Qays membelek lagi
sekali Tissot Quadrato Chrono Valjoux di tangannya itu, Tu dia, nama jam pun
dah sama panjang dengan nama manusia zaman sekarang ni. Mana pergi si Casio,
Rado tu semua? No more first-name-basis with your Mr Watch? Apapun, fakta
mengatakan bahawa si EE itu lewat sangat mencabar kesabaran Mr COO ni.
Izz memandang Qays
yang berdiri di hadapan sofa itu beberapa kali. Tak masuk kerja lagi Izz ni.
Masih holiday mood. Izz mencapai French toast di dalam pinggannya dan menyuap
ke dalam mulutnya. Remote Astro dicapai dan yeah! Dexter Laboratory, ada lagi
rupanya show ni dekat Cartoon Network tu. Hebat!
Izz perasan sofa di
sebelahnya diduduki orang. Siapa? Qays la.
“You wacth this too
bro?”
Qays memandang Izz
dengan muka I-can’t-beleive-you-asked-such-a-stupid-question. Qays mengangkat
keningnya sebelah dan tersenyum senget.
“Hoyeh! High five
my brotha!”
Qays tersenyum
bangga lalu mengangkat tangan kanannya untuk high-five. Ada jugak side kebudak-budakkan
pada Qays ni. Ingatkan memang lahir-lahir pakai necktie dah dulu-dulu.
“This episode
memang awesome. Siap bagi idea macam mana nak mess-up dengan adik aku.”
Qays kembali
memberi perhatian kepada Dexter yang tengah buat helah tu. Hebat.
Izz pula menolak
pinggannya ke arah Qays. Qays menggeleng kepala.
“No thanks dude.
Aku dah bantai nasi gulai ikan tongkol dah tadi.”
Izz terus memandang
Qays. Izz buat muka tak percaya dia.
“Awal gila Aunty
Era masak.”
Qays tergelak. Mama
dia nak masak pagi-pagi buta ni?
“Mama aku tak masak
lah, tu, dekat hujung jalan tu ada makcik dari Kelantan jual. Best siot nasi
dia.”
Izz menongkat
dagunya.
“Ada makcik jual
nasi ke kat taman kita ni?”
Qays tergelak. Lawak
tengok muka sedih Izz tu. Qays anggap Izz bertanyakan rhetorical question, so
dia tak jawab. Sebaliknya, Izz mencampakkan remote Astro ke Qays dan dia bergegas
ke luar rumah.
Qays membontoti
Izz.
“Kau nak ke mana tu
Izz?”
Izz yang baru
hendak menyarung selipar jepunnya itu terkaku dan memandang Qays.
“Beli nasi gulai
ikan dekat makcik tu la. Nak muntah dah aku ngadap french toast tu.”
Qays meraup wajahnya.
Tak logik pun ada Izz ni.
“Dah pukul sebelas
ni dude, dah habis dah nasi dia tu. Esok pagi pukul 6 dia dah ada, biasanyalah.”
Izz menarik muka
kesian dia. Baru nak makan gulai ikan tongkol, hadoila nasib. Dah lama ngidam
tu.
Qays menepuk-nepuk
bahu bakal adik ipar dia tu.
“Apasal kau tak
bagitahu awal-awal.Boleh aku pergi singgah kat situ masa jogging.”
Izz bertanya tanda
tak puas hati dia tu. Qays menarik muka biar betik dia tu.
“Sebab, ni kali
kedua aku jumpa kau, and kali pertama aku cakap dengan kau?”
Izz mengangguk.
Betul jugak tu.
“Betul jugak kan?
Hrmph, thanks by the way. Esok pagi aku bangkit awal-awal pergi tibai nasi
makcik tu.”
Izz berkata sambil
mendarat kembali ke atas sofa tu. Qays juga ikut serta. Beberapa minit
kemudian, mereka menoleh ke arah derap kaki yang sedang menuruni tangga itu.
“Hah, muncul pun
tuan puteri. Anak dara apa ni ha bangun bila matahari tegak atas kepala?”
Mulut lancang Izz
sudah berbunyi. EE menunjukkan buku limanya. Izz bolayan. Tangan kecik macam tu
ada hatinak tumbuk orang? Heh.
EE menjeling
sekilas ke arah Qays yang ada di sebelh Izz itu. Fuh, lega, muka dia releks je,
tak ada tanda marah. Kau selamat EE, alhamdulillah.
Qays bangkit dari
sofa itu lalu mendapatkan beg sandang kulit dari Prada itu. Segala harta karun dia ada dalam
tu, sesaklah nak sumbat semuanya dalam poket jeans.
“Okay Izz, aku gerak
dulu. Esok kita cardio sama-sama lepas subuh. Cool?”
Izz juga bangun
lalu menyalami Qays.
“Cool. Woy E, kau
jangan gedik sangat ngan Qays ni. Qays mengadu apa-apa, siap kau.”
EE mengangkat
kening sebelah. Ada bran kau nak cabar kakak engkau ni Izz? Bukan ke kau
sepatutnya warn Qays ke, bukan sebaliknya? Ni siapa kakak engkau ni? Aku ke
Qays? Tak guna punya adik.
“Diamlah mangkuk!
Jaga rumah.”
Kata EE sambil
berjalan di belakang Qays. Qays unlock BMW X3 dia tu lalu dia menghidupkan
enjin. EE membuka pintu penumpang dan duduk diam-diam. Awkward much.
EE memandang
sekilas ke arah Qays. Bibirnya digigit, nervous.
Qays memasang seat
belt, selepas itu dia merenung tajam EE tu. EE menelan liur. Cepat-cepat
tangannya mencapai tali pinggang keledar lalu memasangnya.
Akibat kalut
sangat, si seat belt kuangjaq tu taknak pulak masuk. Qays masih lagi
merenungnya. Macam dah berasap je telinga tu.
“Kau ni memang
spesies kalut eh? Sini!”
Kan dah kena herdik
tu. Huhu, sampai hati Uncle Long herdik-herdik orang. Me no likey!
Qays mengambil tali
pinggang keledar itu lalu ‘TAK’. Gedik punya seatbelt, nak tuan kereta ni jugak
pasangkan baru kau nak masuk.
Qays kembali
bersandar pada tempat duduknya. Wajahnya masih lagi menghadap EE.
“ Eryna, satu saja
saya tak suka. Awak nak tahu apa?”
EE dah macam dengar
tak dengar je perkataan selain Eryna itu. Alahai, dia panggil aku Eryna, nak
terbang! Nak terbang!
EE kembali ke dunia
nyata, dia mengangguk.
“I hate people who
are not punctual.”
Qays membisikkan
part itu. Mak oih, ngerinya riak wajah Qays tu. Kalau macam ni lah muka dia
marah, tak tinggikan suara pun tak apa, memang rimau tengok pun boleh cabut
lari. Seram. EE menelan liur lagi sekali, gulp!
“I’m sorry?”
EE berkata dengan suara
halus. Qays menggelengkan wajahnya. Dia membuka compartment di hadapan EE lalu
mengeluarkan satu notebook dan sebatang pen. Dua perkara tersebut diserahkan kepada EE. EE
mengangkat keningnya. Kejadah apa nak dibuat dengan menatang ni?
“Sorry saja tak
cukup, Eryna. Aku nak kau tulis ‘I will not be late again’ sampai kita sampai
tempat aku nak bawa engkau ni, understood? At least 10 page, jangan selang
baris.Faham?”
EE tercengang. Gila
ke mental lelaki depan dia ni? Memang kontra sangat-sangat dari lelaki dalam
mimpi dia tu. Betul ke dia ni Uncle Long dia mimpi dulu tu?
“Understood?”
Sekali lagi Qays
bertanya. EE cepat-cepat mengangguk kepalanya. Pen ditekan lalu dia mula
menulis. Tekun sangat dia menulis sampaikan EE rasa macam nak patah kepala dia
duduk tunduk. Dia mengangkat kepalanya lalu memandang kiri kanan.
‘Radio pun tak
pasang Uncle Long ni!’
Akibat daripada kebosanan
yang melampau dan juga stress yang dihadapi di dalam kereta itu, tangan EE
gatal pergi memasang radio. Tu dia, Nelly Furtado tengah di udara.
Qays menjeling
sekilas ke arah EE di sebelah.
‘Tangan tu tak
boleh duduk diam. Jentik kang. ’
Namun Qays hanya
berdiam. Kesian juga dia tengok EE tu dari tadi tunduk duduk tulis dalam
notebook dia tu.
‘Heck, who am I
kidding? Best buli orang ni, haha.Eh, dia dah siap ke siap tutup buku tu?’
Gumam Qays dalam
hatinya. Mungkin EE dah siap tulis semua yang dia mintak tadi. Laju jugak dia
tulis 10 pages tu.
“I'm telling all my
friends that it's pretty casual
They're turning green with envy...”
They're turning green with envy...”
Dah berbunyi pun
suara si EE ni. Qays hanya memekakkan telinganya.
‘Eh, bukan hari tu
aku larang dia menyanyi ke? Suka sangat lupa apa orang cakap dekat dia. Macam la
dia menyanyi tu sedap sangat.’
Qays memerli EE
dalam hatinya. EE pula makin naik minyak. Tangan dengan kaki dia pun dah goyang
sama.
“Na na na, ley ley,
ah ah ha
Eh hey eh...HEY!”
Eh hey eh...HEY!”
EE menjerit part Hey itu. Qays terkejut lalu
dia terkeluar track sekejap. Kereta belakang hon kuat, dan Qays berjaya
menstabilkan BMW dia tu.
Steering dipegang
kemas. Tangannya sudah putih akibat geram.
“Hey, boleh tak
jangan jerit-jerit macam tu! Kau nak mati dah ke? Stupid!”
Qays memarahi EE.
EE terdiam. Matanya sudah bergenang. Tak pernah kena herdik macam tu.
“Sorry, orang menyanyi
je pun.”
Halus suara EE yang
keluar tu. Dengar tak dengar je. EE cuba menyorokkan sendu yang ingin kelaur
dari bibirnya. Sebak sangat tau, Uncle Long ni pun marah-marah pulak.
“Jangan menyanyi
then. Duduk diam sudah. Bingit tau. Suara kau tu bukan sedap pun. Ke nak aku
tampar mulut tu baru reti nak diam?”
Air mata yang
dibendung sudah menitis. EE cepat-cepat pandang tingkap. Qays terdiam apabila
menyedari keterlanjuran katanya tadi.
‘Dah, dah...leleh
dah budak tu. Qays...baran tu jagalah sikit.’
Kalau tengok cerita
Johny Bravo tu, dah boleh nampak dah angel sebelah bahu kanan si Qays ni.
‘Buat tak tahu je
Qays, kejap lagi reda la air mata dia
tu. Kau bawak kereta je, bolayan budak tu.’
Tudia. Devil
sebelah kiri dia tu dah muncul. Qays pula antara dua, mana satu nak dengar ni?
Dia terus memandu.
Sampai di lampu
merah, dia menghentikan kereta. Compartment di hadapan dibuka lalu dia mencapai
M&M’s di dalam botol itu.
Dia mencuit bahu EE
yang membelakangi dia itu.
Qays terkedu, basah
kut pipi EE tu.
“Eryna, tolong
bukakkan?”
EE mengesat air
mata di pipinya, lalu mengambil botol M&M dari Qays. Qays hanya diam
memerhatikan EE yang sedang berusaha membuka tudung botol M&M itu.
“Nah.”
Qays mengambil
M&M sebiji dari botol itu. Dia membuat muka serius, ingat senang ke nak
celus? Jari besar gedabak, botol tu pulak kecil. Memerlukan usaha.
“ Buka mulut awak
kejap.”
EE kehairanan. Apa
kes? Nak cek gigi ke? Namun dia tetap membuka mulutnya, kecil je lah, buat apa
nak nganga macam orang nak check up dentist tu.
Qays cepat-cepat
memasukkan sebiji M&M ke dalam mulut EE. EE terus telan. Nasib baik tak
tercekik budak tu.
EE masih lagi
bingung.
‘Is he trying to say
he is sorry?’
EE bertanya kepada
dirinya sendiri.Kemudian dia tersenyum. Dia sudah faham, Uncle Long ni tak reti
nak minta maaf ye? It is okay, EE ada lagi satu cara.
“Satu je? Nak lagi.
Baru saya maafkan awak.Suap!”
EE membuat muka
serius dia. Qays hanya mengikut keinginan EE tu. Sapa suruh mulut kau berat
sangat nak cakap I-am-sorry-saya-minta-maaf tu?
Qays menyuap lagi
dua biji M&M’s ke dalam mulut comel EE tu. Nasib baik lampu dah tukar
hijau, kalau tak, sebotol jugak yang dibedal EE tu.
Qays meneruskan
pemanduan. EE baru sedar, RayBan yang Qays pakai tu sebijik dalam mimpi dia. Haila,
teringatkan cara Qays suap cekelat tadi, rupanya ada jugak sweetside jantan ni
ah. Comelnya.
“So Eryna, I am
forgiven right?”
Qays bertanya
sambil matanya tertumpu di hadapan. Nak accident ke kalau pandang EE tu.
“Saya tak marah pun
sebenarnya, saja buat drama nak tengok macam mana awak pujuk saya.”
Qays menghentam
steeringnya. Dia dipermainkan miss drama queen!
“Oh I see. You are
having your fun aye, missy?
Qays bertanya
sarkastik.EE hanya mengangguk macam belatuk. Dia memandang Qays sambil membuat
muncung itik ditambah pula muka bijaknya.
“You know what,Uncle
Long?”
Qays mendengus.
Uncle Long lagi. Terlekat dah gelaran tu.
“What else mis
quackquack?”
Qays bertanya
bosan. Kalaulah dia tak tunjuk sweet side dia tadi, EE ni mesti duduk diam
mengadap tingkap tu kan? Haila nasib.
“I get to use my
drama skills, offstage! Hah! How cool is that!”
EE dah perasan
sendiri. Padahal baru satu drama je pun yang dia ikut serta berlakon. Itupun
Shakespeare’s Tragedie of King Lear, dapat pun part fool. Sesuai la tu,
sama-sama putus wayar hijau dalam otak. Whacko.
“Macamlah dia hebat
berlakon.I doubt that.”
Gumam Qays
perlahan. EE memandanganya.
“Uncle Long cakap
apa?”
EE bertanya, nak
tahu jugak tau. Apa main cakap sorang-sorang ni?
Tajam jugak telinga EE ni. Telinga lintah betul!
“I said, dumb girl
says what.”
Qays terseyum penuh
makna. EE mengjungkitkan keningnya. Apa
benda dia cakap?
“What??” EE
bertanya.
Qays tergelak.
Termakan jugak bait yang dipancing Qays ni. EE oh EE. Are you that stupid?
Ee mendengus geram.
Baru dia faham. Now, she is the dumb girl because she said WHAT! Muncung
itiknya semakin ditarik. Qays yang perasan riak wajah EE itu semakin rancak
tergelak. Sumpah lawak.
“Qays, sudahlah
gelakkan orang!”
EE beruara geram.
Qays mengurut dadanya. Penat jugak duduk gelak ni.
Eh, EE panggil
Qays, Qays? Bukan Uncle Long?
“Dah tak panggil
Uncle Long?”
Qays bertanya. Ee
senyum penuh muslihat. Memang bipolar betul dua-dua orang ni kan?
“Tak panggil. Sebab
orang tu dah mempersendakan orang ni tadi.”
Ujar EE dengan
senada. Qays mengangguk.
“Okay,so I get it.
Supaya awak tak panggil saya Uncle Long, saya akan keep on mempersendakan awak.
Amacam?”
Qays membuat
konklusinya sendiri. Suaranya digaraukan lagi supaya semakin convincing.
EE mendengus geram.
Nak kena orang tua ni.
“Uncle Long! Jangan
nak mengada! No more making fun of me!”
EE bersuara tegas.
Qays hanya tergelak kecil. Dia parkirkan keretanya di tempat parking yang
disediakan itu. Enjin dimatikan. RayBannya ditarik dan diselitkan pada butang
T-shirt polonya itu. Dia memandang EE
sambil tersenyum manis.
“Where’s the fun
then Eryna? I enjoy making fun of girls, especially someone like you, hunny
bunny. Haha, dah, jom turun.”
Kata Qays. EE
ternganga. Bertuah punya Uncle Long. Tak guna betul.
I-enjoy-making-fun-of-girls konon. Hello, ni EE tau. No one makes fun of EE,
except for Izz senget tu.
Normal la
adik-beradik make fun of each other. Suami isteri to be buat macam tu, agak
pelik.
EE melangkah keluar
dari kereta. Dia memandang ke hadapannya. Aik? Kat mana ni? O-oh? EE, Uncle
Long bawak engkau kat celah mana ni? Nahas dah engkau lepas ni. Dia nak buat
apa dekat engkau?
EE bertanya pada
dirinya. Habislah dia lepas ni.
Yay! First one to comment! Hey sis! Ohoho! Habis laa EE! Macam biasa! Best!
ReplyDeletebest2
ReplyDeletehaha, MH : macam2 kamu ni
ReplyDeleteRQ: tq XP