“ Male faces
displaying a full beard were considered the most masculine, aggressive,
socially mature, and older. Males with a light beard were considered the most
dominant. Males with light stubble were considered to be the most attractive.”
Button down di-click lagi. Semua pasal lelaki dan misai
serta janggut!
“Women prefer men
with 5 o’clock stubble, this make men appear very appealing and sexy.”
Mulutnya sudah
ternganga. Apalah semua benda ni. Macamlah betul sangat!
“ Ya Allah! Syiqin,
apa benda engkau baca ni ha? Khuda, bachao is ladhki se. Everytime I checked
her laptop, there’s always something about men she is searching for!”
Asyiqin yang
terlelap di katilnya itu tersedar apabila ditegur. Kepalanya diangkat, aduh,
lupa lagi nak off laptop tadi. Ammi ni pun, tak sah kalau tak ceroboh laptop
dia.
Ammi dia, Malaysian made Pakistani, kahwin dengan Daddy dia sudah lebih 20 tahun. Memang dah jadi rutin Ammi dia untuk cakap macam tu.
‘Khuda, bachao is
ladhki sey’. God, help this girl. Asyik-asyik itu saja modal Ammi dia. Nak
suruh Allah selamatkan Asyiqin ni, selamatkan dari tergoda dengan mana-mana
lelaki kut. Dah kerja Asyiqin tu asyik duduk tulis pasal lelaki yang menjadi
idaman wanita sahaja. Ayoyo. Macam mana kepala Ammi ni tak pening?
“Ammi! Itu blog
oranglah. It was just a research.”
Syiqin dengan malas
bangkit dari katil itu. Matanya digenyeh berkali-kali. Mengantuk tau, kebelakangan
ni tak cukup tidur sebab buat research pasal ‘men’s with facial hair.’ Dah
namanya kerja sebagai journalist, memang kenalah buat entri best untuk every
month. Baru majalah tu ada orang nak beli.
“Meri serh khayegi
tussi! Ammi will become mad! Hai Allah, kasilah jodoh cepat-cepat sama ini
perempuan. Saya sudah tak sanggup dia kerja dengan magazine tu. Every month she
has to write about men! Saya takut nanti dia jadi sangat fussy untuk pilih
calon suami lah. Rahem karo meri beti sey, rahmati budak ni Allah.”
Ammi selamba badak
saja minta doa depan-depan Asyiqin. Asyiqin sudah geleng kepala. Selamba punya
emak, dia buat macam aku ni tak wujud agaknya. Hello mother, I can hear every word,
you know.
“Ammi! Selalu macam
tu tau. Ammi tak check Syiqin punya laptop lagi stress-free Ammi ni tau. I
wonder macam mana Daddy boleh tahan dengan Ammi. Merungut je kerja.”
Tiba-tiba Ammi dia
memulas telinga Asyiqin. Menjerit budak tu, sakit tau.
“Ammi tak merungut
dengan Daddy kamu. Why should I? He is good to me, me bhi ‘tip-top’ hoon. I am
also good to him. We are great together. Tapi bila matters concerns you,
MasyaAllah. Chakkar arahi hoon. Pening kepala Ammi fikir pasal kamu tahu.”
Ammi sudah lepaskan
telinga Asyiqin. Sekarang dia duduk sebelah Syiqin, tangan pada dahinya.
Mulalah tu nak jadi drama queen. Kalau Malaysia ada Oscar, memang Ammi dia ni
boleh menang.
“Phir, mere baat
soch na karo, aur koi chakkar nehi aari. Tak payah Ammi fikirkan hal Syiqin,
and Ammi takkan pening punya. I am a big girl Ammi, Syiqin boleh jaga diri
sendiri. Even better, Syiqin boleh cari suami sendiri. Just like how you founnd
Daddy. All by yourself.”
Ammi menarik muka
masam. Asyiqin tayang sengih. See, kalau Ammi pun boleh dapatkan calon sehebat
daddy, Syiqin pun ada hak yang sama kan? Tak perlulah nak arranged marriage ni
semua. Eventhough there are still people yang prefer arranged marriage, tapi
apa barang beb! Dunia ni dah 2013, people is moving towards globalisation what
not, arranged marriage tu pun macam kuno sangat.
“Syiqin, Ammi cakap
sepatah kamu pun balas sepuluh patah. I want the best for you dear. You wait
here, Ammi tunjukkan gambar latest yang anak kawan Ammi tu. Very handsome, anak
kamu nanti mesti handsome punya. Yang penting, itu ha, hidung mesti mancung.”
Asyiqin rasa nak
hantuk kepala dekat palang katil dia saja. Ammi ni eden cakap bahso Arab mau
terngango eh, susah sangat ke nak faham yang Noor Asyiqin Nasrin Mohd Yusuff
ini tak mahu dipaksa kahwin, bahkan tak mahu, kalau boleh memang tak nak kahwin
terus dengan orang ada darah Pakistan.
Tak berkembang katanya. Asyik genetik tu saja.
Dilihatnya Ammi dia
masuk bilik dengan I-pad. Canggih, no more generation gap in communication.
Ammi lagi sekali melabuhkan punggung di sisi Asyiqin. Album gambar dibuka dan
nak tak nak Asyiqin terpaksa juga tengok.
“Zara dekh , tengok
ni. Ini anak kawan Daddy and Ammi, baru balik dari Canada. Ammi jumpa dia masa
parents dia buat kesyukuran hari itu. Very nice guy, single, nanti nak takeover
publishing company ayah dia pula. Sebab tu dia balik.”
Trang tang tang
Ammi dia tunjuk gambar budak lelaki tu. Asyiqin tengok pun telan liur, mak ai,
handsome. Tapikan, walaupun muka pan-asian, Asyiqin sure ada punya Pakistani
blood lelaki ni. Tak mungkin Ammi dia nak suggest lelaki Melayu dekat dia.
Walaupun Ammi dia ni kahwin dengan Daddy yang trang tang-tang Melayu, anak dia
pulak senang-senang hati nak suruh marry a Pakistani. Haiyo.
Asyiqin merampas I-pad dari tangan Ammi dia. Nak
tengok dengan lebih jelas.
“Amboi, suka lah
tu, siap tarik I-pad from Ammi. Apa macam? Nak ke tak dia ni?”
Ammi sebenarnya dah
tak sabar nak ada menantu. Asyiqin anak sulung, dah berusia 25 tahun, layak
sangatlah tu nak marry kan.
Asyiqin pula
mendecitkan lidahnya. Ammi ni ke situ pula, orang ambil I-pad sebab nak tengok
muka dia ni elok-elok. Bukan berkenan, nak teliti sahaja wajah tu. Nak suruh Asyiqin berkenan, carikan replika
Ian Somerhalder tu, memang esok juga Syiqin kahwin tau.
“Eih, tak lah Ammi.
Saja nak kasi cerah sikit mata ni.”
Asyiqin berkata
selamba. Ammi dia pula sudah mencubit halus pehanya.Geram lah tu, Syiqin buat
main-main.
“Nah, ambil balik I-pad
tu. Tak berkenan. Syiqin nak cari sendiri.”
Asyiqin beralasan.
No way in hell dia akan benarkan Ammi dia pilih calon suami untuk dirinya. Ammi
pula makin galak tarik muncung itik dia. Ish, buruk bebenor. Walaupun Ammi dia
ni sudah berusia hampir 50 tahun, tapi tak nampak sangat tuanya itu, masih
nampak muda.
“Fed up Ammi cakap
dengan kamu, kalau Ammi pass dekat Amalia kamu jangan terlopong yeah. Ammi
suruh Amalia langkah bendul baru tahu.”
Asyiqin
menggelengkan kepalanya. Ke situ pula Ammi ni? Amalia tu baru nak duduk SPM
tahun ni, dah disuruh kahwin. Kesian budak tu.
“Langkah lah bendul
ke, longkang ke, parit ke, Syiqin tak kisah. Kalau Ammi desak sangat Syiqin
cari yang bermisai tebal macam dalam Gerak Khas tu baru tahu. Nak menantu macam
tu?”
Syiqin tertawa
apabila melihat muka Amminya semakin kelat. Ammi bangun dan merampas balik
I-padnya. Syiqin sudah tergolek di atas katil, luculah Ammi ni. Even Syiqin pun
tak mahu dapat suami macam tu, tebal sangat misainya, tapi kalau dapat yang
macam Shahid Kapoor dalam cerita Mausam tu pun seronok jugak kan? Eh Syiqin,
jangan melalut tak tentu hala. Bila kau mula minat lelaki berjambang misai
segala ni. Ammi punya pasal lah ni.
“Ammi malas layan
kamu. Layan daddy kamu lagi bagus. Huh.”
Ammi berlalu meninggalkan
Asyiqin di dalam biliknya itu. Terburai terus ketawa Asyiqin apabila Ammi dia
menutup pintu bilik dengan kuat. Aish, marah nampak. Ammi, Ammi, ada jodoh, tak
kemana.
Asyiqin bangkit
dari pembaringan dan terus menghadap laptopnya. Baik sambung tulis, dah nak kena submit. Walaupun kerja journalist
tak berapa gajinya, tetapi Asyiqin suka. Suka buat research tak tentu hala dia
tulah. Readers magazine yang dia tulis pun makin meningkat, sebab entri
best-best. Boleh compete dengan majalah Wanita, yang bezanya, magazine yang dia
tulis tu in English. Itu sahaja.
***
Skirt crochet warna cream paras lutut itu disarungnya. Baju pink di-tuck in. Stilleto pink-suede 3 inci itu dijinjit. Beg laptop disangkut pada bahu sebelah kanan, handbag pada bahu sebelah kiri. Scrunchie rambut warna pink juga dililit pada pergelangan tangan. Aih Syiqin, barbie girl ke hari ni? Pink je semuanya.
Skirt crochet warna cream paras lutut itu disarungnya. Baju pink di-tuck in. Stilleto pink-suede 3 inci itu dijinjit. Beg laptop disangkut pada bahu sebelah kanan, handbag pada bahu sebelah kiri. Scrunchie rambut warna pink juga dililit pada pergelangan tangan. Aih Syiqin, barbie girl ke hari ni? Pink je semuanya.
Asyiqin turun dari
tangga. Semua dah ada dekat meja nak makan, breakfast.
“Morning Ammi,
Daddy. Lia, passkan gardenia tu.”
Asyiqin duduk di
kerusi di sebelah Amalia. Daddynya sudah memandang anak dara dia yang ni,
gardenia jugak yang dia nak. Ammi dia dah siapkan capati dia tak mahu pulak.
“Syiqin, Ammi dah
buat capati tu, makan. Dhal pun ada, yogurt pun ada.Penat Ammi kamu bangkit
pagi masak.”
Itu dia, Mr Yusuff
dah sound. Ish, doktor ni sorang, sama je dengan Ammi. Sesuai sangat kahwin,
sama padan. Membebel je kerja.
“Entah penji (akak),
Ammi woke up at 5 you know, uli tepung atta, penji selalu macam tu.”
Asyiqin menarik
muka. Amalia ni pun, kecik-kecik pun nak ambil port. Jentik telinga karang.
Memang anak manja Ammi dia ni, selalu je buat macam tu kat penji dia ni.
“Ala, itu Adam
makan gardenia tu tak ada nak komen pulak. Asyik Syiqin je kena. Memang anak
lelaki tak akan kena. Korang ni gender biased tau.”
Asyiqin ujar geram.
Adam, adik lelaki dia tu pula buat muka selamba, memang Ammi adore engkau, tapi
kau jangan ingat kau tu raja kat rumah ni okeh.
“Penji jealous
dengan paijan(abang) Adam eh. Ammi kan sayang kita semua sama rata, kan daddy?”
Amalia ni, ada je
dia nak tambah. Mak nenek betul. Memang Ammi kena kahwinkan dia cepat-cepat,
baru cepat berambus dari rumah ni. Hah. Aman dunia Asyiqin nanti.
“Betul tu Lia, Ammi
sayang sama rata. Kan sayang?”
Daddy dah mula buat
romantik dia. Ammi yang tengah sibuk buat capati atas dapur tu angkat bahu
saja. Selalu macam ni time breakfast, adegan sakat menyakat. Gurau biasa-biasa
je, even Asyiqin pun tak maksudkan apa dia cakap tadi. Budak baik, takkan nak
prejudis sebegitu sekali.
“Anak Ammi semua
Ammi sayang. Suami pun saya sayang. Syiqin, Ammi tapaukan capati okay? Dah
lewat dah kan?”
See, Asyiqin makan
gardenia nak alas perut. Dah lewat dah ni, nanti jalan jammed. Ammi dia ni
kalau bab makan memang understanding, tapau lagi senang. Pukul 12 nanti
makanlah.
“A’ah, almost lewat
dah ni. Ammi memang understanding.”
Ammi Asyiqin buat
tak layan saja, dah tak layan pujian kut.
“Nak Ammi lagi
understanding, bawa balik menantu sorang.”
Kata Ammi sambil
meletakkan paperbag yang berisi tupperware capati itu ke hadapan Asyiqin.
Asyiqin pula buat muka. Lagi sekali, dia tak sanggup masuk perihal kahwin ni.
Not yet ready.
“Kalau Syiqin bawa
menantu, Ammi dah tak boleh manja dengan Syiqin tau.”
Asyiqin mencari
helah. Kena divert Ammi jauh-jauh dari topik kahwin, tengok daddy dia, cool je
dia kahwin ke tak, Ammi je duduk paksa-paksa. Tak best la macam ni.
“Ammi dah ada daddy
nak manja tau.”
Eish Ammi ni,
menjawab je kerja. Tak sah kalau tak jawab apa yang Asyiqin cakap. Baik kau
blah Syiqin, pergi kerja cepat-cepat. Escape from here.
“Malas. Okay Ammi.
I have work to catch-up with.”
Asyiqin pun bangkit
dari duduknya. Mata Ammi sudah terbuntang. Tengok skirt Asyiqin lah tu.
“Aih margayi me!
Mati Ammi ni, Syiqin, ni bukan crochet yang Ammi jahit skirt labuh tu ke?
Kenapa tinggal separuh saja ni? Baki dia mana? Seksi sangat tu, kamu ingat
cantik sangat tunjuk lutut tu? Daddy, tengok anak kita ni.”
Asyiqin dah agak
dah, Ammi dia ni mesti saja ada masalah dengan apa yang dipakainya. Tak pernah
betul apa yang Syiqin pakai ni. Memang betul, ni crochet yang Ammi jahit
jadikan skirt labuh, tapi, skirt tu kaki dia dah kena paku kat mana entah, dah
terkoyak, so Asyiqin potonglah, jadikan skirt paras lutut. Tak salah kan? Tak
membazir. Re-use apa.
“Bawah dia kena
paku, Ammi. Dah koyak, Syiqin suka kain dia, so Syiqin modify la sikit-sikit.
Okay, pergi dulu.”
Asyiqin berkata
selamba sambil mencium pipi Amminya. Daddy dia pun tak kisah dia nak pakai apa,
Ammi je selalu over. Bukan kena paku pun,tapi rimaslah, panjang sangat skirt
tu.
“Haih, cubalah
pakai baju kurung ke, punjabi suit ke pergi kerja tu, sopan sikit. Ini tak,
skirt je yang dia pakai, kalau tak skinny jeans tu. Kamu ingat kamu kurus
keding ke Syiqin, macam papan? Kamu suka sangat tayang aset dekat jantan ye.”
Itu dia, ustazah
dah mula dah. Memang Asyiqin ni agak voluptuous, tak keding macam orang lain,
lepas tu pakai pulak macam tu memang saja tayang free lah kan? Kesian dekat
makhluk Tuhan yang berkaum Adam ye, tergugat sekejap.
“Ammi, mana tak
tumpah kuah kalau bukan ke nasi? Ammi dulupun masa jumpa Daddy pakai sari
kan?Kan? Ingat Syiqin tak tahu? Sari tu lagi seksi tau dari skirt ni.”
Asyiqin menjawab
malas. Ammi dia sudah bercekak pinggang. Aduhai, dia pergi ungkit pula zaman
tak cukup ilmu agama dulu-dulu.
“Daddy, tengok anak
dara ni. Menjawab je mulut, eh Syiqin, mere bhaat yadh rakhna, ingat Ammi pesan
ni, itu zaman dulu-dulu, baru lepas kena jajah, mentaliti pun masih 50-50, tapi
sekarang ni dah merdeka, tak payah nak ikut sangat fesyen trend sekarang ni,
banyak mengarut je.”
Ammi mula balik.
Asyiqin dah pandang jam di tangannya, hadoila, lewat dah lepas ni. Ammi, Ammi.
“Save it Ammi
dearest, pause dulu, petang karang sambung balik yeah? Love you, bye!”
Asyiqin cepat-cepat
melarikan dirinya. Tapikan, Ammi cakap tu ada betulnya, bilalah kau nak mula
pakai sopan-sopan Syiqin oi? Tutup aurat, pakai tudung. Muka tu dah cantik,
pakai tudung lagi cantik.
Ammi dia sudah
menghentakkan kaki ke lantai. Inilah masalah budak ni, aku kahwinkan jugak
dengan typical Pakistani family, baru kau tahu nak pakai punjabi suit siang
malam.
“Abang rasalah, you
biarkan saja si Syiqin tu. Biar bakal suami dia tegur sendiri nanti.”
Daddy akhirnya
bersuara setelah Asyiqin berlalu pergi. Ammi pula sudah pandang pelik dekat
suami dia tu. Masih handsome tau, biarlah bukan Pakistani pun, tapi hidung laki
dia ni mancung. Dahlah putih melepak, keturunan Bugis kut. Dia pun tak pernah
ambil tahu, kahwin pun menentang pilihan keluarga, memang betul kata Syiqin,
memang Syiqin ikut perangai dia dulu-dulu. Degil.
“Apa abang cakap
ni?”
Ammi duduk kembali
di sisi Daddy. Amalia dengan Adam pula sudah licin membedal capati di dalam
pinggan masing-masing. Kenyang dah lah tu. Setelah itu mereka berdua bangkit
dan meninggalkan Ammi dengan Daddy sahaja di meja itu.
“Reen ingat abang
saja-saja suruh Syiqin kerja dengan magazine tu? I have plans la dear. Shahran
and Vanidah, that’s their company. Mereka yang rekomen Syiqin dulu.”
Ammi masih blurr.
Apalah Mr Yusuff dia ni nak sampaikan?
“Reen tahulah semua
tu, tapi apa kena mengenanya dengan semua ni?”
Encik Yusuff sabar
jelah. Tak habis lagi explain ni, dah sampuk bini tercinta ni.
“Shahran and
Vanidah berkenan dengan Asyiqin. Nak buat menantu. Tapi diam-diam dulu. Ini
kita sahaja yang tahu, even anak teruna mereka pun dah tahu tau. Dia dah tengok
gambar Asyiqin tu. Masalahnya Reen, abang doubt sangat yang Asyiqin tu suka
dekat lelaki ada Pakistani blood ni.”
Ammi kalau boleh
nak gigit kuku. Memang awal-awal kena reject macam ni. Tapikan, tadi dia dah
tunjuk gambar lelaki tu dekat Syiqin, tak nampak pula macam Syiqin tak minat.
Syiqin just cakap ‘eh taklah Ammi’.
“Actually, Reen dah
tunjuk gambar Shahid dekat Syiqin tadi. Tapi dia cakap tak.”
Aish. Complicated
betul. Shahid tu bukan main baik punya budak, highly-educated, handsome, semua
Syiqin tolak. Cari bangla satu baru tau. Bangla pun ada yang handsome tau.
Jangan main.
“Alah, itu baru
tengok gambar, hari ni, Shahid masuk kerja tempat Syiqin, abang harap sangat
mereka berdua ni jumpa tau. Manalah tahu, tengok real-life si Syiqin ni boleh
terpaut.”
Encik Yusuff
berkata dengan penuh harapan. Siapa yang tak mahu tengok anak sendiri kahwin.
Tambahan pula, lelaki tu dari keluarga yang baik-baik. Bonus point tu tau.
“Kita doakan saja
Abang.”
Ammi pun berkata
dengan penuh pasrah. Asyiqin, janganlah duk reject choice Ammi kali ni, almost
perfect dah tu tau.
***
Asyiqin keluar dari keretanya macam ribut. Habis, lewat! Kalau lima minit tahan
lagi, ini sudah hampir setengah jam. Asyiqin bergegas ke dalam bangunan mewah
itu. Tangannya rancak menggagau kad kerjanya. Nak punch kad, memang spoil dah
rekod dia minggu ni. Asyik lewat sahaja. Harap-harap boss dia tak marah.
Pintu lif terbuka
dan dia melangkah keluar. Aik, hari ni semua orang senyap, selalunya sibuk
duduk bergosip sana-sini. Asyiqin meletakkan barangannya ke atas meja di
cubicle dia dan duduk melepaskan lelah berlari tadi. Kerusinya dipusing-pusing.
“Psst! Psst. Babe,
kau masuk lewat, tapi kau tayang muka innocent gila.”
Zeta, yang juga
kawan sekerjanya yang duduk di cubicle bertentangan dengannya berbisik halus.
Pelik benar hari ni semua orang ya, cakap pun berbisik. Awat, ada ghimau ke
terlepas kat office ni? Super duper silent.
“Bukan sengaja pun.
Eh? Kenapa aku tak nampak muka budak-budak yang His & Hers ek? Lewat juga
kah mereka tu?”
Zeta angkat kening.
Ratu lewat kat depan dia ni memanglah.
“Diorang ada dengan
new boss. That new boss wants to discuss something about nak ‘HOT’ kan lagi
H&H tu. Oh yeah, lupa nak bagi tahu kau, tadi boss dah suruh aku pesan, dia
suruh kau masuk bilik dia bila kau dah sampai. Lupa pulak nak cakap.”
Selamba Zeta
berkata. Asyiqin sudah mengetuk kepalanya. Lupa pulak hari ni boss baru yang
masuk. Aiyoyo. Rasanya dia sudah tahu kenapa seluruh department ni senyap,
mesti boss baru ni singa.
“Adoi babe. Mati
kali ni. Sebelum ni, Mr Shahran cool saja, now, new boss kita garang ek?”
Asyiqin masih lagi
nak bergossip. Kalau orang lain dah macam kelibut pergi lari jumpa boss. Dia
ni, senteng akal kut.
“Kau imagine saja,
kami dengar tapak kaki dia je, semua lari ke tempat masing-masing. Macam
pengetua pun ada boss kita tu. Very serious but very handsome.Very...masculine.”
Asyiqin angguk
sambil mengambil folder karyanya, lalu berlenggang ke bilik boss baru itu.
Takkanlah teruk sangat kut kan, Asyiqin tahulah macam mana nak gunakan charm
dia ni.
Baru sahaja dia
ingin menolak masuk pintu bilik boss, dua orang journalist H&H sekali
dengan Asyiqin tadi pun keluar dari bilik itu. Muka tegang habis. Mereka
memandang Asyiqin dengan muka simpati.
“Syiqin, you are so
dead meat. Kami doakan saja kau.”
Dan terus mereka
berlalu. Asyiqin tiba-tiba rasa tak konfiden. Alahai, teruk sangat eh boss baru
ni? Gambatte Asyiqin.
Lalu dia mengetuk
pintu bilik boss. Setelah dia dengar ada orang kata masuk, baru dia beranikan
diri untuk terus melangkah.
Asyiqin melihat
lelaki itu tertunduk menghadap kertas di hadapannya. Setelah itu, dia
mengangkat wajahnya dan Asyiqin sedaya upaya cuba tahan diri dari menghamburkan
gelak tawanya. Muka boss dia kacak, tapi spoil sebab ada moustache yang tebal
tu. Boss dia pula angkat kening
tinggi-tinggi memandang muka Asyiqin yang jelas kemerahan itu. Asyiqin cepat-cepat
melekapkan tangannya pada mulut, nanti terbelahak kat sini sah-sah kena buang
kerja.
“Duduk.”
Sepatah kata yang
tegas berjaya buat Asyiqin hentikan perasaan geli hatinya. Memang betul kata
mereka, boss baru ni tegas. Misai pun dah macam orang masuk Army tu. Lagi
tepat, macam polis dalam Gerak Khas tu. Tapikan, muka ni macam pernah dilihat.
Di mana ya?
“You are late,
Miss...”
Matanya dilarikan
pada kad yang tergantung pada leher wanita di hadapannya itu.
“Nasrin. This whole
week, awak selalu lewat. Dah tak mahu kerja dekat sini?”
Gulp. Syiqin telan
liur. Apa mau kasi ni, reason, reason.
“Actually boss,
saya bukan sengaja datang lewat. Saya overslept saja, maklumlah, this time
round saya punya article tu demanding sedikit. Idea pun datang tengah malam
buta.”
Asyiqin
berterus-terang. Boss dia pula dah pandang dia semacam.
“Awak ingat ni
syarikat awak? Boleh sesuka hati nak datang pukul berapa? Even your article pun
hari ni kan due? Mana, bagi saya tengok, hebat sangat ke idea awak tu.”
Lalu sesuka hati
dia saja mengambil file dari tangan Asyiqin. Asyiqin ternganga, amboi, agak
biadap. Main ambil macam tu saja.
Asyiqin pula
melarikan mata pada wajah bos baru dia tu. Kalau buang Mr Mo atas mulut tu,
makin handsome gamaknya. Itulah Asyiqin, betul ke research kau buat tentang
lelaki bermisai ni? Ini nampak macam pakcik jual air tepi jalan pun ada.
“Buat balik. I am
not impressed. Nonsense apa awak tulis pun saya tak tahu. Rubbish! Make sure,
petang ni, article tu ada atas meja saya. If not, you are fired. Dahlah tak ada
disiplin, kerja pun cincai.”
Asyiqin rasa macam
nak meletup on-stop. Longkang punya mulut bos dia ni. Rubbish dia kata? Aku
kemain lagi buat research sana sini dia cakap nonsense? Aku cukur misai dia tu
karang baru tahu. Eish!
“Ha, apa lagi awak
duduk pandang saya macam tu? Get out!”
Bos dia memberi
arahan tegas. Asyiqin berdiri dengan perasaan tak puas hati yang membengkak di
dada. Matanya dikecilkan pada bos dia, nak cakap dia geram lah tu.
“Such an
insufferable person.”
Desis Asyiqin
perlahan, namun dia pasti bos dia pun dapat menangkap katanya sebab bos dia
tunjuk muka perasan hebat dia pada Syiqin tu. Asyiqin pun nak tunjuk hebat, so
dia tunjukkan sedikit attitude kepada bosnya itu. Kepala diangkat dan kakinya
melangkah menjauhi meja bos dia itu. Namun, tanpa disengajakan, kaki skirt dia
yang paras lutut itu terpaut pada bucu meja, dan berlakulah suatu insiden yang
Asyiqin rasa macam nak kambus diri dalam tanah sahaja.
Itulah Syiqin,
pakai lagi skirt crochet. Pakai lagi, kan dah tersangkut dah dekat meja tu. Kan
dah koyak skirt tu, lepas ni tak payah nak alter jadi miniskirt lah,buat kain
buruk je skirt tu. Bos dia pula sudah pandang belakang Asyiqin. Alamak, koyak
dekat belakang pulak tu, makin panjang jadi slit skirt tu. Free show dah lepas
ni. Syiqin rasa muka dia memerah. Keras-keras dia pun, bab skirt koyak ni buat
dia rasa nak menangis pun ada.
“Itulah, pakai lagi
skirt pendek-pendek. Koyak sikit sudah terdedah. Dah, keluar. I have an
important bussiness call to make.”
Tak ada perasaan
betul Encik Misai ni. Sipi je nak nampak undies dia, tapi lelaki tu buat kayu
dia saja. Tak ada simpati langsung. Tak gentleman langsung.
***
Asyiqin memandang
jam di pergelangan tangannya. Dah nak pukul enam, article dia pun sudah siap,
nak re-check sahaja. Asyiqin cepat-cepat baca balik apa yang dia tulis. Bos
baru punya pasal, artikel pun kena ubah suai. Lecehla macam ni. Sakit hati tau.
Telefon office dicapai
dan dia mendail nombor rumahnya. Selepas beberapa deringan, panggilan dijawab.
“Hallo, Adam here.”
“Ha, jawab pun
telefon. Ni, cakap dekat Ammi, penji lewat sikit petang ni. Nak submit kerja,
then nak harung jalan jammed lagi. Korang makan dulu, penji makan kat luar.”
Asyiqin memberitahu
adiknya. Adam pula mengiyakan sahaja arahan kakaknya itu.
“Kau nak apa-apa
tak? Penji belikan on the way nanti.”
Sebagai seorang
kakak, Asyiqin Nasrin ni agak prihatin dengan adik-adiknya.
“Jap, Adam tanya
Lia pun.”
Adam hold
panggilan. Asyiqin pun sabar saja menunggu. Tak sampai dua minit Adam kembali.
“Lia nak Secret
Recipe. Adam pun sama. One NY cheese and another is Blueberry Cheese.”
Asyiqin tergelak.
Tak habis-habis dengan Secret Recipe dua orang ni. Sweet tooth betul.
“Suka ketuk penji
ya? Nasib baik dompet masih tebal time ni.Okayla, see you at home. Suruh Lia
lipatkan kain baju penji tu, cakap kat dia upah beli cake. Bye.”
Asyiqin meletakkan
gagang dan mengemaskan failnya. Dia bangkit dari kerusinya dan berlalu ke
pejabat Encik Misai garang tu. Kalau tak salah Asyiqin nama Encik Misai tu
Shahid. Banyak-banyak nama kenapalah Shahid juga nama lelaki tu?
Mentang-mentang Syiqin minat Shahid Kapoor atas sikit pada Ian Somerhalder tu,
jangan ingat Syiqin nak adore Mr Misai tebal tu. Sangat tak macam Shahid
Kapoor, yang tu misai tebal mana pun masih handsome.
“Come in.”
Asyiqin menolak
pintu bilik Encik Misai itu. Dia menghampiri meja lelaki itu. Shahid pula
sedang tunduk sambil mengemas laptopnya.
“Erm... the
article. Re-done.”
Asyiqin menolak
fail yang mengandungi artikel dia tadi ke hadapan lelaki itu. Shahid pula
mengangkat kepalanya. Fail itu dijeling sekilas dan dia memandang wajah
Asyiqin.
“Nak re-do pun dari
pagi ke petang? Dah, tinggal saja, saya pun dah nak balik ni. Saya balik baca
kat rumah.”
Shahid berkata
selamba. Poker face betul wajahnya ketika itu. Langsung tak beriak.
“Okay.”
Asyiqin berkata
sepatah lalu berlalu. Dia kembali ke
mejanya dan turut mengemas barangannya. Kena cepat, nak singgah Secret
Recipe dekat bawah lagi. Asyiqin
mengangkat beg laptopnya di sebelah kiri, handbagnya di sebelah kanan, dan juga
beberapa fail yang perlu di ulang kaji di rumah. Penuh tangan dia ni.
Asyiqin ingin
menekan butang elevator, tapi benda yang paling senang itu pun akan jadi payah
apabila tangan sudah penuh dengan barangan. Namun, Asyiqin kita ni jenis degil,
dia nak juga cuba , manalah tahu takut-takut dia boleh tekan butang turun tu.
“Ish! Susah betul.”
Asyiqin menjerit
geram. Nasib semua orang dah balik. Tinggal pak-guard saja kat bawah tu.
“Susah sebab awak
tu degil. Letak lah dulu beg tu kat bawah. Then tekan. Tak paham saya orang
macam awak ni.”
Satu suara berbunyi dari belakang Asyiqin. Waktu itu
Asyiqin rasa macam nak lompat turun dari tingkap pun ada. Bos dia ni tak balik
lagi ke? Tadi macam dah tak sabar nak balik.
“Hai bos. Saya pun
tak faham dengan diri saya, bos lagilah tak paham. So save your criticism to
yourself.”
Amboi, berani
engkau Syiqin cakap macam tu dengan bos. Shahid pula sudah tarik senyum senget
dia. Interesting betul budak depan dia ni. Berani menjawab balik, padahal dah
tahu diri dia salah. Haih, kesian siapa jadi life-partner dia nanti.
“I was just
pointing out the obvious.”
Shahid berkata
selamba. Dia menekan butang turun, nak tunggu Asyiqin ni tekan? Sampai ke malam
lah dia tak balik agaknya.
“Oh? From Mr Misai
to Captain Obvious? Just great. Lepas ni apa? Jadi Hulk pula?”
Asyiqin pun tak
tahu kenapa dia rude sangat dengan lelaki itu. Mungkin sebab lelaki itu yang
membuatnya taip balik artikel yang dia usahakan selama seminggu itu. Orang yang
buat dia pulang lewat hari ni, dan juga orang yang tak boleh nak appreciate
kerja yang dia buat. Tak mahu baca on spot, konon nak bawa balik article itu ke
rumah. Nak baca di rumah.
“Apa masalah awak
ni? Marah semacam saja? Lepas tu nak lampiaskan pada saya.”
Shahid menyuarakan
ketidakpuasan hatinya. Iyalah, dia cakap benda betul , minah ni pulak tetiba
nak marah dia. PMS much!
“Saya tak suka
awak. Eventhough you are my boss, tapi awak tu big bully. And then you proved
me that my research was quite off. That moustache langsung tak sesuai dengan
wajah you. Buruk tahu.”
Selamba betul
Asyiqin ni. Muka Shahid pula sudah merah semacam. Ada hati dia nak complain
pasal misai dia ni? Pekerja tak sedar diri. Macam dia tu cantik sangat. Shahid
memandang Asyiqin Nasrin atas bawah.
“Saya tak suruh pun
awak suka saya. Me, a bully? You must be crazy, saya tak buli, saya nak kerja
yang dihasilkan berkualiti. Barulah makin ramai customer kita, faham?”
Shahid bersuara
lantang. Asyiqin masih lagi tidak berpuas hati. Dia sambung lagi.
“You think you are
so beautiful, don’t you? Eh, dengar sini. Kalau setakat a girl like you, yang
jalan sana sini dalam mini-skirt, jangan haraplah nak dapat suami baik-baik.
You can just be our play thing, faham? So not wife material. Ni mesti masak pun
tak reti kan? Sampai ke tua lah jadi andartu agaknya. Hey, malang suami engkau
nanti.”
Ha, ambik kau.
Ingat kau sorang pandai kritik orang? Pedas tak Shahid bagi? Asyiqin pula
terkelu, tak tahu nak kata apa. Tersentak pun ada, malang ek? Asyiqin ingin
membuka mulut untuk menjawab namun dia tak tahu nak bagi balik macam mana. Dia
mendiamkan diri sahaja, baik diam, karang tak pepasal ada yang kena pecat kerja
sebab over-biadap.
Shahid juga turut
terkilan. Tak pernah dia kutuk orang sebelum ni, sekarang kiranya dia dah satu
level dengan Asyiqin lah, saling kutuk-mengutuk. Shahid pula memandang Asyiqin yang sudah
terdiam itu, wajah gadis pendek itu ditelitinya dari ekor mata, menangis ke?
“Urm... I
apologise. Terlanjur pula tadi.”
Shahid bersuara
perlahan. Asyiqin memalingkan mukanya ke sebelah. Mukanya dihias dengan
senyuman yang lebar.
“That’s right.
Tahupun rasa bersalah. Saya tak terasa pun, kalau biadap dengan bos, nanti saya
pula kena fired. Baik diam.”
‘Ting.’ Bunyi lif
yang sudah tiba pada tingkat mereka. Asyiqin mendahului.
“Awak ni agak
degil, kan?”
Shahid berkata
sambil tergelak kecil. Jarinya menekan butang G.
“You are not the
first to say that. I always give my Ammi a hell-time.”
Asyiqin berkata
spontan. Boleh pun cakap elok-elok. Shahid hanya mengangguk, kesian mak budak
ni, nak layan karenah anak perempuan dia yang degil ni.
“Okaylah, see you
tomorrow. Kalau boleh, cuba pakai baju kurung. Jadi wife material sikit?”
Rhetorical
question. Asyiqin dengar di angin lalu saja. Masuk kiri , keluar telinga kanan.
Dia senyum saja,bos dia ni, ada saja nak buat dia rasa menggelegak. Sebijik
macam Ammi, ada saja tak puas hati dengan penampilan dia. Haish.
***
Asyiqin tidak sedar
bila masanya dia terlena semalam. Jam loceng di sebelah katil di pandang mahu
tak mahu. Hurm, relekslah, baru pukul tujuh pagi kut.
“What?! Pukul 7
dah? Shucks, lewat lagi nampaknya.”
Dia bangkit dari
katilnya seperti kilat. Shower sekali dengan memberus gigi. Entah sabun ke
tidak badan tu. Rambut pun tak basah, macam mandi P Ramlee pun ada.
Kurang dari lima
minit Asyiqin keluar dari bilik mandinya. Pecah rekod, tak pernah dia mandi
secepat itu. Sejak kebelakangan ni, memang dia kena masuk awal pejabatnya, ada
banyak sangat kerja. Plus, bos baru dia yang dia sudah tahu namanya itu minggu
lepas, Shahid tu, teramatlah particular.
Tak boleh ada kesalahan langsung, kena buat balik. Asyiqin pun tak
sangka dia mampu bertahan selama dua minggu dengan Shahid tu. Cepat betul masa
berlalu, dua minggu dah pun Encik misai tu jadi bos dia.
Dan, setiap hari di
dalam dua minggu itulah Shahid tu merungut tentang pakaian dia. Too skimpy lah,
too transparent lah, too tightlah. Hello bhai, body siapa ni, suka hatilah tuan
body nak pakai apa sekali pun.
Asyiqin teringat ada adegan semalam, dia ke pejabat dengan memakai dress berwarna
putih, berlengan panjang tetapi agak ketat dan ikut body shape. Kain lace tau, tapi
si Syiqin ni pakai dah macam kulit kedua pun ada. Si Shahid tu entah dari mana
munculnya, dan pandang Syiqin atas bawah.
“Encik Shahid ada
masalah ke dengan saya hari ni?”
Selamba Asyiqin
bertanya. Hampir semua yang ada di cubicle itu berhenti dari membuat kerja, dan
menumpukan perhatian kepada scene drama yang bakal berlaku itu.
“Masuk bilik saya.”
Selamba saja Encik
Misai tu bagi arahan kepada Asyiqin. Nak tak nak Asyiqin kena ikut. Dia
mendaratkan punggungnya pada kerusi berhadapan dengan Shahid.Shahid
memandangnya tajam.
“Awak duduk dengan
parents lagi ke?”
Asyiqin mengangguk,
walaupun soalan itu agak personal.
“Good. Now, may I
borrow your cellphone?”
Aik, Asyiqin pun
hairan. Boleh pula berlemah lembut Encik Misai ni?
Entah apa yang
memukau Syiqin ketika itu, dia turutkan sahaja kehendak Shahid. Shahid tu dah
tunjuk muka bangga dia, ajaib hari ni, tak ada banyak soal. Kalau tak asyik nak
bertengkar saja.
Shahid membuka
contacts Asyiqin dan mencari nama Mama ke, Daddy ke, namun, dia terjumpa nama
Ammi, dan dia rasakan itu nombor Mama Syiqin. Butang dail ditekan. Shahid
bangkit dan berlalu ke tandas. Asyiqin pula sudah ternganga, mamat tu nak buat
apa dengan telefon aku?
Di dalam tandas,
Shahid menunggu panggilan untuk di jawab. Eh, penuh kut bar Celcom dalam toilet
ni, bagus betul.
“Chandni! Nak apa
ni call Ammi siang-siang?”
Ammi Asyiqin sudah
mengangkat. Shahid tahan nafasnya, ‘Chandni’, bermakna bulan. Nama manja bakal
isteri dia ni dekat rumah ya? Comel.
“Ammi, this is
Shahid. Shahid Shahran.”
Selamba Shahid
bertutur. Dah ayah dia kata Ammi dan daddy Asyiqin ni dah kenal Shahid. Memang
kenal pun, hari itu jumpa dekat house party, Asyiqin saja yang tak datang. Ammi
Syiqin ni siap ambil gambar dia lagi kut dengan I-pad.
“Accha!Shahid,
bakal menantu Ammi? Ni macam mana boleh guna phone si kepala batu tu?”
Amboi Ammi, senang
hati saja panggil anak dara dia tu kepala batu. Shahid nyaris tergelak. Memang
fikiran dia dengan Ammi Syiqin ni sama.
“Yes, that’s me.
Shahid minta dengan dia. Senang pula dia bagi. Listen Ammi, Shahid nak minta
favour dari Ammi, boleh?”
Shahid berkata
dengan hemah. Dah dekat dua minggu dia tahan dengan Asyiqin yang terlampau
seksi itu. Dua minggu, dah tak tahan tau. Ingat dia suka tengok bakal isteri
dia display badan macam tu dekat semua orang?
Ingat dia tak perasan macam mana staff
lelakinya memandang Asyiqin atas bawah setiap kali dia lalu di sebelah mereka?
Even Shahid sendiri pun tak boleh larikan matanya, orang lain pun entahlah,
mungkin lagi teruk duduk imagine dalam kepala otak mereka itu.
“Zaroor! Tentu
sekali. Selagi Ammi mampu, Ammi tolong.”
Shahid rasa nak
bersorak. Dia kena ambil suatu tindakan drastik. Memang, sebagai bakal suami,
Shahid rasa posessive ke atas Asyiqin itu. Walaupun Asyiqin masih tak tahu yang
Shahid ni bakal suami dia, lambat-laun mesti dia akan tahu juga.
“Ammi tolong pergi
buang semua mini-mini skirt minah tu. Shahid dah tak boleh sabar dah Ammi,
panas rasa tau. Baik ubah sekarang, nanti kahwin, nak ubah dia ni, ambil masa
pulak. Nanti dayus pula Shahid ni. Lagi bagus, Ammi gantikan wardrobe dia tu
dengan jubah ke, slacks longgar ke, punjabi suit ke, anything appropriate. Cost,
Ammi jangan risau, kejap lagi juga Shahid suruh my secretary bank-in kan some
amount into your account.”
Hah! Amek kau.
Drastik tak drastik Encik Misai ni sorang. Shahid memandang sekilas wajahnya di
dalam cermin. A’ahlah. Dulu masa jumpa Ammi Syiqin ni, dia tak pakai misai
lagi, entah kenapa dia rasa nak cuba pakai misai. Nampaknya, betul apa yang
Syiqin cakap, tak berapa sesuai la misai ni dengan wajah dia. Macam baru keluar
dari Army pun ada.
“Itu saja? Boleh
sangat. Ammi pun panas hati dengan budak tu. Tapi nak buat macam mana, Daddy
dia buat senyap saja. Sekarang Shahid dah fikir macam Ammi, sekarang juga Ammi
pergi bakar.”
Ammi berkata penuh
semangat. Shahid mengangguk sambil bermain dengan misainya. Jari telunjuk
diletakkan atas misai itu, dia pandang lagi cermin. Hurm, kalau buang misai,
baru si Syiqin tu rasa nak pandang wajah dia. Macam Shahid Kapoor apa muka si Shahid
Shahran ni. Nama pun dah sama, dan mungkin dia ni tinggi sikit saja pada Shahid
Kapoor tu. Dan lagi cerah, haha.
“Shukria Ammi.
Thanks. Okaylah, Shahid kena return phone ni dekat anak Ammi ni, nanti dia syak
apa pulak.”
Shahid membuka
perlahan pintu bilik air itu.
“Okay okay.Kirim
salam parents kamu pun nanti. Allah hafiz.”
“Khuda hafiz,
Ammi.”
Kata Shahid sambil
mematikan panggilannya. Kemudian, dia memandang Asyiqin yang sudah bercekak
pinggang di hadapannya itu. Ewah ewah, macam mem besar dah gaya Syiqin tu.
“Amboi, cantik muka
encik. Kemain lagi guna phone saya, ingat murah saya bayar bil bulan-bulan?”
Sinis, Syiqin
memerli Shahid. Shahid tayang muka selamba sahaja. Yang penting, esok mesti
Asyiqin ni mengamuk gila dengan dia.
“Terima kasih. Muka
saya memang cantik pun.”
Loyar buruk dah
mamat ni pun. Asyiqin mendengus. Geram tahu, dia macam tunggul tunggu malaun ni
nak keluar, si Shahid tu pula syok-syok borak dengan entah siapa. Hello, nak
borak pun tak perlulah nak guna telefon employee tahu. Tak logik.
“Eih! Gila saya
kalau layan encik hari-hari.”
Asyiqin merungut.
Telefonnya dirampas dari tangan Shahid.
“Makin gila agaknya
awak ni bila kita kahwin.”
Shahid berkata
perlahan. Asyiqin yang terdengar itu buat muka paling hodoh yang boleh dia
buat.
“Scusi, encik nak
kahwin dengan saya? Sorry sikit! Saya tak suka lelaki bermisai.Buruk tahu.”
Dah mula dah debat
perdana mereka ni. Shahid hanya tergelak. Benda tak lucu pun nak gelak ke bhai?
“Sah, encik ni
gila. Saya pun boleh jadi gila lawan cakap dengan encik. Encik Shahid, even you
are the last person on earth, jangan harap saya nak kahwin dengan awak. I am
not Eve, and you tak akan jadi my Adam.”
Shahid mematikan
tawanya. Muka diseriuskan. Tangan Syiqin dicapai dan dia menarik Syiqin rapat
ke dadanya. Asyiqin terkelu. Shahid
sudah ingin bersorak dalam hati.
Dia merapatkan
wajahnya ke wajah Asyiqin. Matanya menikam mata Asyiqin. Tahu pun nak cuak
budak ni.
“We will see about
that. I dah cakap dengan your Ammi tadi. She approves of me, Chandni.”
Mati kutu Asyiqin
apabila mendengar kata-kata yang baru dilafazkan Shahid itu. Chandni? Memang
sah Shahid cakap dengan Ammi dia ni, hanya Ammi dia yang panggil dia Chandni
dalam telefon, ataupun masa Ammi dia rasa nak panggil gelaran itu. Asyiqin
telan liur.
Kenapa Ammi boleh
terima Shahid macam itu sahaja. Ammi kenal ke Shahid ni? Iyalah, parents Shahid,
Ammi dengan Daddy kenal, rapat pula tu. Wajah
Shahid ditelitinya. Sumpah pernah nampak sebelum ni lagi tau. Jarinya
didekatkan pada misai Shahid dan dia tutup misai itu.
‘Eh! Inikan mamat
I-pad dulu tu? Yang Ammi beria-ia sangat tu.’
Sah, ni lah lelaki yang Ammi tunjuk dalam
I-pad dulu. Aiya! Kan dia dah reject hari tu, Ammi ni keras kepala lah. Setelah
itu, tanpa sebarang kata, dia memboloskan dirinya dari bilik Shahid itu. Tetiba
rasa macam nak letak jawatan dan lari ke negara lain. Lari dari Shahid, dan
lari dari Ammi yang meroyan nak menantu. Alangkah indah jika hidup sebegitu
senang.
Asyiqin kembali ke
situasi sekarang. Semalam, dia balik rumah, langsung tak bercakap dengan
sesiapa, baju pun tak salin, dan dia terus mengurungkan dirinya di dalam bilik.
Sedar-sedar dah terlena, baju kerja hari ini pun tidak digosok lagi.Semua ni
Encik Misai tu dengan Ammi punya pasal lah! Hilang dah mood tahu.
Setelah mandi ala
kadar, Asyiqin membuka almarinya dan dia rasa ingin menjerit biar satu dunia
dengar.
“AMMI! AMMI!”
Asyiqin menjerit
dengan nyaring. Tangan dilarikan pada rambutnya. Pintu almari dihempas. Ini
dia, memang rasa nak mengamuk sepuas hati.
Amminya pula membuka pintu bilik sambil bercekak pinggang.
“Kya hua? Apa jadi?
Pagi-pagi menjerit macam nampak hantu. Sungguh tak sopan. Bakal mak mertua kamu
tengok terus kena reject tahu.”
Asyiqin memandang
Ammi dia kecil besar. Rasa nak cekik pun ada tahu, Ammi dia ni memang pandai
buat muka tak bersalah. Semalam dia pergi kerja, semua koleksi bajunya masih
ada, still intact, hari ni buka almari, hanya ada baju kurung, slacks, blouse
entah berapa saiz besar dari dia, dan tentunya, pakaian nasional Ammi dia,
Punjabi freaking suit! Siapa tak marah kalau wardrobe tetiba ditukar? Saja Ammi
dia ni nak buat prank. Dahlah sudah lewat ni.
“Oh cut the
nonsense Ammi. Syiqin dah lewat ni, now tell me, mana baju-baju Syikin?”
Asyiqin bercekak
pinggang di hadapan Ammi dia. Ammi pula tayang muka tak tahu. Lagi berasap anak
daro sorang tu.
“Itukan almari Syiqin,
semua baju dalam tu baju Syiqin lah. Buat lawak pula Syiqin pagi ni.”
That’s it! Ammi ni
pandai berlakon ya?
“Syiqin tahula itu
almari Syiqin, Ammi. Tapi dalam tu semua bukan baju Syiqin. Mana Syiqin ada
pernah pakai baju kurung pergi pejabat? I beg you Ammi, what did you do to my
clothes?”
Ammi sudah mula
pandang kiri kanan. Ha, nak cari helah lah tu kan? Anak Ammi ni kenal sangat
dengan Ammi ni tau. Boleh baca Ammi macam buku tau. Sepandai mana tupai lompat,
jatuh ke tanah juga tahu.
“Sebenarnya, sachi
bhaat hai, Ammi dah bagi baju Syiqin tu dekat goodwill semalam. Ammi sudah
dapat greenlight dari your bakal suami, so Ammi buatlah apa yang patut. Ha,
ini, tengok punjabi suit ni, cantik sangat tahu, kain pun cantik, apa salahnya
Syiqin pakai? Tutup aurat pun, kurang daddy kamu tu tanggung dosa. Kita Asian,
chandni, buat cara kita. Dah, nashta tayaar hai, breakfast dah siap, get ready
and come and eat. Ingat, Ammi buat semua ni untuk kebaikan kamu juga.”
Mahu tak ternganga
Syiqin. Panas hati pun jadi sejuk apabila Ammi dia buat muka sedih macam tu.
Hurm, Ammi cakap tu betul juga, Asian buatlah cara Asian. Be proud of who you
are. Kita ada culture tersendiri, buat apa nak ikut budaya pelik orang lain? So
not original.
Syiqin mengambil
nafas dalam-dalam dan lepas. Relaks Syiqin, ikut saja Ammi cakap apa. Perihal
menantu dia tu, KIV dulu. Kita selesaikan masalah satu persatu. Hal menantu,
kau consult Encik Misai tu sendiri. Ini mesti semua arahan Encik Misai itu kan?
Dia yang call Ammi dengan fon aku semalam, adalah tu dia cucuk Ammi. Kalau tak,
jangan harap Ammi nak bertindak sedrastik ini.
Asyiqin meletakkan punjabi
suit itu ketepi dan memilih baju kurung yang sesuai. Hurm, ada satu yang
menarik perhatiannya. Baju kurung warna pink muda, dan kain batik warna putih
pink. Sweet.
Namun, setelah
memakai baju, Syiqin lagi sekali nak pengsan apabila melihat ke dalam cermin.
Apa sudah jadi pada rambutnya? Ammi ni, memang terlampau drastik! Buang baju
tahan lagi, rambut pun kena potong ke? Dahlah potong pun tak sekata. Macam mana
Syiqin nak pergi pejabat ni? Rambut pun disaster! Lagi sekali dia menggeledah almari dan
mencari selendang, selendang dari punjabi suit pun jadilah, asal tiada siapa
nampak rambut dia yang macam orang gila
tu. Ammi ni...
***
“Good morning...”
Nak tak nak Asyiqin
menceriakan suaranya. Kalau tak, nahas kena lecture dengan Daddy dia.
Semua yang ada di
meja makan itu terpaku. Ammi dengan Amalia sudah tersenyum penuh rahsia, yalah,
sorang tukang buang baju, sorang tukang potong rambut. Adam dengan Daddy sudah
hampir ternganga, mana tak terkejut, Asyiqin tampil begitu ayu dan manis dengan
baju kurung dan berselendang penuh. Pandai pula minah ni lilit selendang.
Hebat.
“Ammi tapaukan
please, dah lewat.”
Sepatah Asyiqin
berkata. Amminya hanya menurut perintah. Asyiqin tu mesti nak merajuk dengan
dia, tapi dia tak tunjuk depan daddy dia ni.
Asyiqin membuntuti
Amminya ke dapur.
“Syiqin minta maaf
tinggikan suara tadi.”
Ammi nyaris
berhenti dari membuat kerja. Dia memandang Asyiqin dengan penuh kasih sayang.
Kan cantik macam ni. Sopan.
“Salah Ammi. Ghalat
kardiya maine. Ammi dah buat salah. Tapi, Ammi suka tengok Syiqin macam ni.
Bakal menantu Ammi tu tak suka bakal isteri dia ni tayang badan dekat orang
lain.”
Ammi dia berseloroh.
Again, bakal menantu.
“Ammi, bakal
menantu Ammi tu...Shahid Shahran?”
Nak tak nak Asyiqin
bertanya. Ammi pula cepat-cepat angguk. Amboi, semangat betul Ammi ni bab
menantu ya.
“Yup! Dialah tu.
Hari tu masa houseparty dia, mama dia merisik kamu, Ammi dengan Daddy setuju
jelah. Then, Ammi tunjuk muka dia dekat kamu, kamu tak setuju. So, dialah kena
buat kamu setuju. Ammi berkenan dengan dia. Syiqin, get to know him, please.
Dia budak baik.”
Budak baik? Budak
baik ke yang suruh Ammi pergi buang segala baju dia? Suruh gunting rambut dia
dalam tidur? Okay, mungkin niat dia baik, suruh Syiqin tutup aurat, but hello,
cara tak kena, niat pun tak kena. Syiqin pakai tudung sebab nak tutup rambut
dia yang dah entah apa-apa tu, betul ke niat tu?
“Hurm. Tengoklah
macam mana.”
Syiqin membalas
ringkas. Malaslah nak kahwin ni, tambah-tambah calon suami yang macam Encik
Misai tu. Dia boleh buat aku tutup aurat, aku pun boleh buat dia cukur misai tu
kan? Dia cukur misai tu, baru aku kasi chance dia nak kenal aku. Heh. Tak larat
dah asyik deny Ammi, dia nak sangat menantukan Shahid tu, tengok Shahid tu
boleh sabar tak dengan aku. Kalau boleh, memang on spot aku bagi greenlight.
***
Asyiqin melangkah kecil ke dalam pejabatnya. Tak boleh buka kangkang besar,
kain kurung ni labuh, karang ada yang tersadung, kemek pula hidung ni.
“Morning guys!”
Asyiqin menegur
manusia-manusia yang ada di ruangan kerja itu. Hampir semua orang ternganga,
iyalah, Asyiqin datang awal dari biasa satu, dia siap tutup atas bawah lagi
satu. Drastik. Datang awal sebab hari ni entah mengapa jalan tak jammed, dia
keluar rumah pun dekat pukul lapan tadi, itulah agaknya, Allah kasi rezeki kut.
“Babe, kau sihat
tak? Sawan ke demam ni? Drastik kut. Baju kurung, tudung bagai, pergh, calon
menantu betul ni. Muslimah kut. Makin cantik engkau.”
Cik suka jaga tepi
kain orang yang bernama Zeta itu sudah menyemak di cubicle Asyiqin. Asyiqin
tarik senyum.
“ Eh beb.Kau kata
aku drastik, Ammi aku lagi drastik. Kau tahu tak, aku bangun pagi ni, dengan rambut
aku yang kena potong macam tempurung kelapa, dan satu almari aku kena ganti
dengan baju baru. Aku pun terkejut, mengamuk pepagi buta tadi.Tapi nak buat
macam mana, nak tak nak, kena pakai la dah itu saja yang aku ada.”
Zeta menempekkan
punggungnya di tepi meja Asyiqin. Tangannya diletakkan pada pinggang. Macam bos
dah nampak gaya mak cik tu.
“Haha, Ammi kau tu
memang super cool lah. Dah engkau tu keras kepala sangat, Ammi kau tu pun dah
banyak kali dah kan suruh jangan pakai sendat-sendat sangat. Itu ha, kan Ammi
kau dah buat OPS sikap tersendiri tu. Tabik la.”
Zeta menyakat
Asyiqin. Asyiqin tarik muka selamba dia. Tangan mencapai tupperware dari dalam
paperbag dan membuka. Wah, marah dekat Ammi pun boleh hilang bila bau masakan
Ammi. Hari ni, Ammi buat capati dengan ayam rempah. Heavy breakfast ni. Jam pun
belum pukul 9.00, sempat lagi nak membedal makanan ni. Lapar pula tetiba.
Asyiqin mencubit
capati dan dicicah ke dalam kuah rempah itu. Nyum!
“Eh, lupa pula. Nak
rasa Zeta?”
Zeta, yang memang terliur
itu terus ambil share dia. Ammi Syiqin ni memang hebat bab masak-memasak ni.
Hari-hari Asyiqin bawa bekal. Tapikan, si Syiqin ni pandai ke masak ni? Kalau
pandai, untung betul siapa jadi bakal suami dia nanti.
“Erm! Sedapnya beb.
Ammi kau pandai masak, kau reti idak?”
Zeta bertanya
dengan mulut yang penuh. Minah ni, sungguh tak senonoh.
“Bolehlah,
cincai-cincai.”
Asyiqin menjawab
selamba. Dia bersandar pada kerusi, kenyang. Tupperware yang masih ada isi itu
ditolak ke arah Zeta. Makin bahagia Zeta. Pelahap betul.
“Aku pergi cuci
tangan kejap.”
Dan Asyiqin
berlalu. Beberapa minit kemudian dia kembali ke tempatnya.
“Eh beb, Ammi kau
letak apa... Oh.My.God!”
Asyiqin hairan
apabila Zeta yang tadi memandangnya itu terus memaku pandangannya ke arah lain.
Dahlah ayat tergantung Zeta ni. Tangannya dipetik di hadapan Zeta yang sudah
terpaku itu.Mulut pun ternganga, buruk bebenor.
“Weyh, kau nak
tanya apa ni? Duduk OMG segala tu kenapa?”
Asyiqin bertanya
geram. Nak tanya buat cara nak tanya, pergi lari kut lain tu kenapa?
“Aku lupa dah nak
tanya apa. Weyh beb, pandang belakang cepat. Encik Shahid hari ni extra
handsome kut!”
Asyiqin mencebik.
Tak ada maknanya dia nak pandang lelaki tu. Buang karan sahaja. Baik pandang
laptop dia, lagi bagus.
“Wey, pandang la.”
Zeta tak
habis-habis memaksanya. Asyiqin menjeling ke arah Zeta.
“Malas aku. Dah,
pergi basuh tupperware ni.”
Senang saja Asyiqin
menjawab.Zeta terdiam. Dia bangkit dari tempat Asyiqin itu.
“Eh, dia datang
sini lah.”
Zeta berkata sebelum
berlalu. Asyiqin tarik muka poyo dia. Datang sini ya? Siap engkau Encik Misai.
“Amazing. Awal hari
ni. Cantik baju kurung tu, jaan (sayang).”
Asyiqin masih lagi
menalakan pandangannya ke laptop. Buat tuli telinga boleh tak? Malas nak layan
si Misai ni.
“Encik nak apa?
Saya datang awal pun salah, lewat pun salah. Itu salah, ini salah.”
Asyiqin menggerutu.
Dia dapat dengar yang Shahid tergelak.
“Jaan, pagi-pagi
dah bad mood? Ni, cuba pandang saya, tentu bad mood pun hilang.”
Amboi, kau tu punca
bad mood aku, pandang engkau yang bermisai itu lagi teruk mood aku tahu.
Asyiqin masih lagi berkeras hati dan kepala. Benci sama mamat itu.
“Encik tu reason saya badmood. Encik hasut Ammi saya
semalam kan? Suruh tukar wardrobe saya bagai. Siap suruh potong rambut saya
lagi, kan?”
Asyiqin bertanya,
masa masih degil untuk tidak memandang jejaka itu. Shahid mengeluh lembut.
“Masuk bilik saya.”
Sepatah dia memberi
arahan, lalu berlalu ke biliknya. Asyiqin nak tak nak ikut dengan langkah yang
malas. Ish, asyik masuk bilik dia saja. Tak ada kerja lain. Sah dah lepas ni
gosip melayang satu pejabat ni. Tapikan, betul apa, Ammi dia memang dah suruh
dia kahwin dengan Shahid tu, Cuma dia saja yang masih tak nak setuju. Kalau tak
dah lama kat jari manis tu ada cincin tunang.
“Saya dah masuk ni,
now tell me the reasons why you did what you did!”
Asyiqin bertanya
geram. Pintu bilik Shahid di tolak dengan kuat sehingga tertutup. Bergema
bunyinya. Shahid pula masih membelakanginya.
“Sebabnya mudah
saja. Awak tu, bakal isteri saya, awak nak pakai seksi semua, boleh, tapi
tunggu kita kahwin. Just in front of me, saya bagi awak pakai seksi. Boleh?”
Dengan itu Shahid
memandang Asyiqin. Asyiqin pula rasa rahangnya sudah jatuh ke lantai. Memang
dia tahu sudah mengapa Zeta ber ‘Oh My God’ tadi. Shahid Shahran ke Shahid
Kapoor depan dia ni? Aiyo, kenapa dalam gambra hari tu muka dia tak macam
Shahid Kapoor? Kenapa hari ni macam pelakon kegemaran tu pula? Macam mana nak
gaduh ni, kalau kembar Shahid Kapoor ada kat depan.
“Huh?”
Asyiqin rasa
dirinya sangat bodoh. Woi, hanyut nampak. Get a grip, woman! Jangan nak
bernafsu sangat dengan Encik Misai ni. I mean, ex- Encik Misai. Misai dah tak
ada, makin ganteng!
“Nasrin, dengar tak
alasan saya tu?”
Shahid melangkah
menghampiri Asyiqin yang bagai terpaku itu. Hurm, betul tindakan dia untuk
shave misai tu. Calon isteri dia sudah star-strucked! Dah masuk jerat. Harap-harap
lepas ni dia sudilah nak kahwin dengan dia ni.
“Mana...mana misai
encik?”
Bodoh tak bodoh
soalan Asyiqin itu. Shahid ketawa. Ah, girangnya hati apabila cik Asyiqin
Nasrin ni tiba-tiba tak ada helah nak menjawab balik dengan dia.
“Awak cakap buruk,
saya cukur lah. Saya nak isteri saya nanti suka saya.”
Jauh di dasar hati
Asyiqin sudah ada bunga-bunga yang mekar. Itu ha, Shahid ni take serious pula.
Tapikan, dulu dia bermisai pun, Asyiqin rasa handsome saja, sebab tak sukakan Shahid,
dia kutuk kaw-kaw.Eh, Syiqin, apa dah kena dengan kau ni. Kau tak nak kahwin
dengan Encik misai ni, ex misai. Tapi tadi kau kata kalau dia shave kau nak
kasi chance. Mana satu ni? Asyiqin pun sudah confius.
Shahid pula dapat
rasakan peluang dia untuk mendekati Asyiqin ni makin cerah. Kena push sikit
saja lagi, baru boleh masuk meminang. Dia tak nak Asyiqin refer perkahwinan
mereka nanti sebagai kahwin paksa atau arranged marriage. Walaupun pada awalnya
memang pilihan keluarga, tapi Shahid nak Asyiqin sukakan dia sepenuh hati.
Seikhlas mungkin.
“Nasrin, nanti kita
lunch sama, okay?”
Cadang Shahid.
Asyiqin mengangguk, sebelum tersedar akan tindakannya untuk bersetuju itu.
Sudah terlewat untuk tarik balik anggukan. Nak tak nak, pergi sajalah lunch.
Bukan si Shahid ni nak bunuh dia pun.
****
Gelas di hadapan diletakkan kembali ke atas meja. Mata ditalakan kepada figura
di hadapannya itu. Dari tadi tak lari dari pandang dia. Seram pula tiba-tiba.
“Encik Shahid
kenapa pandang macam tu?”
Asyiqin bertanya
sambil mengelap mulutnya dengan napkin. Shahid tarik sebuah senyuman yang mampu
membuat mana-mana hati perempuan cair. Tapi, hati wanita depan dia ni macam
kebal saja. Tak emboh cair-cair lagi.
“Awak cantik, saya
pandang la. Nasrin, boleh awak bagi sebab kenapa awak tak mahu terima saya
sebagai pilihan Ammi awak?”
Itu ha, skema punya
ayat. Asyiqin pula tarik senyum mahu tak mahu. Reason dia satu saja.
“Sebab awak pilihan
Ammi. Sebab awak Pakistani blooded, sebab tu awak jadi pilihan Ammi saya. Saya tak
suka. Ammi saya boleh pilih suami sendiri, kenapa dia nak arranged kan
perkahwinan saya. Saya dah besar panjang, pandai lah saya nak cari sendiri
calon suami.”
Shahid mengangguk.
Dia mencapai air di hadapannya.
“Habis tu, kenapa
tak ketemukan lagi Ammi dengan calon
awak tu?”
Bernas soalan Shahid
tu. Asyiqin bermain dengan bucu kain napkinnya. Kenapa eh?
“Mungkin sebab saya
tak jumpa lagi calon suami saya tu. Saya nak someone yang macam Daddy, tetapi,
dia hendaklah tak bagi lecture macam daddy, tapi dia mestilah supercool macam
Daddy tu. Ammi membebel, daddy senyap saja.”
Lagi sekali Shahid
mengangguk. Supercool ya?
“Okay, saya
rasakan, awak kena bagi saya peluang. Kenapa? Sebab, first of all, saya ni mix
macam awak. Not fully Pakistani, okay. Secondly, awak tak boleh nak compare
saya dengan Daddy awak. He may be supercool, tapi saya ada nilai saya sendiri. Saya
suka buat awak marah sebab awak tu comel sangat kalau marah. Saya suka tunjuk
saya hebat depan awak sebab well, saya memang suka buat awak annoying dengan
saya. Kalau saya supercool dengan awak macam Daddy awak tu, where’s the fun in
it? Awak suka menjawab, saya kasi lah chance awak nak berdebat dengan saya.”
Logik tak logik
jawapan Shahid tu. Asyiqin rasa nak tergelak pun ada. Suka tengok dia marah ya?
Aku marah hari-hari nak?
“Bukan itu saja,
awak tu bossy. Tengok, awak call Ammi saya suruh hapuskan segala baju saya.
Potong rambut saya,sakit tahu hati saya. Lagilah minus pointer awak untuk jadi bakal lelaki saya.”
Asyiqin masih
mengeluarkan hujah. Shahid setia mendengar.
“Pasal itu, blame
your supercool Daddy. Awak tahu tak, selangkah awak keluar rumah tak tutup
aurat, daddy awak tanggung dosa tahu. I am just helping him. Saya tak kisah
awak nak minus point saya ke, apa ke, asalkan Allah tambah pointer awak untuk
score dekat Akhirat nanti sudah cukup bagi saya. Another thing, saya dah banyak
kali perasan colleagues awak yang lelaki selalu saja pandang awak tu macam nak
telan. I hate that. Saya saja boleh tengok awak macam tu, itupun bila dah sah.”
Hujah dibalas
hujah. Asyiqin sudah tegakkan badannya, nak berhujah dengan Shahid ni memang
kena ada stamina, dan postur.
“But, awak buat tu
terlalu drastik.”
Asyiqin masih
berkeras kepala. Shahid menggelengkan kepalanya.
“Ya, perubahan
memang kena drastik. Kena ada ‘bam!’
Ingat Nasrin, mula-mula susah, lama-lama senang. Just imagine sayang, awak keluar rumah tak tutup aurat, and suddenly Allah tetapkan waktu itu juga
ajal awak, awak nak mati dengan keadaan tak bertaubat? Nak masuk neraka? Aurat is
the basic thing, sayang. awak jaga itu dulu, then baru solat pun sempurna, doa
diterima.”
Asyiqin ternganga.
Rasa nak menangis kat sini pun ada. Shahid ni jahat! Jahat sebab dia tak buat
dia sedar sebelum ni lagi. Imagin Asyiqin, kalau kau tak jumpa dia ni, bila
agaknya kau nak berubah. Setitis air mata mengalir.
“Awak, kenapa awak
nak sangat dekat saya yang tak solehah ni?”
Soalan paling maut
sudah diutarakan. Shahid pula masih tersenyum. Asyiqin pun tak tahu kenapa,
hati dia pun sudah berubah secara drastik pada hari ini. Dia nak Shahid, Shahid
sebagai suaminya. Ex-Encik Misai, personally for her.
“ Manusia, boleh
dibentuk. Cuma, proses nak membentuk itu sahaja yang lain. Semuanya depends on
the person’s perspective. Just like this glass,”
Shahid menolak ke
hadapan gelas yang berisi air separuh itu.
“Glass?”
Asyiqin bertanya.
Shahid angguk.
“Yes, this glass.
Air dalam ni ada half, si A mungkin kata gelas itu separuh penuh, si B mungkin
kata separuh kosong. And I, jaan, cakap yang gelas ni bukan separuh kosong
ataupun separuh penuh. Dua-dua bukan. I cakap, I ni gelas, dan you tu air dalam
gelas tu.”
Asyiqin mengerutkan
mukanya. Shahid ni nak berfalsafah apa pula ni? Setahu dia,gelas penuh ke
kosong ke determines orang tu positive minded ataupun negative minded. Ini
tetiba lari terus dari konsep itu
“I ni air? Kenapa”
Shahid angguk.
“Sebab I ni gelas.
Gelas akan tetap kosong kalau tak ada air. Dan air tak akan terbentuk kalau tak
ada gelas. Liquid takes the shape pf the container, in this case, this glass.
You dibentuk oleh I, at the same time, you, my jaan, becomes a part of me.You
give me a reason to be a glass. To be a good husband, in this case. Get it?”
Asyiqin angguk
perlahan-lahan. Dia rasa dia dapat tangkap maksud Shahid ni.
“Meaning that awak
tak kisah saya tak solehah, sebab awak yakin tugas awak adalah untuk membentuk
saya? Macam tu?”
Shahid tersenyum
lebar. Pandai Asyiqin Nasrin ni.
“Perfect answer.
Saya akan pikul tugas seorang suami untuk membentuk awak menjadi isteri
solehah. Like I said, manusia ni boleh berubah. And you my jaan, telah berikan
I purpose untuk bimbing awak. Saya ni pun bukan hebat sangat, tapi bolehlah
kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. So, you with me? Ke masih nak yang
supercool?”
Asyiqin rasa macam
nak senyum sampai ke telinga ketika itu. Dia memandang Shahid tajam.
“Encik Misai, awak
saya yang punya tau.Saya tak rasa saya boleh cari yang supercool lebih pada
awak. Awak dah cukup cool. Astaghfirullah, you opened my eyes. Awak, jom
kahwin! Saya nak jadi solehah.”
Itu ha, gelojoh.
Dulu tak mahu sangat, dia tunjuk side ustaz depan hang, nak cekau cepat-cepat.
“Eh? What’s that?
Encik Misai?”
Shahid bertanya.
Asyiqin menggigit bibirnya, excited sangat sampai terlepas.
“I used to call you
that.”
Sepatah Asyiqin
membalas.
“So, bolehlah kalau
saya nak simpan misai lepas ni? Tak buruk dah lah ni?”
Shahid berseloroh.
“Awak nak misai ke,
janggut ke, apa ke, awak buat lah. Saya tak komen dah. Hati awak dah cukup
handsome, even Shahid Kapoor pun tak se-handsome awak.”
Itu ha. Overdose
dah minah ni. Nak make sure Shahid still nak jadikan dia isteri tu.
“Saya gurau saja. Lagipun,
saya memang tak suka misai ni, disebabkan kelmarin ada reunion zaman sekolah
dulu, mereka buat theme Rock&Roll, so saya simpan la misai. Baru masuk
dengan costume. Saya pun rimas jaga misai tu.Hari-hari kena trimm.”
Asyiqin rasa nak
hantuk kepala kat meja saja. Costume party? Aiyo, bikin malu saja kau Noor
Asyiqin Nasrin.
“Hurm, so Noor
Asyiqin Nasrin, saya boleh hantar rombongan meminang lah ni?”
Shahid bertanya.
Asyiqin rasa nak melompat. Dalam beberapa jam sahaja hati suah berubah, pilihan
Ammi dia juga yang terbaik nampaknya.
“Greenlight! Kalau
boleh kan awak, demand terus dengan Ammi, kahwin cepat-cepat. Saya nak Encik
Misai saya ni jadi hak saya. Saya nak gelas saya, immediately, sebelum saya
jadi bentuk lain pula nanti. I need my tourguide to Heaven by my side ASAP.”
Entah mana budak
Asyiqin ni buang perasaan malu dia. Tak cover langsung perasaan gelojoh dia tu.
Hello, ini bukan zaman malu tapi mahu dah. Ini 2013, mahu cakap mahu, tak payah
nak berkias sangat.
“Beres Cik Nasrin,
Encik Misai tak ada misai ni akan suggest dekat Ammi awak tu. And jaan, sebenarnya
kan, pasal wardrobe tu, memang saya suruh Ammi bakar, tapi saya tak suruh pun
dia gunting rambut tau.”
Shahid teringat
pula perihal rambut Asyiqin tu.
“Ah, biarkan saja.
Saya dah bertudung ni. Who cares. Tapikan, awak tak kisah kan saya short hair
sekejap? Rambut saya ni susah nak panjang, setahun baru cecah paras bahu.”
Asyiqin berterus
terang. Shahid senyum manis.
“Tak kisah. Awak
rambut pendek pun masih comel. More, feisty.”
Itu dia, kalau
sudah sayang tu, puji pun melangit. Asyiqin tayang giginya, molek sangat lah
tu,memang comel.
“See, you very
supercool one. Sekarang baru I nampak your supercool side.”
“Yalah, lepas ni
kita nak gaduh lagi ke?”
Shahid bertanya.
“Gaduh-gaduh manja,
boleh saja.”
Asyiqin
mengenyitkan matanya kepada Shahid. Shahid senyum lebar.
Haish, dapat juga
gadis idaman. At least, dia tak rasa dah macam kahwin aturan keluarga.
Sekurang-kurangnya, Asyiqin Nasrin ni sudah ikhlas nak berkahwin dengan dia. Tak
adalah orang tu nak tunjuk muka masam dalam gambar kahwin nanti. Oh senangnya
dalam hati, Alhamdulillah.
***
“Kya? Apa ni abang , Shahid cakap dia nak kahwin cepat-cepat. Kahwin lagi dua
bulan! Margayi me!”
Ammi sudah pening
kepala, hari tu reject, suddenly rombongan lelaki ni cakap Asyiqin suruh
mempercepatkan perkahwinan. Makin pening Ammi ni.
“Reen, asyik duduk
margayi me saja. Cubalah bersyukur sedikit anak kita tu setuju nak kahwin.
Pilihan Reen dengan abang pula tu.”
Encik Yusuff sudah
bersuara. Isterinya dipandang dari hujung mata. Buku medik itu diletakkan ke tepi.
Tangan isteri diraih sayang.
“Dua bulan abang,
banyak benda nak kena buat. Aih, chakkar arahi me. Pening-pening.”
Masih merungut. Encik
Yusuff menarik Ammi Asyiqin itu dan memeluknya dari belakang.
“Awak cuba jangan
runsing. Kita hire saja wedding planner. Senang.”
Senang betul Encik
Yusuff ni memberi cadangan.
“Pandai betul abang
ni kan.”
Ammi Asyiqin memuji
suaminya.
“Hurm, memang saya
pandai pun,terima kasih. Dah, jangan stress. Meh, abang picitkan kepala. Lepas
tu Reen picitkan belakang abang, seharian dalam Operation Theatre tadi.”
Lalu, tangannya
mula memicit kepala si isteri. Kesian, kalut fikir pasal perkahwinan anak, diri
sendiri pula stress. Reen oh Reen.
“Abang, picit kat
kening.”
Alahai, tua-tua pun
manja. Itulah yang buat dia sayang kat isteri dia ni. Dengan anak-anak dia nak
membebel, dengan suami, dengar saja kata. Sejuk hati suami. Membebel dengan
anak, sebab nak tegur, suami dah cukup baik, tak perlu membebel. Kalau membebel,dia
cari lagi satu, lagi parah.
“Mesti rumah sunyi
kan nanti Syiqin dah kahwin.”
Reen bersuara.
Suaminya tergelak.
“Bukan sebab tu,
sunyi sebab isteri abang ni sudah tak membebel. Selama ni pun, Reen asyik
membebel dekat Asyiqin saja. Amalia dengan Adam tu semua lurus. Asyiqin saja
yang rebellious sedikit.”
Reen tergelak.
Betul tu, dia je yang bising selama ni. Haih, sebab dia bising lah anak dara
dia tu dapat calon suami yang elok. Bagus
juga kan. Aih senangnya dalam hati, lepasni dapat menantu! Macam Shahid Kapoor
pulak tu, bonus point untuk bakal cucu-cucu yang comel. Yahoo! Ammi bahagia
Syiqin, lepas ni, Ammi nak bising suruh engkau cepat-cepat dapat anak.
“Ha, buat muka
macam tu, adalah tu kan duduk foreshadowing future tu.”
Encik Yusuff
menyakat isterinya. Reen tarik senyum tayang gigi.
“Saya imaginative,
awak diam-diam saja. Dah, pusing, saya urutkan.”
Dan begitulah
alkisahnya. Everybody deserves someone that makes them look forward for
tomorrow.
*** eh, ada lagi
sikit. =D
“Ehem, Mrs Misai. Suka lah tu kita dah sah?”
Shahid menegur
Asyiqin yang dari tadi tersenyum di verandah itu. Asyiqin yang tadinya hanyut
memandang ke sebelah kanannya. Senyuman semakin lebar. Hari ni, dah sah
hubungan dia dengan Shahid.
“Tentulah Mr Misai.
Bahagia. Namun, awak ni kan, hari perkahwinan pun awak treat macam costume
party ek? Siap bermisai segala. Hesh.”
Merungut pula minah
ni. Shahid senyum. Sengaja dia simpan misai, nostalgik gitu.
“Eh, haritu kata
tak nak complain.”
Shahid merungut
manja. Asyiqin menggigit bibir, oops, lupa pula.
“Itu hari tu, ini
hari ni.”
Haha, dah mai dah. Gaduh,
gaduh.
“Cakap berbelit lah
awak ni.”
Asyiqin tayang muka
toya. Shahid bercekak pinggang.
“Belit tak belit.
Pergi cukur sekarang.”
Arahan mandatori
seorang isteri. Shahid tarik muka. Cakap tak serupa bikin betul.
“Ouf, esok tak
boleh?”
Dalih Shahid sambil
tayang muka comel. Asyiqin berfikir sejenak.
“ Boleh, boleh
blah! Ingat awak buat muka cute tu saya cair?”
Asyiqin menjawab.
“Saya memang cute,
terima kasih jaan.”
Shahid mengenyitkan
matanya. Asyiqin menjelirkan lidah.
“Tahu tak cute tu
maksud apa? Ugly but adorable, nice to be seen.”
Asyiqin masih mahu
menang.
“Syukur sangat awak
suka tengok saya walaupun saya ni so called ugly bak kata orang tu.”
Urgh! Mamat ni,
cheeky much.
“Fine! Awak menang
kali ni, tapi jangan ingat next time awak akan menang juga.”
Asyiqin menyerah
kalah. Haish. Susah nak menang kalau dengan Shahid ni.
“Tak perlu ingat, saya
yakin next time pun saya akan menang. Awak kan isteri solehah, kenalah jaga
hati suami.”
Asyiqin mencebik. Kahwin
tak sampai 24-jam, dah berapa kali dia dengar ayat tu.
“Iyalah, saya jaga
hati suami, suami tak nak ke jaga hati saya?”
Asyiqin bertanya
dalam nada yang rendah.
“Eh, hati awak pun
ada dengan saya apa, awak jaga hati saya, macamlah awak jaga hati awak.
Lagipun, sayakan sayangkan awak, takkanlah saya nak apa-apakan hati awak ni. Hati
awak ni kan, saya nak siap letak dalam kotak, siap label fragile lagi tau,
handled with care.So, no worries, jaan. Okay?”
Dengan itu, macam
mana Noor Asyiqin Nasrin ni tak senyum? Senyum habis lebar kut, sampai telinga.
Shahid Shahran, memang pandai dalam berkata-kata. Melayang terus isteri dia ni.
Hai, untung sangat. Harap-harap, seumur hidup mereka akan menjadi seceria ini.
Hope they have a wonderful journey, throughout their lives.
THE END.
p/s :No one told me
I was going to find you,
Unexpected what you did to my heart,
When I lost hope you were there to remind me,
This is the start.
Unexpected what you did to my heart,
When I lost hope you were there to remind me,
This is the start.
Ohhh... my abang misai. so sweeetttt! XD
ReplyDeletewhat a great story! good job awin!!!!
ReplyDeletemoon aka chandni jugak : haha thanks babe
ReplyDeleteVintage Addy : Thankyou =D
part atas x faham,berbelit ..intro x best
ReplyDeletepertengahan cerpen okey
last bolehlah but still mess up...
tergesa2 ke buat cerpen niee???//
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteFYI, yang cerpen kali ni tak tergesa, yang sebelum-sebelum ni yang last minute punya hasil.Nampaknya memang kena buat kerja last minute la macam ni, baru lancar.
ReplyDeleteThis one i've been writing for over than 3 weeks. A bit per day, and voila, yesterday managed to finish it.
But you said you tak faham pula, hurm, tak apalah, hopefully the next one you may understand =D thanks for reading through.
mak akak suka lelaki bermisai...itu pasal arwah ayah akak bermisai hahahha
ReplyDeleteria : haha, macam tu pula ya sis! hurm! =D
ReplyDeletehahaha best! mr. misai then, ex misai, last2 Mr. misai blik? hahaha. good job! at last ad entry.
ReplyDeletehahaha best2... actually im also pakistani..hehehe and im pround to read this cerpen :)
ReplyDeleteredpepper here.
ReplyDeleteim 100% blur. y some of ur pals said *cm kelam kabut je yg ni*
because. ni la yg plg aku suke. not the characters . but the story . the way u write. completely caiya la weh.
klo bole. write down la sama jugak cm kat cik kiah tuhhh..
(i mean style tuh.style.style. 3 times aku repeat)--> hopefully u get what did i meant.
this.one.thumbs up.tuk.anda.=)
noted redpepp! style stye style! Ala2 suara comel bermonolog tu ya. haha, I will try my best for Kiah
ReplyDeletebezz ...
ReplyDeleteinteresting story...
suka3
best~~~ok pasni nak panggei suami sy, jaan jugak la...~~
ReplyDeleteAlaaa.. saya tak suka la.
ReplyDeleteStory line dye best tp sbb pompuan tu pastikani kan.
Terbayang macam bangla+india pon ade gak.
Padehal kwn sy ade mix pastikani cun gila ouh!
best sangattt!
ReplyDeletebaca banyak kali pun tk boring :)