PART
1
Stool ditarik keluar. Kaki pendeknya memanjat naik
bangku tersebut. Tangannya cekap mencapai gincu mamanya yang tersusun di atas
meja hias itu. Revlon berwarna ruby diambil dan ditenyeh sesuka hati pada bibir
halusnya.
“Luq, Yaya
pretty tak?” tanyanya sambil memandang ke bawah. Luqman yang sedang khusyuk
membelek buku ceritanya mendongak memandang kakaknya.
“Pretty,”
jawab Luqman sepatah, kemudian dia kembali membaca the Red Ted and the Lost
Things.
“Luq ni kan,
Yaya ajak main tak nak. Tak bosan ke baca Ted tu?”
“Tak.”
Yaya
mendecit. Selamba aja Luqman ni. Kemudian, matanya tertancap pada gel rambut
papanya.
Aha! Idea
datang.
“Luq, jom
Yaya main rambut Luq. Buat macam rambut papa nak?” ujar Yaya.
Luq terus
mengangkat wajahnya. Rambut papa?
“Jom
la...jom laaa...”
“Nanti papa
angry.”
“Papa dengan
mama dengan abang kan ada kat bawah.”
Luq terus
akur. Seronok juga dapat main gel rambut papa ni.
*
“Esok apa
plan kita?” Kiah bertanya. Kepala disandarkan ke atas lengan Kay. Baru sempat
nak duduk. Dari tadi sibuk buat kek itulah, inilah. Budak-budak tu dah siap
adun dan cepat-cepat cabut lari. Nasib ada Luth yang boleh harap tolong dia
kemaskan dapur.
Kay
memandang Kiah. Pipi Kiah yang ada tercalit sedikit tepung itu diusap.
“Ni buat kek
guna tangan ke guna pipi?” sakat Kay. Kiah tarik senyum manis.
“Guna akal.”
Serentak itu tangan Kay mencubit geram pipi Kiah. Itulah, loyar buruk lagi
dengan dia.
“So?” Kiah
kembali ke soalannya.
“Esok kita
korban dekat tempat biasa. Ben pun join in, my parents, Ben’s parents...sudah
lapah lembu apa semua, kita balik rumah mama, masak-masak situ, malam ada
family gathering. Ingatkan your parents pun sayang.”
“Aiyo, dey
husband...budak-budak tu kita nak campak mana? Yaya tu bukannya boleh tengok
lembu. Mesti dia nangis.”
“Luth kan
ada, tengokkan la kejap. I nak kena tolong lapah.”
“You know
your daughter, she will want you. Luth
tu tak apa, dah besar. Luq si Luth boleh tengokkan. Yaya ni...”
Kay mengeluh
seketika. Habislah, memang tak melapah la dia kalau tuan puteri tu cari papa
dia. Sahkan nak melapah, nak tengok sembelihan pun tak boleh nampak gayanya.
“Tu esok la
kita fikir.”
Kiah angguk setuju. Kemudian, dia memandang
sekeliling rumahnya. Aik? Sunyi semacam aja? Mesti ada benda yang tak kena ni.
Tangan Kay
dikuis.
“Tak rasa
macam sunyi semacam ke?” soal Kiah kepada Kay.Kay angguk.
“Luth naik
mandi tadi.” Ujar Kay.
“Dua orang
lagi tu?”
“Upstairs.”
Kiah
mengisyaratkan Kay supaya pergi tengok Yaya dan Luq di atas. Entah apa yang
mereka sedang buat lah tu. Diam semacam!
**
“Cantik?”
Yaya soal lagi. Luq angguk.
Yaya mengelipkan pula matanya yang sudah sebelah
berwarna biru, sebelah lagi berwarna hijau. Rambutnya separas bahu pula sudah
separuh terpacak ke atas, separuh lagi macam sarang burung.
Luq pula
usah dikata. Pipinya penuh blusher, rambutnya pula macam mo-hawk. Bawah matanya
pula penuh dengan warna hitam.Kukunya pula warna peach.
Sah, maskara
Kiah yang jadi mangsa!
“Luq! Yaya!
Astaghfirullah-al-azim!”
Yaya dan Luq terus terkaku. Gincu di tangan Yaya
terlepas ke atas meja solek.
“Nurul
Liyana, get down from that stool! Turun sebelum papa ambil rotan!” Kata Kay
tegas.
Yaya terus
lompat turun dari bangku.
“Papa...Yaya
sorry...” terus Yaya masuk mode menagih simpati. Kay pula cepat-cepat menarik
Luq dan juga Yaya ke bilik mandi.
Ini kalau
mama dia nampak...mahu runtuh satu rumah dengan amukan mama dia.
“Take off
your clothes. Mandi cepat. Sebelum mama suspect apa-apa.”
Yaya dan Luq
cepat-cepat dengar arahan papa mereka.
Kay pula
cepat-cepat pergi kemas dressing table yang agak bersepah itu. Sambil-sambil
itu, dia jenguk-jenguk juga ke dalam bilik mandi.
“Papa...it
won’t come out...” Adu Yaya dari pintu bilik mandi. Jarinya menunjuk ke arah
matanya.
Itulah,
tenyeh lagi eyeshadow tebal-tebal.
Kay mengeluh
hebat.
Cotton pad
di dalam kabinet di atas sink dicapai, make up remover Kiah dititiskan dan
terus muka Yaya disental. Luq juga diperlaku sedemikian.
“Ouch
papa,it hurts.”
“Main lagi
barang mama dan papa. Rambut macam sarang burung. Dah, pergi syampu. Luq pun
syampu.” Tegas Kay lagi. Yaya tarik muncung.
“Buat muka
macam tu papa rotan betul-betul karang, Liyana. Destructive element. Tangan tu
gatal.”
Yaya terus
diam.
“Papa,
syampu.” Sepatah dia berkata apabila tangannya tidak sampai untuk mencapai
botol syampu.
Kay bangkit
dan tolong apa yang patut. Rambut Yaya disyampu, begitu juga Luq.
Setelah itu,
kedua-duanya dipakaikan baju. Rambut yang basah dibiarkan kering sebelum
disikat. Lagi sekali, mulut kedua-duanya tidak henti-henti mengaduh sakit.
“Padan muka.
Main lagi gel rambut papa. Main lagi. Kan dah kusut rambut.”
“Tak nak dah
papa.”
“Cakit.”
Tokok Luq.
Dalam diam
Kay tersenyum. Reverse psychology, never fails everytime!
**
Kay
kemudiannya turun bersama-sama dua lagi makhluk kecil itu. Kiah yang sedang
bercerita sesuatu dengan Luth turut memandang semacam ke arah tiga beranak itu.
Kay duduk di
sebelah Kiah dan Luq diangkat ke riba. Selamba, Luq bersandar pada dada
papanya. Yaya pula mencelah diantara Luth dan Kiah.
“Wanginya
dua-dua orang. Papa mandikan ya?” tanya Kiah sambil mengucup kepala Yaya yang
masih basah.
Yaya dongak
ke arah mamanya dan tayang senyum lebar.
“Papa syampu
pun, mama.” Tambah Yaya, nak bodek papa dia lah tu. Takut rahsia terbongkar.
“Rajinnya
papa hari ni. Semalam kan baru syampu.” Soal Kiah kembali. Yaya terus terdiam.
Baik diam daripada terbongkar rahsia.
“Mama...cantik tak tangan Luq?” Luq tiba-tiba
tayang jarinya yang berwarna peach itu kepada Kiah.
Kay dan Yaya terus ternganga.Yaya pandang Kay, Kay
pandang Yaya.
Kay
mengecilkan matanya ke arah Yaya.
‘Kenapa tak
cakap tangan Luq pun kena conteng tadi?’ soal Kay melalui matanya.
Yaya terus
tertunduk.
‘Oops, sorry
papa! Yaya lupa.’
“Double
triple quadruple crap! Oh, padanlah papa rajin nak mandikan korang, korang main
barang mama ya? Hah?” Kiah sudah menyinga. Dia menampar kuat bahu Kay.
“You tampar
bahu I kenapa pula sayang?” Kay jelas tidak puas hati.
“Berkorban
untuk anak! Tampar bahu anak takut menangis, tampar bahu papa dia baru tak
menangis. Papa dia pun, pandai nak simpan rahsia, konon.” Kiah mula membebel.
Kay tarik muncung.Jelas dia tak puas hati.
“Luth,
tengok mama Luth ni.” Kay cuba nak mengadu pada Luth. Luth angkat bahunya.
“Papa yang
defend sangat Liyana tu,” tokok Luth. Kay terus mengangkat keningnya.
Aih? Raya
Korban kali ni ada team mama, team papa ke? Dah berpuak-puak ya?
“Mama, tak
mau lah tampar Mr Teddy Yaya, cian papa tau.”
Kiah terus memandang ke arah Yaya.
“Amboi, buat
salah bukan nak minta maaf?” perli Kiah. Yaya terus menggigit bibirnya.
Kay tahan
senyum. Precious gila muka Yaya tika ini.
“Yaya...Yaya
dah say sorry to papa tadi.”
“Dah Yaya,
say sorry to mama pula.” Tokok Kay. Kalau bergaduh dua orang permata hati dia
ni, dua-dua tak nak mengalah. Mak macam tu, anak macam ni. Yang naik pening,
dia juga. Luth dengan Luq tumpang tengok saja.
Yaya memeluk
leher Kiah. Pipi Kiah dikucup.
“Sorry
mama.” Ujar Yaya lembut. Pipi Kiah dikucup.
“Janji, tak
nak main barang mama lagi?” soal Kiah, nada masih tegas. Nak kena didik anak,
kena tahu bila masa nak tegas, bila masa
nak baik.
Yaya angguk
laju.
“Janji.”
*
Malam itu, apabila kesemuanya sudah lena, Kiah
menguis lengan Kay. Tempat yang ditampar tadi diusap.
Kay
mencelikkan matanya. Bibirnya tersenyum lebar.
“Sakitke?”
soal Kiah apabila Kay terjaga. Kay menggelengkan kepalanya.
“Kiss it better?”
tawar Kiah. Kay angguk.
“Berkorban
untuk anak lah ni?” tanya Kiah lagi. Kay juga angguk lagi.
Kemudian,
bahu Kiah diraih. Kiah dibawa ke dadanya.
“Berkorban
sebab tak nak sayang abang ni marah-marah. Kata nak raya. Tapi nak buat macam
mana, motherly instinct you tu cepat aja
nak nampak tricks dorang dua tu.”
Kiah
tergelak kecil.
“Kalau tak
marah, nanti mereka ingat semua tu boleh buat. Boleh kacau barang orang,
rosakkan harta orang, nanti kita yang malu. Orang cakap kita tak pandai jaga
anak.”
Kay mengucup
dahi Kiah. Itu yang dirunsingkan?
“Nak malu
apa? Tu, Luth tu. Dari kecil sampai sekarang ni kita jaga, elok aja perangai
tu. Bukti kukuh tu. Orang kata kita tak pandai jaga anak, tu, tunjuk Luth kita
tu. Role model.”
Kiah senyum
sebaris. Betul, Luth tu mereka juga yang jaga. Elok aja jadinya. Yaya dengan
Luq pun nanti dah besar sikit, dan pandai sikit, eloklah tu perangai.
“Dahlah,
jangan fikir. Tidur, esok nak kejar lembu.” Sakat Kay. Kiah menampar perlahan
bahu Kay.
“Jangan nak
melawak okey. Dua tahun lepas lembu tu kejar Yaya tahu. Itulah sampai sekarang
budak tu fobia.”
“Katak,
ular, semua dia tak takut. Lembu juga dia takutkan.”tokok Kay lagi.
“Your
daughter.” Tambah Kiah dalam tersenyum. Kay mengangguk.
“My darling
daughter. Aih, esok janganlah dia buat hal dengan lembu-lembu kat situ.” Komen
Kay,sebelum dia juga memejamkan matanya. Baik tidur, karang esok tak beraya.
PART
2
“Tak nak! Tak nak! Tak nak!” Bingit
satu kawasan dengan jeritan Yaya.
Kiah mendengus geram. Tangan Yaya dilepaskan. Luq
dipinggang diturunkan ke tanah. Luth pula, selamba memerhati gelagat Yaya
sambil tangan memeluk dada.
“Liyana.
Behave!” suara tegas Kay mula kedengaran.
Yaya mula tarik muncung itiknya. Tak suka apabila
kehendaknya tidak dituruti.
“Papaaaaaa...”
Ah sudah, Yaya ni tahu-tahu aja mula nak lenggokkan suara bila papa dia mula
nak berapi.
Kay
cepat-cepat menunjukkan jari telunjuknya ke arah Yaya. Yaya terus mengetap
bibirnya.
“Be
good. Hari Raya kan? Luq dengan Abang tu cool aja, Yaya aja. Kesian mama tahu.”
Kay mula membuka muqaddimahnya.
Muncung
Yaya makin ke hadapan.
“Yaya
bising lagi lembu tu kejar.” Luth mencelah, namun terus dia diam apabila Kiah
cepat-cepat menekup mulutnya.
“Papaaa...tak
nak. Yaya tak nak, papa kenapa tak faham Yaya say no means no.”
“Amboi
cik adik! Now listen to me saying no. No means No! Yaya tak behave, papa
tinggal dekat sini.”
Yaya
mula menghentak kakinya.
“Uncle
Beeeeen!” Yaya mula nak meraih simpati dari ayah orang lain. Kay pula
cepat-cepat menjeling tajam Benji. Benji cepat-cepat angkat tangan gaya
mengalah.
“Hoho,
no no no. Uncle Ben tak masuk port. Uncle Ben nak kena tolong Papa Yaya sebelih
lembu. Yaya duduklah dengan Tisya, dengan Luth, dengan Luq, kan ramai tu.”
Benji cuba menenteramkan puteri si Kay itu.
“Abang
nak tengok lembu.” Luth cakap.
“Tisya
pun!” Anak Benji cakap.
“Luq
itot!” Luqman pun mencelah.
Yaya
pula sudah mendongak memandang papanya dengan penuh simpati. Tangan didepakan
ke arah papanya.
Kay
mendengus geram. Wajah Kiah yang pasrah sepasrah pasrahnya dipandang.
‘Baby,
what should we do with our daughter ni?’ soal Kay dalam hati.
Kiah yang dapat mengagak apa yang sedang Kay
fikirkan itu terus mengangkat bahunya.
‘Don’t
know baby! You are her idol, you figure her out!’ balas Kiah juga dalam hati.
Kay yang juga dapat mengagak terus meraup wajahnya.
Kiah
mengusap lengan Kay perlahan.
Kesian,
bila anak-anak super duper attached dengan ayah dia. Nak buat kerja masa raya
korban pun susah. Itu satu, dapat pula yang fobia lembu ni, laaaagi parah.
“Yaya
duduk dengan mama okey? Aunty Shido pun ada, baby Didi ada...boleh Yaya main.” Pujuk
Kiah.
Yaya
tegas menggeleng.
“Yaya
nak papa. Yaya takut!”
“Papa
ada work , sayang.”
“Yaya.
Nak.Papa.Yaya.”
“Lain
kali mama tak nak bawa Yaya jalan kalau Yaya buat perangai macam ni.” Kiah
ugut. Yaya mendengus. Tangannya cepat-cepat memeluk kaki papanya.
“Papa
boleh bawa Yaya jalan.”
“Yaya,
jangan lawan mama. Tak elok.” Kay bersuara apabila suasana makin tegang.
Nasib baik ada dia dan juga Ben di luar ni, kalau
orang luar sumpah malu.
“Say
sorry to mama.” Kay kata sambil mengangkat Yaya ke dalam dokongan. Alahai, dah
enam tahun pun nak berdokong!
“Yaya
nak papa. Yaya tak nak mama. Mama small, Papa big. Nanti lembu kejar Yaya macam
mana papa?”
Kay
cuba tahan dirinya dari tergelak. Kiah disisi ditarik hampir ke badannya.
“Mama
boleh scold the cow.”
Kiah
terus menjeling Kay. Itu jawapannya? Seriously? Ni balik ni nak kena Kay ni!
Nak
kata aku garang lah tu.
“Mama
tak ada ni...dengan ni...” Yaya kata. Tangannya memegang lengan Kay yang
berketak.
Kay
memegang pula lengan Kiah yang halus darinya.
“Mama
ada iron bones. Lagi kuat dari Superman ni tau.”
Lagi
sekali Kiah menjeling Kay.
Dia ni loyar buruk macam ni ke dekat hospital tu?
Padanlah budak-budak kat wad tu makan saman je dengan Kay ni.
“Boleh
okey? Papa tinggal Yaya dengan mama kejaaaaap saja? In one blink, papa
tumbangkan lembu, and come to your rescue. Can I?”
Kay
mengerdipkan matanya ke arah tuan puteri tercinta. Yaya tarik muncung. Namun,
dia tetap memegang pipi papanya.
Hidung
Kay dipegang.
“Kejap
je?”
“In
one blink,princess.”
“Okey,
Yaya duduk dengan mama.” Akhirnya, akur juga si
Yaya ni.
Kay
tersenyum lega. Yaya diturunkan ke tanah.
“There,
sit with mama. That’s my girl.”
Sebelum
dia berlalu, sempat lagi Kay berbisik di telinga Kiah.
“Keep
her busy. I kena siang daging pun ni.”
Kiah mengangguk.
Adoi,
salah orang lah Kay nak tipu. Ingat Yaya ni bodoh?
Kiah memerhatikan sahaja Luth dan Luq yang laju
membontoti Kay. Yaya yang erat memegang tangannya pula dipandang seketika.
Aku
nak buat jadah apa dengan dia ni? Macamlah dia nak dengar aku cakap apa. Lepas
lima minit mesti keluar bunyi ni :
Papa mana? Nak papa! Mamaaa...I want papa!
Kiah mengeluh.
“Come darling, kita duduk dalam rumah. Luar ni
panas. Nanti Yaya demam pula.” Kata Kiah, tangan Yaya dipimpin ke dalam rumah.
“Okey mama.”
Aik? Bagusnya Yaya. Dengar pula kata dia hari ni.
*
“Mama,
Luq nak air.” Luth masuk sambil memimpin tangan Luqman. Kiah yang sedang
menyerahkan gelas ke tangan Yaya terus memandang ke arah Luq yang jelas
berpeluh itu.
Alahai,
ni buat apa sampai lencun dengan peluh ni?
“Mama,
Abang tengok papa. Lembu tu besar, but papa was strong. Dengan uncle Ben.
Sekali tarik dah jatuh lembu tu.” Luth seronok bercerita. Teruja.
Kiah
pula tarik senyum.
“Papa
Luth kan memang strong. Dulu masa kecil dia kan suka dokong Luth.”tokok Kiah.
Luth angguk.
“Abang,
Yaya nak tengok papa jugak!” Luth dan Kiah terus terdiam.
Kiah menaikkan keningnya sebelah.
“Yaya
duduk sini diam-diam. Nanti Yaya nangis.” Kiah cepat-cepat memangkah. Yaya
tarik muka masam.
“Yaya
tak nangis. Yaya duduk dengan abang dengan Luq.” Yaya cuba meyakinkan mamanya.
Kiah mengeluh.
“Okey.
Luth bawa dia masuk kalau dia nangis.” Kiah akur. Payah jaga anak bapak ni!
Luth
pula angguk.
“Pegang
tangan abang tu Yaya.” Pesan Kiah.
Yaya
pula cepat-cepat pegang tangan Luth. Takut lembu tak apa, sebab dia nak tengok
papa dia yang strong tu!
Tiba
di tempat kejadian, Luth melepaskan tangan Yaya. Yaya mendongak memandang Luth.
“Abang
nak pergi depan tu. Yaya duduk sini.” Arah Luth. Yaya angguk.
“Luq
pun. Duduk dengan Yaya.”
Luq akur.Sebenarnya,
dia pun nak ikut Luth, tapi bila tengok Yaya dia tak sampai hati pula.
Tiba-tiba,
Luq ternampak seekor lagi lembu yang sedang ditambat pada pokok. Di keliling
lembu itu terdapat ramai orang lelaki.
"Yaya, jom engok cow tu?"
Luq ajak dalam pelatnya.
Matanya terus bersinar apabila melihat papanya di
antara lelaki-lelaki tersebut.
“Papa
ada Yaya. Papa stwong!” bodek Luq lagi, tangannya sebelah menarik tangan Yaya
supaya pergi ke tempat papanya.
Yaya terus pucat di tempatnya
berdiri. Tangan Luq yang kuat menarik tangannya cuba dilepaskan.
"Yaya, jom yaaa, jom
yaaa..."desak Luq.
Yaya pantas menggeleng.
Yaya pantas menggeleng.
Tak mahu!
Tak mahu!
Tak maaahuu!
Tak mahu!
Tak maaahuu!
Yaya menjengket, cuba melihat papanya
dari jauh. Namun, tiba-tiba dia terdengar suara orang bertakbir.
Kemudian,
dia lihat papanya juga sedang memegang tali yang mengikat kaki kiri lembu itu.
Serentak itu dia ternampak pisau
dileher lembu tadi. Jantungnya berdegup pantas. Tangan Luq ditepis kasar dan
dia mula teresak.
"Yaya...jom..."
"Yaya tak nak Luq! Yaya taaaak
naaaaakk!!" jerit Yaya sekuat hati. Dia mengangkat kain kurungnya dan mula
berlari dari situ.
Tiba-tiba,
dia ternampak pula seekor lagi lembu sedang memandangnya tajam.
“Papa!!
Yaya takut!” Jerit Yaya kuat. Dia makin laju berlari. Namun, tanpa disangka,
dia tersadung dengan selipar sendiri. Akibatnya, dia tersungkur ke tanah.
Luth
yang sedang perhatikan papanya pula cepat-cepat memandang ke belakang.
Tiba-tiba dia terdengar esakan kuat. Dia terlihat Yaya yang sudah jatuh di atas
tanah berpasir itu.
Dia
menggelengkan kepalanya dan terus mendapatkan Yaya yang sedang bersila di atas
pasir.
“Abang,
Yaya jatuh.” Luqman memberitahu Luth apabila tiba di sisi Yaya. Luth
bercangkung di sebelah Yaya.
Yaya
mengelap air matanya dengan tangan yang berpasir. Habis, wajahnya menjadi comot
dengan tanah dan pasir.
"Sakit."
Yaya mengadu.
"Mana
sakit?" soal Luth tenang.
Yaya
selak sedikit kain kurungnya melepasi paras lutut.
Luth sentuh sedikit luka itu.
"Abang,
Yaya...uhuk...Yaya wants papa.Yaya...Yaya takut lembu." Adu Yaya lagi.
Serius, dia nak papa dia aja sekarang.
Luth pula mengeluh. Dia
mengusap kepala Yaya.
"Abang
got this."
Cakap
Luth sambil sebelah tangan mengeluarkan sepaket M&Ms dari kocek baju
Melayu.
Yaya menggeleng.
"Yaya
want papa..." bisik Yaya dalam sedu sedan.
Luth menggelengkan kepalanya.
"Abang
got this, too..." Kali ini, Luth mengeluarkan coki-coki dari poketnya.
Yaya terus terdiam.
"Kalau
nak ni, Yaya kena dengar cakap abang."
Yaya
angguk.
"Nak."
Luth
tarik senyum. Tangan dihulur pada Yaya.
"Papa
ada work tu. Kita suruh mama tengok kaki Yaya dulu, okey? Baru yang ni, dengan
yang ni, abang bagi Yaya."
Yang
ni dengan yang ni merujuk pada coki-coki dan M&Ms tadi. Yaya angguk laju.
Luth menepuk lembut kepala Yaya. Kemudian, belakang Yaya yang kotor juga
ditepuk.Hilangkan kesan pasir dari baju Yaya.
“O...okey.” Ujar Yaya
dalam sedu yang kuat.
Luth tarik senyum. Yaya ditarik bangun. Dia papah Yaya sehingga ke dalam
rumah. Kesian Yaya, takut lembu punya pasal, sampai luka kaki.
**
Rambut Yaya yang perang
itu diusap. Pipi Yaya yang gebu disentuh perlahan.
“Tidur dah?”soal Kay
kepada Kiah.
Kiah angguk.
“Dah. Penat sangat
menangis, menjerit, terlolong bila sayang rawat luka dia tadi.” Komen Kiah.
Serentak itu tangannya menyelak sedikit seluar tidur Yaya.
Kesian Yaya, tak pasal-pasal
ada parut dekat lutut. Kalau dua tahun lepas dapat parut dekat dahi sebab kena
kejar lembu, kali ni lembu tak kejar pun dapat parut pada lutut!
“Abang tak nampak dia ada
kat situ.” Kay mengeluh.
Haila, janganlah sampai ke besar dia fobia dengan lembu.
“Ada. Dia ikut Luth dengan
Luq sebab nak tengok her papa being strong and mighty sambil tumbangkan lembu.”
Kay tergelak kecil
mendengar Kiah berkata sedemikian. Matanya dikecilkan ke arah Kiah.
“Ayat macam dengki aja,
sayang?”
Kiah mendengus. What? No
way!
“Mana ada. I quote ayat
dia aja.”
Kay tersenyum lebar.
Tangan Kiah dicapai dan digenggam. Sebelah lagi tangan menarik selimut Yaya ke
paras dada tuan puteri itu.
Kemudian, dia menuntun Kiah
keluar dari bilik Yaya.
“Ayat you ada nada dengki
tau, Khairina.” Sakat Kay lagi sambil memadamkan lampu bilik Yaya.
Kemudian, dia kembali
memandang Kiah.
“Buang karan je nak dengki
dengan Yaya tu.” Jawab Kiah kembali.
Kay menjungkitkan sebelah
keningnya. Amboi, menjawab. Padanlah Yaya pun menjawab. Ikut mak dia rupanya.
“Oh really? Baru je abang
ingat nak show how mighty and strong am I tonight.” Sakat Kay lagi.
Kiah terus membulatkan
matanya. Jemarinya pula laju mencubit lengan Kay.
“Cubit kenapa? Betullah. I
can show how mighty and strong am I when I cuddle you so tight tonight. Tu
tentu fikir bukan-bukan tu sampai ketam pun berjalan.”
Lagi sekali, lengan Kay
dicubit geram.
Sengaja ja kan buat Kiah ni termalu sendiri? Papa Yaya ni kan...memang lah
sama haru dengan anak perempuan dia.
“Cubit-cubit tu kenapa?”
“Sebab abang lah.”
“Abang apa?”
“Too damn cheeky nowadays.”
Kiah tarik muncung. Ini
Yaya sudah tidur, itik baru pula nak masuk shift.
Kay tergelak kecil.
“Sebab Khairina too damn
bengis nowadays.”
Sebelum ketam mendarat, Kay tahan cepat-cepat. Tangan Kiah dibawa ke bibir
dan dikucup.
“Dah, nak romantik pula?”
soal Kiah.
Kay tarik senyum penuh
gigi.
Matanya dikenyitkan.
“Tak, nak be strong and
mighty with Khairina. Team papa kekurangan ahli sorang. Team mama dah ada dua
hero, team papa kena ada sorang lagi heroine.”
Belum sempat Kiah mencerna
maksud Kay, Kay cepat-cepat masuk ke dalam bilik. Apabila Kiah sudah mencerna
maksud tersirat Kay, dia menepuk dahi sendiri.
Sesuka hati demand nak
tambah team member, dapat sorang lagi girl perangai macam Yaya, tak ke dia juga
yang tak menang tangan nanti? Setiap raya haji, Yaya panggil papa, sorang lagi
pun nak papa juga. Jadi battleground pula rumah nanti! Rumah tak apa, jangan
setiap raya kalau ada sorang lagi tu, dua-dua takut lembu, dua-dua menangis,
dua-dua cari papa, mama dia juga yang merana!
Tambah-tambah bila ada dua
lagi hero yang suka gila tengok lembu, jadi tukang ajak tengok sambil guna
tagline ‘Papa strong, papa tumbangkan lembu...’ dan mulalah dua-dua orang tu
tergoda nak tengok juga papa mereka.
Haila, sabar ajalah.
“Yang, yang you tercegat
tu kenapa? Abang nak bantal peluk rasmi abang ni.” Kay panggil dari dalam
bilik.
Kiah tersedar dari
bayangannya.
Aik, jauh melalut malam
ni. Siap bayang kalau ada lagi seorang anak perempuan pula tu.
“Kalau baby girl seorang
lagi tu takut lembu juga macam mana?” soal Kiah di bawah sedar. Tanpa dipinta,
Kay terus tarik senyum penuh gusi.
Ahaha...jauh berfikir
Khairina dia ni.
“Kalau? You nak seorang
lagi ke, sayang? Cukupkan team papa? Sanggup?”
Kiah gigit bibir.
“Yaya needs a girl to be a
role model. Luth dah ada Luq, Yaya...”
“I love you, sayang. Kalau ada rezeki kita, adalah.”
Kiah angguk. Harap-harap ada rezeki, tapi harap-harap yang itu sorang tak
nakal macam Yaya. Dan juga tak fanatik Kay macam Yaya tu. Oh, dan tak takut
lembu!
“Hmm. Love you too.” Balas
Kiah, apabila penat memikirkan benda yang tak jadi lagi tu. Kay dipeluk.
‘Yaya nak fanatik macam
mana pun, papa Yaya ni tetap mama yang punya! Muahahaha!’ sempat lagi Kiah
mendengkikan Yaya.
Betul orang kata, makin
tua makin menjadi perangai tu.
Yaya Yaya, kalau dulu papa
kau dengkikan Luth, ini giliran mama kau pula dengkikan kau. Fair and square.
TAMAT