Tuesday, December 4, 2012

Maut & Cinta (cerpen)






Syed memandang kiri dan kanannya. Semuanya sudah hancur, bangunan terbakar, harta benda musnah, nyawa terkorban begitu sahaja. Hati ditabahkan apabila melihat mayat yang bergelimpangan di kakinya itu. Bersyukur nyawanya masih ada, dan dia mampu untuk merawat beberapa lagi nyawa rakyat tidak bersalah.


Dia juga nyaris-nyaris terbom tadi, nasib baik hanya keningnya yang tercalar dek serpihan bendasing yang melayang ke arahnya tadi. Walaupun perjanjian damai sudah dipersetujui, mereka masih lagi ingin tunjuk hebat. Hopefully that was the last bom dropped.


Setiap langkah Syed akan melihat kesan darah , ada juga bahagian badan yang terburai di tanah itu.Kejam . Syaitan.  Mereka itu semua tidak berhati perut. Semalam, sekolah dibom. Hari ini, hospital? Just to get their territory, mereka sanggup bertindak sekejam itu?


Syed terus berjalan melepasi mayat-mayat tersebut. Bau hanyir darah memenuhi ruangan oksigen.


“Argh!”


Syed tiba-tiba berhenti melangkah. Dia pusing ke belakangnya. Pandangannya terhad dengan wujudnya asap-asap kesan kebakaran tersebut.


“Hello?”
Syed bersuara. Dan dia juga berharap suara itu memberi respon.


“Medic! I need medic!”


Suara tersebut berkata-kata tegas sambil mengerang kesakitan.


Syed berlari ke tempat suara itu setelah dia dapat mengesan kedudukan orang itu. Tertindas di bawah serpihan kayu. Nasib baik  kayu ringan, kalau tidak dah lama mati orang tu.


Syed mengalihkan kayu tersebut dan dia melihat mangsa itu dengan teliti.


“Where are you injured?”


Syed bertanya sambil memangku kepala gadis tersebut. Gadis itu berada dalam keadaan histeria. Air matanya tidak henti-henti menangis. Syed menepuk wajah gadis itu berkali-kali.


“Hey, listen to me. I need you to breathe? Can you do it? Deep breaths.”


Gadis itu menyedut nafasnya dalam-dalam. Syed menghadiahkannya sebuah senyuman yang manis. Senyum itu sedekah dan juga penenang.


“Good, very good. Your leg is bleeding, were you shot?”


Gadis itu menggeleng. Air matanya masih berlinangan. Syed melihat luka di betis gadis itu. Luka kena kayu, nasib baik bukan luka kena peluru. Dengan keadaan hospital yang sudah hancur itu, dia bersyukur gila kerana hampir 90 peratus pesakit sudah berjaya dipindahkan ke tempat lain. Memang arahan pindah sudah dikeluarkan oleh pihak kerajaan negara bergolak ini dua hari lepas. 


Yang Syed hairannya, kenapa ada lagi orang datang kawasan larangan ini? Syed datang sebab nak ambil bekalan medikal yang berbaki apabila bom dijatuhkan tadi. Nasib baik dia sempat elak, kalau tidak sudah lama maut.


“Help the boy...help him.”


Gadis itu berbisik kepada Syed sambil tangannya menunjukke arah timbunan kayu dan juga batu. Syed bangkit dan berlari ke tempat yang ditunjuk tadi. Dia cuba mengalihkan beberapa timbunan dan dia jumpa dengan apa yang dicari. Cuma, Syed terlewat. 


Dia memeriksa nadi pada leher budak lelaki yang dalam lingkungan umur 4 tahun itu. Innalillahiwainnailaihirajiun. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Syed mengucup ubun-ubun kanak-kanak itu sambil mengangkatnya ke tempat gadis itu.


“He’s gone. You know him?”


Syed bertanya. Gadis itu memeluk badannya sambil menggeleng.


“I followed him here. I tried to stop him, but it was too late.”


Gadis itu berkata sayu. Jarinya mengusap rambut perang budak lelaki itu yang sudah lencun dengan darah. Sebuah keluhan sesal dilepaskan.


Syed memandang kiri dan kanannya untuk mencari kain bagi menghentikan darah yang mengalir dari betis wanita itu.  Wanita itu seakan faham dengan Syed, lalu dia menarik kain yang diikat pada lengannya tadi. 


Syed mengambil kain tersebut dan terkaku. Dia memandang wajah wanita itu. Air liur ditelan. Lambang Jalur Gemilang yang kecil itu ditelitinya.


“Awak Malaysian?”


Angguk. Syed senyum.


“Saya pun. Saya Syed.”


Syed berkata sambil menunggu wanita itu memperkenalkan diri.


“I’m Qisya. Saya ikut serta misi volunteer dekat sini.”

Syed mendengar sambil mengangguk. Ada juga anak muda Malaysia macam dia ni. Tengok muka dalam umur awal 20-an pun ada.


Syed kembali mengalihkan tumpuannya kepada luka di kaki Qisya. Dia mencapai pisau dari boot yang dipakai. Senjata yang sentiasa ada pada dirinya untuk self defense. Pisau ditoreh pada kaki seluar gadis itu.


Qisya sudah membulatkan matanya. Seriau dengan alat tajam itu. Syed perasan dengan Qisya yang sudah menjadi panik itu cepat-cepat menyuruhnya bertenang.


“Relaks Qisya, saya Cuma nak potong seluar awak ni.”


Qisya mengangguk. Dia hanya melihat perbuatan Syed itu. Cekap. Qisya juga baru sedar yang Syed ada membawa kotak bantuan cemas bersamanya. Dia mengangkat wajahnya.


“Mana dapat tu?”


Qisya bertanya. Syed mengangkat keningnya. Mana dapat apa? First aid ke?


“A group of us cepat-cepat pergi ambil apa yang boleh ambil dari hospital tadi. Before bom jatuh.”


Kata Syed sambil mengeluarkan dis-infectant. Dia kemudiannya menuangkannya pada kapas.


“Qisya. Saya tak ada bius dengan saya, so, awak tahan sikit ya?”


Kata Syed. Syed meletakkan belakang pisau dan suruh Qisya mengigitnya. Memang kena tahan sakit gila-gila. Kalau bawa pergi kem pun, mereka tak akan senang-senang bagi bius untuk luka sekecil ni.


 Ini pun first aid sahaja sebab nak bolehkan Qisya jalan, dan juga untuk mengelakkan dari kuman membiak. Splinter kayu tikam kaki, kalau bernanah silap-silap kena potong kaki budak ni.


“Bismillah...”


Syed cepat-cepat menekup luka itu dengan antiseptic tadi. Bahunya terasa perit akibat Qisya yang sedang mencengkamnya untuk mengurangkan sakit. Selepas itu, Syed cepat-cepat menarik keluar serpihan kayu yang terlekat dan sepantas kilat menjahit luka tersebut.


Qisya membebaskan pegangan mautnya pada bahu Syed, serentak dengan itu juga dia melepaskan pisau yang digigit dari tadi. MasyaAllah, sakit tidak terkira. Dia terpandang jenazah budak itu, mesti dia lagi sakit kan?


Syed bangun dari duduknya. Dia mendokong mayat budak itu pada satu bahunya, dan kemudian memnghulurkan tangannya untuk membantu Qisya bangun. Ya Allah, aku bukan sengaja nak pegang apa yang haram bagi diriku ini. Mereka kena berjalan sedikit untuk sampai ke trak yang dibawa tadi.


Qisya menyambut huluran tangan tersebut lalu Syed mengetatkan pegangannya pada pinggang Qisya. Syed baru perasan yang hijab Qisya turut disaluti darah.


“Awak luka ke dekat kepala?”


Qisya menggeleng. Langkahnya cuba dibuka seluas mungkin. Kena tahan sakit, kem tu bukan jauh sangat, hanya dalam 5 km sahaja.


“Tak luka, itu darah kaki tadi.”


Qisya lega apabila mereka sampai di trak yang masih lagi terselamat itu. Ada beberapa orang tentera bersenjata di atas trak itu. Red Cross punya trak. Qisya diangkat naik oleh beberapa sukarelawan. Semuanya lelaki.


Syed ikut serta. Dia dan beberapa orang lain membalut mayat budak itu dengan kain yang terdapat di atas trak itu. Qisya hanya memandang dengan sayu.


“Are you hurt, lady?”


Ada juga sekor mamat blonde yang tanya soalan obvious itu. Qisya melunjurkan kakinya yang tercedera itu.


“Not that bad.”


Qisya menjawab senada. Matanya memandang Syed yang kebetulannya duduk berhadapan dengannya. Syed sedang merenung. Mungkin teringatkan anak bini dia dekat rumah.

“Are you a local?”


Orang lain pula bertanya. Qisya memandang orang tersebut. This time, Indian guy, memang rasanya trak tersebut dipenuhi dengan doktor.


“I’m a  Malaysian volunteer.”

“You are a strong willed person to volunteer. Good job!”


Qisya dipuji. Namun, Qisya tertanya-tanya dengan kehadiran troop medical. New troop, sebab memang dia tak pernah nampak muka European sebelum ni dekat kem. Dia terkenangkan perbualan dia dengan seorang wanita di dalam kem perlindungan semalam.

Wanita tersebut hanya tinggal sebatang kara. 


“I heard that this will end. They are trying to reach a treaty, and with that treaty signed, they will allow more medical help. All the bombings will be stopped. No more massacre. No more killings.”


Wanita itu berkata sambil mengoyakkan buku rotinya. Qisya tersenyum. Syukurlah kalau ada perjanjian damai. 


“We pray for the best sister. Allah listens to our sincere prayers.”


Qisya kembali ke situasi sekarang. Dia memandang wajah di dalam trak tersebut. Dia menjilat bibirnya.


“May I ask, is the conflict over? Are you guys the medical troop they sent after the treaty is being signed?”


Semua mengangguk. Qisya mengangkat tangan menadah doa tanda kesyukurannya.


“The last bomb just now, that will be the last one. UN and NATO decided to take some actions.”

Si blonde tadi berkata.


“We were at the international medical conference, and some of us decided to join this troop. We wanted to help.”


Akhirnya, doa rakyat tertindas dimakbulkan. Alhamdulillah.

Setibanya di kem, Qisya sekali lagi diperiksa agar tidak ada apa-apa yang memudaratkan. Mayat budak itu pula dikumpul bersama jenazah lain untuk dikebumikan.


Qisya ikut serta program sukarelawan ini hanya kerana satu tujuan pada mulanya. Dia ingin membuktikan kepada bapanya bahawa dia bukan anak bongsu yang manja. Yang selalu mengharapkan ehsan ayah untuk teruskan hidup. Itu pada mulanya.


Namun dua minggu lepas setelah dia menjejakkan kaki di sini, semua tujuannya itu sudah invalid. Hanya satu yang dia inginkan, dia ingin berbakti kepada manusia kerana itu apa yang disuruh oleh agamanya, Islam. Ingin turut menyuarakan suara keamanan buat satu dunia dengar. Dia juga inginkan syahid.


Qisya kembali bersama Malaysian Volunteers yang lain. Ketua troop ada mesej yang ingin disampaikan.


“Kerajaan kita panggil balik. Esok jam 10 kita berangkat pulang. Kerja kita sudah selesai, bekalan yangkita bawa sudah dibahagikan. Sekarang, team medical sahaja yang tinggal sekali dengan askar.”

Qisya hanya mendengar arahan ketua sukarelawan itu. Hatinya berasa gembira untuk pulang, namun dalam masa yang sama, dia juga rasa sedih untuk tinggalkan tanah berkonflik ini. Dia telah jumpa dengan dirinya yang dicari selama ini.


***


Malam itu Qisya mengheret kakinya ke khemah RedCross itu. Matanya mencari kelibat Syed.


“Qisya?”

Qisya berpaling apabila mendengar suara Syed memanggilnya dari belakang. Dia tersenyum apabila melihat tuan wajah yang dicarinya itu.

“Saya dengar kerajaan dah panggil group awak balik?”

Qisya mengangguk. Entah kenapa hatinya berasa kencang apabila mendengar suara Syed.

“Pukul 10 esok kami berangkat.”

Syed mengangguk. Dia juga turut memandang Qisya.

“Seronok awak dapat jumpa family. Mesti parents awak runsing sebab anak gadis dia ada dekat tempat  bergolak.”

Syed berkata . Qisya menundukkan wajahnya. Nafas ditarik.

“I hope so, sebelum saya datang sini, saya bertekad nak prove my father a point.”

Qisya memandang tanah lapang di hadapannya itu. Syed juga tengah duduk bersila di tepinya.

“A point? That is?”

Syed bertanya. Badannya di tongkat ke belakang dan kepalanya ditalakan ke langit yang luas. Malam ini, boleh nampak bintang yang berkerlipan, seolah-olah turut meraikan kemenangan yang ditempuhi.

“That I am a strong girl. Gadis yang tak perlu ayahnya untuk take each and every small steps bersama. Dia challenge I untuk be independent and here I am.”

Qisya berkata-kata. Syed mengintai wajah Qisya itu.

“You are a strong girl, Qisya. Dan saya rasa dengan awak datang sini, awak dah dapat matlamat awak untuk hidup, bukan? Awak dah sedarkan yang awak datang sini bukan untuk prove a point kepada ayah awak?”

Qisya terpaku. Syed seolah-olah dapat membaca isi hatinya.

“Ayah saya selalu pesan, kita ni hidup, kena cari pengalaman, dan accept the extremes. You get experiences, you learn to appreciate. Dengan ada appreciation, you treasure everything that you have with you.”

Syed bersuara perlahan. Qisya mengangguk. Benar apa yang Syed kata. Dia sekarang memang tak sabar nak balik rumah dan peluk ayah dia, mak dia. Tak kisahlah orang nak kata dia anak manja asyik makan ihsan ayah ke, dia tahu siapa diri dia.

“Your father is right. Bila saya duduk sini, saya sedar apa yang saya ada yang mereka tak ada. Yang saya tak ada, mereka pula ada. Before this, I am not a brave person. Tapi sekarang, saya juga jadi macam mereka. 2 minggu ni saya kira bila saya punya jodoh dengan maut. Macam benda yang normal.”

Qisya membuat refleksinya. Kemudian dia melihat Syed. Syed hanya tersenyum padanya.


“You are a good human Qisya. Allah sayangkan awak lagi mungkin, dia nak awak jumpa family awak tu dulu.”


Syed tergelak apabila Qisya menolak bahu Syed. Ada juga betul dalam ayat Syed itu.


“Thanks Syed. Saya jumpa kawan baru dekat sini, saya akan rindu awak. Thanks sebab selamatkan saya tadi. Thanks for everything.”


Ucap Qisya dalam nada sayu. 


“ Allah tolong awak dengan hantar saya. Saya cuma ikut rentak yang Dia serukan sahaja. Thanks is for Him. Not for me. Anyways, saya pun akan ingat awak. Sebab awak budak Malaysia first yang saya jumpa dalam misi ni.”


Qisya senyum. Syed pula mengeluarkan pen dan juga kertas lalu diserahkan kepada Qisya. Qisya memandang sunyi kertas tersebut.


“Saya nak address awak. Senang kalau saya nak masuk meminang. Awak tak kahwin lagi kan?”


Qisya ternganga. Dia menggeleng selepas itu.


“Awak ni suka bergurau. Kenal tak sampai sehari dah nak meminang.”

Dia komen namun tetap mencatat alamatnya pada kertas tersebut.


“Kalau jodoh awak, memang satu saat pun kita dah tahu. Saya pergi dulu ya, ada ramai lagi yang perlukan treatment. Kalau ada jodoh dan kalau saya tak hilangkan kertas ni, InshaAllah kita jumpa lagi di Malaysia.”


Lalu Syed bangun untuk ke khemah. Qisya turut bangun dengan perlahan-lahan. Dia memanggil nama Syed sebelum Syed menghilang.


“Syed! Assalamualakum! Saya tunggu awak bawa rombongan!”

Dia melaung dari tempat dia berdiri. Syed terhenti dan tersenyum. Salam Qisya turut dijawab. Bibirnya turut mengucapkan InshaAllah. Semoga janji Allah itu dapat ditunaikannya suatu hari nanti.


***  Malaysia : 5 hari kemudian


Qisya duduk bersama dengan keluarganya di ruang tamu sambil menonton berita. Ayah Qisya sangat gembira apabila anak daranya kembali pulang dengan selamat. Qisya juga masih tak boleh berenggang dengan ibu bapanya, rindu dan terlalu sayangkan mereka.


Matanya tertancap pada kaca TV. Hatinya tiba-tiba kencang. Dia kenal dengan kawasan itu. 


“Syukur Qisya kamu dah balik. Mereka langgar perjanjian, rusuhan dah mula balik. Tempat kamu dulu pun dah kena bom.”

Mama Qisya bersuara dari sebelahnya. Qisya masih lagi terkaku di tempatnya.


‘Ya Allah, Syed. Selamatkan Syed.’


Desis hatinya. Air matanya hampir menitis apabila melihat khemah yang dulunya tegak berdiri namun sekarang sudah menjadi abu.


“Ma, Pa...Qisya naik bilik.”

Kata Qisya lalu berlalu sebelum air matanya menitis. Dia cepat-cepat mengambil wudhu’ lalu bersujud pada tuhan Maha Esa.

Setiap kali berita ditayang pada televisyen, Qisya mesti nak tengok. Takut-takut ada khabar tentang Syed. Nama penuh Syed pun dia tak tahu untuk mendapatkan maklumat dari RedCross yang disertai Syed itu.

Apa yang dia mampu buat, berdoa dan terus tunggu. Setiap kali loceng berbunyi, dia yang akan jadi orang pertama untuk membuka pintu. Namun, setiap kali itu jugalah dia hampa apabila bukan wajah Syed yang muncul.


Setelah setahun berlalu, Qisya mengambil keputusan untuk berhenti dari berharap. Di mana sahaja Syed ketika itu, dia berharap Allah melindunginya. Kalau dia sudah tiada, harap-harap dia bahagia di dalam lindungan jannah.


Qisya  yang baru selesai membaca Yaasin itu membuka pintu biliknya. Dirinya mengucap apabila terkejut melihat mama dan papanya yang sedang berdiri di hadapannya itu.


“Mama? Papa? Sejak bila jadi patung dekat sini?”


Mama dan papanya cepat-cepat menariknya masuk ke dalambilik kembali. Qisya hairan.


“Kenapa ni?”


Mama dan papanya memandang Qisya dengan penuh kehairanan. Apakah? Siapa yang patut hairan ni?


“Qisya...ada lelaki masuk meminang. Siap bawa rombongan lagi.”


Qisya terpempan mendengar kata-kata papanya itu. Air matanya menitis. Dengan suara serak, dia bertanya kepada ibu bapanya.


“Syed? Nama dia Syed?”


Qisya bertanya sambil menggoncangkan lengan papanya.


“Dia kata Syed Adam Syed Bahrin. Dia ada parut dekat kening kiri.”


Syed masih hidup? Parut? Hari tu kening kiri dia luka, kan? Alhamdulillah.


“Qisya terima pa! Qisya terima!”


Qisya memeluk mama dan papanya. Gembira. Jodoh dia dengan Syed, walaupun kenal kurang dari 24 jam, rasa macam dah lama kenal.


“Dah, jumpa pakwe kat sana tak cerita pun. Padanlah moyok semedang sejak berita hari tu. Dah siap-siap, turun bawah jumpa rombongan dia tu.Mak dia pun ada, nak sarung cincin.”


Qisya bergegas ke bawah setelah mengenakan tudung. Dia macam di awang-awangan apabila melihat wajah yang selalu dia terbayang di dalam doanya itu. Bersyukur sangat-sangat dapat lihat lagi wajah itu.


“Assalamualaikum.”


Semua wajah memandang Qisya. Syed Adam turut terpaku melihat Qisya. Senyuman ditarik.


“Waalaikumussalam.”

Salam dijawab. Matanya masih tertancap pada Qisya yang sudah tertunduk itu. Alhamdulillah, dari tadi ucapan syukur itu tidak hilang dari bibirnya.


***


Seminggu selepas bertunang, Qisya dan Syed membuat keputusan untuk berkahwin. Dah setahun menunggu, akhirnya jodoh masih ada rupanya.

Syed dan Qisya duduk bersandar pada kepala katil tersebut. Tangan Syed sudah melingkari bahu Qisya. Sudah beberapa kali kepala isterinya itu dikucup sayang.


“Abang, kenapa buat Qisya tunggu setahun?”


Qisya, walaupun sudah diberitahu beberapa kali sebab kelewatan Syed itu, masih lagi ingin mendengar cerita Syed itu.


“Alamat sayang bagi tu tercicir masa abang pindah khemah. A night before bombing tu, kami dialihkan ke tempat lain. Sebab tu abang lewat. Dah lah nama penuh Qisya pun abang tak tahu, bila abang balik Malaysia, baru abang dapat kecilkan skop mencari Qisya tu. Ingat sedikit ke volunteer groups dekat Malaysia ni, I went to search one by one, akhirnya jumpa juga.”


Syed memberitahu kesekian kalinya. Qisya sudah meletakkan kepalanya pada bahu Syed.


“Allah sayangkan abang lagi, sebab tu dia tak kasi abang maut. Abang juga guna nama Allah masa buat janji tu, a promise that I must keep. Alhamdulillah, jodoh kita panjang.”


Qisya tersenyum mendengar celoteh Syed itu. Tak akan puas dengar suara yang selalu terngiang-ngiang dekat telinga dia selama ni.  Semoga kasih sayang di antara mereka berdua menambahkan lagi perasaan cinta terhadap Allah SWT. 


“Lepas ni, kita pergi Mekah pula. Kita sujud syukur banyak-banyak, doa banyak-banyak agar kita tak perlu lalui apa yang kita dah lalui sebelum ni.”


Qisya menambah. Syed mengangguk.


“Good idea! Suatu hari nanti, inshaAllah. Sekarang, tidur dulu.”


Dahi Qisya dikucup lembut dan lampu dipadamkan. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.


~THE END


P/S: This is the Qisya and Syed dalam Lelaki Idaman hari tu.










8 comments:

  1. omg, so sweet .. damn, i luv the ending so much !!

    ReplyDelete
  2. thirega devi, god you are fast! thx babe!

    ReplyDelete
  3. adehhhhsweetnyer diorg....terutama Syed Adam ska giler dengan watak dia

    ReplyDelete
  4. Cerita ini sangat menyentuhkan hati. :) thumbs up !

    ReplyDelete
  5. hi dearie.. double triple thums up..
    cerita ni sgt la beshhh u know :) kira lelaki idaman la tuan Syed kito nih ..lama tak dgr habaq.. kira comeback la ni ye.. apapon.. miss u awin...
    lot of love -L-

    ReplyDelete
  6. thx all 4 d feedbacks

    to L : hey sayang! haha, miss you too!

    ReplyDelete