Saturday, November 24, 2012

Lelaki Idaman 5





“La, dekat sini rupanya kau? Merata aku cari tau. Dah, jom ke hadapan. Diorang dah nak mula baca Yaasin tu.”


EE yang baru sahaja bercadang hendak duduk di dapur tu sampai semua orang balik terpaksa membatalkan niatnya apabila Izz dah jumpa tempat persembunyian dia. 

EE ni pun, nak sembunyi tu carilah tempat yang obviously hidden. 

EE memandang Izz kecik besar kecik besar je. Muncungnya ditarik. Izz pula buat selamba badak dia lalu menarik tangan kakak tersayang untuk ke hadapan. 


“ Ha, mama ingat dah curi-curi balik dah tadi. Sini, sini.”


Pap! Kerana CikPuan Zarina ni mempunyai suara yang kuat, semua yang tengah duduk di dalam bulatan untuk membaca Yaasin itu memandang EE. Lagi merah pipi si EE ni, semerah serbuk cili Alagapas.


EE melabuhkan punggungnya di sisi mamanya. Izz, takkan la dia nak duduk dengan wanita punya geng pulak, dia pergi lah dekat side lelaki tu.
Setelah majlis Yaasin tamat, mulalah majlis makan-makan pula. 


“ Nana sayang, tolong ambilkan mama air.”


EE yang baru sudah letak pinggan dia yang sudah licin tu mengangguk. Dia berpatah balik ke meja bufet dan mengisi air buat mamanya. 


“Alahai, air kat sini dah habis la pulak.”


Baru sahaja si EE nak pusing belakang, dia terlanggar seseorang dan satu badan dia terasa sejuk, basah dan melekit. EE terkaku. Orang ramai yang menyaksikan scene yang baru berlaku tadi pun ada yang menjerit sebab terkejut dengan insiden itu.


Buk. Tong yang tadi-penuh-dengan-air-sirap-refill-tapi-telah-kosong itu menghempap lantai. Kemana air sirap refill itu pergi? Tu ha, buat mandi si EE tu. EE mengangkat kepala memandang Qays di hadapannya.


“I am so sorry? Err...”


Qays berkata dengan muka tak bersalahnya. EE dah rasa macam nak menangis. Air mata dia ditahan dari mengalir. 


‘Tadi dengar aku nyanyi, sekarang aku kena tuang air pulak. Apalah malang sangat nasib aku ni?’


Tudungnya yang telah terkelepek sebab basah dengan air itu ditiup geram. Tangannya pula sudah beku akibat dari ais di dalam air sirap itu tadi dipeluk ke dadanya.


Qays pula memandang EE tak kelip-kelip. 


‘Bukan ni ke budak yang menyanyi tadi? Haila, apa aku dah buat ni? Kuyup, lencun, alamak, dia pakai baju putih pulak, transparent dah. Ehem, astaghfirullah, astaghfirullah. Nafsu, Nafsu! Down boy!’


“ Astaghfirullah hal azim! Qays, tak nampak ke EE tu dah ketar.Anak jantan aku ni buta agaknya.”


Datin Edzra yang baru hendak makan itu terhenti. Dia cepat-cepat bangkit. Dia juga menghalang CikPuan Zarina yang ingin mengikutinya itu.


“Zarina, kamu makan aja, kak Era tolong si EE tu.”
Bingkas dia ke tempat kejadian. 


“QAYS!!! Kamu tercegat situ kenapa?! Pergi ambil tuala. Besar panjang pun careless lagi teruna ni.”


Qays yang sudah umur 30 tu dilayan macam budak 5 tahun yang baru lepas main lumpur. Kena marah dengan mama dia.Qays yang menurut perintah mamanya hanya diam dan pergi mengambil sehelai tuala.
 
Si EE tu masih diam dari tadi. Badannya menggigil tak henti-henti.


“ EE, anak aunty ni memang macam ni. Klutz! Memang tak boleh buat kerja rumah elok-elok. Angkat air pun tak reti.”


Serentak dengan itu sebuah cubitan hinggap pada perut si Qays itu. Menyeringai dibuatnya.


“Aunty. Achumm! EE okay...Achum!Uncle Long tak salah.EE yang terlanggar dia dulu.”


EE menarik tuala itu dekat dengan badannya. Haila, kalau Uncle Long peluk sekarang ni mesti hangat dah ni. Siap boleh cair tau.

Qays pula mengerutkan keningnya. 


‘Macam pernah dengar je Uncle Long ni, Oh No! Jangan kata ini budak construction site itu hari? Nahas aku kali ni, mula dah dia nak panggil aku Uncle Long. Damn.’


“Uncle Long? Siapa pulak Uncle Long ni?”


Datin Edzra bertanya musykil. Peliklah.


“Eh, EE mana ada cakap Uncle Long, EE cakap anak sulong aunty ni.”
Qais senyum senget sebelah. ‘Kau ingat aku dengan mak aku pekak ke budak kecik? Pandai nak cover line.’


“Oh, salah dengar pulak. Eh sayang, mari masuk dalam. Nanti demam pulak kamu ni, pergi cepat-cepat naik bilik atas, ada shower dengan air panas.Nanti kamu demam ke apa, aunty pula rasa bersalah.”


EE sekadar mengangguk dan terus ke tingkat atas. Bilik yang pertama dia jumpa, dia terus terjah dan meluru ke arah bilik mandi. Pintu bilik pun dia lupa nak kunci. 


***


“Meoow...”


Qays memandang kepada Cat yang ada di luar itu. Dahinya diketuk, lupa nak letak baby dia ni dekat dalam bilik, pantang ada peluang, Cat ni mesti merayap. Musim mengawan katakan, dan si Qays ni tak mahu ada cucu luar nikah dari Cat ni.


“Alahai sayang, jom masuk dalam bilik. Kamu ni pantang aja Ayah lepas, mahu aja pergi merenyih dengan kucing jantan dekat neighbourhood ni.”


Qays mendokong Cat dan memanjat anak tangga untuk ke biliknya. Pintu di buka dan dia memetik suis lampu. Dia melutut dan melepaskan Cat ke lantai lalu bangkit untuk mendapatkan soft toy si Cat itu.


 Serentak dengan itu juga, pintu bilik airnya terkuak dan muncullah si EE yang hanya bertuala sahaja. Baru sahaja dia ingin melepaskan tualanya, Cat mengiau dan EE terus terpandang si Qays yang terkaku memandangnya dari sudut bilik itu. 


“AAAAAAAAAAAARGHHHHH!”

EE terjerit, kuat. Tangannya yang menggenggam tuala tadi dilupakan.

Qays tercampak soft toy yang berada di dalam genggaman lalu terus mendapatkan EE. Tualanya terlucut dan Qays terus mencapai selimut di atas katil lalu menutup aurat si EE itu. 

Tidak semena, air mata EE mengalir dan dia sudah teresak-esak.
 
“Shh , shh, Saya tak nampak a..,-apa –apa.”


Qays sudah mengankat kedua-dua belah tangannya dalam bentuk surrender.
EE menggelengkan kepalanya. Makin hebat tangisannya.


“A-awak...jan-jangan tipu saya.”


Tergagap si EE ni bersuara. Qays meraup wajahnya.Bingung.


“ Okay, saya dah nampak semuanya.”

Qays jujur kali ini.
Makin menjadi tangisan EE ni. Sampai terduduk di lantai. 


“ See, saya cakap saya tak nampak apa-apa awak tak mau dengar, bila saya cakap yang betul awak pulak malu. Haila.”

Qays melutut di hadapan EE.


“ Mestilah saya malu, I am still a typical Asian girl. Islam. Saya still ada maruah Uncle Long, until, until...hu hu hu”


Belum sempat ayat dihabiskan, dia sambung tangisannya itu. Qays dah tak tentu arah.


‘Kalau letak duct tape dekat mulut budak ni agak-agak dia diam tak?Aisehman, Qays, Qays, no kinky stuffs!’


“Ades, otak aku ni, dari tadi duk kuning. Astaghfirullah.”


EE yang terdengar kata-kata Qays itu tersentak. Ohmaigod, mama!!!


“I can hear you Uncle Long, and it is not helping the fact that I am stark naked under this bed sheet here!! Keluarlah!!!”


Jerit EE dalam sedu sedannya itu. Yelah, mana boleh lelaki dengan perempuan duduk sama bilik, tak ada ikatan sah lagi tau. EE bukan murah.


“ Apasal aku dari tadi tak buat tu ah?”


Qays bertanya sambil melangkah ke arah pintu. Baru sahaja dia ingin memulas tombol, pintu itu dibuka dari luar.


“ Ya Allah! ABANG!!!”

Qays rasa macam nak ambik pedang dan tikam diri sendiri. Kantoi.

Datin Edzra memanggil suaminya yang ada di tingkat bawah. Nasib baik semua tetamu sudah pulang, dan yang tinggal hanyalah Izz dan CikPuan Zarina dan juga anak dan menantunya itu.


“Ma, mama...I can explain.”

Qays cakap ingin menenangkan mamanya. Namun, mamanya menolak dia ketepi lalu memeluk EE yang masih teresak itu. 


Qays rasa macam terabai, yelah, beruk dihutan disusukan, anak sendiri disisihkan. Sesuai ke ah peribahasa tu. Macamlah EE tu beruk.


***
 

Semua yang ada duduk di ruang tamu. EE didakap mamanya kemas-kemas.Sudah lengkap berpakaian dengan track bottom Qays bersama-sama hoodie Qays yang memang gedabak itu.

 Izz pula duduk memberi pandangan tajam don’t-mess-with-my-sister ke arah Qays. Qays melawan pandangan Izz.


“ Qays, apa kamu dah buat ni?” 


Dato’ Ridhwan bersuara setelah berasa suasana pada ketika itu teramat tegang.


“Qays tak sengaja, papa. Qays masuk bilik sebab nak letak Cat. Dia yang salah sebab tak kunci pintu bilik.”


Qays menundingkan kesalahan ke arah EE. EE teresak lagi. Malu tau!


“ Ok fine. Papa tahu tak sengaja. Tapi...ehem...tapi...”


Qays memandang papanya. Apasal pulak gagap tiba-tiba?


“Apa papa kamu nak cakap, kamu dah nampak kan aset si Nana ni?”
CikPuan Zarina mencelah. 


“Mamaaaa...”


EE semakin semangat menangis. Qays terkedu. Dia mengangguk perlahan. Semua terdiam apabila melihat anggukan Qays tersebut.


“ Qays, papa nak kamu kahwin dengan EE.”


Datuk Ridhwan bersuara tegas. Qays semakin berasap.Absolutely no!


“ What? No way!”
 
Dia bertegas.


“ That is an order, not a choice.”


EE sudah berhenti menangis. Kahwin? Dengan Uncle Long dia ni? Setuju sangat! Terima kasih ya Allah, terjaga lagi maruah dia ni. Kuranglah rasa malu tu nanti.


“ Baiklah papa.”


Dengan dua patah perkataan itu sahaja, EE memandang Qays. Qays juga pandang EE, EE terkedu. Satu sahaja makna pandangan itu. 


‘Benci, dia benci aku.’


Desis hati kecil EE. Oh my, EE...what have you done? Kenapa kau bodoh tak kunci bilik tu tadi. Bodoh.


“ Zarina, awak tak ada bantahan kan? EE?”


EE tak tahu nak cakap apa. Dia menggenggam erat tangan mamanya. Dahulu, dia nak sangat kahwin dengan Qays, tapi setelah melihat kebencian padaraut wajah Qays, masihkah keputusannya kekal sama? 


“ Nana, Nana dah ada sijil kursus kahwin. Kita buat majlis simple aja bang Wan, kak Era?”

CikPuan Zarina menjawab bagi pihak EE. EE rasa sangat serba salah dengan persetujuan itu. Kesian Qays, dan juga dia, mangsa keadaan. EE tak sekotor itu untuk mendapatkan Uncle Long dia. 



“ Mama, papa, aunty plan aja semua, saya ikut saja. Qays naik dulu, Assalamualaikum.”


Qays bangkit lalu kembali ke kamarnya. EE memandang setiap langkah yang Qays ambil. 

Setiap hatinya luluh memandang Qays mendaki tangga itu tanpa semangat. Tiada lagi Qays yang suka marah-marah itu, sekarang yang dia lihat adalah Qays yang sudah kehilangan kata-katanya disebabkan dirinya.

Apa yang patut dia buat?Betulkah keputusan dia tentang perkahwinan ini?



p/s: Cat's monologue akan ada next episode, inshaaAllah. =D


7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sambung cepat-cepat, boleh? Ngee~

    ReplyDelete
  3. Selagi ada cuti and selagi idea mari, InshaaAllah

    ReplyDelete
  4. Haha,,Lawaklaa couple ni! Tak sabar nak baca sambungannya! :)

    ReplyDelete
  5. hadoila lawak sungguh budak berdua ni . haha . part cat punya monolog serius gelak baring-baring . good job writer ! (:

    ReplyDelete
  6. can't wait the next chapter... bg romantik punyer !

    ReplyDelete
  7. haru biruuuuuu!
    i baca pn malu.. haha

    ReplyDelete