Saturday, January 15, 2011

Im A LAdy...5



Senyap aja aku kat 'backseat' dengan Farish tue...ko ni kenapa beb? Sebelum ni tak pernah lagi kau cuak dengan lelaki...tersampuk hantu kak limah ke kau ni?

Hisy..apa pulak kau ni,otak,no hantu-hantu ar...malam ni...seram la!

Aku mencari dua lagi mata aku kat dalam 'sling bag'...haa..jumpa pun kau...
Aku pakai. Wow! Baru clean&clear beb!Jelas lagi nyata. Baru syok nak tengok night life kat KL nie...aku ni...lama sangat tak balik kan? 

Sekali tengok, macam budak 2 tahun nak pergi zoo, night life SAFARI katakan.
Dua kali tengok, macam rusa zoo negara terlepas masuk bandar...
tiga kali tengok...haa, barulah nampak anak En.Mizan baru balik dari UK...


Susahnya nak explain...tapi memang majulah hometown aku ni...kembang sesaat hidung mancung aku.


"Adeq, bila lagi jadi mata empat nie?"

Lipas tu bertanya...sapa lipas? alaa...kembar aku la...lipas kan perosak alam, samalah dengan dia...tapikan, kalau 'relate'kan balik...aku pun lipas jugak la...aku kan kembar dia...takpe,takpe...IS kau ni lipas kategori OKU...Lipas baik la tu...okeh bebeh!


"Last year, kenapa Abang Lipas?" haha...

Aku jawab aje...dah orang tanya, tapi...yang lipas tu sambung dalam hatilah...takut terpaksa kena balik 'catwalk' sampai rumah...kenapa catwalk?Laa...kucing kan jalan pakai kaki...haha...aku dah tak betul!

"Kenapa tanya?Nak pakai jugak ke? Abang pakai jelah shades Abang tu, adeq punya specs ni bukan di buat untuk orang-orang yang silau dengan cahaya bulan...kan tak pepasal rabun mata abang!"

Amacam? Sinis tak ayat tu...aku tak boleh la orang zalim ni...ye la...definisi zalim tu 'tidak meletakkan perkara pada yang hak', so dua orang boys ni zalim la...SHADES orang pakai masa tengah hari...ni kan malam...haha...jahat betul aku ni!


Eh? Tetiba rasa payau mulut...mana Chupa Chups yang 'stewardess' cantik tadi bagi?...Ahacks! Ni pun mereka?..


WHAT???Tinggal satu aja...bersyukur IS...at least something kan?


Memang aku sayang gilerr la dengan MAS nie...memang FIRST class service dia...apa yang dia tak provide tadi, aku mintak fries,dia kasi...mintak coke, ada...gula-gula yang aku nak, chupa chups yang disua...sayanglah...aku siap mintak autograf pramugari tu tadi tau...atas POSKAD...bertambah collection aku! fufufu...


So, now is IS, how do you want to get this lolli-thingy inside your mouth? Saham kau jatuh nanti beb! Kau aje budak yang orang 'COP' tomboy yang layan lollipop! Kalah budak satu tahun! Macam mana nie...dahlah perisa cream...my fave tu! kecur dah air liur ni...

Slow-slow aku bukak pembalut plastik dia...sesenyap mungkin...nanti budak kat tepi ni pun nak...mahunya aku kasi...dahla aku kebas dia punya tyme dia tidur tadi...kihkihkih!!


Masa Farish pandang ke sebelah sana, tangan aku terus memainkan peranan...in 3,2,1....BLAST OFF!!


Sikit lagi....sikit lagiiiii...AAAAAAaaaa...aku nganga mulut sebagai runway untuk aeroplane Chupa Chups cream ni landing...enjin dimatikan...tayar dah siap sedia...sikit lagi nak landing...baru je aku nak 'NGAP'...ada sekor lipas terbang menyemak!


"Haaa!!! Buat apa tue??" 'PAAP' aku tutup mulut

Terkejut aku.Farish ni pun,bagi la salam dulu...hello pun tak apa...ni tak...serang hendap direct!

...mayday...mayday...emergency landing...sayu aje aku pandang ChupaChups aku yang dah tersadai kat tempat letak kaki...


Farish dah terbelahak kat tepi...WAAARGHH!!! Aku dah rasa macam 'pressure cooker'...bila-bila aja boleh meletup...


AMBOI...gelak tak ingat dunia ye Farish...Aku cabut kau punya epiglotis, baru tau! Kecoh jadi suasana kat belakang. Papa tak heran pun...semedang je dia bawak kereta.


Firhan cuma pandang kami dengan muka 'blurr' dia...manalah antena dia nak dapat terima ultraviolet wave pasal perkara-perkara lelucon ni? Pelik jugak aku dengan dia ni...kontra habis kalau nak dibandingkan...


Perangai aku memang nakal, havoc...suka kecohkan sekolah...dia ni pulak...entah-entah, jadi mangsa buli kat sekolah...bendul sangat! Tak apalah FIRHAN...kalau ada yang berani buli kau, ADEQ kau ni will come to the rescue!


Aish...cam kenal je ayat tue...macam cartoon kat CN la..apadah tajuk dia, karipap girl? Eh...power puff girl la...apa ko pelik sangat? Best la citer tu...aku suka yang warna hijau tue...BUTTERCUP....pilihan yang sungguh bijak!


Ok,now tarik nafas, kita sambung balik ye...


"Oit Rish, kau demam ke? Ke tak makan ubat hari ni? Or...kau tertukar naphtalene dengan 'dosage' Co-Enzyme kau? Ke kau dah terputus wayar bumi kat kepala" 

Senyap kejap suasana dalam kereta setelah mendengar soalan 'bijak' Firhan.

"La, kenapa tak jawab?Aku tanya ni jawab la...senang sikit aku nak call nanti." sambung Firhan lagi...


"Call? Sapa pulak kau nak call malam-malam 'celik' nie?"
Farish bertanya.


Abang ni memang suspens la...confirm dapat genetic papa ni..


"Yelah, dah kau gelak macam kena sawan dah aku tengok...better aku standby kan nak call HOSP. Bahagia Tanjung Rambutan...kau kan satu-satunya sepupu yang aku sayang.."


Aku pulak yang nak sawan ni...kalau korang la...boleh ke korang cakap macam abang aku cakap tadi dengan muka batu, tak ada perasaan?*korang yang baca ni confirm tengah sengih je kan*,,,tapi memang menakjubkan abang aku ni...memang laju je di berjaya senyapkan si Farish ni...


"Hoho..aku tau niat kau tu baik Fir, tapi kasi aku explain dulu..." Farish berdehem...


"Ada budak tadi, dia kempunan nak telan lollipop, tapi dia takut saham dia jatuh, so...dia bukak plastik lollipop senyap-senyap...masa jejaka kacak kat sebelah dia pandang ke arah lain, dia pun nak telan la...sekali that handsome guy, pandang balik kat dia...lollipop dia pun terjatuh...tu la aku ketawa...lucu!"


Perasan hencem ye kau, Farish ? Aku laaagi hencem!
Setakat muka macam kau, berlambak ada kat circus!  BADUT!

"Kesiannya kat budak tu, kau kenal ke?" tanya Firhan lagi.

Aku rasa memang dia ni alien la. Short circuit dah tak main...ini kes berat...Long Circuit betul!...kalau tak cukup lagi circuit kau tu ABANG...kau ambik aja Sepang Circuit tu! Aku kasi pree op chas! Apa punya bahasa la!


"Bro, kau ni memang blurr ke sengaja buat blurr...aku heran la kau ni, selalu kalau ada orang buat lawak...cepat je kau tangkap...hari ni cam tersumbat je aku tengok?"
Farish sound si Firhan.


"Hehe...pandai tak aku berlakon? Pandai kan? Aku saje je nak buat eksperimen tahap kesabaran manusia...bunyi macam best...sebab tu aku cuba buat blurr...kalau ADEQ nak tau la kan...abang memang tahan gila-gila masa adeq buat publisiti kat arrival hall tadi...amacam...abang penyabar kan...HAHAHA!" 

Kali ni dia pulak gelak...papa pulak boleh senyum je tengok perangai anak dia...

So, kiranya dia tak blurr dan tak sebendul yang aku rasa la?Hidup-hidup aku kena tipu, tak sampai pun sejam aku kat Malaysia...sapa yang bendul sekarang nie...aku ke abang?
URGH! aku con_fuse!


"OK..we are home!" papa parking kereta dia.

Walawei, cantik rumah aku!! Aku nampak seorang yang cantik rupawan sedang menunggu di muka pintu...aku keluar kereta terus mendapatkan wanita tersebut..


"MAMA!!" aku mendepakan tangan ingin memeluk mama.


"MAK, mana rotan? Saya nak babab ISYA ni..."

 Ha? rotan...besar2 pun kena rotan lagi?Why mama?Anakmu dahagakan pelukanmu, kamu nak rotan...mama...look at me..I am so...GOING TO RUN AWAY!!!!



Siapa tak terkejut weyh! Tetiba Opah muncul dengan membawa rotan klasik dia...mau berbirat 'body' aku kalau kena pukul sekali...


Mama merampas rotan dari tangan Opah. Garangnya...


"Ni...ni...baju jantan mana kamu kebas...kan mama dah pesan haritue...balik sini pakai baju P-E-R-E-M-P-U-A-N!
Kamu ni degil ye?" 


Kecut aku sesaat...mana taknya...mama tunjuk rotan tu kat muka aku...sikit lagi nak jadi juling tau...


"Dah, tak payah nak buat muka simpati kamu tu...tak laku nak jual! Kamu naik atas, mandi-manda, pakai baju yang mama dah letak kat atas katil, cantik-cantik...baru boleh peluk cium mama...UNDERSTAND?" macam sarjan pencen mama ni.


"Y-E-S maam! Roger and out!" aku terus ke tingkat atas. 

Firhan dan Farish dah tahan gelak...sampai berair mata...
Memang Pn. Dalina ni unexpected!


"ADEQ, bilik kau kat sana, ni bilik abang and Risy!"
Aku nyaris-nyaris 'tersalah'  bilik...ye la..at least boleh cakap depan mama...

'MA, tak ada pun baju kat atas katil...'


Hancur jugak harapan aku.Hmm...nasib akulah...


Aku bukak pintu bilik.EEW!!! Purple??? Mujurlah bukan purple muda...kalau tak...terjeluak aku!


Aku jeling pulak kat atas katil...huhu...hancur imej aku...pajamas sleeveless warna pink, siap ada bunnies lagi...HANCUR!!!


***************


HEAR YIE...HEAR YIE...
~
  MAG 5 dah sampai!!
  korang buat le apa yg korunk nak buat...nak gelak ke, nak 
  guling2 cam citer hindustan ke,,,asal korunk tak aim M-16 
korunk kat aku sudah...
Ha? Korunk boleh tanya lagi kenapa takleh tembak aku?
  Kesiannya korunk...aku kan sayang korunk...tak pepasal 
  korunk punya life dibazirkan behind the bars..
  So,janji dah tertunai...
  As usual la yea...cliche` jangan marah...ingat..citer ni   
  dah lama alami fermentation dalam buku aku..since form 
  4 lagi..


  So, KOMEN ye...


Yosh trulie,
SHAMIEN


























 

8 comments:

  1. adoyai..sakit perutku duk gelak je..memang lawak la si Is ni..Farish pulak perasan hencem..isk2 sabarje la ngn dua perosak alam tuh..kikiki

    ReplyDelete
  2. haha... kesian. nak control macho punya psl, lolipop dah terlepas.
    Gilalah Pn. Dalina, garang tuh!! haha
    best²! looking 4ward for the next chpter..=)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. WOW!!memang dah agak la korang berdua yang jadi first n second...sayang korunk lebih!!

    next chaps,,,2nyte kot...nak upload citer baru...

    ReplyDelete
  5. haha....ni nak bodek ke apa??
    malam ni ada post utk citer baru...sedeh siket la citer ni...tapi...dalam sedeh2 ada lah yg x betul tu siket!

    ReplyDelete
  6. ttbe. jd bangga. eceh. haha.
    wah, sungguh b'smgt Shamien ni. bagus².
    Go girl! ^^

    ReplyDelete
  7. haha..tgh takde mende nak buat..bolehla nak update hari2...berbaloi la jugak duk dalam Sekolah Bagaikan Penjara selama dua tahun...ada modal nak muatkan dalam blog!

    thx ye kiwi...doakn spy terus b`smgt!

    ReplyDelete