Sunday, January 27, 2013

Lelaki Idaman 19




Qays  membuka matanya yang masih berat itu. Dahinya terasa sejuk. Dia meraba kepalanya, basah. Ada tuala basah yang terlekap di dahinya. Eh, sekarang ni dah pukul berapa?


Qays memandang sekitar biliknya itu dan membuang pandangannya ke luar sliding door verandah. Langit sudah nampak gelap. Mesti dah nak Maghrib ni.


Tiba-tiba pintu terkuak. Muncul EE dengan menatang dulang. Hurm, sedapnya bau.


“Owh? Kovu comel dah bangun? Sayang baru nak kejutkan. Asar dah masuk, nak solat dulu ke nak mamam?”


Qays rasa macam nak hantuk kepala dia pada palang katil. Kenapa EE ni buat suara comel macam tu hari ni? Special treatment untuk orang sakit ke?


“Baru nak Asar? Mamam?”


Qays bertanya dengan suara yang serak. Seriously? Mamam, ingat aku ni budak dua tahun ke? Sah,  Qays ni demam. Tadi kemain takmo mengaku dengan Shah.


EE pula pandang Qays dengan muka yang comel tu. Rambut dia pun siap buat tocang dua lagi, pakai pun dress warna pink paras lutut. Barbie ke hapa ni?


“Uhuh, luar gelap sebab nak hujan. Kovu mamam dulu ya? EE suapkan?”


Qays angguk. Dia menolak badannya ke posisi duduk. Mau tercekik ke makan sambil baring.


EE pula bertatih ke sisi katil dan duduk bersila di samping Qays. Dia menyudu nasi yang ditanak super lembik itu dan digaulkan dengan stew ayam itu. Yummy!


“Say A’a baby boy...”


Lagi sekali Qays rasa nak hantuk kepala dia. Tadi Kovu comel, sekarang ni baby boy pula? Bini aku ke aku yang tak sihat ni? Nak tak nak dia nganga jelah, dah si bini dia tu masak sedap, takkanlah taknak makan.


“Oh! Amboi, suap menyuap pula ya? Hye my lovely super duper handsome brother in-law!”


Itu dia, nyaris nak tersedak dah tadi Qays tu. Izz ada kat sini? Sejak bila mamat doktor ni ada? Oh hell, lupa adik ipar dia ni ada basis medicine, sah-sah lah EE call Izz suruh check keadaan Qays tu.


Izz masuk ke dalam bilik Qays dengan gaya selamba dia. Siap stetoskop gantung dekat leher  tau. Itu semua POYO! Hah.


“Hye Izz. Lama tak dengar khabar.”


Qays tegur sambil senyum senget pada Izz. Izz menggaru kepalanya. Dia pandang ke arah EE yang sedang meniup nasi ayam stew itu.


“Kak, kenapa buat stew bukan sup? Soup gives more energy lah.”


EE menghadiahkan Izz sebuah pandangan maut. Bisinglah mamat ni!


“Because, having soup for sick people is to mainstream.”


Selamba EE membalas adiknya itu.


“Goodness, Roll eyes much! Qays, macam mana you boleh tahan tinggal sebumbung dengan minah senget ni?”


Izz menghiraukan kakaknya dan kembali menumpukan perhatian kepada abang iparnya. Qays senyum sambil nganga mulut nak makan. Lapar tau.


“Qays sayang aku dik. Kau jangan dengki. Kau je tak sayang aku.”


EE berseloroh. Dia tarik sengih tengok Qays yang eager nak nganga mulut sebab nak suruh EE suap tu. Alolo, bucuk-bucuk ni. Macam baby la. Dan satu suapan berjaya mendarat ke dalam mulut Qays.

 Kesian, suami dia ni demam, nak tumbuh gigi bongsu. Orang lain dah tumbuh sedekad dahulu, dia baru nak tumbuh. Nak cakap retarded growth tengok tuan badan tinggi melangit macam pencakar TELEKOM MALAYSIA tu pun ada.


“Ala EE, aku, kalau tak sayangkan kau, tak jejak kaki dah dekat rumah korang ni. Sebab sayang lah aku datang.”


Izz masih nak menang. Qays diam saja melihat dua beradik itu saling berdebat. Alah, dia dengan adik dia Laila tu pun macam ni juga. Hurm, cakap pasal Laila, dah lama tak tengok Hud. Adik EE Farish tu pun lama tak nampak. Nanti satu hari ni kena ajak pergi jenguk ni, silaturrahim kut.


Qays switch ke alam nyata. Alahai, dua beradik tu tak habis lagi.


“Kau cakap tu biar betul sikit. Kau datang sini sebab kau admire gila abang ipar kau ni kan? Bukan sebab aku.”


Laju mulut EE shoot, sama laju macam tangan dia duk suap Qays. Attention EE sudah beralih, Qays diabaikan dan mata EE dari tadi tak tinggal dari pandang Izz. Dia suap Qays tu macam mana? Nasib tak masuk hidung nasi tu.


“Memanglah. Qays tu ex-jogging partner aku kut. Kau tu asal ajak buat cardio memang haram.Berat punggung.”


Izz tayang muka hebat dia. Siap berdiri depan katil tu sambil bercekak pinggang. Hesh, siapa mem besar rumah ni ha? Izz ke EE?


“Eh, kau ni kan, aku cili mulut tu nak?”


EE dah bangkit dari katil. Qays pula berdiam diri sahaja, jangan masuk campur between siblings banter. Nanti, orang yang masuk campur tu yang akan jadi mangsa.


“Cili lah. Aku cakap benda betul apa.”


“Eh. Kau ni mulut longkang lah. Malang adik ipar aku nanti.”


“Siapa kata aku nak kahwin?”


“Oh, tak nak kahwin ya? Aku tell mama okay? Suruh paksa kau kahwin.”


Ee masih ingin menang, begitu juga Izz. Qays tu, boleh buat macam tengok pawagam. Kurang satu benda saja, popcorn. Jahat budak demam ni kan.


“Kau cakaplah. Aku kidnap Qays bawak pergi Golok.”


Aish. Qays dah tak senang duduk. Nak buat-buat pitam boleh? Apasal mangkuk Izz ni perlu kaitkan nama dia pula ni? Nak gaduh, gaduh sajalah dengan kakak dia tu. So not cool Izz! Not  cool!


“Weyh, Chup! I am not included okay. Dah, stop it guys. Aku tak sihat ni, peninglah.”


Ha, bunyi pun suara singa jinak ni. EE pula kembali memandang suaminya. Alamak, lupa suami dia ni tak sihat, terbawa-bawa pula berlawan kata dengan Izz.


“Ala, Kovu. EE sorry sangat, lupa pula sayang demam. Sorry ya, my cute little Kovu.”


EE memeluk suaminya. Izz menarik muka jelik. Qays tayang muka bahagia, wah, seronok dapat layanan manja EE. Bukan senang tau nak manja-manja.


“Cute little Kovu, my foot.”


Izz menggumam namun masih dapat didengari merpati sejoli itu. Mereka hiraukan saja Izz tu. Dengkilah tu, dia tak ada isteri nak manja-manja.


“Wey, kak, kucing mana? Aku pinjam seminggu boleh? Rumah kita tu sunyilah, kau dah takde.”


See, Izz ni dah tukar balik mode baik dia. EE pun dah tukar mode baik juga. Gaduh tu tanda sayang, bukan?


“Kovu nak bagi ke Cat dengan Byron tu?”


EE bertanya pula pada Qays. Qays angguk.


“Izz tolong jagakan. Eryna kan dah jaga abang. Kesian Cat dengan Byron nanti rasa disisih.”

 
Qays berkata perlahan. Sakit tekak kut nak cakap kuat-kuat. Selepas itu dia memandang pula Izz.


“Ambil saja dorang tu, Eryna pleaase passkan catfood semua pada  Izz. Nak solat sekejap.”


Qays berkata senada. Dia perlahan-lahan bangkit dari katil. EE pula sudah tarik tangan Izz bawa ke tempat Cat dan Byron tu. Cat pun makin hari makin cranky, nak beranak dah kut? Tapi macam tak logik, cepat sangat tempoh mengandung.Selalunya 65 hari baru kittens keluar, itu yang Qays cakap lah.


*** Cat & Byron

 
‘Ish, kenapa ni ha? Rasa nak scratch dinding lah. Alahai, mesti Ayah dengan Mama marah nanti. Boleh tak cakap kalau Byron yang cakar dinding tu sampai rosak? Well, Ayah kan tahu yang Cat ni a very well trained house-cat. Tak macam Byron tu, dahlah buat orang pregnant! Geram tahu.’


Cat rasa sangat bebas apabila Byron tak ada di hadapannya. Belakangan ini, rasa macam nak gigit-gigit je Byron tu. Nak cakar-cakar muka dia tu. Entah kenapa, aggressive semacam Cat ni.


“Ha, itu dia, Cat sayang, nanti ikut Izz balik ya? Ayahtak sihat, mama kena jaga Ayah. Uncle Izz jaga sayang dengan Byron ya?”


Mama duduk depan Cat sambil usap kepala Cat, takkanlah Cat nak tolak kut. Cat sayang Mama, for surelah Cat ikut cakap Mama. 

Tapikan, kalau tinggal Byron tu kat tong sampah mana-mana pun tak apa. Aman dunia, kalau tak mesti saja dia ada nak manja dengan Cat. Cat rasa rimaslah dua tiga menjak ni. Jantan tu tak tahu nak keep his paws to his self!


“Okay, Izz, take Cat. Aku cari Byron kejap. Mana pulak si gebu tu pergi?Byron! Manja! Puss puss. Sini.”


Dan si jantan tak guna tu pun datang menyendeng dekat kaki mama. Sengaja dia tayang muka bangga dia dekat Cat. Wargh! Nak gigit sampai lebam boleh tak , Mama? I want to wipe that smirk off his bloody face!


‘Purr, cara, even Mama tahu yang Byron tak boleh renggang dengan Cara.’


Byron muka jelek tu boast off dalam raga kami. Ish, tengok, sekarang basket pun kena kongsi. Rindunya zaman single mingle dulu.


‘Byron, you shatap! I want my peace and quiet.’


Iyalah, sedih rasa tinggal rumah. Uncle Izz ni pun bawak kereta macam kura-kura. Lembab. Tak boleh ke pecut sikit, tak padan dengan PoloGolf.


‘Okay, cara. You know what, kalau you dah tak sayang I, tell it straight to my face. Jangan nak pijak kepala I.’


Ituha, Byron dah melenting. Cat speechless. Tak  pernah Byron hilang sabar. Hari ni meletup. Wah, hebat. Kacak la pulak rasa.


Gila punya kucing. Cat ni kan, sengaja cabar Byron tu. Jahat betul.


‘Pandai marah dah sekarang?’


Selamba Cat bertanya. Byron pandang ke tempat lain. Dia ingat kat kittens dia dalam perut Cat, kalau tak dah lama dia flee away.


‘Jangan cabar I, cara? Please, I sayang you tau. Please jangan cabar kesabaran I. I love you, jangan buat I menyesal sayangkan you.’


Cewah Byron. Apesal kau tak jadi manusia? Memang kalah novel jiwang lah ayat tu. Macam dalam movies.


‘Ah, apa-apa sajalah. You tu jiwang karat. Dah, diam. I nak sleep.’


Cat berkata. MasyaAllah, hati batu punya kucing ni. Mana hilangnya Cat yang loving tu?


Byron pandang Cat dengan mata yang berkaca, Cara, jangan seksa I macam ni, I want the loving Catarina back, please come back, love.Please.



***


 
Malam tu, rumah sunyi saja tak ada Cat dan Byron. Qays pun dah gagah sikit, dah tak ada nak baring. Tapi EE tahu yang Qays kena rehat cukup-cukup. Oleh itu, dia dah suruh Qays ambil M/C awal-awal. Nasib baik juga, esok EE tak ada kuliah. Dia kena siapkan thesis dia, so boleh buat dekat rumah sahaja. Sambil-sambil tu, boleh tengok-tengokkan Qays. Rasanya, esok dah elok kut Qays tu. Nak naik gigi je pun.


“Eryna, garukan belakang?”


Ituha, dah cakap dah tadi, nak pakai sweater tu, pakailah at least pagoda ke kat dalam. Ini tak, dia main hentam pakai direct to skin, dah sweater tu lama tak pakai, memang gatallah belakang tu. Bertuah punya suami.


“Okay, duduk bawah.”


EE menyuruh Qays duduk di atas karpet. Kemudian dia melutut dari belakang. Qays dah tanggalkan sweater tadi. EE pula dah mula menggaru, Qays tu mesti tengah buat muka heaven gila kan? Siapa tak suka ada orang garukan belakang?


“Tsk! Jangan kuat sangat yang, you tak potong kuku ke?”


Hah, kan dah pedih tu. EE tahan gelak. Nak suruh orang garu sangat, bayak komen pulak dia.


“Taklah, baru potong kuku ni.Memanglah tajam.”


Selamba EE menjawab. Qays sudah menolak tangan EE. Dah cukup lah tu. Sebab dah pedih belakang tu kan. Mana tak pedihnya, sampai merah EE garu.


“Thanks yang. Now, jom layan movie?”


Qays berkata dalam suara macam rockers tu. Alahai, ingat EE nak tolak ke kalau dah buat muka minta sedekah tu? Makin comel.


“Kovu, tak sihat kan? Rest la. Movie kita layan hari lain.”


Qays tarik muncung. Yep, ingat lelaki tak reti nak buat duckface? EE dah tak sampai hati. Fine!


“Alright. Alright. Nak movie apa?”


EE bertanya. Dia sudah bangkit. Qays sudah tayang senyuman 700 megaWatt itu.


“Italian. Scusa mi ti chiamo amore.”


EE tersenyum mendengar. Hurm, pandai juga Qays sebut. Italiano. Cair weyh, dahlah tajuk cerita tu pun kalau diterjemah , membawa maksud ; Excuse me, I love you! Haih, cair!


“Okay. EE pasangkan kejap ya. Kovu  naik atas sofa.”


EE pergi mendapatkan hard disk di dalam biliknya. Selepas itu dia mencucuk HD itu ke player, remote ditekan, HDMI dipilih dan voila! The show is running.


Baru sahaja EE letak punggung di atas sofa, Qays sudah merebahkan kepalanya ke riba EE. Alahai, nak manja ya Qays? Tak cukup kasih sayang ya? Kesian.


Tangan EE pula otomatik mendarat pada kepala Qays. Dia bermain dengan rambut suami dia. Hurm, lembut. Macam pakai L’oreal pun ada.


Dah habis cerita itu, EE rasa macam sweet sangat. Lagu dia pun best, dan quotes dalam cerita tu pun memang hopelessly romantic! So sweet.


“Kovu, cerita ni macam cerita kita kan? Lelaki tu jauh berbeza dengan perempuan tu.”


EE mengulas. Qays bangkit dari pembaringan dan menarik EE ke dadanya.


“Hello, Kovu tua lapan tahun saja tau. Lelaki tu tua almost 20 tahun dari perempuan tu. That girl baru 17 tahun kut.”


Eleh, Qays nak cakap dia muda lagi la tu. Hampeh.


“Iyalah. But they are so sweet. Part lelaki tu tunggu perempuan tu dekat Lighthouse tu, memang best la. Kovu nak buat macam tu kat EE?”


EE bertanya manja. Qays gelak.


“Sayang, lighthouse dekat Malaysia tak best. So, nope! I am not that romantic.”


EE tarik muncung. Jahat tau. Baru je nak suruh Qays ni romantik macam lelaki Itali tu.


“Ala, baru je nak sweet sweet dengan Kovu.”


Qays tergelak. Alahai, EE ni. Nak sweet ya? Okay.


“Nak sweet sweet cakap la. Tak payah nak lighthouse bagai. Okay, bare with me ya sayang?”


Qays berkata sambil meraih tangan EE. EE pandang Qays sambil tersenyum. Nak sweet sweet dah ek ni?


“Jangan komen suara, biasalah tengah serak ni. Okay, here goes nothing. Oh, before that. Jom bangun!”


Dan, Qays pun mula membuka mulutnya. Menyanyi. Serak habis, tapi still effort nak sweet sweet dengan wifey dia ni kan? EE dah rasa nak nangis. Wah, terharu seyh Qays nanyikan untuk dia. 

Walau tak ada audience, tapi dia tahu Qays ikhlas. Dah lah menyanyi tak ada minus one, then mereka pula duduk waltz-ing depan TV tu. How can that not be sweet huh?


Suara pun dah nak maca Chris de Burg tu. Kalau tak serak, memang sebijik dah sama.


“Lady in Red, is dancing with me;cheek to cheek,
There’s nobody here, it’s just you and me...”


EE dah kesat air mata yang mengalir. Alamak, sensitif pula malam ni. Hesh. Hancur.


Qays perasan EE menangis hanya senyum. Bibirnya masih galak menuturkan bait lagu itu. Nangislah puas-puas EE, kau sangat nak romantik tadikan.


“And when you turned to me and smiled, it took my breath away,
And I have never had such a feeling,
Such a feeling of complete and utter love, as I do tonight;
The lady in red, My lady in red.”


EE rasa dah lencun dada Qays sebab air mata dia. Qays dah berhenti menanyi, dah habis dah lagu tu.


“I know I sounded like a toad, but I love you, My beautiful lady in red. Thanks sebab jaga your Kovu comel ni hari ni.”


Qays berkata sambil merangkul pinggang EE. Muka EE sudah lencun, hingus pun dah nak meleleh. Still, Qays kata dia beautiful.


“Huu, I’m in pink, Kovu, not red.”


EE cuba untuk jadi practical. Padahal, taknak tunjuk yang Qays tu dah betul-betul kidnap hati dia. Oh Allah, she is so in love dengan suami dia ni. Thanks for giving her Qays as a companion.


“Pink, is part of red. It is Red, being mixed with white.”


Qays balas. EE pandang muka Qays. Dia kemudian melemparkan kedua-dua tangannya ke leher Qays. Dipeluknya Qays erat.


“Oh Qays, I too love you! I love you, my cute little Kovu.”


Qays senyum sampai telinga. Jarang nak dengar Eryna panggil dia Qays.


“Good. But I am not little.”


EE ketawa. Tahu apa yang Qays maksudkan. Very naughty pakcik ni.


“Cheeky much Uncle Long.”


EE tarik senyum. Tahu sangat kena denda kalau panggil Uncle Long. Tapi kali ni tak boleh elak.


“Ya Allah. Kita habis romantik dengan dia, last-last dia panggil kita Uncle Long jugak? Unbelievable much, Eryna.”


Qays bercekak pinggang. EE tayang dua jari, peace.


“I am unpredictable, you know.”


EE buat muka genius. Qays angkat kening.


“I know, alright. Dah, jom tidur. Dah nak pukul satu dah ni. Kita sambung romantik kat atas pula.”


EE sengih lagi. Hari ni boleh escape.


“Baca doa tidur sama-sama romantik juga kan?”


Qays garu dahi. Say that again?


“Doa tidur and doa lagi satu lah.”


EE sengih lagi. Lepas tu dia gelengkan kepalanya.


“No can do tonight, love. God is giving me time out.”


Qays rasa nak kambus kepala dalam tanah. Man, masa dia romantik juga bini dia ni nak time off.


“Aww Man! Hurm, tak apalah. Baca doa tidur sama-sama pun dah romantik. Jom tidur. Mengantuklah, makan ubat tadi.”


Qays mengadu manja. EE tarik pipi Qays.


“Bagus, pandai makan ubat. Muah!”


“Ala, janganlah kasi harapan palsu. Lagi seminggu baru kiss-kiss.”


Macam budak kecil Qays ni. Umur dah 30 tapi perangai macam dak kecik!


“Kiss pipi je pun.”


EE membalas.


“Pipi tak pipi, seminggu. I time-out jugak!”


Hamekkau! Nak juga ye Qays? Kau demam ke kau mereng ni? Haih, macam-macam budak dua orang ni.


p/s : hey y'all. Ni *cough* *cough* nak introduce my brand new *sparkling* FB page. Tak keberatan silalah LIKE. Senang, kalau ada excerpts apa-apa story mory, I memang letak kat situ saja. Please and thank you =D Have a great day, or night! haha . Just click on : Lala~Land Yeah Right (Ezzessaybee)






Friday, January 25, 2013

Lelaki Idaman 18





Qays memandang EE yang sudah terlentang di atas katil itu. Rasanya, ada masih satu benda yang EE belum ceritakan pada Qays. Kisah dia dengan famili Shah dulu. Apa lagi Qays, koreklah cepat cerita tu. 

  
Qays mendekati EE dan turut serta baring di samping isterinya itu. EE tarik senyum. Qays pun turut senyum.


“Eryna... kenapa tak cakap Shah tu dah kenal sayang dulu?”


Terus berubah riak muka EE. Haila, orang sengaja tak nak kasi dia tahu, dia pula pergi tanya. Kalau baran Qays yang dulu datang balik, gerun tau.


EE pandang kiri kanan, hurm, nak tipu ke nak cover line bagitahu atas angin sahaja? Tipu tu dosa,adoilah.


EE bangkit dan bersandar pada kepala katil. Tangan Qays diraih dan dia meletakkan kepalanya pada dada Qays. Seronok dengar rentak jantung Qays. Irama yang statik, boleh menenangkan hati pun ada.


“Nak kena cerita ke? Itu dah lama, Kovu.”


EE beralasan. Qays tergelak kecil, entah apa yang lucu pun tak tahu. Mungkin cara EE cakap tu yang lucu kut, macam budak kecik pun iya juga.


“Ala, cerita sajalah, kalau sayang tak cerita, Kovu tanya dengan  Mama sayang nanti. Kalau tak pun dengan Izz.”


Itu dia, demand nak tahu sangat pakcik ni sorang. Kalau bagitahu hal sebenar, ada juga jadi World War 3 nanti. Iyalah, macam cerita hindustan pun ada, EE janji dengan Shah nak kahwin, tup-tup EE kahwin dengan Qays. Macam cerita Dhadhkan lakonan Akshay Kumar dengan Shilpa Shetty tu. Qays, Akshay Kumar, Shah, jadi Sunil Shetty, lawak derr.


EE berkira-kira. Bagitahu saja apa yang patut, yang tak patut, kita kambus.


“Okay fine! Listen. Dulu, masa EE masih jalan-jalan kat luar rumah naked;”


Baru buka cerita Qays sudah kerutkan mukanya.


“Wah, naked tu, hebat wifey I ni.”


Sakat Qays. EE mencubit lengan Qays, otak kuning mamat ni.


“ Kovu! I mean jalan tak pakai baju tapi pakai pampersla.Gila ke nak jalan naked?”


EE bertanya geram. Ish, Qays ni. Memang betul apa, dulu memang suka tak pakai baju, tapi pakai pampers saja, nak buat macam mana, Malaysia ni panas.


“Haha, Kovu tahulah, nak gurau pun tak boleh. Sudah, sambung balik cerita tu.”


Qays mengarah. EE cebik bibir. Ish, time orang nak cerita dia sampuk. Ketuk kang!


“Okay, jangan mencelah. Kalau tak no story for you.”


Qays angguk tanya dia patuh. Dah macam belatuk dah gayanya Uncle Long kita ni. Hesh.


“Great. Mana dah tadi?”


Terlupa pulak mana berhenti tadi. Qays tolong jawab.


“Sayang  kecik-kecik pakai pampers.”


“A’ah! Dulu, masa kecik-kecik, selalu EE dengan Izz pergi rumah aunty Zah.  Abang Shah pun anak tunggal, so memang kamilah yang dia layan hari-hari. Dia tu dah macam abang angkat EE dah pun. Even masa dekat sekolah pun, dia yang selalu look out for me and Izz. Tapi, masa EE form three, dia dah dapat further studies abroad. Masa tu EE mana reti nak email segala, Skype pun tak wujud lagi, so aunty Zah la yang selalu sampaikan khabar. Nak harapkan EE tulis surat, malas tau. Then, masa EE form five, after SPM mama dan baba cerai. Mama pindah rumah sini, memang lose contact terus. Kami jumpa balik masa dekat klinik itu hari, terkejut  sampai EE lupa nak cerita dekat Kovu sayang ni.”


Itu ha, sehabis general dia cerita. Janganlah suruh Qays elaborate details. Biarlah Qays hanya tahu dia dengak Shah sekadar abang dan adik, not more, nor less.


Qays  membetulkan baringannya. Dia mengiring menghadap EE, yang entah bila pindahkan kepala ke atas bantal. Dia senyum.


“Itu saja Kovu nak dengar, biar datang sendiri dari mulut sayang, tak best dengar dari mulut Aunty Zah. Ialah, Kovu ingat sayang tu ex Shah tau.”


Zapp! Tersentap sekejap EE. Haih, tekaan yang nyaris tepat, hanya mereka berdua tak declare sahaja dulu. Apa-apapun, let the bygones be bygones. Buat apa nak fikir perihal  dahulu?


“Heh, Kovu ni kuat sangat imagination. Dahlah, tidur.”


*** Sebulan berlalu ***

 
EE memandang muka jamnya. Mana Adel ni, kata suruh tunggu dekat  depan kuliah utama pukul sebelas pagi, tapi sekarang ni sudah pukul 11.20, Adel masih tak nampak batang hidung. Budak ni kalau pergi Jepun memang tak boleh survive, punctuality level failed!


“Weyh! Sorry, sorry,Miss Loy tu kau tau-tau la macam mana, masuk lewat, habis pun lewat. Ciskek betul.”


Adel termengah-mengah di hadapan EE. Merah muka minah tu, dia larilah tu. Nasib baik hari ni kelas sampai pukul sebelas pagi saja. Seronok! Adel tu pun kelas last dah tu untuk hari ni, lepas ni bolehlah pergi lepak ke apa ke, kalau EE balik rumah pun bukannya ada apa pun. Qays mestilah kerja, nak sara bini dia apa.


“Alolo, kesian kau.”


Adel tarik senyum hingga telinga. Tetiba minah ni. EE pula perhatikan saja senyuman Adel tu, hurm, macam ada benda berbeza sahaja.


“ Chup! Minah, apesal aku rasa silau ek?”


EE memerli. Dia dah perasan yang Adel sudah memakai pendakap gigi itu. 

Diam-diam je budak Adel tu pergi buat appointment dengan Shah ya? Nak kena tanya details ni, appoinment sudah buat, dating tak nak ke?


“Hehe, sebabnya, my darling Abang Shah sudah pakaikan braces ni kelmarin. Siap 50% off lagi tau.Eh, jom kita gerak , kau drive kan hari ni? Aku naik kereta kau je. Kita lepak luar, boleh chit-chat lama sikit.”


EE tarik sengih. Adel sudah buat muka nakal dia. Itu ha, Adel ni, ingatkan innocent dan pemalu, rupanya biasa-biasa saja ya. Iyalah, kalau dah nampak calon suami kat depan mata, kalau lelaki tak buat move,  perempuan lah yang kena buat. Tak ada maknanya nak jadi macam timba dengan perigi tu. Term itu hanya untuk perigi, benda bukan hidup, kita ni manusia, benda hidup, organism!


“Nice idea! Jom pergi minum kopi. Aku ngidam nak bau kopi ni.”


Adel yang tadi buat muka nakal terus tersentak. Mengidam?


“What? Are you expecting? Caffeine tak bagus...”


EE cepat-cepat potong ayat Adel. Aduh, lupa pula. Apa, kalau orang kahwin guna perkataan mengidam tu mesti dorang ingat mengandung. Tak best la camni.


“Choi, belum ada la. Laki aku masih pengguna setia Durex tu, baby nanti habis semester ni babe. Aku saja nak pekena kopi.”


***

 
“So, ni tak nak cerita ke macam mana besi kaler pink bagai tu tersangkut kat gigi kau? Aku nak dengar ni progress kau dengan Shah.”


EE bertanya sambil menghirup caramel coffee itu. Hurm, sedapnya. Adelia pula yang tengah syok menikmati cheese kek itu senyum saja. Nampak sangat tengah so in love dengan abang dentist HOT tu. Untungnya tuan badan.


“Masa dia hantar aku haritu kat campus, dia ada kasi kad. Then, aku beranikan diri nak call dia lah a few days lepas tu. Buat appoinment, lepastu minggu lepas pergi jumpa dah dia, tapi aku demand braces warna pink jugak. Dia kata datang a week later, which was kelmarin, dan voila!”


Amboi, cepat je minah ni cerita. EE angguk saja, kau buatlah apa yang patut Adel , asal Abang Shah tu kahwin dengan kau.


“Amboi kau, selama ni kau diam ya, sebulan. Tahan engkau tak cerita dengan aku ek?”


Adel tarik  muka tak bersalah dia. EE buat muka selamba.


“Bukan apa beb, nanti aku cerita takut tak jadi aku gak yang malu.”


EE kecilkan matanya. Sejak bila Adel ni nak malu dengan dia?


“Eleh, kau tak payah gedik nak malu dengan aku.”


EE  sound sikit pada Adel. Adel tarik tanda peace. Hurm, memang pun, EE tu kan BFF dia, buat apa nak sorok perkara ni. Dah terang lagi berkalimantan yang Adel ni sukakan Shah, even EE pun tahu akan hal ini. Lagi best, EE yang suggest Shah ni, dulu. Haish.


“Yela, lepas ni aku takkan sorokkan dah. Semua aku inform kau.Set?”


Adelia sengaja ingin menjaga hati EE. EE senyum.


“Set. Dah, jom ikut aku balik. Kau lepak kat rumah aku kejap, layan movies ke? Rindulah zaman bujang aku dulu. Petang nanti aku hantar kau.”


EE mengadu domba. Iyalah, dulu kalau dalam bilik dengan Adel, mesti sibuk layan movies, Adel ni lah yang teman dia. Sekarang dah kahwin, kesian nak paksa Qays teman dia, Qays pun penat kerja.


“Itulah, miang pergi kahwin awal tu kenapa?”


“Minah, mulut tu jaga. Kalau kau dengan Shah official, aku kasi engkau 2 bulan saja, lepas tu merasa nasi minyak nampak gaya.”


Hamek kau Adel, kan dah tersenyap tu. Termalu sendiri lah tu sebab kena bidas dengan EE. EE pula bukan tahu nak rendahkan suara, satu cafe ni boleh dengar perbualan mereka tu.


“Ish engkau ni. Dah, aku pun nak tengok rumah kau. Tak pernah pergi lagi kut!”


***

 
Qays memicit dahinya yang dari tadi berdenyut itu. Pening kepala, pipi pun rasa macam membengkak. Apa kes ni? Sakit gigi ke? Haila.


Qays memandang kepada beberapa keping fail di hadapannya itu. Nasib baik dah siap, kira boleh halfday hari ni. Sakit gigi ni pun satu, nama sakit gigi tu sakit sajalah pada gigi, ini tak, seluruh badan rasa lemah. Macam nak demam pun ada.


“Saya balik dulu, I’m not well. Nanti tolong kemaskan meja dan susukan fail tu ya?”


Qays memaklumkan setiausahanya sebelum berlalu. Dah tak larat sangat dah ni, nak balik dan baring atas katil tunggu sayang dia balik.


Tiba-tiba telefonnya berdering.  Dengan lemah dia menjawab.


“Hurm? He---llo?”


Aik, suara pun dah hilang. Aish, sah nak demam ni. Aiyoyo. Kovu yang gagah perkasa ni tewas juga dengan demam. Aiyak.


“Qays? Apasal macam tak makan seminggu ja ni aku dengar?”


Qays rasa semangatnya kembali pulih apabila dengar suara Shah. Bagus Shah call.


“Bro! Aku tak sihat la. Weyh, since klinik kau agak dekat dengan office aku, kau tolong hantar aku balik?”


Qays meminta pertolongan Shah. Shah, sebab sayangkan nyawa Qays ni, takkan nak tolak kut?


“Okay, kau tunggu sana, aku hantar kau. Patients aku pun kurang hari ni.”


Shah memberi respon positif. Qays mematikan talian dan menunggu ketibaan Shah. Tak sampai lima minit, Shah sudah tiba. Qays dengan lemah mengatur langkah ke kereta Shah. Macam mayat hidup pun ada keadaan Qays tu, lemah gila.


“Bro, kau demam ek?”


Shah bertanya. Qays yang baru menutup pintu itu dengan muka tak boleh percaya dia. Demam, Qays tak pernah demam okay!


“Mana ada aku demam.”


Ego ek Qays?


“Sini kau! Eh, panas kut. Demam ni, aku bawak pergi klinik okay?”


Qays memberi pandangan maut kepada Shah. Tak payah!


“Aku tak demam lah, sakit gigi je.”


Shah dah buat muka bak-sini-aku-check-gigi-kau. Qays makin rasa nak tenggelamkan dirinya dalam seat itu. Shah ni kan, ketuk gak kang!


“Nganga cepat, kalau tak aku belasah kau. Meh sini aku tengok, aku ni the best dentist in KL tau.”


Itu dia, Shah dah macam psychomaniac dah. Dia paksa juga Qays yang lemah itu nganga. Memang kena kerah habis-habis baru si Qays tu nganga.


“Hurm, kau nak tumbuh gigi bongsu ni. Gila lembab kau punya gigi tu nak tumbuh. 35 tahun baru nak naik, hesh.”


Shah ni siap perli Qays lagi. Qays rasa macam nak tarik muncung pun ada. Shah ni kalau dia datang mode kejam dia, memang Qays pun tak boleh lawan kekejaman dia.


“Kau ni sukakan perli aku. Dah, hantar aku balik cepat. Aku nak lie down atas katil ni. Kepala ni macam dah kena hempap dengan batu.”


Qays mengarah. Shah buat bunyi ‘hrmpph’ saja. Macam lembu dah bunyinya.


“Kau tidur dulu. Sampai aku kejutkan.”


Dan Qays pun tak sedar bila dia terlena.


***

 
“Huu, ni Abang Shah, suami EE ni kenapa keras je? Sure ke dia tak apa-apa ni? Ke dah coma ni?”


EE mencucuk-cucuk dada Qays yang terlena pada seat Shah itu. Shah pula sudah menggaru kepalanya. Ada ek orang koma sebab nak tumbuh gigi bongsu?


“Ish, EE, Qays masih bernafas tu. Hidup lagila.”


Adelia cuba untuk menenangkan EE yang sudah nyaris histeria itu. Iyalah, siapa tak terkejut, dia baru saja masuk rumah, tetiba telefon berdering. Shah call kata Qays tak sihat. Lepas beberapa minit, Shah tiba di hadapan rumahnya dengan Qays yang tidak sedarkan diri itu. Bini mana yang tak risau?


“Eryna, Qays ni nak tumbuh gigi bongsu, and dia demam sikit. Dia tu memang macam ni, masa dekat abroad dulu pun macam ni, dia tu nak sakit susah, tapi sekali sakit, mahunya seminggu baru okay. So, jangan runsing okay.”


Shah ternyata berjaya menenangkan EE. EE rasa relax sedikit apabila si pakar gigi cum BFF lelaki dia ni menerangkan tentang health background suami dia.


“If it’s like that then,”


EE berkata ringkas.  Dia tunduk dan kejutkan Qays perlahan-lahan.


“Kovu...bangun sayang. Jom kita masuk dalam rumah.”


Halus sahaja EE menggerakkan bahu Qays. Qays nak tak nak membuka matanya. Bibir ditarik agar tersenyum, walaupun dia rasa sangat lemah. Sejuk mata pandang isteri depan mata.


“Hai, sayang.”


Serak suaranya. EE senyum.


“Hai abang. Dah, kita masuk ya?You need rest. Nanti EE buat sup.”


Qays angguk. EE membantunya ke dalam rumah. Shah nak tolong pun EE tak kasi, dia masih mampu tampung Qays. Shah pula senyum kelat. Aik, senyum kelat pulak dentist ni sorang? Awat lak mamat ni? Duk dengki lagi ka?


“Haih, sweetnya mereka tu kan?”


Adelia pula berkata. Dia berdiri di tepi Shah sambil memerhatikan EE memapah Qays. Shah ni agak-agak sweet macam tu ke?


“Untung Qays dapat isteri macam Eryna tu.Melepas saya ni. Manalah saya nak cari orang macam Eryna tu. Satu dalam sejuta kut.”


Shah berkata selamba sambil menutup pintu kereta sebelah Qays duduk tadi. Adelia pula terkilan. Shah ni masih belum dapat lupakan EE ke? Adelia cuba membuat riak biasa pada wajahnya. Tak boleh tunjuk yang dia terkilan sebab Shah bukannya tahu yang dia ada hati pada Shah. Bikin malu saja.


“A’ah, melepas abang. Eh, since saya datang dengan EE, boleh tak abang tolong hantarkan saya ke campus? Saya tak nak susahkan EE. Kalau abang tak boleh, tak apa, just send me to the bus station.”


Adelia terus bersuara. Hurm, Shah, sudah tiba masanya kau lupakan EE. Sekarang, this Adelia datang untuk ganti tempat Eryna. EE hak Qays. Itu dia, that’s the spirit Adel! Fighting!


“Eh, Abang hantar awak. Nanti mesti EE marah kalau abang suruh Adelia naik bas. Dah, go and tell Eryna.”


Adelia rasa nak bersorak. Yes! Umpan dah kena pada ikan. Nanti kena story dengan EE bila Qays dah siap. Hurm, rasa nak tulis dalam diari pun ada.


Adelia bergegas ke dalam rumah. Dia tanya pada EE sekiranya EE memerlukan apa-apa bantuan. EE cakap tidak dan EE okay apabila Adel memaklumkan yang Shah nak hantar dia balik. EE siap kata ‘you go girl; lagi. Hurm, Shah, please buka mata awak luas-luas. Adelia ni suka sangat kat awak tau, please consider her. =D



p/s : Byron n cat next episode yeah! Love you all!