“I’m hoomee!!”
Rayyan dah menjerit kat depan pintu rumah.
Semuanya sedang menunggu kehadirannya. Nenda pun ada...yelah, haritu nenda pindah pergi duduk dengan grandad, dekat aja rumah grandad tu, sama rumah dengan Uncle Farhan.
Talking about uncle Farhan, anak dia si Reyl tu pun ada kat sini. Huhu...mengalu-alukan kepulangan aku ni...terharu...
“Kak Ray...”
Esha dan Dania dah serbu aku...opocot, sikit lagi nak terjatuh ...tongkat ni pun tak stabil!
“I’m here...dah-dah...tak mo peluk-peluk, nak duduk...dah lenguh guna tongkat yang Dr. Adryan yang serba kacak tu bagi...tepi-tepi...”
Dengan selamba aku pergi tolak dua tubuh yang menghalang laluan aku tadi ketepi...memang tongkat ni serba gunalah...
“Here comes the heroine!!”
Mummy Myra pulak yang peluk dan cium aku...
Dia memegang aku dan mendudukkan aku di sofa.
“So, dah ok?”
Selamba katak puru Reyl bertanya kat aku...
Terkebil-kebil aku memandangnya...hmm...hensem Adryan lagilah berbanding dengan sepupu dia ni...
Alahai, rindu la pulak kat doktor yang sikit punya cun tu, melepas tak ingat nak ambik dia punya number...apasal aku tak ingat ek?
*Korang pun x ingatkan aku, baca, gelak ngan nangis aja kerja korang!*
“Rayyan...Reyl tanya tu...”
Aku tersentak dari lamunan...hormon imbalance betul...apasal nak ingat kat Dr.sengal tu...
“Ah? O....urm...Awak nampak saya ada kat depan awak ni, saya dah oklah maknanya...”
Aku jawab aja soalan Reyl tu...
“Sayang! Nak makan apa malam ni? Mama masak special untuk sayang!”
Aku berpaling ke arah mama...oh, so sweet...mama apit papa sebelah kiri, Mummy pulak apit papa kat sebelah kanan...hoho...comel aja!
Bahagia la papa tu...bini dah dua...dahlah dua-dua macam model...
“Rayyan nak papa yang masak? Boleh?”
Semua yang ada di sana terlongo dengan permintaan aku...
Zafran nak masak? Rentung dululah...
Tetapi, semua andaian itu disangkal sekeras-kerasnya apabila papa mengangguk bersetuju.
“Set! Ray nak papa masak apa? Thai? Western? Ala Kampung? Gourmet? Spanish? Chinese?Cakap aja..”
Dengan bangganya papa memberikan aku choice...
Zafran dah berdiri dan menghampiri Rayyan. Rayyan meletakkan jari di dagu dan berfikir.
Esha pula mengambil tempat di sebelah Rayyan...dia ni main aci taram aja masuk parking...terpaksa la Reyl mengesot ketepi sedikit bagi memuatkan Esya...kerusi untuk dua orang duduk dah jadi untuk tiga orang.
“Nak tomyam boleh?”
Rayyan memandang papanya...Zafran tersenyum...
“Tomyam...ok! Boys...hari ni turn kita ya masuk dapur...”
Zach dan Reyl dah garu kepala, semua bapak jenis kutu dah berjaya hinggap kat kepala mereka...yang tak gatal kepala tetiba jadi gatal.
“Urm...Uncle Zaf, Nial dengan Nish ada hal la kat rumah...kami balik dulu ye...bye!!”
Mereka cepat-cepat menarik tangan Dania dan cabut lari balik ke rumah mereka...tinggallah mangsa...Reyl dengan Zach....
Zafran memandang mereka berdua tajam...like a Hawk!
“Kamu dua orang jangan nak buat alasan...Reyl, kamu jangan cakap nak balik ye...kamukan tidur kat sini malam ni...”
Terus niat untuk sama-sama melarikan diri terbantut.Pasrah ajalah...
“Papa, nak request air barli boleh?”
Esha dah buat muka cunnya...dah lama tak minum air barli...fuuhh...heaven giler kalau dapat masuk esophagus!
“OK aja!! Lea, Myra, Esha,Bonda,Rayyan...You all rehat dan borak dengan Rayyan...hari ni dengan rasminya...kami the three musketeers ni, akan memasak...”
Zafran terus menarik dua lagi teruna kat rumah tu masuk ke dapur.
Lea memandang Myra...
“Kak Lea, tak meletup ke dapur tu?”
Lea hanya menggelengkan kepala...
“Entahla Myra, baik kita jangan masuk dapur hari ni...nanti dengan kita-kita sekali rentung!”
Lea dan Myra tergelak. Esha dengan Rayyan tengah duk borak kat luar...nenda pun join mereka.
“Kak, bising sangat dapur tu...jom kita jenguk...”
Myra dah mengajak Lea ke dapur...entah-entah taufan Katrina dah melanda kat dapur tu...
“Tunggu kejap lagi...Kalau diorang nak apa-apa, dia cari kita la tu!”
Myra hanya akur dengan kata-kata Lea.
“Betul jugak kan? OK lah...jom layan movie...”
Myra dengan Lea membuka siaran HBO di astro...
“B...you letak garam mana?”
Myra dah mengeluh...tu dia...Zafran dah panggil dah..
“Kat dalam balang warna pink tu..tepi rice-cooker!”
Myra malas ingin ke dapur...citer best tengah main ni...
“Lea sayang, asam keping kat mana??”
Lea memandang Myra dengan muka meluat...tadi bukan main lagi Zafran cakap 'I can handle' masa Lea offer nak tolong...
handle...hotak dia!
“Dalam bekas merah kat dalam kabinet!”
Lea juga malas nak bangun dari sofa yang serba empuk tu...
Lea kembali memandang televisyen...
“Tak ada pun! Lea...sinilah!!”
Lea dah mendengus! Dia bangkit dari sofa...
“Myra, nanti cerita ek apa jadi...”
Dia berpesan kepada Myra, Myra mengangguk.
Lea memasuki dapur...
‘Mujurlah dapur ni masih selamat...ingatkan dah kena taufan tadi...tungtang tungtang duk bunyi!
Zach dengan Reyl nampak macam khusyuk gila duk kacau tomyam atas dapur...dahlah siap pegang senduk tu sama-sama...diorang ingat nak kacau dodol ke...
“Sinilah Abang ni...Atas ni...”
Lea menjungkit sedikit untuk mencapai bekas asam tersebut.
Zafran memerhatikan Lea...
Susah payah Lea mencapai bekas tersebut...Zafran tu bukannya nak tolong...
Pintu kabinet ditutupnya...
Tiba-tiba Lea merasakan pinggangnya dipeluk...
“Hmm...you smell so nice...”
Pelukan di pinggang Lea semakin erat...Lea dah blushing...
“Abang, tengok tempat dulu bang, kita kat dapur ni...Zach dengan Reyl pun ada...malulah sikit”
Lea menegur Zafran yang masih leka itu.
“Jangan banyak cakap sayang...mereka tengah enjoy memasak tu, takkan sedar punyalah...”
Lea mengetuk tangan Zafran dengan bekas tadi...
Zafran masih juga tidak melepaskannya...
“Bang, Lea nak tengok cerita kat depan ni...lepaslah...”
Lea dah merayu tu...Zafran dah tarik sengih nakal...
“Boleh aja, tapi sayang pusing dan pandang abang dulu...”
Lea menarik muncungnya, mengada punya orang tua! Orang kata 40 years old baru lelaki nak matang...masalahnya, yang Zafran ni dah pun 40 tahun, tak matang-matang lagi nampaknya...
Perlahan-lahan Lea memusingkan badannya....
Zafran terus mengambil kesempatan...
Sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah...tutup mata....18sx ni!
Lama...bibir Zafran terlekap di atas bibir Lea...mata Lea tajam menikam mata Zafran...
“Papa, mana asamnya!”
Zach berpaling ke belakang...dan paap! Matanya terbuntang luas...tak boleh nak tutup-tutup....
Reyl memandang Zach yang dah jadi patung tu...dan, dia pun menjadi patung jugak...
'Uncle Zafran ni memang selamba...kat dapur pun nak buat projek...Aunty Lea ni layan pulak Uncle Zafran ni...'
“Ma! PA!Eww!!Pleaselah masuk bilik!”
Esha yang baru masuk dapur untuk ambil air terus menegur papa dan mamanya...tak senonoh!
Zafran melepaskan kucupannya...dia memandang Lea sambil tersengih nakal...Lea dah tak tahu nak letak muka kat mana...
“Kamu eewlah sekarang Esha...nanti bila kamu dah ada suami...entah-entah lagi teruk dari papa dan mama, betul tak Reyl?”
Zafran bertanya kepada Reyl yang masih lagi memandangnya tak berkelip-kelip.Begitu juga dengan Zach...dah jadi statue dah...chill la beb! Kissing pun nak kecoh!
“Abang Zach...Abang Reyl! Amboi...tengok free show tak berkelip dia! Tomyam tu dah nak kering dah tu!”
Esha dah jadi mak nenek!
Zach dan Reyl tersedar dan meraup muka mereka...
“Pa, Zach nak kahwin!!Syoklah...”
Zach sengaja menyakat. Zafran kasi thumbs up! Guys are always guys...
“Ha! Gatal merenyam dah tu! Dahlah Esya, jom kita keluar...lelaki...memang GATAL! Papa kamu tu memangla makhluk yang paling gatal atas planet ni!”
Lea menjelingkan matanya ke arah Zafran...
Zafran buat-buat nak pengsan...
“Wow!! Tajamnya sayang jeling! Tercabut jantung abang! Ala Lea ni, dia suka tapi buat-buat marah...Abang tahulah...”
Lea cepat-cepat cabut dari dapur...
“Cepat sikit buat air barli tu, Kami dah dahaga!”
Tegas Esha bagi warning dekat tiga orang Adam kat dapur tu...selepas aja Esha berlalu, Zafran, Zach dan Reyl tergelak sakan...
“OK...gelak-gelak jugak...sekarang pergi ambik daun pandan kat luar...maam besar tu dah nak air barli dia...”
Zach dan Reyl saling berpandangan setelah mendengar arahan Zafran sekejap tadi...
“Aku tak salah dengar kan?”
Tanya Reyl kepada Zach. Zach menggelengkan kepala...
“Tak.Aku dengar apa yang kau dengar...wujud jugak ek tumbuhan yang...”
Zach tak habis lagi nak cakap, Zafran dah sound.
“Cepatlah...nak buat barli ni!”
Macam pelesit mereka berdua keluar...Zafran hanya menggelengkan kepala...
***
“Kau rasa Reyl, macam mana tumbuhan tu...”
Zach dah pening...sumpah aku tak pernah dengar lagi tumbuhan macam tu...
“Aku rasa yang ni kot...cuba kau tengok...ada unsur-unsur purple kat benda bulat tu, daun dia ni pulak licin macam kulit perempuan, berkilat lagi tu ...sesuai dah tu...gerenti betul punya yang ni dah yang papa kau mintak tu..”
Zach dengan konfidennya mencabut tumbuhan itu...
Mereka berjalan masuk ke rumah.
“Nah pa...”
Zafran menghulurkan tumbuhan tersebut kepada papanya. Zafran terkejut melihat daun yang dibawa anaknya...
‘Astaghfirullah!!Boleh heart attack aku macam ni...mujur anak lelaki, kalau anak perempuan...dah naik atas dah aku!’
“ZACH! REYL! Kamu pergi potong daun keladi ni kenapa??!”
Bergegar rumah tu dengan suara Zafran...Zach memandang Reyl...
“La, papa kan mintak daun pondan tadi! Nilah daun pondan! Kat bawah dia ada benda purple...daun dia pulak halus macam kulit perempuan...kan Reyl?”
Reyl hanya mengangguk dengan Zach...
“Betul tu uncle...nilah daun yang Uncle mintak tadi...”
Zafran menggelengkan kepalanya...susah-susah...
“Papa mintak daun pandan...bukan daun pondan! Mana wujud daun pondan kat dunia ni! Kamu ni pun...dengar baik-baik lain kali...dah, biar papa sahaja pergi ambik...kalau suruh kamu...entah-entah pergi ambik daun serai pulak nanti!”
Zafran membebel sambil keluar untuk mengambil daun pandan tersebut...dasyat betul teruna dua orang tu, apa yang mereka belajar masa PLKN dulu ek?
“Urm Reyl...serai tu apa ek?”
Blurr...Zach bertanya kepada Reyl...Reyl tersenyum...
“Yang tu aku tahu...yang serai tu warna dia kuning...ala, yang kita guna letak atas ikan sebelum goreng...tulah serai!”
Zach mengangguk dengan hujah Reyl...tapi...
“Eh...yang kuning tu bukan kunyit ke?”
Zach memandang serba pelik ke arah Reyl...
“No..no..no, kunyit tu...yang panjang-panjang macam lalang tu...dah la kau...jom rasa tomyam ni...kot-kot tak cukup garam!”
Zach tersenyum...
‘aku dah agak dah...kunyit tu yang macam lalang tu...terer gak aku...apa korang ingat perempuan aja tau masak! Ni...Tengku Zariel Zachquan pun pandai la...’
Zach membangga diri...habis semua nama tumbuhan tu dia tertukar...nasib malang sunggu sapa yang jadi wife dia nanti...
“Hah...ni..tengok betul-betul...ini, nama dia PANDAN!!”
Terkejut mereka bila Zafran tiba-tiba muncul depan mereka...nak tersengih pun ada...
“OK Pa...dah cam dah..Zach ingat punya lain kali!”
“Same here uncle...wangi ek daun ni!”
Risy dan Zach memberi respons positif kepada papa mereka.
“Ha...pandai pun...dah, meh papa ajar cara nak buat air barli...”
Zach dan Reyl hanya memerhatikan Zafran yang tangkas menyediakan air tersebut...marvellous!
“Oh pa,tak ingat nak kata...cantik jugak papa pakai lipstik ek! Papa pondan ek!”
Reyl dengan Zach bantai menggelakkan Zafran...
Zafran pantas mengelap bibirnya...
‘Lea ni...dalam rumah pun nak pakai lipstik...shocking pink pulak tu...nak kena ni!’
Zafran menggumam dalam hati...Lea jugak yang dipersalahkannya ...haih!
“Dah-dah...sekarang, kita goreng ayam pulak...”
Mereka kembali menyiapkan dinner pada hari tersebut...haru betullah dapur tu...
kalaulah manusia macam Zach dgn Reyl tu wujud...bolehla kita campak kat pluto
ReplyDeleteso.....romantiklah zafran gan lea, lawak betul lah zach & reyl nie...!!! thanks for n3 baru...hari2 online nak baca citer ni...best..!!!!
ReplyDeletekalakau habis... sakit perut bc bab ni... hai zach n reyl... ape la daun pondan..... best3
ReplyDeleteklakar giler n3 nie....
ReplyDeletemlang btul sapa yang kawin dgn zach dan reyl...kunyit dgn serai pun bleh tertukar...
adoyai teruna-teruna ni... hancur! ngahaha XD
ReplyDeletebestla... n spe kate xigt kt Awin... igtlah slalu singgah sini tau... huhu even klu xde entry pun kte dtg tau.
seronoklah tak kering gusi
ReplyDeleteketawa dgn perangai 2 org
remaja. cpt sambung ye..
lea n zafran kn baru berbaik.. x mo honeymoon ke?? sweet!!
ReplyDeletepe la si zach n reyl tu. sengal giler.