“ Bonda... Abang, Abang Luth, Anak-anak Mama, Maafkan Lea kerana rahsiakan penyakit Lea... Lea tak mahu kamu semua bersedih...”
Lea memegang erat tangan Zafran yang duduk di sampingnya
itu.
Tangan Lea dicucuk dengan tube IV... muka Lea teramat pucat.
“Tak apalah Lea... Tetapi, bonda masih terkilan, perkara sebesar ni Lea nak rahsiakan dari kami... kami ni keluarga Lea,”
Bonda cakap sambil menepis air matanya yang baru nak mengalir itu.
Zafran memandang bondanya,
“Bonda, janganlah cakap macam tu, lagilah Lea rasa bersalah... kita sekarang kena dorong dia, bagi semangat kat dia...”
Zafran bagi ceramah free kat bondanya. Bondanya mengangguk.
“Maafkan bonda, bonda bersalah... Lea, jangan putus semangat ye...”
Bonda mengucup kepala Lea penuh kasih.
“Mama, be strong Ma, Aza yakin yang mama akan selamat... betulkan Uncle Fakhir?”
Rayyan bertanya kepada Fakhir yang turut ada dalam bilik tu... Fakhir mengangguk tanda bersetuju.
“Your daughter is right Lea, You still have chance... we just need to do a Liver transplant. No big deal...”
Lea memandang ke arah Fakhir...
“Fakhir... siapa donor saya?”
Fakhir terdiam. Nak cakap ke tak? Fakhir memandang ke arah Zafran. Zafran mengangguk ke arahnya.
“Well Lea, haritu I dah buat blood test on your husband, it suits yours... so, Zafran dah agree and dah sign semua procedure untuk operation tu, he`ll be your donor..”
Lea mengeluh sambil memandang Zafran.
“Can, can all of you tinggalkan Lea dengan Zafran sekejap?”
Semuanya mengangguk.Mereka keluar dari bilik itu.
***
Lea memegang tangan Zafran. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Zafran.
“Abang... kenapa abang tak cakap yang abang dah lama tahu pasal Lea ni?”
Lea mengelap air matanya.
“Abang cuma terdengar masa sayang berbincang dengan Fakhir masa kat dapur tu... Abang hanya tunggu Lea nak beritahu abang... tapi... Lea tak nak cakap, so, abang pun contact dengan Fakhir...”
Lea merenung wajah suaminya...
“Maknanya, abang terima Lea balik sebab abang simpati? Sebab abang takut Lea mati nanti, Lea tak tenang? Sebab tu ke abang? Kalau abang tak tahu yang Lea sakit, mesti abang masih tak dapat terima Lea dan Rayyan kan??”
Lea mempersoalkan cinta Zafran.
Emosi Lea dah terjejas... dia mula khuatir dengan penerimaan Zafran terhadap dirinya.
Zafran mengetap giginya...
‘Sampai macam tu sekali Lea tuduh aku?’
Gumam Zafran dalam hati... kedua-dua belah pipi Lea dipegangnya...
“Sayang! Abang ikhlas terima balik Lea tau! Abang merendahkan ego abang semata-mata abang cintakan Lea dan Rayyan! Abang dah tak sanggup nak tipu diri abang... I love you... and I can't bare losing you for the second time!”
Zafran memeluk Lea...erat.
“Janji dengan abang, yang sayang kena hidup dangan abang! Jangan tinggalkan abang lagi, abang dah serik! Lea tak pernah terpadam dari hati abang....kita operate ye, sayang...”
Zafran melepaskan pelukannya...dia memandang tepat ke dalam mata Lea.
Perlahan-lahan, Lea mengangguk.
“Baiklah... Lea terima abang sebagai donor, tapi bang... Lea taknak gugurkan baby kita...”
Zafran mamandang Lea sambil tersenyum. Tangannya melekap ke atas perut Lea.
“Fakhir kata, tahap ni...tak gugur pun tak apa...foetus tu kecik lagi...insyaallah Lea...semuanya akan kembali pulih...”
Lea mengangguk...dia bersandar pada bahu Zafran.
***
“Zafran, you’ll have to change now...”
Dr.Fakhir memasuki bilik yang menempatkan Lea. Zafran mengangguk kepada Fakhir. Dia kembali memandang Lea.
“We can do it, sayang... I’ll be there next to you throughout the surgery... don’t worry...”
Zafran memberi semangat untuk Lea. Sebenarnya, dia juga berasa gemuruh...tetapi, dia harus tampil kuat di hadapan Lea.
“Insyaallah abang... Lea takkan keluar OT sekiranya abang tak keluar bersama Lea...”
Zafran tersenyum dengan kata-kata Lea itu. Dia membongkok sedikit untuk mengucup bibir Lea.
“Be strong sayang, see you in the OT!”
Zafran keluar dari bilik Lea.
“ Nurse, give her sedatives now.”
Dr. Fakhri mengarah nurse itu.
***
Seluruh ahli keluarga lain menunggu Lea dan Zafran...di hadapan operation theatre.
Tak masuk-masuk lagi mereka...
Akhirnya, mereka terlihat dua buah katil ditolak ke arah OT itu.
“Zafran, Lea...bonda doakan kamu selamat...”
Bonda mengucup kedua-dua insan yang disayanginya itu...
“Pa, Ma...you can do it!”
Sekarang ni turn Zach pula...dengan Esha...
“Rayyan sayang korang...Papa dan Mama, jangan tinggalkan kami ya? Rayyan nak tengok Mama, Papa dan baby ni nanti!”
Rayyan memeluk erat papa dan mamanya.
“Papa, juga sayang Rayyan...”
Zafran mengucup anaknya itu...Rayyan menahan air matanya daripada membasahi pipi...
“Mama pun sayang...mama janji mama dan papa takkan tinggalkan Rayyan...”
Lea mengangguk memberi keyakinan kepada Rayyan. Rayyan tersenyum.
“Goodluck Ma, Pa...kami doakan keselamatan Mama dan Papa!”
Kata Rayyan sambil memeluk Esha yang tengah teresak-esak itu.
“OK sayang...Esha...dahla nangis tu, dah-dah...nurse, push them in!”
Arah Luth kepada nurse tadi sambil memeluk kedua-dua anak saudaranya itu.
Zafran memegang tangan Lea ketika mereka dibawa masuk ke dalam OT...
Dia memandang ke arah Lea...
“I love you, sayang...”
Dia bangun sedikit dan mengucup kepala Lea.
***
“Abang, gudluck! Try your best to save our children...”
Tg. Nahariah memeluk Tg. Adam, yang merupakan Leading Doctor semasa Liver transplant itu nanti...
“We will do our best, Na...selebihnya, Na doakan yang terbaik ya!”
Dr. Adam mengucup dahi Tg. Nahariah...Dia juga mengelap pipi isterinya yang dibasahi air mata itu tadi...
“Abang pergi dulu...pray for our success!”
Dr. Adam memasuki OT dengan langkah kaki kanan...dan lafaz Basmallah.
Kemudian, Dr. Fakhir juga muncul, bersama crew-crew doktor yang lain.
Pintu OT tutup.
***
“Nenda, Esha, Uncle...Rayyan nak ke luar sekejap...”
Pesan Rayyan kepada ahli keluarganya, takut tercari-cari pula nanti.
“Jalan elok-elok, kaki kanan Rayyan still tak baik lagi tu...”
Uncle Luth berpesan. Rayyan mengangguk... dia perlu melarikan diri untuk menangis... dia tidak sanggup untuk menitiskan airmatanya di hadapan nenda dan Esha, dia perlu tampil kuat di hadapan mereka.
Even, Zach pun dah merah mata tahan tangis... mujurlah Reyl ada jugak...boleh distract dia daripada nak bersedih...
Tapi Lea?? Nial, Nish dan Nia tak ada... tak ada benda lain yang boleh alihkan perhatian dia... she just can't burst into tears!!
‘Mama selalu cakap Rayyan kuat, so, Rayyan kena jadi kuat...’
Dia selalu berpegang dengan kata-kata tersebut... dahulu, dia kuat kerana mamanya, sekarang pun benda masih tak berubah.
Rayyan meletakkan tongkatnya di anak tangga emergency staircase. Dia memanjat perlahan-lahan anak tangga tersebut. Rooftop! The best place for her to cry her heart out... sekurang-kurangnya, tak ada sesiapa nak tengok kalau dia nak menjerit sekalipun.
Rayyan melabuhkan punggungnya di atas lantai simen itu.
Dia bersandar dan mendongak ke langit. Perlahan-lahan, air matanya menitis... dia memandang ke arah langit yang dipenuhi bintang...
Lama dia melakukan perkara tesebut...terlampau kagum melihat bintang-bintang di atas sana.
Besarnya kuasa Tuhan...Subhanallah....begitu indah ciptaannya...sangat-sangat menakjubkan...
“If I could wish upon a star
Then I would hold you in my arms
And I know we could love once again
If I could turn the hands of time
Then you would love me still be mine
Baby I would be right where you are
If I could wish upon a star”
Rayyan berpaling ke sisinya apabila terdengar ada suara yang agak lunak menyanyikan lagu Wish upon a star tersebut.
“ Choose! Snickers or Cadbury?”
Jejaka tersebut menayangkan dua bar coklat betul-betul di hadapan muka Rayyan. Rayyan tersenyum hambar sambil menggelengkan kepalanya.
“Hey...kenapa ni?”
Dia menggeselkan bahunya dengan bahu Rayyan.
“ Dahla Rayyan...Ayah Tok saya tu memang the best surgeon tau...Uncle Fakhir pun! Your parents will be okay...”
Rayyan memandang ke arah Adryan.
“Dr Adryan tahu ke pasal ni?”
Adryan mengangguk selamba sambil membuka pembalut Cadbury Blackforest tersebut.
“Semua doktor kat hospital ni tahu...haha, dahlah nak upset ni, have your Faith in God ok!”
Adryan memandang Rayyan dengan senyuman mamikatnya... terserlah lesung pipit di sebelah pipi kanannya.
“I do have fait in God, tapi... entah la mata ni gatal nak nangis... I just...”
Adryan menarik Rayyan ke dalam dakapannya...Habis basah kemejanya dengan air mata Rayyan.
“Let out all your sorrow ! Lepaskan semuanya...”
Adryan mengusap belakang Rayyan... dia sebenarnya ke sini selepas berjumpa dengan Ayah Tok dia tadi... Dah berapa lama entah Rayyan ada kat sini...
Operation pun dah selesai, sebab tu tadi Ayah Toknya suruh dia mencari Rayyan... Nenda cakap kat Ayah Tok yang Rayyan keluar untuk ambil fresh air...
***
Flash back....
Lampu OT terpadam...semua ahli keluarga dah tercegat... jantung mereka dupdapdupdap...berdebar...
Orang yang pertama untuk keluar dari OT adalah Tg. Adam...
Tg. Adam menghampiri keluarganya sambil tersenyum manis...
“We made it!”
Semua yang lain bersyukur.
“They will be kept under surveillance for 24 hours...nanti mereka sedar dah boleh jumpa...”
Nenda memeluk erat grandad. Esha pun. Zach dan Risy dah saling berpelukan...lantak lah orang nak kata apa... diorang BFF bukannya Gay!
Uncle Luth dah kembali bertugas. Ada emergency.
“Eh? Mana Rayyan?”
Semua yang tengah syok berpelukan tadi terpinga-pinga... A'ah la...Rayyan tak ada...
“Grandad, Kak Ray kata tadi dia nak ke luar, she needed fresh air... tadi lagi dia pergi, masa mama dan papa masuk OT lagi!”
Esha memberi respons kepada grandadnya.
“Tadi lagi? 5 jam dah... dia tak balik-balik lagi?”
Tanya grandad tak percaya.
Esha hanya mengangguk.
“Ayah Tok! How was the surgery?”
Tanya Dr. Adryan yang kebetulannya lalu di kawasan itu, baru lepas minor surgery, ada mat ramp-it accident!
Tengok, siapa yang susah...doktor jugak!
Mujur stitches kat kaki aja...kalau seluruh badan luka, surrender dululah Adryan ni!
Dahlah sehari suntuk kat hospital ni, nama lagi on-call...letih!
“It all went smooth, Ryan... tapi, Ayah Tok tengah cari Rayyan ni... entah kemana budak tu pergi..”
Dr. Adryan memandang muka Ayah Toknya.
“I’ll find her then,”
Dr. Adryan terus berlalu...serasanya, dia tahu mana Rayyan pergi... masa Rayyan warded dulu... satu aja tempat dia suka pergi.... rooftop! that`s it...
***
Present....
Rayyan masih lagi berada dalam pelukan Dr. Adryan.
Adryan dah tersengih....
“Ehem...I forgot to tell you...”
Suara Adryan telah membuatkan Rayyan duduk tegak dan memandang ke arahnya.
“Forgot to tell me? What?”
Terus Rayyan shoot Adryan. Dia dah tak nangis dah... hoho, bila fikir balik, malunya! Dr. Sengkek ni yang jadi crying shoulder dia...damn!
“The operation was over, your mum and dad...”
Adryan sengaja menggantungkan ayatnya. Satu cube cadbury dipatahkan dan disuap ke dalam mulutnya...
Rayyan dah tahan geram... sempat lagi dia nak makan Cadbury ??
“Mama dan papa kenapa? Cakaplah Dr. Adryan!!”
Rayyan dah menggoncangkan bahu Adryan.Kuat. Dr. ni.. benda-benda macam ni pun dia nak buat suspens? Nak mati agaknya ni!
“Ok...ok...dah!! Stop shaking me!!”
Adryan menepis tangan Rayyan.
‘Memang boleh bergegar otak aku dengan Rayyan ni! Hurgh!!’
Adryan mengumam dalam hati...
“Mama dan papa awak dah masuk ICU. Under surveillance 24-hours nanti.”
Rayyan menekup mulutnya.
‘Alhamdulillah! ‘
“Doc tak tipu saya kan?”
Rayyan memandang Adryan...Adryan menggeleng...
“Ouh!! Thanks doc!! Thank you so much!!”
Tanpa sebarang warning, Rayyan memeluk erat tubuh Adryan....
‘Ray, dia ni bukan Abang Zachlah!’
Satu suara hadir dalam hati Rayyan... oops! Excited punya pasal...
Rayyan cepat-cepat melepaskan pelukannya. Dia tertunduk memandang lantai. Malu seyh!
Adryan dah tergelak...
“Rayyan, Rayyan...saya dah anggap awak adik saya, tak payahlah nak malu macam tu sekali...”
Adryan memberitahu Rayyan. Rayyan kembali mengangkat kepalanya...
“Still care for this snickers?”
Rayyan tersenyum dengan telatah Dr. Adryan. Tangannya lantas mencapai coklat bar itu.
“I want Cadburry....”
Rayyan memandang Dr. Adryan sambil menarik muka.
Dr. Adryan tersengih... dia baru aja memasukkan last chunk of Cadbury ke dalam mulutnya...
“Nah, ambiklah kalau nak sangat!”
Rayyan membulatkan matanya. Adake patut tawarkan yang dia dah kemam dalam mulut, siap jelirkan lidah lagi tu! Eeww...
“Haha, tak apalah...Snickers pun snickers la...”
Rayyan membuka pembalut snickers tersebut. Baru aja dia nak masukkan ke dalam mulut, tangannya ditarik ke arah Dr. Adryan... ternganga Rayyan melihat Doctor Sengkek tu menelan separuh daripada coklat tersebut.
“Apa pandang-pandang, awak patut berterima kasih tau, saya bagi supper saya kat awak! Share saya dalam coklat yang awak pegang tu 75% tau...”
Rayyan menarik muncung...
‘Kalau tak ikhlas tu, tak payah la bagi...’
“Apa-apa lah, Dr. tak matured, memang macam tu perangai... umur dah 30 tahun, tapi perangai kalah budak-budak...”
Komplen Rayyan sambil mengunyah Coklat di tangan... hehe, makan jugak dia... rezeki, jangan ditolak... betul tak?
“Dah, makan cepat-cepat... pastu kita masuk. Ni dia, ambik tongkat awak ni... tinggal tongkat merata-rata!”
Dr. Adryan dah masuk mode membebel!
“Saya memang sengaja tinggal kat sana, senang sikit nak panjat tangga tadi...”
Rayyan dah menjawab balik. Memang dia jadi banyak cakap kalau berhadapan dengan Adryan...
Adryan tersenyum memandang Rayyan.
“Saya tau, Saya sengaja nak usik awak... hmm... padanlah awak cari tempat tersorok nak nangis, sebab muka awak memang hodoh kalau nangis...hahaha...”
Selamba Adryan mengusik Rayyan.
Rayyan mengambil tongkatnya yang dibawa naik oleh Adryan tadi dan terus memukul kaki Adryan yang tengah terbaha-bahak itu.
“Ouch! Ganasnya awak ni! Malang betul hubby awak nanti!”
Rayyan membalikkan matanya.
“Saya lambat lagi nak kahwin, Dr. tu dah 30, kahwinnya belum lagi... tak payahlah duk busybody hal husband to be saya... runsingkan diri awak dulu ya!”
Selamba badak yang bereendam dalam lumpur Rayyan menjawab.
Dr. Rayyan, haih menggeleng kepala lah, apalagi... dah jadi automatik agaknya kepala dia akan tergeleng bila berjumpa dengan Rayyan ni.
"Ok Doc, saya mau turun!"
Kata Rayyan.
“Bye Rayyan!! Saya nak stay kat sini lagi, awak hati-hati sikit turun tangga tu, pukul 1 pagi ni... kot-kot la kena tegur kat momok... Bilik mayat ada on the same floor aja!”
Rayyan menyumpah seranah Dr. yang mempunyai mulut lombong yang jadi tempat pelupusan sampah tu...
Apakes sebut hal momok-momok ni pepagi buta... kalau kena tegur betul kan haru... huhu...
Rayyan cepat-cepat menuruni tangga... seram sejuk bulu tengkuknya dengan kata-kata Dr. Adryan tadi... bilik mayat? Huhu...
***
“Rayyan?”
Rayyan berlari ke dalam dakapan nenda.
“Adryan dah cakap dah?”
Nenda bertanya.
Rayyan hanya mengangguk...hatinya terlampau gembira...
“Boleh Rayyan jenguk mereka?”
Tanya Rayyan kepada nenda.
“Belum lagi sayang, pagi esok baru boleh... jom, kita ke cabin grandad... abang kamu dah balik dah dengan Reyl dan Esha tadi... nenda tunggu grandad.”
Rayyan mengangguk bersetuju.
“Jom nenda...”
Tg Nahariah menuju ke kabin Tg. Adam bersama-sama Rayyan. Mereka berdua tersenyum.
***
“If I could wish upon a star
Then I would hold you in my arms
And I know we could love once again
If I could turn the hands of time
Then you would love me still be mine
Baby I would be right where you are
If I could wish upon a star
It’s obvious and everyone can see
That baby you and I are truly meant to be
But nothing turns out right
If only I could make you realize
If only time could
I'd prove it all to you
If I could wish upon a star
If I could turn the hands of time
Then I’d be in your arms again.”
Adryan menyanyikan lagu tersebut sambil memandang bintang di langit yang kelam.
“Sayang, jauh termenung...kenapa ni?”
Wanita yang berbaju pesakit tersebut mengelus lembut pipi Adryan...
Adryan tersenyum.
“I miss you, Darling...I miss you...”
Adryan memandang wanita tersebut dengan penuh harapan. Dia menggenggam tangan wanta itu.
“Sayang, kita tak ditakdirkan untuk bersama...I’m sorry, sayang...”
Wanita tersebut bersuara... Adryan mengelap air matanya... Realiti tak boleh diubah.
“Jangan tinggalkan saya, June...please...”
Wanita tersebut tetap cuba untuk melepaskan genggaman tangan Adryan terhadap tangannya...
“I have to go, sayang...I’m sorry...”
Perlahan-lahan, tubuh wanita tersebut hilang dari pandangan Adryan...
Adryan meraup mukanya...
'June... you are always in my heart... I love you, sayang...'
"Better I get back to my cabin...huarghh! Mengantuknya..."
Adryan menggumam keseorangan sambil berjalan meninggalkan rooftop tersebut, rooftop yang mempunyai banyak memori indahnya...
Alhamdulillah~ selamat akhirnya...
ReplyDeleteAwin, I ♥ Dr. Adryan! he's adorable. can i say that? haha. err.. pendek cter la kn, I love doctors dalam novels... boleh ke gtu? haha XD
tggl satu lg... lps ni trus smbung KR2 ke benti jap n sambung cter lain?
i love doc too..hehe..syukurla semua selamat..
ReplyDeletesyukur lea dn zafran selamat dlm
ReplyDeleteoperation. lepas ni biarlah hidup
mereka akan meniti kebahagian
yg selama ini terabai kerana
dikhianati myra. nak lagi...
kalau boleh tiap-tiap hari pun
xpa. tiap hari menjenguk diblog ni
nak baca n3 rayyan yg baru please...
ntahla..mag a.k.a im a lady 2 dah berkulat dah! gilir2 kot dgn im urs nanti...ehehe...
ReplyDeleteNak cakap siket cnie...kalau x salah awin kan, kalau real life, memang kena gugurkan baby...sebab takut nanti susah body nak adapt dengan liver tu...lagipun nanti banyak ubat yang kena suntik n telan...quite harmful 4 babies la, cr kat google dia kata nak pregnant boleh, after a year lepas transplant...tapi, kat lalaland ni kan fantasy jadi reality...so, kita x gugurkan hehe, my bad...buat derk ajalah ek dengan menda 2...
ReplyDelete