena gear dear, kalau nak bersila awak pergi duduk belakang.”
Elman
berkata lembut. Qi cepat-cepat menjatuhkan kakinya. Bahaya juga kalau kacau gear, nanti apa-apa jadi macam mana. Better not risk it.
“Eh takmo lah, awak bukan driver saya. I’m okay kat sini. Ok, back to our topic, ingat tak masa mula-mula
kita jumpa dulu?”
Elman
mencuri pandang ke sisi. Matanya dikenyitkan. Okay, that is a nice topic!
***
tiga tahun dahulu***
“ I need an off the shelf editor for this
company, are you it, Miss Sha...err Shaqina?”
Lelaki
yang berada di tengah-tengah, berkemeja ungu dan bertali leher silver itu menyoalnya. Shauqina menarik
senyuman sinis terlebih dahulu. Nama aku pun dia salah sebut, haih ada juga aku
kerat 14 ni!
“Firstly, I’m Shauqina. With an ‘au’ in the
name. And yes sir, I’m sure I am it.”
Qi
berkata dengan yakin. Namun, lelaki itu menarik muka kelat, mungkin tidak suka
ditegur atas kesilapannya tadi.
“You do realise that you are a fresh
graduate, without any experience in the field. What makes you better than
them?”Qi
membetulkan posturnya. Apakah lame sangat
soalan dia ni? Is he doubting me?
“Well, I did not say that I’m better than
them. But I do believe that I am worth a shot here, I deserve this spot as
well. My status being a fresh graduate doesn’t mean anything, for I believe I
am witty enough to be in the line. I have good results, and also an offhand
experience in this field. And if you people do not give me this chance, until
when I am going to get experience doing things that I know I am good at?”
Itu
dia. Kening ketiga-tiga penemu ramah di hadapannya ternaik. Apa? Luar alam
sangatkah soalannya? Si kacak di tengah kemudian memandangnya sambil
menongkatkan tangan pada meja.
“You are sure you are up to this? You will prove that you are much better than our
previous editors?”
“You have my words, sir. I know I am it. And
I’m ready to give my best to this company.”
“You may leave then, any further information
my secretary will inform you in three days’ time. Thank you for coming.”
“Thanks for your time,
sirs.”
Dan,
Shauqina berlalu dengan senyuman. Beg failnya dipeluk ke dada. Pintu bilik
ditutup. Dia sudah dapat rasakan yang dia telah memenangi hati ketiga-tiga
penemuramah itu tadi.
Dan
di sebalik pintu...
“
Kau rasa?”
“Aku
dapat rasakan aura hitler kut! That woman knows how to function here.”
“Her English is good, that’s for sure.”
“So...her?”
“Definitely.”
" Aku rasa aku dah terpikat..."
Dua lagi mata memandang kepada si dia yang di tengah. Oh?
***
sekarang***
“Awak
salah sebut nama saya. Belajar sampai U.S nama orang pun tak reti nak sebut. What a shame, bigboss!”
Qi memerli
suaminya. Elman mendecitkan lidahnya. Tak puas hati dengan komen selamba si
isteri.
“Amboi mulut tu, main aci sedap je
nak katakan orang. You were the last
person that were being interviewed, logik lah kan tersasur? Dahlah hampir
100 orang datang.”
Bidas Elman. Qi membuka compartment di hadapannya lalu mencapai sunglasses nya. Shades dilap lalu disarungkan ke dalam tudung. Selepas itu dia memandang Elman. Elman mengerutkan hidungnya. Iyalah, Elman dari tadi lagi memakai aviator, Qi baru hendak pakai.
Bidas Elman. Qi membuka compartment di hadapannya lalu mencapai sunglasses nya. Shades dilap lalu disarungkan ke dalam tudung. Selepas itu dia memandang Elman. Elman mengerutkan hidungnya. Iyalah, Elman dari tadi lagi memakai aviator, Qi baru hendak pakai.
“Gebang.”
Sepatah keluar dari mulut Elman. Qi
buat muka.
“Apa gebang-gebang?”
“Tudung bawal awak lah. Dah jadi pentagon muka dia. Haha,”
Serentak itu
tangan kiri Elman menarik sedikit tudung Qi. Qi menampar tangan Elman. Apa kes
main tarik-tarik tudung orang ni? Hish pakcik ni!
“Biarlah dia nak pentagon ke, hexagon ke...tahulah saya tak sekacak awak. And tangan tu duduk diam-diam atas steering. Suka sangat rosakkan tudung saya.”
Qi membalas . Tudung yang
terkehadapan ditarik ke belakang. Elman ni memanglah, suka sangat buat perangai
budak-budak dia. Perasan muda!
“Awak memanglah tak kacak, kacak is for guys only dear, awak tu comel.”
“ Tudia, mula dah dia nak ayat . I know I’m cute.”
Elman senyum senget. Dia berdehem.
“Cute
as in ugly, but very very pleasant for the eyes to see.Ouchie ouchie!! Awak
cubit saya?? Gosh...”Elman masih lagi
menyakat Qi. Qi sudah tarik muka. Sedap mulut dia kata orang. Cubit sikit pun
dah bising. Ih, harap saja badan ketak-ketak, still lembik. Qi menggerutu di dalam hatinya. Kepala disandarkan
pada seat lalu mata memandang ke
luar.
Elman yang sedar si isteri yang
tiba-tiba berdiam diri itu terus memandang Qi. Qi tengah tengok luar. Alahai,
orang gurau sikit pun dia sentap.
“ Awak...”
Qi diam. Eh?
Merajuk lah ni? Tangan Elman menguis paha Qi, namun ditolak perlahan.
“Awak...”
Masih tiada
respon. Elman tarik senyum dalam diam. Bukan selalu Qi nak tarik muncung
merajuk bagai ni.
“Awak...ha, tiga kali orang panggil
tak jawab berdosa tau. Nak dosa free?”
Elman
mengugut. Qi menjuihkan bibirnya. Protes!
“Apa dia abang kacak? Nak apa dengan
saya yang ugly but nice to see ni?”
Akhirnya,
ada juga suara si comel ni. Elman mengetuk-ngetuk stering kereta. Jalan kat
depang lenggang dah. Tangan Qi dicapai lalu diletakkan pada dadanya. Qi
mengerutkan hidungnya. Hah, dah mula lah tu dia nak bukak falsafah apa-apa ni. Kalau
Qi selalu merajuk, Elman akan pujuk dengan mengeluarkan falsafah cheezy ntahpapa dia tu.
“Rasa
tak?”
Elman
memulakan soalannya. Qi mengeluh perlahan, mengeluh dulu, padahal dalam hati
dah tersenyum. Suka lihat side cheezy
bigboss ni. Bukan calang-calang orang boleh tengok tahu, isteri saja boleh
tengok.
“Hurm?
Rasa apa?”
“Dupdapdupdap jantung saya? Dapat rasa
tak?”
Qi
tarik senyum. Okay, dah tak boleh tahan muka selamba ni, kena jugak senyum.
Sumpah cheezy.
“Rasa...kut?
Kenapa?”
Elman
masih lagi memegang tangan Qi pada dadanya. Sebelah lagi tangan memegang
stering.
“My heart always beats faster whenever you
are around me, sayang. Jangan merajuk okay? Nanti jantung saya terasa,
nanti dia tak nak dah pump darah
saya. Macam mana saya nak hidup?”
Tangan
itu dikucup perlahan . Qi tergelak kuat, sehingga merah mukanya. Elman turut
tersenyum. Dah hilang rajuk lah tu, right?
“Okay. Tak merajuk dah. Tapikan
awak, macam mana awak boleh jadi cheezy macam
ni eh? Kalau saya tak kenal awak, memang saya ingat awak ni jenis serius merius tau. Tak sangka langsung
awak ada side yang pandai ayat orang.”
Qi bertanya. Selama tiga tahun dia
kahwin dan dia kenal Elman, memang lelaki itu tak lekang dari ayat-ayat manis.
Nasib baik dia bermanis dengan Qi sorang, kalau tak haru satu dunia ni.
“Saya kenalah sweet sweet dengan singa ni. Kalau tak manalah dia nak terpikat dan
manalah dia nak kahwin dengan saya. Kan?”
Elman menaikkan keningnya.
“Ouh, no wonder lah awak ayat saya terus masa saya kerja dengan awak. Tak
pandang kiri kanan terus bam! Saya ingat
lagi masa saya baru kerja dengan awak seminggu, kita jumpa masa interview,
lepas tu jumpa balik seminggu lepas tu,
terus awak ayat saya. Hish, memang awak tak pandang kiri kanan kan?”
Giliran
Elman pula untuk tergelak. Dah lama mereka tidak mengungkit masa mula-mula
Elman memikat Qi dulu, tapi bila dah buka cerita, memang sangat seronok.
“Saya
dah nampak calon isteri depan mata, buat apa pandang kiri-kanan? Rempuh terus
lah. Awak tahu kan mama saya dah bising pada saya, sekali saya jumpa calon
menantu, memang kenalah usha habis-habis sampai dapat jadi menantu sah. Tapi
masa tu saya tak tahu yang menantu mama saya ni singa. Kalau tak...”
“Kalau
tak apa??? Ish, nak cubit lagi ke?” Qi mencelah terus. Elman belum habis ayat
dia dah intervene.
“Kalau
tak...dari awal lagi saya jinakkan.”
“Hish!
Sengal!”
“Apa
dah ayat saya masa saya ayat awak tu?” Elman bertanya. Qi membuat gaya meluat.
Fikirannya melayang pada masa itu, cuba ingat balik cara Elman melamar dia.
“The drastic proposal ever...”
***tiga tahun
lalu***
“
Okay kerja di sini?”
Qi
yang sedang enak menghirup kuah mi kari itu nyaris tersedak. Mata ditalakan ke
hadapan. Ouh, bigboss rupanya. Tisu
diambil dan mulut dilap.
“Setakat
ni masih okay, bos. Makan, bos?”
Elman
tersenyum sahaja. Gadis di hadapannya dipandang dengan mata yang semakin
mengecil. Cantik, muka berseri sahaja, tapi kenapa dia duduk sorang-sorang?
Takkanlah tak dapat kawan lagi. Dah seminggu dia kerja sini.
“Makanlah.
Saya puasa sunat hari ni. Saja lalu sini, saya nampak awak, saya tegurlah. If I may ask, why are you having lunch
alone, Syauqina?”
Ouh,
puasa rupanya. Bagus betul bos aku ni. Erk? Dia tanya soalan cepumas kenapa?
Alahai...
“Iya
bos, dorang semua bawa bekal. Saya je tak sempat siapkan bekal tadi.”
Elman
tergelak. Comel je Syauqina ni. Tak sempat buat bekal ya?Qi hanya memandang
Elman yang tergelak itu. Wah, makin kacak bila dia gelak. Qi, Qi...tak baik
tenung anak lelaki orang. Sambung makan!
“Erm...can I ask one more thing?”
Qi
yang tadi menekur pinggan terus memanggung kepalanya. Mata menikam mata Elman
yang bersinar itu. Wah, Innershine!
“Shoot.”
“Awak
single?”
Qi
tersedak. Dia berdehem. Postur badan dibetulkan. Wajah Elman ditatap,
seakan-akan tak percaya soalan diajukan Elman itu. Bibir digigitnya.
“Yes or no, Syauqina. Itu sahaja.”
Elman masih selamba. Qi di hadapannya sudah resah.
Elman masih selamba. Qi di hadapannya sudah resah.
“Err...yes? I’m single.”
Elman
tarik senyuman paling manis. Qi ternganga. Mak aih, gaya macam budak dapat kinder bueno dah bos dia ni.
“Single huh? Listen...would you like to marry
me?”
Terus
wajah Qi menjadi merah. Whoa!!! Direct gila!
Bos dia ni okay ke tidak? Sawan ke demam ni? Qi menyedut air sirap di
hadapannya. Mata masih memandang Elman yang seakan-akan menunggu jawapannya
itu.
“Bos,
excuse my language yeah. Awak ni dah
gila ke, bos??? Awak tahu kan kita baru kenal dalam seminggu, dan ini kali
pertama kita bercakap face to face?
Awak demam eh? Meroyan ke? Awak, pergi jumpa doktor.”
Qi
meletup. Elman masih memandangnya serius. Tak berkelip memandang Qi dari tadi.
“Saya
sihat. Biarlah kita baru pertama kali cakap selepas interview haritu. Saya dah
sukakan awak, and your personality, dan saya nak awak jadi menantu mama saya. It is okay to be frank right? Ke awak
jenis suka jalan cerita panjang lebar macam Romeo
Juliet tu?”
Elman
berkata senada. Qi mengeluh. Alahai, tak sangka, masuk sini untuk kerja, jadi
editor, tuptup dapat promotion jadi
isteri bigboss yang serba lengkap,
serba kacak, serba bijak ni. Qi, apa dia cakap tu logik jugalah kan? Tak perlu
jalan cerita macam romeo juliet where the
ending is both died. Tak bercinta pun boleh kahwin kan? Hurm...
Bibirnya
dimuncungkan. Jari telunjuk mengetuk pipinya. Mata masih pada wajah bigboss.
“Bigboss dah fikir habis-habis ni?”
Elman
angguk.
“Dah
tiba masanya saya bawa balik menantu, kan? Dah nak masuk thirty-two dah Syauqina...”
Qi
ternganga.
“Whoa. You are that old?”
Selamba
Qi sudah menyerang. Elman mengecilkan matanya. Amboi, orang ajak dia kahwin je
dia dah informal dengan aku. Syauqina
oh Syauqina.
“Tua
sangat ke 32 tahun tu? Tak kan?”
“Tapi...I’m just twenty five, boss.”
“Tapi
twenty four tu dah boleh jadi mama
orang kan?”
Qi terdiam sendiri. Wey bos, malu lah! Elman
tersenyum kemenangan. Itu, cakap lagi saya ni tua. Kan dah termalu sendiri.
“ Saya hantar rombongan eh minggu ni?
Kita kahwin ya?”
Qi
menongkatkan dagunya pada telapak tangan. Pinggan yang sudah licin itu diyolak
ke tepi. Terima ke tidak ni. Dia kat depan ni masih stranger, tapi tengok dari seminggu yang dia di sini, bigboss dia ni nampak baik. Berkaliber,
sopan santun, dan sangat alert and
sensitive terhadap keperluan pekerja. But
the question is, would he be a good husband?
“What would come out of
this marriage then?”
Soalan
dari Qi membuat Elman tersenyum lagi. Elman turut menongkatkan dagunya pada
telapak tangan. Qi membulatkan matanya, oh mai, comel!
“
Great question, sayang.I’ll try my best
to be the best husband for you.I’ll be your sunshine, your bidadara, your bestfriend, and your prince charming.”
Qi
nyaris ternganga mendengar jawapan lelaki itu. Betul lelaki aka bos dia ni tak
terlepas dari Tanjung Rambutan? Mak ai,bajet cara dia jawab soalan tu macam
mereka ni dah lama berkenalan, dan juga dah lama in a relationship. Betul ke dia ni jodoh aku ni? Aih, was-awas.Dahlah
panggil aku sayang!
“Awak
baca fairytale ke masa kecik-kecik,
bos?”
Elman
angguk, siap tarik senyum sampai nampak gigi. Comel! Comel!
“Saya
balik istikharah dulu boleh? Drastik sangat.”
Qi
meminta sopan. Elman angguk, setuju dengan permintaan Qi.
“Istikharah elok-elok. Saya istikharah
dan saya nampak awak. Hopefully you will
get the same result as mine. Memang kita masih tak kenal satu sama lain, but we have a lot to share with each other
after our marriage, right? It won’t be a boring journey then, sebab kita
nak kenal jiwa masing-masing lepas kahwin. That’s
my logic for this proposal, in case you asked. See you, Qi sayang.”
Dan,
Elman berlalu. Qi terpaku di tempatnya. Satu, Elman dah dua kali panggil dia
sayang. Kedua, dia dapat nickname. Ketiga,
logik juga apa yang Elman katakan tu. Cinta lepas kahwin, interesting.
*** sekarang
“Awak balik istikharah awak nampak muka saya yang kacak ini kan?”
“Awak balik istikharah awak nampak muka saya yang kacak ini kan?”
Elman mengusik.
Qi sekadar mengangguk laju.
“ Saya tak pernah jumpa lelaki
drastik macam awak.”
Terus terang Qi
mengaku. Elman pula mengangguk. Memang tiga tahun lepas, dia pun tidak tahu apa
yang sudah merasuk dia untuk meminang Qi dengan spontan itu. Nasib baik Qi
terima, kalau tak, mana dia nak letak muka dia yang kacak ni?
Pada mulanya, memang dia ingat Qi
sudah tak terima pinangannya itu, iyalah, dua minggu Qi mengelak dia, dan dua
minggu juga dia merana. Namun, minggu ketiga...
*** tiga tahun
lalu***
Elman mengetuk-ngetuk mejanya. Dia nak sangat jumpa Qi, tapi Qi asal nampak bayang dia saja dia mengelak. Apa, kalau tak terima tu cakap jelah tak terima. Jangan bagi orang menaruh harapan.
Elman mengetuk-ngetuk mejanya. Dia nak sangat jumpa Qi, tapi Qi asal nampak bayang dia saja dia mengelak. Apa, kalau tak terima tu cakap jelah tak terima. Jangan bagi orang menaruh harapan.
“Boss,
a Miss Syauqina is here to see you.”
Elman
terus menerpa interkom itu.
“Let
her in.”
Dan, Elman membetulkan posturnya.
Segaris senyuman menghiasi bibirnya. Hah, datang pun! Ingat, sampai setahun nak
elak dia.
Qi memasuki bilik bigboss . Dia sedaya upaya menekur
lantai. Sehelai kertas diletakkan di hadapan Elman. Elman memandang Qi atas
bawah. Itu ha, masuk dah masuk, tapi dia pandang lantai pula. Tak apalah,
lantai tu lagi kacak dari muka aku agaknya.
Elman mencapai kertas yang dihulur Qi itu, dan tanpa disuruh, Qi duduk
pada kerusi yang disediakan. Wajah menekur lantai sebab dia malu, tak tahu nak
tayang muka macam mana.
“Dear
boss...”
Elman membaca
surat itu secara kuat. Qi mengangkat wajahnya dengan mata membulat.
“Eh awak, baca dalam hati.”
Elman hanya mengacah. Dan apabila Qi
mengangkat wajanya untuk menegur dirinya itu, dia dapat lihat wajah Qi yang
merah ibarat tomato itu. Ouh, tekur lantai sebab malu ya sayang?
Elman kembali memandang tulisan pada
kertas itu. Bibirnya semakin giat tersenyum setelah membaca ayat demi ayat yang
dirangka. Setelah dibaca, kertas itu dilipat rapi.
“Pesan pada mama awak, hari Sabtu ni
saya bawa rombongan.”
Qi angguk. Dia
bangun dan sebelum dia membuka pintu untuk keluar, dia sempat pusing ke
belakang dan...
“Awak....”
Elman memandang Qi. Qi pula mengenyitkan matanya pada Elman. Elman terkesima.
Wah, macam tu je hilang malu dia? Syauqina...Syauqina.
*** sekarang***
“
I could still remember kali pertama awak kenyit mata pada saya.”
Elman
mengaku. Qi tergelak. Tangannya menekup mulutnya. Dia pun ingat waktu itu.
Entah kenapa, masa mula-mula masuk pejabat Elman nak bagi surat itu, dia
sangatlah malu, Namun, setelah Elman
menerima surat itu, malunya melayang entah ke mana. Berani juga dia main
kenyit-kenyit mata.
“Spontan tu tau.”
“Saya pun ingat lagi apa awak tulis
atas surat awak tu...”Acah Elman. Qi memegang pipinya, panas!
“Haha, awak jangan ungkit, saya malu
pulak tiba-tiba.”
“Dear
boss, I saw you. So...it’s a yes.I would like you to be the best husband for me,
be my sunshine, my bidadara, my bestfriend, and my prince charming. One
more thing, my pilot throughout this journey. Your soon to be wife, Qi. Hah, hebat tak ingatan saya?”
Elman
selamba sahaja menuturkan apa yang dicoretkan Qi pada tiga tahun yang lalu. Qi
menghantuk kepalanya perlahan pada dashboard.
Malu weyh! Sampai sekarang terasa malunya.
“Dah
dah, sudah. Jangan hantuk dahi tu, dah sampai rumah Tok Wan ni.”
Kata-kata
Elman membuatkan Qi memandang sekelilingnya. A’ahlah! Dah sampai pun, asyik
berborak dan mengimbau memori daun pisang membuatkan dia tidak sedar yang
mereka sudah tiba di Kota Bharu. Perkarangan villa itu dimasuki.
“Lepas
jumpa semua, lepas solat je, kita pergi panjat pokok kelapa! Deal!”
Hilang
sudah malu dia tadi. Elman memakir kereta pada bawah garaj dan memandang
isterinya itu. Dahi Qi diusap, hantuk sedikit pun dah merah ni.
“Tak
nak panjat! Awak tu bukannya pandai anyam ketupat pun! Buang karan saya panjat.”
“Alaa...tapi
tapi...awak dah janji.”
“Nan
hado! Saya pura-pura je tadi pagi, kalau saya tak cakap apa yang awak nak
dengar, sampai ke subuh saya tak dapat tidur.”
Qi
tarik muka cemberut. Elman tayang muka paling jahatnya. Haha, memang sampai ke
kiamat aku tak akan panjat pokok kelapa.
“Awak...baby nak makan ketupat yang dianyam dengan daun
yang daddy dia ambil sendiri atas
pokok.”
Lembut sahaja Qi bersuara. Elman
yang baru ingin membuka mulut untuk menjawab itu menutup kembali mulutnya.
Hah!! Apa dia??? Qi ni mengigau ke?
“Eh,
bila awak mengandung ni? Bukan tak puasa ke?”
Qi
tayang muka cheeky.Itulah Elman ni,
bukan dia nak ambil tahu hal isteri dia ni.
“Saya
tak puasa sebab saya morning sickness. Awak
tu tidur mati, saya bangun muntah-muntah pun awak tak sedar dunia.”
“Eh?”
Elman
masih keliru. Wah, tiga tahun dia kahwin, tahun ketiga dah dapat goodnews.
Qi
mencapai tangan Elman lalu dilekapkan pada atas perutnya.
“Dua
bulan setengah, awak. Saya menyinga sebab ada dia ni tahu. I don’t feel that comfy anymore.”
Elman
memeluk Qi dari sisi. Pipi Qi dikucup halus.
“The best eid gift ever, dear. Best thing
ever happened to me, my bidadari.”
Elman
berkata lembut. Qi tersenyum lebar. Tangan Elman diperutnya diusap sayang.
“Bidadari
pulak ye? Tak ada dah singa?”
“Singa
datang balik lepas our lil angel keluar,
okay? Dah, jom turun. Saya nak panjat pokok, bagi bidadari dengan lil angel makan ketupat bawang!”
“Itu
dia...rela hati nampak.” Qi menyakat.
“Tak
nak orang panjat pokok nyiuq nampak!” Elman membalas sedas. Qi terdiam.
“Singa
tu dah pergi kat awak lah, Elman.”
“Penyakit
menyakat tu dah bluetooth kat awak
jugak, Qi.”
Dan,
mereka berdua berlalu ke rumah Tok Wan. Heh, rumah? Maaf, Villa Tok Wan.
When the journey is
long, and you are with your loved ones, there’s nothing better to do other than
talking about some sweet old memories. It
would make the journey shorter, the love
sweeter, and the heart to flutter like the first time you fell in love with
each other.
~The End~
P/S
: Eid Mubarak, friends. This story is
not too concentrated on the Eid celebration, but merely about two people
recalling some good old times and having their own laughter session while
driving home. Hope this laid back story made your day more meaningful. Selamat
Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Pulang kampung, pandu dengan selamat, ya!
Best!
ReplyDeleteBest!
ReplyDeletethanks ray!
ReplyDeleteThumbs up, Awin! Cerita ni sweet sangat ;)
ReplyDeletethanks moon!
ReplyDeleteBest Eid edition, Shamien! Sweet sgt penuh dgn gula2...
ReplyDeleteTq sis
DeleteSweet la citer ni! Love it ;)
ReplyDelete~ma
Serious cerita ni best gila ! Idea akak bnyk dn menarik :)
ReplyDeletebest! :D
ReplyDelete-athirah-
Best...
ReplyDeletebest. sweet sgt.
ReplyDeletenice~
ReplyDeletesweet~
suka cerita jumpa ajak kahwin. haha
anyway, ini versi raya, kan?
ReplyDeleteversi penuh tajuk apa eh?
Cik n : sorry dear, ni cerpen saja, takde versi penuh dear
ReplyDeleteBez..great...winnn.luv it...=sis shida=
ReplyDeleteCerita ni ada campur ngan gula... Sweet sngt2... Hahahaha! Thumb up shamien.. ;)
ReplyDelete2 thumbs up. cerita ni sweet mcm lolipop..
ReplyDeletebtw, selamat hari raya!!
Best sgt....
ReplyDeleteya ampunnn..smua crita dlm ni sweet n best bangat..thumbs up!!
ReplyDelete-Yannie-
omoooo..sweet sangat..senyum tak sudah bace cerpen nie..thumbs up!! :)
ReplyDelete