Monday, February 7, 2011

KP vs KB 4

Final Fight


“ Kalau aku tak boleh dapat Danish, kau pun tak boleh!”

Serentak itu, Nate sekali lagi menghentak kuat kepala Amalin. Amalin merasakan sesuatu yang pekat mengalir di kepalanya.

“Ran, Will, Mess, apa lagi... betina ni ...haha,...”

Amalin memandang tajam Nate dihadapannya. Perempuan gila!

Matanya menyorot pula ke arah tiga orang lagi geng Nate tu. Dia dapat melihat setiap orang memegang sebatang kayu yang lebarnya dalam saiz lengan.

“Apa salah aku,ha?”

Tiba-tiba, Amalin menjerit. Entahdari mana dia mendapat kudrat tersebut.

Nate menghampirinya kembali. Dia mencengkam leher Amalin.Kuat.

“Salah kau, salah kau... kau buat Danish jatuh cinta dengan kau... sampai dia tinggalkan aku sebab kau!”

‘Sraaap...’

“ARGH!”

Amal mengerang kesakitan. Mukanya pedih. Darah mengalir dari torehan di pipinya itu.

“Oops!Sorry Amalin, kau dah hodoh... takde sesiapa dah yang nakkan kau kan?Hahaha...”

Buat pertama kalinya, Amalin menangis teresak-esak. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.

“WEYH! Gila, kalau kau nak tahu... Danish tu benci aku! Dia benci aku!”

Amalin menjerit tepat ke muka Nate. Nate tersenyum sinis.

“Huhu, tapi Amalin sayang... dia kata dia sayangkan kau, cintakan kau... sebab tu dia lepaskan aku... aku takleh terima tau orang reject aku!Hahaha...”

Nate ni memang dah tercabut wayar hijau! Syaitan pun mungkin takut dengan dia!

“Kau bertiga...belasahla...balas balik dendam yang kau tak puas hati dengan so called Ketua Aspuri ni...hahaha...”

Rakan-rakan Nate masih tidak berganjak. Ini membuatkan Nate bertambah geram.

Dia menerkam Mess. Kayu di tangan Mess dirampas.

“Ni, taktau nak pukul macam mana??...mari aku buat demo ye...mula-mula...pukul kepala betina ni...”

Kayu itu dihayun tinggi.

‘Dush’

Satu hentakan hinggap di kepala Amalin. Pandangannya berbalam-balam.

“Second, kau pukullah mana-mana bahagian badan dia...”

Tajam Nate memandang rakan-rakannya.Statik.

“Pukullah! Bodoh!”

Mereka bertiga terus memukul Amalin setelah digertak oleh Nate. Amalin sudah tidak berdaya untuk lakukan apa-apa.

‘Danish...help!’


***


“Yade, Kat...kau panggil warden dan HEM!”

Arah Danish serius sambil berlari ke blok akademik.

“The rest, kita pecah... aku tak rasa yang mereka ada kat kelas... maybe mereka ada kat ladang!”

Mereka mengangguk. Semuanya memecut ke kawasan ladang sekolah tersebut.

Ash setia memegang handy-camnya, night vision sudah di set kan awal-awal lagi. Senang nak jadi bahan bukti!

Mereka menuju ke belakang pokok rambutan apabila terdengar perempuan yang sedang menjerit.Marah.

“Pukul lagi...tak cukup tu...kasi dia cacat lagi bagus! Ada hati nak couple dengan Danish ye! Padan muka kau!”

Mereka masih setia memerhatikan lagat manusia gila di hadapan mereka sekarang. Danish sudah menggenggam buku limanya.Geram.

“Nish, aku dah rasa cukup bukti kali ni...jom, serbu!’

Ash mengeluarkan kenyataan. Danish menahan Ash dengan tangannya.

Dia mengisyaratkan Ash supaya melihat lagi perlakuan Nate dan gengnya.

“OK? Dah puas dah?”

Nate bertanya kepada gengnya. Gengnya hanya mengangguk.

“Bagus. Will, mana barang yang aku suruh kau mintak dengan pakwe kau tu?”

Nate bertanya tegas kepada Will.Kakinya menendang perut Amalin yang sudah tidak sedarkan diri itu.

“Kejap.Ni, Syabu... American Black Tar aku tak dapat.”

Will menyerahkan sepeket kecil kepada Nate. Nate tersenyum.

“Tak apa, at least kita ada alibi, cukup!Cepat, Ran, Will... belasah sikit muka aku... baru ada nampak yang dia serang aku!”


Danish, Ash...dan para MT lain hanya memerhati. Kehadiran mereka masih tidak disedari.

“Bangang punya perempuan, dia main dadah?Gila!”

Ketua Biro Disiplin, Spade dah berbunyi.

“Ok Guys, let`s act!”

Pantas mereka menyerbu geng tak siuman itu.

“Nate...you will pay!”

Nate yang ternyata terkejut terus berpaling ke arah suara tersebut. Terus dia dan rakan-rakan dia menjadi kaku! Muka usah dibilang, pucat lesi! Tahu pun takut...

“Dan...Danish, sayang? You...you buat apa?”

Tangannnya dah menggatal memeluk bahu Danish. Nate menjeling tajam ke arah MT lain.

“Buat bodoh! Eh! Kau akan terima akibat yang setimpal dengan perbuatan kau kat Amalin,aku takkan lepaskan kau! Aku akan pastikan kau dan kawan-kawan keparat kau ni ambik SPM kat Henry Gurney !”

Nate terkebelakang dengan tengkingan Danish. Majlis Tertinggi yang lain pun tak pernah lihat lagi Danish menjadi semarah dan setegang ini.

“But, sayang...bu..bukan I yang attack Amalin..dia pukul I dulu tau!”

Nak lagi berlakon psikomaniac ni?Danish tersenyum sinis.

“You tengok ni...biru pipi I dia pukul...”

Danish memandang kesan lebam yang ditunjukkan oleh Nate. Danish mengusap-usap pipi Nate. Nate tersenyum, dah agak dah...Danish mana boleh kalau manja-manja sikit.

“PAANG!”

Hahaha, kalau nampak muka Nate sekarang...tak ubah macam tapai basi kena lenyek dalam tong sampah.

Kuat benar Danish tampar dia.

“Danish! Dah-dah, Cikgu handle dari sini...kamu tengokkan Amalin tu!”

Cg. Kahar yang baru tiba itu terus memeluk bahu Danish. Danish bernafas kasar. Mujur cikgu datang, kalau tak...jadi lempenglah muka buruk Nate tu!


***

Danish memangku Amalin. Dia melihat keadaan Amalin ketika itu, sungguh menyayatkan.Dia tidak mengendahkan Cg. Kahar yang tengah mengamuk tu. Dia terus mencempung tubuh Amalin ke Bilik Sakit.

‘Lin, jangan tinggalkan Nish...’

Setelah selamat menempatkan Amalin di bilik sakit, Daniel menghubungi ibu bapanya.

“Hello, Danish...kenapa ni?”

Kedengaran suara mamanya di sebelah sana.

“Ma, Amalin...”


***

Mummy Z membawa Amalin ke hospital. Danish dibenarkan turut serta.

Amalin ditempatkan di ICU. Keadaannya agak kritikal.

Sejam kemudian, mama dan papa Danish dan Amalin tiba. Mereka mempamerkan riak terkejut. Tidak terduga Amalin diperlakukan sebegitu.

Mereka setia menunggu Amalin di luar wad. Danish juga kelihatan terlampau sedih dan letih. Dia menceritakan segal-galanya kepada mama dan papanya. Memang mereka akan mengambil tindakan ke atas Nate dan gengnya.

“Doc, macam mana anak saya”

Papa terus menyerbu doktor yang baru keluar dari ICU tersebut.

Doktor tersebut memandang sayu ke arah papa.

“She had a concussion, maybe dia dah lupa apa yang berlaku, half her memories were gone.I’m sorry.”

Mama menangis teresak-esak. Danish memeluk mamanya. Papa meraup muka.

“Tapi, keadaan dia dah stabil...”

Papa kembali tersenyum.Alhamdulillah.

“Can we see her?”

Tanya papa penuh pengharapan. Doktor tersebut menggeleng.

“Not yet, dia masih bawah pengaruh sedatif, dalam 3 jam lagi insyaallah dia sedar. By then, you can see her.”

Doktor tersebut terus berlalu.


***


Aku membuka mata. Aku lihat ada beberapa orang di hadapanku. Aku tersenyum penat.

“Ma,Pa, Danish? Kenapa dengan Amal?”

Mereka bertiga terlopng. Bukan ke doktor tadi cakap Amal akan lupa? Tapi ni..ingat elok-elok! Hairan...

“Urm...argh...Amal...”

Baru aja mama nak jawab Amal dah potong.

“Amal jatuh tangga ek? Amal ni pun...careless...tapi, Amal dah ok dah,,,mujur ada Danish! Thanks Nish!”

Semua terperanjat. Bila masa pulak Amal ni jatuh tangga? Angguk ajalah...biar Amal tak ingat langsung kesan hitam tu.

Nate dan geng dia pun dah kena hukuman yang setimpal. Thanks to Ash, malam tu jugak dia ketuk pintu rumah pengetua nak serahkan video cam tu! Dah sampai ke Henry gurney agaknya malaun empat ekor tu!

Amalin memandang Danish dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan.

‘Thanks doc, I owe you for this new step, new life...thanks for lying to them...’

Amalin memerhati keluarganya. No more hard feelings with Danish. It`s mere to heart feelings now...

Inner peace can be reached only when we practice forgiveness.

Forgiveness is letting go of the past, and is therefore the means for correcting our misperceptions.

Let go. Why do you cling to pain? There is nothing you can do about the wrongs of yesterday. It is not yours to judge. Why hold on to the very thing which keeps you from hope and love?


***

13 tahun kemudian...

“Sayang, mana letak gambar masa annual dinner form five kita dulu, mereka nak gambar untuk reunion ni!”

Amalin yang tengah sibuk memasak di dapur mencebik.

‘Buta ke? Aku tengah syok nak prepare dinner dia, dia baru nak tanya sekarang! Kenapa tak tanya sehari sebelum reunion tu aja?’

Amalin mengomel dalam hati. Danish ni, memang tak pernah berubah la!

“Sayang, awak dengar tak ni!”

Amalin terbaling senduk yang dipegang ditangan ke lantai. Refleks action sebab ada orang tiba-tiba peluk dari belakang.

“EIH! Bawaklah sabar kejap, daddy ni! I tengah masak ni! Kan sayang kasi daddy makan katak yang daddy pernah letak bawah meja sayang masa Form 3 nak?”

Amalin mengutip dan mencuci senduk yang terpelanting tadi. Dia kembali mengacau sup ayam tersebut.Dia langsung tidak menyedari dia terlepas cakap.

Danish memandangnya tak berkelip.

‘Aku dengar dia sebut katak-form3- ke? Ke aku sound trouble?? Bukan ke minah ni hilang ingatan ke?’

Danish merenung tajam Amalin.

“OK! Siap...pergi panggil Melya dan Danial turun makan...dah lapar dah anak kita!”

Amalin memberi arahan ke suaminya. Danish masih lagi tak berkelip memandangnya.

Seriau lah jugak. Aura KP dia dah datang! Aura masa dia masih belum berdamai dengan Danish ni.

Macam mana dia ingat, memanglah Amalin ingat...dia komplot dengan doktor tu, dia nak mulakan hidup yang baru dengan Danish dan keluarganya, so, that was the best way...pura-pura lupa...

Danish menghampiri Amalin. Amalin semakin pelik. Amalin terhimpit antara Danish dan sink.

Danish pandang dia macam nak telan.

“Daddy, kenapa ni?Kenapa pandang sayang macam ni??”

Amalin bertanya, malulah jugak kena tenung macam ni.Biarlah dah nak masuk 4 tahun nikah dengan Danish, still malu lagi. Danish ni kalau tenung orang, memang sangat memukau!

Danish merangkul pinggang Amalin. Amalin terkedu.

“Sayang, apa yang you rahsiakan daripada I??Hurm...baik cakap, sebelum awak yang jadi lauk saya malam ni!”

Tegas Danish memberi ugutan.

Amalin dah lebih teruk cicak tertelan kapur.

Dia cuba merenung mata Danish.

“Ngee...mana ada rahsia...kalau ada pun, mana sayang ingat!”

Amalin cuba berlagak seslamba mungkin. Susah payah dia simpan rahsia selama 13 tahun, takkan nak bocorkan macam tu aja?

“Sure tak ada? Sebab daddy rasa sayang ada cakap something pasal Form 3...daddy tak salah dengar kan?”

Amalin dah mati kata-kata.

Tangan Danish dah menjalar di belakang Amalin. Belakang spaghetti top Amalin diselak.

Danish memang serius nak jadikan dia lauk malam ni. Habislah. Pakcik ni bukan tengok tempat dulu, ni dapur! Bukan bedroom!

“Memang... memang tak ada, ok lah... tadi daddy nak gambar kan? Sayang nak cari ni... gambar annual dinner aja kan? Yang camping masa PMR tu nak?”

Danish tersengih. Amalin menekup mulutnya. Oopps...haila, memang kau jadi lauk malam ni Amalin!

“Gotcha!”

Danish mencempungnya. Amalin dah terjerit kecil. Kecil aja...bukannya nak meraung macam nak kena culik ke hapa!

“You’ll get your lesson for keeping secrets sayang! Daddy ajar cukup-cukup! 13 tahun sayang rahsiakan dari daddy! Cakap tak ingatlah, lupalah... at last, baru nak terbongkar hari ni yea... memang betul la, sepandai mana airbus terbang, konfirm akan landing kat airport jugak!”

Amalin mencebik. Taulah dia ni pilot! Sampaikan perumpamaan pun nak ubah.Amalin ada idea... ngehehe

“Daddy, tapikan... ada airbus yang tak landing kat airport.”

Amalin tersenyum manja. Danish menayngkan muka curious. Ada ek?

“Yeke? Cuba cakap...Daddy nak tau!”

Danish menurunkan Amalin setelah tiba di ruang tamu.

Amalin menggamit Melya dan Danial ke arahnya. Terkedek-kedek budak lahir kembar tahun yang berusia 2 tahun tu berlari mendapatkan mamanya.

“Sayang, janganlah layan mereka lagi, jawab dulu...ada ke airbus yang tak landing kat airport.”

Amalin tersenyum panjang. Dia menjarakkan diri jauh-jauh dari Danish. Kena ambik lajak nak pecut lepas ni!

“Ada...hehe, airbus yang buat emergency landing!”

Vroom!

Amalin terus memecut. Danish terus mengejar Amalin. Dibiarkan anak-anak mereka memerhatikan tindak-tanduk mereka. Selamba badak budak-budak kembar tahun tu duduk di meja makan.

Sabarjela, kalau mama dan daddy dah masuk mood nak kejar-kejar, masa orang ambek supper baru nak makan dinner. Nasib kamilah labu dan labi! huhu...parents terlebih romantik dan putus fius.

“Daddy!! Dahla kejar...Anak-anak dah lapar tu!”

Amal berkata-kata sambil meneruskan lariannya. Tak boleh berhenti lagi, nanti Danish hukum, bila dia dapat tangkap.

“Sayang, Daddy dah siap tambah dua kali nasi ni... dari tadi sayang duk lari sensorang, macam syok sangat... daddy pun join Melya dan Danial makan...”

Amalin dah memandang tajam ke arah Danish. Kalau nak tumbuk dan buat sambal belacan boleh tak si Danish ni?

Aku bukan main lagi semangat berlari ingatkan dia kejar! Cett!

“Mama, Daddy... kami dah kenyang, nyte2... Assalamualaikum.”

Selamba dua orang budak tu bangkit dari meja makan, dan naik ke atas. Amalin menarik muncung.

Danish hanya memandang sekilas ke arah Amalin. Alahai, comelnya...

“Makan?”

Selamba Danish bertanya kepada Amalin yang masih merenungnya. Muka Amalin dah macam nak nangis. Cengeng punya isteri!

“Sayaaangg...”

Berlagu-lagu Danish memanggil Amalin. Masih tiada respon. Oh no...ratu dah merajuk,habisla.

“Janganlah macam ni...mari makan!”

Danish menghampiri Amalin dan mendudukkan Amalin diribaannya. Dia memandang Amalin.

“Sayang tahu kan daddy tak pandai pujuk sayang? Janganlah macam ni...sayang bukannya budak-budak lagi...”

Amalin masih lagi begitu. Kecur juga liurnya memandang sup ayamnya tadi...

“Daddy suap??”

Danish tersenyum bila Amalin bersuara akhirnya. Memang Amalin ni kalau merajuk sekejap aja.

“Okay, say AAA...”

Memang berselera Amalin makan malam tu. Dah lama Danish tak suap.Ngee...


***

Danish sedang menonton berita apabila Amalin keluar dari tandas. Tajam dia merenung Amalin.

Amalin duduk di katil. Danish tersenyum miang.

“Sayaang... you lupa satu dish malam ni...”

Amalin memandang suaminya. Apa ek? Semua dah hidang tadi... ooo, alamak, desert lupa nak buat!

“Sorry daddy, sayang tak ingat nak buat desert... tak sempat tadi...”

Amalin menyangkan muka comelnya. Danish memeluk Amalin dari belakang. Dia mengucup leher jinjang Amalin.

“Daddy nak sayang sebagai desert, boleh?”

Erk? Say what? Nooooo.....

“Kalau sayang tolak pun, daddy tetap nak jugak...NO COMPROMY!”

Lantas Danish memagut bibir merekah Amalin. Lampu dimalapkan.


***


Amalin bersandar pada dada Danish. Malas nak bangun rasanya. Nilah padah bila tidur balik lepas Subuh.

Danish mengusap lembut kepala Amalin.

“Sayang, Daddy lupa nak cakap... I’m sorry, Daddy sorry for everything that happened before, Daddy nak mintak maaf masa sayang sedar kat hospital tu, tapi memandangkan doc cakap sayang tak ingat, daddy just batalkan. Daddy tak nak sayang ingat masa kita jadi macam Tom n Jerry tu... gaduh aja kerja.”

Amalin meletakkan jarinya pada bibir Danish. Dia menggelengkan kepala.

“Sayang berahsia dengan semua orang sebab sayang nak mulakan hidup baru, sebab, masa Nate serang sayang dulu, dia cakap yang daddy cintakan sayang, maknanya sayang tak bertepuk sebelah tangan...”

Amalin tersenyum manis. Betul keputusannya untuk melupakan kisah lalu. Tapi satu aja, kenapa Danish bencikan dia dulu?

“Tapikan daddy, boleh tak daddy explain kenapa daddy tak suka sayang dulu?”

Danish mengeratkan pelukannya.

“Sebab, masa tu, Daddy tak suka kongsi mama dengan sayang, mama dah lama nak anak perempuan! Sebab tu daddy takut kasih mama kat daddy akan berkurang.”

Apa punya alasan lah tu. So childish! Amalin terbelahak mendengar pengakuan Danish.

“Gelakkan daddy ye...”

Amalin disenyapkan oleh Danish. Macam mana? Hehe...macam biasalah...fikir sendiri ye...

“Dahla daddy, position daddy ni akan buat baby kita terpenyek!Kesian kat dia...”

Danish terus membulatkan matanya? Come again! Dia memandang Amalin yang sedang tersenyum ke arahnya. Amalin menegakkan 3 jarinya.

“3 months??Baby...sayang pregnant lagi?Yes!”

Danish terloncat-loncat atas katil. Ex Ketua Pengawas yang tak matured, memang macam ni!

“Thanks sayang! I love you!”

Danish mengucup lembut pipi Amalin setelah letih meloncat-loncat.Hadoi! KP ku sayang, silalah GROW-UP! KB ni terseksa kalau tak! Hehehe...


***


Beberapa tahun kemudian...


“Mama, daddy... Dani stress la dengan Ketua Blok Aspuri tu! Eih... tensyen!!”

Oh-o, masalah datang balik!

Amalin memandang Danish, Danish memandang Amalin...

“Kenapa Dani, bincang elok-elok... nanti oklah tu!”

Amalin menyarankan anaknya itu.

“Dani buat apa sampai dia marah?”

Tanya Danish pula.

“Taklah daddy, sebagai KP yang bertanggungjawab, Dani mintak dgn HEM supaya awalkan masa lights off, sebelum ni pukul 1.00,Dani suruh awalkan ke pukul 12.00, tu pun dia nak melenting!”

Dani mengadu. Dia menyandarkan badannya ke sofa.

“Ok la tu, kalau lights off lewat, mengantuk nanti dalam kelas... pandai anak papa!”

Puji Danish. Amalin dah menjeling Danish tajam.

“Mana boleh cam tu! Dani kena fikirkan jugak budak-budak yang nak stay up! Tak macam daddy kau ni, mentang-mentang dia anak manja HEM, semua yang dia cakap HEM turut. Mummy dulu siap berperang dengan nyamuk sebab nak stay up!Semua daddy kau punya pasal! KP sengkek!”

Amalin mendengus geram! Entah berapa gelen darahnya dihisap malam masa dia buat litar skematik dengan Kat tu.

“Eleh, awak tu sebagai KB aja! Sekolah tu under saya! Kalau akademik jatuh, biro saya yang kena dulu. Padahal ramai budak yg tidur lewat kat hostel!Tak leh nak bagi konsentrasi dalam kelas!Be realistik la!Result tahun kita meningkat sebab lights off awal!”

Amalin miming kata-kata Danish tu.

“Awak ni kan, suka sangat interfere hal blok!Dahla awak langsung tak respek saya!”

Dani dah tak berkelip memandang ibu bapanya. Mujurlah Melya dan Atif dah tidur kat atas.

“Hey, saya headprefect, mandat saya besar, saya boleh campur tangan apa saja tau!”

Danish dah memandang tajam Amalin. Amalin dah menarik muka. Terdengar esakan kecil.

“Saya taula awak KP, at least respect la jugak saya, macam orang bodoh tau saya dulu... huu, awak jahat! Dani ...daddy tak sayang mama!!Mama nak lari!!!”

Amalin bingkas bangun dan ingin berlari ke atas.Dani bersabar ajalah. Mama ni, makin hari makin cengeng bila tengah mengadungkan anak kembar kali ni .

Atif, Atif, abang Dani ingat kau la yang bongsu... ada lagi rupanya. Haila...pening-pening. Daddy ni pun, beralah la sikit!

Danish berlari mendapatkan Amalin. Janganlah high Bp, kan terberanak kat sini...mati aku nak sambut!

Pintu bilik dikuaknya. Amalin dilihat khusyuk membaca Pa n Ma.

“Yang, I’m sorry... daddy tau daddy KP tak guna dulu... but yang, perkara tu dah lebih 20 tahun dah.Sorry ye...”

Danish mengusap lembut lengan Amalin yang terdedah.

“Akhirnya, mengaku jugak dia KP tak guna... Ok! Sayang maafkan, sebab daddy sayang ni dah mengaku yang dia tak guna dulu.. hehehe!”

“Ooo...kenakan orang ye...Cengeng punya KB!”

Amalin mencebik balik kat Danish.Mengata dulang paku serpih, kata orang, dia melebih!

“Yalah, cengeng-cengeng saya pun, awak sayang saya!”

Danish tertawa. Dia mengusap lembut perut isterinya. Tak sangka terbabas sampai bakal dapat kembar. Semoga hidup ini sentiasa cerah bagi keluarganya, Amin.

“Love you, darling KB!”

Danish mengucup lembut dahi Amalin.

“Love you too, Kp yang banyak songeh!”

~The end~


******
Habis dah!!Yeay! Kalau rasa rushing 2, sorry la.Sebab target nak bt 3 eps aja, terlebeh sudaah!!hehe...thx 4 reading!







16 comments:

  1. bessst...hepi ending..ingtkan awin wat novel pjg td :)

    ReplyDelete
  2. tak la,klu bt pnjg nnti cliche`...dah tak best lak nanti!

    ReplyDelete
  3. hahah XD. gelak gle² part dorg gaduh dpn Dani tu... adoyai, dah kwen pun gduh lg ker.. huhu.. as always, best + lawak + sweet... hehe ;p

    ReplyDelete
  4. hai dh habis dah ingat panjang
    lagi citer ni rupanya dh tamat
    dh. tapi ape pun memang best...

    ReplyDelete
  5. best4...dorang gduh mcm bdak2.

    ReplyDelete
  6. wah..dah kawen upanya diorang...

    ReplyDelete
  7. spaghetti top? wah3. dalam rumah depan anak2 pun seksi yek,amal? hehe... happy ending!i like! ^^

    ReplyDelete
  8. hahahahaha lawak2... part rahsia amal pecah n part dowang gadoh depan dani n part dani bermonolog ngan diri sendiri 2 wasa best sesangat.. gelak guling2 kat atas carpet hahahaha...
    wasanyew la kan dani bakal mencipta kp versus kb versi dua ^__^
    papepown best+sweet+x memeningkan kpala+ sempoi hahahah best2 100 star fr u :)

    love amie ;p chayok2 teruskan bekarya :)

    ReplyDelete
  9. best..simple...tp, ni kawen tiri la ek?? huhu

    ReplyDelete
  10. suka sgt3 cite ni
    teruskan bekarya....

    ReplyDelete
  11. boleh je kawen tiri
    coz they sedarah sedging kn kn kn shamien

    ReplyDelete
  12. dh bace dr episod 1..tp ngee~~ rsa agk melampaw gk la danish buat amalin smpai mmc tu..taw la nk trapped that bad guys tu...tp kesian dowh amalin. huhuu....btw,it was nice.=)

    ReplyDelete
  13. best la plk klo sekolah mcm depa..hahaha

    ReplyDelete