Saturday, January 3, 2015

ANNOUNCEMENT





Salam semua...

For your information, saya dengan beberapa lagi orang penulis hebat Idea Kreatif Publication telah bersepakat untuk menghasilkan sebuah ebook bagi membantu mangsa-mangsa banjir di pantai timur.

Harga sebuah ebook hanyalah RM15, and we will channel it for charity.

So the interesting part is, saya ada menghasilkan sebuah cerpen tentang Adryan dan Rayyan. Watak dari KERANA RAYYAN dan CINTA KITA SEMANIS CADBURY yang telah saya stopkan dulu.

Jadi dalam cerpen ini ada sebuah closure tentang hubungan Rayyan dengan Adryan.
Sekiranya anda berminat, boleh hubungi saya, Yatie Pyan, dan juga Ayu Dzulkarnain di FB. Ataupun, mana-mana ejen Idea Kreatif yang anda kenal.

Boleh klik di atas nama di bawah untuk dihubungkan ke link FB :








Di samping itu, terdapat beberapa lagi penulis-penulis lain yang turut terlibat dengan projek amal ini seperti Hani Fazuha, Farah Husain, Wawa Taufik, Farisya Natasya, Cempaka Rembulan, Pena Kayu, Cik D, Syah Shah, Suzana Sulaiman, Luna Bulan dan ramai lagi.

Anda membayar untuk sebuah kompilasi dari beberapa jenis cerpen. Insyaallah anda tidak rugi.

Cerita yang saya sumbangkan adalah dua buah :

1.EPAL
2. PANGLIMA

Di bawah ada sedikit 'excerpt' dari kedua-dua buah cerita ini .



TANGAN rancak bermain dengan kubik.
            "Sometimes...I feel like I want out of this life." Rayyan berkata tenang. Mata masih fokus pada kubik di tangan.
            "You can't run from wanting out, Ray. Trust me, saya doktor, I got paid less than my energy burnt doing shifts and rounds. " Adryan tersenyum senget, tangan laju merampas kubik pada tangan Rayyan. Jari-jemarinya lancar memadankan sisi-sisi kubik tersebut, dan di bawah masa seminit...setiap sisi kubik tersebut sudah tersusun mengikut kod warnanya.
            "Tapi ingat, once you are out of this life, there's no way getting back here."
            Kubik dilempar pada Rayyan. Senyum senget masih terhias di bibir. Dia dapat mendengar Rayyan menarik nafas dalam-dalam.
Tough kid...lots of money, lacks of love.
            "I know..."
            "Here. Saya share sedikit dengan awak. Macam kubik ni...hidup kita ada pelbagai sisi. Kalau awak rasa sisi ini tak bagus, sadistic yadayada...jump to the next angle. Dieing wont solve anything. Sekurang-kurangnya, bila awak pandang dari sisi lain, awak view hidup ni dengan kaca mata yang baru. Get it?"
            Rayyan mengangguk. Matanya kembali dipejam. Kubik di tangan digenggam erat.
Adryan yang memandang, mengeluh.
            Kalaulah dia ada di tempat gadis muda itu...dia juga yakin dia akan rasakan sedemikian. Lumpuh, tidak bermaya, tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya menjadi beban kepada orang sekeliling.

***



“Hai Nat. Nak check gigi ke?” soalnya ramah. Badan sudah menegak di atas sofa. Pelipis ditekan seketika sebelum dia berdiri.
            Wajah jernih Natalia dipandang. Cantik. Namun matanya kembali memandang gadis yang diheret Natalia tadi.
            Keningnya terus ternaik tinggi bila melihat wajah gadis itu yang pucat. Matanya kembali mencari mata Natalia.
            Natalia sudah tersenyum penuh gusi.
            “Ha...Lekir. Ini Zoya. Dia cakap dia sakit gigi. Tapi dia takut doktor gigi. Akak tinggal dia di sini, kamu tengokkan dia okey? Kafe akak tu ada pelanggan, kasihan Nik tak menang tangan nanti.”
            Dengan begitu sahaja, Natalia meninggalkan Zoya bersama Lekir. Zoya sudah rasa tangannya berpeluh. Dia memandang doktor gigi di hadapannya ini dan jantungnya tiba-tiba terhenti apabila melihat lelaki itu sedang tersenyum senget ke arahnya.
            Apakes pandang aku macam tu? Mak...Zoya makin seram mak! Fobia!
            Lekir Panglima terus-menerus memerhatikan si kenit pucat di hadapannya. Natalia kata apa? Takut doktor gigi?
            Minda nakalnya mula memasuki kawasan overdrive. Patutkah dia ‘seksa’ si kenit pucat ini dulu?

***
Itu saja dari saya, selamat membeli, selamat menyumbang dan selamat membaca!
                                                                                                
                                                                                               With love,
                                                                                                  Shamien.