“Okay, dah sampai.”
Benji memaklumkan
ketibaan mereka. Kiah pula memandang sekeliling. Lah, Taman Tasik Permaisuri je
ke? Ingat nak pergi Hulu Langat ke , mana-mana ada air terjun untuk berkelah.
Hampa aku!
“Waaa, Uncle Ben,
ada playground! Ada swings, ada
ada monkey bars!!”
Luth sudah teruja.
Dia meloncat-loncat di atas tempat duduknya. Seronok! Dah lama tak pergi taman
dengan Uncle Ben.
“Tentu ada, if you are
super nice today boy, nanti uncle
bawa pergi Universal Studio. Even
better, Disney land.”
Luth memeluk leher
Benji dari belakang. Dia mengucup pipi Benji, Benji sudah tergelak. Amboi budak
zaman sekarang ni, pandai betul nak bodek.
Kiah juga turut sama
tersenyum. Bagus juga bawa mereka ke sini, kalau bawa pergi air terjun, agak
bahaya. Takut tiba-tiba ada air pusar ke, apa ke, tak berapa selamat untuk
kanak-kanak. Kalau di sini, ada tapak permainan, Luth tentu suka.
“Okay lil man.
Behave. Dah, jom kita keluar.”
Kata Benji sambil
merungkai pelukan mencekik Luth itu. Kiah pula keluar dan mengambil bakul
berkelahnya dari bonet kereta. Luth, sudah selamat ber’piggy
back’ di belakang Benji.
“Alah, sayang tolong
ambilkan cap abang sekali.”
Kiah yang baru ingin
menutup bonet Beemer X6 itu terbatuk. Kepala ditalakan ke belakang lalu kening
diangkat.
“Apa dia tadi?”
Benji tayang muka cheeky.
“Cap?”
“Before that.”
“Urm...tolong
ambilkan.” Sakat Benji. Nak usik sikit Kiah ni.
“Sebelum tu.”
“owh...sayang?”
“Yes! That one! Gedik nak
sayang-abang ni kenapa?” Tanya Kiah dengan geram.
Benji tarik senyum
nakal apabila melihat muka Kiah yang berkerut itu. Kiah mencapai topi yang
diminta Benji lalu menutup kuat bonet kereta. Bakul dijinjit dan dia berjalan
ke arah Benji. Setibanya di sisi Benji, Benji menundukkan kepalanya, cue untuk Kiah memakaikan topi kepadanya.
Kiah mendengus
dengan perangai mengada pakcik-tua-tapi-tak-sedar-diri itu namun tetap
memakaikan topi putih POLO itu. Muka dialihkan ke sisi apabila tersedar yang
Benji merenungnya di sebalik Ray Ban yang tersarung pada wajah lelaki itu.
Bibir digigit. Agaknya, lelaki pakai shades dan
topi akan secara automatik jadi kacak. Bonus, kalau lelaki tu tinggi dan sasa
macam
Benjamin ni.
“Urmm...Let us
play a game. Hari ni kita berlakon jadi daddy/hubby,
wifey/mommy dan boy. One sweet happy family. Nak tak?”
Suara Benji
memecahkan situasi pelik di antara mereka itu tadi. Kiah mengerutkan hidungnya.
Permainan apa macam tu sekali? Tak pernah dibuat orang.
“NAK! Luth nak jadi daddy! Kakak be
my wifey! Uncle, boy.”
Luth sudah
bersemangat. Hish, kecil-kecil lagi nak gatal nak jadi daddy.
“ Luth jadi boy because you are the smallest.”
Benji memusnahkan
angan-angan Luth. Luth tarik muka masam di belakang Benji. Selalu macam ni,
asyik Luth yang jadi budak kecil.
“Alaaa...”
Benji menurunkan
Luth lalu memandang kanak-kanak itu tajam. Luth terpaksa mendongak.
“See, you are too
small. Plus, kalau Luth yang jadi
boy, Uncle Ben can do this to
you, son!”
Kata Benji sambil mengangkat
Luth lalu melambungnya ke udara. Luth menjerit sambil tergelak. Suka bergurau
kasar dengan pakciknya ini.
“Hih,daddynya...jatuh
nanti.”
Kiah bersuara
perlahan. Benji menangkap Luth lalu melemparkan sebuah senyuman menggoda ke
arah Kiah. Kiah tayang muka toya.
“Ai, ai mam! Luth, I’ll
chase you to the lake!”
Lalu kedua-dua
teruna itu bertempiaran lari macam tak cukup tanah. Si kecil tu
tak apalah, comel saja menjerit sambil berlari. Si tua gajah tu pun sama naik,
itu memang tak boleh tahan.
‘Nampaknya, aku
kenalah main juga game mengada Pak Cik
Benjamin ni. Opps, I meant to say
my fake hubby for today.’ Gumam
Kiah sambil menjinjit raga itu dan membontoti kedua-dua orang hero itu.
Senyuman masih tersungging pada bibir. One sweet happy family.
***
“Kakak, eh, Mommy!
Luth nak pie lagi.”
Luth yang sudah
comot mulutnya itu meminta sekeping lagi pai ayam dari Kiah. Kiah memandang
Benji, Benji angguk.
“Nah sayang.”
Kiah meletakkan
kepingan segi tiga itu ke dalam piring kertas Luth. Kemudian, sekeping lagi
pada pinggannya sendiri.
“Wifey, Hubby nak
satu lagi jugak. Pandai you masak.”
Benjamin yang sudah
menelan 3 keping pai juga meminta. Kiah memandang Benji dengan muka pasrah.
“Benji, dalam
pinggan I ni yang last slice. Sorry.”
“Tak apalah, tak ada
rezeki. Passkan jus.” Kata Benji
seolah-olah redha dengan rezeki sendiri. Kiah mengambil botol jus di sebelahnya
lalu menuangkan ke dalam cawan kertas. Kemudian, air bertukar tangan.
Kiah menyambung
kembali proses menghabiskan pai di dalam pinggan, namun,kakinya tiba-tiba
terasa sejuk dan basah.
“Boy, suap daddy sikit.” Benji menganggu Luth yang sedang khusyuk
mengunyah itu. Pinggan Luth yang tadinya di atas lantai terus diangkat ,
menjauhkannya dari capaian Benji. Tak mahu kongsi dengan Uncle Ben.
“Ish, kedekut.” Kata
Benji sambil cuba untuk mencapai makanan Luth. Kiah memandang Benji
kecil-besar.
“Hubby, cuba
mengalah sikit. Sardin ada lagi, nak?” Kiah berkata sambil menyuakan container sardin ke Benji.
“Tak mahu. I want the
pie, not sardine.”
“Pie dah habis, cuba
faham.”
“Tak mahu faham.”
“Ih, mengada sangat
ni kenapa.” Kiah meninggikan suaranya.
“Kita tengah gaduh
ke? Ay, jangan tinggikan suara dengan I.” Benji turut meninggikan suaranya.
Kiah berdiri. Tak boleh jadi ni.
“You jangan nak dictator sangat, boleh. Ya, kita tengah gaduh.”
Kiah berkata
sambil memandang dari atas ke arah Benji yang tengah duduk.
“Aww, this is
cute, we are having our first fake hubby-wifey banter. Kita gaduh pun you jangan tinggikan suara dengan I! You tak
hormat I eh? Wifey?”
“Bukan tak
hormat...” Kiah kembali duduk, namun tiba-tiba dia terasa basah pada betisnya.
Oh tidak, jus tumpah.
“Ahh man! Benji, lain kali gelas tu letak elok-elok la.”
“Haih adik manis,
awak duduk tu lain kali pandang dulu.”
Benji memerli sambil
mengutip cawan yang tertumpah tadi. Kiah mengambil tisu lalu dilapkan pada
jeansnya.
“Dah, pergi basuh
dengan air. Tak hilang kalau lap saja.”
Kata Benji prihatin.
Kiah angguk.
“Tengokkan beg
kejap.”
Pesan Kiah sebelum
berlalu mencari pili paip. Benji angguk lalu matanya kembali memandang pinggan
Kiah berisi pai itu. Pinggan di capai lalu pai dimakan rakus. Luth hanya
melihat perbuatan Benji itu.
“Uncle...eh Daddy
curi Mommy punya! Mommy!!! Daddy habiskan pai mommy!”
Laung Luth apabila
melihat kelibat Kiah yang sedang berjalan ke tempat mereka. Dah jumpa pili air
lah tu. Kiah pula sudah bercekak pinggang. Senget betul Benji ni.
“Dah Luth, tak payah
kawan dengan daddy. Jom kita tinggal dia, kita pergi main.”
Kiah sudah malas
berkata apa-apa dengan sikap Benji itu terus menarik Luth ke papan lungsur.
Benji di tinggalkan. Padan muka dia. Siapa suruh habiskan pai orang? Gelojoh!
Benji pula
tergelak apabila melihat muka Kiah yang cemberut itu. Alahai, merajuk ya
Khairina Ibtisam? Nanti abang pujuk ya, merajuk dulu puas-puas.
***
“Nak main apa lagi?”
Buai sudah,
gelongsor sudah, monkey bars sudah,
rasanya, kesemuanya sudah.
Luth yang sedang
menggenyeh mata itu dipandang penuh sayang. Suka sungguh Luth apabila bermain
tadi. Benji pula, sejak tadi kerja dia duduk sandar bawah pokok dan pandang
tasik. Tak ada tanda-tanda nak pujuk Kiah, mahupun nak mintak maaf. Tak ada.
“Tak nak main dah.”
Kata Luth sepatah
lalu menarik tangan Kiah kembali ke tempat berkelah tadi. Benji sudah mengemas
kesemuanya sementara Kiah melayan karenah Luth tadi. Kiah dah masak, Benji
tolong kemas, tak salah kan?
“Mommy, duduk.”
Kiah akur lalu
bersila di sebelah Benji. Luth duduk di atas riba Kiah lalu memeluk leher Kiah.
Dia menguap panjang.
“Kakak, I miss mom
and dad. Thanks kakak being mommy.”
Luth berkata sebelum
matanya dipejam. Kiah rasakan jantungnya disentap. Kepala Luth diusap lalu dikucup
sayang. Benji yang turut mendengar kata-kata Luth itu turut mengucup rambut
perang Luth itu.
“Luth betul. Thanks for
being mommy today Kiah. He really needs it.”
Kiah angguk. Benji
memandang Kiah, lalu kembali memandang tasik.
“Tahu tak, yang
sifat-sifat you wifey, sangatlah sama
dengan my sister. You
both are maternal, sangat keibuan.
Sebab tu Luth cepat kamcheng dengan awak. Cara awak layan dia, cara awak approach dia,
sekurang-kurangnya rindu dia sama mak dia berkurang sedikit.”
Kiah setia
mendengar. Atmosfera sekeliling tetiba berubah menjadi sayu dan mendung. Sama
seperti wajah Benji, mendung.
“Dia mesti seorang
ibu yang hebat, dapat anak sehebat Luth ni.” Teka Kiah.
“Yeah, the best
sister I ever have.”
Kepala di pusing. Kiah
kembali dipandangnya. Kiah gigit bibir. Luth yang sudah terlena di baringkan
perlahan-lahan ke atas hamparan merah putih itu. Sungguh polos wajah suci itu.
“Khairina Ibtisam,
saya minta maaf curi pai awak tadi. Saya kan suka buat gedik dengan awak. So yeah, I
am sorry.”
Kiah senyum.
Atmosfera tetiba
kembali terang benderang. Mood Benji ni memang macam cuaca lah. Sekejap mendung
macam nak hujan, sekejap cerah.
“Ingat tak nak minta
maaf tadi.”
Kiah berkata
perlahan. Agak sinis. Benji tergelak. Bahunya menolak perlahan bahu Kiah.
“Buat salah kena
minta maaf.”
Akur Benji dengan
mudah. Kiah angguk.
“Okay, maaf boleh,
tapi kena nyanyi dulu. Ada bran?”
Benji menayangkan
muka paling maco di atas muka bumi ini. Menyanyi saja tuan puteri? No hal!
“Be prepared to
be dazed, Cindai-lelah! That’s Cinderella in Malay.”
Kiah tergelak juga,
seiring dengan Benji. Spontan betul mangkuk ni sorang. Haila, layan jangan tak
dilayan.
“Okay Franklin,
mulakan nyanyian anda sekarang.”
Kiah mengeluarkan arahan mandatori. Benji berdehem lalu...
“Here’s for you,
Itulah Sayang, by P Ramlee.”
Tanya sama hati apa
asal sayang,
Adakah tandanya
nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga,
bulan dan bintangnya,
Punya tanda - tanda hubungan mesra.
Tanya sama hati
pernahkah merindu,
Ingat masa lena, apa
mimpi mu,
Masa berjauhan apa
nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
Jikalau tidak kerana
sayang,
Kuntuman kasih tak
mungkin kembang,
Andainya jemu
mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu,
“Kiah! Masuk
chorus!”
Tanya sama hati apa
asal sayang,
Adakah tandanya
nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga,
bulan dan bintangnya,
Punya tanda - tanda hubungan mesra.
Kiah menepuk
tangannya. Wah, walaupun tak sehebat P Ramlee, namun Benji tetap pandai
menyanyi.
“Boleh tahanlah
suara you wifey.”
“Ditto. You
yourself is not that bad.”
“Thanks.”
Kiah memandang
Benji. Benji tarik senyum.
“Apa
pandang-pandang? Muka macam nak tanya benda saja?”
Tekaan Benji tepat
sekali. Memang nak tanya soalan ni. Hehe. Kiah bercanang di dalam fikirannya.
“a’ah. Nak tanya
benda ni.”
Benji angguk.
“Shoot.”
Kiah membetulkan
duduknya. Sekarang dia betul-betul menghadap Benji.
"Kalau pandang
langit nampak apa?"
Apa punya soalan tu? Ingatkan nak tanya soalan personal tadi? Desis
Benji di dalam hatinya.
"Huh? Jap. Let
me see..." Badan di baringkan ke tanah. Kepala dialas lengan. Muka menala
langit. Senyuman terukir. Pandang langit nampak apa ya?
"So, nampak apa
Ben?"
Kiah bertanya sambil
tangan memegang gelas yang berisi kosong itu. Bibir mengukirkan sebuah senyuman
penuh makna. Gelas digenggam erat, dan diletakkan ke atas paha.
"You want it
to be a concrete answer or an abstract one?"
Benji bertanya lagi.
Kalau konkrit, ada awan, burung-burung, ada langit yadayadayada. Kalau abstrak, kena jiwa puitis agaknya.
"Whichever
would do..." Balas Kiah endah tak endah. Dia
bukan nak tahu jawapan pun sebenarnya. Cuma nak balas dendam air tumpah tadi.
"Okay, langit
yang luas serta membiru memberi kesedaran betapa besarnya kuasa Allah SWT.
Burung-burung berterbangan kehulu hilir melambangkan kebebasan yang tiada
batasan, well, unless ada bird hunter yang tiba-tiba serang mereka dengan peluru..."
"Correct! Nah hadiah dia
bagi jawapan yang betul!" Gelas berisi air tadi selamat dikosongkan. Air
dituangkan ke atas muka Benji. Benji terbangun lalu mengesat wajahnya yang
basah itu. Nasib baik baju tak basah.
"Choi! Ish
minah ni.Basahlah weyh!"
Kiah cepat-cepat lari apabila selamat
mengosongkan gelas yang tadinya berisi air ke muka Benji. hamek kau, siapa
suruh buat jahat sangat tadi? Karma is a bitch, uncle Ben!
“Siapa suruh curi pai orang?”
Kata Kiah sambil menayangkan muka
bangga. Benji tarik muncung.
“Kan dah minta maaf.”
Dalihnya. Aci main kotor juga Kiah ni
rupanya. Punyalah aku tanya nak jawapan macam mana tadi, rupanya hanyalah
sebuah perangkap dendam. Cewah Ben, bila pandai guna ayat bombastik berbunga
bagai ni? Perangkap dendamlah bagai. Bangga cikgu BM dengar.
Benji tersenyum sendiri dengan
monolognya. Haih. Kiah ni memberi impak yang besar dalam dirinya.
“Maaf tak boleh kenyang, fake
hubby!” Kiah tetap dengan alasannya. Dia kembali ke sisi Benji.
“Tau tau. Okaylah, apa kata kita
tengok wayang nak lepas ni? Sincere apology treat.”
Kiah senyum sampai telinga. Bahu
Benji ditolak dengan bahunya.
“Itu baru betul. Jom gerak.”
“Laju je dia bila hal wayang.” Perli Benji.
“Laju bila ada orang
nak belanja tengok wayang, that’s more like it.”
Kata Kiah sambil mengenyitkan matanya
kepada Benji. Benji mendecitkan lidahnya. Macam-macam jawapan Kiah ni.
“Yelah-yelah.” Benji beralah. Susah
nak menang main perkataan dengan Kiah ni.
Kiah = Ratu membelit perkataan.
Ada bakat nak jadi peguam.
“Angkat Luth baik-baik.”
Benji mengangkat Luth yang lena
itu,dan Kiah melipat hamparan lalu mereka berlalu meninggalkan taman itu.
“Kiah, ni, betulkan kedudukan kepala
dia, sandarkan atas bahu I.”
Luth merengek sedikit apabila Kiah
menyentuh kepalanya. Apabila tiba di kereta, Kiah menghalang Benji dari
meletakkan Luth di tempat duduk belakang. Katanya, dia mahu memegang Luth.
Takut apabila Luth diletak di belakang, dia akan mudah tersedar dan menangis.
“ Betul nak riba ni?Nanti lenguh
karang.”
Benji bertanya buat sekian kalinya.
Kiah angguk. Seat penumpang ditolak ke belakang sedikit, memberi ruang yang
besar untuk memuatkan Luth.
“Iya, boleh je lah setakat pegang dia
masa dia tidur. Kesian dia, penat.”
“Okay.”
Benji menyerahkan Luth
perlahan-lahan. Kiah menyambut Luth lalu menepuknya apabila dia mula merengek
kecil. Tak selesa agaknya apabila bertukar tangan. Dahi Luth dikucup lembut.
Benji, yang memerhatikan kesemua itu tersentuh seketika.
“Wifey...”
Benji memanggil Kiah perlahan apabila
tiba di persimpangan lampu isyarat.
“Hurm?”
Kiah membalas ringkas. Orang panggil
kan,kenalah sahut.
“You will make a great mom to your
kids.”
Puji benji. Gear diturunkan ke N.
“Terima kasih. Awak pun sama. A
great dad.”
“Kan.” Benji terdiam seketika.
Suasana hening di dalam Beemer itu. Benji memandang Kiah. Shades di
tanggalkan dan disangkutkan pada leher baju. Lengan Kiah yang berlapik baju itu
disentuhnya. Kiah memandang Benji hairan. Apa pulak yang merasuk dia ni sampai
nak sentuh-sentuh ni?
“Urm...okay. Hee, macam mana eh nak
cakap ni?”
Benji tetiba menjadi cuak. Kiah
mengerutkan dahinya. Pelukan terhadap Luth dikemaskan.
“Cakap sajalah.” Kiah menggesa Benji.
Benji angguk. Matanya menikam mata Kiah.
“Okay. Be an awesome mommy to my
kids?? Our kids?”
Kiah terkelu. Mukanya terus pucat.
Benji dipandang tanpa kelip. Dia dengar benda betul ke dia tengah mimpi ni?
"Huh?"
Kiah masih blur dan cuak dan tak keruan. Biar betik!
"Khairina
Ibtisam, would you be my MRS?"
Apakah?